P. 1
Kanak-kanak Keperluan Khas KBK

Kanak-kanak Keperluan Khas KBK

|Views: 9,905|Likes:
Published by vaishnavy4

More info:

Categories:Topics, Art & Design
Published by: vaishnavy4 on Apr 30, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/12/2013

pdf

text

original

PEMARKAHAN 1. 2. 3.

TUGASAN 1 TUGASAN 2 E-FORUM JUMLAH

KBK 3073 : KANAK-KANAK KEPERLUAN KHAS

TAJUK

BAHAGIAN A TUGASAN 1
KUMPULAN UPSI – A35 (A112PJJ) DISEDIAKAN OLEH NAMA LOGES A/P SOCKALINGAM NO. ID D20102045747 NO. TELEFON 016-5546483

NAMA TUTOR E-LEARNING: EN.SARIB BIN SELAMAT TARIKH SERAH: 1 MAY 2012

Isi Kandungan Bil
1.
Bagagian A Tugasan 1 a) b) c) d) e) f) g) h) Etiologi Definisi Punca-punca Kecacatan Ciri-ciri perkembangan fizikal Sosial Langkah Pencegahan Rujukan Lampiran

Tugasan

Halaman

3 -14

2.

Bahagian A Tugasan 2 a) Pendahuluan b) Kategori 1  Kanak-kanak bermasalah Pembelajaran 1.1. Masalah-masalah sampingan epilepsi c) Kategori 2  Kanak-kanak Bermasalah Pendengaran 2.1. Masalah-maslah sampingan d) Pakar-pakar yang perlu dilibatkan e) Pelan tindakan Mendidik kanak-kanak keperluan Khas f) Kesimpulan g) Rujukan

14 -38

3.

Cetakan e-forum

39 - 50

Etiologi
Hiperaktif adalah istilah yang digunakan untuk kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku yang terlampau aktif dan mengganggu tetapi mempunyai tumpuan yang singkat. Ia dikenali sebagai Attention –Hyperactivity Disorder (ADHD). Kanak-kanak ini tidak boleh diminta untuk menjalankan aktiviti yang pasif sehingga 20 minit. Menurut Marityn Friend (2005), Persatuan Psikologi Amerika(APA) mendefinisikan ADHD sebagai kecelaruan psikologi dengan petanda-petandanya yang dapat dikesan pada umur tujuh tahun dan dikategorikan kepada 3 iaitu; 1.ADHD Kurang Tumpuan  teratur 2. ADHD Hiperaktif-impulsif   Impulsif iaitu melakukan sesuatu tanpa berfikir 3. ADHD Gabungan  Menunjukkan kedua-dua ciri diatas iaitu kurang tumpuan,hiperaktif dan impulsive

Definisi
APA ITU HIPERAKTIF ? Anak hiperaktif adalah anak yang mengalami gangguan pemusatan perhatian dengan hiperaktifitas (GPPH) atau Attention Deficit and Hyperactifity Disorder (ADHD). Kondisi ini juga disebut sebagai gangguan hiperkinetik. Dahulu kondisi ini sering disebut Minimal Brain Dysfunction Syndrome.

APA ITU GANGGUAN HIPERAKTIF ATAU GPPH / ADHD ? Gangguan hiperkinetik adalah gangguan pada anak yang timbul pada masa perkembangan dini (sebelum berusia 7 tahun) dengan ciri utama tidak mampu memusatkan perhatian, hiperkatif, dan impulsif. Ciri perilaku mewarnai berbagai situasi dan dapat berlanjut sampai dewasa.

Apa itu ADHD/ADD/Hiperaktif? ADHD adalah bentuk Attention Deficit Disorder, dan merupakan penyakit saraf yang paling umum di derita anak-anak. Sebagai orang tua, perlu belajar untuk mengenali gejala-gejalanya, sehingga orang tua dapat mencari bantuan ahli profesional untuk anaknya. Gejala utama dari ADHD adalah agresif, impulsif, gelisah, ketidakmampuan belajar, ketidakmampuan untuk fokus dan hiperaktif. Walaupun demikian seringkali orangtua sulit untuk menarik garis membedakan antara perilaku normal dan ADHD. Anak hiperaktif tidak mampu berkonsentrasi, dan cenderung untuk melupakan apa yang telah Anda katakan kepadanya kurang dari 10 detik. Anak hiperaktif/ADHD di sisi lain tidak hanya melupakan terhadap apa yang Anda katakan. Jika Anda menduga bahwa anak Anda mungkin menderita ADHD, lebih baik untuk berbuat salah karena hati-hati dan mengunjungi dokter ahli. Hal ini dapat diobati, dan jika anak Hyperaktif diidentifikasi awal Anda dapat melakukan sesuatu yang dapat membantu anak Anda belajar dan menghadapi kehidupan. Ada banyak gejala ADHD, seperti pelupa, kegelisahan, agresi, agitasi, depresi, perilaku gelisah, impulsif dan ketidakmampuan untuk fokus. Namun, ini sangat umum dan sering sulit membedakan dengan gejala kecemasan, depresi, tiroid, atau lingkungan stres. Gula yang berlebihan dan alergi juga dapat menyebabkan gejala yang sama, serta jika anak Anda sangat cerdas menyebabkan dia menjadi mudah bosan dan karenanya gelisah. Untungnya, orang tua lebih banyak mendapatkan kesadaran yang lebih besar dari masalah, dan sekolah juga telah memainkan peran utama dalam penyebaran informasi mengenai ADHD. Meskipun itu adalah masalah yang signifikan untuk seorang anak yang menderita ADHD, perlu diingat bahwa Anda tidak sendirian dan bahwa ada bantuan yang tersedia yang dapat anda dapatkan dengan mudah. Terapi Gelombang Otak Sharper Brain terbukti mampu mengatasi anak Hyperaktif, terapi ini berfungsi untuk menstabilkan gelombang otak pada anak agar kuat dan betah lama ketika otak memerlukan gelombang Low Beta/SMR, yaitu gelombang yang di butuhkan untuk fokus/konsentrasi dalam belajar. Orang tua harus mencoba untuk mengawasi lebih dekat atas pola makan anak, dan memotong makanan dengan kadar gula tinggi, atau mungkin alergi. Berikan anak lebih banyak perhatian dan waktu, dan membantu dia untuk merasa terhubung dengan lingkungan. Ia tahu bahwa ia berbeda, dan Anda harus mencoba yang terbaik untuk membantu dia merasa di perhatikan. Pemastikan bahwa kesehatan anak, emosional dan mental diurus dengan baik.

Punca-punca kecacatan
Perilaku Hiperaktif dapat memberikan masalah kepada orang tua ataupun penjaga kanak-kanak tersebut. Kerana kelakuan mereka yang sangat aktif dan agresif, mereka biasa disifatkan sebagai kanak-kanak nakal bagi sesetengah individu. Ada beberapa faktor yang boleh menyebabkan perilaku hiperaktif atau ADHD ini. Tetapi punca sebenar masih belum dikenal pasti. Selain itu, hal yang berkaitan dengan penceraian orang tua, perubahan tempat tinggal, sekolah dan sebagainya sedikit sebanyak akan mempengarui perilaku kanak-kanak tersebut. Kanakkanak sebegini biasanya akan bertindak diluar kawalan. Untuk lebih jelas, di bawah ini adalah senarai faktor yang boleh menyebabkan perilaku hiperaktif :
  

Faktor keturunan Kecederaan otak semasa dalam kandungan Kembar, Jika salah seorang dari pasangannya adalah ADHD 80-90 peratus daripada kajian perubatan kami menunjukkan bahawa pasanganya yang lain juga akan mendapat hal yang sama. Masalah kesulitan dalam pembelajaran juga boleh membuatkan seseorang kanak-kanak berkelakuan ADHD atau hiperaktif kerana kanak-kanak akan merasa tertekan ketika mereka cuba untuk memahami sesuatu yang dipelajari.

Keadaan persekitran. Seperti terdedah kepada asap rokok dan pencemeran udara boleh menyebabkan risiko hiperaktif.

Ciri-ciri Perkembangan Fizikal
Ciri-ciri tingkah laku kanak-kanak ADHD adalah berbeza dan pada kebiasaannya ADHD hiperaktif-impulsif mempunyai masalah tingkah laku yang lebih jelas daripada ADHD impulsive. Kanak-kanak ini lebih agresif contohnya mereka kerap memulakan sesuatu pergaduhan,kerap membuat kesalahan akibat kecuaian,gagal menyiapkan kerja sekolah, tidak mahu mendengar apabila bercakap dengannya, sukar mengatur tugasan,tidak suka dan enggan melakukan tugasan. Ciri-ciri lain yang sering menyertai gangguan hiperkinetik adalah :

   

Kemampuan akademik tidak optimal Kecerobohan dalam hubungan sosial Kesembronoan dalam menghadapi situasi yang berbahaya Sikap melanggar tata tertib secara impulsive

Kanak-kanak yang sering dilihat tidak boleh duduk diam dan lebih gemar bermain biasanya disebabkan oleh sindrom yang dipanggil hiperaktif (ADHD - Attention deficit disorder). Kanakkanak yang menghidap sindrom ADHD lebih bertenaga, cepat gelisah dan sukar memberi tumpuan.Biasanya ADHD ini lebih kepada kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan. Kebiasaannya kanak-kanak hiperaktif ini boleh memahami dan berfikir tetapi sukar untuk memberi tumpuan atau perhatian. Oleh sebab itu kanak-kanak ini sukar untuk bergaul dengan masyarakat serta lemah dalam akademik. Hasil kajian oleh doktor perubatan moden sukar menentukan punca atau penyebab sindrom ini namun menurut mereka sindrom ADHD ini melibatkan faktor genetik. Menurut mereka ADHD berlaku di sebabkan perubahan kimia yang dipanggil neurotransmitter pada otak dan ada juga yang berpendapat saiz otak kanak-kanak penghidap ADHD lebih kecil daripada otak normal diantara 5-10%. Ada juga yang menyatakan ibu yang merokok ketika hamil boleh menyebabkan kanak-kanak hiperaktif. Faktor kelahiran pramatang atau bayi yang dilahirkan tidak cukup berat serta mengalami kecederaan pada otak semasa dalam kandungan juga dikatakan faktor atau punca kepada masalah hiperaktif. Sifat atau sikap kanak-kanak hiperaktif
         

Kanak-kanak hiperaktif biasanya akan bersikap degil. Mereka suka membantah. Suka melanggar peraturan terutama di sekolah. Lalai dan tidak memberi tumpuan. Sering merasa tidak puashati. Sering tertekan. Menghadapi masalah dalam pelajaran. Menghadapi masalah dalam hubungan sosial. Cepat takut dan risau Suka berpeluh dan mengalami masalah sakit perut atau cirit birit.

Kanak -kanak hiperaktif mempunyai ciri -ciri tingkah laku seperti tumpuan perhatian yang singkat , sentiasa resah dan tidak boleh duduk diam. Dia tidak mengendahkan arahan ibu bapa atau gurunya dan menunjukan kedegilanya serta susah dikawal dan displinkan. Oleh itu , kanak -kanak hiperaktif sering mengalami masalah pembelajaran di sekolah kerana tabiatnya yang suka merayau -merayau , tidak boleh duduk di tempatnya dan tidak mendengar arahan guru. Adakalanya , kanak -kanak hiperaktif juga mempamerkan ciri -ciri perkembangan bahasayang lambat. Kesemuanya ini akan menyebabkan dia tidak digemari oleh kanak -kanak lain dan dia sering berasa terasing. Kanak -kanak yang sebegini sering menyulitkan gurunya yang kebiasaannya terpaksa menjaga 40 orang murid dalam satu kelas. Dia tidak boleh memberikan perhatian yang khusus pada murid ini sahaja.

Adakalanya , kanak -kanak hiperaktif ini mempunyai keupayaan intelek yang baik tetapi oleh kerana sikap resah dan perangai impulsifnya , dia sukar dikawal di dalam suasana sekolah biasa. Kanak -kanak serti inimemerlukan latihan khas berbentuk modifikasi tingkah laku untuk meningkatkan tumpuan perhatiannya serta latihan yang menggunakan pendekatan satu dengan satu ( one -to -one opproach ). Guru-guru perlu sering memberikan peringatan kepada murid ini sama ada melalui isyarat atau mengetuk meja untuk mendapatkan perhatianya dari semasa kesemasa. Adalakanya, pakar kana-kana perlu memberikan ubat-ubat yang khusus yang bertujuan untuk mengurangkan keresahan agar boleh menjalani latihan dan program pendidikan dengan lebih berkesan lagi.

Sosial
Ciri-ciri sosial kanak-kanak ini lebih tertumpu kepada penghargaan kendiri di mana penghargaan kendiri positif atau negative bergantung kepada keadaan persekitaran yang mereka terima dan mereka mudah menyesuaikan diri mengikut tuntutan sosial.Di samping itu juga,keadaan individu yang mengalami ADHD mereka cepat berasa bosan dan pada waktu yang sama tidak berdaya hendak menumpukan perhatian pada tugas yang perlu disiapkannya. Mereka juga mungkin kurang faham atau tidak empati pada perasaan orang lain.Mereka juga selalunya gagal mencapai kejayaan yang cemelang di sekolah atau tidak pandai berinteraksi sesame rakannya APA (2000) dalam Azizi Yahaya et.al.(2006)

Langkah Pencegahan
Kanak -kanak yang berkelakuan seperti suka berlari -lari , memanjat -manjat perabot , sukar duduk diam , dan seolah -olah ada kuasa yang menyebabkan dia tidak boleh berdiam diri juga tergolong sebagai kanak -kanak hiperaktif .Kelakuan hiperaktif selalunya mendapat perhatian serta merungsingkan ibu bapa apabila kanak -kanak itu berusia dua atau tiga tahun , apabila dia sudah boleh berlari , memanjat dan melompat . Pemeriksaan uarat saraf di kalangan kebanyakan kanak -kanak yang dikatakan mengalami Sindrom Hiperaktif , selalu tidak menunjukkan apa -apa gangguan . Malahan di kalangan kanak -kanak yang dikatakan ' brain damaged ' ramai yang tidak berkelakuan hiperaktif . Anggapan umum ialah kanak -kanak yang hiperaktif menghadapi gangguan urat saraf yang minimum , tetapi anggapan ini juga penuh kontroversi .Kes -kes hiperaktif yang didapati di klinik Perkembangan Kanak -kanak di Universiti Kebangsaan Malaysia kebanyakan yang melibatkan kanak -kanak lelaki . Sebabnya masih menjadi suatu tanda tanya . Satu lagi hal yang menjadi tanda tanya ialah berapa ramaikah kanak -kanak di negara ini mengalami keadaan sindrom hiperaktif .

Proses penilaian kanak -kanak yang dikatakan hiperaktif merangkumi pemeriksaan paediatrik dan psikologi. Kanak -kanak ini memperlihatkan berbagai bagai masalah seperti lambat bercakap , sukar dilatih untuk berdikari atau mengenali keadaan yang merbahaya . Dia juga sukar menerima pengajaran kerana tumpuan perhatiannya kurang . Pemeriksaan oleh pakar kanak -kanak untuk memastikan yang tiada gangguan uarat saraf atau tahap elemen

plumbum (lead ) yang tinggi di dalam darah perlu di buat . Lazimnya pemeriksaan klinikal tidak menunjukkan tanda -tanda yang luar biasa . Ibu bapa perlu mendapat penerangan yang jelas tentang keadaan ini serta strategi rawatan yang boleh digunakan kerana mereka merupakan orang yang paling penting di dalam rancangan pemulihan yang bakal di jalankan ke atas anak -anak mereka itu oleh profesyenal profesyenal yang terlatih .

Mereka dengan masalah attentional seperti ADHD memiliki permasalahan sulit focus, atau Gelombang Otak (Brainwave)nya terlalu lambat, secara umum mereka mengatasinya dengan menggunakan obat perangsang – seperti obat kimia dan kopi- untuk mempercepat Gelombang Otak (Brainwave) mereka dan membantu mereka fokus. Namun metode itu tidak benar, karena berdampak negatif dalam jangka panjang dan menjadikan ketergantungan. Kami menawarkan solusi terbaik untuk Anda, yaitu dengan bantuan terapi Musik Gelombang Otak (Brainwave) Sharper Brain. Teknologi ini adalah penanganan alami untuk ADHD menggunakan protokol yang telah ditemukan dalm ilmu kedokteran untuk kesuksesan anak-anak, anak muda dan orang dewasa dalam Musik Terapi Gelombang Otak Sharper Brain ini dapat Anda pindah ke pada MP3 player atau iPod. Dengan demikian Anda memiliki solusi pengobatan ADHD yang bisa anda lakukan dimana saja. Jika Anda menderita ADHD Anda mungkin mengalami kesulitan berkonsentrasi pada apa pun untuk waktu yang lama dan Anda bisa menjadi mudah terganggu. Jika ini yang terjadi pada Anda, Anda akan kesulitan melakukan satu hal dengan baik dan benar. Gelombang Otak (Brainwave) adalah pulsa elektronik yang mana di produksi otak Anda sepanjang waktu, apa pun yang Anda kerjakan. Pada penderita ADHD otak menghasilkan pulsa lebih lambat dari yang diharapkan, iuga otak kanan dan otak kiri tidak seimbang. Musik Terapi Gelombang Otak (Brainwave) ADHD ini dapat membantu ADHD dengan merangsang otak dan membimbing ke ritme lebih cepat dan lebih seimbang. Program Musik Terapi Sharper Brain untuk mengatasi ADHD ini dibuat khusus untuk mempercepat Gelombang Otak (Brainwave) Anda, dan untuk menciptakan keseimbangan antara kiri dan kanan otak. Terapi ini juga disebut hemi sinkronisasi atau hemi sync. Teknologi Gelombang Otak (Brainwave) untuk penderita ADHD ini di rancang kusus dengan tehnologi/teknologi tingghi dengan memadukan Audio Frekwensi Gelombang Otak SMR dan suara alam sebagai background untuk membuat Anda lebih nyaman dan betah menjalani sesi terapi ini.

Anda bisa menggunakan headphone atau speaker mini untuk mendengarkan audio ini. Musik Terapi Gelombang Otak (Brainwave) Sharper Brain ini bisa di gunakan untuk anak-anak, remaja, dan dewasa. Terapi Musik Sharper Brainakan membuat Anda ke tahap Beta yang membuat Anda memiliki kemampuan tetap fokus.“Masa depan Anda di tangan Anda dan dimulai dari saat ini” Perilaku hiperaktif atau ADHD ini dapat dilihat melalui personaliti, perkembangan fizikal dan emosi kanak-kanak tersebut. Sama ada normal ataupun tidak, perilaku kanak-kanak normal bergantung pada perkembangan sosial dan dan perangainya yang sesuai dengan usia mereka. Jika perilakunya tidak sesuai dengan usia mereka, mereka boleh dikategorikan sebagai kanakkanak hiperaktif.

Rawatan Akupunktur dan Herba Untuk Mengatasi masalah Hiperraktif (ADHD) Kadang-kala perilaku kanak-kanak ini tidak dapat dilihat dirumah. Namun di pusat-pusat perubatan, doktor dapat mengesan gejala dan tanda-tanda perilaku hiperaktif tersebut. Berikut adalah beberapa tanda-tanda dan gejala perilaku kanak-kanak hiperaktif :
          

Perasaan kegelisahan terus menerus Sentiasa belari dan memanjat sana-sini Terlalu banyak bercakap Tidak boleh duduk diam untuk jangka masa yang lama Suka mengangu orang lain Tidak suka mengikut barisan atau menunggu. Selalu memotong barisan. Sentisa kehilangan barang-barang seperti pensil, pemadam dan sebagainya Tidak menumpukan perhatian Seorang yang pelupa. Sentiasa nampak tidak terurus (selekeh) Selalu mengikut gerak hati untuk melalukan sesuatu

Kebanyakan kanak-kanak akan menunjukkan perilaku hiperaktif dan masalah kurang memberi tumpuan serentak. Ini dipangil ADHD, namun sesetengah ada yang tidak mempunyai masalah perilaku hiperaktif namun mempuyai masalah untuk kurang memberi tumpuan dan mengambil perhatian. Malasah ini disebut sebagai Attention Dificit Disoder (ADD). Pengurusan Emosi Perilaku Hiperaktif Kanak-kanak hiperaktif biasanya melalukan sesuatu tampa memikirkan tentang orang yang berada disekitar mereka. Mereka suka bermain berseorangan dan melalukan pekara yang mereka mahu lakukan(hanya mengikut gerak hati mereka). Berikut adalah beberapa cara yang boleh kita gunakan untuk menetapkan atau mengawal tingkah laku hiperaktif atau ADHD :

Jangan meninggalkan mereka sendirian untuk bergaul dengan kanak-kanak yang lebih muda atau seusia mereka. Hal ini untuk mencegah mereka dari menyakiti atau mencedekakan kanak-kanak lain.

   

Jauhkan meraka dari benda-benda yang merbahaya. Untuk mengelakkan dari dia mencederakan dirinya sendiri ataupun orang lain Mereka harus ditegur dan dididik dengan cara yang betul dan supaya mereka menilai apakah yang mereka lakukan. Jangan bercakap dengan cara yang kasar di depan mereka kerana mereka selalunya akan mengikut apa yang kita lakukan. Mereka harus diberikan perhatian yang lebih dan mengajar mereka tentang apa yang dan tidak harus dari usia mereka muda untuk memudahkan mereka membezakan apa yang harus dan apa yang tidak.

Jangan merendah-rendahkan diri mereka di depan orang. Hal ini akan menyebabkan mereka terasa tidak di sayangi dan akan memburukkan keadaannya.

Cara - cara rawatan

(1)

Ada beberapa jenis ubat yang telah digunakan oleh doktor untuk mengurangkan keadaan hiperaktif seperti Amphetamine , Ritalin dan Haloperidol . Malangnya dengan cara ini , kesannya tidakberpanjangan . Sebaik sahaja ubat diberhentikan kelakuan hiperaktif akan timbul balik . Kadang kala rawatan ini tidak berkesan dan sebaliknya memberi kesan negatif .

(2)

Teknik pengubahsuaian kelakuan ( behavioural Modification ) ; lebih berkesan , tetapi cara caranya.Perlulah ditunjukkan oleh pakar psikologi , supaya dapat dijalankan dengan cara yang betul . Teknik ini perlu diikuti selalu . Satu lagi teknik ialah pendekatan pembelajaran (educational approach ) ; dengan tujuan untuk mengurangkan aktiviti kanak -kanak ini ; dan sebaliknya melebihkan kemampuan mereka menumpukan perhatian terhadap aktiviti -aktiviti yang boleh memperkembangan intelek mereka. Teknik kedua dan ketiga lebih berkesan jika digunakan pendekatan satu demi satu (one to one approach). Rawatan bagi kanak -kanak yang hiperaktif itu mestilah disesuaikan secara orang perseorangan . Misalnya ada kanak -kanak yang memerlukan cara pertama dan kedua dan ada pula yang berjaya dirawat dengan cara kedua sahaja .Satu lagi keadaan bila kelakuan hiperaktif boleh muncul ialah seseorang itu memakan makanan yang mengandungi bahan bahan pengawetan . Bagi kes seperti ini dikenal pasti dan diketepikan .

(3)

Rumusan
Hiperaktif adalah perlakuan atau tingkahlaku yang dianggap bertentangan nilai social yang disebabkan oleh ketidakseimbangan system saraf pusat otak dalam mentafsir rangsanganrangsangan yang ada di persekitaran.Pencegahan lebih baik dari rawatan.Kanak-kanak hiperaktif ini mnemerlukan rawatan yang terperinci dan pemeriksaan fizikal serta penilaian perkembangan intelek dan emosinya.Kaunseling yang intensif diperlukan untuk meningkatkan kemampuan ibu bapa melatih dan member rawatan kepada anak mereka.Ini memerlukan kasabaran,pengorbanan masa,tenaga dan kewangan. Matlamat rawatan supaya kanak-kanak ini boleh menyesuaikan diri di sekolah dan masyarakat dengan sebaik mungkin. Dari masa ke semasa pencapaian perlu dinilai dan strategi perlu diperkemaskan agar sesuai dengan usia serta keadaan.Apa yang paling penting ialah setiap ibu bapa perlu mempertingkatkan ilmu pengeyahuan tentang permasalahan-permasalahan kanakkanak.

Rujukan

1) Jamila K.A Mohamed.2006.Pendidikan Khas untuk kanak-kanak istimewa.Siri Pendidikan Khas.Shah Alam :PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. 2) Ee Ah Meng,Pedagigi untuk Bakal Guru,Penerbit Fajar Bakti sdn.bhd.P.J. 1987. 3) Psikologi,Strategi Pengajaran dan Penilaian Matematik:Mok soon Sang,Kumpulan Budiman Sdn.PJ,1989.

4) Buku Panduan Khas : Program Pengayaan,PKK,1982. 5) Hamid Arahat.2009.Kanak-kanak Autistik. http://www.hamidarshat.com/index2.php?option=com content&do pdf=1&id=1999 (akses pada 24 Disember 2011) 6) Mohd Sharani Ahmad (2006), Psikologi Kanak-kanak, PTS PROFESSIONAL , Plublishing SDN BHD. 7) Pedagogi untuk Bakal Guru : Ee Ah Meng ,Fajar Bakti Sdn.Bhd.PJ.1987.

Sifat atau sikap kanak-kanak hiperaktif

Cara-cara mengenangani masalah kanak-kanak hiperaktif

KBK 3073 : KANAK-KANAK KEPERLUAN KHAS

TAJUK

BAHAGIAN A
TUGASAN 2
KUMPULAN UPSI – A35 (A112PJJ) DISEDIAKAN OLEH NAMA LOGES A/P SOCKALINGAM NO. ID D20102045747 NO. TELEFON 016-5546483

NAMA TUTOR E-LEARNING: EN.SARIB BIN SELAMAT TARIKH SERAH: 1 MAY 201

Pendahuluan
Pendidikan adalah perkara yang berkaitan dengan pengalaman terancang dan tanpa dirancang yang membolehkan kanak-kanak dan orang dewasa berkembang serta belajar melalui interaksi dengan masyarakat dan budayanya. Pendidikan khas adalah program atau perkhidmatan yang dibina untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas. Oleh kerana keperluan setiap kanak-kanak adalah berbeza, pendidikan khas memerlukan fleksibiliti dan motivasi dalam amalan pengajaran dan pembelajaran (P&P). Strategi dan teknik pengajaran yang diubah suai untuk diserapkan ke dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran kelas biasa. Perlaksanaan sesuatu program pendidikan khas juga memerlukan perbelanjaan yang tinggi dan melibatkan hakhak asasi manusia dan persamaan peluang. Pendidikan khas didefinisikan sebagai kaedah-kaedah yang dibentuk khusus untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecacatan atau kurang upaya. Pendidikan khas juga merangkumi aspek-aspek pengajaran dan pembelajaran, latihan jasmani dan juga pendidikan yang berteraskan rumah, hospital dan institusi. Menurut Slavin (1997), mendefinisikan pendidikan khas sebagai sebarang program yang diperuntukkan atau ditujukan kepada pelajar-pelajar yang bermasalah seperti kecacatan mental, emosi, dan ketidakupayaan fizikal ataupun penambahan kepada pembelajaran biasa dalam kelas. Mereka tidak akan dapat mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa, hinggakan mereka tidak berupaya mendapat faedah sepenuhnya daripada program pendidikan sekolah biasa.

Kanak-kanak istimewa yang memerlukan pendidikan khas boleh digolongkan dalam 7 kategori seperti berikut :

1. Kanak-kanak kerencatan akal 2. Kanak-kanak bermasalah pembelajaran 3. Kanak-kanak kecelaruan tingkah laku 4. Kanak-kanak cacat pendengaran dan bermasalah komunikasi 5. Kanak-kanak cacat penglihatan 6. Kanak-kanak cacat fizikal 7. Kanak-kanak pintar – cerdas dan berbakat istimewa

Kategori 1

KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN ( KKBP )

Definisi untuk kanak-kanak bermasalah pembelajaran yang diterima umum adalah definisi digariskan oleh Jawatankuasa Penasihat Kebangsaan Bagi Kanak-Kanak Cacat pada 1986 iaitu ;

“ Kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah dimanifestikan daripada salah satu atau beberapa proses psikologikal yang melibatkan gangguan tatatertib dalam kesefahaman dan penggunaan bahasa lisan atau tulisan ”

Mengikut Jawatankuasa ini, keadaan gannguan tatatertib tersebut dapat diperlihatkan daripada proses mengingat semula peristiwa lama, pemikiran,pertuturan,membaca, mengeja ataupun mengira. Kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah murid-murid yang tidak berupaya mengikuti pelajaran dalam kelas biasa. Punca kanak-kanak sering manghadapi masalah pembelajaran biasanya disebabkan masalah keluarga atau peribadi atau keduaduanya. Golongan kanak-kanak bermasalah pembelajaran ini biasanya mempunyai konsep kendiri negative , motivasi rendah, sifat introvert, tabiat malas berusaha,kekurangan minat dan kecenderungan dalam pelajaran ataupun sering sakit. Kanak-kanak yang tidak berpeluang

belajar,tetapi boleh belajar dengan kaedah mengajar biasa,tidak pula digolongkan dalam kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran.

Menurut Benan ( 1974 ) ,merujuk kanak-kanak bermasalah pembelajaran sebagai murid belajar lambat ( slow learners ). Mengikut beliau, kanak-kanak bermasalah pembelajaran ini mempunyai tahap keupayaan intelek sederhana atau sedikit lebih daripada intelek kanak-kanak normal. Mereka mempunyai kebolehan melihat tahap kekurangan kemahiran menerima, mengurus , menyusun, menyimpan dan mengingat stimuli visual dengan berkesan.Selain ini, keadaan kanak-kanak bermasalah pembelajaran dirujuk sebagai halangan psikologikal atau neurologikal terhadap gerakbalas bahasa, sama ada lisan atau tulisan , persepsi kognitif , atau aktiviti psikomotor.

Mengikut beliau, kanak- kanak bermasalah pembelajaran ini dapat dikenal pasti dengan ciri-ciri berikut ; 1. Mempunyai konsep kendiri rendah dan tidak mempunyai harapan untuk kejayaan dalam bidang akademik. 2. Masa menumpukan perhatian terhadap pelajaran adalah singkat, dan perhatiannya mudah dialihkan oleh rangsangan luar. 3. Hanya boleh mengikut pelajaran atau arahan yang ringkas dan jelas sahaja. 4. Tidak peduli dan tidak berbangga sahsiah kendiri.

Selain ini, mengikut Haigh (1977), membahagikan murid-murid bermasalah pembelajaran kepada tiga kumpulan, iaitu ; 1. Kumpulan murid-murid yang mempunyai kebolehan terhad. 2. Kumpulan murid-murid yang mempunyai kebolehan normal, tetapi sering menghadapi masalah pembelajaran dalam salah satu atau beberapa mata pelajaran. 3. Kumpulan murid-murid yang mempunyai kebolehan belajar, tetapi menghadapi masalah-masalah yang berkaitan dengan factor-faktor persekitaran seperti ponteng sekolah, atau mempunyai keluarga yang bermasalah.

Dengan ini, kanak-kanak bermasalah ini, bukan murid-murid lembam yang gagal sama sekali di sekolah. Mereka mungkin menghadapi masalah dalam matematik,tetapi boleh mencapai peringkat lulus dalam Bahasa,dandapat prestasi baik dalam Senilukis , Kemahiaran Manipulatif atau mata pelajaran yang lain. Selain ini, kita boleh mengenalpasti Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran berdasarkan ciri-ciri yang dirumuskan seperti berikut :  Pencapaian akademik keseluruhannya tidaksampai tahap memuaskan.  Lemah pencapaian dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa.  Sering mengantuk dalam kelas dan tidak menunjuk minat dalam pelajaran.  Sentiasa menjauhkan diri daripada rakan-rakan sedarjah atau guru.  Hanya berupaya member perhatian atau tumpuan singkat terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.  Sering meniru atau menyalin kerja rumah rakan sedarjah, atau tidak membuat kerja rumah langsung.  Ingatan lemah, mudah lupa, bersifat pemalu dan introvert.  Bersifat pendiam dan tidak berani bertanya.  Sering ponteng sekolah.  Masalahnya tidak dipedulikan atau tidak dapat dibantu mengatasinya oleh anggota keluarga.  Mempunyai konsep kendiri rendah dan tidak menghargai sahsiah diri sendiri.

A.

Jenis keperluan khas ( kecacatan ) utama kes yang diperhatikan : EPILEPSI ( SAWAN )

Epilepsi ialah sejenis penyakit yang disebabkan oleh gangguan dalam bahagian otak yang berlaku secara berulang dalam bentuk serangan sawan yang boleh menyebabkan seseorang penghidap sawan tidak akan sedarkan diri dalam satu jangka masa bergantung kepada tahap kekronikan penyakit sawan yang dihadapi. Biasanya serangan sawan yang terjadi boleh menyebabkan penderitaan yang serius dan melibatkan semua peringkat umur manusia tidak kira kanak-kanak atau orang dewasa. Selepas seseorang itu mengalami

serangan sawan, seseorang itu akan keletihan dan tidak mampu mengigati apa yang telah terjadi kepada dirinya. Secara umumya, punca sebenar epilepsi masih belum diketahui secara jelas dan terperinci. Antara punca-punca epilepsi ialah Kekurangan oksigen atau pendarahan dalam otak sewaktu kelahiran. Penyakit keturunan atau genetic seperti tuberos sclerosis. Akibat komplikasi selepas strok, ketumbuhan dibahagian otak, saluran darah luar biasa atau kecacatan saluran darah dibahagian otak, kerosakan bahagian otak akibat jangkitan kuman, parasit, alcohol atau bahan toksik, kecederaan parah di bahagian otak dan juga kecederaan teruk dibahagian otak.

Epilepsi berlaku tanpa mengenal jantina,umur atau latar belakang anda.Malah penghidap epilepsi ini ada yang terdiri daripada golongan yang mempunyai tahap kebijaksanaan tinggi berbanding orang biasa dan mereka juga terkenal. Socrates, ahli falsafah unggul,jeneral tentera terbilang Napoleon Bonaparte & Alfred Nobel,pencipta dinamit yang mengasaskan hadiah Nobel adalah antara tokoh terkenal penghidap epilepsi. Sebenarnya tiada punca kukuh kenapa berlakunya epilepsi kerana kebanyakannya berlaku secara tiba-tiba.

Terdapat dua jenis sawan: 1. Sawan menyeluruh. Disebabkan oleh gangguan sel-sel saraf yang biasanya melibatkan keseluruhan otak. Sawan keseluruhan ini boleh dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu Tonik-klonik (dahulunya dikenali sebagai sawan grand-mal), ketidakwujudan ( dahulunya dikenali sebagai sawan petit-mal ) serta mioklonik.

2. Sawan separa. Bermula di satu bahagian tertentu dalam otak (contohnya di hipokampus), tetapi boleh merebak ke bahagian otak yang lain. Sawan separa ini boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu separa kompleks, separa ringkas serta sawan yang khusus pada kanakkanak sahaja:

Sindrom West . Biasanya berlaku pada kanak-kanak yang berumur di antara 4 hingga 8 bulan.

Sindrom Lennox-Gastaut. Melibatkan kanak-kanak yang muda. Ini merupakan epilepsi yang paling buruk berlaku pada kanak-kanak yang muda.

Masalah - Masalah Sampingan Epilepsi

Di lihat dari segi gender,bebanan ini menjadi lebih berat jika sekiranya penghidap adalah seorang wanita. Ini kerana wanita terikat dengan kitaran hormon dan faktor sosial.Tiada pilihan lain,mereka terpaksa berhadapan dengan pelbagai perubahan mengikut kitaran hidup sepanjang menghidap epilepsi. Ini kerana kekerapan diserang sawan adakalanya boleh menjadi lebih tinggi pada wanita yang pada asalnya menghidap epilepsi ketika mereka hamil.Bagaimanapun, mereka tidak perlu bimbang kerana lebih 95% penderita boleh melahirkan anak yang sihat.Namun,wanita tersebut berkemungkinan menghadapi risiko lain seperti kerumitan semasa hamil dan bayi yang dilahirkan,tidak cukup bulan. Kebarangkalian melahirkan anak yang cacat ialah antara 4-8% sahaja dan ia mungkin ada sedikit hubung kait dengan pengambilan ubat-ubatan untuk mengawal sawan.Walaupun begitu,risiko kemudaratan pada janin dalam kandungan sekiranya si ibu mengalami sawan yang berpanjangan jauh lebih tinggi daripada risiko kemudaratan pada janin sekiranya mengambil ubatan. Nasihat doktor berkenaan rutin pengambilan ubat-ubatan amat penting kerana jika pesakit epilepsi menghentikan terus pengambilan ubat,maka risiko diserang sawan adalah lebih kerap & mungkin mendatangkan risiko seperti keguguran. Risiko serangan epilepsi semakin tinggi apabila seseorang wanita semakin hampir untuk bersalin. Malah, sesetengah wanita akan mendapat serangan penyakit itu semasa proses kelahiran.Bagaimanapun, kajian menunjukkan 17 peratus serangan epilepsi menurun semasa hamil.Menurut Dr. Raymond, kadar kegagalan pil kontraseptif di kalangan pesakit epilepsi adalah empat kali ganda lebih tinggi berbanding individu normal. Selain faktor pil tersebut, kekurangan estrogen dan ubat epilepsi yang meningkatkan kadar metabolisme telah meningkatkan kadar pembuangan dari tubuh sekali gus mengurangkan kesan pil kontraseptif. Kesan epilepsi pada kehamilan ialah Kadar penyakit hipertensi, preeklampsia dan eklampsia lebih tinggi di kalangan pesakit epilepsi berbanding dengan wanita normal. Ciri-ciri penyakit preeklampsia termasuk hipertensi, kebengkakan di seluruh badan dan kadar kandungan protein dalam air kencing yang tinggi. Jika tidak dirawat preeklampsia boleh melarat ke tahap eklampsia. Eklampsia akan mencetuskan serangan epilepsi menyebabkan pesakit

kelihatan seperti kekeliruan. Keadaan ini meningkatkan risiko kematian pada janin dan ibu menjadi tiga kali ganda terutama pada minggu-minggu terakhir kehamilan.

Antara kesan lain ialah:          Bayi dilahirkan tidak cukup bulan. Keguguran pada pertengahan trimester (12 minggu kehamilan). Kadar kematian bayi baru lahir (prenatal mortality) yang tinggi. Bayi meninggal dunia beberapa hari selepas dilahirkan. Bayi mati sejurus selepas kelahiran (stillbirth) Keguguran sebelum minggu ke-28 Bayi kecil Kecacatan pada bayi Bayi kepala kecil Bayi perlu dimasukkan ke dalam inkubator kerana masalah kesihatan

Kategori 2

KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN
Orang Kurang Upaya (OKU) boleh didefinisikan sebagai seseorang yang tidak berupaya menentukan sendiri bagi memperolehi samada sepenuhnya atau sebahagian daripada keperluan biasa seseorang individu yang normal dan ia juga tidak dapat hidup bermasyarakat sama ada dari segi fizikal atau mental. Orang kurang upaya ini mempunyai tingkah laku tersendiri mengikut jenis keluarbiasaan atau kecacatan yang dialami.Pertumbuhan dan perkembangan mental dan fizikal golongan orang kurang upaya ini jauh lebih kurang ataupun kurang berbanding orang biasa. Selain dari itu dia juga mempunyai konsep kendiri yang rendah disebabkan oleh tekanan jiwa di mana dia akan sentiasa mempunyai perasaan kecewa kerana kekurangan yang ada pada dirinya, merasa bersalah terhadap keluarga kerana membebankan mereka dan menghadapi masalah untuk bergaul mesra dengan rakan sebaya dan masyarakat. Pendengaran merupakan asas kepada kebolehan manusia berkomunikasi. Keupayaan kanak-kanak membentuk pertuturan dan bahasa terhasil daripada kebolehan mereka mendengar, memahami pengertiannya dan seterusnya menuturkan apa yang didengarnya. Lazimnya kanak-kanak yang lahir cacat pendengaran tidak akan dapat bertutur lalu diberi stigma sebagai kanak-kanak pekak dan bisu. Kanak-kanak yang dilahirkan dengan cacat pendengaran akan menghadapi gangguan atau kelambatan dalam perkembangan pertuturan dan bahasanya. Kecacatan pendengaran boleh dibahagikan dua bahagian iaitu : 1. Pekak : Mereka mempunyai deria dengar yang yang tidak berfungsi. 2. Separa pekak : Walaupun deria dengar mereka telah rosak, tetapi ia dapat berfungsi samada dengan bantuan alat pendengaran ataupun tidak . Maka kanak-kanak ini akan dikelompokkan sebagai golongan yang perlu berbahasa isyarat tanpa mengendahkan potensi mereka menggunakan sisa pendengaran yang ada atau dibantu supaya dapat meningkatkan kebolehan mereka mendengar. Tanggapan dan cara pengendalian kanak-kanak cacat pendengaran seperti ini perlu diubah. Dengan adanya alat-alat bantu dengar yang menggunakan teknologi komputer yang canggih serta keupayaan melakukan

pembedahan mikrosurgeri telinga, objektif utama dalam pengendalian kanak-kanak cacat pendengaran harus beranjak kepada usaha pemulihan pendengaran dan seterusnya melakukan habilitasi untuk bertutur dan berbahasa.

Ini merupakan satu anjakan paradigma yang perlu didokong oleh semua pihak yang terlibat dalam pengendalian kanak-kanak cacat pendengaran. Kunci kepada kejayaan memulih pendengaran ialah pengesanan kanak-kanak cacat pendengaran seawal mungkin. Ini boleh dicapai melalui program saringan pendengaran bayi universal. Bagi kanak-kanak yang mengalami kepekakan jenis konduktif pembedahan mikrosurgeri telinga seperti miringotomi, miringoplasti, osikuloplasti dan pembinaan semula cuping dan lubang telinga menghasilkan kejayaan mengatasi masalah kepekakan mereka. Bagi kepekakan sensorineural pula, alat bantu dengar digital yang semakin canggih dapat memberi amplifikasi yang lebih kuat dan selesa. Bagi kanak-kanak yang mempunyai kepekakan yang amat teruk dan tidak dapat dibantu menggunakan alat bantu dengar, implan koklea merupakan satu-satunya ciptaan menakjubkan yang dapat membantu mereka. Pembedahan implan koklea terbukti dapat memulihkan pendengaran ke tahap yang dapat membolehkan mereka dilatih bertutur dan berbahasa. Ahli audiologi dan patologi pertuturan bahasa memainkan peranan yang amat penting dalam usaha ini. Anjakan paradigma dalam pengendalian kanak-kanak cacat pendengaran harus disertai dengan perubahan dalam sistem pendidikan mereka agar selari dengan perubahan dan kebolehan kanak-kanak ini. Objektif pendidikan harus menjurus kepada pembentukan pertuturan dan bahasa untuk berkomunikasi dan bukannya tertumpu kepada pengumpulan maklumat dan ilmu melalui penggunaan bahasa isyarat. Kanak-kanak cacat pendengaran berhak untuk mendengar, mendapat pendidikan, berkomunikasi, bekerja dan beramal seperti insan lain yang normal. Anjakan paradigma ini ialah untuk memberi hak-hak tersebut kepada mereka. Kanak-kanak cacat pendengaran sering menghadapi masalah komunikasi dan sukar mempelajari sebutan perkataan-perkataan dengan jelas dan tepat. Kanak-kanak yang cacat pendengaran boleh dikenalpasti dengan ciri-ciri seperti berikut ;  Bersifat pendiam , pemalu dan tidak suka bertanya.

 Terlalu pasif dan tidak suka bergaul denga rakan-rakan sebaya.  Pertuturan meraka kurang lancer, sering tersekat-sekat atau berulang-ulang.  Mengahadapi masalah memahami kata orang lain.  Kurang berupaya menggunakan perkataan-perkataan tepat untuk menerangkan atau menyatakan sesuatu perkara atau idea.  Sering bergantung membaca pergerakan bibir orang untuk memahami maksud kata.  Sering cuba mengelekkan daripada menjawab soalan lisan orang lain kerana kurang pasti tepat apa yang disoal.

B. Masalah Sampingan Kanak-kanak yang mengalami masalah

pendengaran
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, untuk seseorang individu mempelajari sesuatu, ia perlu mencapai beberapa kemahiran yang sangat kompleks. Dalam proses pembelajaran, input-input maklumat contohnya dari deria-deria penglihatan, pendengaran, emosi, sentuhan, keseimbangan serta pergerakan tubuh fizikal akan dikumpulkan dan diproses. Memproses maklumat pula memerlukan seseorang individu mempunyai keupayaan daya tumpuan, iaitu mengingat, menganalisa, dan mengaplikasi iaitu daya kognitif dan pemikiran yang baik. Sebarang masalah berkaitan dengan mendapatkan input-input maklumat akan menyebabkan masalah dalam proses pembelajaran. Masalah pembelajaran adalah apabila seseorang

mengalami masalah atau kesukaran untuk mempelajari sesuatu dan ia seringkali berlaku akibat kekurangan keupayaan kognitif atau intelek pada diri seseorang individu itu. Ia juga boleh berlaku hasil daripada kekurangan upaya, contohnya masalah kurang penglihatan, kurang pendengaran atau masalah fizikal. Kanak-kanak yang mengalami kehilangan pendengaran biasanya mengalami masalah dalam pembelajaran di sekolah. Terdapat banyak kesan keadaan telinga tengah terhadap perkembangan bahasa dan pertuturan, kemahiran mendengar, tingkah laku, kebolehan membaca dan pencapaian amnya di sekolah. Kecacatan pendengaran disebabkan oleh kerosakan kekal pada sistem sensori-neural biasanya memberi kesan yang lebih serius terhadap kanak-kanak dan penjagaannya (Gargiulo, 2006). Murid yang menghadapi masalah pendengaran ini tidak dapat memberi tumpuan dan perhatian dalam pembelajaran. Hal ini menyebabkan, golongan masalah pendengaran sering memperolehi keputusan akademik yang rendah serta mengalami masalah dalam pembelajaran. Selain itu, golongan ini juga mengalami kesulitan dalam pelajaran kerana tidak semua sekolah dikhaskan untuk golongan individu bermasalah pendengaran dan kesukaran dalam pembelajaran ini.

Kebiasaanya kebanyakan kanak-kanak bermasalah pendengaran ini sangat berisiko mengalami masalah kesihatan seperti di bahagian rongga-rongga kepala. Masalah ini mungkin berlaku kerana kedudukan rongga-rongga tersebut hampir dengan bahagian telinga dan ini member kesan secara tidak langsung kepada lain-lain bahagian tersebut. Gangguan kesihatan ini biasanya berlaku di bahagian dalam telinga itu sendiri sehingga penghidap masalah pendengaran itu sendiri akan mengadu sakit bahagian tersebut dan bagi sesetengah kes, kebiasaanya terdapat cecair keluar dar telinga mereka. Pun begitu, terdapat juga situasi yang berlaku melibatkan bahagian rongga hidung seperti masalah selsema, dan masalah tonsillitis di bahagian tekak.

C.

Pakar-pakar yang perlu dilibatkan

Kanak-kanak cacat juga memerlukan rawatan perubatan dari semasa -ke semasa Seperti kanak -kanak lain. Sesetengah kanak -kanak cacat mempunyai masalah -masalah yang lain seperti sawan dan ini perlu dihindarkan seberapa yang boleh dengan ubat tahan sawan . Sawan yang berterusan lebih daripada 30 minit boleh merosakkan otak kanak -kanak tersebut . Kanak -kanak yang mempunyai kerosakan otak lebih mudah mendapat demam sawan . Sawan yang berterusan terlalu lama akan memburukkan keadaan dan membantutkan lagi perkembangan kanak -kanak itu . Maklumat -maklumat dan kaedah -kaedah untuk mempertingkatkan potensi kanak -kanak cacat berkembangan dengan pesatnya dan ibu bapa perlulah mendapatkan nasihat dari para profesional yang arif tentang rawatan dan pemulihan anak mereka . Matlamat latihan adalah untuk memboleh kanak -kanak ini menguasai kemahiran kemahiran hidup dan berdikasi tanpa memerlukan penjagaan dan perhatian daripada orang lain . Dengan mengenal pastikan kekuatan -kekuatan dan kelemahan - kelemahan mereka , program intervensi boleh dimulakan seberapa segera yang boleh . Pendiagnosan dan intervensi awal perlu dilakukan segera kerana bayi dan kanak -kanak berkembang dan membesar dengan cepat . Program pemulihan yang dimulakan lebih awal adalah lebih berkesan . Perkhidmatan untuk membantu kanak -kanak cacat di negara ini sedang berkembangan pesat dan ibu bapa perlulah mendapatkan maklumat tentang latihan yang diperlukan untuk anak -anak mereka serta bagaimana mendapatkan perkihdmatan tersebut . Peranan ibu bapa dan keluarga

sebagai pengasas perkembangan kanak -kanak cacat amat penting sekali . Masa depan kanak -kanak cacat dipengaruhi oleh faktor -faktor seperti kesihatan , tahap pemakanan , pengalaman -pengalaman dan latihan -latihan Kanak-kanak berbeza antara satu dengan yang lain. Tidak semua kanak-kanak cacat boleh mendapat manfaat daripada sesuatu program. Pakar perubatan yang mempunyai pelbagai kepakaran dalam bidang perubatan memainkan penting untuk mendiagnostik dan merawat penyakit kanak-kanak dan mengesan punca masalah kecacatan untuk memulihkan kecacatan tersebut. Peranan pakar perubatan boleh dibahagikan seperti jadual di bawah.

BIL 1

Pakar perubatan Pediatrik

Peranan Pediatrik bertanggungjawab untuk mendiagnostik dan merawat penyakit kanak-kanak dan mengesan punca masalah pembelajaran seperti genetic, kewarisan,prenatal dan postnatal. Pakar neurologi adalah untuk mendiagnostik dan mengubati penyakit yang berkaitan dengan neuorologikal seperti kecederaan otak. Pakar ini juga mengawal hiperaktif dan masalah menumpu perhatian dengan memberikan kanak-kanak ubat “ Ritalin” untuk mengawal keaktifannya Mereka akan mengesan masalah komunikasi dari segi pertuturan dan bahasa kanak kanak. Terapi pertuturan akan menggunakan pelbagai pendekatan dan teknik untuk membantu kanak-kanak seperti gagap, sumbing dan kanak-kanak yang mempunyai masalah alat artikulasi untuk bertutur. Ahli kumpulan ini bertanggungjawab untuk menaksir fungsi-fungsi motor halus dan motor kasar kanak-kanak. Dan melatih kemahiran hidup serta kemahiran membantu diri. Kanak-kanak yang disyaki mempunyai masalah dari segi pendengaran akan dirujuk kepada audiologi untuk mengesan fungsi pendengaran mereka. Pakar ini akan menaksiran penglihatan pelajar. Sekiranya mereka mempunyai masala penglihatan maka akan memerlukan cara pengajaran yang berbeza dengan kanak-kanak biasa.

2

Neurologi

3

Terapi pertuturan

4

Terapi fizikal

5

Audiologi

6

Oftomologi

D.

Pelan Tindakan mendidik kanak-kanak keperluan Khas.

Perbezaan kognitif, sosial, emosi, fizikal dan rohani di kalangan kanak-kanak di dalam sebuah bilik darjah merupakan perkara biasa. Selain daripada pengaruh baka dan persekitaran, kanak-kanak berkembang pada tahap dan kadar yang berbeza.Oleh yang demikian di dalam sesebuah kelas akan terdapat murid yang cergas serta berkebolehan dan ada murid yang menghadapi kesukaran dalam mengikut pengajaran. Murid-murid mungkin berbeza daripada rakan-rakannya yang lain dari segi kemampuan mereka menyelesaikan masalah, kebolehan berbincang dan bergaul dengan rakan, mengawal perasaan atau menjalani kegitan fizikal.

Namun, kadang kala kita akan berjumpa kanak-kanak yang perbezaannya agak ketara dan tidak mengikut norma-norma perkembangan seperti kanak-kanak lain. Perbezaanya ini juga mungkin akan menyebabkan kanak-kanak ini tidak dapat mengikut pengajaran di dalam bilik darjah seperti rakan-rakannya yang lain dan akhir terpinggir dan ketinggalan dalam pelajarannya. Kanak-kanak ini menunjukkan ciri-ciri perkembangan yang berbeza daripada kanak-kanak biasa, misalnya keupayaan kogintif, fizikal yang terhad, kesukaran berinteraksi dan berkomunikasi.Kanak-kanak ini mungkin menghadapi masalah tertentu seperti masalah fizikal, masalah penglihatan, pendengaran, pertuturan, tingkah laku, masalah pembelajaran, terencat akal dan pintar cerdas. Kanak-kanak ini dikategorikan sebagai kanak-kanak berkeperluan khas. Satu bentuk pendidikan yang khusus perlu dirancang dan dilaksanakan untuk kanak-kanak lain. Pendidikan yang disediakan untuk kanak-kanak ini dinamakan pendidikan khas. Masalah kecacatan fizikal epilepsy merujuk kepada kanak-kanak yang mengalami ketidakupayaan fizikal, dan memerlukan perubatan atau peralatan khas seperti pendakap (brances) atau kerusi roda.Ia termasuk ketidakupayaan berbentuk neurologi yang melibatkan otak dan urat saraf yang rosak ( Mohd Sharani, 2006 ) serta kecederaan ortopedik yang melibatkan tulang, sendi dan otot. Guru juga perlu mengetahui tentang masalah yang dihadapi oleh muridnya. Misalnya guru mesti mengetahui prosedur bagaimana mengurus seorang murid yang diserang penyakit sawan. Guru juga perlu jelas tentang kesan masalah fizikal ini ke atas perkembangan psikososial kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak ini kadang kala tidak memahami hidup mereka dan sering menghadapi masalah penyesuaian.

E .Pelan tindakan
Kanak-kanak yang menghidap epilepsi seharusnya digalakkan untuk melibatkan diri dengan aktiviti sekolah seperti kanak-kanak yang lain. Guru sekolah patut dimaklumkan mengenai penyakit anak anda dan apa yang perlu dilakukan dan siapa yang patut dihubungi jika anak anda mengalami sawan di sekolah. Ada kanak-kanak penghidap epilepsi mempunyai masalah pembelajaran. Masalah ini disebabkan epilepsi itu sendiri atau disebabkan terus oleh masalah otak (yang merupakan punca pesakit itu mendapat epilepsi). Langkah berjaga-jaga perlu diambil semasa aktiviti senaman dan sukan. Epilepsi dan tingkah laku Sebilangan kanak-kanak yang menghidap epilepsi mempunyai tingkah laku yang luar biasa. Ini boleh dikaitkan dengan epilepsi atau disebabkan terus oleh masalah otak yang menyebabkan epilepsi. Contoh tingkah laku yang luar biasa ini adalah:
   

Terlalu aktif Cepat marah atau merajuk Agresif dan tingkah laku yang mengganggu orang lain Tingkah laku autisme

Apabila tingkah laku ini sukar untuk dihadapi, dapatkan nasihat doktor. Aktiviti sukan dan rekreasi Kanak-kanak yang menghidap epilepsi seharusnya digalakkan untuk hidup seperti kanak-kanak normal yang lain. Aktiviti sukan dan rekreasi sangat digalakkan. Bagaimanapun, sesetengah aktiviti perlu diawasi contohnya :

Berbasikal : kanak-kanak harus memakai topi keledar dan berbasikal jauh dari jalan yang sibuk.

Berenang : perlu kawalan rapi pada setiap masa oleh orang dewasa yang bertanggungjawab di dalam dan sekitar kolam renang. Berenang di lautan tidak digalakkan

Pelan tindakan masalah pendengaran
Kanak-kanak cacat pendengran ini sudah pasti tidak dapat mendengar seperti insan normal yang lain. Apabila mereka tidak dapat mendengar, maka perbendaharaan kata yang digunakan orang biasa untuk berkomunikasi juga tidak dapat dikuasai oleh mereka. Ia akan menjejaskan perkembangan bahasa dan pertuturan mereka. Mereka bukan sahaja mengalami masalah gangguan alat suara rosak tetapi bahasa yang dipertuturkan tidak sama dengan yang digunakan oleh orang biasa. Oleh itu, mereka biasanya lebih senang menggunakan isyarat tangan untuk berkomunikasi dengan orang lain. Walaubagaimanapun ia kadangkala menimbulkan masalah kerana tidak semua orang faham isyarat tangan (simbol-simbol) yang digunakan. Maka selain kod tangan, mereka juga perlu di ajar bertutur agar dapat menggunakan kedua-dua cara berkomunikasi iaitu lisan dan isyarat tangan. Kaedah ini dikenali sebagai komunikasi menyeluruh.

Kanak-kanak bermasalah perdengaran perlu mendapat latihan awal yang baik di sekolah-sekolah khas untuk kehidupan yang lebih baik seperti kanak-kanak normal yang lain. Guru-guru diingatkan supaya bercakap dengan jelas dan jangan membelakangkan kanakkanak ini semasa memberi arahan atau mengajar.Kanak-kanak ini boleh ditempatkan di baris hadapan kelas untuk memudahkan mereka melihat wajah guru.Elakkan daripada menjerit atau meninggikan suara. Sebarang lisan boleh diikuti dengan illustrasi grafik atau visual untuk memudahkan kefahaman murid.Sediakan persekitaran pembelajaran yang tidak diganggu oleh bunyi bising atau gangguan bunyi lain. Komunikasi seluruh adalah tatacara pemikiran yang boleh melibatkan orang lain secara keseluruhan yang dengan menggunakan alat komunikasi iaitu lisan, bahasa isyarat, pertuturan kiu, bacaan bibir dan sebagainya. Pertukaran idea , pendapat , maklumat , hubungan dan sebagainya yang mempunyai tujuan dan dipersembahkan secara personal atau tidak personal melalui simbol atau isyarat yang bertujuan untuk mencapai matlamat organisasi. Komunikasi itu mengandungi sekumpulan isyarat (signal) yang memberi petunjuk atau melambangkan sesuatu

mesej. Isyarat ini boleh berbentuk perkataan atau tidak , yang penting mesej dapat disampaikan.

a.Bahasa Isyarat    Isyarat Naratif (direka setempat) ASL Komunikasi Seluruh KTMB

b.Pertuturan Kiu c.Ejaan Jari d.Bacaan Bibir e.Mimik Muka

Bahasa Isyarat

Bahasa yang digunakan oleh mereka yang bermasalah pendengaran untuk berkomunikasi sesama mereka dan orang ramai. Ia merupakan bahasa pertama bagi orang pekak yang dibentuk oleh orang pekak sendiri untuk berkomunikasi. Ia merupakan satu sistem komunikasi visual dan pergerakkan tangan. Bahasa isyarat di Malaysia terbahagi kepada tiga iaitu isyarat natif, bahasa isyarat Amerika (ASL), dan Komunikasi Menyeluruh Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM). 

Isyarat natif adalah bersifat semula jadi. Isyaratnya berbentuk setempat dan penyebarannya tidak luas kerana isyarat yang dibentuk berdasarkan penciptaan sendiri atau berdasarkan kepada ahli keluarga yang pekak, rakan-rakan yang pekak dan tidak pekak serta ahli masyarakat yang melingkungi hidup mereka. Bahasa isyarat ini berdasarkan sempadan negara.

Bahasa isyarat Amerika (ASL) adalah bahasa isyarat yang berasal dari Amerika dan diperkenalkan oleh sukarelawan dari barat ketika mengajar kanak-kanak pekak di
Malaysia. Bahasa isyarat ini dominan dalam pengajaran Bahasa Inggeris.

Komunikasi Menyeluruh Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM) adalah:-

Bahasa isyarat yang menggunakan seluruh anggota badan termasuk mimik muka semasa berkomunikasi. KTBM menyerupai struktur bahasa Melayu yang berasaskan tatabahasa Melayu sama ada dari segi penulisan atau komunikasi. Ayat-ayat yang menggunakan KTBM apabila dipertuturkan dalam bentuk tulisan tidak mempunyai perbezaan dari segi semantik atau tatabahasa Melayu. KTBM mempunyai aturan dan keseragaman untuk tujuan pembakuan bahasa isyarat. Bacaan Bibir Kebolehan untuk memahami apa yang dikatakan dengan melihat mulut si penutur (Myklebust). Ia juga dikenali sebagai „lip reading „ ataupun speech reading. Kaedah ini bukanlah secara mutlak kerana bukan semua isi pelajaran dapat disampaikan. Walau bagaimanapun kaedah ini amat berkesan jika kanak-kanak masalah pendengaran mempunyai tahap pendengaran yang sederhana atau rendah serta mempunyai bahasa yang baik. Latihan pendengaran akan menambahkan kemampuan kanak-kanak masalah pendengaran memahami gerak bibir untuk mempelajari sesuatu maklumat yang ingin disampaikan secara langsung dapat mengembangkan kebolehan pertuturan.

Pengejaan Jari Kaedah ini memerlukan pelajar menguasai abjad dan mengeja setiap perkataan yang hendak diperkatakan. Oleh itu setiap kosa kata perlu dieja dengan betul dan cekap supaya komunikasi dapat berlaku. Jari mengambil alih peranan mulut untuk mengeja. Isyarat-isyarat yang mewakili abjad perlu dikuasai. Ejaan jari digunakan unuk nama orang dan nama tempat. Ejaan jari hanya digunakan apabila sesuatu perkataan itu tidak dapat dikodkan. Ini amat ketara bagi nama orang dan nama tempat . Tiga prinsip penting menggunakan ejaan jari iaitu:    Penyampaian ejaan jari iaitu ( expressive finggerspelling) melalui gerakan tangan Penerima ejaan jari (receptive fingerspelling) iaitu penggunaan mata bagi menerima maklumat melalui huruf-huruf gerakan jari Ejaan jari adalah tambahan kepada pertuturan dan ejaan bacaan bibir.

Kaedah ini memerlukan seseorang itu mahir dan cepat dalam mengeja menggunakan jari. Walaubagaimanapun, kaedah ini hanya boleh digunakan sekiranya perkataan itu tidak dapat dikodkan atau diisyaratkan yang merujuk kepada kata nama dan tempat. Halangan utama menggunakan kaedah ini ialah adakah murid dapat meneka, membaca dan memahami ejaan jari yang ditunjukkan semasa guru mengajar sekiranya murid tersebut belum mahir sepenuhnya dalam bacaan dan pemahaman.

Contoh pengajaran Cerita pendek melalui Bahasa Isyarat

Umur

saya

lapan

tahun.

Ipoh

dalam

Tahun

Satu

.

Ayah

saya

seorang

guru .

Ibu

saya

tidak

bekerja.

.

Saya

ada

abang

dan

adik.

. . Adik saya belum bersekolah .

. Keluarga saya tinggal di Ipoh.

. Saya sayang keluarga saya.

Kesimpulan Aspek penting dalam pengajaran kanak-kanak keperluan khas ialah sikap guru serta kemahiran guru dalam membantu kanak-kanak ini. Guru perlu percaya bahawa pendidikan

adalah untuk semua kanak-kanak. Kerjasama antara guru pendidikan khas dan guru kelas biasa amat penting. Guru-guru ini seharusnya mempunyai kesanggupan untuk berkongsi kemahiran demi kebaikan kanak-kanak tersebut. Hubungan yang baik dan kerjasama dengan ibu bapa, pihak hospital dan kebajikan masyarakat juga penting dalam usaha membantu kanakkanak ini. Guru perlu peka dan sensitif kepada keperluan kanak-kanak. Misalnya, guru tidak harus membuat perbandingan antara kanak-kanak.Dapatkan perhatian kanak-kanak berkeperluan khas dengan menghampiri mereka dan bukan dengan memanggil namanya beberapa kali secara negatif. Gunakan bahasa isyarat jika hendak menyuruh kanak-kanak supaya bertenang atau jangan bising. Seterusnya guru boleh menggunakan pelbagai kaedah dan ransangan misalnya kad-kad yang mudah untuk menarik minat dan perhatian murid. Kanak-kanak berkeperluan khas khas boleh dibenarkan bekerja dalam kumpulan-kumpulan yang dapat menerima dan membimbing mereka. Sekiranya kanak-kanak ini tidak dapat mencatat nota atau melakukan sesuatu aktiviti spesifik, tugas itu boleh diberikan kepada rakan sekelas untuk membantu. Kesimpulannya, interaksi dengan persekitaran yang menyokong dan pembelajaran yang aktif boleh membantu perkembangan kanak-kanak ini.

Rujukan 1. Saadiah Ahmad. 2009. HBSE4303 Pengenalan kepada Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM), Fakulti Pendidikan dan Bahasa, Open University Malaysia. Meteor Doc. Sdn. Bhd. Selangor, Darul Ehsan. 2. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1978). Komunikasi Seluruh: Bahasa Malaysia Kod Tangan. Jilid 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 3. ”Penguasaan Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid Pekak: Suatu Sorotan dari Perspektif Linguistik.” oleh Abdullah Yusoff dan Che Rabiaah Mohamed yang dicapai

daripada 4. ”Bahasa

laman

web

http://www.angelfire.com/journal2/abdullahyusoff/seminaryang dicapai melalui laman web

ukm.html. pada 17 Jun 2009. Isyarat”

http://www.srikarami.tripod.com/bahasaisyarat.htm.pada 17 Jun 2009. 5. Jas Laile Suzana Jaafar (1996), Psikologi kanak-kanak dan Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. 6. Haliza Hamzah, Joy N. Samuel, (2009), Perkembangan Kanak-kanak untuk Program Izajah Sarjana Muda Perguruan, Edisi Kedua, Kumpulan Budiman SDN BHD, Kuala Lumpur. 7. Mohd Sharani Ahmad (2006), Psikologi Kanak-kanak, PTS PROFESSIONAL , Plublishing SDN BHD.

KBK 3073 : KANAK-KANAK KEPERLUAN KHAS

TAJUK

BAHAGIAN B e-forum
KUMPULAN UPSI – A35 (A112PJJ) DISEDIAKAN OLEH NAMA LOGES A/P SOCKALINGAM NO. ID D20102045747 NO. TELEFON 016-5546483

NAMA TUTOR E-LEARNING: EN.SARIB BIN SELAMAT TARIKH SERAH: 1 MAY 2012

Course ID : KBK3073 < Group Name : Group UPSI-A35(A112PJJ) < Full Name : LOGES A/P SOCKALINGAM

Title

Message

Date posted

Full Name

FORUM 1

Salam 1 Malaysia.Saya dikenali sebagai seorang Guru Pemulihan Khas di sekolah saya. Saya telah memengang jawatan ini lebih kurang 6 tahun. Pengalaman saya dikalangan murid pemulihan yang menghadapi masalah pembelajaran amat besar. Pada pendapat saya setiap kanak-kanak yang dilahirkan mewarisi kecerdasan yang berbeza yang membolehkannya menyesuaikan diri dengan persekitaran mereka. Proses perkembangan kanak-kanak memerlukan pembelajaran yang berterusan.Namun proses pembelajaran setiap kanak-kanak adalah berbeza. Tidak semua kanak-kanak dapat menerima dan menguasai pembelajaran seperti yang diharapkan. Terdapat golongan kanak-kanak yang tidak bernasib baik sehingga menghalang proses-proses pembelajaran berlaku dengan baik. Kanak-kanak ini dikategorikan sebagai kanakkanak bermasalah pembelajaran. Perbezaan kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran boleh dilihat dari ciri-ciri fizikal dan juga inteleknya. Antara ciri-ciri yang dapat menolong saya dalam mengenalpasti kanak-kanak ini adalah dengan melihat perkembangan kematangan yang diperlukan di sekolah.Kesediaan belajar dan keupayaan menerima kanakkanak bermasalah adalah berbeza dengan kanak-kanak normal. Contohnya mereka hanya dapat mempelajari apa yang dipelajari oleh kanak-kanak berumur 6 tahun semasa mereka berusia 8 tahun. Selain itu, ciri-ciri sosial dan peribadi juga boleh dilihat.Sikap dan nilai mereka berbeza dengan kanak-kanak normal.

09 Mar 2012 09:38:38 PM

LOGES A/P SOCKALINGAM

FORUM 1

Saya juga setuju dengan pendapan cikgu.Guru seharusnya mempunyai sikap dan bertanggungjawab terhadap pelajarnya.Jika semua guru mempunyai sikap yang demikian akan dapat mengatasi masalah pembelajaran yang dialami oleh pelajarnya. Antaranya pelajar bermasalah pembelajaran dapat dilihat atau dikenalpasti apabila dia sukar untuk menyusun maklumat, tidak cekap menggunakan pengentahuan sedia ada dan tidak dapat menggunakan strategi pembelajaran dengan berkesan.Sebahagian besar pelajar bermasalah pembelajaran mempunyai kemahiran sosial yang lemah ,yang mana

11 Mar 2012 08:09:34 PM

LOGES A/P SOCKALINGAM

mereka sukar untuk mencari kawan dan tidak berupaya menolak tekanan rakan sebaya yang negatif.Di samping itu mereka juga akan mengalami perasaan rendah diri atas kekurangan mereka dan kemungkinan akan mengalami tekanan emosi.Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa kanak-kanak bermasalah tidak menerima pengajaran yang sistematik.Oleh yang demikian kita sebagai guru yang ingin melihat pelajar kita berjaya dalam pembelajaran haruslah mengatur pengajaran yang sistematik untuk semua pelajar yang bermasalah pembelajaran.Sekiranya pelajar itu menghadapi masalah pembelajaran yang serius harus dibawa ke pakar yang boleh membantunya dalam menghadapi situasi pembelajaran yang lebih baik.

FORUM 1

Saya juga berpendapat yang sama dengan cikgu. Bukan semua kanak-kanak mengalami perkembangan yang sama. Bagi yang perkembangan biologinya seimbang, maka tahap kognitifnya juga akan selari dengan perkembangan umur dan fizikalnya, manakala terdapat sesetengah kanak-kanak pula yang mengalami masalah perkembangan ini. Kanak-kanak sedemikian biasanya akan mengalami masalah dalam pembelajaran seharian mereka di sekolah.

11 Mar 2012 08:14:21 PM

LOGES A/P SOCKALINGAM

Penggunaan borang kaji selidik bagi mendapat gambaran awal tentang kanak-kanak yang akan memasuki kelas juga adalah salah satu cara yang baik bagi memudahkan kita sebagai guru merancang dan menyusun strategi untuk menguji kemampuan kanak-kanak ini. Namun demikian, ada segelintir ibu bapa yang tidak mahu memberikan kerjasama dalam mengisi borang kaji selidik ini, kerana mereka merasakan anak-anak mereka mempunyai kemampuan dan kebolehan seperti kanak-kanak lain. Di sinilah kita sebagai guru terpaksa berhadapan dengan kanakkanak yang mempunyai masalah dalam pembelajaran yang sepatutnya kanak-kanak ini ditempatkan mengikut perkembangan kognitif mereka.
FORUM 1

Saya juga pernah mengalami pengalaman seperti saudari. Saya pernah mengajar murid Kelas Pemulihan selama 6 tahun. Pada suatu ketika seorang murid baru yang dikatakan lemah dalam pelajaran telah dihantar ke kelas pemulihan saya. Seperti biasa saya telah mengadakan Ujian Diagnostik dan mendapati murid tersebut memang lemah. Seterusnya saya mengadakan Ujian Saringan 1 dan menjalankan P&p seperti biasa. Dalam sebulan saya mendapati murid tersebut boleh membaca, menulis dan memahami apa yang dibaca

14 Mar 2012 10:14:09 PM

LOGES A/P SOCKALINGAM

olehnya.

Saya telah mengadakan Ujian saringan kedua baginya. Malangnya murid tersebut tidak lulus. Saya rasa hairan dan mula menanyakan masalah murid tersebut. Jawapan yang diberikan oleh murid tersebut telah mengores naluri saya. Setelah itu baru saya sedar bahawa murid tersebut mempunyai masalah penglihatan. Dia tidak dapat melihat tulisan yang kecil. Mulai hari itu sebelum memulaka P&P saya akan sentiasa menanyakan khabar dan juga masalah kesihatan murid-murid saya dahulu.

Sekian.

FORUM 1

Saya rasa sekiranya murid ini dihantar ke kelas pendidikan khas berkemungkinan beliau boleh mengenal huruf dan membaca. Namun disebabkan kekurangan diri kita sebagai guru kerana tiada ilmu untuk membimbing kanak-kanak yang berkeperluan khas ini, murid berkenaan tidak dapat dibimbing seperti yang sepatutnya. Usaha kerajaan dengan memperbanyakkan kelas pendidikan khas merupakan satu usaha yang murni supaya semua murid mendapat pendidikan yang sewajarnya dengan kemampuan mereka.

14 Mar 2012 10:19:58 PM

LOGES A/P SOCKALIN

Sejak beberapa tahun kebelakangan, kefahaman tentang masalah pembelajaran di kalangan kanak-kanak telah berkembang dengan pesatnya. Memang jelas bahawa masalah ini adalah kompleks dan psikososial. Selain faktor biologi, pengalaman hidup seseorang kanak-kanak itu mempunyai pengaruh yang kuat terhadap perkembangan intelek dan perwatakannya. Terdapat pula sesetengah ibu bapa yang menyalahkan pihak guru dengan mengatakan bahawa guru kurang berpengalaman, teknik mengajar tidak berkesan, pilih kasih atau kurang memberikan perhatian kepada si anak. Ramai ibu bapa mendaftarkan anak-anak mereka untuk mengikuti kelas tambahan bagi meningkatkan

kemajuan pelajaran mereka.

Mereka memiliki satu atau gabungan kecacatan atau kekurangan atau kelemahan sama ada daripada segi fizikal, deria, mental, emosi, sosial, kesihatan atau tingkah laku jika dibandingkan dengan kanak-kanak biasa. Justeru itu, kanakkanak ini dikatakan 'bermasalah'. Mereka memerlukan satu bentuk pendidikan yang sesuai untuk dapat belajar dengan kecacatan atau kekurangan atau kelemahan yang dimiliki.

Course ID : KBK3073 < Group Name : Group UPSI-A35(A112PJJ) < Full Name : LOGES A/P SOCKALINGAM

Title

Message

Date posted

Full Name

FORUM 2

Salam 1 Malaysia, Murid yang keperluan khas, tidak ada kebolehan bagi mengikuti pelajaran secara formal seperti murid-murid lain. Justeru, mereka tidak mempunyai kebolehan untuk maju secara normal di sekolah. Prestasi mereka menunjukkan mereka tidak ada kebolehan bergerak secara normal dalam kerja-kerja sekolah. Mereka tidak dapat membantu kerja-kerja kelas yang sesuai dengan umur mereka. Jika dibandingkan dengan murid lain dalam lingkungan umur yang sama, mereka menunjukkan kelemahan yang nyata dalam pelajaran. Dalam bilik darjah biasa, bilangan murid yang ramai tidak akan memudahkan dan memungkinkan guru berkenaan untuk memberikan perhatian atau tumpuan yang lebih kepada murid yang berkeperluan khas. Selain itu, mereka pasti akan menjadi bahan ejekan murid-murid yang pandai dan sombong di dalam kelas berkenaan. Masalah yang utama ialah mereka akan terus ketinggalan dan tidak dapat mengikuti apa yang diajar dengan berkesan, tidak boleh menumpukan perhatian ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan seterusnya tidak dapat menjawab latihan yang diberikan dengan sempurna pada akhir sesi pengajaran. Perkara tersebut dapat dilihat dengan nyata sekiranya guru prihatin dengan hal ehwal murid-murid di bawah seliaannya. Oleh sebab itulah murid berkeperluan khas harus belajar di dalam kelas yang berasingan dan dibimbing oleh guru yang berkelayakan dan berpengalaman khas dalam bidang berkenaan. Dengan cara ini, saya pasti mereka akan dapat melalui satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang sempurna dan pastilah menyeronokkan tanpa ada perasaan malu dan rendah diri, lebih-lebih lagi apabila diberikan tumpuan sepenuhnya oleh guru pendidikan khas atau pemulihan khas.

09 Mar 2012 09:57:30 PM

LOGES A/P SOCKALINGAM

FORUM 2

Saya rasa saya tidak dapat mengikuti dengan pandangan cikgu.Murid keperluan khas tidak sesuai belajar bersama-sama dengan rakan arus perdana di dalam bilik darjah biasa.Murid berkeperluan khas memerlukan perhatian dan penjagaan yang berbeza berbanding dengan murid normal.Merurut Jamila (2005) kanak-kanak khas berbeza dalam aspek ciri-ciri fizikal.Mereka memerlukan modifikasi atau perubahan dalam aktiviti-aktiviti sekolah ataupun perkhidmatan pendidikan khas dengan mengembangkan potensi diri kanak-kanak khas ke tahap yang optimum dan tidak terabai seperti kanak-kanak normal. Saya didapati murid-murid berkeperluan khas sememangnya memerlukan perhatian khas dari guru yang dilatih bagi membantu mereka mendapat ilmu yang sesuai dengan kebolehan mereka. Ada dikalangan mereka yang telah pun menamatkan persekolahan selepas darjah enam kerena tidak boleh menguasai 3M.Murid ini tidak boleh ditempatkan bersama rakan di arus perdana kerena boleh mengganggu perjalanan kerana guru terpaksa membahagikan perhatian kepada semua murid. Adalah tidak adil kepada murid-murid arus perdana jika guru terpaksa melebihkan murid berkeperluan khas sedangkan muridmurid lain perlu penguasai lebih banyak ilmu tetapi menunggu murid berkeperluan khas. Tetapi, pada pandangan saya murid yang berkeperluan khas tidak sesuai belajar bersama-sama dengan rakan arus perdana di dalam bilik darjah biasa.Ini kerana bilangan pelajar yang ramai kelas yang biasa akan menyukarkan guru memberi tumpuan serta perhatian kepada murid berkeperluan khas ini.Selain itu, kekurangan mereka pasti akan menjadi ejekan murid-murid yang pandai dan nakal di dalam kelas berkenaan. Murid berkeperluan khas ini akan ketinggalan dan tidak dapat mengikuti apa yang diajar dengan berkesan. Dalam masa yang sama akan terbentuk perasaan rendah diri,kekurangan dan kelemahan yang menebal pada diri murid ini.

22 Mar 2012 12:15:13 PM

LOGES A/P SOCKALINGAM

FORUM 2

26 Mar 2012 12:45:51 PM

LOGES A/P SOCKALINGAM

FORUM 2

26 Mar 2012 12:59:06 PM

LOGES A/P SOCKALINGAM

FORUM 2

Saya bersetuju dengan keterangan cikgu.Lagi pun murid berkeperluan khas adalah berbeza daripada murid biasa dari segi kebolehan mental,keupayaan fizikal,deria,tingkah laku sosial dan keupayaan emosi. Untuk memenuhi keperluan pembelajaran murid-murid yang berkeperluan khas.Guru-guru mesti merancang strategi p&p yang sesuai untuk mereka. Cara berkomunikasi juga berlainan. Kebanyakan guru yang mengajar murid berkeperluan khas perlu menggunakan isyarat badan atau lambang,menyediakan bahan-bahan atau alat-alat yang khas untuk mereka.Cara-cara mengajar murid-murid berkeperluan khas dan murid arusperdana adalah berlainan.Oleh sebab itu,saya rasa lebih baik murid keperluan khas dan murid arus perdana tidak digalakkan belajar bersama dalam kelas biasa.Cara ini adalah cara yang terbaik untuk kedua-dua jenis murid. Belajar secara berlainan dapat menjaga maruah murid keperluan khas dan juga tidak melambatkan perkembangan pembelajaran murid arus perdana.

26 Mar 2012 01:21:05 PM

LOGES A/P SOCKALINGAM

Course ID : KBK3073 < Group Name : Group UPSI-A35(A112PJJ) < Full Name : LOGES A/P SOCKALINGAM

Title

Message

Date posted

Full Name

Forum 3

Salam 1 Malaysia. Pada pendapat saya, pencegahan ebih bbaik daripada mengubati.Menjaalankan pencegahan sebelum berlaku kes kecacatan akan meringankan sengsara kanak-kanak.Punca-punca berlaku kecacatan mempunyai tiga peringkat iaitiu: 1. Sebelum Kelahiran bayi Baka meyebabkan kanak-kanak sindrom Down.Sindrom Down mempunyai 42 kromosom,manakala kanak-kanak normal mempunyai 46 kromoson.Ibu yang mengidap penyakit rubella atau siflis menyebabkan bayi membantu perkebangan janin. 2. Semasa Kelahiran bayi Bayi yang dilahirkan dalam keadaan tidak cukup matang mengalami risiko yang tinggi untuk mengalami kecacatan. Menggunakan forcep dan vakum untuk melahirkan anak juga boleh menyebabkan kecacatan. 3. Selepas kelahiran bayi Bayi yang dilahirkan dengan sihat boleh mengalami kecacatan mungkin disebabkan penyakit,keadaan persekitaran dan kemalangan. Cara Mencegah: Pencegahan pelalian rubella kepada ibu sebelum proses kelahiran .Ibu-ibu dinasihatkan jangan mengambil alkohol atau bahan-bahan yang berbahaya. Jumpa doktor dengan mengikut masa yang ditetapkan.

30 Apr 2012 01:19:14 PM

LOGES A/P SOCKALINGAM

Forum 3

Sebagai tambahan, Kecacatan fizikal atau struktur,melibatkan kehilangan sebagaian bahagian badan atau kelainan dtuktur luaran.contohnya spina bifida dan anensefali.Genetik atau kecacatan kekeluargaan,berpunca daripada kesilapan gen yang diwarisi,mungkin juga disebabkan oleh kesilapan,kehilangan dan pertambahan bilangan kromosom atau gabungan pelbagai faktor.Pendedahan terhadap infeksi dan Bahan kimia berbahaya,ubat-ubat yang diambil mungkin akan mempengaruhi tumbesaran dan seterunya menyebabkan kecacatan.Minuman beralkohol boleh memudaratkan.Pendedahan terhadap raksa,plumbum dan radiasi turut memberikan kesan negatif terhadap janin. Sebagai tambahan bagi langkah pencegahan, mengambil suplemen atau makanan yang mengandungi asid folik sebelum mengndung dan seterusnya semasa peringkat awal usia kehamilan,boleh membantu mencegah keabnormalan tiub neural.Melaksanakan ujian saringan untuk mencari petanda yang janin mungkin menghidapi penyakit keturunan.tidak ada satu tunggal yang dapt mencari kesemua keabnormalan serta kecacatan janin di dalam kandungan.Menentukan sama ada pasangan membawa gen yang rosak yang boleh mengakibatkan penyakit-penyakit tertentu.

30 Apr 2012 01:34:30 PM

LOGES A/P SOCKALINGAM

Forum 3

30 Apr 2012 01:48:32 PM

LOGES A/P SOCKALINGAM

Forum 3

PUNCA BERLAKUNYA KECACATAN

LANGKAH PENCEGAHAN

30 Apr 2012 01:56:32 PM

LOGES A/P SOCKALINGAM

Faktor jangkitan kuman

Ibu mengandung perlu

semasa kehamilan

CAMPAK./RUBELLA/ SIFILIS

mendapatkan rawatan di klinik kerajaan atau swasta secara berkala bagi memastikan anak dalam kandungan selamat.

(Ini menyumbang kecacatan dibahagian otak)

Kemalangan yang mengakibatkan hilang upaya kekal

Ibubapa perlu mengawasi anak-anak dengan lebih baik.

Cubaan menggugurkan kandungan

Berkahwin dan elakkan hubungan seks rambang.

(Bayi terdedah risiko kecacatan )

Genetik atau Kecacatan Kekeluargaan Berpunca daripada kesilapan gen yang diwarisi, mungkin juga disebabkan oleh kesilapan, kehilangan dan pertambahan bilangan kromosom atau gabungan pelbagai faktor.

Melakukan ujian saringan

Kecacatan Fizikal atau Struktur - Melibatkan kehilangan sebahagian

Pengambilan Asid folik Mengambil suplemen atau makanan yang mengandungi

bahagian badan atau kelainan sturuktur luaran. Contohnya spina bifida dan anensefali.

asid folik sebelum mengandung dan seterusnya semasa peringkat awal usia kehamilan, boleh membantu mencegah keabnormalan tiub neural.

Forum 3

Sebagai tambahan bagi hujahan cikgu;

30 Apr 2012 02:01:42 PM

LOGES A/P SOCKALINGAM

1Peringkat Prenatal ( sebelum kelahiran bayi) 2Peringkat Perinatal ( semasa kelahiran bayi) 3Peringkat pasca natal / postnatal ( selepas kelahiran bayi) Semasa bayi berada dalam rahim ibu pelbagai masalah mungkin timbul yang boleh menjejaskan seseorang bayi hingga menyebabkan kelahiran menjadi masalah. a) Pencegahan pelalian rubella kepada ibu sebelum proses kehamilan b) Ibu yang dijangkiti siflis dapat melahirkan anak melalui pembedahan caeseran c) Ibu-ibu dinasihatkan mengurangkan pengambilan alcohol terutamanya di peringkat 12-18 minggu mengandung iaitu semasa sel otak sedang terbentuk d) Sering berjumpa doctor sewaktu proses kehamilan. Ujian-ujian penyaringan seperti penyaringan metabolic, air kencing, dan ujian darah dapat dilakukan untuk mengesan kewujudan penyakit. e) Umur ibu sewaktu mengandung/melahirkan anak biarlah dibawah usia 45tahun keatas kerana risiko mendapatkan anak cacat adalah 1:16 kelahiran. f) Menjarakkan kelahiran untuk menentukan ibu bapa mampu menyara hidup anak-anak dengan diri mereka. g) Selepas kelahiran kanak-kanak mereka perlu diberi perhatian untuk proses perkembangan dan pertumbuhan mereka. h) Keselamatan perlu dijaga untuk mengelakkan diri daripada mendapat kemalangan tertentu dibahagian kepala. permainan yang bahaya seperti permainan kasut roda yang tidak digalakkan. pengguan yang tidak memakai tali pinggang kaledar yang direka khas kepada bayi apabila membawa mereka bersiar-siar.

Course ID : KBK3073 < Group Name : Group UPSI-A35(A112PJJ) < Full Name : LOGES A/P SOCKALINGAM

Title

Message

Date posted

Full Name

Forum 4

Salam 1 Malaysia, Dasar mengenai pendidikan khas di Malaysia mula dinyatakan dalam Akta Pelajaran 1961 yang kemudiannya disemak dan digantikan dengan Akta Pendidikan 1996. Bagi tujuan pelaksanaan pula, Kementerian Pendidikan (sekarang Kementerian Pelajaran) mengadakan Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas)1997. Guru biasa juga perlu mengubah suai kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P). Apatah lagi bagi guru pendidikan khas. Guru yang mengajar kanak-kanak khas bukan suatu perkara mudah. Guru perlu bersikap kreatif dan cekap semasa menyampaikan pengajaran mereka. Guru juga perlu menggunakan variasi teknik bagi membentuk persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif untuk murid

30 Apr 2012 02:07:11 PM

LOGES A/P SOCKALINGAM

berkeperluan khas. Masa senyap dan masa aktif perlu diselang-selikan bagi mengekalkan minat dan motivasi murid. Selain itu, guru boleh menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai semasa mengajar murid yang berkeperluan khas. Guru boleh menggunakan pita rakaman semasa penyampaian P&P supaya murid yang bermasalah pendengaran dapat mendengar semula. Manakala guru boleh menggunakan bahan maujud dan kad imbasan yang berwarna terang semasa penyampaian P&P supaya murid yang bermasalah penglihatan dapat memegang objek dan menggambarkan perkataan.

Guru yang efektif ialah individu yang sentiasa memperdalamkan kemahiran dalam pengajaran bagi membolehkan pengajaran memberi faedah kepada murid khas supaya mereka mendapat hasil daripada pengajaran itu.
Forum 4

Saya sokong sepenuhnya dengan penyataan di atas bahawa guru-guru boleh mengubah suai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran (P&P), masa bagi aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas. Apa yang penting, ialah tujuan yang baik dengan mencapai matlamat pendidikan. Terdapat juga beberapa orang JU pernah mengatakan bahawa jangan sesekali guru-guru hanya ingin menghabiskan sukatan sedangkan anak-anak murid kita tidak dapat mengikuti dan tidak faham apa yang sedang kita sampaikan semasa pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Betul itu, jika kita dapat habiskan ssukatan dan anak-anak murid kita langsung tidak menguasai 80% ke atas tentang apa yang kita ajarkan , maka kitalah yang gagal dalam pendidikan, kitalah punca masalah kegagalan anakanak murid kita yang gagal dalam pendidikan. Guru-guru seharusnya mengetahui dan memahami perbezaan murid masing-masing dari segi latar belakang, kemampuan dan daya atau tahap pemahaman, fizikal dan mental murid-murid dan sebagainya. Dengan ini, guru bolehlah membuat pengubah suai atas kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran (P&P), masa bagi aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar mengikut kebolehan anak-anak murid kita supaya dapat mengurangkan murid-murid yang ketinggal pelajaran ke bilangan yang paling sedikit atau sifar.

30 Apr 2012 02:27:50 PM

LOGES A/P SOCKALINGAM

Forum 4

Sebagai tambahan bagi hujahan cikgu, Proses P&P dalam pendidikan khas memerlukan guru menggunakan pelbagai pendekatan yang sesuai dengan perkembangan diri, kebolehan, keupayaan, bakat, minat serta latar belakang murid. Memandangkan murid mempunyai keupayaan yang berbeza, guru harus menyediakan aktiviti yang sesuai. Usaha ini dapat memastikan murid terlibat secara aktif juga membantu proses p&p menjadi leih berkesan, bermakna dan menggembirakan. Proses p&p perlu dirancang serta dikendalikan

30 Apr 2012 02:30:33 PM

LOGES A/P SOCKALINGAM

dengan teliti dan sistematik bagi menjamin setiap murid mendapat peluang yang sama.

Forum 4

Sebagai tambahan, Peraturan Pendidikan (pendidikan Khas) 1997 yang menyatakan guru-guru boleh mengubah suai kaedah atau teknik pengajaran. Peraturan ini diperkenalkan bagi memastikan objektif pendidikan murid berkeperluan khas adalah tercapai. Namun demikian guru-guru pendidikan khas adalah tidak boleh sewenag-wenangnya mengubahsuai tanpa merancang aktiviti mengikut jadual pengajaran terlebih dahulu. Pengubahsuaian hanya berlaku setelah guru melihat keadaan murid adalah tidak sesuai melakukan aktiviti yang dirancang pada waktu atau hari yang dirancang. Masalah emosi murid pendidikan khas yang tidak menentu ini membolehkan guru mengubahsuai mengikut kehendak atau mood murid. Guru masih perlu merancang aktiviti pengajaran mengikut sukatan pelajaran yang telah dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran. Selain itu tahap pencapaian murid yang berbeza-beza juga mejadi penyebab mengapa proses pengajaran dan pembelajaran murid berkeperluan khas boleh diubahsuai. Guru perlu mengambil kira tahap kemampuan murid untuk melakukan aktiviti yang dirancang dan tahap kognif mereka. Pengubahsuaian aktiviti ini juga bertujuan untuk mengekalkan minat murid untuk belajar dan menarik minat murid untuk memgikuti aktiviti yang telah dirancang untuk mereka bagi memastikan objektif pendidikan untuk murid berkeperluan khas adalah tercapai.

30 Apr 2012 02:40:47 PM

LOGES A/P SOCKALINGAM

Forum 4

Sikap simpati dan juga empati sangat perlu ada pada setiap guru pendidikan khas yang terlatih kerana mereka telah mendapat kursus yang sesuai untuk mendampingi murid khas. Guru khas juga harus berupaya memberikan ujian saringan khas kepada pelajar untuk mengenalpasti tahap pencapaian dan masalah pelajar mereka sebelum pembelajaran berlaku iaitu mengenalpasti daerah kelemahan murid khas ini. Guru khas perlu mengenali setiap anak muridnya secara terperinci supaya mereka dapat melayan murid-murid mereka mengikut keperluan tertentu yang terdapat pada mereka. Guru pendidikan khas juga perlu menyediakan Rancangan Pendidikan Individu mengikut kategori dan kesesuaian murid supaya mereka dapat menguasai satu kemahiran dengan baik. Program dan aktiviti dirancang oleh guru tidak seharusnya tertumpu di kawasan sekolah sahaja. Sebaliknya guru khas perlu membawa murid-murid ke kawasan luar agar murid-murid dapat terdedah kepada masyarakat luar dan merasai suasana luar daripada bilik darjah.

30 Apr 2012 02:45:45 PM

LOGES A/P SOCKALINGAM

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->