You are on page 1of 16

Penghargaan

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggj penghargaan kepada semua pihak yang telah membantu saya menyiapkan tugasan Kerja Kursus Geograf ini.Ribuan terima kasih diucapkan kepada Guru Besar, Puan Hajah Zabedah binti Haji Abbas kerana sentiasa memberi galakan kepada kami untuk meniapkan Kerja Kursus Geografi ini. Ucapan Terima Kasih diucapkan kepada Guru Geografi saya Puan Chong Siow Kuan yang telah banyak memberi tunjuk ajar kepada saya untuk menyiapkan Kerja Kursus Geografi ini. Tidak terlupa juga Ucapan Terima Kasih ditujukan kepada kedua ibubapa saya yang sentiasa memberi sokongan moral,tenaga dan juga sokongan kewangan untuk membantu saya menyiapkan Kerja Kursus Geografi ini. Akhir sekali,ucapan terima kasih saya tujukan kepada kawan saya Izwan yang telah memberi idea untuk menyiapkan Kerja Kursus Geografi ini

Pendahuluan
Kajian ini perlu dilakukan kerana ia merupakan syarat untuk pensijilan Penilaian Menengah Rendah(PMR).Kami diberi pilihan sama ada untuk memilih tajuk Ekosistem Hutan Terganggu Di Kawasan Kajian atau Perniagaan Runcit (Pasar Malam/Pasar Sari/Pasar Minggu/Pasar Tani/Pasar Tamu).Saya telah memilih tajuk Pasar Malam.di Taman Melawati. Sebab saya memilih kawasan kajian tersebut adalah kerana ia berdekatan dengan rumah nenek saya.Ia memudahkan saya untuk menjalankan kajian pada hari minggu kerana saya sangat sibuk pada hari Isnin-Jumaat. Saya telah diberikan masa selama sebulan iaitu daripada bulan April-May untuk menyiapkan kajian ini.Setiap pelajar perlu menulis laporan yang lengkap tentang kajian yang telah dijalankan. Saya berharap kajian dan laporan ini dapat mendatangkan manfaat kepada saya suatu hari nanti.

Objektif Kajian
1) Mentakrifkan konsep Pasar Malam 2) Menerangkan kepentingan perniagaan Runcit 3) Menghuraikan faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit 4) Menerangkan kesan negatif perniagaan runcit 5) Dapat menerapkan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian

Kawasan Kajian
Saya telah memilih Pasar Malam Taman Melawati sebagai kawasan kajian.Pasar Malam ini diadakan pada setiap hari Selasa,Khamis dan Sabtu.bermula daripada pukul 5.00 petang hingga ke pukul 10.00 Malam. Pasar Malam ini terletak di Lorong Perak,Taman Melawati,Kuala Lumpur.Bentuk pandang darat fizikal Pasar Malam Taman Melawati adalah Tanah Pamah Yang Rata.Pekerjaan Utama penduduk di Taman Melawati adalah Kakitangan Kerajaan dan Kakitangan Swasta..Jarak dari Bandar terdekat iaitu Bandar Kuala Lumpur adalah kira-kira 12-13KM.

Peta Daerah Kawasan Kajian

Peta Kawasan Kajian

Kaedah Kajian
1. Pemerhatian
Saya telah membuat pemerhatian selama 3 kali di Pasar Malam ini iaitu pada Hari Selasa,Khamis dan Sabtu untuk mendapatkan maklumat tentang kajian saya.Banyak maklumat telah saya dapat kumpulkan sepanjang pemerhatian

2. Rujukan
Saya telah membuat rujukan di internet pada laman Wikipedia, dan telah menggunakan `Google Search` untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang kawasan kajian.Saya juga telah merujuk pada buku teks untuk rujukan cara membuat folio.

Dapatan Kajian
8.1 Konsep Dan Jenis Perniagaan Runcit Di Kawasan Kajian
Menurut laman web Wikipedia ,Pasar Malam merupakan konsep pasar atau bazaar yang perniagaannya dimulakan pada waktu petang sehingga kepada waktu malam. Ia merupakan sejenis pasar jalanan yang terdapat di Malaysia, Singapura dan Indonesia yang biasanya berada di kawasan perumahan. Di pasar malam terdapat pelbagai gerai mudah alih, yang menjual barang-barangan seperti makanan dan hasil tani seperti sayur-sayuran, buah-buahan, daging dan barangan basah yang lain. Barangan lain seperti permainan, perkakasan, buku, baju dan sebagainya ada dijual. Ia menarik banyak orang mengunjunginya kerana harga barangan yang berpatutan. Pasar malam hanya dibuka beberapa malam dalam seminggu, kerana peniaga berpindah-randah ke kawasan berlainan setiap hari sepanjang minggu. Tawar menawar merupakan amalan biasa di pasar sedemikian. Di Malaysia peniaga mendapat lesen peniagaan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) yang berkaitan.

8.2 Kepentingan Perniagaan Runcit Di Kawasan Kajian
i) Menyediakan Peluang Pekerjaan
Perniagaan Runcit dapat memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat terutama golongan belia.Dengan adanya Pasar Malam ,golongan muda dapat memulakan perniagaan sendiri secara kecil-kecilan.Penduduk yang berdekatan akan mendapat maanfaat daripada perkara ini.Ini bakal menyumbang untuk memajukan ekonomi Malaysia.

ii) Meningkatkan Taraf Hidup/Pendapatan
Pasar Malam dapat membantu penduduk di sekitar kawasan Taman Melawati untuk meningkatkan pendapatan dengan berniaga.Ia dapat membantu penduduk di sekitar Taman Melawati mempunyai kehidupan yang lebih selesa pada masa hadapan.

iii) Menyediakan Barang Segar
Pasar malam ini menjual barang-barang dapur yang lebih segar daripada yang dijual di Pasar Raya. Harganya juga berpatutan sesuai dengan kualitinya.Ia lebih segar kerana ia dijual terus kepada pelanggan tanpa melalui pihak ketiga.

iv) Membolehkan Penduduk Tempatan Memasarkan Jualan
Pasar Malam dapat membantu Usahawan Kecil memasarkan produk mereka di sini.Dengan modal yang kecil ia merupakan tempat yang sesuai untuk Usahwan Kecil memulakan langkah pertama dalam perniagaan.Ia dapat membantu meningkatkan ekonomi Negara.

8.3 Faktor Yang Mempengaruhi Perniagaan Runcit Di Kawasan Kajian i) Modal
Pasar Malam tidak memerlukan modal yang banyak untuk memulakan perniagaan.Ini memudahkan golongan belia untuk memulakan diri berjinak-jinak dalam perniagaan.Ia dapat meningkatkan ekonomi Negara jika golongan belia yang menganggur berniaga dan mengelakkan mereka terlibat dengan perkara negativ dengan mengisi masa berniaga.

ii) Kesesuaian Waktu Berniaga
Pasar Malam ini menjalankan perniagaan pada Hari Selasa,Khamis dan Sabtu pada sebelah petang kira-kira dari Pukul 5petang sehingga pukul 10:30malam.Waktu ini merupakan waktu yang stratergik untuk berniaga.Ia memudahkan untuk Orang yang bekerja untuk singgah sebentar membeli makan malam sebelum pulang ke rumah.Ia juga memudahkan golongan Ibu yang berkejaya untuk singgah sebentar membeli barang-barang basah seperti Sayur-sayuran ,Ayam,Ikan dan lain-lain sebelum pulang ke rumah untuk memasak.

iii) Infrastruktur
Pihak PBT telah menyediakan banyak kemudahan infrastruktur untuk memudahkan Peniaga dah Pengunjung Pasar Malam.Antaranya ialah menyediakan tapak perniagaan yang selesa dan stratergik,Tempat meletak kenderaan yang luas dan tempat pembuangan sampah yang stratergik

iv) Darjah Ketersampaian
Taman Melawati terletak di lokasi yang stratergik kerana terletak di tengah-tengah antara kawasan Lembah Keramat dan Bukit Antarabangsa.Kawasan ini mempunyai kemudahan Jalan Raya.Ia jugak terletak dalam jarak jalan kaki dengan beberapa kawasan perumahan yang berdekatan Oleh itu , penduduk yang ingin mengunjungi pasar malam di kawasan pasar malam di kawasan ini tidak menghadapi sebarang masalah dari segi pengangkutan.

8.4Kesan Negatif Pasar Malam Di Kawasan Kajian i)Pencemaran
Daripada pemerhatian saya di Pasar Malam Taman Melawait selepas waktu berniaga menunjukkan kawasan persekitaran tapak Pasar Malam penuh dengan sampah sarap.Sekiranya ia dibiarkan begitu saja ,sampah tersebut akan mengakibatkan masalah pencemaran bau yang serius, menarik kehadiran makhluk perosak seperti tikus dan lalat.Keadaan ini menyeabkan kepada masalh wabak penyakit.

ii)Kesesakan Lalu Lintas
Pasar Malam biasanya menghadapi masalah kesekakan lalu lintas kerana pengunjung suka meletakkan kereta mereka sesuka hati terutama sekali di bahu-bahu jalan yang menganggu dan menyekat kenderaan lain

iii)Masalah sosial
Daripada pemerhatian saya di Tapak Pasar Malam Taman Melawati saya dapati terdapat banyak warga asing yang berkeliaran di kawasan sekitar tersebut.Jumlah mereka yang ramai amat membimbangkan terutama kepada kaum wanita yang takut untung berjalan berseorangan kerana bimbang dikacau.

iv)Harga Tanpa Kawalan
Kebanyakan harga barang di pasar malam ini tidak dipantau oleh pihak berkuasa.Oleh itu,terdapat kemungkinan pengunjung akan ditipu oleh peniaga yang menjual barangan melebihi harga pasaran.

8.5 Cadangan Untuk Mengurangkan Kesan Negatif Perniagaan Runcit Di Kawasan Runcit i)Kuat Kuasa Undang-Undang
Pihak berkuasa hendaklah bersikap lebih tegas dalam mengenakan denda dan hukuman yang berat kepada peniaga yang tidak mengikuti peraturan-peraturan dan terma-terma perniagaan yang ditetapkan dalam undang-undang kecil pemberian lessen peruncitan.Sekiranya mereka masih gagal mematuhi peraturan tersebut.lesen perniagaan mereka akan ditarik balik

ii)Pengawalan Harga
Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah bekerjasama dengan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri perlu sentiasa memantau dan mengawal harga barangan yang dijual di pasar malam bagi mengelakkan pembeli ditipu dan ditindas oleh peniaga

iii)Kempen Kesedaran
Pihak Kerajaan Tempata khususnya pihak MPAJ hendaklah mengedarkan risalah, menampal poster dan menggantung di kawasan tadbiran masing-masing bagi memberikan kesedaran kepada pengunjung dan peniaga untuk menjaga kebersihan di tapak pasar malam dan hak-hak pengguna

iv)Pemeriksaan Kesihatan
Unit Penguatkuasan Kebersihan MPAJ hendaklah memastikan semua peniaga gerai makanan dan minuman sudah menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum mereka diberi lesen untuk berniaga,Mereka seharusnya diwajibkan menyertai kursus berkenaan cara menyediakan makanan dan minuman yang menepati piawaian antarabangsa dalam industry makanan dan minuman

Bahan Grafik
Jadual:Jenis barangan yang dijual di Pasar Malam Taman Melwati Jenis Barangan Makanan Minuman Ikan Ayam Lembu Telur Sayur-sayuran Buah-buahan Plastik Kebun Baju Permainan Jumalah Jumlah Gerai 18 5 4 2 2 2 5 10 2 1 4 5 60 buah gerai

KESAN NEGATIF PERNIAGAAN PASAR MALAM TAMAN MELAWATI

9.Rumusan
Kesimpulannya, Kajian Kursus mengenai Perniagaan Runcit di Pasar Malam Taman Melawati ini telah memberi banyak faedah dan pengalaman yang berguna kepada saya Kajian ini membantu saya untuk memahami konsep dan definisi perniagaan runcit khususnya perniagaan runcit Pasar Malam.Kajian ini juga membantu saya untuk mengenalpasti jenis-jenis brangan yang dijual di pasar malam serta fungsi-fungsi Pasar Malam.Selain daripada itu saya juga dapat mengetahui dengan lebih jelas factor-faktor yang mempengaruhi perniagaan Pasar Malam terutamanya di Taman Melawati Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan ,saya juga dapat mengetahui dengan lebbih jelas beberapa kepentingan perniagaan Pasar Malam di kawasan Taman Melawati.Saya juga dapat mengenalpasti kesan-kesan negative perniagaan Pasar Malam di Taman Melawati.Peniagapeniaga Pasar Malam hendaklah bekerjasama berganding bahu untuk mengurangkan kesan negative yang timbul daripada perniagaan runcit Pasar Malam di Kawasan Kajian Kita sepatutnya hendaklah berayukur kerana dikurniakan oleh tuhan Negara yang aman damai di mana rakyat berbilang kaum dapat menjalankan aktiviti perniagaan untuk meningkatkan taraf hidup masing- masing supaya dapat memajukan ekonomi Negara

.

10.RUJUKAN
1)Buku Teks Abd Rahim Md Nor,2008,Buku Teks Geografi Tingkatan3,Shah Alam,Selangor Darul Ehsan,Cerdik Publication Sdn. Bhd. 2)Internet i)Laman web Wikipedia: http://en.wikipedia.org/wiki/Pasar_malam ii)Laman blog SMK Penghulu Saad: http://smkpenghulusaad.wordpress.com iii)Laman Carian Google:http;/google.com.my 3)Buku Rujukan i)Sabaruddin Abdul Rahman,2008,Siri Revisi PMR Gred A Geografi,Shah Alam,Selangor Darul Ehsan,Cerdik Publication Sdn. Bhd.