You are on page 1of 12

Imbasan Sejarah

Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957 - Zaman Pengukuhan


Pembentukan satu sistem pendidikan kebangsaan Pengakuan matlamat akhir Bahasa Malaysia menjadi bahasa pengantar utama Permulaan kurikulum yang berorientasikan alam sekeliling Malaysia Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua

Laporan Rahman Talib dan Akta Pelajaran 1961 - Zaman Kemaskini


Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis dan mengira Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran keseluruhan

Ciri-ciri Laporan Kabinet 1979


Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis dan mengira Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran keseluruhan

Rang Undang Undang Pendidikan 1995


Sistem pendidikan kebangsaan dicorakkan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf dunia dari segi kualiti untuk mencapai aspirasi negara Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan kepada dasar pendidikan kebangsaan Tempoh pendidikan rendah adalah antara 5-7 tahun Pendidikan prasekolah sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan Pendidikan teknik & politeknik dipertingkatkan

Peruntukan diadakan bagi mengawal selia pendidikan swasta

http://www.moe.gov.my/?id=83&lang=my capaian pada 5/30/12

Sistem Pendidikan
Sistem Pendidikan Kebangsaan di peringkat sekolah di bawah Kategori Institusi Pendidikan Kerajaan terdiri daripada:(a) Pendidikan Prasekolah

Program pendidikan bagi murid yang berumur dari empat hingga enam tahun;

(b) Pendidikan Rendah


Kursus pengajian pada peringkat rendah yang direncanakan bagitempoh enam tahun tetapi yang boleh tamat diikuti dalam tempoh antaralima hinggah tujuh tahun; Ia terdiri daripada sekolah kebangsaan atau sekolah jenis kebangsaan;

(c) Pendidikan Menengah

Pendidikan yang terdiri daripada pendidikan menengah rendah dan menengah atas; Pendidikan menengah yang diadakan terdiri daripada :1. sekolah akademiksekolah teknik dan vokasional 2. sekolah kebangsaan agama

(d) Pendidikan Lepas Menengah

Pendidikan yang disediakan untuk seseorang yang sudah tamatmengikuti pendidikan menengah rendah dan menengah atas, tetapi tidaktermasuk pendidikan tinggi.

Persekolahan di bawah Kategori Institusi Pendidikan Bantuan Kerajaan pula adalah bagi Sekolah Berasrama Penuh yang ditanggungjawabkan kepada Unit Sekolah Berasrama Penuh Bahagian Sekolah. Institusi pendidikan lain di peringkat persekolahan yang ditubuhkan adalah :-Sekolah Pendidikan Khas yang ditanggungjawabkan kepada Jabatan Pendidikan Khas.

Sekolah Sukan yang ditanggungjawabkan kepada Bahagian Sukan.

http://www.moe.gov.my/?id=85&lang=my capaian pada 5/30/12

Kebaikanya memang banyak. Kata kunci kebaikan sistem pendidikan Malaysia ialah dimulakan dengan perkataan 'SATU' dan 'SAMA' Contohnya seperti satu bahasa, satu bangsa (nationality), satu matlamat (falsafah), satu bumbung (lawan vernakular), sistem pemusatan (centeralised ministry), kurikulum yang sama dll. Penggunaan bahasa melayu sebagai bahasa penghantar - Melalui pendekatan ini semua kaum dikehendaki belajar bahasa melayu agar menjadi lebih mahir. Apabila semua kaum mahir/fasih berbahasa melayu maka salah faham atau buruk sangka dapat dikurangkan. Sebarang maklumat/dasar/falsafah/rancangan pula dapat disalurkan dengan mudah kepada semua pihak dan difahami dengan mudah (salah faham dapat dikurangkan). Apabila perasaan salah faham (kerana kurang memahami bahasa tersebut) dapat dikurangkan maka ini memudahkan sesuatu rancangan untuk dilaksanankan kerana wujudnya perpaduan melalui satu bahasa yang difahami oleh semua kaum. Sukatan kurikulum yang seragam - Melalui perlaksanaan ini, semua pelajar yang berbilang kaum dapat menimba ilmu yang sama tahapnya/levelnya/. Ini secara tidak langsung mendidik pelajar dengan menggunakan tahap acuan yang sama rata. Oleh itu, kesemua murid berdiri sama rata didalam sistem pendidikan negara. Perpaduan lebih mudah dibentuk kerana sistem pendidikan yang bersikap adil. Selain itu, sukatan kurikulum yang seragam juga mengurangkan perbandingan sekolah jenis kebangsaan dan sekolah kebangsaan. Sebagai contohnya jika kurikulum tidak seragam maka ada sesetengah pihak yang cuba membandingkan kualiti sekolah, contohnya sekolah jenis kebangsaan lebih baik dari sekolah kebangsaan. Sistem peperikasaan yang seragam - Jika setiap jenis sekolah menggunakan sistem peperiksaan yang berlainan maka ibubapa mungkin ragu-ragu untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah baru yang mungkin dikatakan mempunyai tahap peperiksaan yang rendah berbanding sekolah lain. Ini secara tidak langsung mengekang pelajar-pelajar lain untuk masuk ke sekolah baru yang terdiri dari sesuatu kaum. Malah mungkin ibubapa hanya mahu menghantar anak mereka ke sekolah jenis kebangsaan berbanding dengan sekolah kebangsaan kerana meragui kualiti yang diberikan tidak memenuhi kehendak mereka. Walau bagaimanapun, penggunaan sistem peperiksaan yang seragam membolehkan setiap ibubapa tahu bahawa tahap peperiksaan setiap sekolah adalah seragam dan perasaan ragu-rugu untuk memindahkan anak mereka ke sekolah kebangsaan dapat dikurangkan. Kurikulum yang berorentasikan Malaysia - Subjek seperti sejarah yang mengajar tentang bertapa sukarnya kita mencapai kemerdakaan secara tidak langsung dapat menanam semangat patriotik dalam kalangan pelajar yang berbilang kaum. Subjek pendidikan moral yang sesuai dengan norma masyarakat Malaysia mengajar mengenali dengan lebih dekat tentang adat dan kepercaya serta budaya yang berbeza di negara ini secara tidak langsung melahirkan perasaan menghormati adat resam kaum lain. Oleh itu perpaduan lebih mudah terbentuk. Sistem pendidikan yang menekankan ko-kurikulum - Melalui program 1 murid 1 sukan, perpaduan lebih mudah terbentuk melalui aktivitiaktiviti sukan yang dijalankan di pelbagai peringkat. Melalui aktiviti kokurikulum juga, murid akan secara tidak langsung dapat bergaul dengan pelajar dari kaum lain dan persahabatan yang terjalin mampu membentuk perpaduan yang hakiki. Boleh diterima tak point yang saya berikan Dr. ? Thanks.. Sebab kelemahannya pertama ialah kerana tidak ada mata pelajaran sejarah yang menerangkan asal usul perkauman dari zamann firaun, holokust/nazi. KKK di US hingga 13 Mei di Malaysia. Yang penting sekali ialah akibatnya Isi pelajaran sivik patut diubah kerana ramai yang tidak faham tentang demokrasi berparlimen . Ramai yang menngingat demokrasi law of the jungle atau survival of the featus Kebaikannya ialah kita ada program seperti: Integrasi ilmu Integrasi budaya Integrasi komuniti RIMUP bagi pendidikan khas dan lain-lain lagi. Cari saja di laman web. Jangan putus asa Jangan lupa baca PBS (Pentaksiran Berasakan Sekolah). Dimulakan darjah satu tahun ini. Tingkatan satu tahun 2012. Saya mensyorkan ujian adeptif untuk menyesuiakan semua budaya. Sekarang ini kita gunakan bagi ujian TOEFL. Baca ujian tersebut dalam laman web.

Dulu saya minta kerja di OUM untuk meyediakan ADAPTIVE TESTING tapi tidak berjaya. Mereka asyik memperkenalkan NRT walaupun untuk ujian kemahiran bertulis. Kita mesti menggunakan ujian bebas budaya untuk mengatasi perkauman. Cuba lihat di laman web CULTURAL FAIR TEST. Pensyarah saya banyak menulis tentang cultural fair test di laman web. Harap pelajar baca di laman web. Maklumat ini perlu pelajar masukkan dalam cadangan dalam tugasan pelajar Sekian untuk permulaan.

Bisanya falasafah pendidikan yang dapat membantu untuk menyatupadukan rakyat kerana ia dipenuhi kehendak dengan nilai sepunya dan mengikut dasar. TK

Mengukuhkan Perpaduan dan Kerjasama Dalam masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai bangsa, kaum, agama dan budaya, perpaduan yang erat adalah penting dalam menjamin kesejahteraan masyarakat dalam mengejar kemajuan individu, keluarga dan negara. Jawatankuasa Pelaksanaan Mengkaji Dasar Pelajaran 1979, menjelaskan bahawa aktiviti kokurikulum dapat menggalakkan semangat berkumpulan, bekerjasama dan menghormati peraturan. Ini disokong oleh Wee Eng Hoe (1996), yang menyatakan penyertaan murid dalam pasukan badan beruniform, persatuan dan sukan dapat menyemai perasaan muhibah, perpaduan dan integrasi nasional. Kokurikulum merupakan pelengkap ke arah pendidikan holistik bukan hanya dari segi peningkatan dan pengembangan kemahiran sosial, afektif dan psikomotor sahaja malah untuk mengukuhkan lagi interaksi, toleransi dan integrasi antara kaum (Jamaludin, 2009). Azmi dan Hamsiah (2000) juga bersetuju dengan fungsi kokurikulum dalam membina kemahiran bersosial dan berpendapat bahawa kegiatan kokurikulum yang mantap dapat memperkukuhkan interaksi antara murid dan sekali gus memupuk integrasi antara kaum dalam masyarakat majmuk di negara kita. Interaksi dan integrasi yang baik akan mengujudkan perpaduan dan kerjasama yang baik. Pergaulan dan interaksi banyak berlaku melalui aktiviti kokurikulum. Atas dasar ini, sekolah perlu mempelbagaikan aktiviti yang menjurus ke arah menanamkan sifat psikososial yang diinginkan. Melalui sukan dan permainan, berlaku pembentukan pasukan atau team building yang memupuk semangat menyumbang secara kolektif atau berkumpulan. Aktiviti persatuan dan kelab serta pasukan badan beruniform juga menekankan kepada pergaulan dan khidmat masyarakat. Interaksi sosial yang berlaku semasa pelaksanaan aktiviti kokurikulum tersebut dapat menyemai nilai-nilai murni di samping memupuk dan menanam perasaan kekitaan antara murid pelbagai kaum yang mempunyai latar belakang dan cara hidup yang berlainan. Melalui aktiviti kokurikulum, murid boleh berinteraksi antara satu sama lain dengan lebih realistik tanpa memilih darjat, kaum atau agama. Nilai integrasi dan toleransi adalah penting dalam kehidupan masyarakat bagi menjamin wujudnya persefahaman, perasaan hormat menghormati hak dan kebebasan kaum di sesebuah

negara. Nilai toleransi merujuk kepada kesediaan individu dalam berkompromi semasa menjalani proses hubungan antara kaum yang berbeza serta kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertikaian dan perselisihan faham demi kesejahteraan. Manakala nilai integrasi merujuk kepada satu keadaan sosio-psikologi di mana rakyat pelbagai etnik, agama dan wilayah hidup dengan aman sebagai satu bangsa yang bersatu dengan memberi komitmen yang penuh kepada Perlembagaan dan Rukun Negara. Che Aziz dan Aminuddin (2002) merumuskan bahawa aktiviti kokurikulum di sekolah perlu memenuhi fungsi sebagai aktiviti yang memberi khidmat kepada pembangunan kemasyarakatan. Semangat berkhidmat, bekerjasama dan saling membantu antara satu sama lain perlu disemai bagi membentuk masyarakat yang harmonis. Manakala Masitah (1995) dan Rohanida (2002) menyatakan bahawa aktiviti kokurikulum dapat memberi latihan awal dari segi kepimpinan, sahsiah dan kemasyarakatan di kalangan murid. KEPENTINGAN KOKURIKULUM DALAM PENDIDIKAN DI SEKOLAH MENENGAH Nor Suhara Bt Haji Fadzil Dr Jamil Bin Ahmad Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi, Malaysia suhara.fadzil@gmail.com Abstrak http://ivonov.in/www.scribd.com/doc/55918498/Kepentingan-Kokurikulum-Dalam-PendidikanDi-Sekolah-Menengah capaian pada 5/30/2012

Kepentingan Kokurikulum dalam Pendidikan Kegiatan kokurikulum melibatkan pelbagai aktiviti yang dirancang daripada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah (BSSK 2009). Kepelbagaian persatuan yang ditubuhkan hendaklah berasaskan kepada matapelajaran yang diajar di sekolah, hobi dan rekreasi, sukan dan permainan, badan beruniform serta apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh pendaftar berserta kepelbagaian aktiviti yang berupaya memberi manfaat kepada murid dalam meningkatkan disiplin dan perpaduan, membina pengetahuan, minat dan bakat, membentuk sahsiah, mengukuhkan pegangan keagamaan dan sebagainya. Kepentingan kokurikulum dalam pendidikan telah diakui (Jamaludin, 2009; Athur, 2009; Andrea, 2009; Yusnizam, 2008, Ab.Alim, 2004). Justeru, pelaksanaan kokurikulum perlulah dilaksanakan dengan terancang dan sistematik berserta kerjasama yang padu dan bersungguh-sungguh. Merujuk kepada Buku Panduan Pengurusan Kokurikulum Sekolah Menengah (2009), matlamat utama pelaksanaan aktiviti kokurikulum adalah untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Falsafah ini merupakan panduan bagi semua aktiviti pendidikan yang mengungkapkan dengan jelas tujuan, matlamat, prinsip dan nilai asas yang menjadi dasar dalam

membentuk sistem pendidikan Malaysia. Ia menekankan kepada falsafah tentang manusia yang berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara seimbang dan harmonis supaya kesepaduan trah diri manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan seharusnya menghasilkan budi pekerti dan akhlak mulia agar menjadi ciri asasi seseorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik. Matlamat utama kokurikulum merangkumi objektif-objektif seperti berikut. 1. Menyemai kesedaran murid-murid terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan; 2. Menyeimbangkan antara perkembangan mental dengan perkembangan rohani, jasmani dan emosi murid; 3. Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan dalam kalangan murid; 4. Membina dan meningkatkan minat dan bakat murid-murid dalam aktiviti yang diceburi; 5. Membina dan meningkatkan disiplin murid; 6. Mewujudkan budaya sekolah yang sihat. 7. Membina dan meningkatkan kerjasama dua hala antara sekolah dan masyarakat; 8. Mewujudkan sekolah berwatak. Objektif yang dinyatakan tersebut adalah bersesuaian dengan Dasar Kementerian Pelajaran Malaysia yang ingin melahirkan generasi yang seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Oleh yang demikian, kokurikulum perlu dititikberatkan di sekolah demi kepentingannya dalam pendidikan. Rumusan Terdapat pelbagai kelebihan dan kebaikan pelaksanaan kokurikulum dalam pendidikan. Oleh itu, pelaksanaannya perlulah dirancang dengan rapi dan dijalankan dengan lebih serius oleh semua pihak. Segala kekangan dalam pelaksanaannya sama ada dari segi latihan guru, kemudahan peralatan, infrastruktur, sokongan, kewangan dan sebagainya perlu di atasi segera. Ini adalah penting supaya pelaksanaan kokurikulum dalam pendidikan dapat mencapai objektifnya dan berjaya melahirkan generasi yang berpendidikan tinggi serta bersahsiah mulia. Justeru satu kajian yang bertajuk Penilaian Pelaksanaan Kokurikulum Di Sekolah Menengah akan dijalankan bagi menilai sejauhmanakah proses-proses pelaksanaan kokurikulum berjaya dilaksanakan. akan menggunakan Dengan menggunakan Model Penilaian CIPP oleh Stufebeam (2002), kajian penilaian ini yang akan dilaksanakan merangkumi tiga daripada empat komponen model CIPP iaitu input, proses dan produk. Diharap kajian dapat menyumbang kepada dapatan informasi agar proses penambahbaikan berterusan akan dapat dicadangkan dan dilakukan dari masa ke semasa. Rujukan Ab.Alim Abd Rahim (2004): Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum. Selangor: Penerbit Oxford Sdn. Bhd. Abdullah Sani Yahya (2005): Mengurus Disiplin. Pahang: PTS Publishing Sdn. Bhd.

Adnan Kamis (1988): Nilai-Nilai Murni dalam Aktiviti Kokurikulum Pergerakan Beruniform Ke Arah Menghasilkan Insan yang Mantap lagi Seimbang Menurut Falsafah KBSM. Kertas kerja Seminar Nilai-Nilai Murni Merentas Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi. Ahmad Esa ( 2005): Perkasakan Kokurikulum. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum (BSSK), KPM (2009): Buku Panduan Pengurusan Kokurikulum. Kuala Lumpur: A.G Grak, Sdn. Bhd. Hamedah Wok Awang & Normah Teh (2009): Sekolah sebagai Pembangun Modal Insan. Kuala Lumpur: PTS Professional. Black, S.(2002): Extracurricular Activities and Academic Performance Go Hand in Hand. American School Board Journal. Mahoney, R.W; Larson, R.W., Eccles, J.S. & Lord, H. (2005): Organized activities as contexts of development: Extracurricular activities, after-school and community programs. Mahwah, NJ: Lawrence Erlbaum Associates. Omardin Ashaari (1996): Pengurusan Kokurikulum. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Ruhaiza Rusmin (2007): Kokurikulum Bendung Gejala Sosial. Kuala Lumpur: New Strait Time Press (M) Bhd. Saifullizam Puteh (2004): Pengurusan Kokurikulum. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHO). Sharifah Md Nor (2000): Keberkesanan Sekolah: Satu Perspektif Sosiologi. Serdang: Penerbit UPM. Steve Duncan (1996): Family Matters: What is the role of extracurricular Activities? http://www.montana.edu. Tam Yeow Kwai (2010): Pengurusan Kokurikulum. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Wee Eng Hoe (1996): Gerak Kerja Kokurikulum: Sukan. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.

PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2006-2010 Pendahuluan Modal insan berminda kelas pertama merupakan salah satu kunci utama untuk membolehkan negara mencapai Wawasan 2020 yang telah digagaskan. Merekalah yang akan meningkatkan tahap produktiviti dan daya saing negara dalam mendepani cabaran dan tekanan besar persaingan abad ke 21. Agenda membina dan memupuk modal insan yang menjadi benih generasi masa depan ini amat bergantung kepada kualiti sistem pendidikan negara. Justeru, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 telah dirangka untuk melaksanakan dan merealisasikan satu sistem pendidikan yang holistik, progresif, bermoral dan bertaraf dunia. PIPP telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. PIPP 2006-2010 telah menggariskan enam teras iaitu membina Negara bangsa, membangunkan modal insan, memperkasakan Sekolah Kebangsaan, merapatkan jurang pendidikan, memartabatkan profesion keguruan dan melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan. 1. Membina negara bangsa Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai serta semangat patriotisme, lingua franca, integrasi, kewarganegaraan dan demokrasi.

Cabaran globalisasi dan liberalisasi menuntut perubahan dinamik dalam system pendidikan bagi melahirkan warganegara glokal yang bertindak bijak menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi mengikut acuan local atau tempatan. Fokus utama dalam membina negara bangsa mencakupi usaha-usaha seperti memperkasakan bahasa kebangsaan sebagai asas perpaduan, integrasi nasional dan bahasa ilmu. Fokus lain ialah memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa serta memupuk kefahaman yang jelas terhadap pendekatan Islam Hadhari dalam membentuk pemikiran kehidupan. Antara strategi untuk membina negara bangsa ialah : Menggerakkan gelombang baru gerakan memperkasakan bahasa kebangsaan. Memantapkan pelaksanaan Dasar Buku Negara. Menyelaras peranan semua pihak terlibat untuk menggiatkan aktiviti kebahasaan, kesusasteraan, pengkaryaan, penterjemahan dan penerbitan. Mewujudkan bulan bahasa dan sastera negara dalam usaha memperkasakan bahasa kebangsaan. Bagi memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional, pelbagai usaha akan dilaksanakan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman rakyat agar menghormati Perlembagaan Malaysia, meningkatkan semangat patriotik melalui aktiviti kokurikulum dan menanam semangat hormat-menghormati sensitiviti masyarakat pelbagai kaum. Selain itu, memberi kefahaman menyeluruh tentang pentingnya semangat kejiranan ke arah perpaduan dan integrasi nasional turut dititikberatkan. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) turut menyusun program bagi memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya melalui kurikulum kesenian, membina sekolah seni, meningkatkan kerjasama dengan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KEKWA) serta membudayakan penggunaan tulisan jawi. Bagi memupuk kefahaman yang jelas tentang pendekatan Islam Hadhari, pelbagai aktiviti untuk bimbingan melalui siri ceramah, seminar dan penerbitan bahan bacaan berkaitan Islam Hadhari akan dilaksanakan. 2. Membangunkan modal insan Pembangunan modal insan bertujuan memastikan anak bangsa Malaysia mempunyai ilmu pengetahuan serta kepakaran tinggi bagi penyediaan guna tenaga dalam pelbagai jenis pekerjaan. Di samping itu, para pelajar akan dilengkapi kemahiran, komunikasi berkesan, kebolehan menggunakan teknologi komunikasi maklumat (ICT) dengan baik, berupaya berfikir secara kreatif dan kritis serta mampu bertindak secara rasional, mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat, mempunyai nilai tinggi serta berupaya menjadi pemimpin berkesan dalam keluarga dan masyarakat. Bagi mencapai dasar dan matlamat tersebut, fokus pembangunan modal insane sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) adalah : Mengadakan lebih banyak pilihan pendidikan kepada ibu bapa danpelajar KPM akan meneruskan kewujudan pelbagai jenis sekolah, aliran, mata pelajaran dan bidang pengkhususan. Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Agama Negeri (SAN) akan diteruskan. Pelaksanaan mata pelajaran vokasional (MPV) di sekolah-sekolah akan diperluaskan. Peruntukan belanja mengurus akan ditingkatkan bagi sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan.

