Program Transformasi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia

Infrastruktur a) Gelanggang permainan perlu diperbanyakkan dan gelanggang permainan perlu dilengkapi kemudahan pencahayaan( spotlight ) seperti yang terdapat di UniversitI Malaya. b) Menyediakan gimnasium yang dilengkapi dengan alatan-alatan gimnasium yang sepatutnya. c) Tong sampah kitar semula perlu diperbanyakkan untuk mengalakkan lagi aktiviti kitar semula sekaligus menerapkan sifat cintakan alam sekitar dan

pembangunan secara lestari kepada pelajar.

Infostruktur a) Maklumat-maklumat penting perlu diberitahu dengan segera kepada pelajar untuk mengelakkan bebanan kerja di saat akhir. Kebajikan a) Memperbanyakkan bilangan kemudahan mesin basuh di kolej kediaman memandangkan penggunaan dan permintaannya yang sangat tinggi dalam kalangan pelajar yang tinggal di kolej kediaman, b) Kemudahan ‘watercooler’ perlu dipantau tahap kebersihannya dengan lebih kerap.Ini untuk mengelakkan pelajar mengalami keracunan air memandangkan penapisnya selalu kotor dan menyebabkn air berbau. c) Kemudahan bagi pelajar pergi ke hospital perlu dinaiktaraf.Pelajar yang sakit kadang-kadang tidak mampu untuk pergi ke Jabatan Hal Ehwal untuk menguruskan urusan ke hospital.Jadi,seeloknya urusan ini boleh diuruskan di pejabat asrama tetapi masih dengan pengesahan Jabatan HEP.

b) Menjalankan kuliah unit beruniform pada waktu pagi.Buku rujukan yang kadang-kadang tiada di pusat sumber perlu dibeli dan digunakan sepanjang semester.Subjek EDU boleh dijalankan dengan konsep ini di mana beberapa kelas boleh digabungkan dan masuk dalam kuliah yang sama.d) Elaun buku ditambah dan diberikan kepada pelajar pada setiap semester. Penyelidikan dan pembangunan a) Memperbanyakkan kajian baru dan inovasi sama ada daripada pelajar mahupun pensyarah bagi menyaingi standard IPTA dan IPTS. b) Konsep lecture hall perlu diadakan setaraf dengan IPTA dan IPTS. . Kokurikulum a) Kemudahan alatan sukan dinaiktaraf dan pelajar diberi peluang dan dibenarkan untuk menggunakannya semaksimum mungkin. Kurikulum a) Bahan dan sumber rujukan di pusat sumber perlu ditambah terutama bagi pelajar yang mengambil major selain major Bahasa Melayu. Laluan kerjaya a) Mempertimbangkan pelajar lulusan ijazah dari IPG untuk mengajar di sekolah menengah.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful