You are on page 1of 5

Kisah Kejayaan : Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin merupakan seorang ahli perniagaan

dan usahawan Melayu di Malaysia. Beliau merupakan Pengarah Urusan Kumpulan Naza yang ditubuhkan pada 1979. Beliau terlibat dalam pelbagai jenis perniagaan seperti perniagaan permotoran, hotel, perladangan, kejuruteraan, perkhidmatan pengangkutan, alat-alat mesin, pembuatan dan sebagainya.Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin yang lahir pada tahun 1955 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan ini sentiasa berminat terhadap kereta dan industri automobil. Beliau belajar di Sekolah Menengah Tuanku Muhammad, Kuala Pilah, Negri Sembilan.Pada tahun 1974, ketika berusia 21 tahun, beliau menyimpan RM80,000 dalam akaun bank hasil gaji sebagai pembantu bapa beliau yang bekerja sebagai kontraktor. Beliau memulakan perniagaan automobil dengan satu peruntukan Permit Import (AP) untuk mengimport kereta buatan asing. Beliau meraih hasil sejuta ringgit pertama beliau dalam masa setahun.Dalam satu temubual akhbar, apabila ditinjau kembali, Nasimuddin merasa diri beliau berjaya kerana beliau sudah bernikah sewaktu muda lagi dan berminat untuk menjalankan perniagaan sendiri. Kelebihan beliau ialah beliau adalah seorang lelaki sederhana dan bijaksana yang berjimat setiap sen yang ia terima dari orang tuanya sejak zaman persekolahannya lagi. Duit yang diterima ketika membantu ayahnya dalam perniagaan pembinaan dan kemudian dari pekerjaannya sendiri sebagai kerani. Alam perniagaan. Beliau memperoleh jutaan pertamanya setahun kemudian dengan memohon Permit Import kerajaan untuk kereta dari Jepun.Beliau dinyatakan berkata: Saya sangat meminati kereta sejak remaja lagi. Sebab itulah saya berada dalam perniagaan ini. Perniagaan pembinaan ayah saya bukanlah minat saya. Memandangkan kecenderungan dan minat beliau kepada kereta dan industri automobil. Beliau bercadang untuk membawa kereta terpakai daripada Jepun. Tanpa bertangguh, dengan bermodalkan RM80,000, beliau memohon 20 AP dan berangkat ke negara matahari terbit dan menetap selama 3 bulan disana. Sekembalinya beliau daripada Jepun, beliau juga membawa pulang 20 kereta terpakai Jepun dan terus melakukan aktiviti pemasaran bagi memastikan kereta beliau terjual. Dalam masa 3 bulan, beliau berjaya menjual kesemua kereta tersebut.Nasimuddin memulakan perniagaan kereta beliau dalam sebuah kedai di Taman Maluri, dan menjual 10 hingga 15 unit kereta sebulan. Pada tahun 1979, beliau membuka cawangan di Kampung Baru, Kuala Lumpur untuk menggiatkan perniagaan peruncitan beliau, dan menjual 40 hingga 60 buah kereta sebulan.Nasimuddin bermula dengan hanya lima orang kakitangan dan kini jumlah mereka meningkatkan kepada kira-kira 4,000 orang. Anugerah dan pengiktirafan sebagai penghargaan atas khidmat dan sumbangan beliau, Nasimuddin dikurniakan beberapa anugerah dan gelaran, termasuk Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, yang membawa gelaran Tan Sri. Nasimuddin juga meraih pingat khidmat industri Anugerah Presiden Korea Selatan, dari Son Sang-Ha duta negara tersebut ke Malaysia bagi pihak Presiden Korea Selatan, kerana sumbangan beliau kepada industri automotif. Beliau ialah rakyat Malaysia pertama yang meraih anugerah Korea tersebut. Kematian.Nasimuddin meninggal dunia akibat barah paru-paru di Los Angeles, California, AS, pada pukul 1 Mei 2008, 9 pagi (waktu tempatan). Jenazah beliau diterbangkan kembali ke negara lalu selamat disemadikan di Tanah

Perkuburan Islam Kampung Melaka, Batu 9 Hulu Langat pada 4.30 petang, 4 Mei, bersebelahan kubur ibu beliau, Salbiah Abdul Majid.Kumpulan Naza, yang ditubuhkan pada 1979, mempunyai 14 bahagian perniagaan yang meliputi industri-industri seperti pengedaran rokok, kredit dan sewaan, kejuruteraan, hotel, insurans, alat ganti jentera, pengilangan, automotif, hartanah, pengangkutan, penanaman dan kenderaan air. Kumpulan Naza kini memegang hak francais Malaysia untuk kenderaan Kia dari Korea Selatan, dan Peugeot dari Perancis, serta juga permit import untuk kenderaan Mazda. Naza kini telah menjadi pengimport kenderaan mewah seperti Mercedes-Benz yang terbesar dan terpenting in Malaysia melalui usaha-usaha seperti Naza-Brabus. Pada Ogos 2005, Naza membuka pintunya untuk dewan pameran automotif baru yang menjadi mercu tanda syarikat itu Naza Auto Mall di Petaling Jaya, Selangor.Kumpulan itu mempunyai pembangunan hartanah TIDI Development Sdn Bhd dan hotel di Malaysia, dan Los Angeles, termasuk Howard Johnson di Torrance dan Crowne Plaza Hotel di San Pedro, Los Angeles.Nasimuddin juga merupakan pengasas kelab bola sepak Kuala Muda Naza FC yang bertapak di Kuala Muda, Kedah.Beliau juga pernah merancang pembinaan kilang yang bernilai RM1.2 bilion di Bertam, Pulau Pinang.Pada April 2008, beliau memasuki perniagaan makanan dengan melancarkan Bubba Gump Shrimp Co. Restaurant and Market di MalaysiaReputasi beliau sebagai seorang usahawan unggul tidak dapat dinafikan. Beliau sentiasa memanafaatkan peluang dan mengembangkan perniagaan beliau dari masa ke semasa. Antara tips kejayaan yg sempat beliau kongsi adalah sikap berjimat cermat dan sentiasa menyimpan keuntungan beliau untuk dilaburkan kembali supaya proses mengembangkan perniagaan beliau dapat dilaksanakan dengan jaya.

KERETA

HARTANAHPETA

Pengasas Naza meninggal dunia 11:09AM Mei 2, 2008 Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Naza, Tan Sri S.M Nasimuddin S.M Amin meninggal dunia akibat kanser paru-paru di Los Angeles, California, pagi semalam. Nasimuddin, 53 yang juga Ketua Pegawai Eksekutif konglomerat itu, menerima rawatan penyakit kanser di sebuah hospital swasta di Long Beach sejak Januari tahun ini, kata Konsul Malaysia Ahmad Asmawi kepada Bernama melalui perbualan telefon dari Los Angeles. Ahmad berkata isteri Nasimuddin, Puan Sri Zaleha Ismail dan anakanak mereka berada di sisi Allahyarham ketika beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada kira-kira jam 9 pagi Khamis waktu tempatan. Persatuan Islam Malaysia Amerika Utara akan menguruskan penghantaran jenazah beliau ke Malaysia dan mengadakan solat jenazah di Pusat Islam. Jenazah Allahyarham akan diterbangkan ke Malaysia dengan pesawat Penerbangan Malaysia MH 94 pada jaml 1.40 pagi Sabtu pagi, kata Ahmad. Kumpulan Naza, yang ditubuhkan pada 1974, mempunyai 14 bahagian perniagaan termasuk perdagangan motor, motosikal, pembuatan, perkhidmatan pengangkutan, peralatan mesin/kelengkapan kejuruteraan, perladangan, pengedaran rokok, kredit dan pajakan, kraf air, hartanah, operasi perhotelan dan agensi insurans. Kumpulan Naza ialah pemegang francais untuk Ferrari, Kia dari Korea Selatan, Peugeot, Brabus, Hamann dan motosikal Ducati di Malaysia. Permit import Ia juga adalah pemegang permit import bagi kenderaan Mercedes Benz dan Mazda. Pada Ogos 2005, Naza membuka pintunya untuk dewan pameran automotif baru yang menjadi mercu tanda syarikat itu - Naza Auto Mall di Petaling Jaya, Selangor. Kumpulan itu mempunyai pembangunan hartanah -- TIDI Development Sdn Bhd - dan hotel di Malaysia, dan Los Angeles, termasuk Howard Johnson di Torrance dan Crowne Plaza Hotel di San Pedro, Los Angeles. Dilahirkan pada 25 Januari 1955, Nasimuddin menerima pendidikan di Sekolah Menengah Tuanku Muhammad di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Allahyarham memulakan perniagaan automotifnya ketika berumur 21 tahun dengan modal RM80,000 yang dikumpulnya semasa bekerja dengan ayah beliau dalam perniagaan pembinaan. Dengan modal tersebut, beliau membeli 20 AP dan kemudian berlepas ke Jepun selama tiga bulan. Beliau membawa balik 20 kereta terpakai dari Jepun, dan berjaya menjualnya dalam masa tiga bulan. Beliau membuka kedai keretanya di Taman Maluri yang menjual 10 hingga 15 unit kereta setiap bulan. Pada 1979, beliau membuka cawangan di Kampung Baru, Kuala Lumpur dan berjaya menjual 40 hingga 60 kereta sebulan. Nasimuddin bermula dengan hanya lima orang kakitangan dan kini jumlah mereka meningkatkan kepada kira-kira 4,000 orang. Beliau memperoleh jutaan pertamanya setahun kemudian dengan memohon Permit Import kerajaan untuk kereta dari Jepun. Beliau dinyatakan berkata: "Saya sangat meminati kereta sejak remaja lagi. Sebab itulah saya berada dalam perniagaan ini. Perniagaan pembinaan ayah saya bukanlah minat saya."

Rujukkan: Abdul Aziz Zakaria. (2005).Tokoh Bumiputera Berjaya. Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka Azmah Hj.Omar. (2003).Rahsia Kejayaan Tokoh-Tokoh Malaysia. Kuala Lumpur :Fajar Bakti http://www.nam.com.my/about-nazagroup.html www.kosmo.com.my/.../content.asp?y... http://ms.wikipedia.org/wiki/Nasimuddin_Amin