BAB 3: PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM

Group Math IPGKPP
PISMP Ambilan januari 2011

ZAMAN JAHILIAH

Pengertian Jahiliah
Jahiliah berasal daripada perkataan Arab jahala yang bermaksud jahil / tidak mempunyai ilmu pengetahuan. Sejarawan islamzaman yang penuh dengan kegelapan, kejahilan & kebodohan. Pihak lain memberi definisi jahiliah sebagai zaman yang tidak mempunyai peraturan hidup dan agama yang sah.

SUSUN MASYARAKAT DI ZAMAN JAHILIAH

Aspek akhlak – akhlak orang-orang Arab jahiliah telah rosak dan menyimpang dari nilai-nilai akhlak Islam.

Nilai-nilai akhlak yang diajar Nabi Ibrahim & anaknya Ismail a.s telah diketepikan.

Ciri-ciri negatif kerosakan akhlak dapat dilihat dari aspek amalan mereka spt: melakukan zina, merompak, mencuri, membunuh, berjudi dan minum arak.

Mempunyai ciri-ciri positif spt: taksub dengan keluarga & kabilah, mengotakan janji, sgt menghormati tetamu, berani & sabar serta tahan lasak.  Aspek kebudayaan-mencapai kemajuan yang tinggi.

Terdapat penyair2 yang terkenal spt Imru ul-Qays, Tarafah, Antarah dll.  Sering mengadakan peraduan syair yang diadakan di Ukadz( penyair yang handal saja menyertai)

Mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang seni bina. cth: orang-orang Saba‟ berjaya membina empangan Ma‟rib yang terkenal.

Aspek ekonomi- Kota Mekah menjadi pusat perdagangan yang utama pada masa itu.

Menggunakan mata wang Dinar dan Dirham yang dibuat dari emas, perak.

Aspek politik- berjaya menubuhkan kerajaan yang lengkap dengan sistem pentadbiran, pertahanan, ketenteraan.

 

Di Kota Mekah terdapat majlis yang ditubuhkan untuk melindungi jemaah haji & kepentingan kota.

Aspek sosial- terdapat Sheikh Kabilah yang dianggap sebagai ketua kabilah & dihormati.

Golongan bangsawan (orang Quraish), orang kaya, orang yang pandai bersyair, berani, pandai bermain senjata & gagah serta golongan hamba.  Sistem perhambaan menunjukkan masyarakat arab mempunyai tamadun dan digelar jahiliah kerana mereka sesat dari sudut agama & kepercayaan serta keruntuhan akhlak mereka.

ZAMAN RASULULLAH S.A.W.
Masjid an-Nabawi, Mainah menjadi pusat pemerintahan & pentadbiran pada zaman Nabi Muhammad S.A.W.  Tamadun yang dibina adalah berasaskan wahyu yang diturunkan kepadanya. Dapat dibahagikan kepada 2 zaman iaitu Zaman Makki(Mekah) & Zaman Madani(Madinah)

Sumber negara islam- zakat, sedekah, jizyah, ganimah & fai.  Segi pertahanan- Nabi Muhammad S.A.W merupakan panglima tentera yang handal.  Menitikberatkan persoalan akidah.  Segi pendidikan- mewajibkan penganutnya menuntut ilmu.

PEMERINTAHAN KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB

Memerintah selama 10 tahun.

Khalifah Umar al-khattab

• • • •

Membuat beberapa pembaharuan dari aspek: Politik dan pentadbiran Perluasan kuasa dan pengaruh Perundangan Sosial

Pembaharuan dari Aspek Politik dan Pentadbiran
Memecahkan kawasan dan pusat pemerintahan kepada beberapa wilayah yang berasingan.

Membentuk Majlis Asyura.

Penduduk Iraq dikehendaki membayar cukai tanah kepada kerajaan.

Tanah milik kerajaan Rom dibahagikan kepada penduduk.

Adanya projek pengairan di Mesir dan Iraq.

Pembaharuan dari Aspek Perluasan Kuasa & Pengaruh

Meluaskan kuasa terhadap wilayah yang masih berada di bawah pengaruh kerajaan Rom dan Parsi.

Anggota tentera dibayar gaji.

Membentuk pasukan tentera tetap, tentera simpanan, polis rahsia dan pengintip.

Madinah, Kufah dan Basrah dijadikan pusat ketenteraan.

Pembaharuan dari Aspek Perundangan

Gaji hakim dinaikkan.

Peminum arak dikenakan 80 kali sebatan.

Menetapkan sembahyang terawih sebanyak 20 rakaat dan diadakan secara berjemaah.

Jatuh talak tiga bagi sesiapa yang menyebutnya sebanyak tiga kali serentak.

Pembaharuan dari Aspek Sosial
Kadar cukai jizyah diturunkan. Golongan hamba diberi perhatian dan perlindungan.

Kalendar Islam diperkenalkan.

Penjara dibina.

Pasukan polis ditubuhkan.

Pejabat baitulmal ditubuhkan di setiap wilayah Islam.

PEMERINTAHAN KHALIFAH UTHMAN A’FFAN Khalifah Uthman A’ffan:

Memerintah selama 12 tahun.

Membuat beberapa pembaharuan: • Al-Quran dibukukan dan disalin semula dalam mushaf rasmi. • Membesarkan masjid al-Nabawi di Madinah.

PEMERINTAHAN KHALIFAH ALI ABI TALIB

Sayyidina Ali Abi Talib:

Dari bani Hasyim.

Menggantikan pemerintahan khalifah Uthman Affan.

Tercetusnya peperangan alJamal dan Siffin.

Terbentuknya puak Syiah, Khawarij dan ahli Sunnah.

Pembaharuan dan Perubahan

Melantik gabenor baru.

Mengambil semula harta yang khalifah Uthman berikan kepada keluarga dan kaum kerabatnya.

Menukar pusat pemerintahan dari Madinah ke Kufah.

PEMERINTAHAN BANI UMAIYAH

Penduduk Kufah dan penyokong Ali melantik Hassan bin Ali sebagai pengganti Sayyidina Ali Abi Talib.

Hassan menyerahkan kuasa pemerintahannya kepada Muawiyyah bin Abu Suffian dengan syarat Muawiyyah: • • • • Memerintah secara adil. Sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga nabi. Tidak menjadikan kuasa pemerintahan waris. Menyerahkan pemilihan jawatan khalifah selepas kemangkatan beliau kepada umat Islam.

Peringkat Perkembangan Bani Umaiyah

Peringkat pengasasan dan pengukuhan (Muawiyyah bin Abu Suffian – Abdul Malik bin Marwan)

Peringkat kegemilangan dan keagungan (al-Walid bin Abdul Malik – Yazid bin Abdul Malik)

Peringkat kemunduran dan kejatuhan (Hisyam bin Abdul Malik – Marwan bin Muhammad)

Pembaharuan dan Perubahan semasa Pemerintahan

Muawiyyah
Membentuk jabatan yang menguruskan cukai.
Menubuhkan jabatan pungutan zakat.

Melantik amiramir bahagian.

Damsyik – Pusat pentadbiran.

Mengemas kini aspek ketenteraan.

Bahasa Arab Bahasa pengantar dan bahasa rasmi kerajaan.

Saliran air dibina.

Pungutan harta zakat, jizyah, cukai tanah, harta al-Fai & ghanimah diteruskan.

Membina kapal perang.

PEMERINTAHAN BANI ABBASIYYAH
  

Kerajaan Islam yang ketiga. Pusat pemerintahan bertukar dari Damsyik ke Baghdad. Terdapat tiga zaman pemerintahan.

ZAMAN Zaman Pertama Zaman Kedua Zaman Ketiga

TEMPOH 750 – 846 M 846 – 1194 M 1194 – 1258 M

Pembaharuan dan Perubahan
Jabatan ketenteraan, cukai dan hasil, pos, pengairan dan buruh ditubuhkan.
Syiar Islam dikembalikan. Mementingkan keilmuan, ketokohan dan keagamaan seseorang dalam memegang sesuatu jawatan.

Perpustakaan dan sekolah ditubuhkan.

Menggalakkan amalan penterjemahan.

Masjid dibina di merata tempat.

Pasukan ketenteraan dikemas kini.

Lahirnya ulama dalam bidang hadis, penyelidik dan ilmuwan.

ZAMAN MAKKI

Dakwah yg disampaikan bertemakan tauhid

Menurut Syed Qutb dlm bukunya “Petunjuk Sepanjang Jalan”, persoalan utama yang dibawa oleh Rasulullah di Mekah ialah persoalan akidah.

Berkait rapat dengan persoalan akidah ini ialah ajaran Islam tentang adanya Hari Akhirat (Qiamat)

Semua golongan itu dibanteras oleh Nabi Muhamad dengan dibantu oleh sahabat-sahabat baginda yang terdiri dari hartawan-hartawan Islam.

Dakwah Nabi s.a.w banyak menekankan usaha-usaha pembentukan peribadi Muslim, meninggalkan segala sifat mazmumah yang tercela dan digantikan dengan akhlak mahmudah.

ZAMAN MADINAH

APA YANG BERLAKU ?

Zaman selepas baginda berhijrah ke Madinah.

10 tahun

Mula menyusun sebuah masyarakat dan negara Islam

ANTARA LANGKAH AWAL BAGINDA DI MADINAH
Orang Muhajirin dipersaudarakan dengan orang Ansar

Membina Masjid Nabi

Menggariskan asas masyrakat dan Negara Islam iaitu keimanan dan ketaqwaan kpd Tuhan

PIAGAM MADINAH

Piagam bertulis yang pertama di dunia.
Madinah terdapat dua golongan penduduk terbesar, iaitu orang Arab dan Yahudi. Orang Arab Islam (Ansar) dan orang Arab Quraisy (Muhajirin) Orang Yahudi terbahagi kepada beberapa kumpulan..

Orang-orang Ansar sentiasa berselisih faham sesama mereka

PIAGAM MADINAH

Orang-orang Yahudi bersikap permusuhan dan sentiasa menghasut dan mengkhianati Rasullah

Orang Muhajirin pula terlalu miskin kerana mereka dihalau dari kampung halaman mereka

PIAGAM MADINAH (SAHIFAH MADINAH)
Al-Quran dan as-Sunnah sbg sumber undangundang

Kesatuan ummah dan negara
Kebebasan bergerak dan tinggal di Madinah

Hak dan tanggungjawab di dlm pertahanan negara

Hubungan kebajikan di antara warganegara

Tanggunjawab menegakkan keadilan sosial

Undang-undang keselamatan

Kebebasan beragama

Tanggungjawab negara terhadap warganegara bukan Islam
Kewajipan semua pihak terhadap kedamaian

TAMADUN ISLAM ZAMAN KHULAFA ALRASYIDIN

Khulafa‟ ar-Rasyidin atau Khulafa‟ ar-Rasyidun (jamak kepada Khalifatur Rasyid) bererti wakil-wakil atau khalifah-khalifah yang benar atau lurus. Mereka waris kepimpinan Nabi Muhammad selepas kewafatan baginda. Perlantikan mereka dibuat secara syura iaitu perbincangan para sahabat atau pilihan khalifah

TAMADUN ISLAM ZAMAN KHULAFA‟ AL-RASHIDIN
2. Saidina Umar al-Khattab 3. Saidina Uthman bin „Affan

1. Saidina Abu Bakar

4. Saidina Ali bin Abi Talib

Khulafa‟
al-Rashidin

ZAMAN KHALIFAH ABU BAKAR

Saidina Abu Bakar dilantik dan menjadi khalifah pertama umat Islam. Perlantikan Saidina Abu Bakar mendapat tentangan daripada beberapa orang yang ingin melantik Saidina Ali Abi Talib sebagai khalifah kerana Saidina Ali ialah golongan Syiah. Tentangan itu tamat selepas Saidina Ali Abi Talib membaiahkan Saidina Abu Bakar.

SUMBANGAN KHALIFAH ABU BAKAR

Saidina Abu Bakar telah menjalankan aktviti pengumpulan semula ayat-ayat al-Quran. Berjaya meluaskan pengaruh Islam

Berjaya menumpaskan golongan Riddah  Golongan Riddah blh dibahagikan kpd 3

Golongan murtad

Nabi palsu

Enggan membayar zakat

Memperkenalkan bayaran gaji untuk tentera melalui hasil harta rampasan perang Membahagikan Tanah Arab kpd 10 wilayah Memperkenalkan undang-undang tanah Memberi hak yg sama kpd golongan mawali spt org Islam Arab