MINIT MESYUARAT KE-3 PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN IPG KAMPUS DARULAMAN JITRA, KEDAH

Tarikh Masa Tempat Kehadiran

: 16 April 2012 : 10.30 pagi : Padang Stadium Mini, IPG Kampus Darulaman : Pelajar PISMP Ambilan Januari 2010 Semester 5

1.0

UCAPAN NAIB PENGERUSI KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN Naib pengerusi memberi penerangan ringkas mengenai perjalanan program yang akan semua laksanakan bersama.

2.0

PENERANGAN DARIPADA JAWATANKUASA PERTANDINGAN 2.1 Menerangkan mengenai senarai nama peserta yang diperlukan daripada ketua-ketua rumah sukan. 2.2 Jadual pertandingan akan dikeluarkan dan minta Ajk teknik balapan untuk menyerahkan laporan mengenai keadaan padang.

3.0

PERBENTANGAN DARIPADA AJK TEKNIK BALAPAN 3.1 Menjelaskan keadaan trek yang agak tidak selamat khususnya trek 7 dan 8 yang tidak rata. 3.2 Pihak Ajk balapan juga merancang untuk membuat semula garisan di balapan yang telah mula pudar.

4.0

PERBENTANGAN DARI KETUA-KETUA RUMAH 4.1 Setiap ketua-ketua rumah telah membentangkan perkembangan rumah sukan mereka. 4.2 Jawantankuasa rumah sukan juga telah dilantik dan latihan rumah sukan akan dilaksanakan setiap petang bermula pukul 5 petang.

5.0

KEPUTUSAN UNTUK MEMBUAT T-SHIRT KEJOHANAN 5.1 5.2 Semua wakil bersetuju untuk membuat t-shirt bagi kejohanan ini. Tugas diserahkan sepenuhnya kepada Mohamad Fuzail Izzat B Shaffie.

6.0

UCAPAN RINGKAS DARIPADA PENGERUSI 6.1 Pengerusi memberikan ucapan dan harapan mereka supaya semua ahli dapat memberikan kerjasama mereka untuk menjalankan segala tugasan dengan lancar. (Tindakan : Makluman semua)

7.0

PENANGGUHAN MESYUARAT Pengerusi ahli dan harap segala program yang bakal dijalankan akan berjalan dengan lancar untuk kejohanan ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.55 pagi.

Disediakan oleh,

__________________________ (MOHD SHAFUAN BIN ZULKAFLI) Setiausaha KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN 2012

Tarikh : 17 April 2012

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful