KANDUNGAN

Pengenalan 1.1 Budaya Melayu Dan Hubungan Etnik Dari Perspektif Agama
1.1.1 Maqasid syariah

1.2 Islam dan Hubungan Etnik berdasarkan Politik 1.2.1 Prinsip politik Islam

1.3 Islam Dan Hubungan Etnik Dari Perspektif Sosial
1.3.1 Berkenal-kenalan 1.3.2 Saling memahami 1.3.3 Kebebasan ( Al- Hurriyyah ) 1.4 Islam Dan Hubungan Etnik Dari Perspektif Ekonomi 1.4.1 Prinsip ekonomi dalam Islam Kesimpulam Rujukan Appendix

PENGENALAN
Latar Belakang
Pelajar-pelajar subjek Hubungan Etnik telah didedahkan dengan pelbagai aspek dan perspektif tentang hubungan antara pelbagai etnik selain memperkukuhkan pengetahuan yang sedia ada tentang sesama etnik. Kami juga telah mempelajari tentang pengenalan awal hubungan etnik, sejarah hubungan pelbagai kaum di Malaysia, aspek-aspek penting menyulusuri sejarah hubungan etnik di Malaysia, selain sejarah perkembangan etnik di malaysia itu sendiri. Kami telah diberi tugasan untuk mempelopori dengan lebih mendalam tentang budaya masing- masing dan perkaitannya dengan hubungan etnik. Sebelum ini kami telah ditugaskan untuk melakukan tugasan yang berunsur hubungan antara pelbagai etnik namun kini fokus kami adalah lebih tentang hubungan dalam etnik yang sama iaitu mengenai budaya melayu dalam hubungan etnik. Budaya melayu disini dapat dilihat berkait rapat dengan agama islam. Fokusnya adalah untuk melihat sejauh mana budaya etnik kami memberi kesan kepada etniketnik lain. Antara tujuan laporan ini dibuat adalah untuk mendedahkan kami tentang betapa pentingnya hubungan antara pelbagai etnik dalam mencapai kemakmuran negara. Tanpa perpaduan dan sifat saling memahami tentang etnik yang lain maka akan timbul perpecahan yang memberi implikasi yang buruk dalam pembangunan agama, ekonomi dan sosial negara. Tugasan ini juga memperlihatkan sejauh mana nilai saling bertolak ansur sehingga membawa kepada percampuran nilai-nilai budaya? Ini dapat dilihat khasnya ketika perayaan etnik masing-masing seperti perayaan Thaipusam, Tahun Baru Cina serta Hari Raya apabila kami saling menghormati walaupun ia menimbulkan ketidakselesaan dalam masa yang sama ada juga yang turut sama-sama meraikannya.Selain itu, kami juga telah mengenengahkan apakah nilai yang terdapat dalam budaya melayu serta agama islam yang mewujudkan hubungan etnik? Antaranya adalah prinsip Maqasid Syariah, nilai-nilai berpolitik,berekonomi dan bersosial dalam islam.

bekerjasama dan saling membantu antara satu dengan yang lain.1.1 Budaya Melayu Dan Hubungan Etnik Dari Perspektif Agama Islam menekankan keamanan untuk diri sendiri mahupun sesama umat Islam.Penghormatan kepada penganut agama lain telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW semasa hayat baginda dan pendekatan tersebut merupakan ajaran penting dalam agama Islam. . soal perbezaan bukan menjadi halangan untuk manusia berbaik-baik. Ini bersandarkan kepada firman Allah SWT : Islam menerima kepelbagaian bangsa dan pluralisme masyarakat bersandarkan firman Allah SWT: Dalam Islam.

1.t.w. Memelihara Agama Islam datang untuk membebaskan minda manusia daripada belenggu kemunafikan dan kesyirikan. http://www.w.com. untuk menjamin kebaikan serta menghindarkan kemudharatan kepada semua manusia tanpa mengira etnik.t.1.Islam melihat kepelbagaian etnik dengan pandangan yang positif untuk berkenal-kenalan dan bantu-mabantu dalam perkara kebaikan.w.my . Islam mengajak manusia beriman kepada Tuhan yang Esa iaitu Allah s. Islam mewajibkan individu menjaga keselamatan diri dan pada masa yang sama melarang keras perbuatan yang boleh mengancam keselamatan nyawa diri sendiri atau orang lain 1 WAN JEMIZAN WAN DERAMAN.1 MAQASID SYARIAH Syariah Islam didatangkan oleh Allah s. 1i Ia bertujuan memelihara kemaslahatan manusia dengan membuka ruang-ruang manfaat kepada mereka dan mengangkat kemudaratan. dan perkara-perkara yang berkaitan serta menjauhi anasir-anasir syirik dengan menjelaskan pelbagai panduan untuk melaksanakan ketaatan kepada Allah s. Dalam konteks hubungan etnik.Ini bersandarkan perisitiwa bila Nabi Muhammad SAW menegur Abu Zarr yang menggelar Bilal dengan menjelaskan tiada keistimewaan seseorang yang berkulit putih dengan seorang yang berkulit hitam kecuali ketakwaannya.t.takaful-ikhlas. Menjamin keselamatan nyawa. Syariah Islam juga datang untuk menjamin keselamatan nyawa dan anggota tubuh badan manusia.

Malah Islam sendiri dibina di atas akhlak yang mulia. Syariah Islam menegaskan mengenai kepentingan untuk mencari kekayaan daripada nikmat dan anugerah Allah s. Kemuliaan dan keperibadian seseorang amat penting dalam kehidupan setiap individu. Jika seseorang islam itu meninggal dunia hartanya akan dibahagikan dengan adil kepada kaum kelurganya mengikut prinsip syariah. Menjamin kehormatan dan maruah diri. Menjamin pemilikan dan penguasaan harta.w. Melalui keistimewaan inilah manusia diberikan status sebagai khalifah untuk memakmurkan bumi. syariah Islam telah menegaskan mengenai kepentingan untuk menuntut dan menguasai ilmu pengetahuan.w. Keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah s.t. Syariah Islam telah menggariskan peraturan. la berkait rapat dengan kehormatan dan maruah diri. kepada manusia ialah akal.Islam manganjurkkkaaan umatnya untuk sentiasa memelihara maruah dan kehormatan diri supaya dipandang tinggi orang lain.Memelihara kemurnian fikiran. Disebabkan itulah islam melarang perbuatan minum minuman keras khasnya bertujuan tidak berlakunya perbuatan maksiat dan zina yang menjatuhkan kehormatan seseorang itu. hukum dan undang-undangnya yang tersendiri dalam soal kehartaan. Bersesuaian dengan tujuan ini.t. .

. Di dalam perlaksanaannya yang luas.perkara baru yang timbul di kalangan ummah melalui proses ijtihad. Ke'adilan di dalam bidang bidang sosioekonomi tidak mungkin terlaksana tanpa wujudnya kuasa politik yang melindungi dan mengembangkannya.2.1 Prinsip politik Islam Musyawarah Prinsip pertama dalam sistem politik Islam ialah musyawarah. Ia berkait rapat dengan keadilan sosial yang dijamin oleh sistem sosial dan sistem ekonomi Islam. di antara dua pihak yang bersengketa di hadapan pihak pengadilan. Keadilan juga boleh disebut sebagai Al-Adalah.orang yang akan menjawat tugas-tugas utama dalam pentadbiran ummah. termasuk keadilan di antara rakyat dan pemerintah. prinsip keadilan yang terkandung dalam sistem politik Islam meliputi dan menguasai segala jenis perhubungan yang berlaku di dalam kehidupan manusia. Ia membawa maksud seseorang itu tidak menyendirikan pendapatnya dalam persoalan atau permasalahan yang memerlukan pendapat orang lain. Asas musyawarah yang paling utama adalah berkenaan dengan pemilihan ketua negara dan orang. Ke'adilan Prinsip kedua dalam sistem politik Islam ialah keadilan.musyawarrah dapat membuka segala pintu kesulitan dan member kesempatan untuk melihat penyelesaian dalam pelbagai sudut. Kebaikannya manusia akan mendapat lebih ilmu pengetahuan dari perbincangan selain daripada idea sendiri. Asas musyawarah yang seterusnya ialah berkenaan dengan jalan -jalan menentukan perkara.2 Islam dan Hubungan Etnik berdasarkan Politik 1.1. Asas musyawarah yang kedua pula adalah berkenaan dengan penentuan jalan dan cara perlaksanaan undang-undang yang telah dimaktubkan di dalam al-gur'an dan al Sunnah. di antara pasangan suami isteri dan di antara ibu bapa dan anak.

Dalam bahasa Arab kebebasan disebut sebagai Al-Huriyyah. Prinsip ini berdasarkan kepada kewajiban pihak pemerintah untuk melakukan musyawarah dalam hal hal yang berkaitan dengan urusan dan pentadbiran negara dan ummah. Kebebasan Prinsip ketiga dalam sistem politik Islam ialah kebebasan.Pemeliharaan terhadap keadilan merupakan prinsip nilai-nilai sosial yang utama kerana dengannya dapat dikukuhkan kehidupan manusia dalam segala aspeknya.Oleh sebab kewajiban berlaku adil dan menjauhi perbuatan zalim adalah merupakan di antara asas utama dalam sistem sosial Islam. Persamaan Prinsip keempat dalam sistem politik Islam ialah persamaan atau musawah. maka menjadi peranan utama sistem politik Islam untuk memelihara asas tersebut. Perbezaan warna kulit. Hak Menghisab Pihak Pemerintah Prinsip kelima dalam sistem politik Islam ialah hak rakyat untuk menghisab pihak pemerintah dan hak mendapat penjelasan terhadap tindak tanduknya. Kebebasan yang dipelihara oleh sistem politik Islam ialah kebebasan yang berteraskan kepada ma'ruf dan kebajikan. Hak rakyat untuk disyurakan adalah bererti kewajipan setiap anggota di dalam masyarakat untuk menegakkan kebenaran dan menghapuskan . Menegakkan prinsip kebebasan yang sebenar adalah di antara tujuan-tujuan terpenting bagi sistem politik dan pemerintahan Islam serta asas asas bagi undang -undang perlembagaan negara Islam. persamaan dalam memikul tanggungjawab menurut peringkat -peringkat yang ditetapkan oleh undang-undang perlembagaan dan persamaan berada di bawah taklukan kekuasaan undang -undang.bangsa dan bahasa tidak menjejaskan taraf kemanusiaan seseorang. Persamaan di sini terdiri daripada persamaan dalam mendapat dan menuntut hak-hak. Islam mengajar semua manusia adalah sama dan setaraf dari sudut pandangan Allah dan factor yang membezakan mereka adalah ketakwaan di sisi Allah.

Berkenal-kenalan sudah menjadi fitrah manusia yang menjalani kehidupan.kemungkaran.. .W. Konsep berkenal-kenalan ini prinsip yang terdapat dalam islam yang merupakan fitrah manusia yang memerlukan perhubungan dan kasih sayang antara satu sama lain. kerana mereka melupakan hari perhitungan. Prinsip ini berdasarkan kepada firman Allah yang mafhumnya: "Dan apabila ia berpaling (daripada kamu)." (Sad: 26) 1. dan naluri. dan Allah tidak menyukai kebinasaan. mental.3 Islam Dan Hubungan Etnik Dari Perspektif Sosial 1. dan merosak tanaman tanaman dan binatang ternak." (Al-Baqarah: 205) ". Sesungguhnya orang orang yang sesat daripada jalan Allah akan mendapat 'azab yang berat. ia berjalan di bumi untuk mengadakan kerosakan padanya. Hak ini dalam pengertian yang luas juga bererti hak untuk mengawasi dan menghisab tindak tanduk dan keputusan-keputusan pihak pemerintah.T menciptakan manusia daripada lelaki dan perempuan yang berbeza dari segi fizikal.1 Berkenal-kenalan  Teorikal Berkenal-kenalan merupakan perkara pertama yang perlu wujud dalam perhubungan sosial masyarakat.Hal ini akan menyebabkan mereka dapat menjalinkan perhubungan anatara mereka.maka berilah keputusan di antara manusia dengan 'adil dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu.3. Hal ini sudah cukup memberi pengetahuan kepada kita bahawa untuk melahirkan kasih sayang antara dua makhluk perlulah kenal-mengenali antara satu sama lain. ALLAH S. kerana ia akan menyesatkan kamu daripada jalan Allah. Agama islam tidak hanya menganjurkan pengenalan yang terabatas sahaja tetapi juga mengetahui denagan lebih terperinci tentang seseorang yang kita berkenalan.

. berbincang masalah yang tidak dapat ditanggani dan sebagainya. Hal ini membolehkan kita berkenalan antara satu sama lain. kadazan dan sebagainya. Laungan azan dengan suara yang kuat keadaan ini tidak membawa sebarang masalah kepada kaum lain hal ini kerana terdapatnya persefahaman antara kaum lain. Jika konsep berkenal-kenal ini tidak terdapat dala agama islam ini akan menyebabkan tidak mempunyai perpaduan dan kesefahaman. prinsip ini perlu ditekankan. 1. kita lihat sahaja akativiti yang dalam islam iaiti laungan azan di masjid.2 Saling Memahami  Teorikal Saling memahami iaitu saling memahami antara satu sama lain sama ada dalam melakukan persetujuan atau permuafakatan. kepercayaan dan budaya sesuatu bangsa dan budaya dan etnik lain beerti akan wujud suasana hidup yang harmoni.  Praktikal Sebagai contoh.3. Dalam kehidupan masyarakat yang harmoni dalam pelbagai etnik. Hal ini membolehkan berkenalan dengan mereka bagi menyiapkan tugasan. kaum india. Contohnya. di Malaysia yang mempunyai pelbagai etnik terdapat kaum cina. Konsep berkenal-kenalan yang terdapat dalam islam ini membolehkan masyarakat agama islam dapat bergaul dengan masyarakat yang beragama lain. Contohnya. Praktikal Hal ini dapat dilihat bahawa konsep ini menggalak manusia untuk berkenal-kenalan ini bukan sahaja kepada sesama islam tetapi juga pelbagai kaum. Bagi kaum indu ayng menyambut thaipusam mereka akan berjalan beramai-ramai di atas jalan raya dengan memakai kavadi. Apabila bangsa-bangsa yang wujud mampu untuk memahami cara hidup. di Universiti terdapat pelbagai kaum yang manuntut ilmu. Begitu juga denagan upacara bagi kaum lain seperti thaipusam.

1. diantaranya firman Allah S. kebebasan berfikir. Ini bermaksud tiada sesiapapun di antara rakyat negara Islam yang harus dipaksa menganut agama Islam kepada ahl al-Zimmah atau golongan etnik bukan Islam. kebebasan politik. dengan sebahagian etnik Arab yang bukan beragama Islam.W. Di dalam perjanjian Rasulullah S. Hal ini disebakan oleh agama islam yang amat memahami kepada kehidupan saling memahami kerana ia akan membawa kepada kehidupan yang penuh kebajikan. kebebasan sivil dan kebebasan hakiki. Begitu juga dengan pegawai-pegawai gereja serta ahli agama mereka. Bagi islam.3 KEBEBASAN (AL-HURRIYYAH) Tahap Konseptual: Kebebasan secara amnya menekankan kebolehan seseorang individu untuk bertindak mengikut kehendaknya sendiri. Islam memperakui kebebasan beragama bagi setiap orang. Kebebasan beragama bermaksud kebebasan beriktikad dan kebebasan melakukan ibadat.W.W.: Maksudnya. 2:256) Berdasarkan kepada pengertian ayat diatas. Kebebasan adalah nilai kemanusiaan yang diberi perhatian dalam Islam. Asas kepada kebebasan ini berdasarkan kepada beberapa ayat al-Qur’an. memberikan mereka kebebasan menegakkan syiar agama mereka.Masyarakat lain juga memahami perarakan tersebut dan hal ini tidak menimbulkan kemarahan kepada masyarakat lain. “tiada paksaan di dalam agama (Islam) kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) daripada kesesatan.3. mereka diberikan kebebasan untuk menikmati hak-hak serta pengaruh mereka yang lama dalam suasana yang aman dan tenang (Mat Saad. Ia merangkumi kebebasan beragama. Islam memberi kebebasan kepada individu memilih agama yang mereka anuti.T.A. jelaslah bahawa Islam tidak memaksa orang bukan Islam memeluk agama Islam. memang Baginda S.1995). kebajikan yang mutlak merupakan berasakan kepada sumber agama islam dan bukan hanya daripada pandangan akal manusia yang bersifat lemah dan terbatas. Dalam soal memilih agama. seperti perjanjian Baginda dengan penduduk Najran dan lain-lain.”(al-Baqarah.A. Islam tidak menerima tindakan memaksa seeorang menganut agama tanpa kerelaan individu tersebut. .

tetapi suasana buruk atau tidak tenteram yang mungkin akan timbul nanti (Abd al-Karim. 1976). Hak ini sebenarnya amat jelas. Dengan itu. Tahap Praktikal: Amalan-amalan yang dijalankan dalam kehidupan seharian bagi kebebasan hak beragama adalah dari aspek bidang pendidikan. Malah pemerintah tidak boleh membantah mana-mana puak etnik bukan Islam yang ingin menukar agama mereka kepada agama yang lain. Golongan etnik bukan Islam diberi kebebasan penuh untuk memuji dan mengagungagungkan agama mereka. rumah ibadat dan kebebasan penuh untuk memuji dan mengagung-agungkan agama. golongan bukan beragama Islam tidak pernah dipaksa untuk mempelajari pelajaran agama Islam bahkan mereka berhak menyusun urusan pendidikan agama mereka di sekolah-sekolah yang khusus untuk mereka. . Rumah ibadat bagi masyarakat bukan beragama Islam tidak boleh diganggu dan dirobohkan. jika mereka melakukannya di tempat-tempat yang bukan menjadi pusat penempatan orang Islam maka mereka tidak wajar dilarang.” Lantaran itu. Dalam bidang pendidikan. Larangan mereka melakukan upacara-upacara agama di luar rumah-rumah ibadat di dalam kawasan yang menjadi pusat penempatan orang Islam lebih berdasarkan kepada kepentingan umum (maslahah ammah) kerana ditakuti akan berlaku fitnah dan suasana yang tidak tenteram di dalam masyarakat. jika ia tidak diperakui maka sudah tentu tidak harus dimeteraikan Perjanjian Zimmah dengan mereka kerana perjanjian itu akan memberikan mereka hak untuk kekal dalam akidah dan hak untuk tidak diganggu dalam urusan agama mereka (al-Qardawi. Jika dirobohkan mereka berhak membina semula rumah ibadat itu asalkan ia tidak dibina dalam kawasan penempatan yang dibangunkan oleh orang Islam. orang Islam tidak harus mengganggu akidah mereka. Sebarang perundangan berkaitan murtad hanya dikenakan kepada orang Islam yang murtad. 1997).Diantara beberapa kaedah yang masyhur di kalangan sarjana Islam berkaitan dengan ahl al-Zimmah atau golongan etnik bukan Islam ialah kaedah “kita biarkan mereka dengan agama mereka. Oleh kerana itu. dapatlah difahami bahawa larangan itu bukanlah sepenuhnya ditujukan khas kepada syi’ar agama mereka.

Antara prinsip penting ekonomi islam ialah keadilan. Kesemua prinsip ini jika diperincikan dan diamati. Prinsip ekonomi yang diterapkan oleh Islam berbeza dengan sistem ekonomi konvensional yang menjadi pegangan masyarakat seperti kapitalis dan sosialis. ternyata ia menjamin kestabilan dan keharmonian antara kaum. pemerintah Islam tidak boleh sekali-kali memaksa etnik yang bukan Islam berpegang kepada akidah dan amalan yang bercanggah dengan agama mereka. dan rabbaniyah. Kebebasan dalam kegiatan perniagaan dan keadaan yang aman di Madinah telah berjaya menarik minat pedagangpedagang luar untuk datang ke Madinah. . keseimbangan.4 Islam Dan Hubungan Etnik Dari Perspektif Ekonomi Pembangunan sesebuah negara amat bergantung kepada system ekonomi kerana ekonomi adalah nadi yang menggerakkan kemajuan negara dalam bentuk fizikal. Akhirnya Madinah menjadi pusat perdagangan terpenting di Semenanjung Tanah Arab. Peraturan ini dibuat untuk mengelak pemboikotan ekonomi oleh orang-orang Yahudi ke atas umat Islam seperti yang dilakukan oleh kaum Quraisy Makkah sebelum penghijrahan Rasulullah S. iaitu berkait rapat dengan soal hukum.A. kebebasan. Bahkan Islam secara tegasnya melarang penganutnya mencaci dan mencela tuhan-tuhan golongan etnik bukan Islam yang lain. etika dan moral. Dalam memelihara hubungan etnik yang sedia terjalin. pembangunan dan sistem ekonomi yang stabil dan seimbang amat diperlukan dalam memupuk perpaduan antara kaum agar semua rakyat berada dalam keadaan aman dan harmoni.Ia sama sekali tidak dikenakan kepada golongan bukan Islam sekalipun mereka mengajak orang-orang Islam supaya murtad.W ke Madinah. akidah.Sejarah awal Islam telah merakamkan etika dan system ekonomi yang amat menitikberatkan perpaduan ummah. 1.Bagi negara yang mempunyai masyarakat pelbagai kaum seperti Malaysia. khususnya telah menyatukan dan mendamaikan antara suku-suku bangsa Arab di Madinah yang sentiasa bertelagah sebelum ini dan memberi kebebasan menjalankan kegiatan ekonomi kepada semua penduduk. Mereka dibenarkan melakukan segala amalan yang bertepatan dengan agama mereka selagi tidak bercanggah dengan undang-undang negara. Piagam madinah.

pengembangan dan perbelanjaan harta tersebut. masyarakat atau Negara. Sedangkan Islam bersifat seimbang dan adil antara keduanya. keharmonian itulah keadilan.W. rasa persaudaraan. Manakala sistem komunis atau sosialis pula berprasangka buruk terhadap individu lantas menafikan pemilikan dan hak individu terhadap harta dan hanya memandang kemaslahatan Negara dan masyarakat semata-mata. atau aspek-aspek lahiriah dan kerohanian individu dan masyarakat di samping tidak pula mengabaikan manfaat sesuatu kumpulan atau memberatkan sesuatu golongan kerana setiap mereka mempunyai hak dan tanggungjawab yang berteraskan keadilan dan kesaksamaan. tetapi mestilah berpandukan syariat. keadilan dalam pembahagian harta kekayaan dan pemilikan amat dititikberatkan agar tidak berlaku penyelewengan dan penindasan golongan yang tidak berkemampuan. Pemingkulan tanggungjawab itu mencerminkan fungsi kewujudan manusia dan alam.T.Islam juga tidak menafikan hak negara untuk memiliki dan mentadbir harta demi kepentingan dan kemaslahatan masyarakat.Masing-masing dengan tugasnya dan pada waktu yang sama berhubungan secara harmoni dengan nilai-nilai cinta antara satu sama lain.Islam tidak menafikan hak dan kebebasan individu untuk memperoleh. memiliki dan mentadbir harta. Tidak seperti system kapitalis yang mementingkan individu dan kebebasannya hamper-hampir bersifat mutlak ke atas individu dalam soal pemilikan. iaitu individu. Dalam aspek hubungan etnik atau hubungan social.Menurutnya. . semangat tolong-menolong semulajadi dan semangat kerjasama ( Muhammad Shukri 2002 ).Keadilan juga terjadi dalam soal pemilikan harta.i) Keadilan (al-Adalah) : Konsep keadilan seperti yang telah dibincangkan oleh Syed Qutb ialah dengan kembali kepada asal mula segala penciptaan Allah S.Inilah yang membuktikan bahawa Islam mempunyai prinsip keadilan sosial dalam soal pemilikan dan pentadbiran harta. Keharmonian penciptaan Allah tidak mengorbankan aspek-aspek fizikal dan kerohanian manusia.

tanpa mengira bangsa dan kaum serta sekaligus membuktikan kesyumulan Islam. untuk memenuhi keperluan harian bagi setiap anggota masyarakat. Hal ini jelas membuktikan bahawa Islam merupakan agama yang memberi keadilan dan kebebasan kepada semua kaum seperti kaum cina dan india dalam menjalankan ekonominya.Namun.T. Islam membenarkan malah menggalakkan mereka berinteraksi dalam aktiviti ekonomi. Sedangkan ekonomi yang diamalkan oleh Barat.ii) Kebebasan ( al-Huriyyah ) Dalam sistem ekonomi Islam. Sementara ekonomi sosialis pula. Prinsip kebebasan ini berbeza dengan ekonomi kapitalis mahupun sosialis. tidak mempunyai kebebasan sama sekali kerana seluruh aktiviti ekonomi diatur dan diserahkan kepada negara. khususnya kapitalis dan sosialis tidak langsung menekankan soal ini. Dalam kapitalis. Orang-orang bukan Islam dapat menjalankan perniagaan di manamana sahaja malah di kawasan majoriti orang Islam juga. Baginda pernah menjalankan aktiviti ekonomi bersama orang yahudi semasa baginda menjadi pemerintah di Madinah. di mana masyarakat hidup dalam suasana yang harmoni dan berganding bahu untuk membina pertumbuhan ekonomi negara. perekonomian Islam juga memberi kebebasan kepada individu untuk beraktiviti sama ada secara perseorangan mahupun secara kolektif. iii) Ketuhanan (Rabbaniyyah) Ekonomi Rabbaniyyah bermakna ekonomi Islam sebagai ekonomi ilahiah yang sangat berbeza dengan sistem yang diamalkan oleh Barat kerana ekonomi Islam amat menitikberatkan hubungan dengan pencipta iaitu Allah atau mempunyai kaitan dengan persoalan ketuhanan.Individu atau jamaah Islam tidak dilarang untuk menjalankan urusniaga dengan orang bukan islam seperti berjual beli dan sebagainya. Hal ini dapat dibuktikan apabila amalan ini dilakukan sendiri oleh baginda Rasulullah S.Kebebasan dalam ekonomi islam jelas memberikan kebaikan kepada semua pihak.W. . kebebasan ini tidak secara mutlak kerana ia terikat dengan batasan syariat yang telah digariskan oleh Allah S.Keadaan yang sama juga wujud di negara kita. kebebasan individu dalam ekonomi tidak dibatasi nilai-nilai ukhrawi sehingga tidak dikira halal dan haram. Selain itu.A.W.

dan tidak berjudi.1 Prinsip-prinsip dalam Ekonomi Islam Thomas Khun menyatakan bahawa setiap sistem ekonomi mempunyai inti paradigma. pemahaman. akhlak. (kepada mereka dikatakan): “Makanlah olehmu dari rezeki yang (dianugerahkan) Tuhanmu dan bersyukurlah kamu kepada-Nya. Inti paradigma ekonomi Islam ini adalah bersumber daripada Al-Quran dan Sunnah. Prinsip keseimbangan juga dalam praktiknya. Seseorang muslim juga tidak akan melakukan pemborosan. kezaliman. pencurian. tidak melakukan riba. memberi dan menerima suapan.Manakala ekonomi Insani adalah kerana ekonomi ini dilaksanakan dan ditujukan untuk kemakmuran manusia. kewajipan mengeluarkan zakat dan sebagainya. konsep halal dan haram. Dalam membicarakan soal ketuhanan dalam sistem ekonomi. dan tidak kikir. 1.Ekonomi Islam mempunyai sifat dasar sebagai ekonomi Rabbani dan Insani.4.W. “Sesungguhnya bagi kaum Saba’ ada tanda (kekuasaan Tuhan) di tempat kediaman mereka yaitu dua buah kebun di sebelah kanan dan di sebelah kiri. bekerja sebagai ibadat. Seseorang muslim yang tunduk dan patuh kepada aturan Allah. Seseorang muslim ketika melaksanakan pekerjaan sama ada bercucuk tanam. yang membuat ekonomi konvensional semakin dikritik dan ditinggalkan orang. (Negerimu) adalah negeri yang baik dan (Tuhanmu) adalah Tuhan yang Maha Pengampun”.T dan tidak mempertimbangkan akhirat. antaranya ialah konsep pemilikan harta. (Qardhawi). penipuan. tidak akan berusaha dengan melakukan sesuatu yang haram. Menurut Yusuf Qardhawi (2004).Islam mempunyai cara. Dua prinsip yang pertama kita sama-sama tahu ianya pasti tidak ada dalam landasan dasar ekonomi konvensional. berdagang dan sebagainya adalah dikira sebagai beribadat kepada Allah dan mereka haruslah menikmati dan menyedari bahawa semua itu adalah rezeki daripada Allah dan nikmat-Nya yang wajib disyukuri sebagai mana dalam firman Allah surah Saba ayat 15. dan keseimbangan. . ilmu ekonomi Islam memiliki tiga prinsip dasar iaitu tauhid. nilai-nilai ekonomi yang berbeza dengan ekonomi barat yang sama sekali tidak mengharapkan ketenangan dari Allah S. ia menekankan beberapa aspek penting.Ianya di sebut Ekonomi Rabbani kerana sarat dengan arahan dan nilai-nilai Ilahiyah.

Saringan moral bertujuan untuk menjaga kepentingan diri supaya sentiasa berada dalam batas-batas kepentingan sosial dengan mengubah preferensi individu sesuai dengan prioritas sosial dan menghilangkan atau meminimalisasikan penggunaan sumber daya untuk tujuan yang akan menggagalkan visi sosial tersebut. sumber daya dan sebagainya. sikap-sikap terhadap manusia.S. Kerana itu hendaklah kamu membahas cara berbuat mengenai harta di dunia ini. ayat 284 dan Q. Ada beberapa ciri-ciri ekonomi Islam sebagaimana yang disebutkan dalam AlMawsu’ah Al-ilmiah wa al-amaliyah al-islamiyah yang dapat diringkaskan seperti berikut: a) Allah sebagai pemilik harta dan manusia sebagai pengurus. tingkah laku. yang juga mengemukakan peranan manusia sebagai khalifah. akhlak. segala harta adalah milik Allah S. . AlBaqarah. iaitu asas akidah. gaya hidup.Al -Maai’dah ayat17.T . Keimanan mempunyai peranan penting dalam ekonomi Islam.Ekonomi islam dikatakan memiliki dasar sebagai ekonomi Insani kerana sistem ekonomi ini dilaksanakan dan ditujukan untuk kemakmuran manusia. Al-Hadiid ayat 7.Kedua. yang berfirman dalam Q. akan tetapi Allah telah memberikan hak kepada manusia untuk memanfaatkannya. kerana secara langsung akan mempengaruhi cara perlihatan dalam membentuk keperibadian. Selain itu terdapat sabda Rasulullah SAW.W. dan asas hukum (muamalah). diantara sabdanya ialah ”Dunia ini hijau dan manis”.Ketiga-tiganya secara asasi dan bersama mengatur teori ekonomi dalam Islam.’ Dapat disimpulkan bahwa semua harta yang ada ditangan manusia pada hakikatnya milik Allah. selera. Sedangkan menurut Chapra.(Nasution dkk) Ciri-ciri ekonomi Islam yang bersumberkan Islam itu sendiri yang meliputi tiga asas utama. sesuai dengan firman Allah dalam QS. disebut sebagai ekonomi Tauhid.S.Allah telah menjadikan kamu khalifah (penguasa) didunia. manusia adalah khalifah atas harta miliknya.dan preferensi manusia. yang akan meningkatkan keserasian antara kepentingan diri dan kepentingan sosial. Ia terbahagi kepada dua iaitu: Pertama.

tetapi toleran (membuka diri). An-Nisaa ayat 32 dan QS. tetapi mempunyai batasan.Sesungguhnya Islam sangat menghormati hak milik peribadi. 2003: 41-42) adalah: larangan terhadap pemilik dalam penggunaan hartanya yang dapat menimbulkan kerugian atas harta orang lain atau kepentingan masyarakat. Pada QS. kerana akan menghancurkan individu dalam masyarakat dan sebagainya. namun pemanfaatannya tidak boleh bertentangan dengan kepentingan orang lain. Di antara bukti hubungan ekonomi dan moral dalam Islam (yafie.batasan yang ditetapkan dalam sistem Islam untuk kepemilikan individu dan umum. Beberapa ahli Barat memiliki tafsiran tersendiri terhadap Islam. kerana pemilik sesungguhnya adalah Allah SWT. d) Ekonomi Islam Menciptakan Keseimbangan antara Kepentingan Individu dengan Kepentingan umum. Selain itu para ahli tersebut menyatakan Islam adalah agama yang memiliki unsur keagamaan (mementingkan akhirat) dan sekularitas (aspek dunia). dalam QS. dan pemanfaatannya tidak boleh bertentangan dengan kepentingan orang lain dan tentu saja tidak bertentangan dengan ajaran Islam. c) Keseimbangan antara Kerohanian dan Kebendaan. Sementara dalam sistem kapitalis. kepemilikan bersifat mutlak dan pemanfaatannya pun bebas. Islam tidak mengakui hak mutlak dan kebebasan mutlak. yang ada hanya kepemilikan oleh negara. kepemilikan peribadi tidak diakui.batasan tertentu. dan Moral.Oleh itu. kepemilikan dalam Islam adalah tidak mutlak.an-Najm ayat 31 dan Firman Allah SWT. Erti keseimbangan dalam sistem sosial Islam adalah. larangan melakukan penipuan dalam transaksi. termasuk dalam bidang hak milik. larangan melakukan pemborosan. Syariah (hukum).Sesungguhnya Islam tidak memisahkan antara kehidupan dunia dan akhirat. Hanya keadilan yang dapat melindungi keseimbangan antara batasan. Al-Maa’idah ayat 38. Sedangkan dalam sistem sosialis sebaliknya. jelaslah perbezaan antara status kepemilikan dalam sistem ekonomi Islam dengan sistem ekonomi yang lainnya. Dalam Islam kepemilikan pribadi sangat dihormati walau hakikatnya ia tidak mutlak. Mereka menyatakan bahwa Islam sebagai agama yang menjaga diri. Kegiatan ekonomi yang . b) Ekonomi Terikat dengan Akidah. larangan menimbun emas dan perak.

agar menyisihkan sebagian harta tertentu sebagai pembersih jiwa dari sifat kikir.w. e) Kebebasan Individu Dijamin dalam Islam.27-33). Islam melarang orang yang sukakan kemewahan dan bersikap angkuh terhadap hukum disebabkan kekayaan. Diantara faktor penyelewangan wang dari bidangnya yang normal adalah bunga (riba). Menurutnya hal-hal yang membezakan ekonomi Islam secara operasional dengan ekonomi sosialis mauhpun kapitalis adalah : . Islam menekankan pentingnya memfungsikan wang pada bidangnya yang normal iaitu sebagai fasilitas transaksi dan alat penilaian barang. zakat adalah penyucian harta yang dilakukan setelah cukup nisab dan haulnya. sebagaimana Firman Allah dalam QS. dengki. Dalam erti kata lain. Zakat adalah salah satu ciri ekonomi Islam mengenai harta yang tidak terdapat dalam perekonomian lain. di dalam Al-Qur’an mahupun Al-Hadis. Namun kebebasan tersebut tidak boleh melanggar aturan. Ada beberapa pendapat lain mengenai cirri-ciri ekonomi Islam. f) Bimbingan Konsumsi.t : Ambillah (sebahagian) daripada harta mereka itu menjadi sedekah supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan menyucikan mereka (dari akhlak yang buruk). Al-Israa ayat 16 : g) Zakat. diantaranya dikemukakan oleh Marthon (2004.aturan yang telah digariskan oleh Allah SWT.Harta yang dibayar tersebut akan diagihkan kepada orang yang memerlukan dan ini akan mengurangkan jurang sosial dalam masyarakat terutama antara miskin dan kaya.dilakukan oleh seseorang untuk mensejahterakan dirinya. Individu-individu dalam perekonomian Islam diberikan kebebasan untuk menjalankan aktiviti secara sihat sama ada secara perorangan mahupun berkumpulan untuk mencapai tujuan.Firman Allah s.(al-Taubah: 103) h) Larangan Riba. tidak boleh dilakukan dengan mengabaikan dan mengorbankan kepentingan orang lain dan masyarakat secara umum. Sistem perekonomian diluar Islam tidak mengenal tuntutan Allah kepada pemilik harta. dan dendam serta tamak dan mementingkan diri.

Dialektika Nilai –nilai Spritualisme dan Materialisme b.a. Kebebasan berekonomi c.Dualisme Kepemilikan .

nilai positif dalam islam yang membawa kepada pembentukan hubungan etnik yang baik sehingga membawa kepada kemakmuran negara. melalui laporan mengenai budaya melayu dan hubungan etnik ini dapat disimpulkan bahawa terdapat pelbagai nilai. Nilai yang ada dalam budaya melayu jika dikembangkan dan diperluaskan nescaya akan membawa kepada terbentuknya hubungan etnik yang sangat kukuh. Kesemua etnik dan bangsa perlulah bersama-sama berusaha untuk membentuk perpaduan dan hubungan etnik yang kukuh ini.KESIMPULAN Kesimpulannya. . Nilai-nilai yang terdapat dalam budaya melayu dan islam juga tidaklah terlalu berbeza dan ia sedikit sebanyak mempunyai persamaan dengan nilai-nilai etnik yang lain yang kesemuanya menganjur kepada tujuan yang sama iaitu kearah kebaikan serta kemajuan umat bangsanya.

html http://khai89. 2011 Internet http://www.pensyarah di Pengajian umum.com/2009/08/prinsip-prinsip-utama-sistem-politik.com/pengalaman/ .Sintok.com/doc/5991082/Kuliah-8-9-Pembangunan-Politik-Dalam-Konteks-Hubungan-Etnik http://drmindailmu.Kedah. m/s ( 127-154).blogspot.wordpress.RUJUKAN Buku Perkembangan hubungan etnik di Malaysia.scribd.Universiti Utara Malaysia.

APPENDIX .