1.

0 Pengertian Dan Konsep Budaya Budaya diberi pelbagai takrif mengikut kesesuaian dengan latar sosio masyarakat di sesuatu kawasan. Budaya merangkumi setiap aspek kehidupan masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama penganutnya. Perkataan budaya berasal dari cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu yang membawa pengertian : i. ii. Budhi (Sanskrit) : kecergasan fikiran dan akal Kecergasan akal fikiran seseorang akan menetukan tajap pemikiran dalam

menangani sesuatu permasalahan dan mencari penyelesaian kepada permasalahan tersebut iii. iv. Daya (Melayu) : kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh Mengunakan segala kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh semula jadi

bagi membantu menjana pemikiran mereka Kebudayaan ditakrifkan sebagai keseluruhan cara hidup manusia merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir. Kebudayaan meliputi hasil kehidupan kelompok yang bercorak kebendaan dan bukan kebendaan [wp-like-locker] Dua peranan utama bagi pembentukan sesuatu budaya ialah : i. ii. membina imej negara kearah mewujudkan keperibadian serta identiti memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegaraan bercirikan kerohanian,

kemanusiaan, spiritual dan mental „Culture‟ dalam Bahasa Inggeris bermaksud menanam atau mengerjakan sesuatu. Budaya berkait rapat dengan apa yang dikerjakan sesuatu masyarakat.

arts. Nik Safiah Karim. cara pemikiran. Mohd Taib Osman (1988). beliefs. sciences. adat resam. usaha rohani atau kuasa mengerakkan jiwa”. akal budi (cara fikiran). pandangan dan tabiat berfikir seseorang. Selo Soemardjan dan Soelaiman Soemardi . modes of perception and habits of thoughts and activity. the way of life of people. Budaya merupakan warisan sosial manusia. Murid akan di didik . including their attitudes. susunan organisasi ekonomi. “budaya adalah tenaga fikiran.Budaya juga sesuatu yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi dan boleh diwarisi serta sering berubah mengikut peredaran masa. Budaya dari segi bahasa merupakan satu cara yang diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat kini. “ budaya adalah satu himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yang mampu memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling”. values. Budaya juga dikelasifikasikan sebagai satu cara hidup yang diamalkan sesuatu kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial. Budaya merujuk kepada satu cara hidup yang diamalkan kebanyakan orang termasuk pemikiran. politik. perasaan dan tingkah laku yang boleh diwarisi. yaDictionary of Philosophy (1996). Budaya dalam konteks pendidikan semasa dilihat melalui budaya di sekolah yang disamakan atau sebahagian daripada budaya masyarakat. Kamus Dewan (2005) . sikap dan nilai. rasa dan penciptaan dalam sesebuah masyarakat”. kepercayaan. nilai kepercayaan. berkelakuan dan sebagainya. agama. “budaya merupakan satu alat penghasilan karya seni. budaya ditakrifkan sebagai kemajuan fikiran . Budaya adalah hak masyarakat yang akan menentukan bentuk tingkah laku mereka.

sosial. status ekonomi. Budaya merupakan aspek kepunyaan bersama yang dikongsikan semua masyarakat. pendidikan yang diterima. kesusateraan dan cara hidup yang disebati untuk diterima bersama. kuasa politik. budaya meliputi setiap aspek berikut iaitu lokasi. kepercayaan dan jantina. falsafah. pekerjaan ibu bapa. keturunan. moral. 2. Budaya dalam masyarkat juga akan mempengaruhi budaya di sesebuah sekolah. Budaya adalah hasil ciptaan nasional yang merangkumi aspek kepercayaan. Kebudayaan dapat membezakan antara suatu masyarakat dengan . Budaya dalam masyarakat dikatakan melibatkan kesleuruhan aspek yang mengandungi budaya rakyat asal. Ini membolehkan murid yang dihasilkan sekolah boleh diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat yang terdiri dari pelbagai kaum. Budaya menjadi sumber identifikasi kekitaan dalam kepelbagaian kelompok di Malaysia dan terus diamalkan untuk mengangkat martabat negara. etika. Dalam kepelbagaian kelompok murid di Malaysia.untuk berbudaya sebagaimana dikehendaki oleh masyarakat. Sekolah harus berupaya menerapkan budaya melalui pendidikan formal dalam kurikulum dan kegiatan ko-kurikulum. bangsa. kesenian. Sebagai pendidik. adat resam. adalah menjadi tanggungjawab guru untuk menerapkan pendidikan nilai yang merangkumi nilai material dan bukan material mengikut acuan Malaysia. bahasa. undang-undang. Corak dan cara hidup sesuatu kumpulan manusia atau masyarakat itu tidak dapat difahami melainkan melalui kebudayaan. Budaya adalah lambing dan institusi kebangsaan. bahasa.0 Perkembangan Kebudayaan Di Malaysia Kebudayaan amat penting bagi individu atau masyarakat. pemikiran.

Taylor dan Budds turut bersependapat mengatakan agama termasuk budaya dan budaya lebih luas dari agama. Menurut definisi sosiologi.masyarakat yang lain. Manakala warganegara yang berasal dari golongan imigran masih meletakkan taat setia dan berkiblat kepada negara asalnya. Malaysia telah mewarisi c ara hidup zaman kolonial yang mengamalkan dasar “divide and rule” iaitu pecah dan perintah. Bermula dari zaman kolonial hinggalah pasca merdeka. kebudayaan ialah cara hidup yang menjadi kepunyaan bersama. kebudayaan itu dilihat daripada aspek persamaan dan perbezaan cara hidup rakyat Malaysia yang dikenali sebagai masyarakat Malaysia. budaya . Hal ini menyebabkan masyarakat Malaysia tidak mempunyai dasar-dasar kebudayaan yang mampu menjadi tunjang utama. Edward B. agama merupakan hasil kebudayaan dan budaya merupakan ciptaan manusia. Namun demikian. wujudnya kekangan (cultural barrier) antara golongan imigran dengan penduduk peribumi Malaysia. Oleh itu. Masyarakat secara tidak langsung telah terbahagi kepada golongan atau ras dengan kebudayaan yang bercorak sukuan. Sebaliknya Freeman Budds pula menyatakan budaya membimbing segala sesuatu tindak laku manusia. Taylor berkata kebudayaan tidak dimiliki. Dalam konteks Malaysia. tetapi di perolehi daripada kelakuan-kelakuan dan tingkahlaku manusia. Kesannya masyarakat Malaysia tidak mempunyai jati diri dan jiwa Malaysia.

Ianya lahir daripada gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (1971). Untuk mencapai matlamat pembinaan negara maka rakyat negara itu harus mempunyai ciri-ciri persamaan dalam perkara pokok termasuk kejiwaannya.199) kebangsaan Malaysia dapat diperkukuhkan demi untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersepadu. Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah penting bagi sesebuah negara membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia. Dasar Kebudayaan Kebangsaan telah digubal dan dilaksanakan dalam usaha mencapai kesepaduan dan semangat kebangsaan 3. Malaysia juga memerlukan suatu corak kebudayaan kebangsaan yang dapat memupuk semangat kebangsaan Malaysia demi mewujudkan perpaduan dan kestabilan di dalam negara. Pembinaan sesebuah negara belum sempurna sekiranya rakyat tidak meletakkan taat setia terutamanya dalam soal mempertahankan negara daripada pencerobohan musuh. Pembinaan sesuatu negara memerlukan penglibatan dan sokongan dari semua lapisan masyarakat dalam negara.namun begitu ciri-ciri kebudayaan yang utama harus ditonjolkan agar dapat menentukan corak keperibadian kebangsaan yang dapat memperlihat identiti masyarakat Malaysia.0 Pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) telah digubal dalam tahun 1971 iaitu pada tanggal 16 -20 Ogos 1971. Oleh hal yang demikian.Sememangnya perbezaan keturunan atau ras tidak dapat dihapuskan. Dengan cara yang demikian corak kebudayaan sukuan dapat diperkecilkan dan semangat (hal. Rentetan daripada itu. .

