PERSEPSI GURU PELATIH TAHUN LIMA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL (AWAM, ELEKTRIK DAN JENTERA) TERHADAP TAHAP

PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN MEREKA DALAM KURSUS KEJURUTERAAN DI FAKULTI PENDIDIKAN

MUHAMAD GHAZALI BIN MOHD SAAID

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

2006 . ELEKTRIK DAN JENTERA) TERHADAP TAHAP PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN MEREKA DALAM KURSUS KEJURUTERAAN DI FAKULTI PENDIDIKAN MUHAMAD GHAZALI BIN MOHD SAAID Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia MAC.iii PERSEPSI GURU PELATIH TAHUN LIMA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL (AWAM.

.

Segala jasa ibu dan ayah amat penulis hargai dan hanya Allah S. Dalam usaha menjayakan projek ini. Akhir sekali kepada ibu dan ayah yang banyak memberi semangat kepada penulis dalam apa jua keadaan. . Selawat dan salam untuk junjungan Rasullullah S. Sekian. Rasa penghargaan juga dihulurkan kepada rakan-rakan.W.v PENGHARGAAN Alhamdulillah.T dengan izin-Nya Projek Sarjana Muda ini dapat disempurnakan. tidak kurang juga kepada orang perseorangan yang telah membantu dan mendorong secara tidak langsung atau tidak langsung untuk menyempurnakan projek ini.A.W serta para sahabat baginda. segala puji dan syukur kepada Allah S. Samah yang berusaha memberi dorongan sepanjang penyediaan projek ini.T yang dapat membalas. penulis ingin merakamkan ucapan setinggitinggi penghargaan dan sekalung budi kepada Cik Narina A.W.

Nilai kebolehpercayaan item adalah α = 0. . Pengkaji menggunakan kaedah soal selidik untuk mendapatkan data daripada responden dan kemudiannya akan diproses menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 14.vi ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk melihat persepsi guru pelatih terhadap tahap pengetahuan dan kemahiran mereka dalam kursus kejuruteraan di Fakulti Pendidikan Seramai 70 orang pelajar daripada kursus Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam/Elektrik/Jentera) telah terlibat dalam kajian ini.85. Hasil daripada penyelidikan menunjukkan terdapat permasalahan dalam kemahiran.32). kekerapan dan min. Manakala tahap kemahiran mengikut persepsi guru pelatih adalah pada tahap rendah (min = 2.51). Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap pengetahuan mengikut persepsi guru pelatih adalah pada tahap sederhana (min = 3. Analisis data dinyatakan dalam bentuk peratusan.

. frequency and mean.32). The researcher used the questionnaire method to collect the relevant information from the respondents and the later analyzed the finding using the Statistical Package For Social Science (SPSS) version 14 software.vii ABSTRACT This research was conducted to investigate teacher trainee perceptions level of their knowledge and skills in engineering course at Faculty of Education. Where else the perception on the level of skills was at low level (mean = 2. Data was presented in percentage. A number of 70 respondents consist of students taking Bachelor Degree of Technology with Education (Civil Engineering/ Electrical Engineering/ Mechanical Engineering) courses were involved in this research.51). Findings showed the perception on the level of knowledge was at moderate level (mean = 3. The value of item was at α = 0.85.

6 1.2 1.viii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL PENGAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL i ii iii iv v vi vii viii xi BAB I PENDAHULUAN 1.1 1.7 1.3 1.8 Pengenalan Latar Belakang Masalah Pernyataan Masalah Objektif Kajian Persoalan Kajian Kepentingan Kajian Skop Kajian Batasan Kajian Definisi Istilah 1 3 7 8 8 9 10 10 11 .4 1.0 1.5 1.

1 4.1.0 3.2.2.2 3.1 2.2 Analisis Persoalan Kajian Pertama Analisis Persoalan Kajian Kedua 36 40 32 33 .3 3.2.5 3.2.2 Pengenalan Analisis Bahagian A Analisis Bahagian B 4.ix BAB II SOROTAN PENULISAN 2. Pendedahan Kepada Industri 2.0 2.4 3. Pembelajaran Di Sekolah Dan Aplikasi Di Luar Bilik Darjah 20 13 14 16 18 BAB III METODOLOGI KAJIAN 3.2 Pengenalan Pembelajaran Pengetahuan Pembelajaran Kemahiran 2.1 4.2.1 3.0 4.6 Pengenalan Rekabentuk Kajian Populasi Dan Sampel Instrumen Kajian Kesahan Soal Selidik Kajian Rintis Analisis Data 21 22 24 25 28 28 29 BAB IV ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN 4.

3 5.5 Rumusan Cadangan Kajian Cadangan Kajian Lanjutan Penutup Perbincangan Objektif Pertama Perbincangan Objektif Kedua 44 45 46 49 51 52 53 53 BIBLIOGRAFI LAMPIRAN 54 58 . RUMUSAN DAN CADANGAN 5.0 5.1 5.4 5.1.2 5.x BAB V PERBINCANGAN.1 Pengenalan Perbincangan Persoalan Kajian 5.2 5.1.

Oleh yang demikian. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah merancang dan mengadakan beberapa program bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berpengetahuan dalam bidang teknologi. KPM telah berusaha mewujudkan satu sistem pembelajaran yang kompetitif kepada semua rakyat Malaysia melalui pendidikan sepanjang hayat.1 BAB 1 PENGENALAN 1. Kemahiran dan berilmu pengetahuan adalah salah satu eleman yang penting untuk seseorang individu dalam bidang sains dan teknologi. Kerajaan Malaysia telah memberi sokongan sepenuhnya dalam memastikan semua rakyat mendapat pendidikan sebaiknya tidak kira apa peringkat umur sekalipun ke arah menjadikan masyarakat Malaysia sebagai masyarakat yang berilmu pengetahuan dan kemahiran ke arah Wawasan 2020.0 Pendahuluan Bidang sains dan teknologi merupakan salah satu bidang yang memainkan peranan penting dalam mencapai matlamat wawasan 2020. .

cukup kuat untuk menghadapi semua bentuk kesusahan sementara ia mengejar kecemerlangan (Ungku A. Sebagai contoh pihak yang terlibat secara langsung dalam pendidikan kemahiran adalah Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK). KPM melalui Jabatan Pendidikan Teknikal atau JPTek telah terlibat secara langsung dalam memberikan pendidikan berbentuk kemahiran kepada semua rakyat Malaysia bersama-sama industri lain yang berkait rapat dengan bidang kemahiran dan pengetahuan. Pihak ini bertanggungjawab memberikan rakyat Malaysia pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan.2 Ini terkandung dalam cabaran No. 1991). Aziz. Manakala sekolah dan pusat latihan vokasional ditubuhkan untuk menjaga kepentingan ekonomi di mana sesebuah negara yang ingin . Ini bermakna negara perlu mengeluarkan kira-kira 100. 5 April 1995). Ini menunjukkan pendidikan kemahiran adalah penting seiring dengan kemajuan negara ke arah Wawasan 2020. Terdapat banyak lagi pihak lain yang terlibat cuma skop mereka tidak sebesar seperti yang dinyatakan sebelum ini. Majlis Amanah Rakyat (MARA). Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM). 2 Wawasan 2020 iaitu melibatkan pembentukan sebuah masyarakat Malaysia yang bebas dari segi psikologi. Menurut Dato’ Loke Yuen Low.000 pekerja separuh mahir dan mahir dalam tempoh enam tahun akan datang untuk menampung keperluan tersebut (Utusan Malaysia. selamat dan maju yang memiliki kepercayaan dan keyakinan dalam dirinya sendiri.000 tenaga kerja profesional dan teknikal serta mahir dan separuh mahir menjelang tahun 2020. Sekolah dan institusi akademik ditubuhkan untuk melahirkan cerdik pandai dan cendiakawan yang akan menerus dan mengembangkan disiplin ilmu yang dianggap penting untuk tamadun manusia. Malaysia masih memerlukan sekurangkurangnya 600.

dan ini menunjukkan program ini kurang berjaya. Selain itu juga dapat mengembangkan potensi dan kemahiran bolehguna pelajar dengan melalui pengalaman tempat kerja dan akhir sekali ialah untuk memanfaatkan masa belajar diperingkat sekolah menengah terutama untuk mereka yang berpencapaian rendah dari segi akademik.1999). satu rancangan bersistem dilaksanakan melalui Pelan Induk Perindustrian. Pada tahun 1999. Konsep yang digunakan dalam SKK ialah program pendidikan dan latihan tempat kerja bagi mengembangkan potensi pelajar dengan membekalkan mereka pengetahuan dan kemahiran bolehguna melalui pengalaman tempat kerja (PPK. Program latihan diadakan dengan kerjasama pihak swasta dan industri.3 maju harus menyediakan secara berterusan tenaga manusia yang diperlukan untuk membangun sektor ekonomi (Labaree 1997). 1. KPM telah memperkenalkan satu program yang diberi nama Sekolah Ke Kerjaya (SKK) untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam bidang kemahiran. Untuk mencapai matlamat tersebut. Namun yang demikian pelaksanaannya kurang mendapat sambutan dan kerjasama dari pihak swasta dan industri.1 Latar Belakang Masalah Matlamat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian menjelang tahun 2020 menyebabkan pendidikan vokasional dan teknik berada pada tahap yang sangat penting pada masa kini. Objektif SKK ialah untuk membolehkan pelajar mengikuti panduan pengajaran dan pembelajaran setaraf dengan kebolehan dan keupayaan mereka dari segi akademik. .

Segala kemahiran dan pengetahuan yang telah dipelajari ini mereka perlu aplikasikan dalam persediaan latihan mengajar yang telah mereka hadapi. Seseorang individu yang berhajat menjadi guru dikehendaki menjalani latihan dan pendidikan guru yang diadakan oleh Kementerian Pendidikan dan Badan Berkanun (Esah. 1991 ). Sekolah Menengah Vokasional merupakan salah satu intitusi yang bertanggungjawab untuk menyediakan seberapa ramai tenaga buruh separuh mahir bagi memenuhi keperluan perindustrian negara. Pelajar-pelajar yang mengikuti kursus berkenaan akan didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran dalam kursus kejuruteraan yang dipelajari. 2003). KPM. Hasrat KPM iaitu melahirkan pelajar yang berkemahiran dalam pelbagai bidang yang relevan dan bermakna bagi membolehkan mereka merancang masa depan dalam pelbagai aspek seperti peluang kerjaya. Institut Kemahiran Mara dan Institut latihan Perindustrian. 2002). perniagaan sendiri atau meneruskan pengajian latihan di mana-mana institusi pengajian tinggi (IPT) (KPM. Latihan dan pendidikan guru diadakan di maktab perguruan dan universiti tempatan manakala yang menjalani latihan di luar negara mestilah yang menjadi tumpuan serta diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. disamping juga institusiinstitusi lain seperti Politeknik. mahir dan produktif. Kurikulum yang baik hendaklah selari dengan kehendak semasa dan dapat melahirkan pekerja yang cekap. Menurut Hirst (dalam Jaludin. 1991) kurikulum ditakrifkan sebagai satu program aktiviti yang disusun oleh guru atau tenaga pengajar untuk membolehkan pelajar mencapai objektif yang telah dirancangkan. . ( Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional.4 Dalam bidang Pendidikan dan Latihan.

ii. ix. Menghasilkan rakyat Malaysia yang berilmu dan berketrampilan agar dapat memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. Menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menggalakkan bagi membolehkan pembelajaran berlaku secara maksimum. pihak Pusat Perkembangan Kurikulum. Menghasilkan individu yang berakhlak mulia serta bersifat progresif. inovatif serta memiliki ilmu pengetahuan. vii. rohani dan intelek (JERI). telah menggariskan beberapa objektif. Selaras dengan usaha kerajaan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan serta bertanggungjawab. Mengembangkan potensi dan keupayaan individu. Melahirkan individu yang memahami serta menghayati cara hidup berdemokrasi. vi. Membentuk insan yang berupaya berfikir secara logis. . Kementerian Pendidikan Malaysia. Dengan ini profesion perguruan memerlukan semua ahilnya yang terlibat dengan pendidikan guru adalah dilatih dan dididik dengan kurikulum yang berkualiti dan mantap.5 Kurikulum pendidikan guru dinilai melalui proses penilaian kurikulum dengan tujuan untuk meningkatkan lagi kualiti pendidikan guru. Membolehkan pelajar mempelajari nilai-nilai murni melalui pelbagai jenis matapelajaran. v. iv. secara bersepadu. iii. analitis. Menghasilkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi jasmani. Kurikulum pendidikan guru menyediakan peluang bagi guru bagi memperoleh ilmu tentang pelbagai teori pengajaran dan amali yang membolehkannya menjadi guru yang profesional (Kementerian Pendidikan Malaysia. Melahirkan insan yang beragama dan mempunyai kemantapan jiwa serta sedia untuk berbakti. 1984). kreatif. emosi. 1999). Antara objektif khusus yang perlu dicapai dan dikuasai pelajar adalah untuk: i. demi mencapai matlamat akhir pendidikan yang murni tersebut (Abu Hassan. viii.

Menurut Newcomb (1979): . 4) Berpandangan jauh. Pandangan Newcomb tentang guru vokasional menggambarkan guru vokasional sebagai humanist (Rahman. Selaras dengan matlamat ini. 1994). Sebagaimana pandangan Allen (1912) memberi fungsi guru vokasional yang meliputi perkara-perkara yang berikut: 1) Cekap dalam bidang yang diajar. 2) Mengetahui apa yang akan diajar. Mereka haruslah memperkemaskan diri mereka dengan pengetahuan dan kemahiran untuk berhadapan dengan situasi atau suasana persekolahan yang mencabar. 3) Boleh menyelesaikan masalah dan dapat bekerja secara bijak dengan pelajar remaja dan dewasa. Oleh itu. Guru yang hanya mahir dalam dalam bidang teknikal tetapi tidak mempunyai pengetahuan yang baik hanya memenuhi sebahagian daripada keperluan untuk menjadi guru yang baik dan begitu juga sebaliknya. persediaan guru-guru teknik dan vokasional seharusnya berbeza daripada persediaan guru-guru pendidikan am yang lain. 2003). serta tolong menolong untuk mewujudkan integrasi nasional di kalangan pelajar (Esah. Guru mestilah mempunyai kedua-dua kecekapan iaitu dalam teknikal atau kemahiran serta pengetahuan yang baik. Memenuhi keperluan pelajar terutamanya untuk mengembangkan potensi atau bakat dan keupayaan mereka. Seseorang guru yang terlatih perlulah menjalankan tugas dan melaksanakannya dengan cekap serta memenuhi tuntutan masyarakat dan matlamat negara. guru perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran yang dapat mendidik pelajar dari segi akademik dan juga toleransi.6 x.

Mereka adalah pembimbing.2 Penyataan Masalah Kajian ini dijalankan untuk melihat apakah persepsi guru-guru pelatih tahun lima pendidikan teknik dan vokasional terhadap tahap pengetahuan dan kemahiran mereka dalam kursus kejuruteraan yang dipelajari di Fakulti Pendidikan.” Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab para bakal guru untuk mempersiapkan diri mereka dengan pengetahuan dan kemahiran sama ada dalam bidang teknikal atau sebagainya untuk menjadi bakal pendidik kepada anak bangsa. ahli falsafah dan rakan. 1. . Universiti Teknologi Malaysia.7 “Guru humanistik adalah lebih daripada penyampai maklumat. Mereka mengetahui perkembangan pesat teknologi untuk diajar kepada pelajar atau cuba belajar bagaimana untuk menyelesaikan masalah di samping mengetahui cara penyelesaiannya untuk disampaikan kepada pelajar.

4. Elektrik dan Jentera) terhadap kemahiran yang telah diperolehi dalam kursus kejuruteraan yang dipelajari di Fakulti Pendidikan. 1.1 Apakah persepsi guru pelatih tahun lima Pendidikan Teknik dan Vokasional (Awam. 1.2 Mengenalpasti persepsi guru pelatih tahun lima Pendidikan Teknik dan Vokasional (Awam. Elektrik dan Jentera) terhadap pengetahuan yang telah diperolehi dalam kursus kejuruteraan yang dipelajari di Fakulti Pendidikan.3. beberapa persoalan kajian telah dikenalpasti berdasarkan objektif yang hendak dicapai.2 Apakah persepsi guru pelatih tahun lima Pendidikan Teknik dan Vokasional (Awam. Berikut ialah objektif yang telah ditetapkan. Elektrik dan Jentera) terhadap pengetahuan yang telah diperolehi dalam kursus kejuruteraan yang dipelajari di Fakulti Pendidikan? 1.3 Objektif Kajian Beberapa objektif telah dikenalpasti dalam menjalankan kajian ini.3. Elektrik dan Jentera) terhadap kemahiran yang telah diperolehi dalam kursus kejuruteraan yang dipelajari di Fakulti Pendidikan? . Persoalan kajian yang telah dikenalpasti adalah seperti berikut : 1.8 1.1 Mengenalpasti persepsi guru pelatih tahun lima Pendidikan Teknik dan Vokasional (Awam.4.4 Persoalan Kajian Dalam menjalankan kajian ini. 1.

1.2 Bakal Guru Hasil daripada kajian yang dijalankan diharap dapat membantu para bakal guru untuk meningkatkan serta memantapkan pengetahuan dan kemahiran mereka di dalam .9 1.5. Kajian seumpama ini diharap dapat membantu pihak-pihak yang berkenaan mempertingkatkan lagi usaha bagi memastikan pelajar dari aliran kejuruteraan dalam Jabatan Teknik dan Vokasional dapat menguasai pengetahuan dan kemahiran dalam kursus kejurutraan yang dipelajari sepenuhnya.5 Kepentingan Kajian Kajian ini dibuat adalah untuk mendapatkan seberapa banyak maklumat mengenai persepsi pelajar-pelajar terhadap pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi dalam kursus kejuruteraan di Fakulti Pendidikan. 1.1 Fakulti Pendidikan Hasil daripada dapatan kajian yang akan dijalankan boleh dijadikan landasan untuk merancang kurikulum yang lebih mantap dan memastikan pelajar dari aliran kejuruteraan dalam Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional dapat menguasai pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi sebagai persediaan dalam menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.5.

6 Skop Kajian Dalam menjalankan kajian ini. 1. .10 kursus kejuruteraan supaya dapat menjadi pendidik yang berguna dan diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.1 Kajian ini ditumpukan di Fakulti Pendidikan.7. Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elekrtik) dan Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Jentera)dalam Jabatan Teknik dan Vokasional. skop kajian yang ditetapkan akan hanya melihat persepsi pelajar-pelajar terhadap pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari sepanjang mengikuti kursus serta aplikasi semasa latihan mengajar dijalankan.7. 1. Universiti Teknologi Malaysia. 1. Kajian ini dijalankan ke atas pelajar tahun lima Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam). Fakulti Pendidikan.7 Batasan Kajian Kajian ini tertakluk kepada batasan kajian seperti berikut :- 1.2 Kajian ini terbatas kepada pelajar-pelajar yang mengambil kursus kejuruteraan di fakulti pendidikan dan pernah menjalani latihan mengajar.

(2004) dalam bukunya Psikologi Sosial.11 1. . Antaranya ialah: 1.8 Definisi Dalam kajian ini terdapat beberapa istilah yang perlu diberi penjelasan dengan terperinci kerana ia digunakan oleh pengkaji untuk keperluan kajian. Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik) dan Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal) di Fakulti Pendidikan.1 Persepsi Menurut Azizi et al. Pelajar-pelajar ini telah menjalani latihan mengajar pada tahun 2004. 1. persepsi sosial merujuk kepada satu proses untuk membuat penilaian terhadap tingkah laku orang lain.8.8.2 Guru Pelatih Merujuk kepada pelajar tahun lima jurusan Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam).

Dalam kontek kajian ini.5 Kursus Kejuruteraan Matapelajaran kejuruteraan yang dipelajari oleh pelajar-pelajar tahun lima jurusan Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam). pengetahuan merangkumi cara kecekapan serta pengetahuan guru pelatih terhadap kursus kejuruteraan serta aplikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. 1.3 Pengetahuan Dalam kontek kajian ini. psikomotor dan penggunaan sumber yang berkesan.8.4 Kemahiran Menurut Ahmat (1997). Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik) dan Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal) di Fakulti Pendidikan. kecekapan dan pengetahuan guna tenaga dalam dalam bidang teknikal yang melibatkan operasi kognitif. kemahiran diertikan sebagai ketrampilan. . kecekapan dan berpengetahuan. kemahiran bermaksud ketrampilan.8.12 1. 1.8.

13 BAB II SOROTAN PENULISAN 2. Matlamat pendidikan di Malaysia adalah untuk melahirkan individu yang berpengetahuan. serta mempunyai nilai moral dan etika yang kukuh.0 Pengenalan Pendidikan teknik dan vokasional yang formal di Malaysia bermula dengan tertubuhnya Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun 1974. Tujuan bahagian ini ditubuhkan adalah untuk merancang. individu yang memiliki kemahiran yang murni. 1991). menyediakan kurikulum dan sukatan latihan perguruan serta menyediakan pendidikan teknik dan vokasional di peringkat menengah rendah. menengah atas dan peringkat pengajian tinggi. melahirkan warganegara yang bertanggungjawab. memupuk perpaduan negara disamping membantu membentuk tenaga kerja yang mempunyai kebolehan teknik yang akan meningkat daya saing ekonomi Malaysia (Mahathir Mohamed. .

Guru bertanggungjawab untuk melahirkan masyarakat yang berilmu dan berakhlak tinggi serta pandai memanfaatkan ilmu untuk kehidupan yang cemerlang (Wan Rahimah. Proses pengajaran dan pembelajaran ini akan membawa kepada pengajaran yang berkualiti dan mempunyai hubungkait dengan pencapaian pelajar dalam sesuatu pelajaran. Dalam konteks kajian ini. dalam kajiannya mendapati guru yang berkualiti adalah guru yang berkebolehan menyampaikan isi kandungan mata pelajaran kepada pelajar supaya ia sentiasa menarik dan berkesan.1 Pembelajaran Pengetahuan Kejayaan seseorang pelajar dalam sesuatu matapelajaran dikaitkan dengan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di mana prestasi pencapaian pelajar dalam peperiksaan memberikan gambaran yang sebenar kepada mutu pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh seseorang guru. guru atau rakan (Sulaiman. pelajar. Guru berperanan sebagai penyampai ilmu pengetahuan yang penting dalam pengajaran secara tradisi. 1997). pengaruh faktor lain terhadap pengajaran dan pembelajaran serta pengetahuan mengenai kemahiran mengajar tersendiri pada seseorang. tugas guru adalah untuk menyebar atau memindahkan maklumat dengan menterjemahkan kandungan pelajaran kepada sesuatu bentuk yang boleh difahami oleh pelajar melalui aktiviti pembelajaran yang sesuai. . 1995). Pengetahuan merupakan kebolehan untuk mengingat atau mengenal semula sesuatu pelajaran yang telah dipelajari samada daripada buku. Mohd Hasni (1996). Dalam konteks ini.14 2. kurikulum. pengetahuan merujuk kepada pengetahuan guru tentang subjek yang diajarnya.

samada yang terdapat pada guru. Menurut Atan Long (1991). merasa dan menghidu (Zaidatol dan Habibahh. Sekiranya kandungan sesuatu kurikulum itu dapat disampaikan dengan jayanya menurut kehendak objektif yang telah ditetapkan. Guru yang merancang semua aspek pengajaran dengan teliti dapat menyampaikan pengetahuan ataupun kandungan dengan berkesan dalam tempoh yang ditetapkan (Rashidi dan Abdul Razak. Billett (1994) membuat kesimpulan bahawa pembelajaran yang berkesan adalah hasil dari aktiviti yang berkaitan dan bermakna kepada pelajar. Menurut Mohd. 1990). 1996). Keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran yang mencapai matlamat kurikulum bergantung kepada banyak faktor. Ini bermakna penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) yang sempurna dapat meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran terutama kepada pelajar yang lemah dan rendah keupayaan berfikir. matlamat suatu kurikulum semestinya dapat dicapai. 1996). pelajar sepatutnya didedahkan kepada pelbagai sumber maklumat berkaitan kandungan sesuatu mata pelajaran dan tidak terhad kepada buku teks sahaja. Salleh (1996). untuk mendapatkan pengajaran yang berkesan seseorang guru perlu menyampaikan pengajarannya mengikut prinsip-prinsip yang tertentu. mendengar. pada pelajar mahupun pada keadaan fizikal bilik darjah (Rashidi dan Abdul Razak. BBM yang baik bukan saja dapat membantu guru mendidik dan membimbing pelajar menghayati ilmu yang disampaikan tetapi mampu membantu pelajar mengaplikasikan ilmu tersebut dalam kehidupan seharian (Zaidatol dan Habibah.15 Pembelajaran yang efektif boleh dicapai melalui integrasi proses berfikir dan dibantu oleh naluri-naluri melihat. dalam proses pengajaran dan pembelajaran. dilakukan dalam konteks . 1990).

w).t).2 Pembelajaran Kemahiran Oleh kerana pekerjaan penting dalam kehidupan manusia. dalam usaha mempelajari kemahiran pekerjaan.” Di samping mempelajari kemahiran. Pembelajaran akan lebih berkesan jika pelajar didedahkan kepada suasana yang sebenar di mana pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dapat diaplikasikan secara praktikal (Billett. Hasil penyelidikan menyokong peranan pembelajaran secara kontekstual (contextual learning) dalam pendidikan akademik dan vokasional. . dan pelajar mempunyai peluang untuk berinteraksi dengan pelajar yang lain. asalkan bidang pekerjaan itu diredhai oleh Allah (s. Hasil daripada didikan tersebut. apabila berusia 13 tahun. Semenjak kecil lagi baginda telah dididik menternak kambing.w. 1993). perhatian juga diberikan kepada minat dan kemampuan pelajar dalam melakukan pekerjaan yang akan dipelajarinya. setelah itu barulah dia mempelajari apa yang akan dilakukan untuk bidang pekerjaannya dan untuk itu dia haruslah diberi petunjuk. dibimbing oleh pengajar yang terlatih. Menurut Rahman dan Zakaria (1994). menghafal pokok-pokok bahasa. Islam tidak menghalang umatnya mempelajari kemahiran dalam bidang pekerjaan yang dilakukan. baginda mempelajari selok-belok perniagaan daripada bapa saudara baginda.16 dan suasana yang sesuai. Kepentingan mempelajari kemahiran pekerjaan juga boleh dipelajari daripada sirah Rasulullah (s. Ibnu Sinna menegaskan: “Apabila seseorang anak itu selesai belajar al-Quran.a. baginda telah menjadi peniaga terkenal ketika berusia 25 tahun. 2.

Disamping itu. Menurut Gagne (1985) dalam bukunya The Conditions of Learning mengemukakan satu teori mengenai bagaimana manusia memperolehi maklumat dalam sesuatu proses rangsangan. guru perlu menguasai kemahiran. kemahiran merupakan aspek yang penting bagi melaksanakan tugas dalam bidang pendidikan.kecekapan dan berpengetahuan. 1997). Mengikut teori beliau rangsangan-rangsangan daripada persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia. Ia melibatkan cara baru untuk membuat sesuatu kerja dan ia bertugas dalam perubahan individu untuk mengatasi rintangan atau untuk menyesuaikan diri kepada situasi baru. Kemahiran dan teknik pengajaran yang baik akan memastikan minat pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran dapat ditingkatkan atau dikekalkan (Abdul Razak. kemudian akan dihantar ke stor ingatan jangka panjang dan kepada penggerak. pengetahuan dan sikap. kemahiran diertikan sebagai ketrampilan. pembelajaran kemahiran ialah perolehan tabiat. Ia juga membolehkan individu itu memenuhi minat atau mencapai matlamatnya. Guru-guru akan dapat mengajar dengan penuh yakin jika mempunyai ilmu dan kemahiran yang lengkap. Ia merupakan perubahan tingkahlaku yang positif sambil individu itu bertindak balas kepada situasi dalam usaha menyesuaikan tingkah laku dengan berkesan kepada permintaan yang dibuat terhadapnya. psikomotor dan penggunaan sumber yang berkesan. Dalam kontek kajian ini. terutama yang berkaitan dengan melibatkan penggunaan kerja tangan. Kemahiran dijana oleh rangsangan-rangsangan yang diterima oleh pelajar. kecekapan dan pengetahuan guna tenaga dalam dalam bidang teknikal yang melibatkan operasi kognitif. Maklumat itu akan ditaksir dalam stor ingatan. . Ringkasnya.17 Menurut Ahmat (1997). kemahiran bermaksud ketrampilan. Menurut Crow dan Crow (1983).

1 Pendedahan Kepada Industri Pendedahan kepada industri boleh dilakukan melalui lawatan atau latihan industri. sekolah. Program ini juga boleh dipanggil sebagai “balik-ke-industri” yang perlu dikendalikan oleh pihak Kementerian. Jerman dan Jepun. di negara. mendapat bimbingan dari pekerja lain yang berpengalaman.18 2. Ruhizan. Penyelidikan . instistusi pengajian tinggi. Untuk memenuhi tuntutan ini. kolabrasi antara sekolah dan industri memang telah lama terjalin. partnership atau usahasama antara sekolah serta institusi pengajian tinggi dan industri hendaklah dijalinkan di mana peluang untuk pelajar melihat aplikasi pembelajaran di sekolah dan di institusi pengajian tinggi kepada proses yang berlaku di industri akan meningkatkan minat pelajar terhadap sesuatu karier.negara maju seperti Amerika Syarikat. Ini penting kerana pelajar tidak akan dapat memahami suasana di industri hanya melalui pembelajaran melalui buku. Menurut Ahmad (1994). perancangan yang rapi dan sistematik diperlukan untuk menarik minat pihak industri untuk sama-sama terlibat dalam usahasama ini. Kedua-dua aktiviti ini telah diakui oleh guru-guru akademik dan vokasional sebagai cara yang praktikal untuk meningkatkan pengetahunan mengenai alam pekerjaaan.2. Latihan di industri untuk pelajar-pelajar mempunyai beberapa kelebihan seperti: belajar dalam suasana alam pekerjaan yang sebenar. belajar cara menyelesaikan masalah teknikal yang sebenar dan bukannya hypothetical seperti yang biasanya berlaku di dalam bilik darjah (Kramlee. 2003). industri dan pihak-pihak lain yang berminat (Ramlee. 1999). Pelajar juga perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran yang dianggap penting oleh majikan. Justeru itu. Hamdan.

dan mempunyai kemahiran yang sesuai (Custer & Claiborne 1995). Pribbenow. Phelps.19 menunjukan bahawa majikan memilih pekerja yang mempunyai sikap yang positif. Sargent. . Hernandez-Gantes. guru-guru akademik dan vokasional dapat melihat dan menilai kepentingan usahasama dan kolabratif ini melalui pengajaran berpasukan. Di bawah adalah beberapa contoh: 1. guru-guru akademik dan vokasional juga perlu menjalani latihan industri terutama guru-guru yang tidak mempunyai pengalaman bekerja dalam sesuatu industri. belajar. Di samping penglibatan pelajar dalam latihan industri. Menurut Kramlee. guru geografi dan guru perdagangan menyediakan tugasan bersama di mana pelajar dikehendaki merancang dan menyediakan aturcara lawatan ke beberapa tempat dengan kos yang terbaik untuk satu pakej pelancongan. Proton dan EON telah menyumbang kereta Proton dan injin kepada beberapa buah sekolah teknik dan vokasional sejak tahun 1993. Pihak syarikat menyediakan peralatan. bermotivasi. Ettinger. Castelan & Copa 1998). bahan dan tenaga pengajar yang akan berkerjasama dengan guruguru. Kajian di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa guru-guru yang menamatkan latihan industri adalah lebih berkesan dalam menghubungkan pengajaran di sekolah dengan alam perkerjaan (Finch 1999. Contohnya. Ruhizan dan Hamdan (2003) dengan bekerja. Integrasi akademik dan vokasional juga boleh dilaksanakan secara kolabratif dalam menyediakan tugasan yang dirancang bersama. Usahasama antara sekolah dan pihak swasta ternyata memberi manfaat kepada kedua-dua pihak. dan bekerjasama antara satu sama lain. Beberapa buah syarikat di Malaysia telah mengadakan usahasama dengan sekolah dan politeknik di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan (Ahmad 1994).

Shell Malaysia Inc.2 Pembelajaran Di Sekolah dan Aplikasinya Di Luar Bilik Darjah Seseorang guru perlu didedahkan kepada keadaan atau pun situasi sebenar supaya mereka akan mendapat pengetahuan dan kemahiran yang lebih baik. Ruhizan. 3.20 2. Pendekatan ini memerlukan guru-guru adademik dan vokasional menghubungkan sekolah dengan alam pekerjaan secara kreatif dan produktif (Kramlee. 7. PETRONAS membiayai sebahagian daripada peralatan dan prasarana di Politeknik Sarawak untuk melatih pekerja mahir untuk keperluan syarikat tersebut. . Hamdan. menyediakan peralatan kepada beberapa buah Institut Kemahiran Mara untuk meningkatkan lagi kemahiran pelajar. Esso Malaysia Inc. 5. 1993). Satu program latihan bersama telah diadakan di antara POLIMAS dan Matsushita Electric Motor (MAEM) untuk melatih pekerja MAEM. 2. Toyota menyediakan Makmal Automotif Toyota di salah sebuah Institut Kemahiran MARA. 6. Toyota Motor telah menyumbang sistem automatif kepada CIAST untuk tujuan latihan. 4. Sarawak untuk melatih pelajar dalam bidang kimpalan.2. 2003). terlibat dalam Project LINK dengan sebuah sekolah vokasional di Miri. Hasil kajian menunjukkan bahawa pembelajaran akan lebih berkesan jika pelajar didedahkan kepada suasana yang sebenar di mana pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dapat diaplikasikan secara praktikal (Billet.

penganalisaan dan penafsiran data secara sistematik dengan mengikut reka bentuk yang tertentu yang difikirkan perlu dan sesuai oleh penyelidik. populasi dan sampel kajian. penyelidikan adalah satu usaha menganalisa data melalui kaedah saintifik dengan bertujuan mencari jawapan kepada persoalan masalah kajian yang dijalankan. prosedur kajian. cara analisa data dan lain-lain yang berkaitan. kaedah kajian adalah merupakan salah satu faktor penting bagi memperolehi keputusan yang mempunyai keesahan dan kebolehpercayaan. instrumen kajian. Oleh itu. Dalam bab ini penyelidik akan menerangkan bagaimana kajian dijalankan dari segi reka bentuk kajian. Penyelidikan adalah dianggap sebagai satu proses menyelesaikan masalah melalui perancangan. pengumpulan data.0 Pengenalan Sesuatu penyelidikan yang dijalankan adalah untuk mengesahkan objektif kajian. tempat kajian.21 BAB III METODOLOGI KAJIAN 3. . Menurut Kerlinger (1986).

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elekrtik) dan Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Jentera) terhadap pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi sepanjang mengikuti kursus kejuruteraan. Kaedah ini merupakan kaedah penyelidikan yang bermatlamat untuk menerangkan sesuatu keadaan .22 Bab ini akan menghuraikan metodologi kajian yang dijalankan iaitu mengenalpasti persepsi guru-guru pelatih tahun lima Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam). Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elekrtik) dan Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Jentera) terhadap tahap pengetahuan dan kemahiran mereka dalam kursus kejuruteraan yang dipelajari di Fakulti Pendidikan Oleh itu dalam bab ini.1 . pengkaji telah mengambil keputusan untuk menggunakan kaedah kajian deskriptif. Pemilihan kaedah ini bertujuan mengetahui persepsi guru pelatih tahun lima Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam). Reka bentuk kajian Untuk melakukan kajian ini. penyelidik akan membincangkan tentang rancangan bagaimana penyelidikan akan dilakukan berdasarkan perkara-perkara berikut: a) b) c) d) e) f) Reka bentuk kajian Populasi dan Sampel Instrumen kajian Kajian rintis Keesahan soal selidik Penganalisaan data 3.

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elekrtik) dan Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Jentera) yang menjalani latihan mengajar di sekolah-sekolah yang ditetapkan. situasi atau keadaan yang menarik kepada penyelidik. Menurut Mohd Najib (1999). Kajian ini bertujuan untuk menyelidik atau mengkaji fenomena di mana tidak dapat dijangka tapi dapat ditafsirkan melalui dapatan kajian yang akan diperolehi kelak. penyelidikan deskriptif ini bermatlamat untuk menerokai sesuatu bidang yang belum atau kurang dikaji dan ini selari denagan matlamat kajian ini. Kajian deskriptif ini juga merupakan penyelidikan terhadap sesuatu fenomena dengan menganalisa data deskriptif yang diperolehi daripada soal selidik atau mediamedia lain (Mohd Najib. Fenomena yang diselidik boleh juga dikenalpasti dengan membuat perbandingan antara pembolehubah. 1999). Kajian deskriptif ini akan melihat persepsi guru-guru pelatih tahun lima Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Awam/Elektrik/Jentera) sendiri terhadap pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi. beliau menyatakan bahawa penyelidikan adalah bermatlamat untuk mengkaji dan menghuraikan individu. Menurut Cates (1985). Kadangkala sesetengah pihak kurang prihatin dengan apa yang dialami oleh guru pelatih semasa menjalani latihan mengajar. kajian ini akan memperlihatkan dan memperjelaskan lagi situasi yang sedang berlaku terhadap guru-guru pelatih ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka.23 atau situasi yang sedang berlaku sepertimana guru-guru pelatih tahun lima Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam). kumpulan. . Oleh itu.

24 3. sesuatu populasi terhad mengandungi bilangan unit pensampelan yang boleh dikira. peristiwa dan sebagainya – yang ditentukan secara teori. Persampelan yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai beberapa ciri atau sifat bagi populasi terhad biasanya dikenali sebagai pensampelan tinjauan (Abu Hassan. 1998). Jadual 3. jenis populasi yang telah dikenal pasti untuk dijalankan kajian ini merupakan populasi terhad kerana bilangan sebenar pelajarnya oleh diketahui.. populasi adalah sekumpulan besar unsur-unsur tinjauan – individu. Sesuatu populasi boleh ditakrifkan sebagai terhad (finite) atau tidak terhad (infinite) bergantung pada sama ada unit pensampelannya terhad atau tidak terhad. kes. objek. Oleh itu. Sebaliknya populasi tidak terhad mengandungi bilangan unit pensampelan yang yang terlalu banyak sehingga tidak mampu untuk mengiranya (Abu Hassan.1 : Taburan Populasi dan Sampel Kajian Bil 1 Kursus Lima Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Awam) Lima Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Elektrik) Lima Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Jentera) Jumlah Populasi 36 Sampel 30 2 28 23 3 27 91 26 79 .2 Populasi dan Sampel Menurut Abu Hassan (1998). rekod. Mengikut takrifan. 1998). di mana mempunyai ciri-ciri tertentu yang sama.

responden tidak dapat dikesan (misalnya tiada di rumah). Soal selidik dibentuk berdasarkan objektif kajian yang dibentuk. Elektrik Dan Elektronik dan Mekanikal dari Jabatan Pendidikan Teknik Dan Vokasional. Menurut Abu Hassan (1998) keadaan ini disebabkan oleh ralat di mana responden tidak memberi sebarang respon (nonrespon). 3. pengkaji menggunakan kaedah soal selidik bagi tujuan untuk mendapatkan maklumat dan mengumpul data. kaedah soal selidik dapat mengurangkan kemungkinan berlakunya bias akibat daripada sifat peribadi dan kemahiran penyelidik. Penggunaan soal selidik bertujuan untuk memudahkan penyelidik untuk menganalisis data yang diperolehi. Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elekrtik) dan Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Jentera) terhadap kursus kejuruteraan di Fakulti Pendidikan. penyelidik telah menerima 79 set. Nonrespon bermaksud pemerhatian tidak dapat dijalankan mungkin disebabkan oleh sampel yang dipilih tidak mahu terlibat dalam penyelidikan. Menurut Abu Hassan (1998). Fakulti Pendidikan. tidak mengembalikan borang soal selidik dan sebagainya. Ianya dapat menjawab persoalan- . Universiti Teknologi Malaysia. Instrumen kajian yang digunakan adalah satu set soal selidik yang diberikan kepada responden. borang soal selidik yang diberi telah hilang.25 Populasi yang digunakan merupakan pelajar tahun lima jurusan Teknologi Serta pendidikan Kejuruteraan Awam. Daripada 91 soal selidik yang diedarkan.3 Instrumen Kajian Kajian ini akan menggunakan kaedah soal selidik dalam usaha untuk meninjau persepsi pelajar pelajar tahun lima Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam). Dalam kajian ini. Aras keyakinan saiz sampel yang diperlukan berada pada aras 95%.

Responden hanya perlu membulatkan mana-mana jawapan yang difikirkan sesuai pada setiap item yang terdapat dalam soal selidik tersebut. Dengan menggunakan teknik ini akan membolehkan pengkaji memperolehi data atau maklumat yang tepat seperti yang dikehendaki (Borg dan Gall. jujur dan sukarela. Kaedah soal selidik merupakan kaedah yang biasa digunakan dalam kajian deskriptif (Colombo Plan Staff College for Technical Education. Namun. iii. bangsa.26 persoalan kajian. Soal selidik yang dibuat oleh pengkaji mengandungi 2 bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. . ianya memerlukan beberapa langkah yang perlu diambil untuk mendapatkan maklumbalas yang positif daripada responden dalam jangka waktu yang tertentu iaitu :- i. Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elekrtik) dan Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Jentera) terhadap penggunaan bahan bantu mengajar bagi mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan di sekolah. 1979). Responden mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang mencukupi untuk menjawab setiap soalan yang terdapat dalam soal selidik tersebut. Soal selidik yang diberikan kepada responden hendaklah jelas dan mudah difahami. Bahagian A terdiri daripada 4 item iaitu berkaitan biodata responden iaitu jantina. kursus dan jenis sekolah semasa latihan mengajar. Kaedah soal selidik ini digunakan untuk mendapatkan maklumbalas daripada responden kerana pengambilan masa untuk mendapatkan maklumat adalah minimum dan mudah diuruskan. ii. Bahagian B pula terdiri daripada 20 item berkaitan dengan persepsi bakal guru tahun lima Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam). Responden yang menjawab soal selidik hendaklah secara ikhlas. 1984).

4.2 : 1 2 3 4 5 Pemilihan Tahap Jawapan Responden Sangat tidak setuju Tidak setuju Tidak pasti Setuju Sangat setuju STS TS TP S SS Bahagian B dalam soal selidik ini mengandungi 20 item soalan yang dibina sendiri dan ada yang mendapat pandangan dan buah fikiran daripada rakan-rakan serta bimbingan daripada pensyarah pembimbing. 12. 6. 11. 19 1. 9. 20 10 No. 15. 8. 5. 18. 17. 14. 3. 13.27 Kaedah yang digunakan pada bahagian ini menggunakan skala ‘Likert’ yang mempunyai 5 pilihan jawapan di mana responden dikehendaki memilih jawapan dari satu kontinum (ekstrem ke ekstrem). 7. 16.3 : Taburan Item Soal Selidik Mengikut Aspek Kajian Persoalan Kajian Persoalan Kajian 1: Pengetahuan Persoalan Kajian 2: Kemahiran Jumlah 2. 10. Item Jumlah Item 10 20 . Responden perlu memberikan pendapat atau pandangan dengan menandakannya pada bahagian kaedah skala ‘Likert’ samada bersetuju atau tidak berdasarkan skala pemeringkatan yang mempunyai lima aras yang berbeza iaitu daripada ekstrem negatif kepada ekstrem positif seperti berikut :- Jadual 3. Jadual 3.

penulis telah memilih 5 orang secara rawak yang terdiri daripada responden yang bukan sampel kajian untuk menjawab item-item soal selidik sebagai pemeriksaan. pengkaji telah melakukan pengesahan soal selidik melalui seorang pensyarah di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Antara aspek yang ditekankan dalam pembinaan soal selidik ialah format penulisan. Keesahan dan kebolehpercayaan soal selidik diproses dengan menggunakan perisian SPSS 14. struktur ayat dan maksud yang jelas bagi setiap item.856 dan nilai ini berada pada tahap keesahan dan kebolehpercayaan soalan yang tinggi (Najib Ghafar. Pengesahan soal selidik perlulah dilakukan oleh mereka yang arif tentang pembinaan soal selidik.5 Kajian Rintis Kajian ini dilakukan untuk memeriksa sejauh manakah responden memahami soalan yang dikemukakan iaitu satu kaedah biasa untuk menilai kebolehpercayaan dan keesahan soalan yang dibina. Dalam kajian ini. 1998).28 3. Untuk mengelakkan masalah ini berlaku daripada penyelidikan yang sebenar. Sebenarnya. 3.0. setiap soalan yang dibina akan mengalami masalah dari segi bahasa dan struktur ayat serta maksudnya dalam set soalan selidik.4 Kesahan Soal selidik Soal selidik yang telah dibina perlu disahkan. Nilai alpha cronbach yang diperolehi adalah 0. .

29 3. penulis mengkelaskan skala permeringkatan Likert kepada tiga kategori sahaja iaitu sangat setuju dan setuju sebagai kategori setuju (S).Pengkelasan Skala Likert dilakukan dengan tujuan untuk . setiap pernyataan soalan adalah mengikut Skala Likert. Bagi tujuan kajian ini. tidak setuju dan sangat tidak setuju pula sebagai kategori tidak setuju (TS). Skala 3 menyatakan tidak pasti dan skala terendah iaitu skala 1 yang bermaksud pernyataan sangat tidak setuju.4 : Taburan Skor Mengikut Skala Likert Skala 1 2 3 4 5 Skor Amat Tidak Setuju (ATS) Tidak Setuju (TS) Tidak Pasti (TP) Setuju (S) Amat Setuju (AS) Skala yang paling tinggi adalah skala 5 yang menyatakan responden sangat setuju dengan kenyataan pernyataan soalan yang diajukan. Keputusan kajian akan ditunjukkan dengan menggunakan jadual. Jadual 3. Dalam kajian ini. tidak pasti sebagai kategori tidak pasti (TP).6 Analisis Data Data dan maklumat yang diperolehi akan dianalisis dengan menggunakan perisian komputer SPSS for windows (Statistical Packages For Social Sciences).

pengkaji telah membuat pembahagian dari skala ‘Likert’ lima mata kepada tiga mata sahaja. Data-data yang diperolehi daripada soalan merupakan data mentah dan seterusnya dianalisa untuk mendapatkan ilmu serta maklumat yang berguna. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science for Window Release 14. namun tafsiran terhadap fakta adalah hak individu pengkaji. Menurut Majid (1994). pemprosesan data merupakan teknik untuk pengumpulan. penganalisaan. pengolahan. Untuk membuat penilaian. Menurut Majid (1994). Tanggapan responden diukur dengan menggunakan skala ‘Likert’. Skala ini mengandungi lima peringkat yang perlu dipilih oleh responden. Kaedah yang digunakan untuk memproses data-data yang diperolehi adalah berdasarkan kepada kekerapan dan peratusan serta bagi mendapatkan nilai min. Bagi memudahkan proses menganalisa data. Responden dikehendaki menyatakan peringkat persetujuan terhadap soalan-soalan yang diedarkan. penyimpanan dan pengeluaran data.0 (SPSS/PC+). pengkaji telah mengkategorikan penilaian responden dalam setiap pembolehubah pada tahap tertentu. Mereka hanya perlu membulatkan jawapan yang terdapat di hujung setiap pernyataan. yang menyatakan bahawa meskipun fakta adalah hak semua orang.30 mengumpul dan memproses data-data yang diperolehi dalam dua keadaan utama iaitu setuju dan tidak setuju sahaja. Kaedah ini sering digunakan oleh pengkaji bagi memudahkan penyelidik membuat pemberatan bagi setiap .

34-3.67 3.68 – 5.6 : Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min Skor Min 1.67 1.00 2. Min jawapan setuju diambil kira dengan menjumlahkan peratusan jawapan ‘sangat setuju’ dan ‘setuju’.33 2. adalah dianggap berkecuali (sederhana). Min jawapan bagi ‘tidak pasti’. pengkaji telah mengkelaskan skor kepada tiga kategori jawapan iaitu setuju. Jadual 3. pengkaji telah mengkelaskan skala ‘Likert’ lima mata kepada tiga mata. 1997). Min jawapan tidak setuju pula dikira dengan mengambil kira jawapan ‘sangat tidak setuju’ dan ‘tidak setuju’. Ianya adalah seperti berikut :- Jadual 3.5 : Perubahan Skala Likert Kepada Skala 3 Peringkat Skala 5 Point 3.00 – 2.00-2.31 kategori yang diukur atau membandingkannya dengan data lain (Abu Hassan.00 Tahap Rendah Sederhana Tinggi . frekuensi dan min bagi keseluruhan item.68-5. Item-item pada Bahagian A dianalisa menggunakan penilaian peratusan dan frekuensi manakala pada Bahagian B pula akan dianalisa menggunakan peratusan. Berikutan itu. tidak setuju dan tidak pasti.34 – 3.33 Tahap 3 2 1 Peringkat Tinggi Sederhana Rendah Berdasarkan kaedah ini. Ia bertujuan untuk memudahkan pentafsiran terhadap dapatan yang diperolehi.

32 BAB IV ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN 4.0 Pengenalan Dalam bab ini penyelidik akan menerangkan segala analisis data yang telah dianalisa berdasarkan kepada maklumat yang diperolehi dari soal selidik yang diedarkan. Penyelidik telah menggunakan perisian Statistical Package For Science Social (SPSS 14. Elektrik & Elektronik dan Jentera) di Fakulti Pendidikan. Sejumlah 70 borang soal selidik telah diedarkan kepada pelajar tahun 5 Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam. . Bagi persoalan kajian berikutnya. Universiti Teknologi Malaysia. analisis dibuat berdasarkan kepada kaedah yang telah dijelaskan dalam bahagian tiga. Analisis soal selidik ini adalah untuk meninjau persepsi guru pelatih terhadap penggunaan bahan bantu mengajar bagi matapelajaran Lukisan Kejuruteraan.0) bagi menganalisis segala data yang diperolehi.

6 32.6 28. Seramai 23 orang responden pula terdiri daripada kursus Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik & Elektronik) iaitu 28. bangsa serta jenis sekolah yang ditempatkan semasa latihan mengajar.6%.1.9%. .6%. Analisis data yang diperolehi ditunjukkan dalam bentuk frekuensi (f) dan peratusan (%). Seramai 30 orang responden terdiri daripada kursus Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam) iaitu 38. Soalan-soalannya merangkumi kursus. jantina.1 Kursus Jadual 4.9 100 Kurus SPA SPE SPJ Jumlah Jadual 4.1. Analisis Bahagian A Bahagian ini mengandungi empat soalan berkaitan dengan maklumat latar belakang responden.1 menunjukkan taburan bilangan dan peratusan responden mengikut aliran kursus. 4. Selebihnya pula ialah responden yang terdiri daripada kursus Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Jentera) dengan bilangan seramai 26 orang iaitu bersamaan 32.1 : Taburan Bilangan Dan Peratus Responden Mengikut Kursus Frekuensi (f) 30 23 26 79 Peratus (%) 38.33 4.

3 Bangsa Jadual 4.3 : Bangsa Melayu Cina India Lain-lain Jumlah Taburan Bilangan Dan Peratus Responden Mengikut Bangsa Frekuensi (f) 48 18 7 6 79 Peratus (%) 61. Ini menunjukkan bilangan perempuan lebih ramai berbanding lelaki dengan perbezaan sebanyak 20%.4 22. Jumlah keseluruhan responden ialah 70 orang.2 : Taburan Bilangan Dan Peratus Responden Mengikut Jantina Frekuensi (f) 32 47 79 Peratus (%) 40 60 100 Jantina Lelaki Perempuan Jumlah Jadual 4.1.2 menunjukkan taburan responden mengikut bilangan dan peratus mengikut jantina.6 7.9 8. 4. Berdasarkan jadual responden yang terdiri daripada lelaki ialah seramai 32 orang iaitu 40% dan bilangan perempuan pula seramai 47 orang iaitu 60%.1 100 .34 4.2 Jantina Jadual 4.1.

Bagi sekolah jenis Sekolah Menengah Agama (SMA) pula hanya 9 orang responden iaitu 11. 4.4 100 Jadual 4.4% menjalani latihan mengajar di sekolah tersebut.4% dan di ikuti dengan 18 orang berbangsa cina (22.1% menjalani latihan mengajar di sekolah jenis Sekolah Menengah Teknik (SMT).1. 7 orang berbangsa India (8.9%). seramai 48 orang responden berbangsa Melayu iaitu 61. Responden paling ramai menjalani latihan mengajar di sekolah jenis Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dengan bilangan seramai 41 orang responden iaitu 51. . Berdasarkan jadual ini. Sebanyak 29 orang responden iaitu 37.5%.35 Jadual 4.4 51. Ini menunjukkan majoriti responden adalah berbangsa melayu dengan bilangan lebih daripada separuh jumlah responden.6%) dan 6 orang berbangsa lain-lain (7.4 Sekolah Semasa Latihan Mengajar Jadual 4.1 11.3 di atas menunjukkan taburan bilangan dan peratus mengikut bangsa.4 : Taburan Bilangan Dan Peratus Responden Mengikut Jenis Sekolah Semasa Latihan Mengajar Jenis Sekolah SMT SMA SMK Jumlah Frekuensi (f) 29 9 41 79 Peratus (%) 37.4 menunjukkan taburan bilangan dan peratus responden dan mengikut jenis sekolah yang responden jalani semasa latihan mengajar.1%).

Jadual 4.6 2 2.6 3 4.5 : Pengetahuan Guru Pelatih Dalam Kursus Kejuruteraan No Item f Saya yakin isi pelajaran yang terkandung dalam kursus 2 kejuruteraan yang dipelajari dapat meningkatkan pengetahuan pelajar Saya memberi maklumat 4 terkini tentang isi pelajaran yang diajar 6 Saya sering mengaitkan isi pelajaran kepada pelajar 54 68.20 15 18. Elektrik dan Jentera) terhadap pengetahuan yang telah diperolehi dalam kursus kejuruteraan yang dipelajari di Fakulti Pendidikan? Pada aspek ini perkara utama yang ingin dikenalpasti dari kajian yang telah dijalankan adalah untuk melihat apakah persepsi guru pelatih tahun lima Pendidikan Teknik dan Vokasional (Awam.6 3.36 4.1 Analisis Persoalan Kajian 1 Apakah persepsi guru pelatih tahun lima Pendidikan Teknik dan Vokasional (Awam.9 23 28.3 47 58.43 TS % f TP % f S % Min .17 29 37.2.1 3 4.3 61 77.2 Analisis Bahagian B 4.6 2. Elektrik dan Jentera) terhadap pengetahuan yang telah diperolehi dalam kursus kejuruteraan yang dipelajari di Fakulti Pendidikan.1 4.

4 3.6 3 4.9 3.20 50 62. S – setuju.0 40 50.63 17 21.0 3. TP – tidak pasti. f – frekuensi .40 21 27.1 0 0.91 15 18.3 3.17 26 32.9 51 64.94 32 40.3 61 77.9 2 2.1 4. Purata Petunjuk : 34.6 3.37 dengan situasi sebenar Saya menyampaikan isi 8 pelajaran kejuruteraan dengan pelbagai kaedah supaya pelajar tidak bosan Saya mendapatkan maklumat bidang kejuruteraan 10 tambahan daripada sumber lain selain daripada modul yang disediakan.4 3 4.0 54 68.3 26 32.8 3 4.06 TS – tidak setuju.9 2.7 60. Saya memerlukan buku teks 19 atau buku rujukan ketika saya menyampaikan pengajaran.0 7 10.51 17 21.4 8 10.3 4. Pelajar dibawa melawat industri yang berkaitan bagi 12 membolehkan mereka melihat situasi pekerjaan sebenar 14 Pelajar mudah menguasai isi pelajaran yang disampaikan Saya dapat menerangkan 17 kepada pelajar mengenai subjek kejuruteraan dengan lancar Saya boleh menunjukkan 18 contoh kepada pelajar cara menggunakan peralatan kejuruteraan dengan betul.9 4.0 58 72.3 59 74.

9% (26 orang) responden tidak bersetuju dengan item 10.6% (23 orang) responden bersetuju. Min bagi item ini adalah 4. Bagi item 4 yang menyatakan responden memberi maklumat terkini tentang isi pelajaran yang diajar.3% (51 orang) responden bersetuju dengan penyataan tersebut. Didapati daripada item 10.1% (29 orang) responden tidak setuju. Min bagi item 4 adalah 4. 2.3% (3 orang) responden tidak pasti dengan penyataan tersebut.17. 2. sebanyak 28.3% (3 orang) responden tidak pasti dan 37. Seterusnya mengenai item 10 yang menyatakan responden mendapatkan maklumat bidang kejuruteraan tambahan daripada sumber lain selain daripada modul yang disediakan. 4.06.20.38 Berdasarkan jadual 4.43. Manakala 68. Min bagi item ini adalah 3. Mengenai item 8 yang menyatakan responden menyampaikan isi pelajaran kejuruteraan dengan pelbagai kaedah supaya pelajar tidak bosan.5 item 2 menyatakan responden yakin isi pelajaran yang terkandung dalam kursus kejuruteraan dapat meningkatkan pengetahuan responden menunjukkan bahawa 58. Manakala 21.6% (15 orang) responden tidak setuju. Min bagi item ini adalah 3. didapati bahawa 74.3% (3 orang) responden tidak pasti dan 18.63. Berhubung dengan item 6 iaitu responden sering mengaitkan isi pelajaran kepada pelajar dengan situasi sebenar. 4. didapati sebanyak 77. 64.6% (54 orang) responden menyatakan tidak setuju dengan pernyataan item 6. .3% (59 orang) responden bersetuju dan 4. min bagi item ini adalah 2.6% (47 orang) responden bersetuju.1% (61 orang) responden bersetuju dengan penyataan tersebut.9% (2 orang) responden tidak pasti dengan kenyataan tersebut.4% (17 orang) responden tidak bersetuju dengan penyataan tersebut.9% (2 orang) responden tidak pasti manakala 32.

Min bagi item ini . Manakala 62.39 Kenyataan item 12 iaitu responden dibawa melawat industri yang berkaitan bagi membolehkan mereka melihat situasi pekerjaan sebenar.9% (58 orang) responden bersetuju dengan item 14 yang menyatakan responden mudah menguasai isi pelajaran yang disampaikan dan 27.6% (54 orang) responden bersetuju dengan pernyataan tersebut. 10% (7 orang) responden tidak pasti manakala 40% (32 orang) responden tidak bersetuju. Bagi item terakhir iaitu item 19 iaitu responden memerlukan buku teks atau buku rujukan ketika saya menyampaikan pengajaran.91. Min bagi item ini adalah 3. Berkenaan dengan item 17 yang meyatakan responden dapat menerangkan kepada pelajar mengenai subjek kejuruteraan dengan lancar.40. Sebanyak 72. Didapati sebanyak 50.6% (15 orang) responden tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut.0% (8 orang) lagi tidak pasti dan 21. 4.3% (3 orang) responden tidak pasti dan 18. Min bagi item ini adalah 3. didapati sebanyak 68.3% (3 orang) responden tidak pasti.9% (26 orang) responden bersetuju dan 4. didapati bahawa 77.4% (17 orang) responden pula tidak bersetuju dengan item 19. didapati sebanyak 32.17. Min bagi item ini adalah 4.20.0% (40 orang) responden bersetuju dengan item 18.8% (50 orang) responden menyatakan tidak bersetuju dengan item tersebut. Dalam item 18 menyatakan responden boleh menunjukkan contoh kepada pelajar cara menggunakan peralatan kejuruteraan dengan betul. 10.1% (21 orang) responden tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut.1% (61 orang) responden bersetuju dengan dengan item 12. Min bagi item ini adalah 2.

Bagi persoalan kajian pertama ini.0 1.3 4 5.7 8 10.51 iaitu berada pada paras sederhana.4% 4.6 : Kemahiran Guru Pelatih Dalam Kursus Kejuruteraan No Item f Saya akan menunjukkan cara 1 melaksanakan sesuatu aktiviti amali sebelum membenarkan pelajar mencubanya sendiri. 5.0 2. Latihan dan kemahiran yang diberikan dalam kursus 3. purata min yang diperolehi adalah 3.51 23 28.6 0 0.6 1 1.4 32 40. Jadual 4. Elektrik dan Jentera) terhadap kemahiran yang telah diperolehi dalam kursus kejuruteraan yang dipelajari di Fakulti Pendidikan? Pada aspek ini perkara utama yang ingin dikenalpasti dari kajian yang telah dijalankan adalah untuk melihat apakah persepsi guru pelatih tahun lima Pendidikan Teknik dan Vokasional (Awam.86 TS % f TP % f S % Min . Jumlah peratus responden yang bersetuju adalah 60. Saya menerangkan langkah 46 58.62 67 84.2.0 56 71. Elektrik dan Jentera) terhadap kemahiran yang telah diperolehi dalam kursus kejuruteraan yang dipelajari di Fakulti Pendidikan.40 adalah 3.94.4 3.2 Analisis Persoalan Kajian 2 Apakah persepsi guru pelatih tahun lima Pendidikan Teknik dan Vokasional (Awam. kejuruteraan ini dapat digunakan jika bekerja dalam industri.

69 68 85.4 3 4.6 1.3 Petunjuk : 7. Pelajar dikehendaki membuat 15. menggunakan mesin-mesin sebenar yang menyerupai suasana tempat kerja. f – frekuensi . 63. bengkel untuk membantu saya menggunakan peralatan kejuruteraan.0 20 25.6 9 11.4 49 61. Pelajar didedahkan dengan 9.3 1. Pelajar digalakkan 16.1 9 11.0 11 14.4 1.6 2.3 1.41 kerja latihan atau kemahiran amali dengan jelas untuk meningkatkan kemahiran Saya dapat meningkatkan 7.7 8 10.63 TS – tidak setuju. Saya memerlukan pembantu 20. latihan atau kemahiran yang menyerupai situasi sebenar.0 7 8. Pelajar diberikan kemahiran 13. TP – tidak pasti.7 43 54. kemahiran mengendalikan mesin dan peralatan menerusi modul yang disediakan.51 63 80.51 67 84.7 0 0.6 7 8.3 12 14. kemahiran kejuruteraan bagi membantu mereka dalam bidang industri nanti.9 7 8. Pelajar didedahkan dengan 11. S – setuju.66 21 27.3 4 5.14 29.3 3.57 65 82.32 16 20.0 1. projek menggunakan kemahiran yang telah diajar.4 3.69 64 81. menggunakan kemahiran berkomunikasi semasa membuat latihan amali.

Min bagi item 9 adalah 1.6% (23 orang) lagi tidak bersetuju dengan penyataan tersebut.86.6 dalam item 1 yang menyatakan responden akan menunjukkan cara melaksanakan sesuatu aktiviti amali sebelum membenarkan pelajar mencubanya sendiri.51.63. Berhubung dengan item 5 iaitu responden menerangkan langkah kerja latihan atau kemahiran amali dengan jelas untuk meningkatkan kemahiran. Manakala 84.3% (67 orang) tidak setuju dengan pernyataan tersebut.42 Berdasarkan jadual 4. Seramai 71.6% (46 orang) tidak bersetuju. Min bagi item 7 adalah 1. Kenyataan dalam item 9 iaitu responden didedahkan dengan latihan atau kemahiran yang menyerupai situasi sebenar. Min bagi item 5 adalah 2. Sebanyak 11. 5.51.6% (7 orang) responden tidak pasti manakala 80.3% (67 orang) responden tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut.7% (4 orang) responden tidak pasti manakala 84. Manakala 28. 1. didapati sebanyak 10.4% (1 orang) responden tidak pasti manakala 58. Min bagi item 3 adalah 1. Bagi menjelaskan item 3 iaitu latihan dan kemahiran yang diberikan dalam kursus kejuruteraan ini dapat digunakan jika bekerja dalam industri.4% (56 orang)responden bersetuju dengan penyataan tersebut. 8. didapati sebanyak 40% (32 orang) responden bersetuju dengan item 5. . Min bagi item 1 adalah 3.0% (8 orang) responden bersetuju. Dalam item 7 yang menyatakan responden dapat meningkatkan kemahiran mengendalikan mesin dan peralatan menerusi modul yang disediakan.62. didapati sebanyak 10% (8 orang) responden bersetuju dan 5.0% (63 orang) responden tidak setuju dengan pernyataan tersebut.4% (9 orang) responden bersetuju.7% (4 orang) responden tidak pasti.

Manakala 85.51.3% (11 orang) responden setuju dengan item 13 iaitu responden diberikan kemahiran menggunakan mesin-mesin sebenar yang menyerupai suasana tempat kerja.43 Seterusnya mengenai kenyataan responden didedahkan dengan kemahiran kejuruteraan bagi membantu mereka dalam bidang industri nanti dalam item 11 didapati 8. . Manakala 11.1% (21 orang) responden tidak setuju. Bagi item terakhir iaitu item 20. Min bagi item 13 adalah 1. Untuk item 16 iaitu responden digalakkan menggunakan kemahiran berkomunikasi semasa membuat latihan amali. Min bagi item 16 adalah 1.9% (65 orang) responden tidak setuju.6% (7 orang) tidak pasti.69. 4. didapati bahawa 61.66.4% (49 orang) responden setuju dengan pernyataan tersebut.4% (9 orang) responden tidak pasti dan 27.3% (12 orang) responden setuju dengan pernyataan tersebut.69.0% (16 orang) responden tidak setuju. Sebanyak 14. Min bagi item 11 adalah 1. Bagi item 15 iaitu responden dikehendaki membuat projek menggunakan kemahiran yang telah diajar. Manakala selebihnya iaitu 82.7% (68 orang) responden tidak setuju dengan pernyataan tersebut.3% (43 orang) responden setuju dengan pernyataan responden memerlukan pembantu bengkel untuk membantu saya menggunakan peralatan kejuruteraan. sebanyak 14. Min bagi item 15 adalah 3. 54.4% (64 orang) responden tidak setuju dengan pernyataan tersebut.7% (20 orang) responden tidak pasti manakala 20. Min bagi item 20 adalah 3. 25.57.6% (7 orang) responden setuju dan 8.3% (3 orang) responden tidak pasti manakala 81.

3%. .44 Bagi persoalan kajian kedua ini. Ini menunjukkan secara keseluruhannya responden tidak bersetuju dengan persoalan kajian kedua iaitu. Peratus responden yang tidak bersetuju adalah sebanyak 63.32. purata min yang diperolehi adalah paras rendah iaitu 2.

perbincangan dan cadangan yang menekankan kepada tajuk kajian iaitu ‘Persepsi guru-guru pelatih tahun lima pendidikan teknik dan vokasional terhadap tahap pengetahuan dan kemahiran mereka dalam kursus kejuruteraan yang dipelajari di Fakulti Pendidikan.0 Pengenalan Dalam bab ini pengkaji akan membuat perbincangan dengan lebih lanjut lagi dan merumuskan maklumat yang diperolehi secara keseluruhan daripada dapatan kajian yang didapati daripada Bab 4. . Soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian bagi memperolehi maklumat yang dikehendaki manakala sampel kajian adalah terdiri daripada 79 orang pelajar tahun lima Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam). RUMUSAN DAN CADANGAN 5. Universiti Teknologi Malaysia’.45 BAB V PERBINCANGAN. Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elekrtik) dan Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Jentera) di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. ianya akan menyentuh aspek rumusan.

Mengenalpasti tahap persepsi guru pelatih terhadap tahap pengetahuan yang diperolehi dalam kursus kejuruteraan yang dipelajari di Fakulti Pendidikan. Soalselidik yang digunakan mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A yang merangkumi latar belakang responden. .46 Kajian yang dilakukan adalah dengan menggunakan soal selidik yang diedarkan kepada pelajar-pelajar yang terlibat. Bahagian B yang merangkumi dua persoalan kajian dengan 20 item yang disusun secara rawak. 5. Universiti Teknologi Malaysia.1 Perbincangan Persoalan Kajian Penyelidik akan memberikan penumpuan yang selanjutnya kepada keseluruhan kajian yang merangkumi dua objektif kajian iaitu : 1. Universiti Teknologi Malaysia. Mengenalpasti tahap persepsi guru pelatih terhadap tahap kemahiran yang diperolehi dalam kursus kejuruteraan yang dipelajari di Fakulti Pendidikan. 2.

6% responden bersetuju.6% responden tidak bersetuju dengan item tersebut. kepakaran dan kemahiran pelbagai bidang untuk memajukan diri sendiri dan negara. Mereka perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan. Generasi muda. Hasil daripada dapatan kajian yang diperolehi mendapati min berada pada tahap sederhana berdasarkan kepada item-item yang berkaitan dengan objektif kajian yang pertama. Pada pendapat pengkaji. modul kursus kejuruteraan yang disediakan kurang meluas yang menjadi faktor keyakinan sebahagian responden terhadap isi pelajaran kejuruteraan. terutamanya murid-murid adalah harapan negara dan merupakan aset negara yang paling berharga. Elektrik dan Jentera) terhadap pengetahuan yang telah diperolehi dalam kursus kejuruteraan yang dipelajari di Fakulti Pendidikan.1 Perbincangan Objektif Pertama : Mengenalpasti persepsi guru pelatih tahun lima Pendidikan Teknik dan Vokasional (Awam. Ini menyebabkan responden kurang mengaitkan isi pelajaran kepada pelajar dengan situasi sebenar berdasarkan kepada item 6 yang menunjukkan 68.47 5.1. Elektrik dan Jentera) terhadap pengetahuan yang telah diperolehi dalam kursus kejuruteraan yang dipelajari di Fakulti Pendidikan. . Ini menunjukkan bahawa responden mempunyai pengetahuan dalam kursus kejuruteraan. Majoriti responden yakin dengan item 2 iaitu isi pelajaran yang terkandung dalam kursus kejuruteraan dapat meningkatkan pengetahuan responden walaupun hanya 58. Perkara ini disokong oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dalam perutusan beliau sempena sambutan hari kemerdekaan ke 48 tahun 2005. Perbincangan objektif kajian pertama ini adalah hasil daripada dapatan kajian yang didapati daripada borang soal selidik bahagian B iaitu apakah persepsi guru pelatih tahun lima Pendidikan Teknik dan Vokasional (Awam.

Hasil kajian menunjukkan bahawa pembelajaran akan lebih berkesan jika pelajar didedahkan kepada suasana yang sebenar di mana pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dapat diaplikasikan secara praktikal (Billett 1993).48 Responden mempunyai pengetahuan dalam memberi maklumat terkini tentang isi pelajaran yang diajar kepada pelajar. Salah satu ransangan yang paling berkesan dapat membantu pelajar . Kenyataan Sulaiman tersebut juga dapat menyokong item 10 berkenaan dengan responden mendapatkan maklumat bidang kejuruteraan tambahan daripada sumber lain selain daripada modul yang disediakan di mana 64. Ini ditunjukkan dalam item 4 di mana 77. buku selain daripada menonton televisyen serta mendapatkan jurnal-jurnal serta lawatan ke industri yang berkaitan. Salleh (1996). pelajar sepatutnya didedahkan kepada pelbagai sumber maklumat berkaitan kandungan sesuatu pelajaran dan tidak terhad kepada buku teks sahaja. Ini juga disokong oleh Mohd. Ransangan dalam pembelajaran merupakan satu aspek penting yang perlu diberi perhatian oleh guru dalam proses pengajaran bagi memastikan pelajar faham isi pelajaran yang disampaikan.1% responden bersetuju dan item ini disokong lagi oleh Sulaiman (1997) dengan kenyataan bahawa guru perlu melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan yang banyak dan terkini.3% responden bersetuju.1% responden bersetuju. Pelajar seharusnya tidak bergantung kepada maklumat yang diberikan dan perlu mendapatkannya daripada sumber lai seperti pembacaan majalah. pengetahuan guru terhadap isi pelajaran akan mempengaruhi bagaimana guru menyampaikan isi pelajarannya dengan berkesan dan pelajar dapat mengikuti pelajarannya dengan penuh minat. Kenyataan ini menyokong kepada item 12 iaitu responden dibawa melawat industri yang berkaitan bagi membolehkan mereka melihat situasi pekerjaan sebenar di mana seramai 77. dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

. rangsangan-rangsangan daripada persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia. Teori ini juga turut menyokong item 14. Kesimpulannya yang boleh dibuat di sini. Namun yang demikian. di mana 74. hasil dapatan kajian objektif yang pertama ini didapati tahap pengetahuan pelajar boleh lagi dipertingkatkan dengan memperkukuhkan lagi modul kursus kejuruteraan. Teori Gagne juga menyokong kenyataan item 8 iaitu responden menyampaikan isi pelajaran kejuruteraan dengan pelbagai kaedah supaya pelajar tidak bosan. Mengikut Gagne (1985) dalam bukunya The Conditions of Learning mengemukakan satu teori mengenai bagaimana manusia memperolehi maklumat dalam sesuatu proses rangsangan. Mengikut teori beliau. pelajar mempunyai pengetahuan dalam kursus kejuruteraan.49 faham isi pelajaran guru ialah pendedahan kepada situasi sebenar atau tempat kerja. Kenyataan ini menyokong item 18 iaitu responden boleh menunjukkan contoh kepada pelajar cara menggunakan peralatan kejuruteraan dengan betul di mana separuh jumlah responden bersetuju.3% responden bersetuju.

psikomotor dan penggunaan sumber yang berkesan akan mewujudkan kemahiran yang dapat menjana pengetahuan. kecekapan dan pengetahuan guna tenaga dalam bidang teknikal yang melibatkan operasi kognitif. Kenyataan ini menyokong item 1 iaitu responden akan menunjukkan cara melaksanakan sesuatu aktiviti amali sebelum membenarkan pelajar mencubanya sendiri dimana 71. Maka. Ini disokong pula oleh Stevenson (1994) yang menyatakan fokus dalam pendekatan ini adalah pelajar. Kenyataan Ahmad juga dapat menyokong item 5 iaitu responden menerangkan langkah kerja latihan atau kemahiran amali dengan jelas untuk meningkatkan kemahiran.32 berdasarkan kepada item-item yang berkaitan dengan objektif kajian yang kedua. Perbincangan objektif kajian kedua ini adalah hasil daripada dapatan kajian yang didapati daripada borang soal selidik bahagian B iaitu apakah persepsi guru pelatih tahun lima Pendidikan Teknik dan Vokasional (Awam. Hasil daripada dapatan kajian yang diperolehi mendapati min berada pada tahap rendah iaitu 2.4% responden bersetuju.2 Perbincangan Objektif Kedua : Mengenalpasti persepsi guru pelatih tahun lima Pendidikan Teknik dan Vokasional (Awam.50 5.4% responden bersetuju.1. Elektrik dan Jentera) terhadap kemahiran yang telah diperolehi dalam kursus kejuruteraan yang dipelajari di Fakulti Pendidikan. maka pendidikan hendaklah dilihat sebagai proses pembelajaran lebih daripada proses pengajaran. Dapatan kajian ini dikukuhkan lagi dengan item 15 dimana responden dikehendaki membuat projek menggunakan kemahiran yang telah diajar dan 61. Menurut Ahmad (1997) ketrampilan. Elektrik dan Jentera) terhadap kemahiran yang telah diperolehi dalam kursus kejuruteraan yang dipelajari di Fakulti Pendidikan. peranan guru bukanlah sekadar menyediakan “resepi” untuk pelajar ikuti tetapi ialah untuk mengatur aktiviti- .

Ruhizan.51 aktiviti yang membolehkan pelajar-pelajar membina pengetahuan. Kesimpulan yang boleh dibuat di sini adalah responden kurang mempunyai kemahiran dalam kursus kejuruteraan yang dipelajari. latihan di industri untuk pelajar-pelajar mempunyai beberapa kelebihan seperti: belajar dalam suasana alam pekerjaan yang sebenar. Selain daripada itu. belajar cara menyelesaikan masalah teknikal yang sebenar dan bukannya hypothetical seperti yang biasanya berlaku di dalam bilik darjah. Hamdan (2003). Ini dinyatakan dalam item 3. Kenyataan Kramlee. Ini disokong oleh kenyataan Kramlee. Oleh yang demikian. Ruhizan dan hamdan juga menyokong item 20 iaitu responden memerlukan pembantu bengkel untuk membantu responden menggunakan peralatan kejuruteraan. responden tidak diberikan kemahiran pengendalian mesin-mesin kejuruteraan atau peralatan kejuruteraan selain daripada tidak didedahkan kepada latihan kemahiran kerana kurangnya peralatan atau mesin-mesin di Fakulti yang dapat membantu pelajar meningkatkan kemahiran. 13 dan item 16. pendedahan pelajar kepada pihak lain seperti sektor industri dapat meningkatkan kefahaman pelajar kerana dengan melihat dan mencuba sendiri sesuatu kemahiran itu akan lebih meningkatkan kefahaman dan pengetahuan pelajar. 11. . 9. pemahaman dan kemahiran yang dikehendaki. responden juga tidak didehkan kepada laihan kemahiran oleh orang yang berpengalaman serta pendedahan kepada latihan kemahiran di luar. Pada pendapat pengkaji. mendapat bimbingan dari pekerja lain yang berpengalaman. Menurut Dato’ Hassan Harun (1997). 7. Majoriti responden tidak mempunyai kemahiran dalam pengendalian mesin-mesin atau peralatan kejuruteraan serta tidak didedahkan kepada latihan kemahiran yang diperlukan.

Ini disebabkan oleh faktor penyediaan modul kursus kejuruteraan yang bersesuaian tetapi boleh dipertingkatkan kerana hasil daripada dapatan kajian didapati guru pelatih kurang mempunyai kemahiran dalam modul kursus kejuruteraan. pelajar perlu didedahkan kepada kemahiran pengendalian mesin-mesin seperti yang terdapat di industri. Mereka juga perlukan bantuan daripada orang yang berkemahiran dan pakar dalam pengendalian peralatan dan mesin-mesin disamping mereka dapat mempelajari kemahiran yang akan didapati daripada pendedahan yang diberikan. Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elekrtik) dan Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Jentera) mempunyai pengetahuan dalam kursus kejuruteraan yang dipelajari di Fakulti Pendidikan. Salah satu sebab utama mengapa mereka kurang berkemahiran adalah kerana kurang diberikan pendedahan terhadap kemahiran walaupun diberikan pendedahan pengetahuan. Mereka tidak diberikan atau didedahkan kepada proses yang berlaku di industri yang mempunyai kelebihan seperti belajar dalam keadaan alam pekerjaan sebenar. Selain daripada itu.52 pendedahan pelajar kepada industri akan memudahkan pelajar membiasakan diri dengan suasana tempat kerja sebelum mereka menceburi alam pekerjaan. . 5.2 Rumusan Hasil daripada penganalisaan data serta perbincangan dapatan kajian dapat dirumuskan bahawa: Guru-guru pelatih tahun lima Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam).

Antara cadangan yang ingin dikemukakan adalah: 1. Meluaskan lagi skop pembelajaran kursus kejuruteraan dan tidak hanya tertumpu kepada pengetahuan semata-mata. . Pelajar kerap didedahkan kepada industri berkaitan untuk meningkatkan lagi kemahiran mereka sekaligus menambahkan lagi pengetahuan yang sedia ada. Menjemput mereka yang arif dalam bidang tertentu untuk memberikan maklumat-maklumat dalam bidang kejuruteraan. 6.53 5.3 Cadangan Berdasarkan hasil kajian yang dijalankan serta rumusan yang telah dibuat. Memanjangkan tempoh latihan industri supaya pelajar lebih terdedah dengan situasi pekerjaan sebenar. pengkaji ingin membuat beberapa cadangan yang boleh dipertimbangkan untuk membantu meningkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran pelajar. 4. Mengadakan usahasama lebih meluas lagi dengan pihak industri bagi menempatkan pelajar seperti menjalani latihan industri. 5. Mengadakan kursus-kursus kemahiran mengendalikan mesin atau peralatan yang berkaitan bagi memastikan pelajar dapat meningkatkan kemahiran serta pengetahuan mereka. 2. 3.

Kajian berkenaan masalah yang selalu pelajar hadapi dalam mengambil kursus ini khususnya yang berkaitan dengan pengetahuan dan kemahiran. 3. institut kemahiran ataupun pelajar-pelajar sekolah menengah teknik dan vokasional. Antara cadangan yang ingin diketengahkan adalah: 1. 5.54 5. Oleh itu terdapat beberapa cadangan yang boleh dibuat sebagai kajian lanjutan oleh pengkaji-pengkaji lain yang berminat. maktab-maktab perguruan.5 Penutup Dalam bab ini pengkaji telah membuat rumusan berdasarkan dapatan untuk persoalan kajian yang dikaji dan seterusnya pengkaji telah membuat rumusan secara keseluruhan serta mengemukakan beberapa cadangan berkaitan kajian yang telah dijalankan dan untuk tujuan kajian lanjutan. 2.4 Cadangan Kajian Lanjutan Hasil daripada kajian ini akan lebih kukuh dan bermakna sekiranya disusuli dengan kajian-kajian lanjutan oleh pengkaji-pengkaji lain. . Skop kajian dipecahkan lagi kepada persepsi terhadap kemahiran pengendalian peralatan kejuruteraan. Kajian ini diluaskan skop lagi kepada guru-guru pelatih yang mengambil kursus yang sama dari institusi pengajian yang lain.

“Persepsi Pelajar Kursus Kejuruteraan Terhadap Penerapan Nilai-Nilai Murni Di Sepanjang Mengikuti Pengajian Di UTM. Fawziah Yahya dan Amir Hamzah Abdul (2004). 77-90.” Ogos 1998. “What’s in a setting? Learning in a workplace. “Learning to work. Azmi Bin Othman & Lokman B. Working to learn: Vocational training in Germany and Malaysia. Yusof Boon. ”Persepsi Pelajar Orang Asli Di Asrama Jabatan Hal Ehwal Orang Asli/ Kementerian Pendidikan Di Daerah Bentong Terhadap Pendidikan Teknik Dan Vokasional. Jamaludin Ramli. “Psikologi Sosial. “ Daya Pengaruh dan Daya Peubahan Sikap. Bhd. Ainuddin bin Yacob (2000). Othman (pnyt). Tidak Diterbitkan. Pillai & R. Atan Long (1991). Jaafar Sidek Latif. Mohd Tahir (2002). “Vocational Training in Malaysia: An overview.” Kuala Lumpur. (1993). “ Pedagogi Kaedah Am Mengajar.” Australian Journal of Adult 33(1): 4-14 .” Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors Sdn. “Panduan Penyelidikan Dalam Sains Sosial. Billett.” Dalam P.” Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.” Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda. Abu Hassan dan Ainon Mohd (1997). Azizi Yahya. Abu Hassan bin Kassim (1998). S. Malaysia: ISIS Malaysia. Bhd.” Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia Skudai.” Petaling Jaya : Amiza Publishing Sdn.55 Bibliografi Ahmad (1994).

A Journey To Excellence. L.56 Billett. Esah Sulaiman (2003). (1999). “Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. D.” Journal of Vocational Education Research 20(1): 7-33. “Situated learning – A workplace experience. Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. R. Center Point 2: 1-14. Using professional development to meet teacher’s changing needs: What we have learned. Bhd. & Claiborne. Mahathir Mohammad (1991). “Menghala Wawasan 2020. AG Grafik Sdn. February 2. Kuala Lumpur : Arena Ilmu (M) Sdn. R. C. Perangkaan Pendidikan Malaysia 2002. “Critical skills clusters for vocational education. Kementerian Pendidikan Malaysia. Crow. L. Johor.” New York : Holt. The employers’ perspective – A replication study.” Australian Journal of Adult and Community Education 34(2): 112-130.M. dan Crow. 65-105.s. . (1985). “Malaysia Melangkah Ke Hadapan. (1995).” Edisi 2. (1983).” Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. “The Conditions of Learning. Custer. KPM (2002) . “Amalan Profesionalisme Perguruan. Gagne. Bhd. 210.” Dalam: Abu Hassan Adam. Education In Malaysia. Dato’ Seri Dr. Edisi 1. S. (1994). Finch.D. m. (2001) Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur. M. Rinehart and Winston. L.

Mohd Najib Abdul Ghafar (1999). Mohd Hasni Mohd Adnan (1996). Kelemahan Pelajar Menguasai Pelajaran Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara di Dua SMV Negeri Kelantan : Satu Tinjauan. Kertas Kerja “Malaysia The Way Forward” Mahathir Mohamad (1991). Salleh Abu dan Zaitun Tasui (2001).0 For Window. Bhd. Mohd.” Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. F.” Kuala Lumpur : Berita Publishing Sdn. Malaysia : Melangkah Ke Hadapan (wawasan 2020). (1997). 28(3): 47-63. Tesis Sarjana Muda. 77-90. Public goods. “Kaedah Penyelidikan. Universiti Teknologi Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia. . D. Mohd. private goods : The American struggle over educational. Hamdan Mohd Ali (2003).” Kuala Lumpur: Venton. “Pengenalan Kepada Analisis Data Berkomputer SPSS 10. “Kaedah Penyelidikan Pendidikan. “Integrasi Akademik dan Vokasional: Rasional dan Cabaran” Jurnal Pendidikan 28. “ Perkembangan Dan Haluan Kurikulum Pendidikan Malaysia. Kertas kerja dibentangkan dalam Mesyuarat Pertama Majlis Perniagaan Malaysia pada 28 Februari 1991. Mohd Majid Konting (1994). Salleh Lebar (1996). Jahib Johari (2001).” Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Mohd. Labaree. Mahathir Mohamad (1991). Ruhizan Mohd Yasin. Kuala Lumpur : Jabatan Percetakan Negara. Fakulti Pendidikan. “Etika Profesional” Johor : Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.57 Kramlee Mustafa.

” Utusan Malaysia. Kuala Lumpur. 5 April. Idris (2003). (1999). Sulaiman Ngah Razali (1997). Dewan Bahasa dan Pustaka.58 Patrick Ningkan Anak Uban & Abdul Razak B.D. “ Pengajaran Dalam Bilik Darjah Kaedah dan Strategi.” Universiti Teknologi Malaysia. The role of vocational and technical education in the industrialization of Malaysia as perceived by educators and employers. Universiti Teknologi Malaysia (2001). Tesis Sarjana Muda. M. Pedagogi: Teori dan Praktik. Sarawak Terhadap Pendidikan Teknik Dan Vokasional. . Mei. Strategi Pengajaran Kemahiran Hidup dan Perdagangan Keusahawanan KBSM. Wan Rahimah Wan Abdul Kadir (1995). ______________(1995). Purdue University. Panduan Menulis Tesis. Petaling Jaya : Fajar Bakti. 426-436 Zaidatol Akmaliah dan Habibah Elias (1990). “Pendidikan Masa Kini: Kaedah Melahirkan Generasi Berkualiti.” Jurnal Guru. “Keperluan Tenaga Kerja Negara. Universiti Teknologi Malaysia. Ramlee.” Kajang Selangor : Penerbit Masa Enterprise. Disertasi Ph. “Persepsi Pelajar Iban Di Sekolah Menengah Kerajaan Subis. Rashidi dan Abd Razak (1996).

59 LAMPIRAN .

Segala maklumat yang anda beri akan dirahsiakan. Set soal selidik mengenai kemahiran pelajar terhadap kejuruteraan. JOHOR DARUL TAKZIM BORANG SOAL SELIDIK UNTUK PELAJAR Borang soal selidik ini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklum balas mengenai PERSEPSI GURU PELATIH TAHUN 5 SPA/E/J TERHADAP PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN DALAM KURSUS KEJURUTERAAN Soal selidik ini mengandungi (4) muka surat.Bahagian A dan Bahagian B. Sila berikan jawapan anda dengan ikhlas. Kerjasama anda didahului dengan ucapan terima kasih Penyelidik MUHAMAD GHAZALI MOHD SAAID AP000308 FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSII TEKNOLOGI MALAYSIA . Bahagian A : Bahagian B : Latar belakang pelajar.60 LAMPIRAN 1 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SKUDAI. Pelajar dikehendaki menjawab semua pernyataan dalam setiap bahagian. sebagaimana yang diarahkan. pengetahuan pelajar terhadap kursus kejuruteraan dan aplikasi semasa latihan mengajar. terbahagi kepada dua (2) bahagian.

Bangsa. Jantina. SPA (Awam) SPE (Elektrik) SPJ (Jentera) ( ( ( ) ) ) 2.61 BAHAGIAN A MAKLUMAT LATAR BELAKANG PELAJAR ARAHAN: Tandakan (x) pada ruangan yang disediakan. Nama kursus yang diikuti. Lelaki Perempuan ( ( ) ) 3. Jenis sekolah semasa Latihan Mengajar Kebangsaan Teknik Agama Lain-lain ( ( ( ( ) ) ) ) . 1. Melayu Cina India Lain-lain ( ( ( ( ) ) ) ) 4.

62 BAHAGIAN B Arahan: Untuk setiap pernyataan di bawah, anda dikehendaki memilih salah satu daripada lima (5) aras persetujuan. Sila bulatkan pilihan anda.

Kenyataan Amat Tidak Setuju Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Amat Setuju

Ringkasan ATS TS TP S AS

Skor 1 2 3 4 5

. Bil. 1 Item Saya akan menunjukkan cara melaksanakan sesuatu aktiviti amali sebelum membenarkan pelajar mencubanya sendiri. 2. Saya yakin isi pelajaran yang terkandung dalam kursus kejuruteraan yang dipelajari dapat meningkatkan pengetahuan pelajar 3. Latihan dan kemahiran yang diberikan dalam kursus kejuruteraan ini dapat digunakan jika bekerja dalam industri. 4. Saya memberi maklumat terkini tentang isi pelajaran yang diajar 5. Saya menerangkan langkah kerja latihan atau kemahiran amali dengan jelas untuk meningkatkan kemahiran 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 STS TS TP S SS

63 6. Saya sering mengaitkan isi pelajaran kepada pelajar dengan situasi sebenar 7. Saya dapat meningkatkan kemahiran mengendalikan mesin dan peralatan menerusi modul yang disediakan. 8. Saya menyampaikan isi pelajaran kejuruteraan dengan pelbagai kaedah supaya pelajar tidak bosan 9. Pelajar didedahkan dengan latihan atau kemahiran yang menyerupai situasi sebenar. 10. Saya mendapatkan maklumat bidang kejuruteraan tambahan daripada sumber lain selain daripada modul yang disediakan. 11. Pelajar didedahkan dengan kemahiran kejuruteraan bagi membantu mereka dalam bidang industri nanti. 12. Pelajar dibawa melawat industri yang berkaitan bagi membolehkan mereka melihat situasi pekerjaan sebenar 13. Pelajar diberikan kemahiran menggunakan mesin-mesin sebenar yang menyerupai suasana tempat kerja. 14. Pelajar mudah menguasai isi pelajaran yang disampaikan 15. Pelajar dikehendaki membuat projek menggunakan kemahiran yang telah diajar. 16. Pelajar digalakkan menggunakan kemahiran berkomunikasi semasa membuat latihan amali. 17. Saya dapat menerangkan kepada pelajar mengenai subjek kejuruteraan dengan lancar 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5

64 18. Saya boleh menunjukkan contoh kepada pelajar cara menggunakan peralatan kejuruteraan dengan betul. 19. Saya memerlukan buku teks atau buku rujukan ketika saya menyampaikan pengajaran. 20. Saya memerlukan pembantu bengkel untuk membantu saya menggunakan peralatan kejuruteraan. 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5

299 2.379 1.000 2.000 15.899 5.089 3.084 1.000 20.699 4.657 1.400 1.500 4.600 1.050 2.050 1.000 1.099 8.932 2.000 50.000 100.000 9.799 9.581 2.522 1.150 1.016 1.800 3.300 1.199 9.299 7.228 1.800 1.000 10.850 3.000 8.65 LAMPIRAN 2: BILANGAN SAIZ SAMPEL YANG DIPERLUKAN Bilangan Populasi 50 55 60 65 70 75 80 85 90 95 100 110 120 130 140 150 160 170 180 190 200 210 220 230 240 250 260 270 280 290 300 320 340 360 380 400 420 440 460 480 500 95% Aras Keyakinan 97% 48 53 57 63 67 72 76 82 84 89 93 100 110 116 125 133 140 150 155 165 168 180 184 191 199 204 214 216 225 233 234 250 265 272 284 299 302 316 327 333 350 99 % 49 55 59 65 69 75 79 85 89 95 99 108 118 128 138 148 157 167 177 187 197 206 216 226 236 246 253 263 273 283 293 310 330 350 367 387 402 422 442 457 477 Bilangan Populasi 650 700 750 800 850 900 950 1.033 1.599 1.000 75.100 1.000 4.050 4.200 2.000 40.000 200.799 1.499 7.000 300.500 1.050 1.000 3.750 8.067 1.299 3.071 1.450 1.000 30.500 5.900 2.084 99% 610 653 699 744 787 828 867 906 995 1.000 6.000 Aras Keyakinan 95% 250 250 259 259 270 270 279 279 290 299 299 310 310 310 319 319 319 330 330 339 339 339 339 350 359 359 359 359 370 370 370 370 379 379 379 379 379 390 399 399 399 97% 414 433 450 467 484 499 516 516 550 567 599 616 633 650 667 684 699 699 733 750 767 784 799 833 850 867 884 916 933 950 967 967 999 1.000 7.200 1.550 8.399 4650 4.084 1.899 6.350 46 50 53 59 59 64 68 71 75 79 79 90 93 99 106 110 117 119 126 130 135 139 140 150 150 155 159 159 170 170 170 179 184 190 199 199 210 210 210 219 219 .600 2.229 1.700 1.183 2.400 2.

499 Sumber : Abu Hassan bin Kassim .084 1.66 550 600 230 240 367 385 522 567 400.000 399 399 1.000 500.399 9.084 9.

1 4.3 4.xi SENARAI JADUAL NO.3 3.5 4.4 4.2 4.6 4.5 3.6 Taburan Populasi Dan Sampel Kajian Pemilihan Tahap Jawapan Responden Taburan Item Soal Selidik Mengikut Aspek Kajian : Taburan Skor Mengikut Skala Likert Perubahan Skala Likert Kepada Skala 3 Peringkat Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min Taburan Bilangan Dan Peratus Responden Mengikut Kursus Taburan Bilangan Dan Peratus Responden Mengikut Jantina Taburan Bilangan Dan Peratus Responden Mengikut Bangsa Taburan Bilangan Dan Peratus Responden Mengikut Jenis Sekolah Semasa Latihan Mengajar Pengetahuan Guru Pelatih Dalam Kursus Kejuruteraan Kemahiran Guru Pelatih Dalam Kursus Kejuruteraan 24 27 27 29 31 31 33 34 34 35 36 40 . JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 3.2 3.4 3.