Merancang kewangan anda

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA saphilla.isa@kosmo.com.my WANG adalah pasport untuk kehidupan yang lebih mudah dan selesa. Menguruskan wang ketika remaja adalah perlu. Ini kerana, ia bakal memberikan pulangan yang banyak ketika anda berusia kelak. Rancangkanlah kewangan anda dari sekarang. Ia bukan sahaja menjamin masa depan yang selesa tetapi sebagai bekalan jika anda menghadapi kesukaran nanti.
USAH terlalu boros dalam berbelanja, pastikan anda menyimpan pendapatan anda.

GenK membantu menyenaraikan beberapa tip buat panduan remaja untuk mengurus dan merancang kewangan: 1. Uruskan wang Mungkin ada remaja yang berpendapat, menguruskan wang semasa muda adalah tidak perlu. Bagi mereka ia terlalu awal untuk merancang kewangan kecuali jika mereka sudah bekerja. Namun begitu, jika anda bersikap demikian ia hanya merugikan diri sendiri. Menabunglah daripada sekarang. Sebagai contoh, jika anda menabung 50 sen sehari, maka untuk tempoh lima tahun akan datang anda akan meperoleh wang sebanyak RM912.

KAD kredit akan membuatkan anda menjadi penanggung hutang lebih buruk jika tidak bijak menggunakannya.

2. Berbelanjalah dengan baik

Jangan berbelanja mengikut nafsu. Jika anda selalu diajak rakan untuk membeli-belah. Apa kata kadangkala anda menolak pelawaan rakan secara baik atau berikan sahaja alasan munasabah supaya tidak mengikut mereka berbelanja. Cuba menahan diri daripada godaan barang. Ada sesetengah remaja yang pantang melihat barang yang disukai, pasti akan dibelinya barang tersebut. Selain itu, sebelum membeli sesuatu barang sentiasalah membuat perbandingan harga. Sebagai contoh, jika anda ingin membeli tudung. Apabila anda pergi ke satu kedai, jangan terus membeli tudung di kedai tersebut. Cuba pergi ke kedai lain dan buat perbandingan harga. Jika anda boleh mendapatkan harga tudung yang jauh lebih murah di kedai lain, mengapa anda perlu membazir wang membeli tudung yang mahal. 3. Faham tentang modal dan pendapatan Salah satu konsep wang yang paling penting untuk anda tahu adalah memahami perbezaan antara modal dan pendapatan. Modal adalah berupa wang, hartanah, saham atau pelaburan lain yang menghasilkan pendapatan bagi sesiapa sahaja yang memilikinya. Cara paling baik untuk ingat perbezaannya dengan memikirkan pokok yang berbuah. Pokok itu sendiri adalah modal, manakala buahnya pula merupakan pendapatan. Jika anda terus memiliki pokok (modal) anda akan terus menghasilkan buah (pendapatan) setiap tahun. Selain itu, upah atau gaji yang diperoleh anda juga merupakan pendapatan daripada modal kerja.

JIKA remaja menabung syiling sebanyak 50 sen sehari selama lima tahun anda akan mengumpulkan wang sebanyak RM912.

4. Risiko kad kredit

Kad kredit adalah cara yang mahal untuk meminjam wang. Anda akan menghadapi risiko besar apabila membayar wang kad kredit nanti. Jika anda ingin berbelanja tetapi tidak mempunyai wang tunai, memadai sahaja jika menggunakan kad debit bank. Anda tidak perlu membayar hutang tetapi hanya menolak wang perbelanjaan tersebut daripada bank simpanan anda. 5. Elak daripada meminjam bank Jika meminjam, anda seolah-olah membebankan kewangan pada masa hadapan. Sebagai contoh, jika anda meminjam wang RM10,000 daripada bank. Walaupun anda membayar balik pinjaman dengan menolak wang gaji pada setiap bulan tetapi anda tetap dikenakan faedah yang banyak.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful