You are on page 1of 10

BAHAGIAN ESEI ILMIAH (B) Orang Banjar yang datang berhijrah ke Malaysia adalah berasal dari Kalimantan, Indonesia serta

kawasan selatan Basin Barito, dari daerah Banjar Masin. Kawasan ini terletak di bahagian Tenggara Borneo. Di antara daerah-daerah utama tempat asal orang Banjar ialah dari daerah Balangan, Amuntai, Alai, Hamandit, Margasari dan Martapura. Sebahagian daripada mereka berasal dari Sumatera Tengah di kawasan Bukit Tinggi dan Sepat. Bahasa Banjar adalah sebuah bahasa Austronesia yang dipertuturkan oleh Suku Banjar di Kalimantan Selatan, Indonesia. Bahasa Banjar dapat dibeza berdasarkan dua dialek yang berbeza iaitu bahasa Banjar Hulu Sungai atau dipanggil bahasa banjar Hulu dan bahasa Banjar Kuala (Durdie dan Djantera, 1978: 1). Untuk dialek Banjar Kuala biasanya digunakan oleh penduduk asli sekitar kota Banjarmasin, Martapura dan Palaihari. Manakala untuk dialek Banjar Hulu adalah bahasa Banjar yang dipakai oleh penduduk daerah Hulu Sungai umumnya iaitu daerah kabupaten Tapin, Hulu Sungai Selatan,Hulu Sungai Tengah, Hulu Sungai Utara [dan Balangan] serta Tabalong. Perbezaan antara kedua-dua dialek ini dapat dilihat melalui beberapa perkara, antaranya ialah pada kosa kata tertentu dan perbezaan pada bunyi ucapan terhadap fonem tertentu iaitu unit bunyi yang terkecil yang boleh membezakan makna kata. Disamping itu ada juga perbezaan dari segi lagu dan tekanan meskipun aspek ini tidak bersifat membezakan (non distingtif). Bagi dialek bahasa Banjar Kuala iaitu bahasa yang digunakan di Wilayah Banjar Kuala oleh bekas Afdelling Banjarmasin terdiri atas Daerah Bakumpai. Manakala Afdeeling Martapoera terdiri dari Daerah Martapura, daerah Riam Kiwa, Daerah Riam Kanan, daearh Pleihari, Daerah Maluka dan Daerah Satui. Kawasan tersebut pada masa sekarang meliputi Kabupaten Banjar, bario Kuala, tanah laut serta Kota Banjarmasin dan Banjarbaru. Bahasa banjar Kuala dituturkan dengan loghat datar tanpa intonasi tertentu, dan berbeza dengan bahasa Banjar Hulu yang dituturkan dengan loghat yang kental. Setiap bahasa mengungkapkan sesuatu konsep dengan cara yang berbeza. Contoh ini menunjukkan ada bahasa yang „mewah‟ dengan set perbendaharaan kata tentang sesuatu konsep dan ada bahasa yang „daif ‟ dalam mengutarakan sesuatu konsep.Perkataan „mewah‟ atau „daif‟ sesuatu bahasa dari segi mengleksikalisasikan sesuatu konsep yang dipengaruhi dengan persekitaran, cara hidup dan amalan sesuatu komuniti bahasa itu. Justeru, ini boleh berlakunya pada pengungkapan kata kerja. Kata kerja ada menerangkan tentang lakuan atau perbuatan sesuatu atau seseorang. Dalam kebanyakan bahasa, kata kerja lebih diutamakan dalam bahasa kerana kata kerja yang menentukan siapa yang melakukan (subjek), apa yang dilakukan dan terhadap apa

Konsep „potong‟ dalam bahasa Banjar varian Kuin digambarkan dalam banyak kata kerja. benda yang dipotong dan saiz potongan . Konsep „potong‟ muncul dalam makna kata kerja seperti maracit. Contoh yang dapat digambarkan melalui konsep „potong‟ adalah seperti berikut: 1. mangarat. saiz objek yang dipotong dan item yang dipotong. Dengan itu dapat menunjukkan bagaimana bahasa yang berbeza mengleksikalisasi beberapa konsep kata kerja yang berbeza sebagaimana telah ditunjukkan dalam bahasa Brunei (Aina Karim 2008) dan dialek Hulu Tembeling (Maslida Yusof 2008). mahiris . manetak. mahiris. maracit .„memotong kecil-kecil/halus dan lebih daripada dua potongan‟ (khususnya sayur) 4. penggal dan hiris. Misalnya. kata kerja hiris digunakan untuk memotong secara halus/nipis terutamanya bawang atau buah-buahan. Makna potongan khusus untuk memotong kayu ialah kata kerja belah dan tatak iaitu kedua-dua kata ini membawa makna memotong sesuatu yang mempunyai permukaan yang keras seperti kayu yang biasanya bentuk potongannya . manetak. Kesemua kata kerja ini berada dalam kelas yang sama iaitu mengandungi konsep „memotong sesuatu‟ dalam varian ini. Perbezaan penggunaan perkataan bergantung kepada objek yang dipotong. belah .perlakuan itu dilakukan (objek).„dipotong dua. Kesemua kata kerja ini masih mempunyai bentuk semantik tambahan. Melalui Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) memberikan maksud potong sebagai kerat.„memotong kuih menjadi dua‟ 6. siyang . memotong kayu‟ 3. Sebaliknya kesemua perkataan ini hanya berkongsikan makna konsepnya iaitu „potong‟ tetapi setiap perkataan ini mempunyai makna tambahan yang menimbulkan perbezaan dengan setiap kata kerja yang lain. mangarat . siyang dan belah. Sebagai contohnya untuk kata kerja „potong‟. ketujuh-tujuh perkataan ini tidak merupakan sinonim total iaitu perkataan yang mempunyai makna yang sama dan boleh bersilih ganti pada semua keadaan.„memotong bawang secara halus‟ 2.„memotong ikan dan ayam‟ 5.„memotong kayu‟ Walau bagaimanapun. Bentuk semantik tambahan ini ditentukan atau dibezakan oleh ciri cara potong.

iaitu maracit atau mahiris dan perbezaan kedua-dua kata ini pula terletak kepada apa yang dipotong sama ada sayur atau bawang. Jika memotong secara kecil-kecil dan halus. Oleh itu. tetapi jelas tidak ditemui dalam dialek Banjar Kuala. jika seseorang merujuk kepada memotong kayu. subloghat Banjar Hulu ini lebih berdekatan dengan satu sama lain. pilihan kata kerja ialah tatak atau belah. Walaupun setiap kata kerja di atas berkongsikan dengan cebisan perkataan „potong‟. Setiap kata mempunyai ciri khusus masing-masing. ataupun sebaliknya kosa kata seperti unda (aku).. bahasa Banjar selalunya hanya dibezakan antara Banjar Kuala (BK) dan Banjar Hulu (BH). Berbeza dengan mahiris .terbahagi dua. Kosa kata loghat Banjar Hulu tetap ada bezanya sesama subloghat bahasa Banjar. Sebagai contoh. dongkah (sobek besar). Satu lagi kata kerja ialah kata mangarat yang dikhususkan kepada memotong kuih menjadi dua. Tetapi dibandingkan dengan loghat Banjar Kuala. atung (taat) dan sebagainya dalam loghat Banjar Kuala tidak ditemui dalam loghat Banjar Hulu. Contoh yang dapat dilihat adalah seperti berikut: Banjar Hulu balai nini laki Banjar Kuala langgar kai Melayu surau datuk uma mama ibu bungas/langkar mulik/baik rupa cantik hagan gasan untuk . Terdapat juga kata siyang yang juga digunakan untuk merujuk memotong ikan dan ayam. di dalam Kamus Banjar–Indonesia. namun penggunaannya tidak boleh ditukar ganti dalam sebarang konteks. maracit merujuk kepada memotong sayur secara kecil-kecil dan halus.

Berikut adalah beberapa contoh bagi bahasa Banjar: Bil 1. 3. 6. 10. Sebutan Bahasa Melayu Kami Kelapa Bah/banjir Ketawa Seorang Kamu Sekolah Tidak mahu Saudara Ke mana Sebutan Bahasa Banjar Kamek Kelapak/Nyiur Baah Tetawak Seurangan Ikam Sekulah Kadak handak Kulaan Ke manak Berikut adalah contoh bagi bilangan dalam bahasa Banjar: Banjar asa Melayu satu dua dua talu tiga ampat empat lima lima anam enam pitu tujuh walu lapam . 2.Bahasa Banjar kalau kita cakapkan kepada orang kedua. 7. 5. macam bahasa melayu juga tetapi ada sedikit penambahan perkataan dihujung ayat seperti huruf ‟k‟ hendaklah dibunyikan bagi menampakkan kelainan bahasa itu. 8. 4. 9.

