PENGUASAAN KATA/FRASA KERJA DALAM KALANGAN PELAJAR PRAUNIVERSITI

1.0 PENDAHULUAN Bahasa 1.1 Latar belakang kajian Matlamat sukatan pelajaran bahasa Melayu prauniversiti adalah untuk : (a) membolehkan pelajar menguasai kecekapan berbahasa setaraf dengan peringkat intelek pelajar pada peringkat prauniversiti. (b) Meningkatkan keupayaan berbahasa dalam kalangan pelajar untuk kepentingan pendidikan tinggi dan kerjaya serta meningkatkan rasa bangga terhadap bahasa Melayu,dan; (c) Melahirkan pelajar yang kreatif dan kritis berasaskan pemikiran logik.

Sehubungan dengan itu,antara objektif sukatan pelajaran ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan tentang sistem bunyi,ejaan,kosa kata,dan tatabahasa bahasa Melayu.Objektif lain adalah untuk memantapkan penggunaan bahasa dari segi tatabahasa dan meningkatkan kebolehan mengenal pasti dan membetulkan kesalahan-kesalahan bahasa.

Pengetahuan tatabahasa pelajar semasa di prauniversiti termasuklah

Kesalahan-kesalahan bahasa yang dilakukan oleh para pelajar khususnya dan pengguna bahasa Melayu umumnya merupakan masalah yang masih wujud dan belum ada kesudahan. Ramai yang sering mengaitkan pengaruh bahasa ibunda sebagai penyebab kesalahan bahasa. Untuk melakukan kesalahan bahasa merupakan sesuatu yang lumrah dalam situasi pembelajaran dan penggunaan bahasa.

Analisis Kesalahan bahasa digunakan sebagai alat pedagogi yang penting kerana : (i) Dalam Analisis Kesalahan Bahasa,kesalahan tidak dihadkan seperti Analisis Kontrastif yang hanya menumpukan kesalahan pemindahan

(interlingual).Analisis Kesalahan Bahasa juga mengkaji kesalahan-kesalahan

1

Oleh itu . (iii) Analisis Kesalahan Bahasa tidak menghadapi masalah-masalah teoretikal yang kompleks seperti yang dihadapi oleh Analisis Kontrastif .misalnya masalah padanan. Dalam keempat-empat kecekapan berbahasa yang dinilai dalam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Pengkaji yang telah mengajar pelajar prauniversiti selama lapan tahun mendapati bahawa pelajar kurang mendapat markah pada bahagian ini disebabkan bukan disebabkannpengetahuan mereka tentang tatabahasa masih lemah tetapi mereka selalu melakukan kesalahan bahasa yang remeh.2 Pernyataan Masalah Topik tatabahasa merupakan topik yang sering menjadi keluhan kepada para pelajar.1981) 1.1968). Malangnya.contohnya kesalahan-kesalahan intralingual (intralingual errors) dan kesalahan perkembangan (development errors) yang muncul daripada strategi pengajaran dan pembelajaran tertentu yang digunakan (Richards.pada peringkat prauniversiti ini.lain yang kerap dilakukan oleh para pelajar.iaitu padanan antara bahasa ibunda dengan bahasa sasaran (Wardhaugh.bukan semata-mata masalah-masalah hipotesis seperti dalam kajian Analisis Kontrastif .mereka masih lagi lemah terutama pada bahagian golongan kata. pelajar sering melakukan kesilapan bahasa dalam golongan kata kerja ini menyebabkan pelajar kehilangan markah pada bahagian tersebut. 2 .bahagian analisis bahasa dalam kertas 2 ialah bahagian yang banyak mendatangkan masalah kepada pelajar.1974:173) (ii) Analisis Kesalahan Bahasa menyediakan data yang betul-betul wujud . Seharusnya pelajar prauniversiti yang telah mempelajari bahasa Melayu selama 12 tahun pada peringkat rendah dan menengah telah menguasai aspek tatabahasa . Malangnya.1970 dalam Sridhar. Setiap tahun pasti ada kesalahan kata kerja dalam bahagian analisis bahasa.Analisis Kesalahan Bahasa lebih berkesan dalam merancang strategi –strategi pedagogi (Lee.

setiap tahun sekurang-kurangnya lima soalan berkenaan kata kerja ditanyakan dalam bahagian tatabahasa.dalam bidang Pengetahuan Bahasa Melayu. Pada bahagian ini.pengkaji mendapati bahawa pelajar akan kehilangan markah pada bahagian ini disebabkan kesilapan mereka dalam bahagian kata/frasa kerja 1.mereka akan dikenakan penalti dengan kehilangan markah pada bahagian bahasa.rumusan. (ii) Apakah jenis kesilapan kata/frasa kerja yang kerap dilakukan oleh pelajar? (iii) Apakah punca berlakunya kesilapan penggunaan bahasa dalam kalangan pelajar bahasa ibunda? 3 .sekiranya pelajar melakukan kesalahan frasa. Oleh hal yang demikian. Dalam kertas 1 juga.pelajar banyak kehilangan markah bahasa walaupun idea mereka menarik dan lancar. Setiap kali post –mortem selepas peperiksaan.3 Persoalan Kajian /Hipotesis (i) Sejauh manakah tahap penguasaan penggunaan kata/frasa kerja pelajar aliran sains SPM dengan pelajar aliran sastera SPM? Hipotesis Kajian : Ha = Terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap penguasaan kata/frasa kerja pelajar aliran sains dengan tahap penguasaan kata/frasa kerja pelajar aliran sastera Ho = Tiada terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap penguasaan kata/frasa kerja pelajar aliran sains dengan tahap penguasaan kata/frasa kerja pelajar aliran sastera.dan analisis bahasa.Pelajar juga didapati banyak melakukan kesilapan kata dan frasa kerja pada bahagian penulisan karangan. Hal ini bukan disebabkan kurangnya pengetahuan mereka dalam tatabahasa terutama dalam kata/frasa kerja namun mereka sering melakukan kesilapan disebabkan pelbagai faktor.

Hasil kajian memberikan bukti kepada penyelidik tentang cara pelajar mempelajari dan menguasai sesuatu bahasa serta prosedur dan strategi yang digunakan oleh pelajar untuk mempelajari bahasa. Hasil kajian diharapkan dapat membantu para guru bahasa merancang strategi dan menyediakan satu bentuk pengajaran bahasa Melayu yang lebih sesuai dan berkesan.dan kemudian diperbetul agar aspek kesempurnaan bahasa Melayu dapat dikekalkan.4. Bagi penyelidik . 1.diselidik .3 Untuk menghuraikan punca berlakunya kesilapan penggunaan bahasa dalam kalangan pelajar bahasa ibunda.2 Untuk mengenal pasti jenis kesilapan penggunaan kata/frasa kerja yang kerap dilakukan oleh pelajar 1.melalui kajian ini.1.4.4. Kajian ini penting kepada pelajar itu sendiri kerana mereka dapat mempelajari sesuatu daripada kesilapan yang dilakukan.1 Untuk membandingkan tahap penguasaan penggunaan kata/frasa kerja pelajar aliran sains(SPM) sastera(SPM). Penyelidik dapat memahami latar belakang kesilapan bagi memperbaiki kesilapan yang dilakukan pelajar serta mencegah kesilapan yang sama berulang pada masa akan dating agar pelajar dapat menggunakan bahasa dengan lebih baik dan teratur.punca atau sebab berlaku kesilapan dapat diketahui. 4 .4 Objektif Kajian : 1. dengan tahap penguasaan kata/frasa kerja pelajar aliran Kepentingan Kajian Hasil kajian ini penting kerana semua jenis kesilapan yang dilakukan oleh responden akan menggambarkan kesalahan umum pelajar yang lain.Kajian ini juga memberikan maklumat kepada pihak yang berkenaan tentang kesilapan bahasa yang telah dilakukan supaya dapat dikaji.

pelengkap. Kajian dibataskan kepada calon yang mengambil subjek bahasa Melayu sahaja. Beberapa contoh ayat yang mengandungi predikat frasa kerja adalah seperti yang berikut : 1. Ali tidur 2. Pemandu itu membelok ke kanan. Pelajar diminta menjawab borang soal-selidik serta soalan yang berkaitan dengan penggunaan kata kerja yang diberikan .Skop Kajian Kajian ini hanya dijalankan di daerah Lipis . Adik Fatimah bermain di padang.pengkaji akan dapat mencapai kesemua objektif yang telah dinyatakan. 3. Peristiwa itu disaksikan oleh dua ratus orang. Mereka sedang membaca buku.iaitu : i.Melaluinya.ayat komplemen. iii.pengkaji menggunakan beberapa sumber rujukan berikut sebagai teks pegangan. 5. Responden kajian terdiri daripada pelajar prauniversiti di tiga buah sekolah yang menawarkan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia. Bagi membuat penentuan salah atau betul aspek kesilapan bahasa tersebut. Sebanyak 90 orang (N= 90) daripada 240 jumlah keseluruhan populasi dijadikan responden dalam kajian ini.Jawapan pelajar akan dinilai menggunakan pendekatan analisis kesilapan. Tatabahasa Dewan (2008) Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu (2007) Kursus Menguasai Bahasa Melayu Mudah (2006) Definisi Operasional Kata/Frasa Kerja Kata kerja ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau konstruksi frasa kerja .Responden terdiri daripada 45 orang pelajar yang merupakan pelajar aliran sains sewaktu SPM dan 45 orang pelajar aliran sastera sewaktu SPM.dan keterangan. 5 . ii. 4.objek. Frasa Kerja terdiri daripada kata kerja yang boleh disertai beberapa unsur lain seperti kata Bantu.

6 .membelok dalam ayat (4).kata kerja masing-masing ialah tidur dalam ayat (1).dan disaksikan dalam ayat (5).membaca dalam ayat (2).Dalam kelima-lima ayat di atas.bermain dalam ayat 3.

Koh Boh Boon (1985) telah membuat satu kajian menganalisis kesalahan ejaan dan tatabahasa Bahasa Melayu yang dilakukan oleh sekumpulan siswazah. Kadir Amin (1981) telah membuat kajian tentang kesalahan penggunaan bahasa Melayu pelajar-pelajar Melayu darjah 6.Melaka. Berdasarkan kajian yang lepas.dan beR-.8%.secucuk dengan secocok.Kelantan. Berdasarkan kajian.dan terjemahan.resmi dengan rasmi. Hasil daripada kajian menunjukkan bahawa daripada beberapa kesalahan seperti kesalahan ejaan.makna. Beliau telah memberikan dua ujian kepada setiap sampelnya. Mohd Daud Yusof (1990) telah membuat kajian tentang penguasaan bahasa Melayu baku dalam kalangan pelajar Tingkatan 2 di Maktab Sultan Ismail. Awang Sariyan (1980) telah menjalankan tinjauan secara umum tentang kesalahan tatabahasa dalam kalangan masyarakat.teR-. siswazah juga tidak dapat membezakan makna dan penggunaan pasangan kata seperti penuntun dengan penonton.Kota Baru.kata dan frasa.kesalahan penggunaan ejaan sebanyak 29. Beliau telah membuat kesimpulan bahawa kebanyakan siswazah masih belum biasa dengan ‘Sistem Ejaan Baru Baku’. Selain itu. Hasil 7 .ayat.pameran.tempoh dengan tempuh.MeN…kan.Bab 2 : SOROTAN KAJIAN 2.Alor Gajah dan Sekolah Paya Dalam.tanda baca. Pelajar lemah dalam aspek imbuhan meN-.Sekolah kebangsaan Melekek.imbuhan . Sampel kajiannya terdiri daripada 75 orang pelajar lelaki dan perempuan yang berada di darjah 6.1 Sorotan Kajian Analisis Kesalahan Tabahasa Di Malaysia .kajian tentang tatabahasa bahasa Melayu masih lagi berterusan hingga hari ini.dan penggunaan huruf besar.iaitu ujian karangan dan ujian tatabahasa. Kumpulan sample telah menulis dua karangan.dan laporan sebagai kekecualian keselarasan huruf vocal. Kajiannya menunjukkan bahawa lebih daripada 75% siswazah yang tidak dapat mengenal pasti kata-kata seperti pelancong. Sampel yang digunakan 78 orang.perabot.beliau mendapati bahawa aspek kesalahan umum penggunaan bahasa Melayu yang diperoleh meliputi aspek ejaan.

ii.kajian kesalahan dan kesilapan bahasa yang dijalankan kebanyakannya berminat kepada aspek tatabahasa secara keseluruhan dan banyak 8 . Kesalahan ayat pasif berimbuhan Kesalahan ayat pasif dengan kata Bantu kena Kesalahan ayat pasif dengan kata sendi Noor Fadilah Dawi (2010) yang mengkaji penguasaan kata kerja dalam kalangan pelajar Bacelor Sastera .pelengkap dan objek dalam sesuatu ayat. Supian Mohd Noor (1994) telah membuat tinjauan tentang kesalahan frasa kerja bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Cina di Sekolah Menengah Yu Hua. iii. Dapatan kajian Supian mendapati bahawa pelajar melakukan 617 kesalahan frasa kerja.Pelajar didapati paling kerap membuat kesalahan frasa kerja transitif (173 orang). Daerah kelemahan para pelajar termasuklah penggunaan ejaan.kajian menunjukkan bahawa pelajar-pelajar lemah dalam aspek morfologi.frasa kerja pasif pelaku diri 1 dan 2 (148 orang) dan frasa kerja tak transitif ( 129 orang) Noor Hayati Abdul Hamid (2000) melalui kajiannya yang bertajuk ‘ Analisis Kesalahan Penggunaan Ayat Pasif dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 3’ telah menyenaraikan beberapa aspek kesalahan ayat yang biasanya dilakukan oleh pelajar. Subjek kajian ialah 249 orang pelajar tingkatan empat.pelajar tidak dapat membezakan kata kerja transitif iaitu sebanyak 57%.Kajang. Aspek kesalahan tersebut ialah : i. Berdasarkan sorotan kajian. 50% pelajar tidak dapat menukarkan kata kerja transitif aktif kepada kata kerja transitif pasif iaitu jenis kekerapan yang ketiga tertinggi yang dicatatkan. 55% pelajar tidak dapat mengenal pasti unsur keterangan .Universiti Putra Malaysia.terutama pengejaan perkataan yang menggunakan keselarasan vocal.frasa kerja pasif pelaku diri ke-3 (167 orang).mendapati dalam 100 sampel yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda mereka bahawa jenis kekerapan kesilapan yang selalu dilakukan pelajar ialah .

9 .tumpuan kepada pelajar universiti ataupun pelajar menengah rendah.Oleh itu.malah tidak ada tumpuan kajian kepada pelajar prauniversiti.pengkaji akan mengkaji aspek morfologi kata kerja dalam kalangan pelajar prauniversiti.dalam kajian ini. Tidak banyak .

Melalui model kerangka teori tersebut.1 Reka Bentuk Kajian Dalam kajian ini. Reka bentuk kajian dijadikan sebagai rangka projek penyelidikan yang menyatakan corak jenis kajian yang hendak dilaksanakan oleh pengkaji secara keseluruhannya.kurang latihan.1.1 Kerangka Teori Rajah 1 : Model Kerangka Teori Punca kesilapan Penutur Jati Banyak peraturan  Formal  Tidak Formal Faktor Extralinguistis  Lupa  Gangguan Emosi  Lalai  Kurang Latihan Terpesong Daripada Hukum Tatabahasa Kekacauan atau Kekeliruan   Formal Tidak Formal Rajah 1 menunjukkan Model Kerangka Teori yang digunakan pengkaji untuk mencapai objektif (iii) dalam kajian ini.Bab 3 METODOLOGI 3. reka bentuk kajian berdasarkan pendekatan secara kuantitatif dan deskriptif . 3.punca kesilapan pelajar akan dikenal pasti.gangguan eosi.Pengkaji ingin mengetahui sama ada peraturan yang banyak atau terdapat pelajar yang terpesong daripada hukum tatabahasa ketika mempelajari bahasa Melayu menyebabkan berlakunya kesilapan penggunaan bahasa dalam kalangan pelajar bahasa ibunda.dan sebagainya serta faktor 10 .pengkaji juga ingin mengetahui sama ada faktor extralinguistics seperti masalah lupa.lalai. Di samping itu.

kekacauan dan kekeliruan dalam bahasa formal dan tidak formal berlaku semasa pelajar mepelajari bahasa ibunda. 11 .

Untuk menghuraikan punca Kaedah Lapangan Kajian Kepustakaan Kajian Deskriptif Alat Kajian : Borang soal-selidik Soalan Latihan berlakunya kesilapan penggunaan bahasa dalam kalangan pelajar bahasa ibunda.3.1. Untuk membandingkan tahap penguasaan penggunaan kata/frasa kerja pelajar ii. Untuk mengenal pasti jenis kesilapan penggunaan kata/frasa kerja yang kerap dilakukan oleh pelajar iii. Sampel : 90 orang pelajar prauniversiti Dapatan Kajian : Rumusan Implikasi Kajian Cadangan Analisis Data: Ujian-t Dua Min Sampel Bebas Tempat Kajian : SMK Clifford SMK Seri Lipis SMK Kuala Lanar 12 .2 Kerangka Konsepsi Rajah 2 : Model Kerangka Konseptual Penguasaan Kata/Frasa Kerja Dalam kalangan Pelajar prauniversiti Teori : Analisis Kesilapan Objektif : i.

1.1. Daripada jumlah keseluruhan populasi iaitu 240 orang.5 Populasi dan persampelan Sampel kajian terdiri daripada pelajar universiti yang mengambil subjek bahasa Melayu.Kuala Lipis. Sebagai satu proses.3. 13 .Kuala Lipis. Pada peringkat awal. Jika didapati terdapat kelemahan dalam soalan-soalan tersebut.dan SMK Kuala Lanar .soalan akan diubah semula agar menepati kehendak tajuk dan objektif kajian yang hendak dibuat.SMK Seri Lipis.korpus yang akan dianalisis kesilapannya memerlukan beberapa kaedah atau metadologi yang khusus.terdapat beberapa kaedah yang digunakan iaitu merangkumi kaedah lapangan. Dalam kajian ini .kaedah kepustakaan. dan kaedah tinjauan. 3. Kaedah yang dijalankan bertujuan untuk mengumpul data dan maklumat dan kemudiannya akan dianalisis untuk menghuraikan permasalahan kajian. 3.soalan rintis atau prasoalan disiapkan terlebih dahulu dan kemudiannya diedarkan kepada 10 orang pelajar Melayu praniversiti yang tidak mengambil subjek bahasa Melayu untuk mendapatkan reaksi awal terhadap soalan yang dikemukakan dan menguji sejauh mana kefahaman mereka terhadap soalan .4 Tempat Kajian 3 buah sekolah menjadi tempat kajian pengkaji iaitu SMK Clifford Kuala Lipis.sebanyak 90 orang pelajar Melayu telah dipilih secara rawak untuk dijadikan sampel kajian (N=90) iaitu yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda. 45 responden terdiri daripada mereka yang mengikuti aliran sains sewaktu SPM dan 45 responden lain ialah pelajar aliran sastera.1. Kaedah yang digunakan juga merujuk kepada kaedah kualitatif untuk mengumpul data yang tertumpu kepada penghuraian tajuk yang dikaji secara deskriptif.3 Kaedah Kajian Analisis kesilapan merupakan satu proses.

Setelah prasoalan diuji dan dimurnikan semula.Seterusnya 14 . iaitu : Bahagian 1 : Latar Belakang Pelajar Bahagian II : Permasalahan dan Aspirasi Pelajar Bahagian III : Pencapaian Akademik Pelajar Melalui soal-selidik ini.iaitu bagi mewakili jumlah keseluruhan populasi.2 Alat Kajian Borang soal selidik merupakan instrumen kajian utama yang digunakan dalam kajian ini.frasa kerja dan membetulkan kesalahan berkenaan. Namun hanya 90 orang pelajar yang dijadikan sampel kajian dan dipilih secara rawak.soalan berkaitan dengan penggunaan kata kerja juga diedarkan kepada pelajar untuk dijawab. soalan sebenar akan diedarkan kepada responden.Item ini kemudiannya dikutip semula dan dianalisis dengan menggunakan pendekatan teori analisis kesilapan . Untuk menjelaskan konsep analisis kesilapan ini. Pengkaji juga menentukan masa yang sesuai untuk membuat ujian supaya kajian ini tidak menganggu kelicinan pengajaran dan pembelajaran.6 Pemboleh ubah Kajian Pemboleh ubah bersandar ialah penguasaan kata.1.selidik.Item yang terdapat dalam soal selidik terbahagi kepada tiga bahagian.pengkaji akan dapat mengetahui punca yang menyebabkan berlakunya kesilapan dala penguasaan bahasa pelajar bahasa ibunda dalam bahasa Melayu. 3. Pemboleh ubah bebas ialah pelajar prauniversiti.pengkaji memberikan soalan latihan berkaitan dengan penggunaan kata kerja/frasa kerja untuk mengenal pasti kesilapan penggunaan kata/frasa kerja yang kerap dilakukan oleh pelajar dan mengukur sejauh mana tahap penguasaan penggunaan kata/frasa kerja mereka.frasa kerja. Pengkaji akan mendapatkan senarai nama pelajar untuk mengenal pasti jumlah pelajar bahasa ibunda yang sebenar.3. Soalan berbentuk kertas edaran diberikan dan pelajar dikehendaki menjawab soalan yang diberikan. Selain soal.Responden diminta untuk mengenal pasti kesalahan kata/.

3.Ray (1963).Brown(1980).dan Sharma (1981) seperti Rajah 1.jawapan diperiksa dan dibuat satu analisis kesilapan berdasarkan ciri kesilapan yang dilakukan oleh pelajar tersebut.dan carta pai yang sesuai. 15 . Usaha Memilih sampel kajian Membuat ujian untuk mendapat kekerapan kesilapan bahasa Menilai tahap keseriusan kesilapan Mengklasifikasikan kesilapan itu berdasarkan penyebabnya Membuat rumusan dan cadangan mengkasifikasikan kesilapan berdasarkan penyebabnya. ii.3 Tatacara Kajian Dalam kajian ini. iii. v.graf.4 Penganalisisan Data Data yang diperoleh dianalisis secara manual dengan menggunakan program Excel untuk menukarkannya ke dalam bentuk jadual.pengkaji akan melakukan langkah-langkah seperti berikut: i. 3.pengkaji dalam menggunakan satu model kerangka teori yang telah disesuaikan dengan teori Frence (1955).Corder (1973). iv.

Analisis Kesalahan Penggunaan Ayat Pasif di Kalangan Pelajar Tingkatan 3. Analisis Kesalahan Penggunaan Frasa Kerja Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 4 KBSM:Satu Kajian Kes.1990. Master Sastera. Abdullah Yusof dan Omar Hisham Mohd.2010.Abdul Hamid Mahmood. Baharin. Universiti Putra Malaysia.Onn.Kota Bahru . 1994. Nik Safiah Karim.Universiti Putra Malaysia. Tesis Master Sains.Kelantan. Mohd Daud Yusof. Penguasaan Bahasa Melayu Baku dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 2 (KBSM). Noor Fadilah Dawi. Tesis Sarjana Pendidikan. 2000. 2007. Supian Mohammad Noor. Prinsip pengajaran penulisan. Noor Hayati bt Abdul Hamid . Universiti Kebangsaan Malaysia. Latihan Ilmiah . 16 .2004. Musa.BIBLIOGRAFI Abu Bakar Yusuf. Fakulti Pengajian Pendidikan.Tatabahasa Dewan.Penguasaan Kata Kerja dalam Kalangan Pelajar Bacelor Sastera Universiti Putra Malaysia.Dewan Bahasa dan Pustaka. Satu Kajian Kes di Maktab Sultan Ismail.Farid M.Hashim Hj. Kuala Lumpur: Pustaka Salam. Universiti Putra Malaysia.

PENGUASAAN KATA/FRASA KERJA DALAM KALANGAN PELAJAR PRAUNIVERSITI OLEH: INTAN SALWATI BT OMAR MOKHTAR GS 30148 MASTER SASTERA (BAHASA MELAYU) FAKULTI BAHASA MODEN DANKOMUNIKASI 17 .

Secara khusus. kajian ini bertujuan untuk membandingkan tahap 18 .Penguasaan Kata/Frasa Kerja dalam Kalangan Pelajar Prauniversiti Intan Salwati bt Omar Mokhtar Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan tahap penguasaan pelajar prauniversiti dalam aspek kata/frasa kerja.

kesilapan penggunaan. Kata Kunci: tahap penguasaan. untuk mengenal pasti jenis kesilapan penggunaan kata/frasa kerja yang kerap dilakukan pelajar. aspek kata/frasa kerja. Kajian hanya dibataskan kepada calon yang mengambil subjek bahasa Melayu. Responden kajian terdiri daripada pelajar prauniversiti dari tiga buah sekolah. Sampel kajian terdiri daripada 90 orang pelajar bahasa ibunda yang terdiri daripada 45 orang pelajar lelaki dan 45 orang pelajar wanita.punca berlakunya.Kajian ini hanya dijalankan di daerah Lipis.pelajar prauniversiti 19 . dan menghuraikan punca berlakunya kesilapan penggunaan bahasa dalam kalangan pelajar bahasa ibunda. Responden diminta untuk menjawab borang soal-selidik serta soalan yang berkaitan dengan penggunaan kata kerja yang diberikan. Instrumen soal selidik digunakan dalam proses pengumpulan data.penguasaan kata/frasa kerja pelajar wanita dengan pelajar lelaki.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful

Master Your Semester with Scribd & The New York Times

Special offer for students: Only $4.99/month.

Master Your Semester with a Special Offer from Scribd & The New York Times

Cancel anytime.