P. 1
ZOO TAIPING : BIOGEOGRAFI

ZOO TAIPING : BIOGEOGRAFI

|Views: 102|Likes:
Published by dhea ct
Haiwan mempunyai kehidupan habitat semulajadinya yang tersendiri. Namun demikian, ekoran daripada kerakusan manusia telah menyebabkan habitat semulajadi haiwan musnah. Oleh sebab itu, bagi melindungi haiwan tersebut daripada pupus maka zoo telah ditubuhkan. Peranan zoo adalah untuk melindungi haiwan-haiwan liar dan terancam terus pupus ekoran daripada aktiviti manusia. Di pusat pemuliharaan zoo, haiwan-haiwan bawah jagaan pihak zoo akan dijaga sebaik mungkin bermula dari memberi makanan kepada haiwan sehinggalah penjagaan kesihatan. Haiwan di zoo dipamerkan untuk tatapan pengunjung bagi mengenali dengan lebih dekat lagi mengenai haiwan-haiwan yang unik dan jarang ditemui. Oleh kerana perbezaan daripada habitat semulajadi kepada habitat buatan manusia iaitu di dalam zoo telah menyebabkan haiwan-haiwan tersebut beradaptasi dengan persekitaran sekelilingnya bagi meneruskan kehidupannya.
Taman Mergastua Sultan Idris Shah atau lebih dikenali sebagai Zoo Taiping merupakan satu-satunya zoo yang terletak di sebelah utara Semenanjung Malaysia. Dengan kawasan zoo seluas 34 ekar ini, Zoo Taiping telah memulakan satu pembaharuan dengan memperkenalkan pameran haiwan dengan menggunakan konsep terbuka. Ia diperkenalkan dengan mengambilkira habitat asal haiwan tersebut. Pengunjung turut tertarik dengan keindahan alam semulajadi yang dipamerkan dengan pembinaan kandang yang sesuai. Taman Mergastua Sultan Idris Shah atau lebih dikenali sebagai Zoo Taiping merupakan satu-satunya zoo yang terletak di sebelah utara Semenanjung Malaysia. Dengan kawasan zoo seluas 34 ekar ini, Zoo Taiping telah memulakan satu pembaharuan dengan memperkenalkan pameran haiwan dengan menggunakan konsep terbuka. Ia diperkenalkan dengan mengambilkira habitat asal haiwan tersebut. Pengunjung turut tertarik dengan keindahan alam semulajadi yang dipamerkan dengan pembinaan kandang yang sesuai. Zoo Taiping merupakan habitat kepada 1300 ekor binatang yang terdiri daripada 180 spesis binatang. Binatang-binatang tersebut terdiri daripada harimau, singa, gajah, badak air, zirafah, enggang, orang utan dan lain-lain lagi. Tambahan pula, usaha-usaha pembiakan hidupan liar ini telah terbukti berjaya. Antara hidupan liar yang berjaya dibiakan adalah seperti harimau belang, singa, siamang, rusa, nilgai, burung kuak dan banyak lagi (Zoo Taiping, 2011).
Haiwan mempunyai kehidupan habitat semulajadinya yang tersendiri. Namun demikian, ekoran daripada kerakusan manusia telah menyebabkan habitat semulajadi haiwan musnah. Oleh sebab itu, bagi melindungi haiwan tersebut daripada pupus maka zoo telah ditubuhkan. Peranan zoo adalah untuk melindungi haiwan-haiwan liar dan terancam terus pupus ekoran daripada aktiviti manusia. Di pusat pemuliharaan zoo, haiwan-haiwan bawah jagaan pihak zoo akan dijaga sebaik mungkin bermula dari memberi makanan kepada haiwan sehinggalah penjagaan kesihatan. Haiwan di zoo dipamerkan untuk tatapan pengunjung bagi mengenali dengan lebih dekat lagi mengenai haiwan-haiwan yang unik dan jarang ditemui. Oleh kerana perbezaan daripada habitat semulajadi kepada habitat buatan manusia iaitu di dalam zoo telah menyebabkan haiwan-haiwan tersebut beradaptasi dengan persekitaran sekelilingnya bagi meneruskan kehidupannya.
Taman Mergastua Sultan Idris Shah atau lebih dikenali sebagai Zoo Taiping merupakan satu-satunya zoo yang terletak di sebelah utara Semenanjung Malaysia. Dengan kawasan zoo seluas 34 ekar ini, Zoo Taiping telah memulakan satu pembaharuan dengan memperkenalkan pameran haiwan dengan menggunakan konsep terbuka. Ia diperkenalkan dengan mengambilkira habitat asal haiwan tersebut. Pengunjung turut tertarik dengan keindahan alam semulajadi yang dipamerkan dengan pembinaan kandang yang sesuai. Taman Mergastua Sultan Idris Shah atau lebih dikenali sebagai Zoo Taiping merupakan satu-satunya zoo yang terletak di sebelah utara Semenanjung Malaysia. Dengan kawasan zoo seluas 34 ekar ini, Zoo Taiping telah memulakan satu pembaharuan dengan memperkenalkan pameran haiwan dengan menggunakan konsep terbuka. Ia diperkenalkan dengan mengambilkira habitat asal haiwan tersebut. Pengunjung turut tertarik dengan keindahan alam semulajadi yang dipamerkan dengan pembinaan kandang yang sesuai. Zoo Taiping merupakan habitat kepada 1300 ekor binatang yang terdiri daripada 180 spesis binatang. Binatang-binatang tersebut terdiri daripada harimau, singa, gajah, badak air, zirafah, enggang, orang utan dan lain-lain lagi. Tambahan pula, usaha-usaha pembiakan hidupan liar ini telah terbukti berjaya. Antara hidupan liar yang berjaya dibiakan adalah seperti harimau belang, singa, siamang, rusa, nilgai, burung kuak dan banyak lagi (Zoo Taiping, 2011).

More info:

Published by: dhea ct on May 24, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/27/2012

pdf

text

original

LGM 3033 BIOGEOGRAFI

LAPORAN LAWATAN KE ZOO TAIPING, PERAK

KUMPULAN KULIAH : A Disediakan oleh : NAMA SITI ZUBAIDAH BT IBRAHIM SURIANI BT MOHAMAD NORAPIDAH BT OMAR AIZERIN BT MENIMBOH NOR SYAZLIN BT SUID NO MATRIK D20091035632 D20091035624 D20091035639 D20091035641 D20091035638

1

Isi Kandungan
Bil Perkara Muka surat

1.0

Pendahuluan

1

2.0

Seladang 2.1 Ciri-ciri seladang 2.2 Perbandingan habitat seladang

2 2 3

3.0

Burung hantu 3.1 Ciri-ciri burung hantu 3.2 Perbandingan habitat burung hantu

3 4 4-5

4.0

Gajah 4.1 Ciri-ciri gajah 4.2 Perbandingan habitat gajah

5 6 6-7

5.0

Unta 5.1 Ciri-ciri unta 5.2 Perbandingan habitat unta

7 8 9

6.0

Kesimpulan

9

Bibliografi

2

1.0

Pendahuluan Haiwan mempunyai kehidupan habitat semulajadinya yang tersendiri. Namun demikian,

ekoran daripada kerakusan manusia telah menyebabkan habitat semulajadi haiwan musnah. Oleh sebab itu, bagi melindungi haiwan tersebut daripada pupus maka zoo telah ditubuhkan. Peranan zoo adalah untuk melindungi haiwan-haiwan liar dan terancam terus pupus ekoran daripada aktiviti manusia. Di pusat pemuliharaan zoo, haiwan-haiwan bawah jagaan pihak zoo akan dijaga sebaik mungkin bermula dari memberi makanan kepada haiwan sehinggalah penjagaan kesihatan. Haiwan di zoo dipamerkan untuk tatapan pengunjung bagi mengenali dengan lebih dekat lagi mengenai haiwan-haiwan yang unik dan jarang ditemui. Oleh kerana perbezaan daripada habitat semulajadi kepada habitat buatan manusia iaitu di dalam zoo telah menyebabkan haiwan-haiwan tersebut beradaptasi dengan persekitaran sekelilingnya bagi meneruskan kehidupannya. Taman Mergastua Sultan Idris Shah atau lebih dikenali sebagai Zoo Taiping merupakan satu-satunya zoo yang terletak di sebelah utara Semenanjung Malaysia. Dengan kawasan zoo seluas 34 ekar ini, Zoo Taiping telah memulakan satu pembaharuan dengan memperkenalkan pameran haiwan dengan menggunakan konsep terbuka. Ia diperkenalkan dengan mengambilkira habitat asal haiwan tersebut. Pengunjung turut tertarik dengan keindahan alam semulajadi yang dipamerkan dengan pembinaan kandang yang sesuai. Taman Mergastua Sultan Idris Shah atau lebih dikenali sebagai Zoo Taiping merupakan satu-satunya zoo yang terletak di sebelah utara Semenanjung Malaysia. Dengan kawasan zoo seluas 34 ekar ini, Zoo Taiping telah memulakan satu pembaharuan dengan memperkenalkan pameran haiwan dengan menggunakan konsep terbuka. Ia diperkenalkan dengan mengambilkira habitat asal haiwan tersebut. Pengunjung turut tertarik dengan keindahan alam semulajadi yang dipamerkan dengan pembinaan kandang yang sesuai. Zoo Taiping merupakan habitat kepada 1300 ekor binatang yang terdiri daripada 180 spesis binatang. Binatang-binatang tersebut terdiri

daripada harimau, singa, gajah, badak air, zirafah, enggang, orang utan dan lain-lain lagi. Tambahan pula, usaha-usaha pembiakan hidupan liar ini telah terbukti berjaya. Antara hidupan liar yang berjaya dibiakan adalah seperti harimau belang, singa, siamang, rusa, nilgai, burung kuak dan banyak lagi (Zoo Taiping, 2011).
3

2.0

Seladang

Gambarajah : Seladang dan kawasan habitat Sumber : Zoo Taiping

Seladang tergolong dalam kumpulan mamalia. Nama saintifik bagi seladang ialah Bos gaurus hubbacki. Seladang diklasifikasi dalam Order artiodactyla dan dalam keluarga Bovidae. Seladang (Bos gaurus dahulu Bibos gauris) merupakan sejenis haiwan bovin yang berbadan besar dan berbulu yang bewarna gelap dan banyak terdapat di kawasan Asia Selatan dan Asia Tenggara. Seladang juga dikatakan sekeluarga dengan lembu, banteng dan kambing gurun. Kawasan habitat bagi seladang adalah di kawasan hutan tropika dan tanah berhutan. Kini, India merupakan negara yang mempunyai bilangan seladang yang paling banyak berbanding dengan negara lain. 2.1 Ciri-ciri seladang

Seladang merupakan spesies lembu liar yang terbesar. Hal ini adalah kerana seladang memiliki badan yang lebih besar daripada Kerbau Tanjung, Kerbau Air Liar Asia, dan Bison. Dalam konteks pelancongan safari, seladang dikenali sebagai Bison India. Seladang dapat dikenal pasti menerusi rabung cembungnya yang tinggi pada dahi di antara tanduknya yang melentur dengan tetap ke depan. Ini menyebabkan lekuk pada tampang bahagian atas kepalanya. Hujung tanduk melentur ke dalam dan sedikit ke belakang manakala kaki tanduk sangat leper. Seladang jantan dewasa berwarna

antara perang gelap sehingga hampir hitam bagi seladang yang tua. Bulu jantan yang tua sangat nipis pada bahagian belakangnya. Sebaliknya, warna seladang betina dan anak lebih pucat dan kekadang mempunyai warna kuning keperang-perangan sedikit dan
4

warna keperang-perangan ini amat ketara bagi seladang yang hidup di daerah kering dan terbuka. Seladang jantan yang matang boleh membesar dan mencapai ketinggian 6 kaki dan berat sehingga 900 kilogram. Jangka masa bunting bagi seladang adalah selama 9 bulan dan biasanya seekor anak dilahirkan akan mencapai tempoh matang dalam masa 3 tahun dan ia boleh hidup selama 25 tahun.

2.2

Perbandingan habitat semulajadi seladang dengan habitat di zoo

Seladang hidup dalam kumpulan 4 hingga 8 ekor dan boleh mencapai sehingga 30 ekor. Kumpulan ini diketuai oleh seekor seladang jantan yang berkuasa. Seladang lebih aktif pada waktu subuh dan senja serta akan berehat di bawah pokok sepanjang hari.

Makanan utama seladang adalah rumput-rumpai. Perubahan habitat daripada hutan semulajadi ke dalam kawasan kurungan di zoo telah membataskan pergerakan seladang. Jika di kawasan hutan semulajadi, seladang hidup secara berkumpulan dan bergerak mencari makanan juga dalam bentuk berkumpulan tetapi seladang di dalam kurungan di zoo akan diletakkan dalam satu kurungan dan pergerakan terbatas. Seladang di zoo hanya bergerak di kawasan yang sama dalam lingkungan ruang yang terhad. Seladang di zoo juga sudah tidak berasa terancam dengan kehadiran manusia kerana sudah terbiasa dan beradaptasi dengan keadaan sekeliling yang dipenuhi oleh manusia. Berbeza dengan seladang yang hidup di kawasan habitat semulajadi yang akan terasa terancam dengan kehadiran manusia dan akan mempertahankan dirinya.

2.0

Burung hantu

5

Gambarajah : Burung Hantu Carik Kafan Sumber : Zoo Taiping

Burung hantu dikelaskan dalam susunan Strigiformes iaitu kumpulan yang berkait rapat dengan burung tukang (nightjars). Susunan ini terbahagi kepada dua famili yang masih wujud iaitu Tytonidae dan Strigidae. Strigidae merupakan burung hantu biasa yang merangkumi 194 spesies manakala Tytonidae merangkumi 18 spesies di dunia (Wikipedia, 2011).

3.1

Ciri-ciri burung hantu

Burung hantu merupakan spesies burung pemangsa yang aktif pada waktu malam (nocturnal) dan mempunyai bentuk muka yang berbeza dengan burung biasa. Muka burung hantu berbentuk rata seperti manusia dengan kedua belah matanya menghadap kehadapan. Burung hantu mempunyai paruh bengkok ke bawah yang tajam, tidak bergigi dan mempunyai bulu jambul yang lembut. Kedua-dua jantina kelihatan serupa walaupun burung hantu betina biasanya 25% lebih besar berbanding burung hantu jantan. Jangka hayat burung hantu ialah sekitar 10 hingga 11 tahun. Mata burung hantu dapat melihat dengan baik dalam cahaya kurang. Namun demikian, burung hantu mengalami rabun dekat dan tidak dapat melihat dengan jelas apa yang berada dihadapannya. Satu

keistimewaan burung ialah ia mampu memusingkan kepalanya sehingga 135 darjah ke kedua-dua belah kiri dan kanan untuk melihat keadaan disekelilingnya. Burung hantu tergolong sebagai haiwan bertulang belakang (vertebrat) dalam kelas burung. Burung hantu membiak dengan bertelur. Biasanya telur burung hantu berwarna putih dan

mempunyai cangkerang keras di dalam sarang yang dibinanya.

3.2

Perbandingan habitat semulajadi burung hantu dengan habitat zoo

Terdapat tiga spesies burung hantu dipelihara di Zoo Taiping ia termasuklah burung hantu speseis Ketumbuk Ketampi yang hanya terdapat di Asia Tenggara termasuk Malaysia, Myanmar, Indochina dan Indonesia. Umumnya, habitat asal burung hantu adalah di kawasan pinggir hutan, gua, bangunan lama, ladang dan seumpanya. Berlainan dengan spesies Ketumbuk Ketampi, habitatnya adalah di kawasan yang berhampiran dengan air seperti sungai dan sawah padi. Pada waktu siang, burung hantu tersebut
6

duduk senyap ataupun tidur di celah-celah daun yang tebal di atas pokok. Pada waktu malam pula ia akan duduk di dahan yang rendah dan berjuntai di atas permukaan air. Apabila mangsanya seperti ikan, katak, udang dan serangga berada hampir dengannya burung hantu tersebut akan menyerang dan menangkap mangsanya. Burung hantu bersarang di dalam lubang di batang pokok. Misalnya, ketumbuk ketampi liar membuat sarangnya tinggi di atas pokok. Tetapi ketumbuk ketampi yang hidup di dalam kurungan, seperti di zoo, membuat sarangnya di atas tanah. Fenomena ini seolah-olah memberi gambaran bahawa ketumbuk ketampi dapat melakukan penyesuaian ke atas dirinya dalam apa-apa keadaan sekalipun demi kelangsungan kehidupannya. Ketumbuk ketampi yang pada asalnya menjadikan manusia dan pembangunan sebagai musuh utamanya terpaksa beradaptasi dengan persekitaran tersebut. Hal ini jelas dilihat apabila haiwan tersebut terpaksa tinggal di dalam kurungan dengan persekitaran yang berbeza daripada habitat asalnya. Meskipun tempat kurungan tersebut direka khas mengikut habitat asal dengan adanya pokok, pelbagai jenis tumbuhan dan suhu yang sesuai namun ia tidak sama seperti habitat asalnya. Burung hantu Ketumbuk Ketampi pada asalnya hidup di kawasan berhampiran air untuk tujuan berburu terpaksa beradaptasi di kawasan yang kering dan hanya mampu menunggu makanannya pada setiap hari. Inilah kitaran hidup burung hantu di Zoo Taiping. Kesan daripada keadaan tersebut menyebabkan burung hantu tersebut hilang kecekapan berburu mangsanya kerana hanya mampu menunggu makanannya setiap hari. Menurut Mr. Chou petugas Zoo Taiping, wujud persaingan dalam kalangan spesies tersebut dalam sangkar terutama pada waktu pembahagian makanan. Malahan burung hantu tersebut juga terpaksa beradaptasi dengan persekitaran manusia yang mana ramai pengunjung datang untuk melihat dengan lebih dekat haiwan tersebut menyebabkan tidak berlaku pembiakan dalam kurungannya. Hal ini berlaku disebabkan keadaan dan persekitarannya yang tidak sesuai dan terdapat pelbagai gangguan.

4.0

Gajah

7

Terdapat antara 500 ke 600 spesis gajah yang wujud dalam tempoh 55 juta tahun, sehingga kini hanya 2 spesis gajah sahaja yang bertahan akibat kepupusan. Spesies yang masih hidup ialah gajah Afrika dan Gajah Asia. Kedua-dua sepsis ini dipercayai merupakan hasil evolusi haiwan yang dikenali sebagai Stegodon yang hidup di rantau Asia dan Afrika pada 15 juta tahun yang lalu dan tergolong daripada keluaraga yang sama dan telah berpecah semenjak 2 juta tahun lalu. Nama saintifik gajah tersebut ialah Elephas maximus (Linnaeus) dan merupakan klasifikasi daripada keluaraga Elephantidae. Sub-spesies yang didapati di Malaysia ialah Elephas maximus hirsutus.

4.1

Ciri-ciri gajah Gajah merupakan haiwan daratan yang terbesar di dunia dan boleh mencapai

berat badan antara 3,000 hingga 5,000 kg bagi yang dewasa sementara ketinggiannya adalah di antara 2.5-3.0 m. Mempunyai kulit yang tebal dan kering. Warna kulit adalah kelabu dan ada juga yang berwarna keperangan. Antara perbezaan yang nyata dengan gajah Afrika adalah saiz badannya yang kecil. Ia mempunyai empat kuku pada kaki belakang dan lima kuku di kaki hadapan. Gajah merupakan haiwan yang saling

berkerjasama dengan manusia dan dikaitakan dengan upacara keagamaan di negara India. Jangka masa mengandung bagi seekor gajah betina ialah di antara 20-22 bulan dan jangka hayat hidupnya boleh menjangkau dari 60 hingga 80 tahun. Gajah merupakan haiwan herbivor kerana hanya memakan tumbuh-tumbuhan sahaja. Habitat semulajadi gajah ialah di hutan dara dan hutan sekunder dan gajah gemar berahat di kawasan pokokpokok buluh dan juga di kawasan yang berair. Di Semenanjung Malaysia hanya

beberapa negeri sahaja yang mencatitkan kehadiran spesies ini iaitu Kedah, Perak, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Negeri Sembilan.

4.2

Perbandingan habitat semulajadi gajah dengan habitat di zoo

8

Gambarajah : Gajah di Zoo Taiping dan gajah di kawasan habitat semulajadi. Sumber : Zoo Taiping dan google image

Gajah yang terdapat di Zoo Taiping merupakan gajah Malaya. Terdapat 9 ekor gajah yang dipelihara dalam zoo tersebut dan terdapat seekor gajah jantan yang bernama Setia. Terdapat juga gajah yang digari kerana dikuatiri akan bertindak ganas dan

mengancam keselamatan pelancong. Persekitaran Zoo Taiping direka khas mengikut habitat semulajadi gajah iaitu luas dan mempunyai sebuah kolam untuk gajah bermain air. Gajah betina dan anaknya hidup dalam kumpulan kecil manakala gajah jantan lebih suka hidup bersendirian. Namun demikian, perbezaan habitat gajah daripada habitat semulajadi kepada habitat dalam zoo telah memaksa gajah tersebut beradaptasi dengan persekitaran baru. Pergerakan gajah di dalam zoo amat terbatas kerana hanya mampu bergerak di dalam kawasan kurungan saja dan diperhatikan oleh manusia. Gajah di dalam zoo dikatakan kurang aktif kerana gajah-gajah tersebut tidak perlu untuk mencari makanan sendiri dan hanya menunggu makanan diberikan oleh penjaga zoo.

5.0

Unta

Unta merupakan haiwan yang berasal daripada kawasan timur tengah. Mengikut pengelasan saintifik unta adalah dalam kategori haiwan. Filum bagi unta ialah kordata dan merupakan haiwan invertebat. Unta merupakan haiwan dalam kategori mamalia. Mengikut pengelasan saintifik juga, order bagi unta ialah artiodactyla, famili bagi unta pula ialah camelidae dan genus bagi unta ialah camelius. Unta merupakan haiwan yang berkaki genap. Terdapat dua spesies unta iaitu camelus dromedarius iaitu unta yang mempunyai ponok tunggal. Unta spesies ini dapat dijumpai di kawasan Afrika Utara dan Asia Barat. Manakala spesies satu lagi ialah camelus bactrianus iaitu unta yang mempunyai ponok kembar. Unta daripada spesies ini boleh dijumpai di utara dan timur Asia Tengah.
9

Gambarajah : Unta Sumber : http://www.zootaiping.gov.my/bm/frame-sitemap.html

5.1

Ciri-ciri unta Bagi unta dari spesies camelus dromedarius seperti yang terdapat di Zoo Taiping

mempunyai beberapa ciri-ciri tertentu. Antara ciri-ciri yang terdapat pada unta tersebut ialah mempunyai dua lapis bulu iaitu lapisan dalam ialah lapisan bulu halus yang memanaskan badannya dan lapisan luar merupakan lapisan bulu yang panjang dan kasar. Selain itu juga, unta akan menggugurkan kedua-dua lapisan bulunya dalam bentuk gumpalan yang biasanya akan dikumpulkan. Bagi bulu halus, panjang bulu tersebut biasanya antara satu hingga tiga inci ( 2-8 sentimeter ). Unta juga biasanya menghasilkan bulu sehingga lima paun ( dua kilogram ) dalam masa setahun. Selain itu juga, unta mempunyai beberapa ciri-ciri khusus. Ciri yang pertama ialah pada bulu matanya. Unta mempunyai sistem pengaitan yang dapat menghalang debu daripada memasuki matanya. Hal ini demikian, dalam keadaan bahaya bulu mata unta secara automatik akan menutup matanya bagi menghalang sebarang bahaya. Ciri kedua pula ialah hidung dan telinga unta ditutupi oleh bulu panjang untuk melindungi ia dari dimasuki debu dan pasir. Ciri yang ketiga unta mempunyai ponok pada punggungnya. Fungsi ponok kepada unta ialah untuk menyediakan makanan untuk unta ketika mereka tidak dapat mencari makanan air. Selain itu juga, unta dapat hidup sehingga tiga minggu tanpa air. Ciri yang keempat ialah unta memiliki kaki yang besar dan panjang. Tapak kaki yang besar memudahkan perjalanannya di atas pasir supaya tidak terperosok ke dalam pasir dan kaki yang panjang adalah untuk menjauhkan badannya dari pasir yang panas.
10

5.2

Perbandingan habitat semulajadi unta dengan habitat di zoo Jenis unta yang terdapat di Zoo Taiping ialah jenis camelus dromedarius iaitu

jenis yang mempunyai ponok tunggal. Jangka hayat purata seekor unta adalah antara 30 tahun sehingga 50 tahun. Terdapat dua ekor unta dari spesies ini yang dapat dijumpai di Zoo Taiping. Seperti yang diketahui umum, unta merupakan haiwan yang mudah

beradaptasi dengan keadaan sekeliling. Oleh yang demikian apabila ia berada di zoo tersebut ia dapat menyesuaikan dirinya dengan perubahan cuaca dan cara hidup daripada kawasan gurun kepada kawasan khatulistiwa. Selain itu di zoo unta-unta ini diberi makan mengikut waktu dan ini menyebabkan pergerakan kurang berlaku.

6.0

Kesimpulan Pemeliharaan hidupan luar daripada terus pupus amatlah penting. Hal ini kerana melalui

pemeliharaan hidupan liar ini maka generasi akan dating akan berpeluang untuk mengenali sepsis-spesis binatang yang hamper pupus ini. Di Malaysia, kerajaan telah mewartakan terdapat beberapa hidupan liar yang dilindungi di bawah akta perlindungan antaranya ialah gajah, badak sumbu, seladang, harimau dan banyak lagi. Namun demikian, masih lagi pihak yang tidak bertanggungjawab yang menjalankan pemburuan secara haram. Oleh sebab itu, dengan adanya peranan Zoo Taiping maka masyarakat dapat diberi kesedaran mengenai bertapa pentingnya menjaga kelestarian haiwan liar berkenaan daripada terus pupus.

11

Rujukan

Ciri-ciri khusus makhluk hidup (2009). Diperoleh pada Disember 10,2011 daripada http://www.crayonpedia.org/mw/CIRICIRI_KHUSUS_MAKHLUK_HIDUP_6.1_HERI_SULISTYANTO

Ciri-ciri khusus yang terdapat pada unta. Diperoleh pada Disember 10,2011 daripada http://www.g-excess.com/28770/ciri-ciri-khusus-yang-terdapat-pada-unta/

Fakta unik tentang unta ( 2011 ). Diperoleh pada Disember 8,2011 daripada http://www.gaptekupdate.com/2011/08/fakta-unik-tentang-unta/

Sejarah dan asal usul unta ( ARAB ) (2010). Diperoleh pada Disember 9,2011 daripada http://history-our.blogspot.com/2010/10/sejarah-dan-asal-usul-unta-arab.html

Zoo

Taiping. Diperoleh pada Disember http://www.zootaiping.gov.my/bm/frame-sitemap.html

9,

2011

daripada

12

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->