You are on page 1of 7

ABAKUS

Sejarah Abakus Abakus juga dikenali sebagai sempoa merupakan alat hitung untuk melakukan proses aritmetik. Ia terdiri daripada sebuah rangka kayu, dengan manik-manik yang

menggelangsar pada wayar-wayar.Ia telah digunakan selama berabad-abad sebelum sistem angka Hindu-Arab tertulis dan masih digunakan secara meluas pada hari ini oleh para pedagang dan kerani di China,Jepun, Afrika dan negara- negara yang lain. Abakus pertama berasaskan batu rata yang diliputi dengan pasir atau habuk.Perkataan -perkataan dan huruf-huruf ditulis pada pasir. Nombor-nombor kemudian ditambah, dengan batu-batu kerakal digunakan untuk membantu pengiraan. Penggunaan istilah abacus (dari bahasa Inggeris) bermula sebelum tahun 1387 apabila karya-karya bahasa Inggeris Pertengahan meminjamkan perkataan latin untuk menghuraikan sempoa papan pasir.Perkataan Latin datangnya dari perkataan abakos, bentuk genetif bahasa Yunani untuk abax (meja hitung). Oleh sebab abax juga membawa pengertian meja yang ditaburi dengan pasir atau habuk yang digunakan untuk melukis bentuk geometri,sesetengah ahli linguistik meneka bahawa perkataan Yunani berasal daripada kata akar Semitik,(disebut a-vak), perkataan Ibrani untuk habuk. Istilah abacus juga mungkin berasal daripada perkataan Phoenicia , abak, yang membawa pengertian pasir. Pada masa kini,kita menggunakan kalkulator untuk mengira.Kalkulator dikatakan telah wujud beribu tahun yang lalu,tetapi pada zaman itu ,manusia menggunakan sempoa untuk mengira.Sempoa telah diubahsuai sehingga menjadi bentuk moden seperti gambarajah di bawah.

Mengapakah abakus wujud Abakus ialah satu bahan bantuan mekanikal yang digunakan untuk membilang.Orang yang menggunakan abakus biasanya melakukan pengiraan mental.Pengiraan

menggunakan sempoa melibatkan operasi tambah,darab dan bahagi. Bagi pengiraan hasil tambah, abakus digunakan dari arah kiri ke kanan. Abakus wujud untuk memenuhi keperluan untuk mengira.Para peniaga bukan sahaja memerlukan cara untuk menghitung barang yang dibeli dan dijual tetapi juga bagi mengira kos barangannya.Abakus digunakan untuk menjadikan pengiraan harian lebih mudah sehinggalah nombor dicipta.

Perbezaan antara papan pembilang dan abakus Papan pembilang - sekeping kayu, batu atau logam dengan ukiran alur atau garis bercat, manik-manik ,kerikil atau cakera logam digerakkan di antaranya. Abakus - papan peranti yang dibuat daripada kayu, plastik yang mempunyai bingkai untuk memegang rod dengan manik-manik yang mudah digerakkan. * Rujuk jadual di bawah

Papan Pembilang

Abakus

1. Sekeping kayu,batu atau logam 2. Mempunyai ukiran alur

1.Peranti dari kayu atau plastik 2. Mempunyai bingkai untuk memegang rod

3. Mempunyai manik,kerikil atau cakera untuk digerakkan

3. Mempunyai manik yang digerakkan

Bentuk papan pembilang yang pertama Papan pembilang dahulu tidak dapat dikesan,kerana bahan pembuatannya tidak kukuh di makan zaman. Menurut penulisan awal Plutarch (Paderi Oracle Delphi) Papan pembilang yang ringkas melibatkan garisan lukisan yang dilukis pada pasir dengan menggunakan tangan dan meletakkan kerikil antara garisan sebagai nilai tempat yang mewakili nombor. (jarak antara 2 garisan mewakili sa,puluh, ratus, ribu dan lainlain).Keperluan papan pembilang supaya lebih tahan lama,maka papan ukiran kayu

beralun dicipta, kemudian diganti lagi dengan bahan yang lebih kekal tahan lama. Abakus sangat berguna untuk mengajar Matematik di dalam kelas. .Penggunaan

abakus mempunyai teknik teknik tertentu Teknik Penggunaan Abakus Manik yang tedapat pada abakus dibahagikan kepada dua bahagian: Atas mempunyai satu manik bagi setiap tiang Bawah mempunyai empat biji manik bagi setiap tiang Untuk memulakan pengiraan, Alat abakus diletakkan di atas meja atau riba Menggerakkan manik dengan jari pada satu tangan sahaja.Satu manik

dibahagia atas mewakili nilai 5 , manakala setiap manik di bahagian bawah bernilai 1
10

Manik manik diambil kira sebagai telah dikira apabila menuju beam(kawasan yang memisahkan bahagian atas dan bawah. Boleh bermula daripada mana-mana tiang.Tiang kanan mewakili sa, manakala tiang disebelah kiri mewakili puluh dan seterusnya ke kiri mewakili nilai tempat yang lebih besar. Selepas manik bawah habis digunakan, nilainya dibawa ke bahagian atas. Kecekapan menggunakan abakus bergantung kepada teknik jari yang betul. Abakus cina, 3 jari digunakan untuk menggunakan untuk mengerakkan manik iaitu jari Manik bawah digerak ke atas oleh ibu jari dan ke

telunjuk, ibu jari dan jari hantu.

bawah ,jari telunjuk. Manik atas hanya jari hantu menggerakkan manik atas dan bawah

Rajah di bawah menunjukkan teknik jari yang betul

Contoh penggunaan abakus dalam matematik

Contoh:

823-713+669=779

11

Langkah 1 : Tunjuk:

823

Langkah 2: Tolak:

713

Langkah 3: Tambah

669

Jawapan

: 779

12

Kesimpulan Abakus merupakan salah satu bahan manipulatif yang boleh digunakan untuk

merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya konsep matematik dapat dipersembahkan dengan lebih efektif dan menarik. Penggunaannya dapat

menggalakkan aritmetik mental di sekolah rendah dan digunakan sebagai alat mengira dalam empat operasi asas.

13

Bahan Rujukan

14

You might also like