You are on page 1of 8

PERTANDINGAN FORUM REMAJA SEKOLAH MENENGAH KERTAS KONSEP

KERTAS KONSEP FORUM REMAJA SEKOLAH MENENGAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 1.0 PENDAHULUAN Menteri Pendidikan mengumumkan bahawa sebutan baku akan digunakan sepenuhnya di sekolah selaras dengan pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Menengah pada tahun 1988. Yang tersirat dalam pengumuman itu ialah hasrat untuk mewujudkan penggunaan bahasa Melayu yang seragam dalam sistem pendidikan negara, terutama dalam aspek sebutan baku dalam kalangan pelajar. Untuk mencapai hasrat ini dengan sempurna, para pelajar amat perlu didedahkan kepada penggunaan bahasa baku, dan sudah semestinya pelbagai peluang serta wadah senantiasa disediakan untuk menguasai bahasa baku. Maka, sebagai suatu langkah untuk menggalakkan pelaksanaan dan penggunaan bahasa baku ini, Kementerian Pelajaran menganjurkan Pertandingan Forum Remaja. 2.0 OBJEKTIF Forum Remaja ini bertujuan mewujudkan dan menyediakan suasana penggunaan bahasa Melayu baku dalam kalangan pelajar sekolah, dan akhirnya melahirkan satu model penggunaan bahasa baku. Bahasa Melayu baku bermaksud bahasa yang sempurna dari segi tatabahasa, sebutan dan gaya. 3.0 PENGELOLAAN Kementerian Pelajaran Malaysia 4.0 JENIS PERTANDINGAN Tertakluk kepada Bahagian Kokurikulum Dan Kesenian, Kementerian Pelajaran Malaysia. 5.0 PENYERTAAN 5.1 Terbuka kepada murid tingkatan 4 hingga 6 Sekolah Bantuan Kerajaan, Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Agama Negeri, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan kecuali MRSM. 6.0 PELAKSANAAN PERTANDINGAN 6.1 Forum diselenggarakan dalam bentuk perbincangan. Peserta akan membincangkan tajuk yang ditentukan oleh negeri masing-masing. Perbincangan dalam bentuk main peranan tidak dibenarkan sama sekali.
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

100

PERTANDINGAN FORUM REMAJA SEKOLAH MENENGAH KERTAS KONSEP

6.2 Pemilihan tajuk peringkat kebangsaan berdasarkan 10 skop yang disediakan. 1. Politik 2. Sosial 3. Budaya 4. Ekonomi 5. Pendidikan 6. Alam Sekitar 7. Bahasa dan Sastera 8. Sains dan Teknologi 9. Pelancongan 10. Integrasi kokkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk 6.3 Penyertaan kumpulan yang menggambarkan kepelbagaian kumpulan etnik di Malaysia amat digalakkan.. 6.4 Adab semasa berforum juga diberi perhatian. 6.5 Bagi pusingan pertama, setiap ahli panel akan berforum mengikut urutan bermula daripada ahli panel pertama, kedua dan ketiga. Untuk pusingan pertama sahaja, ahli panel tidak boleh mengganggu atau menyampuk semasa rakannya sedang menyampaikan hujah. 6.6 Sekiranya ada tafsiran dan terjemahan bagi firman, hadis atau petikan mestilah disampaikan sepenuhnya dalam bahasa Melayu. Tidak dibenarkan menyampaikan dalam bahasa Arab. Markah penalti akan dipotong sebanyak 5 markah. 6.7 6.8 6.9 Sebarang bentuk nyanyian dan puisi tidak akan diambil kira / akan menjejaskan markah penyampaian. Penilaian markah diberi keutamaan mengikut bahasa, isi, penyampaian dan pengendalian forum. Setiap pasukan perlu mengutarakan maksimum 5 isi. Markah penuh bagi setiap isi ialah 8, iaitu: a) penyataan isi b) huraian/penjelasan c) contoh : 3 : 3 : 2

Pengerusi tidak diberikan markah isi. Markah bagi isi sebanyak 40 adalah untuk prestasi pasukan.
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

100

PERTANDINGAN FORUM REMAJA SEKOLAH MENENGAH KERTAS KONSEP

6.10

Bahasa dikira daripada markah penuh (40) dan merangkumi empat aspek seperti yang berikut: a) b) c) d) sebutan baku tatabahasa diksi pertautan (20 markah) (10 markah) (5 markah) (5 markah)

Markah minimum bagi setiap aspek ialah separuh daripada markah penuh dan pertambahan markah dikira berdasarkan bahasa yang jelas, tepat dan baku (struktur dan sebutan), gaya bahasa yang berkesan dan tepat kepada maksud yang hendak disampaikan, diksi serta pertautan idea yang jelas. 6.11 Markah penuh bagi pengendalian forum ialah 20 markah dengan pecahan seperti yang berikut: a) memulakan perbincangan b) menggendalikan perbincangan c) menggulung perbincangan 6.12 6.13 (5 markah) (10 markah) (5 markah)

Hanya Pengerusi sahaja dinilai dari aspek pengendalian forum. Markah penuh bagi penyampaian forum ialah 30 markah dengan pecahan seperti yang berikut: a) Adab dan kesantunan bahasa b) gaya perlakuan c) kelancaran tutur kata (10 markah) (10 markah) (10 markah)

6.14

Markah penuh bagi soalan spontan ialah 1 markah (Pengerusi) dan 3 markah (Ahli Panel). Jumlah ialah 10 markah. Markah maksimum bagi setiap ahli forum ialah 73 markah, manakala markah maksimum bagi pengerusi pula ialah 91 markah. Ahli forum dibenarkan merujuk teks sekali-sekala. Sekiranya hakim berpendapat ada peserta yang merujuk teks melebihi daripada yang sepatutnya, (5 kali) markah maksimum yang boleh dipotong ialah 5 markah daripada keseluruhan markah penyampaian. Setiap pasukan diberi masa 20 minit untuk berforum. Loceng amaran akan dibunyikan sekali, 3 minit sebelum masa tamat dan 2 kali apabila masa tamat. Apa-apa yang disampaikan oleh ahli forum setelah loceng penamat dibunyikan tidak akan diberikan 100

6.15

6.16

6.17

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PERTANDINGAN FORUM REMAJA SEKOLAH MENENGAH KERTAS KONSEP

markah. 6.18 Setelah tamat masa 20 minit pasukan berforum, pengerusi pasukan akan memberikan ruang kepada ketua hakim untuk mengemukakan soalan. Ketua hakim akan mengajukan satu soalan kepada pasukan yang bertanding pada peringkat kebangsaan. Masa tatkala ketua hakim mengajukan soalan tidak akan dikira. Tempoh masa selama 5 minit diperuntukkan kepada peserta bagi menjawab soalan tersebut. Ketiga-tiga ahli forum mestilah menjawab soalan yang diajukan secara bergilir-gilir kerana jawapan yang diberikan akan diambil kira dalam pemberian markah bonus kepada pasukan. Jawapan yang memuaskan daripada setiap ahli forum diberikan 3 markah. Markah untuk pengerusi pasukan ialah 1 markah. Markah penuh untuk pasukan ialah 10 markah. Loceng amaran akan dibunyikan sekali, 2 minit sebelum masa tamat, dan 2 kali apabila masa tamat. Jika berlaku gangguan kepada ahli forum semasa pertandingan, pengerusi pasukan boleh menangguhkan pertandingan selama 5 minit untuk membolehkan peserta simpanan mengambil tempat yang dikosongkan. Panel hakim berhak membuat keputusan yang difikirkan wajar dan munasabah demi memastikan kelancaran perjalanan pertandingan pada satu-satu masa, misalnya apabila berlaku putus bekalan elektrik, peserta pitam dan sebagainya ketika pertandingan diadakan. Penilaian markah bagi pertandingan di peringkat kebangsaan akan dinilai secara keseluruhan dari semua aspek. Penentuan pasukan yang menjadi johan, naib johan, tempat ketiga, pemenang sagu hati, pengerusi terbaik dan ahli forum terbaik di peringkat negeri dan kebangsaan akan ditentukan dengan menggunakan sistem juri. Pada peringkat awal, keputusan hakim akan diambil kira dengan sistem juri dan jika keputusannya seri akan diambil secara agregat. Jika masih seri, ketua hakim akan membuat keputusan. Keputusan panel hakim adalah muktamad.

6.19

6.20

6.21

6.22 6.23

6.24 7.0 AM

Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pelajaran Malaysia

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PETA KEDUDUKAN PASUKAN PERTANDINGAN FORUM REMAJA

100

PERTANDINGAN FORUM REMAJA SEKOLAH MENENGAH KERTAS KONSEP

AHLI FORUM 2

PENGERUSI

AHLI FORUM 1

AHLI FORUM 3

MEJA

HAKIM 1 (KETUA)

HAKIM 5 HAKIM 2 HAKIM 3 HAKIM 4

BORANG MARKAH FORUM REMAJA


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

100

PERTANDINGAN FORUM REMAJA SEKOLAH MENENGAH KERTAS KONSEP

PERINGKAT KEBANGSAAN NEGERI MARKAH KEDUDUKAN

HAKIM 1/2/3/4/5

Tandatangan Hakim; ( )

BORANG PENENTUAN KEPUTUSAN FORUM REMAJA


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

100

PERTANDINGAN FORUM REMAJA SEKOLAH MENENGAH KERTAS KONSEP

PERINGKAT KEBANGSAAN NEGERI HAKIM 1 HAKIM 2 HAKIM 3 HAKIM 4 HAKIM 5 JUMLAH KEDUDUKAN

Pengesahan oleh Ketua Hakim; ( )

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

100

PERTANDINGAN FORUM REMAJA SEKOLAH MENENGAH KERTAS KONSEP

KEPUTUSAN AKHIR PERTANDINGAN FORUM REMAJA PERINGKAT KEBANGSAAN JOHAN SEKOLAH : . NEGERI : NAIB JOHAN SEKOLAH NEGERI : .. : ............................................................................. TEMPAT KETIGA SEKOLAH : . NEGERI : ....................................................................................

PENGERUSI FORUM TERBAIK : NEGERI AHLI FORUM TERBAIK NEGERI Tandatangan Ketua Hakim ( ) : : :

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

100