Biasanya. Cucupatian merupakan khazanah budaya Banjar yang mengandungi pelbagai nilai budaya yang bermanfaat tidak sahaja bagi etnik Banjar tetapi juga bagi etnik lain. Perbezaan ini terletak pada konsep fungsi. tahu kilat kata. baandak (persiapan suatu upacara). nilai. Nilai budaya itu telah lama menjadi pegangan hidup masyarakat Banjar dan diwariskan secara turuntemurun dari generasi ke generasi. Walaupun demikian. Blauner (1967) mengemukakan bahawa teka-teki dapat dikesan dalam bahasa Sanskrit lebih dari dua ribu tahun yang lalu. dan bahkan strategi pengucapannya (struktur permukaan) daripada teka-teki itu. Edwar Djamaris (1990: 32) juga mengemukakan bahwa untuk mengetahui sebab-sebab timbulnya hasil karya sastera Melayu yang berupa teka-teki harus terlebih dahulu difahami sikap mental atau jiwa bangsa Melayu. bajagaan pangantin (berjaga pada malam pertama hari perkahwinan). cucupatian turut serta dalam masyarakat Banjar dalam baarian (gotong-royong) mangatam banih (menuai padi). Cucupatian Banjar dapat diklasifikasikan kepada cucupatian tradisional dan cucupatian kontemporari. Cucupatian iaitu teka-teki adalah satu bentuk kebudayaan daerah Banjar. Cucupatian tradisional adalah cucupatian yang ada dan popular . cucupatian yang dimiliki oleh satu-satu etnik tidak sama nilainya dengan yang terdapat pada etnik yang lain. Pada masa dahulu. Cucupatian merupakan khazanah tradisi lisan yang universal. dan lain-lain. faham apa yang tersurat dan yang tersirat dalam ucapan seseorang. Edwar Djamaris (1990)mengatakan bahawa teka-teki adalah bentuk awal dalam tradisi berkesusasteraan. Cucupatian bermakna teka-teki dalam bahasa Indonesia atau riddles dalam bahasa Inggeris. orang yang mengenali kias dan ibarat ini adalah orang yang arif bijaksana.sanga sembilan sapuluh sepuluh Teka-teki merupakan khazanah tradisi lisan yang sangat tua. Penggunaan teka-teki sangat jelas menunjukkan sikap mental atau cara berfikir pemakai bahasa yang gemar pada kias dan ibarat. Cucupatian berasal daripada kata capat „cepat‟ yang mengalami proses reduplikasi suku awal dan penambahan imbuhan –I dan –an sehingga menjadi cacapatian. Kata cacapatian mengalami proses asimilasi sehingga menjadi cucupatian.

siang ada di pinggir. cucupatian kontemporari adalah cucupatian yang ada dan popular pada masa sekarang. jaga kampung sudah tidak diperlukan lagi kerana kampung sudah aman dan sudah ada polis. Sebagai contohnya. Lukah sudah diganti dengan alat menangkap ikan yang lebih moden. lesung batu telah diganti dengan „blender‟. dan Edwar Djamaris. sudah sangat jarang dilakukan.pada masa dua generasi yang lalu (bandingkan dengan James Danandjaya. Tatangguhan yang berbunyi: 1. Cucupatian tradisional disebut tatangguhan dan cucupatian kontemporari disebut mahalabiu. lampu minyak telah diganti dengan elektrik. Jawapan: Penjaga malam) 4. Ideologi itu dipertahankan dari masa ke masa kerana dianggap bernilai sehingga dapat membawa masyarakat Banjar menjadi masyarakat yang berbudaya. jaga (menjaga kampung pada malam hari secara bergiliran). dibuat daripada bilah-bilah buluh) 2. Jawapan: Lampu minyak) 3. Malam takatangah. sudah sangat jarang digunakan kerana topik yang diperkatakan dalam tatangguhan juga sudah jarang ditemui. Jawapan: Batu panyambalan lawan anak batu. . tatangguhan. 1991. misalnya. Ditatak basah dirandam karing. Jawapan: Lukah (alat menangkap ikan. Umanya badiam haja nang anak baigal-igal. (Ibunya berdiam saja sedangkan anaknya manari-nari. Gawian napa nang kada kawa digawi siang. Jawapan: Lampu10 (Malam ada di tengah. Manakala. 1990). Jawapan: Lesung batu dan anak batu) Bagi jawapan cucupatian iaitu lukah. lesung batu dan anak batu untuk membuat sambal. Cucupatian mempunyai fungsi menampung dan merakam keinginan atau ideology masyarakat Banjar. Jawapan: Jaga (Pekerjaan apa yang tidak boleh dikerjakan siang hari. dua jenis cucupatian ini pada saat ini berada di ambang kepupusan. Walau bagaimanapun. siang takapinggir. lampu minyak. Jawapan: Lukah (Dipotong basah direndam kering.

Sebagai unsur kebudayaan nasional. Seni tradisional Banjar adalah unsur kesenian yang menjadi sebahagian hidup masyarakat dalam suku Banjar. sistem sosial dan material budaya yang berkaitan dengan berbagai proses adaptasi. Sebagai salah satu etnik yang berada dalam lingkungan bangsa Indonesia maka cucupatian Banjar juga dapat dipandang sebagai salah satu tunggak budaya Indonesia. Di samping itu. tarian. terutama sekali dengan pandangan yang berkaitan dengan ke Tuhanan (Tauhid). akulturasi dan assimilasi. Sehingga nampak terjadinya pembauran dalam aspek-aspek budaya. Budaya yang berkembang di Banjarmasin sangat banyak hubungannya dengan sungai. Komunikasi itu akan berlangsung baik apabila masyarakat etnik itu dapat memahami konsep pembangunan yang dirancangkan itu sebaik-baiknya. meskipun dalam kehidupan sehari-hari masih ada unsur budaya asal. Tradisi adalah sebaha gian dari tradisional namun akan musnah kerana ketidak ketamadunan masyarakat untuk mengikuti tradisi tersebut. musik. cucupatian yang digunakan dalam skala (dimensi) nasional akan memberi kesan yang positif iaitu saling mengenali dan saling memahami di antara etnik-etnik yang ada yang tentunya mempunyai budaya masing-masing. Budaya tersebut dipengaruhi oleh kepercayaan Islam yang dibawa oleh pedagang Arab dan Persia. Cucupatian Banjar dapat memperkukuh budaya Indonesia dengan cara menempatkan cucupatian itu sebagai salah satu bentuk kebudayaan nasional (Indonesia). permainan dan upacara tradisional. dan lain-lain. Budaya dan tradisi orang Banjar adalah hasil asimilasi selama berabad-abad. maka cucupatian boleh dipakai dan mempermudah komunikasi tentang persoalan bangsa kepada masyarakat Banjar khususnya dan juga kepada masyarakat atau etnik lainnya. Orang Banjar mengembangkan sistem budaya. ekonomi. rawa dan danau. Budaya Banjar dapat dilihat dari kehidupan sehari-hari masyarakat Banjar khususnya dalam bentuk kesenian. cucupatian berfungsi dan nilai-nilainya telah lama menjadi tunggak budaya Banjar. Tumbuhan dan binatang yang tinggal di daerah ini banyak dimanfaatkan untuk memenuhi kehidupan mereka. politik. falsafah. Cucupatian dapat dimanfaatkan untuk membantu menjelaskan pelbagai persoalan bangsa. . Hindu dan Budha. pendidikan. Meskipun demikian pandangan atau pengaruh Islam lebih dominan dalam kehidupan budaya Banjar. Berbagai-bagai persoalan bangsa Indonesia perlu dikomunikasikan kepada segenap etnik yang ada. disamping pergunungan.Dengan kata lain. seperti persoalan pembangunan. Tradisional adalah aksi dan tingkah laku yang keluar secara alamiah kerana dari kepercayaan nenek moyang yang terdahulu. pakaian.

"Baksa Lilin". Gong. Istilah panting diambil dari salah satu jenis alat musik utamanya Panting. Ada sekitar 76 Jenis tarian. Hal ini dapat juga disaksikan melalui berbagai pentas kesenian Banjar yang sering ditampilkan dalam acara-acara resmi. Kerajinan tangan yang ada di Kota Banjarmasin bukan hanya dihasilkan oleh penduduk Kota Banjarmasin. Terdapat banyak jenis kerajinan tangan yang dihasilkan industri-industri kecil rumah tangga mulai dari batu-batuan permata hingga berbagai bentuk aksesoris dan peralatan rumah tangga khas Banjar. dan lain-lain. ataupun peringatan terhadap peristiwa penting. suling. gong. sehingga dengan datang ke Banjarmasin dapat mengenali kerajinan khas yang dihasilkan rakyat Kalimantan Selatan. salantang.Adat istiadat Banjar yang melekat dengan kehidupan sosial warga masyarakat yang bercirikan Islam terus terjaga dan dipertahankan. tetapi juga dari kota dan kabupaten lain di Kalimantan Selatan. Seni Mamanda merupakan seni pentas teater tradisional Banjar. seperti tari-tarian dan lagu Banjar. Seni Musik Panting adalah panduan antara berbagai alat musik seperti Babun. iaitu alat musik petik yang serupa dengan Gitar Gambus berukuran kecil. rehab dan dan lain-lain. Biola. kedernong. yang menghasilkan irama khas.Tarian tradisional yang biasa ditampilkan pada upacara Tradisional seperti: tari "Baksa Kambang". suku asli Kalimantan Selatan. Tari tradisional biasanya diiringi oleh alat musik tradisional seperti: babun. gambang. "Maiwak". Panting. Sajian materi seni ini biasanya melemparkan sindiran – sindiran dan pesan sosial dan moral dengan kosa kata yang menggelitik dan lucu. Salah satu yang manjadi daya tarik pengunjung Kota Banjarmasin adalah berbagai macam kerajinan tangan dan cenderamata yang ada di kota ini. Seni Madihin adalah suguhan pentas monolog oleh satu atau dua orang seniman tradisional yang merangkai syair dan pantun diiringi dengan musik gendang khas Banjar. biasanya mengiringi lagu-lagu tradisional Banjar yang dinyanyikan. Demikian pula upacara adat khas Banjar yang biasanya dilaksanakan dalam rangka perkawinan. Menceritakan kisahkisah kehidupan masyarakat perjuangan kemerdekaan serta kritik sosial dan politik yang berkembang. Kerajinan Tangan yang dihasilkan warga Kota Banjarmasin sendiri di antaranya ialah kain Sasirangan yang memiliki kombinasi . nampak dari aktiviti kehidupan mereka sehari-hari. kelahiran. aron. "Kula Gepang". atau mengiringi tarian tradisional.

warna dan tekstur sangan khas. Duha adalah pisau bermata dua yang sering digunakan untuk berburu babi. Selain kerajinan yang berupa peralatan dan aksesoris. di Kota boleh didapati berbagai ramuan tradisional yang bahannya diperoleh dari pedalaman kalimantan. seperti pasak bumi yang sudah sangat terkenal di semua negara. yang disebut “besi lapar” yang di percayai dapat merobohkan orang yang memiliki ilmu kebal sekuat manapun. Di antaranya ialah serapang. Semua kerajinan tangan ini sangat menarik untuk dibawa sebagai oleh-oleh dari Kota Banjarmasin. Serapang adalah tombak bermata lima mata dimana empat mata mekar seperti cakar helang dengan bait pengait di tiap hujungnya.Tiruk adalah tombak panjang lurus tanpa bait digunakan untuk berburu ikan haruan (ikan gabus) dan toman di sungai. . Peralatan dan perabot rumah tangga yang dibuat daripada bahan rotan seperti lampit atau tikar. Secara kesimpulannya. sebagai salah satu bahan busana pria dan wanita. Selain itu ialah tiruk. tas. Kerajinan khas yang lain adalah air guci. bahasa bagi masyarakat Banjar hampir sama dengan bahasa Melayu dimana ia mempunayi loghat yang tersendiri. Senjata Tradisional adalah sebahagian lambang kebudayaan masyarakat Banjar. Pangambangan adalah tombak lurus bermata satu dengan bait di kedua sisinya. iaitu jenis sulaman khas banjar. Satu mata lagi berada di tengah tanpa bait. pas bunga dan bentuk-bentuk lainnya. Keindahan sasirangan sudah dikenal secara nasional. Masyarakat Banjar juga banyak menekankan kepada agama Islam dalam seharian kehidupan mereka.

Pusat Pengajian Bahasa. Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu. Menggali khazanah sastera Melayu klasik. Perkaitan semantik kata kerja Dialek Hulu Tembeling. UKM. 1997. Maslida Yusof. Pahang: Analisis berasaskan pendekatan dekomposisi semantik. Jakarta: Yayasan Gedung-gedung Bersejarah Jakarta & PT Gunung Agung Kamus linguistik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Edwar Djamaris. Leksikologi dan leksikografi Melayu. 45 Tahun Sumpah Pemuda. (1990).BIBLIOGRAFI Aina Hj. Kertas Kerja Seminar Dialek Melayu (SEDIA). Dlm Nor Hashimah Jalaluddin dan Rusmadi Baharudin (ed). Jakarta: Pustaka Jaya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2007. Karim 2008. (1974). Teori medan makna: pendeskripsian leksikal kata kerja dalam bahasa Melayu. Bangi .