You are on page 1of 14

PRAKTIKAL 6 NILAI PEMALAR AVOGADRO

Tujuan

Untuk mengetahui nilai pemalar Avogadro dengan menggunakan prosedur elektrolisis.

Teori

Hukum Avogadro juga dikenali sebagai Teori Avogadro ataupun Hipotesis Avogadro. Prinsip ini merupakan satu hukum dimana gas-gas dengan isi padu yang sama, pada suhu dan tekanan yang sama, mempunyai bilangan zarah atau molekul yang sama. Bilangan molekul yang ada pada isi padu gas yang tertentu adalah bebas daripada saiz ataupun jisim molekul gas tersebut. Nilai teori bagi pemalar Avogadro merupakan 6.02 1023. Hukum ini boleh dinyatakan seperti berikut:

di mana,

ialah isipadu gas ialah kuantiti bahan dalam gas / bilangan mol gas itu ialah pemalar berkadar terus / pembolehubah tetap

Senarai Bahan

1 mol dm-3 larutan kupum(II) sulfat Larutan propana Dua kepingan kurpum

Senarai Radas

Bateri Bikar 250 cm3 Wayar penyambung dan klip buaya Ammeter Suis Reostat Jam randik

Prosedur

Rajah 1

1. Dua kepingan kuprum dicuci dengan menggunakan kertas pasir dan jisimnya ditimbang. 2. Bikar diisi dengan larutan 1 mol dm-3 kuprum(II) sulfat sehingga separuh penuh. 3. Radas disediakan seperti dalam Rajah 1. Suis dihidupkan dan jam randik dimulakan. 4. Reostat diselaraskan untuk membenarkan arus kecil melaluinya. 2

5. Bacaan ammeter direkodkan ke dalam Jadual 1 bagi setiap selang masa satu minit. 6. Suis dimatikan selepas 30 minit. 7. Perubahan yang berlaku di anod dan di katod direkodkan. 8. Kepingan kuprum dibasuh dan dikeringkan dengan propanon. Kepingan tersebut ditimbang sekali lagi.

Langkah Berjaga-Jaga :

1. Propanon hendaklah dijauhkan dari muka atau hidung kerana propanon mudah mengewap dan menyebabkan kerengsaan. 2. Berhati-hati ketika membersihkan kepingan zink dan kuprum kerana bucu kepingan tersebut tajam dan boleh mencederakan jari. 3. Propanon perlu dikendalikan dengan berhati-hati kerana ia mudah terbakar dan ia harus dielakkan berhampiran dengan api.

Keputusan

a. Hasil Pemerhatian

Katod (Kuprum 1)

Anod (Kuprum 2)

Elektrolid

Jisim Sebelum, g

22.0

22.9

Jisim Selepas, g

22.2

22.7

Tindak Balas

Berlaku tindak balas penurunan : Cu2+ Cu

Berlaku tindak balas pengoksidaan. : Cu Cu2+

Elektron

Menerima dua elektron untuk membentuk ion Cu

Membebaskan dua elektron dan membentuk ion Cu2+

Kepekatan dan kuantiti ion Cu2+ dalam larutan akues berkurang dan warna biru larutan akan pudar.

Keadaan fizikal elektrod / Perubahan jisim

Jisim logam kuprum semakin bertambah disebabkan enapan logam kuprum.

Jisim logam kuprum semakin bekurang dan menjadi semakin nipis kerana terhakis.

Persamaan Setengah

Persamaan setengah : Cu2+ + 2e- Cu

Persamaan setengah : Cu Cu2+ + 2e-

b. Nilai arus elektrik, sepanjang proses elektrolisis

Masa, / minit 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26

Arus Elektrik, / A 0.26 0.24 0.32 0.30 0.30 0.30 0.30 0.30 0.30 0.32 0.32 0.32 0.32 0.32 0.32 0.32 0.32 0.32 0.32 0.32 0.32 0.32 0.33 0.33 0.33 0.33 0.33 5

27 28 29 30

0.33 0.33 0.33 0.33

Keputusan

Pengiraan

Jisim yang diperolehi di katod,

Purata bagi jumlah arus yang melalui litar, [ ( ) ( ) ( )]

Masa elektrolisis,

Cas bagi satu elektron,

LANGKAH 1 Kira jumlah cas yang melalui litar tersebut.

)(

)(

LANGKAH 2 Kira bilangan elektron di dalam elektrolisis ini. (Cas bagi satu elektron = 1.602 x 10-19 C)

)(

LANGKAH 3 Mengenalpasti bilangan atom kuprum yang terbentuk di katod.

)(

LANGKAH 4 Kira bilangan atom kuprum di dalam satu gram kuprum.

LANGKAH 5 Kira bilangan atom kuprum di dalam satu mol kuprum, 63.546 g. ( )( )

Perbincangan

1. Secara teori, pertambahan jisim dalam satu elektrod kuprum sepatutnya sama dengan pengurangan jisim pada satu lagi elektrod. Jelaskan mengapa terdapat sedikit perubahan kecil bagi kedua-dua nilai ini di dalam eksperimen yang telah dijalankan. Perbezaan adalah disebabkan oleh kuantiti ion Cu 2+ yang ditarik untuk dinyahcaskan di elektrod katod adalah lebih daripada kuantiti ion Cu dibebaskan untuk dibentuk oleh elektrod anod.
2+

yang

2. Tuliskan persamaan tindak balas yang seimbang untuk tindak balas yang berlaku di anod dan katod. Cu (pe) Cu2+ + 2eCu2+ + 2e- Cu (pe)

Anod : Katod :

[ Pengoksidaan ] [ Penurunan ]

3. Apakah kesan ke atas pemalar Avogadro yang diperoleh jika bekalan kuasa dimatikan beberapa saat selepas 30 minit dan bukannya tepat 30 minit?

Nilai pemalar Avogadro akan bertambah kerana pertambahan masa menyebabkan lebih banyak zarah Cu dipindahkan melalui elektrolit dari anod ke katod.

4. Apakah kesan ke atas pemalar Avogadro yang diperoleh jika elektrod tidak dibiarkan kering sebelum jisim akhir elektrod diambil?

Akan berlaku ralat ke atas nilai pemalar Avogadro kerana elektrod yang tidak kering masih mengandungi lapisan elektrolit iaitu propanon dan pepejal

10

kuprum tidak dapat terbentuk sepenuhnya sewaktu masih basah. Hal ini akan menjejaskan bacaan jisim bagi elektrod tersebut.

5. Seorang pelajar menjalankan satu eksperimen untuk menentukan pemalar Avogardo dengan menggunakan katod zink dan anod kuprum yang berjisim 5.100g. Arus 0.468A dialirkan selama 3 minit. Selepas data dikumpulkan, anod kuprum dikeringkan dan ditimbang. Jisim akhir anod kuprum ialah 5.037g.

Jumlah arus yang melalui litar = 0.468 A Masa elektrolisis, Cas bagi satu elektron,

a) Kirakan jisim anod kuprum yang hilang.

b) Kirakan jumlah cas (dalam Coulomb) yang mengalir melalui sel elektrolisis.

)(

)(

c) Kirakan bilangan elektron yang digunakan untuk menyadurkan zink. (Cas bagi satu elektron ialah 1.602 x 10-19 C)

)( 11

d) Kirakan bilangan atom kuprum yang hilang dari elektrod kuprum.

)(

e) Kirakan bilangan atom kuprum per gram yang hilang pada anod.

f) Kirakan bilangan atom kuprum dalam satu mol kuprum. ( )( )

g) Kirakan peratus ralat (students percent error) | ( )|

Nilai ralat

Peratus ralat

)(

12

6. Selain daripada mengukur nilai pemalar Avogadro, nyatakan dan jelaskan dua kegunaan proses elektrolisis dalam industri.

A. Pengelektrosaduran

Proses menyalut kepingan logam dengan logam yang lain melalui elektrolisis disebut pengelektrosaduran. Sebagai contoh, keluli boleh dielektrosadurkan dengan kromium. Tujuan pengelektrosaduran ialah untuk melindungi logam tersadur daripada kakisan dan menjadikannya lebih cantik. Dalam sel elektrolisis bagi pengelektrosaduran katod ialah bahan yang ingin disadur, anod ialah logam saduran dan elektrolit ialah larutan garam yang mengandungi ion-ion logam saduran contohnya seperti NiSO4, CrSO4 dan AgNO3.

Tindak balas : Anod Logam penyadur akan mengkakis untuk menghasilkan ion-ion bercas positif di dalam lauratan elektrolit. Setengah persamaan : Ni Ni+ + e-

Katod : Ion bercas positif akan tertarik ke elektrod ini dan dinyahcas menjadi logam yang terenap sebagai satu lapisan nipis di atas permukaan logam atau bahan yang ingin disadur. Setengah persamaan : Ni+ + e- Ni

Kelebihan pengelektrosaduran : Dapat melindungi logam atau bahan daripada kakisan atau pengaratan

13

Mencantikkan rupa logam dan meningkatkan penampilan fizikal sesuatu logam atau bahan

Kesimpulan :

Nilai pemalar Avogadro boleh ditentukan dengan menggunakan proses elektrolisis.

14