You are on page 1of 18

Hoki Cps2041

Buku log

Nama :nur farhana bt abd rahim No matrik:D20091036061 Nama pensyarah: Sadzali bin Hassan

PORT FOLIO

No Aktiviti 1
Dribbling
Instruktur:cindy& ummi Penerangan:ahli kelab hoki di dedahkan cara dribbling. Ada 4 teknik dribbling yang di ajar pada hari tersebut iaitu: -Losing -Closing - Indian -Rebel.

Tarikh
15 jan 2011

Receiving
Instruktur: cindy & ummi Penerangan:ahli kelab hoki di ajar cara receiving secra berpasangan. Penerangan sangat jelas dan ahli disuruh mengulang kemahiran receiving sehingga mahir.

22 jan 2011

3 4

Hitting Instruktur:cindy&ummi

29 jan 2011

5 feb 2011

Scoop Instruktur:cindy & ummi

12 feb 2011

Pukulan secara short&long Instruktur:cindy& ummi

19 feb 2011

Latihan di dalam gelanggang


Instruktur:cindy &ummi

26 feb 2011

8 9

Perlawanan
pengadil:cindy &ummi

5 mac

Perlawanan
pengadil:cindy &ummi

12 mac

10 Perlawanan
pengadil:cindy &ummi

26 mac

Sejarah hoki
Walaupun hoki tidak sepopular seperti bola sepak tetapi hoki adalah salah satu permainan yang telah lama dimainkan oleh manusia. Ia mula dikenali sebagai sukan demonstrasi di Sukan Olimpik pada tahun 1900 dan dijadikan salah satu sukan yang ditandingkan pada tahun 1928. Sejak itu ia dimainkan dalam Sukan Olimpik.Adalah sukar untuk menyatakan dengan pasti bila dan di mana dimainkan pertama kalinya. Sejarah menunjukkan hoki telah dimainkan lebih kurang 4000 tahun yang lalu di Mesir. Bukti ini ditunjukkan atas sebuah makam Bani Hasan dekat Minia, Mesir yang sekitar 2000 S. M. Ia menunjukkan saw lukisan yang menggambarkan dua orang melakukan buli seperti yang digunakan dalam permainan hoki.

Sebelum penemuan ini, dipercayai bahawa hoki bermula di Parsi sekitar 500 S.M. Ini adalah berdasarkan pada bukti bahawa orang Parsi menunggang kuda untuk bermain polo pada zaman itu. Dan dikatakan hoki adalah keturunan langsung daripada polo. Sejarawan sukan pula berpendapat bahawa polo adalah versi hoki yang halus yang wujud lebih awal. Hoki juga wujud di Greek dan Parsi sekitar 500 S.M. Bas-reliefs(seni-arca dinding) yang ditemui di Athens, menggambarkan permainan yang menyerupai hoki telah dimainkan. Orang Indian Aztec daripada Mexico pernah bermain saw permainan kayu yang mempunyai persamaan dengan hoki. Perlawanan mereka adalah di antara puakpuak dengan kedudukan yang agak berjauhan. Kadangkala hampir semua penduduk lelaki yang berjumlah seramai 1000 orang sepasukan mengambil bahagian. Kayukayu dan bola-bola berat digunakan. Permainan ini kasar dan menyebabkan mereka mengalami kecederaan yang berat.

Di Ireland, hoki dikenali sebagai hurley dan di Scotland pula ia dinamakan Shinty, tetapi permainan hoki sekarang barangkali mendapat namanya daripada Perancis iaitu houquet. Orang Belanda juga mempunyai permainan yang serupa. Namun begitu hoki moden banyak terhutang budi kepada orang Inggeris. Dahulu permainan itu dipanggil commock sehinggalah sekitar tahun 1840 apabila

nama hockiedigunakan. Pada tahun 1800-an permainan hoki mula menjadi popular di sekolah-sekolah di England.

Apabila hoki menjadi lebih popular, peraturan-peraturan mula dibuat dan diterima oleh pelbagai kumpulan. Pada tahun 1883, Kelab Hoki Wimbledon ditubuhkan. Pada tahun 1886 pula Persatuan Hoki British (B.ELA.) ditubuhkan dengan Prince of Wales pada masa itu (bakal raja King Edward VII) sebagai presiden pertama. Beberapa kelab daripada seluruh England telah menjadi ahli. Persatuan ini telah menyusun peraturan permainan secara lebih terperinci dan standard diasasi telah dilakukan di antara pelbagai kelab. Kaum wanita yang berminat juga mula menubuhkan kelab-kelab dan mengelolakan perlawanan-perlawanan. Tidak lama selepas itu negara-negara lain mula mengambil dan menggunakan peraturanperaturan yang telah disusun oleh B.H.A. dan pertandingan hoki antarabangsa pertama di antara England dengan Ireland telah diadakan.

PERALATAN SUKAN
i. Padang hoki Padang berbentuk segi empat bujur dengan ukuran 91.40 meterpanjang dan 55 meter lebar. Garisan panjang dikenali garisan tepi dangarisan lebar dikenali sebagai garisan belakang. Pintu gol diletakkan diatas garisan belakang.

ii.Pintu gol Gol diletakkan di tengah garisan belakang. Ia dibuat dengan dua tiang gol tengah yang disambung dengan satu tiang mendatar(crossbar). Jarak di antara dua tiang tengah adalah 3.66 meter manakalaketinggiannya adalah 2.14 meter. Semua tiang di cat dengan warnaputih.

iii.Jaring Jaring diikat kukuh pada tiang tengah dan tiang mendatar. Ia mempunyaimesh berukuran 45 mm dan berbentuk empat segi. iv. Tiang bendera Empat tiang bendera diletakkan di setiap luar sudut padang permainandan dikenali sebagai bendera sudut. Ketinggian tiang ini di antara 1.20meter hingga 1.50 meter. Tiang ini diperbuat daripada bahan lembutuntuk menjamin keselamatan pemain.

v.Bola Bola berbentuk bulat, keras, pejal atau kosong digunakan. Biasanya permukaan bola adalah licin dan berwarna putih. Berat bola adalah di antara 156 g 163 g dan lilitan bola adalah di antara 224 g 235 g.

vi. Kayu hoki Kayu hoki yang rata di sebelah kiri dan berbentuk bulat di sebelah kanan. Bahagian rata di sebelah kiri kayu dipanggil muka kayu (face of the stick) dan hanya boleh digunakan dalam permainan. Bahagian bulat kayu di panggil belakang kayu (back stick) dan bahagian ini tidakboleh digunakan semasa bermain. Bahagian lengkuk kayu di panggilkepala kayu yang berbentuk J atau U. Kayu hoki hendaklah licindan tidak tajam di bahagian tepi. Tebal kayu dihadkan dan hanya bolehmelalui satu gelung yang berdiameter 51 mm. Kayu hoki diperbuatdaripada kayu dan berat tidak melebihi 737 g.

vii. Alatan penjaga gol Penjaga gol mesti dilindungi dengan baik dan mesti memakaiperlindungan badan yang sesuai. Penjaga perlu memakai ped di kakidari pergelangan kaki sehingga paras lutut. Ped mestilah ringan untukmembantu pergerakan penjaga gol. Sarung tangan penjaga goldiperbuat daripada kulit dan plastik. Ia berfungsi untuk melindungitangan dan memberi keyakinan kepada penjaga gol untuk menahanbola. Selain itu, alatan lain yang perlu adalah pelindung dada,pelindung bahu, penutup muka, pelindung mulut, seluar berped,pelindung mulut dan kemola untuk penjaga gol lelaki. Pelindung badandan bahu untuk melindungi tubuh badan dan dipakai di bawah jersipenjaga gol. Pelindung mulut pula bertujuan untuk melindungi mulutdan gusi daripada cedera. Pelindung muka adalah wajib bagi penjagagol kecuali semasa penalti dan ia bertujuan melindungi muka, kepaladan kerongkong.

Bagi memudahkan penjaga gol melungsur di ataspermukaan gelanggang sintetik ia perlu memakai seluar yangmempunyai ped.

Pakaian penjaga gol

viii.Kasut Pemain digalakkan memakai kasut yang sesuai terutama yangmempunyai tetungku getah. Kasut khas digunakan untuk bermain diatas permukaan sintetik di mana membenarkan pemain mempunyaitempat berpijak yang baik.

Kasut tetungku getah

CARA BERMAIN
Pengetahuan tentang cara bermain dan peraturan asas hoki adalah pentingbuka sahaja kepada pengadil tetapi juga pemain, jurulatih dan guru supayamendapat kepuasan dan keseronokan dalam permainan. Permainan inidimainkan oleh dua pasukan yang mengandungi 11 orang pemain

termasukseorang penjaga gol. Setiap pasukan akan cuba menjaringkan gol denganmenggunakan kayu hoki untuk mengarahkan sebiji bola ke dalam gol lawan. Satu perlawanan rasmi dimainkan dalam dua separuh masa iaitu 35minit untuk setiap separuh masa dan masa rehat tidak melebihi lima minit.Permainan dimulakan dengan satu tolakan tengah dan selepas setiap golyang dijaringkan. Perlawanan hoki dikawal oleh dua orang pengadil dansemua undang-undang dan peraturan permainan di bawah kuasa LembagaPeraturan Hoki (HRB).

PENGADILAN
Pengadilan yang baik dan berkesan merupakan satu aspek permainan yangpenting untuk menjamin mempertingkatkan mutu permainan. Pengadilanyang baik juga menentukan bahawa perlawanan-perlawanan yang dijalankandengan lancar dan selamat. Berikut merupakan isyarat-isyarat pengadil dalampermainan hoki:

Isyarat-isyarat pengadil

KEMAHIRAN ASAS
Hoki merupakan permainan fizikal yang mempunyai unsur-unsur

kepantasan,kekuatan, daya tahan, unsur-unsut taktikal dan kemahiran-kemahiran asas.Kemahiran dalam hoki memberi peluang kepada pemain untukmempamerkan kreativiti dan gaya individu. Terdapat beberapa kemahiranasas dalam permainan hoki, iaitu:

i.

Menggelecek

Menggelecek longgar

Menggelecek adalah cara mengawal bola bergerak. Ia digunakanuntuk melepaskan diri dengan bola apabila di kawal oleh pihak lawan.Terdapat tiga cara menggelecek, iaitu: Menggelecek longgar(loss) Kemahiran ini digunakan apabila pemain hendak menggerakkanbola dengan cepat bagi tujuan untuk melepaskan diri dari pihaklawan dan memiliki bola sambil bergerak.

Menggelecek rapat

Menggelecek rapat (close) Ia digunakan apabila pemain hendak mengawal bola denganrapi terutamanya apabila pemain tidak dapat memastikan situasibola semasa bermain sama ada selamat atau tidak

Menggelecek lndian Digunakan apabila pemain hendak menukar arah dari kanan kekiri atau sebaliknya dan dengan cara ini pemain dapatmelepaskan diri daripada pihak lawan.

Mengelecek indian

Berikut adalah tunjuk cara dalam kemahiran menggelecek: Pegangan- tangan kiri di hujung kayu dengan belakang tanganmenghala ke luar, siku dan pergelangan tangan menghala kehadapan. Tangan kanan memegang tengah kayu danlonggarkan sedikit pergelangan tangan. Badan- bongkok sedikit dan lutut dibengkokkan. Mata- memandang pada bola semasa membuat tolakan. Bola- berada di sebelah kanan dan di hadapan kaki kanan.Pastikan kedudukan kayu hoki adalah lebih kurang 450 daritanah.

i.

Memukul

Merupakan kemahiran yang kuat dan pantas dalam kemahiran hoki.Kelebihan kemahiran ini adalah bola boleh digerakkan atau dihantardengan cepat dan jauh. Berikut adalah tunjuk cara dalam kemahiranmemukul:

Pegangan- tangan kiri di hujung kayu dan genggam denganlonggar. Tangan kanan di letakkan di bawah tangan kiri. Satubentuk V dibentukkan dengan ibu jari dan jari telunjuk kedua-dua tangan adalah selari dengan kayu hoki. Badan- berdiri dengan bahu kiri menghadap sasaran atau arahpukulan. Kaki perlu dibuka seluas bahu dan jari kanan kakibersudut tegak dengan bahu. Berat badan seimbang semasahayunan ke belakang dan dipindahkan ke kaki kiri semasahayunan ke bawah. Bola- selari dengan kaki dan jarak lebih kurang panjang satu kayu hoki menjangka arah bola akan di hantar. Berikut adalah tunjuk cara dalam kemahiran menolak:

Pegangan- tangan kiri di atas kayu hoki, tangan kanan di bawah dan memegang tengah kayu dengan kuat.

Badan-berdiri dengan bahu menghala ke sasaran. Kaki dibukaseluas bahu dan jari kaki menunjuk ke arah sasaran. Pastikankepala selari dengan kedudukan bola. Berat badan di kakibelakang dan dipindahkan ke hadapan serentak semasamenolak bola.

Bola- diletakkan di sebelah kaki kanan dan kayu hoki berada dibelakang dan menyentuh bola. Ikut lajak kayu hoki ke arahmana bola bergerak.

i. Menguis Kemahiran ini berguna untuk menjaringkan gol serta digunakan untukmelepaskan bola dari kayu hoki pihak lawan dan untuk menghantarhantaran jauh kepada pemain pasukan. Berikut adalah tunjuk caradalam kemahiran menguis: Pegangan- tangan kiri di atas kayu hoki, tangan kanan di bawah

dan memegang tengah kayu dengan kuat. Bola- diletakkan di hadapan kaki hadapan. Kayu menyentuh

bola dan menghadap ke atas sedikit. Badan- berat badan berada di kaki belakang dan dipindahkan

ke kaki hadapan apabila lakuan di lakukan.

Menguis

i. Menahan/menyerkap Ia merupakan kemahiran yang penting dan kerap digunakan dalampermainan hoki. Berikut adalah tunjuk cara dalam kemahiran menahan: Pegangan- tangan kiri di hujung kayu dengan belakang tanganmenghala ke luar, siku dan pergelangan tangan menghala kehadapan. Tangan kanan memegang tengah kayu danlonggarkan sedikit pergelangan tangan. Mata- memandang pada arah bola Badan- berdiri tepat menghadap arah bola yang datang dengan

badan membongkok ke hadapan dan lutut dibengkokkan sedikit.

Menyerkap

Menyerkap

You might also like