PENGHARGAAN

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah s.w.t atas limpah dan kurniaNya serta izinNya kerana memberi kesempatan kepada saya dalam menyiapkan tugasan individu untuk Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia. Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan penghargaan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran Negeri Sabah kerana memberi peluang kepada saya untuk menghadiri Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia Kumpulan Pegawai

Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Ambilan 7/2012. Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia adalah bertujuan untuk melahirkan pegawai-pegawai kerajaan yang beriltizam dan bertanggungjawab dalam

menjalankan tugas serta dapat memberikan perkhidmatan yang cemerlang. Pendedahan ini juga penting supaya pegawai-pegawai perkhidmatan awam dapat menyesuaikan diri dengan organisasi dan budaya kerja .Melalui tugasan individu ini, sedikit sebanyak saya telah memahami tentang sistem pentadbiran, prosedurprosedur utama, arahan-arahan dan pekeliling-pekeliling serta panduan-panduan yang ada dalam perkhidmatan kerajaan.

Saya rasa agak terbeban apabila menerima tugasan ini pada mulanya, kerana kurang terdedah mengenai dokumen terperingkat. Namun, setelah melakukan carian maklumat melalui buku-buku berkaitan pentadbiran, pekeliling serta prosedur-prosedur kerajaan , masalah tersebut dapat diatasi. Selain itu saya juga membuat pencarian maklumat melalui internet. Kemudah internet telah memudahkan lagi tugasan saya kerana melalui cara ini banyak maklumat boleh dicapai. Saya juga melakukan perkongsian maklumat dengan rakan-rakan di seluruh Malaysia melalui ruangan forum .

Setelah menyiapkan tugasan ini, saya merasakan bahawa tugasan ini adalah sangat berguna dan penting kepada saya untuk berada di dalam bidang perkhidmatan awam pada masa yang akan datang.

MOHDZARIFBINMOHDRIDHWAN
i

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful