You are on page 1of 1

Latihan industri yang telah diselenggarakan oleh Politeknik Kota Kinabalu dibawah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal telah meletakan

salah satu syarat wajib untuk memperolehi Diploma ataupun sijil. Latihan industri dijalankan pada semester 4 pada pelajar Diploma dan semester 3 pada pelajar Sijil. Saya telah menjalani Latihan Industri di Telekom Malaysia Berhad iaitu dalam Unit Property Operation. Melalui latihan industri ini saya dapat mengetahui pelbagai pengetahuan yang amat berguna yang tidak diajar ketika menuntut di Politeknik. Ianya juga memberi pendedahan mengenai situasi sebenar cara bekerja. Saya juga boleh mempraktikan apa yang sudah saya belajar di Politeknik dan mengaplikasikan ketika menjalani latihan industri ini. Selepas menjalani latihan industri selama 22 minggu di Telekom Malaysia Berhad iaitu dalam Unit Property Operation, saya dapat mengenalpasti beberapa kesan yang baik latihan industri ini kepada pelajar dalam pendedahan pelajar kepada keadaan alam pekerjaan yang sebenar untuk panduan pelajar dalam masa akan datang. Walau bagaimanapun, masih banyak lagi kekurangan yang boleh saya perbaiki semasa menjalani latihan industri dan semasa menyediakan laporan industri ini.

You might also like