penwujudan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia akan terus berlandaskan unsur-unsur dan tiga prinsip yang ditetapkan oleh Kerajaan sebagai Dasar Kebudayaan Kebangsaan iaitu: a. pewujudan kebudayaan kebangsaan Malaysia akan terus berlandaskan unsur-unsur dan tiga prinsip yang ditetapkan oleh kerajaan sebagai dasar kebudayaan kebangsaan. c. telah melahirkan proses interaksi. 4. ketiga-tiga prinsip dan unsur ini dijadikan teras .0 Teras Dan Prinsip Utama Dasar Kebudayaan Kebangsaan Dasar kebudayaan kebangsaan telah menekankan tiga prinsip utama dalam usaha untuk mewujudkan kesepaduan tanpa membeza-bezakan antara penduduk pribumi dengan kaum yang lain. Peranannya sebagai sebuah pusat pertemuan.Justeru. mewujud dan mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa. Justeru itu sebagai kesinambungan.Dasar ini nanti akan dapat menjadi Garis panduan dalam membentuk. Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan. penyerapan dan penerimaan pelbagai unsur-unsur yang sesuai kepada kebudayaan asas rantau ini dari pelbagai unsur-unsur kebudayaan dunia. pengenalan. sebagai satu proses yang berterusan. Penggubalan dasar ini dibuat dengan mempertimbangkan fakta-fakta perkembangan sejarah serantau dan kedudukan negara ini sebagai pusat pertemuan serta pusat tamadun dan perdagangan sejak dua ribu tahun yang lampau. Dengan yang demikian. Unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsur kebudayaan kebangsaan. Kebudayaan Kebangsaan Malaysia hendaklah berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini. b.

Minang. perkembangan dan lahirnya warisan kebudayaan melayu sejak zaman berzaman. Brunei. Jawa. Kebudayaan rantau ini digambarkan oleh persamaan-persamaan dalam bidang bahasa yang berasaskan keluarga bahasa melayu iaitu Austronesia. Budaya melayu pada hari ini merupakan cara hidup.Filipina. pengalaman sejarah. Kadazan dan lain-lain lagi. Paling membanggakan apabila ianya berpusat di Melaka dan menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa perhubungan antarabangsa (linguafranca). Bugis. Malahan pernah melalui zaman kegemilangan dan keagungan tamadun melayu. Prinsipprinsip berkenaan ialah: 4.1 Berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini Nusantara merangkumi negara-negara seperti Malaysia. Iban. Merekalah yang dimaksudkan sebagai rakyat asal rantau ini. Ia merupakan pusat pecambahan. Kepulauan Melayu yang sebahagian besar suku bangsanya terdiri daripada orang Melayu. Menurut prinsip ini juga menyatakan bahawa. lambang identiti dan asas ukuran keperibadian kepada lebih 200 juta umat manusia yang bertutur dalam satu . Murut. kesenian dan nilainilai keperibadiannya. Melanesia dan Oceania) sehingga Malagasi merupakan sebahagian daripada pusat perkembangan tamadun atau budaya melayu. kebudayaan kebangsaan Malaysia hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat setempat rantau ini. iaitu warisan tradisi kebudayaan. Singapura. “Rantau” membawa maksud alam Melayu. Thailand dan Kampuchea serta kepulauan selatan pasifik (Polynesia. selain daripada faktor kedudukan geografi. Indonesia. kekayaan alam.dan berperanan penting dalam pelaksanaan dasar kebudayaan kebangsaan.

4. india arab.2 Unsur-Unsur Kebudayaan Lain Yang Sesuai Dan Wajar Diterima Kebudayaan merupakan sesuatu yang dinamik. Oleh hal yang demikian asas kebudayaan rakyat asal rantau ini secara tidak lansung telah dijadikan teras kepada kebudayaan kebangsaan. Sebagai contoh masyarakat Baba Nyonya yang telah mengalami asimilasi hasil daripada penyerapan budaya masyarakat setempat. Prinsip ini memperakukan bahawa unsur-unsur kebudayaan kaum lain yang sesuai dan wajar memanglah telah lama diamalkan.rumpun bahasa yang sama. yang sentiasa berubah-ubah melalui proses penyerapan dan penyesuaian secara berterusan. Contohnya masyarakat Orang Asli dan etnik di Sabah Sarawak. Masyarakat pribumi telah banyak menerima unsur-unsur ini sejak zaman-berzaman. Kesesuaian penerimaan dalam penyerapan ini adalah bergantung kepada tidak wujudnya percanggahan dengan perlembagaan dan prinsip-prinsip rukun negara dan kepentingan nasional serta asas-asas moral dan kerohanian sejagat pada amnya dan pada Islam sebagai agama rasmi negara khasnya Hal ini jelas kerana agama Islam merupakan agama rasmi Malaysia namun begitu masyarakat yang beragama selain dari Islam bebas mengamalkan agama masing-masing. difusi. Prinsip ini bertepatan dengan situasi penduduk berbilang kaum yang mewarisi pelbagai budaya. evolusi dan akulturasi. unsur-unsur kebudayaan masyarakat yang lain seperti budaya cina. Kemasukan unsur-unsur ini ke dalam kebudayaan tempatan kaum pribumi terjadi melalui pelbagai proses seperti asimilasi. Sebagai contoh. Oleh hal demikian. barat dan lain-lain yang sesuai wajar diberi perhatian dan diterima dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan. proses asimilasi wujud hasil daripada kekerapan .

Hal ini kerana Islam merupakan agama Persekutuan yang telah lama tersurat dan diterima oleh Perlembagaan. Segala unsur budaya yang mewarisi pelbagai warisan budaya rakyat tidaklah menjadi status kebudayaan kebangsaan secara lansung. Inggeris dan lain-lain dalam bahasa Melayu tempatan. Justeru itu. India dan Eropah. Begitu juga terdapat pengaruh bahasa Sanskrit. Portugis. Agama Islam telah memberi panduan yang jelas kepada manusia dalam mengimbang dan meningkatkan usaha bagi mengisi kehendak-kehendak emosi dan fizikal. Justeru. Meletakkan Islam sebagai unsur penting dalam kebudayaan kebangsaan memang kena pada tempatnya. Islam sewajarnya menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan memandangkan kedudukannya sebagai agama rasmi negara. 4.3 Islam Menjadi Unsur Yang Penting Dalam Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan Agama atau kepercayaan kepada tuhan merupakan unsur penting dalam proses pembangunan negara serta pembentukan kerohanian rakyat yang berakhlak dan berperibadi mulia. . di samping telah wujudnya fakta sejarah dan nilai-nilai islam yang telah sedia diterima pakai oleh sebahagian besar rakyat rantau ini.perhubungan dan pertembungan di antara kebudayaan dan bahasa dari negera China. pelaksanaan prinsip pertama dan kedua dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan perlulah disesuaikan dengan agama Islam. Ia haruslah terlebih dahulu disesuaikan dengan ciri-ciri atau nilai universal Islam. China.

penghayatan nilai.0 Objektif Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan bagi negara-negara yang baru merdeka amatlah penting untuk mewujudkan sebuah negara yang stabil dan bersatupadu. memartabatkan penggunaan bahasa Melayu dalam segenap lapangan dan mengetengahkan seni budaya seperti silat dan muzik tradisional yang kaya dengan pengaruh budaya setempat. Mengukuhkan perpaduan bangsa dan Negara. Ketiga-tiga prinsip asas di atas adalah melambangkan penerimaan gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971 5. tarian asli. Dengan yang demikian usaha-usaha pembentukan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia adalah bertujuan untuk mencapai tiga objektif penting iaitu: a. dan sebagainya.Selaras dengan kehendak kebudayaan kebangsaanlah. c. Hal ini dapat dilakukan dengan memperbanyak penganjuran aktiviti-aktiviti yang dapat membangunkan budaya ilmu. Tetapi budaya merupakan gaya hidup. Memperkaya dan tingkatkan kualiti hidup kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi 6.0 Strategi dan Pelaksanaan Objektif Prasyarat utama dalam memperkasa budaya adalah dengan memahami bahawa budaya merupakan jelmaan nilai-nilai masyarakat setempat dan bukanlah semata-mata dibataskan kepada stereotaipnya seperti muzik tradisional. kerajaan telah berusaha untuk menerapkan nilai-nilai Islam. Memupuk dan pelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada kebudayaan kebangsaan. pancaran peribadi dan perilaku dalam kehidupan sehari-hari. b. Selain itu kempen-kempen permartabatan ciri-ciri budaya .

Kebudayaan masyarakat Malaysia dapat ditonjolkan dengan jelas melalui bidang-bidang seperti berikut: a. dalam pelaksanaan dasar ini. badan-badan berkanun dan pihak swasta serta pertubuhanpertubuhan kebudayaan Peranan Kementerian/Jabatan. khidmat nasihat bagi mengukuhkan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan dan kerjasama dengan badan-badan antarabangsa Kerjasama dari Kementerian Kebudayaan Kesenian dan penglibatan pihak lain juga adalah penting Pelancongan.dasar kebudayaan kebangsaan dapat dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti pembangunan persembahan seni oleh Kompleks Budaya Negara sebagai pengelola dan urusetia perhubungan kebudayaan antarabangsa. Kerajaan-kerajaan Negeri dan badan-badan berkanun yang lain adalah sama penting dalam melaksanakan strategi dasar ini di dalam pengurusan harian dan pelaksanaan dasar-dasar semasa. Hal ini termasuklah Kementerian-kementerian dan Jabatan. Majlis Kebudayaan Negeri.setempat seperti kempen budi bahasa sewajarnya diperluaskan sehingga masyarakat merasai kesannya. Kerajaankerajaan Negeri. dasar kebudayaan kebangsaan boleh dilaksanakan melalui beberapa bidang. Hal ini kerana badan-badan ini berperanan menjalankan usaha pembinaan dan kemajuan kebudayaan di peringkat organisasi masing-masing dan seterusnya membiayai penajaan program atau projekprojek kebudayaan Selain daripada itu juga. Selain daripada itu juga.Peranan pihak swasta dan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan amat diperlukan . Pendidikan: .jabatan Kerajaan Pusat.

Media massa: Kenonjolkan melalui iklan atau rancangan yang melibatkan perpaduan seperti tarian satu Malaysia. Namun begitu bahasa Cina dan bahasa Tamil kekal digunakan. sekolah kluster dan sekolah sukan turut membantu melaksanakan dasar ini b. mendukung dan mengerak kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan. pendidikan.objektif boleh dicapai dengan meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan melatih peminat. memenuhi keperluan sosiobudaya. Sukan: Melalui penganjuran sukan SUKMA iaitu penglibatan dari semua kaum. dan meninggikan taraf serta mutu kesenian 7. penganjuran Citrawarna dan banyak lagi. pembangunan. Objektif dasar juga turut boleh dicapai dengan mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan. Seterunya.0 CABARAN YANG DIHADAPI . c.Kurikulum yang sama iaitu bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar. Selain itu juga penubuhan beberapa buah sekolah seperti sekolah wawasan. pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas Kebudayaan Kebangsaan melalui usaha sama penyelidikan. kenegaraan dan nasionalisme Malaysia.Selain daripada itu. Manakala akhbar tempatan boleh juga menyumbang menerusi penulisan di ruangan akhbar. Secara ringkasnya strategi dan pelaksanaan objektif dasar ini boleh dicapai melalui strategi-strategi berikut iaitu dengan pemulihan. pengembangan dan perhubungan budaya.

Media elektronik dan media cetak pula terpaksa melayan permintaan kaum yang ada di Malaysia masing-masing dengan menyiarkan iklan atau rancangan yang memenuhi permintaan kaum. Kelahiran pelbagai disiplin ilmu dalam pelbagai bidang seperti teknologi maklumat merupakan satu cabaran dalam era globalisasi. Sebahagian daripada seni persembahan tradisional itu merupakan ritual yang mempunyai tujuan atau kepentingan tertentu bagi menjaga keselamatan. Budaya asing yang negatif memberikan kesan mendalam terhadap masyarakat.masing. dengan pesatnya proses islamisasi. Hasil seni persembahan tradisi di kawasan-kawasan pendalaman kini didapati kian pupus.Jelasnya rupa bentuk kebudaayaan yang masih wujud sehingga ini masih lagi terbahagi mengikut kaum dan etnik masing-masing. seperti main puteri dan main dewa tidak lagi didapati hari ini. Namun. orang melihat seni persembahan tradisi yang berkaitan dengan ritual adalah tidak sesuai dengan nilai-nilai Islam. Kini dengan pesatnya perkembangan teknologi dan ilmu .Meskipun telah mencapai kemerdekaan selama lebih 50 tahun namun Malaysia belum mampu untuk menonjolkan kebudayaan yang melambangkan identiti Malaysia sendiri. Selain itu. Dalam bidang seni persembahan didapati banyak hasilan seni tradisi itu semakin dipinggirkan atau tidak mendapat perhatian. Setiap kaum dan etnik masih lagi berpegang kuat dan meminta hak yang lebih luas untuk mengamalkan kebudayaan masing. Malahan nilai-nilai sosial terhadap seni persembahan tradisi itu didapati semakin kurang diberikan perhatian. Generasi muda yang berminat untuk menyambungkan tradisi itu didapati amat berkurang. kebanyakan seni persembahan tradisi yang merupakan ritual. Cabaran yang dibawa bersama oleh teknologi ini ialah budaya luar yang asing daripada budaya tempatan.

tetapi fungsi baru misalnya alat perhiasan tetap dipertahankan. Walaupun didapati sebahagian daripada hasil seni tampak tradisi itu telah hilang fungsi kini. orang ramai masih memberikan nilai tinggi terhadap hasilan seni tampak itu. Kegiatan itu masih diteruskan dan permintaan ramai masih dapat dipertahankan. berbagai jenis mainan moden itu dianggap bertaraf dunia.0 Kesimpulan . Penghasilan seni itu cuba dipertahankan keasliannya bagi melambangkan jatidiri Melayu. Masyarakat malaysia yang juga kaya dengan berbagai jenis mainan tradisi. Segala jenis mainan tradisi akan tinggal kenangan yang tidak dapat berfungsi dalam perkembangan budaya moden kini. Dengan cara itu keaslian seni tampak tradisi itu dapat dihayati bersama oleh generasi akan datang. terutama untuk turut bersaing dalam pertandingan yang diadakan di peringkat dunia. Dengan itu unsur-unsur seperti itu tidak dapat berfungsi sebagaimana dahulu lagi. Malahan. dan orang Melayu juga patut mengambil bahagian. 8. seperti anyaman. Orang muda tidak berminat untuk terlibat dengan mainan tradisi. pertukangan dan sebagainya masih mempunyai tempat dalam kehidupan moden kini. Malahan dengan menyedari perlunya mengenali lambang-lambang kebangsaan.pengetahuan moden menyebabkan kegiatan atau amalan tradisi itu tidak lagi diteruskan. Dalam bidang seni tampak tradisional. tekstil. kini dengan pendedahan kepada berbagai jenis mainan moden maka mainan tradisi itu semakin diketepikan. Kerajaan melalui badanbadan tertentu. seperti Perbadanan Kraftangan Malaysia memainkan peranan dalam mendorongkan perkembangan kegiatan seni tampak tradisi itu.

Kesedaran dan kefahaman yang luas akan dapat membantu tercapainya hasrat dan cita-cita pelaksanaan dasar ini kerana dengan keinsafan itu sahaja Kebudayaan Kebangsaan akan dapat dibezakan dengan kebudayaan kesukuan atau kebudayaan kaum. Namun demikian pelaksanaannya adalah rumit dan tidak dapat dicapai dalam masa yang singkat. Dasar ini dapat menjadi garis panduan dalam membentuk serta mewujudkan satu bangsa yang bersatu-padu serta mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa. Ia mampu secara tidak menyatukan langsung mempu menggambarkan keharmonian dan penyatuan masyarakat Malaysia meskipun rakyat Malaysia berbeza agama dan pegangan masing masing.Penggubalan dan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah perlu bagi negara Malaysia yang sedang membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum yang mengamalkan budaya yang berbeza. Kebudayaan yang dipupuk itu akan mencirikan sifat-sifat persamaan yang melampaui batas-batas suku kaum dan memperlihatkan keperibadian kebangsaan Malaysia itu sendiri sebagai sebuah negara yang merdeka dan bermaruah. (1996). Dasar kebudayaan kebangsaan merupakan salah satu dasar yang dibina oleh kerajaan rakyat Malaysia Malaysia dari sudut yang kebudayaan. [/wp-like-locker] Rujukan Wan Liz Ozman Wan Omar. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors . Tuntasnya dasar kebudayaan ini mampu mewujudkan sebuah Negara yang lebih makmur dan memiliki masyarakat yang lebih hormat menghormati. Pengurusan Islam Abad Ke-21.

Ministry of Culture. Arts and Heritage of Malaysia: KUALA LUMPUR: Ministry of Culture. Kuala Lumpur.my.kpkk.gov. (2005). Penilaian Tahap kecekapan (PTK) .( 2003). pada 10 November 2010 . Penerbit Femina Diambil dari http://kebudayaan. Arts and Heritage of Malaysia Sidang Pengarang.Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan Malaysia.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful