You are on page 1of 25

Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Al-Quran Dalam Keadaan Berhadas Kecil Dan Besar: Satu Kajian Perbandingan

Oleh: Nazri bin Samsudin

KANDUNGAN

Pendahuluan

A. Hukum membaca Al-Quran dalam keadaan berhadas kecil B. Hukum membaca Al-Quran dalam keadaan berhadas besar: - Hukum membaca Al-Quran dalam keadaan Junub - Hukum membaca Al-Quran dalam keadaan Haid dan Nifas C. Hukum memegang Al-Quran dalam keadaan berhadas kecil D. Hukum memegang Al-Quran dalam keadaan berhadas besar E. Hukum menulis Al-Quran dalam keadaan berhadas kecil atau besar

4-5

6-7 8-11 12-19 20-22 23

Penutup Bibliografi

24 25

PENDAHULUAN Al-Quran merupakan kitab suci terakhir yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW sebagai panduan dan petunjuk kepada umat Islam. Bagi mencapai objektif dan matlamat Al-Quran ini diturunkan, proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Al-Quran dilakukan secara berperingkat daripada kanak-kanak sehingga dewasa, secara individu atau berkumpulan, sama ada di rumah, sekolah, masjid, surau dan sebagainya. Pelaksanaan P&P Al-Quran pula melibatkan proses membaca, memegang mushaf, menghafaz, membaca terjemahan (bagi bukan Arab), membaca tafsir, menghayati dan mengamalkan ajarannya dalam kehidupan seharian. Dalam proses pelaksanaan P&P Al-Quran pula ia tidak dapat lari daripada persoalan hukum fiqh seperti hukum membaca, memegang dan menulis Al-Quran dalam keadaan berhadas kecil dan besar. Antara persoalan yang timbul ialah: 1) Adakah boleh membaca dan memegang Al-Quran tanpa wudhuk? 2) Adakah seorang guru atau pelajar perempuan yang mengalami Haid boleh membaca Al-Quran ketika P&P, ujian atau peperiksaan? 3) Adakah wajib bagi guru dan murid untuk mengambil wudhuk terlebih dahulu sebelum membaca dan memegang Al-Quran dalam keterbatasan waktu P&P? Perbincangan dan perbahasan tentang hukum ini telah diberikan perhatian oleh para ulama terdahulu khususnya dalam kitab-kitab fiqh di mana ia termasuk dalam bahagian Fiqh Ibadat. Dalam bahagian Fiqh Ibadat pula, kebiasaannya hukum ini dibincangkan dalam bab Thoharah (Bersuci) di mana ia termasuk dalam tajuk-tajuk kecil seperti Wudhu, AlGhusl (Mandi), Janabah, Haid dan Nifas kerana ia berkisar tentang bersuci daripada hadas kecil dan hadas besar. Oleh kerana ia merupakan hukum fiqh, maka sudah tentu ia tidak dapat lari daripada perbezaan dan perselisihan pendapat di kalangan para ulama daripada pelbagai mazhab. Walau bagaimanapun, berdasarkan keperluan kajian ini, perbahasan hukum dibahagikan kepada lima bahagian: A. Hukum membaca Al-Quran dalam keadaan berhadas kecil B. Hukum membaca Al-Quran dalam keadaan berhadas besar C. Hukum memegang Al-Quran dalam keadaan berhadas kecil D. Hukum memegang Al-Quran dalam keadaan berhadas besar E. Hukum menulis Al-Quran dalam keadaan berhadas kecil atau besar

A. HUKUM MEMBACA AL-QURAN DALAM KEADAAN BERHADAS KECIL Para sahabat, tabiin, pengikut tabiin dan para Fuqaha daripada semua mazhab Fiqh seperti Mazhab Hanafi, Maliki, Syafie, Hanbali dan lain-lain telah bersepakat dalam mengharuskan membaca Al-Quran (tanpa memegang mushaf) dalam keadaan berhadas kecil1.

Berkata Syeikh Sayyid Sabiq: Ibnu Abbas, As-Syabi, Ad-Dhahhak, Zaid bin Ali, Al-Muaiyyid Billah, Daud, Ibnu Hazm dan Hammad bin Abi Sulaiman berpendapat bahawa: Diharuskan bagi orang yang berhadas kecil untuk memegang mushaf. Adapun membacanya tanpa memegang (mushaf) maka telah disepakati ianya adalah harus2.

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah apabila ditanya tentang seseorang yang membaca AlQuran dan tidak mampu dalam keadaan berwudhuk sepanjang waktu, adakah dia perlu menulis (ayat Al-Quran) di papan tulis dan membacanya sama dalam keadaan berwudhuk atau tidak? Maka beliau pun menjawab: Alhamdulillah, apabila dia membaca (Al-Quran) sama ada menggunakan mushaf atau papan tulis tanpa memegangnya maka ia adalah harus walaupun dia dalam keadaan tidak bersuci (berhadas kecil). Diharuskan juga baginya untuk menulis (ayat Al-Quran) di papan tulis dalam keadaan tidak berwudhuk3.

Dalil yang mengharuskannya didapati daripada hadis-hadis Nabi SAW: 1- Hadis Aisyah RA:

Maksudnya: Daripada Aisyah RA telah berkata: Bahawasanya Rasulullah SAW mengingati Allah SWT pada setiap masa4.

Az-Zuhaili, Wahbah, Al-Fiqh Al-Islami wa Adillatuh, 1/295, Damsyik: Dar Al-Fikr (1985) dan Abdul Karim Zaidan, Al-Mufassal fi Ahkam Al-Marah wa Al-Bait Al-Muslim fi As-Syariah Al-Islamiah, 1/151, Beirut: Muassasah Ar-Risalah (1997). 2 Sayyid Sabiq, Fiqh As-Sunnah, 1/42, Lubnan: Dar Al-Fikr (1998). 3 Ibn Taimiyyah, Taqiyuddin Ahmad bin Abdul Halim, Fiqh At-Thoharah, m/s 194-195, Lubnan: Dar AlFikr (1987). 4 Direkodkan oleh Imam Bukhari (no. 597) dan Muslim (no. 558).

Hadis ini menunjukkan bahawa Aisyah memberitahu bahawasanya Nabi SAW mengingati Allah SWT pada setiap masa, ini meliputi semua jenis zikir termasuk Al-Quran kerana ia merupakan zikir yang paling utama, dan dalam semua keadaan kecuali terdapat dalil yang mengecualikannya seperti dalam keadaan Junub dan Haid, oleh itu hadis ini menunjukkan bahawa harus membaca Al-Quran (tanpa memegang mushaf) bagi orang yang berhadas kecil1.

2- Hadis Ali RA:

Maksudnya: Daripada Ali RA telah berkata: Bahawasanya Rasulullah SAW telah menunaikan hajatnya, kemudian baginda keluar dan membaca Al-Quran, dan makan daging bersama kami, tidak menghalangnya atau mungkin dia berkata tidak menahannya daripada (membaca) Al-Quran dengan sesuatu kecuali Janabah2. Hadis ini menunjukkan bahawasanya Nabi SAW membaca Al-Quran tanpa wudhuk iaitu baginda membacanya selepas berhadas dan sebelum berwudhuk. Perbuatan baginda ini menunjukkan bahawa harus membaca Al-Quran bagi orang yang berhadas kecil. Juga menunjukkan bahawasanya Nabi SAW membaca AlQuran selagi tidak dalam keadaan Junub dan orang yang berhadas kecil bukanlah Junub. Oleh itu, orang yang berhadas kecil tidak dilarang daripada membaca AlQuran maka diharuskan baginya membaca Al-Quran dalam keadaan berhadas kecil3.

Abdul Aziz bin Muhammad bin Abdullah Al-Hajilan, Al-Ahkam Al-Fiqhiyyah Al-Khaassah bil Quran Al-Karim, m/s 17, Arab Saudi: Dar Ibn Al-Jauzi (2004). 2 Direkodkan oleh Abu Daud (no. 229), An-Nasai (no. 267), Ibnu Majah (no. 587), Imam Ahmad (no. 649). Tetapi lafaz oleh At-Tirmizi (no. 146) lebih ringkas: Bahawa baginda membacakan Al-Quran kepada kami pada setiap masa kecuali dalam keadaan Junub, beliau berkata: Hadis Hasan Sahih. 3 Ahmad Salim Milham, Faidh Ar-Rahman fi Al-Ahkam Al-Fiqhiyyah Al-Khaassah bil Quran, m/s 7071, Jordan: Dar An-Nafais (2001).

B. HUKUM MEMBACA AL-QURAN DALAM KEADAAN BERHADAS BESAR Perbahasan ini pula dibahagikan kepada dua iaitu hukum membaca Al-Quran dalam keadaan Junub dan hukum membaca Al-Quran dalam keadaan Haid dan Nifas. 1. Hukum Membaca Al-Quran dalam keadaan Junub1: 1.1 Sebahagian Fuqaha iaitu ulama Hanafi dan Syafie mengharamkan membaca dan menulis Al-Quran bagi orang Islam yang dalam keadaan Junub, walaupun satu huruf atau sekadar potongan ayat, dengan niat membaca (Al-Quran). Adapun jika dia berniat membacanya sebagai doa, pujian, pendahuluan sesuatu perkara, pengajaran dan pembelajaran, Al-Istiazah (Doa Perlindungan daripada syaitan) atau zikir, maka ia tidak diharamkan. Sebagaimana jika dia membacanya tanpa niat dan jika ia berniat membacanya sebagai Al-Quran sahaja atau Al-Quran dan zikir maka ia adalah haram. Begitu juga tidak diharamkan apabila membaca Basmalah, Alhamdulillah, surah AlFatihah, ayat Kursi dan surah Al-Ikhlas dengan niat berzikir iaitu mengingati Allah SWT. Diharamkan bagi orang yang berjunub bermaksud: membacanya secara

melafazkannya bagi orang yang mampu bercakap dan menggunakan isyarat bagi orang yang bisu kerana ia seperti percakapan, walaupun apa yang dibacanya sepotong ayat, atau satu huruf kerana ia termasuk tidak mengagungkan (Al-Quran).

1.2 Manakala ulama Hanbali mengharuskan bagi orang yang berjunub: membaca sebahagian ayat, walaupun berulang kali, kerana keupayaannya, selagi ayat tersebut tidak panjang. Mereka juga bersama ulama Hanafi dalam mengharuskan untuk mengeja Al-Quran kerana mengeja bukanlah membaca. Juga harus untuk melihat mushaf tanpa bacaan dan membacanya dalam keadaan senyap kerana dalam keadaan ini ia tidak dinamakan sebagai membaca.

1.4 Adapun ulama Maliki mengharuskan dengan syarat ianya bacaan pendek, seperti memohon perlindungan dengan membaca Ayat Kursi, Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas, atau sebagai jampi untuk diri sendiri atau orang lain daripada sakit dan ain, atau untuk mengeluarkan dalil sesuatu hukum.

Az-Zuhaili, Wahbah, Al-Fiqh Al-Islami wa Adillatuh, 1/384-385, Damsyik: Dar Al-Fikr (1985) dan Abdul Karim Zaidan, Al-Mufassal fi Ahkam Al-Marah wa Al-Bait Al-Muslim fi As-Syariah Al-Islamiah, 1/153-155, Beirut: Muassasah Ar-Risalah (1997).

Dalil-dalil yang mengharamkannya didapati daripada hadis-hadis Nabi SAW: 1- Hadis Ali RA:

Maksudnya: Daripada Ali RA telah berkata: Bahawasanya Rasulullah SAW telah menunaikan hajatnya, kemudian baginda keluar dan membaca Al-Quran, dan makan daging bersama kami, tidak menghalangnya atau mungkin dia berkata tidak menahannya daripada (membaca) Al-Quran kecuali Janabah1.

2- Hadis riwayat Imam Ahmad:

Maksudnya: Daripada Abi Al-Gharif berkata: Ali RA telah datang dalam keadaan berwudhuk dengan berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung sebanyak tiga kali, dan membasuh mukanya tiga kali, dan membasuh tangan hingga ke sikunya tiga kali, kemudian menyapu kepalanya, kemudian membasuh kedua belah kakinya dan berkata: Beginilah aku melihat Rasulullah SAW berwudhuk, kemudian baginda membaca sesuatu daripada Al-Quran, kemudian baginda berkata: Ini bagi sesiapa yang tidak berjunub, jika dia berjunub maka jangan (membaca), walaupun satu ayat2.

Direkodkan oleh Abu Daud (no. 229), An-Nasai (no. 267), Ibnu Majah (no. 587), Imam Ahmad (no. 649). Tetapi lafaz oleh At-Tirmizi (no. 146) lebih ringkas: Bahawa baginda membacakan Al-Quran kepada kami pada setiap masa kecuali dalam keadaan Junub, beliau berkata: Hadis Hasan Sahih. 2 Direkodkan oleh Imam Ahmad (no. 884).

2. Hukum Membaca Al-Quran dalam keadaan Haid dan Nifas1: 2.1 Diharamkan bagi orang yang sedang Haid dan Nifas sepertimana diharamkan bagi orang yang berjunub iaitu tujuh perkara: solat, Sujud Tilawah, memegang mushaf, memasuki masjid, Tawaf, Iktikaf dan membaca Al-Quran. Melainkan ulama Maliki mengharuskan bagi orang yang Haid dan Nifas membacanya tanpa memegang mushaf kecuali selepas berhentinya keluar darah dan sebelum mandi, sama ada dia berhadas semasa Haid dan Nifas atau tidak.

Dalil-dalil yang mengharamkannya ialah: 1. Hadis Ibnu Umar RA:

Maksudnya: Orang yang sedang Junub dan Haid tidak boleh membaca sesuatu daripada Al-Quran2.

Para ulama hadis telah bersepakat bahawa status hadis ini adalah tidak Sahih dan hadis Dhoif tidak boleh digunakan sebagai dalil pengeluaran hukum. Para ulama hadis yang enam orang ini iaitu Ahmad bin Hanbal, Muhammad bin Ismail (AlBukhari), Abdul Rahman bin Mahdi, Ali bin Al-Madini, Al-Baihaqi dan Abu Hatim telah menghukumkan perawi hadis ini iaitu Ismail bin Ayyash sebagai Dhoif3.

2. Hadis Jabir RA:

Maksudnya: Daripada Nabi SAW berkata: Orang yang sedang Haid dan Nifas tidak boleh membaca sesuatu daripada Al-Quran4.

Az-Zuhaili, Wahbah, Al-Fiqh Al-Islami wa Adillatuh, 1/468-471, Damsyik: Dar Al-Fikr (1985) dan Abdul Karim Zaidan, Al-Mufassal fi Ahkam Al-Marah wa Al-Bait Al-Muslim fi As-Syariah Al-Islamiah, 1/167-168, Beirut: Muassasah Ar-Risalah (1997). 2 Direkodkan oleh At-Tirmizi (no. 121) dan Al-Baihaqi (no. 1375). 3 Lihat: Al-Muthiri, Faihan bin Shali, At-Thoharah li qiraatil Quran wa At-Thowaf bil Baitil Haram, m/s 49-55, Riyadh: Darul Asimah (1991). 4 Direkodkan oleh Ad-Daruqutni.

Walaupun sanadnya diterima tetapi ia tidak boleh dijadikan dalil pengeluaran hukum syarak kerana ia berstatus Marfu dan Mauquf dan kedua-duanya merupakan Dhoif. Ia berstatus Marfu kerana dalam sanadnya ada Muhammad bin Al-Fadhl, seorang Matruk dan dikaitkan sebagai perawi hadis Maudhuk. Ia berstatus Mauquf kerana dalamnya ada Yahya bin Anisah, seorang yang Kazzab (pembohong)1.

3.

Qiyas

orang

yang

Haid

dengan

orang

yang

Junub

bahkan

pengharamannya (Haid) lebih utama kerana hadasnya lebih berat dengan diharamkan persetubuhan, solat, puasa dan hukum-hukum yang lain. Tetapi hujah ini ditolak kerana Qiyas ini tidak sahih disebabkan wujud perbezaan di antara Al-Maqis (subjek qiyas) dan Al-Maqis Alaih (subjek yang diqiyaskan) seperti berikut:

3.1 Orang yang Junub boleh bersuci pada bila-bila masa sahaja sama ada dengan air atau debu tanah dan tiada penghalang untuk membaca Al-Quran tidak seperti orang yang Haid. 3.2 Orang yang Haid dibenarkan oleh syarak untuk menyaksikan Solat Hari Raya bersama umat Islam di luar tempat solat tidak seperti orang yang Junub. 3.3 Orang yang Haid dibenarkan oleh syarak untuk mengerjakan berIhram dan berwuquf di Arafah tidak seperti orang yang Junub. 3.4 Terdapat perbezaan di antara hadas Haid dan hadas Junub kerana Haid hadasnya berterusan tidak mungkin untuknya bersuci tidak seperti Junub yang tiada penghalang untuknya bersuci apabila perlu walaupun hadas Haid itu lebih berat. 3.5 Al-Maqis Alaih (subjek yang diqiyaskan) iaitu Junub berlaku perbezaan pendapat di kalangan ulama, ada yang berpendapat tidak haram baginya membaca Al-Quran sama ada semua atau sebahagiannya kerana berlaku perbezaan pendapat tentang kesahihan hadis berkenaan perkara itu. Jadi, bagaimana dibolehkan qiyas dalam perkara yang berlaku perbezaan pendapat?2

Lihat: Al-Muthiri, Faihan bin Shali, At-Thoharah li qiraatil Quran wa At-Thowaf bil Baitil Haram, m/s 49-56, Riyadh: Darul Asimah (1991). 2 Ibid, m/s 57-59.

2.2 Ulama yang mengharuskan orang yang Haid dan Nifas membaca Al-Quran ialah ulama mazhab Maliki, Zohiri, salah satu pendapat mazhab Syafie dan salah satu riwayat mazhab Hanbali. Dalil dan hujah pendapat ini ialah1: 1. Tiada hadis Sahih daripada Nabi SAW yang mengharamkan orang yang Haid dan Nifas daripada membaca Al-Quran seperti yang telah dibincangkan sebelum ini.

2. Keperluan bagi orang yang Haid dan Nifas untuk membaca Al-Quran seperti seorang guru yang mengajar mata pelajaran Al-Quran yang mungkin terpaksa membaca Al-Quran khususnya ketika hari peperiksaan. Begitu juga pelajar sebagaimana yang diketahui bahawa tempoh peperiksaan telah ditetapkan pada waktu tertentu sahaja manakala tempoh haid dan nifas mungkin berpanjangan. Jika syarak melarang orang yang Haid dan Nifas membaca Al-Quran maka mereka telah kehilangan perkara yang besar yang mereka perlukan iaitu ibadah dan memungkinkan mereka lupa apa yang mereka telah hafaz daripada Al-Quran. Manakala syarak dibina atas dasar mendapatkan maslahah (kepentingan) dan menolak mafsadah (kerosakan).

3. Tidak syak lagi bahawa para wanita pada zaman Nabi SAW juga mengalami Haid dan Nifas tetapi baginda tidak pernah melarang mereka membaca Al-Quran sebagaimana baginda tidak melarang mereka daripada berzikir dan doa bahkan semua orang mengetahui pada zaman itu merekalah golongan yang paling hebat membaca Al-Quran.

4. Bahawasanya Nabi SAW telah memerintahkan para wanita yang Haid untuk keluar bersama umat Islam semasa Solat Hari Raya untuk sama-sama bertakbir raya kecuali tidak boleh memasuki tempat solat (masjid). Nabi SAW tidak pernah berkata kepada walau seorang pun daripada mereka bahawa membaca AlQuran adalah haram bagi kamu.

Lihat: Al-Muthiri, Faihan bin Shali, At-Thoharah li qiraatil Quran wa At-Thowaf bil Baitil Haram, m/s 59-71, Riyadh: Darul Asimah (1991).

10

5. Bahawasanya Nabi SAW membenarkan wanita yang Haid untuk melaksanakan semua ibadah Haji kecuali Tawaf mengelilingi Kaabah: boleh berTalbiah ketika sedang Haid, begitu juga semasa di Muzdalifah, Mina dan lain-lain ibadah Haji.

6. Qiyas pengharaman solat kepada orang yang Haid dan Nifas dengan pengharaman membaca Al-Quran adalah tidak sahih kerana:

6.1 Solat disyaratkan untuk bersuci daripada hadas kecil dan besar manakala membaca Al-Quran diharuskan bagi orang yang berhadas kecil dengan nas hadis dan kesepakatan umat Islam.

6.2 Solat diwajibkan dalam keadaan mengadap kiblat, menutup aurat, tiada najis, manakala membaca Al-Quran tidak diwajibkan sedemikian.

11

C. HUKUM MEMEGANG AL-QURAN DALAM KEADAAN BERHADAS KECIL Diharamkan bagi orang yang berhadas kecil 3 perkara iaitu: Solat dan seumpamanya, Tawaf dan memegang Al-Quran dan seumpamanya. Memegang mushaf sama ada semuanya atau sebahagiannya walaupun satu ayat: yang diharamkan ialah menyentuh ayat walaupun bukan dengan anggota wudhuk. Ini adalah kerana mengagungkan Al-Quran adalah wajib, dan bukanlah mengagungkan AlQuran dengan menyentuh mushaf dalam keadaan berhadas. Para fuqaha telah bersepakat bahawa orang yang tidak berwudhuk diharuskan untuknya membaca Al-Quran atau memandangnya tanpa memegangnya, sebagaimana mereka mengharuskan bagi kanak-kanak memegang Al-Quran untuk pembelajaran kerana mereka bukanlah mukallaf, tetapi lebih utama adalah berwudhuk. Para ulama mazhab Maliki dan Syafie mengharamkan memegang Al-Quran bagi orang yang berhadas kecil walaupun tanpa alas dan kayu lidi. Manakala ulama mazhab Hanafi dan Hanbali mengharuskan memegangnya dengan alas dan kayu lidi yang suci1.

Berikut adalah pandangan terperinci setiap mazhab: 1. Mazhab Hanafi: Diharamkan memegang mushaf semuanya atau sebahagiannya iaitu memegang tulisannya, walaupun ayat itu ada pada duit atau di dinding, sepertimana diharamkan memegang kulit mushaf yang bercantum dengannya (tulisan ayat), maka memegangnya dikira sebagai memegang Al-Quran. Tidak diharamkan memegang sarung penutup mushaf yang tidak bercantum dengan Al-Quran seperti beg dan kotak dan diharuskan memegangnya dengan beralas seperti kayu lidi, pen atau sarung penutup yang berasingan dengannya. Makruh pula memegangnya dengan kain dan alas seperti beg mushaf. Tidak diharuskan bagi orang bukan Islam untuk memegang mushaf dan diharuskan baginya mempelajarinya dan mempelajari Fiqh dan seumpamanya. Diharuskan juga bagi kanak-kanak memegang Al-Quran kerana darurat bagi tujuan pembelajaran dan hafazan. Tidak makruh untuk memegang buku tafsir jika tafsir lebih banyak (daripada ayat Al-Quran) dan makruh memegangnya jika ayat Al-Quran lebih banyak daripada tafsir atau sama dengannya.

Lihat: Az-Zuhaili, Wahbah, Al-Fiqh Al-Islami wa Adillatuh, 1/294-299, Damsyik: Dar Al-Fikr (1985) dan Abdul Karim Zaidan, Al-Mufassal fi Ahkam Al-Marah wa Al-Bait Al-Muslim fi As-Syariah AlIslamiah, 1/149-150, Beirut: Muassasah Ar-Risalah (1997).

12

Begitu juga tidak dilarang untuk memegang buku-buku ilmu Syariah lain seperti fiqh, hadis, tauhid tanpa wudhuk walaupun lebih baik baginya untuk berwudhuk.

2. Mazhab Maliki: Dilarang bagi orang yang berhadas kecil memegang mushaf atau sebahagiannya, atau menulisnya dan membawanya walaupun berlapik dengan penyangkut, kain baju, bantal atau kerusi di bawahnya atau dengan alas dan kayu lidi, ataupun membawanya dengan barang-barang lain tanpa berniat demikian. Tetapi jika ia berniat membawa barang-barang lain yang terdapat juga di

dalamnya Al-Quran seperti menggunakan kotak dan seumpamanya maka ia diharuskan. Iaitu jika dia berniat membawa mushaf sahaja atau berniat

membawanya bersama barang-barang lain maka ia diharamkan, tetapi jika berniat membawa barang-barang lain maka ia diharuskan. Diharuskan untuk memegang dan membawanya bagi seorang guru dan pelajar yang sudah baligh, walaupun dia sedang haid dan nifas, disebabkan keadaannya tidak mampu menghilangkan perkara tersebut. Manakala tidak harus bagi orang yang sedang junub kerana dia mampu menghilangkan perkara itu dengan mandi hadas dan tayammum. Begitu juga diharuskan untuk memegang tafsir, membawanya dan

mempelajarinya bagi orang yang berhadas walaupun dalam keadaan Junub, kerana tujuan tafsir adalah untuk mencari maknanya, bukan membacanya.

3. Mazhab Syafie: Diharamkan untuk membawa mushaf dan memegang kertasnya, kulitnya yang bercantum dengannya, sarung begnya, kotaknya, ayat Al-Quran yang ditulis di papan tulis untuk pelajar Al-Quran, walaupun dengan secebis kain atau alas. Diharuskan untuk membawa Al-Quran bersama barang-barang lain tanpa niat, dan membawa tafsir yang lebih banyak daripada Al-Quran, tetapi jika ia sama atau Al-Quran lebih banyak maka tidak diharuskan. Adapun membawa buku-buku ilmu lain selain tafsir yang ada ayat Al-Quran maka ianya diharuskan. Diharuskan juga untuk menyelak halamannya dengan kayu lidi. Juga tidak dilarang bagi kanak-kanak yang sudah mumaiyyiz untuk membawa dan

memegangnya bagi tujuan pembelajaran. Begitu juga diharuskan untuk membawa kertas doa jampi ayat Al-Quran, atau yang terdapat pada duit dan kain yang disulam dengan ayat Al-Quran seperti kain penutup Kaabah kerana ia tidak dinamakan sebagai Al-Quran. 13

4. Mazhab Hanbali: Diharamkan untuk memegang mushaf walaupun satu ayat dengan anggota tubuh badannya dan diharuskan untuk memegangnya dengan alas dan kayu lidi yang suci dan membawanya dengan penyangkut baju atau bekas, walaupun dengan niat membawa mushaf, dan menulisnya walaupun untuk orang kafir zimmi tanpa memegangnya, dan membawanya dengan penutup yang suci. Manakala tidak diharuskan bagi penjaga kanak-kanak untuk memintanya memegang mushaf atau papan tulis pelajaran Al-Quran walaupun bagi tujuan pembelajaran dan hafazan, selagi kanak-kanak itu dalam keadaan berhadas, iaitu diharamkan memegang Al-Quran kecuali dalam keadaan bersuci termasuk juga kanak-kanak. Diharuskan untuk memegang buku-buku tafsir, fiqh dan seumpamanya walaupun terdapat dalamnya ayat Al-Quran. Diharuskan juga dalam salah satu pandangan mazhab yang lebih kuat: memegang duit yang ada tulisan ayat Al-Quran dan kain yang disulam dengan ayat Al-Quran kerana ia tidak dinamakan sebagai AlQuran dan juga kerana susah untuk menghilangkannya, begitu juga dengan papan tulis yang digunakan oleh kanak-kanak. Jika orang yang berhadas perlu memegang mushaf dalam keadaan tiada air maka hendaklah dia bertayammum dan dibolehkan memegangnya.

Dalil-dalil yang mengharamkannya ialah: 1) Ayat Al-Quran1:

2) Hadis Nabi SAW2:

Maksudnya: Apa yang diriwayatkan oleh Abu Bakar bin Muhammad bin Amr bin Hazm daripada bapanya, daripada datuknya RA, bahawasanya Nabi SAW telah menulis kepada penduduk Yaman sebuah kitab yang di dalamnya tertulis: Tidak menyentuh Al-Quran melainkan orang yang bersuci.
1 2

Surah Al-Waqiah: 77-79. Direkodkan oleh Abu Daud dan An-Nasai. Status hadis: Dhoif.

14

Perbincangan Dalil 1) Ayat Al-Quran1:

1.1 Dr Solah Abdul Fattah Al-Khalidi telah menghuraikan tafsiran sebenar ayat ini dengan menolak tafsiran dan pendapat yang mengatakan dalam ayat ini bermaksud orang Islam yang berwudhuk2: Kami berpandangan bahawa kefahaman ini tidak meneliti maksud ayat, ia tafsiran yang tidak diterima, oleh itu ia merupakan pendalilan yang tidak betul. Sesungguhnya ayat-ayat ini tidak membicarakan tentang orang Islam yang berwudhuk, tetapi ia membicarakan tentang sumber datangnya Al-Quran dan cara penyampaiannya kepada Nabi Muhammad SAW serta menolak keraguan orangorang Kafir tentang perkara tersebut. Sayyid Qutub bukan seorang sahaja yang mengatakan bahawa ialah Malaikat, bahkan majoriti para Sahabat, Tabiin, para ahli Tafsir dan ulama terdahulu juga berpandangan begini. Berkata Anas bin Malik: ialah Luh Mahfuz dan ialah Malaikat, yang suci daripada dosa. Berkata Ibnu Abbas: Kitab yang diturunkan di langit, tidak menyentuhnya melainkan yang suci iaitu malaikat. Daripada Qatadah berkata: itulah (Al-Quran) yang ada pada sisi Tuhan sekelian alam, dan ialah Malaikat. Adapun (Al-Quran) yang ada pada sisi kamu maka yang menyentuhnya orang Musyrik, yang bernajis dan Munafiq yang kotor. Daripada Abu Al-Aliah berkata: ialah Malaikat, bukan kamu para sahabat yang ada dosa. Daripada Said bin Jubair berkata: iaitu di langit. iaitu Malaikat. Maka, ayat ini bukanlah dalil pengharaman menyentuh Al-Quran dan membawanya tanpa wudhuk.

1 2

Surah Al-Waqiah: 77-79. Lihat: Al-Khalidi, Solah Abdul Fattah, Taswibaat fi fahmi badhil Ayat, m/s 225-229, Damsyik: Dar AlQalam (1995).

15

1.2 Berkata Dr Yusuf Al-Qardhawi1: Dia (Allah) menyebut: ,dan tidak pernah menyebut: sepertimana keadaan orang yang beriman di kalangan manusia yang Allah telah mengatakan tentang mereka2:


Oleh itu, tiada dalil daripada ayat ini dalam melarang (orang berhadas kecil) untuk memegang mushaf. 2) Hadis Nabi SAW3:

Maksudnya: Apa yang diriwayatkan oleh Abu Bakar bin Muhammad bin Amr bin Hazm daripada bapanya, daripada datuknya RA, bahawasanya Nabi SAW telah menulis kepada penduduk Yaman sebuah kitab yang di dalamnya tertulis: Tidak menyentuh Al-Quran melainkan orang yang bersuci. 2.1 Syeikh Sayyid Sabiq ketika menghuraikan hadis ini menyebut4: Hadis ini menunjukkan bahawa ianya tidak harus menyentuh mushaf, kecuali orang yang suci. Akan tetapi perkataan adalah lafaz musytarak, ia boleh memberi makna suci daripada hadas besar, suci daripada hadas kecil, orang beriman, orang yang di tubuhnya tiada najis. Oleh itu hendaklah perkataan tersebut menunjukkan makna tertentu sahaja sebagai qarinah. Jadi hadis ini bukanlah nas yang melarang orang yang berhadas kecil daripada menyentuh mushaf.

1 2

Al-Qardhawi, Yusuf, Fiqh At-Thoharah, m/s 170, Kaherah: Maktabah Wahbah (2006). Surah Al-Baqarah: 222. 3 Direkodkan oleh Abu Daud dan An-Nasai. Status hadis: Dhoif. 4 Sayyid Sabiq, Fiqh As-Sunnah, 1/41-42, Lubnan: Dar Al-Fikr (1998).

16

2.2 Dr Solah Abdul Fattah Al-Khalidi menyambung perbincangan tentang hadis ini pula1: Di sana ada hadis daripada Abu Bakar bin Muhammad bin Amr bin Hazm daripada bapanya, daripada datuknya, bahawasanya Nabi SAW telah menulis satu kitab kepada penduduk Yaman yang di dalamnya ditulis: Tidak menyentuh Al-Quran melainkan orang yang bersuci. Diriwayatkan oleh Al-Hakim, Baihaqi, Tabrani dan Ad-Daruqutni. Tetapi, ia adalah Hadis Dhoif. Berkata As-Syaukani dalam kitabnya Nailul Author: Dalam sanadnya Suwaid bin Abi Hatim, dia Dhoif. Manakala At-Thabrani dalam kitabnya Al-Ausath menyebutkan bahawa dia berseorangan dalam meriwayatkannya. Manakala Al-Hazimi menghukumkan sanadnya sebagai Hasan. Bahkan Imam Nawawi, Ibnu Kathir dan Ibnu Hazm menghukumkan hadis Hakim bin Hizam dan hadis Amr bin Hazm sebagai Dhoif. 2.3 Berkata Dr Yusuf Al-Qardhawi2: Di sana terdapat qarinah yang menunjukkan salah satu makna musytarak di sini, iaitu ( orang yang suci) ialah orang beriman, berdasarkan dalil daripada hadis yang sahih ( Sesungguhnya orang beriman itu tidak najis), dan firmanNya3:


Maka maksud hadis ini ialah: Tidak boleh bagi orang Musyrik memegang Al-Quran. Ini adalah kerana mereka tidak memegangnya untuk mengagungkannya, tidak mempercayainya, bahkan mereka menghinanya. Oleh itu ia menepati larangan tentang membawa Al-Quran ke negara musuh kerana ditakuti mereka merosakkannya dengan penghinaan dan permusuhan.

Al-Khalidi, Solah Abdul Fattah, Taswibaat fi fahmi badhil Ayat, m/s 225-229, Damsyik: Dar Al-Qalam (1995). 2 Al-Qardhawi, Yusuf, Fiqh At-Thoharah, m/s 171, Kaherah: Maktabah Wahbah (2006). 3 Surah At-Taubah: 28.

17

Perbincangan Fiqh 1) Dr Wahbah Az-Zuhaili membuat kesimpulan selepas perbincangan terperinci setiap mazhab dalam masalah ini1: Telah berlaku Ijmak kecuali (mazhab) Daud bahawa tidak harus bagi orang yang berhadas besar untuk memegang mushaf. Adapun orang yang berhadas kecil tidak pernah ada dalil yang qatie yang melarangnya daripada memegang mushaf. Tetapi majoriti fuqaha berpendapat untuk tidak mengharuskannya. Manakala Ibnu Abbas dan mazhab Zaidiyyah mengharuskan memegang mushaf. Dari segi zahirnya, apa yang dimaksudkan dalam ayat ialah Luh Mahfuz, dan ialah Malaikat. Jika ia bukan yang dimaksudkan secara zahir maka berlakulah kebarangkalian maksud, seperti kebarangkalian maksud yang berlaku bagi perkataan dalam hadis " " ialah orang beriman dan orang yang bersuci daripada hadas kecil dan besar serta orang yang tiada najis pada badannya. 2) Pendapat Dr Solah Abdul Fattah Al-Khalidi2: Oleh kerana tiada hadis sahih yang mengharamkan menyentuh Al-Quran bagi yang berhadas kecil dan maksud ayat bukan dalam konteks yang diperselisihkan, maka hal ini hendaklah dikekalkan pada asalnya iaitu hukum harus. Oleh itu kami mengatakan: Tidak diharamkan bagi orang Islam yang tidak berwudhuk untuk memegang Al-Quran, membawanya dan membacanya, bahkan diharuskan untuk melakukan semua itu, disebabkan tiada nas yang mengharamkannya dan menghalang perbuatan itu. Walaupun adalah lebih utama dan lebih baik ia berwudhuk dalam konteks menghormati Kalam Allah. Akan tetapi ia merupakan satu perbezaan di antara kesempurnaan dan keutamaan dengan perintah wajib. Maka kami mengakhiri kata-kata hebat Imam Nawawi dalam kitabnya Al-Majmu: Seluruh umat Islam telah bersepakat (ijmak) atas keharusan membaca Al-Quran bagi orang yang berhadas kecil dan lebih baik ia berwudhuk. Maksud membaca daripada kata-kata Imam Nawawi itu meliputi sama ada membacanya secara ghaib (tanpa mushaf) dan membaca dengan mushaf.

1 2

Az-Zuhaili, Wahbah, Al-Fiqh Al-Islami wa Adillatuh, 1/299, Damsyik: Dar Al-Fikr (1985). Al-Khalidi, Solah Abdul Fattah, Taswibaat fi fahmi badhil Ayat, m/s 225-229, Damsyik: Dar Al-Qalam (1995).

18

Beliau juga mengulangi pendirian ini ketika membicarakan tentang Adab Membaca AlQuran1: Suci dari segi zahir (fizikal), maka hendaklah seseorang lelaki itu suci daripada Janabah, dan hendaklah seorang wanita itu suci daripada Janabah, Haid dan Nifas. Malah adalah lebih baik bagi seorang lelaki dan wanita itu suci daripada hadas kecil juga iaitu mereka dalam keadaan berwudhuk, supaya dapat memperbaiki talaqqi dengan Allah SWT. Akan tetapi, diharuskan bagi mereka untuk membaca Al-Quran untuk ibadah, hafazan, menuntut ilmu atau mengajar ilmu- walaupun tanpa berwudhuk, atas sebab tiada dalil daripada Al-Quran yang menghalangnya dan tiada hadis sahih yang mensyaratkan begitu. Oleh sebab itu, para ulama berfatwa bagi seseorang wanita yang sedang belajar atau mengajar guru atau pelajar- harus membaca Al-Quran untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran dalam keadaannya sedang Haid atau Nifas kerana darurat

3) Dr Umar bin Muhammad As-Sabil pula memilih pandangan majoriti Fuqaha yang mengharamkan orang yang berhadas kecil memegang mushaf kerana2: 3.1 Kuatnya dalil dan hujah yang telah diperbincangkan. 3.2 Lemahnya dalil pihak lawan dan menolak serta menjelaskan kelemahan hujah mereka. 3.3 Pendapat yang mengharamkan memegang mushaf mendatangkan dalil daripada nas yang asal. 3.4 Pendapat yang mengharamkan lebih selamat untuk ibadah, maka ia lebih utama. 3.5 Pendapat yang mengharamkan bertepatan dengan memuliakan Al-Quran dan mengagungkannya. 3.6 Pendapat yang mengharamkan adalah daripada para sahabat zaman Nabi dan selepasnya tanpa wujud perselisihan antara mereka.

Al-Khalidi, Solah Abdul Fattah, Mafatih li Taamul maal Quran, m/s 46-47, Jordan: Maktabah AlManar (1985). 2 Umar bin Muhammad As-Sabil, Hukm At-Thoharah li mas Al-Quran Al-Karim. Artikel untuk Majalah Syariah, Universiti Ummul Qura, Mekah, Arab Saudi: http://uqu.edu.sa/majalat/shariaramag/mag23/f07.htm

19

D. HUKUM MEMEGANG AL-QURAN DALAM KEADAAN BERHADAS BESAR 1. Diharamkan bagi orang yang dalam keadaan Haid dan Nifas memegang dan membawa mushaf, sepertimana yang telah disebutkan dalam keadaan Junub.

2. Melainkan ulama mazhab Syafie memberi pengecualian apabila ditakuti Al-Quran itu musnah akibat banjir, kebakaran, terkena najis atau sampai ke tangan orang kafir, maka wajib baginya membawanya pada ketika itu, sepertimana telah disepakati oleh para ulama mengharuskan untuk membawanya jika diyakini tafsir lebih banyak daripada ayat Al-Quran, dan ulama mazhab Syafie dalam satu ketetapan adalah tidak harus untuk membawanya jika dengan niat membawanya bersama barang-barang lain.

3. Manakala ulama mazhab Hanafi pula memberi pengecualian apabila dalam keadaan memegang Al-Quran menggunakan pembalut yang berasingan daripada Al-Quran, dan makruh tahrim memegangnya dengan cebisan kain kerana ia mengikut kain pemakainya, dan dibolehkan untuk memegang kertas helaian buku-buku syariah seperti hadis, fiqh dan tafsir dengan cebisan kain dan tangan kerana darurat tetapi makruh untuk memegangnya; kerana ia tidak dapat lari daripada ayat Al-Quran, maka lebih baik dia tidak menyelak helaian kertas Al-Quran kecuali dalam keadaan berwudhuk. Juga mereka mengharuskan menyelak helaian kertas mushaf dengan menggunakan pen untuk membaca, sepertimana mereka mengharuskan bagi kanak-kanak membawa AlQuran kerana keperluan pembelajaran, dan tidak makruh untuk melihat Al-Quran bagi orang yang Junub, Haid dan Nifas1.

4. Pengharaman memegang mushaf dan membawanya oleh orang yang berjunub telah disepakati oleh para imam mazhab dan tidak pernah diperselisihkan oleh para sahabat. Manakala Daud dan Ibnu Hazm mengharuskan bagi orang yang berjunub untuk memegang mushaf dan membawanya.

Az-Zuhaili, Wahbah, Al-Fiqh Al-Islami wa Adillatuh, 1/626, Damsyik: Dar Al-Fikr (1997) dan Abdul Karim Zaidan, Al-Mufassal fi Ahkam Al-Marah wa Al-Bait Al-Muslim fi As-Syariah Al-Islamiah, 1/168-170, Beirut: Muassasah Ar-Risalah (1997).

20

Dalil mereka ialah hadis sahih: Bahawasanya Rasulullah SAW telah mengutuskan surat kepada Raja Hiraqla yang dalamnya ditulis: ... sehinggalah kepada ayat1:


Berkata Ibnu Hazm: Maka ini Rasulullah SAW telah mengutuskan surat, dalamnya ada ayat Al-Quran yang ditujukan kepada orang Nasrani, dan telah diyakini bahawa mereka juga memegang surat ini. Tetapi majoriti ulama menjawab persoalan ini dengan mengatakan bahawa ini hanyalah merupakan surat dan tidak dilarang untuk memegang isi kandungannya yang terdapat ayat Al-Quran sepertimana buku-buku tafsir, fiqh dan seumpamanya kerana ini tidak dinamakan sebagai mushaf dan tiada dalil pengharamannya.

Manakala bagi orang yang Haid dan Nifas juga sama diharamkan untuk memegang mushaf dan membawanya sepertimana orang yang Junub kerana persamaan dalam keadaan berhadas besar2. 5. Berkata Dr Abdul Karim Zaidan: Apa yang diharamkan kepada orang yang berhadas kecil maka ia diharamkan kepada orang yang Junub. Perkara ini adalah jelas kerana orang yang Junub iaitu berhadas besar- lebih berat daripada hadas kecil, yang menyebabkan bahawa lebih utama apa yang diharamkan bagi orang yang berhadas kecil diharamkan juga bagi orang yang berhadas besar. Oleh itu, diharamkan bagi orang yang Junub solat fardhu dan sunat, solat jenazah dan memegang Al-Quran bagi pandangan majoriti ulama. Manakala Ibnu Hazm Az-Zohiri mengharuskan bagi orang yang Junub untuk memegang mushaf3.

1 2

Surah Ali Imran: 64. Sayyid Sabiq, Fiqh As-Sunnah, 1/50 dan 1/63, Lubnan: Dar Al-Fikr, 1998 3 Abdul Karim Zaidan, Al-Mufassal fi Ahkam Al-Marah wa Al-Bait Al-Muslim fi As-Syariah Al-Islamiah, 1/153, Beirut: Muassasah Ar-Risalah (1997).

21

6. Dr Yusuf Al-Qardhawi memilih pendapat ulama yang mengharuskan bagi orang yang Junub untuk memegang mushaf sepertimana yang telah dibincangkan dalil dan hujah sebelum ini. Tetapi beliau tidak memasukkan pula pengharaman memegang mushaf dalam perkara-perkara yang diharamkan bagi orang yang Haid dan Nifas1.

Al-Qardhawi, Yusuf, Fiqh At-Thoharah, m/s 242 dan m/s 285-292, Kaherah: Maktabah Wahbah (2006).

22

E. HUKUM MENULIS AL-QURAN DALAM KEADAAN BERHADAS KECIL ATAU BESAR Majoriti Fuqaha selain ulama Maliki mengharuskan bagi orang yang berhadas untuk menulis mushaf atau sebahagian ayat daripadanya, walaupun bukan tujuan pengajaran dan pembelajaran, dengan syarat penulis yang berhadas itu tidak membawanya atau memegangnya semasa dia menulis, jika tidak maka ia diharamkan. Ulama mazhab Maliki menetapkan bahawa diharamkan bagi orang yang berhadas untuk menulis Al-Quran atau sebahagian daripadanya sepertimana membawanya dan memegangnya. Diharuskan bagi majoriti fuqaha selain ulama mazhab Hanbali bagi kanak-kanak untuk menulis Al-Quran dan memegangnya dengan tujuan pengajaran dan pembelajaran kerana darurat dan keperluan serta menghindarkan kesusahan1. 1. Mazhab Hanafi: Tidak diharamkan untuk menulis ayat di atas kertas kerana apa yang diharamkan ialah memegang tulisannya (ayat) dengan tangan. Adapun pen ia hanya alat yang berasingan, seperti kain baju yang berasingan yang digunakan untuk memegang Al-Quran, kerana apa yang difatwakan ialah harus memegang Al-Quran dengan kulit yang berasingan atau dengan penglihatan.

2. Mazhab Maliki: Dilarang bagi orang yang berhadas kecil memegang mushaf atau sebahagiannya, atau menulisnya dan membawanya walaupun berlapik dengan penyangkut, kain baju, bantal atau kerusi di bawahnya atau dengan alas dan kayu lidi, ataupun membawanya dengan barang-barang lain tanpa berniat demikian.

3. Mazhab Syafie: Diharuskan bagi orang yang berhadas untuk menulis Al-Quran tanpa memegangnya.

4. Mazhab Hanbali: Diharamkan untuk memegang mushaf walaupun satu ayat dengan anggota tubuh badannya dan diharuskan untuk memegangnya dengan alas dan kayu lidi yang suci dan membawanya dengan penyangkut baju atau bekas, walaupun dengan niat membawa mushaf, dan menulisnya walaupun untuk orang kafir zimmi tanpa memegangnya, dan membawanya dengan penutup yang suci.

Az-Zuhaili, Wahbah, Al-Fiqh Al-Islami wa Adillatuh, 1/450-454, Damsyik: Dar Al-Fikr (1997).

23

PENUTUP Permasalahan yang berkaitan dengan hukum membaca, memegang dan menulis AlQuran bagi orang yang berhadas kecil dan berhadas besar memang merupakan salah satu perkara yang menjadi kemusykilan di kalangan orang ramai. Khususnya mereka yang terlibat secara langsung dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) Al-Quran secara formal di peringkat guru dan murid di sekolah dan mana-mana institusi pengajian Islam. Oleh itu, sebenarnya para ulama telah membahaskan dan membincangkan masalah ini dengan terperinci tetapi kajian ini hanya dapat dihasilkan dalam ruang lingkup yang terbatas dan ringkas. Walaupun di sana terdapat perbezaan dan perselisihan pendapat di kalangan ulama dahulu dan kontemporari, tetapi adalah diharapkan kajian ringkas ini serba sedikit dapat menjawab persoalan orang ramai bagi mengamalkan beberapa tuntutan adab seorang muslim terhadap kitab suci Al-Quran.

24

BIBLIOGRAFI 1. Al-Quran Al-Karim. 2. Al-Bukhari, Muhammad bin Ismail, Sahih Al-Bukhari, Mesir: Dar Ibn Rejab, 2002. 3. Muslim bin Al-Hajjaj, Sahih Muslim, Mesir: Dar Ibn Rejab, 2002. 4. Abu Abdillah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal, Musnad Ahmad, Beirut: Muassasah ArRisalah, 1999. 5. At-Tirmizi, Muhammad bin Isa, Sunan At-Tirmizi, Riyadh: Dar As-Salam, 1999. 6. Abu Abdillah Muhammad bin Yazid, Sunan Ibnu Majah, Beirut: Dar Al-Marifah, 2000. 7. An-Nasai, Ahmad bin Shuaib, Sunan An-Nasai, Beirut: Dar Al-Marifah, 1999. 8. Abu Daud Sulaiman bin Al-Ashath, Sunan Abu Daud, Riyadh: Dar As-Salam, 1999. 9. Ad-Daruqutni, Ali bin Umar, Sunan Ad-Daruqutni, Beirut: Dar Al-Marifah, 1966. 10. Al-Baihaqi, Ahmad bin Al-Husain bin Ali bin Musa Abu Bakar, Sunan Al-Baihaqi AlKubra, Mekah: Maktabah Dar Al-Baz, 1994. 11. Ibn Taimiyyah, Taqiyuddin Ahmad bin Abdul Halim, Fiqh At-Thoharah, Lubnan: Dar AlFikr, 1987. 12. Az-Zuhaili, Wahbah, Al-Fiqh Al-Islami wa Adillatuh, Damsyik: Dar Al-Fikr, 1985 & 1997. 13. Abdul Karim Zaidan, Al-Mufassal fi Ahkam Al-Marah wa Al-Bait Al-Muslim fi As-Syariah Al-Islamiah, Beirut: Muassasah Ar-Risalah, 1997. 14. Sayyid Sabiq, Fiqh As-Sunnah, Lubnan: Dar Al-Fikr, 1998. 15. Al-Muthiri, Faihan bin Shali, At-Thoharah li qiraatil Quran wa At-Thowaf bil Baitil Haram, Riyadh: Darul Asimah, 1991. 16. Al-Khalidi, Solah Abdul Fattah, Mafatih li Taamul maal Quran, Jordan: Maktabah AlManar, 1985. 17. Al-Khalidi, Solah Abdul Fattah, Taswibaat fi fahmi badhil Ayat, Damsyik: Dar Al-Qalam, 1995. 18. Al-Qardhawi, Yusuf, Fiqh At-Thoharah, Kaherah: Maktabah Wahbah, 2006. 19. Abdul Aziz bin Muhammad bin Abdullah Al-Hajilan, Al-Ahkam Al-Fiqhiyyah Al-Khaassah bil Quran Al-Karim, Arab Saudi: Dar Ibn Al-Jauzi, 2004. 20. Ahmad Salim Milham, Faidh Ar-Rahman fi Al-Ahkam Al-Fiqhiyyah Al-Khaassah bil Quran, Jordan: Dar An-Nafais, 2001. 21. Umar bin Muhammad As-Sabil, Hukm At-Thoharah li mas Al-Quran Al-Karim. Artikel untuk Majalah Syariah, Universiti Ummul Qura, Mekah, Arab Saudi:

http://uqu.edu.sa/majalat/shariaramag/mag23/f07.htm 22. Umar bin Muhammad As-Sabil, Min Ahkam mas Al-Quran Al-Karim Dirasah Fiqhiyyah Muqaranah. Artikel untuk Majalah Syariah, Universiti Ummul Qura, Mekah, Arab Saudi: http://uqu.edu.sa/majalat/shariaramag/mag24/f07.htm

25

You might also like