Meningkatkan keupayaan dan minat pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran Pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) akan dikaji semula agar lebih menekankan kemahiran berfikir aras tinggi. Budaya cintakan ilmu pengetahuan akan dipupuk dengan menggalakkan tabiat membaca. Penerbitan dan penterjemahan pelbagai jenis bahan bacaan sama ada dalam bentuk bercetak atau bukan bercetak akan dipergiatkan. Bagi menjayakan Program Pembestarian Sekolah, infrastruktur yang mencukupi akan disediakan seperti komputer, televisyen dan cakera video digital (DVD). Bagi memastikan program ini dapat beroperasi dengan lancar, program latihan dan bimbingan akan diadakan iaitu Latihan Asas Penggunaan Komputer, Latihan Penggunaan Komputer untuk pengajaran dan pembelajaran (P&P), Latihan Penggunaan Perisian Khusus dan latihan Penggunaan Televisyen Pendidikan (TVP) dalam P&P. Beberapa pendekatan P&P baru akan diperkenalakn supaya menarik minat para pelajar seperti program F1 Technology Challenge dan Robotik. Memupuk pelajar supaya memiliki kemahiran dan ketrampilan Kemahiran berkomunikasi merentas kurikulum dan kokurikulum dengan memperbanyakkan aktiviti literasi dan secara langsung akan dipergiatkan. MPV akan diperluas di sekolah-sekolah selain memastikan pelajar menguasai kemahiran ICT. Bagi membina penampilan diri yang positif, aktiviti bina diri seperti kerja berpasukan dan pembinaan karakter akan diperbanyakkan. Ceramah, seminar, motivasi dan bengkel berunsur pembangunan insan akan ditingkatkan bagi memupuk nilai-nilai murni, budi bahasa dan adab di kalangan pelajar. Kerja amal dalam masyarakat setempat seperti di rumah orang tua dan anak yatim juga akan diperbanyakkan. Aspek keselamatan, kesihatan dan kebersihan (3K) turut diberi keutamaan. Program Amalan Kebersihan Sekolah turut dimantapkan sepanjang RMK-9. Memantapkan sistem pentaksiran dan penilaian supaya lebih holistik KPM akan mengubah penekanan peperiksaan awam daripada berasaskan kandungan kepada kemahiran atau daripada bersifat ujian kepada kebolehan am. Bilangan mata pelajaran dalam peperiksaan awam juga akan dikurangkan bagi mata pelajaran tertentu. Sistem penggal akan dikaji semula dan digantikan dengan sistem semester bagi menjadikan suasana persekolahan tidak berorientasikan peperiksaan. Bagi memantapkan kualiti system pentaksiran dan penilaian, standard prestasi kebangsaan bakal diperkenalkan untuk dibandingkan dengan standard negara lain. Memantapkan program kokurikulum dan sukan Budaya bersukan dan kokurikulum akan diterapkan kepada pelajar dengan menyediakan kemudahan serta peralatan sukan yang mencukupi di semua sekolah tidak kira lokasinya. KPM akan bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN) untuk melaksanakan program pembangunan sukan lebih menyeluruh di samping mengenal pasti sekolah yang dapat dijadikan Pusat Sukan Daerah dan Negeri. Bagi meningkatkan semangat patriotik, Rukun Negara akan dipelajari dan dihayati dari peringkat awal persekolahan. Penubuhan Kelab Rukun Negara akan dilaksanakan di sekolah rendah dan menengah. Memperkukuh disiplin pelajar

Kempen Anti Buli, Kempen Anti Ponteng, kempen melibatkan penglibatan ibu bapa dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta Kempen Pencegahan Salah Laku akan di perhebatkan. Program Pendidikan Keselamatan Jalan Raya 2005 akan dilaksanakan di sekolah rendah secara berperingkat dengan menerapkannya ke dalam mata pelajaran bahasa Melayu. Mempercepat perkhidmatan sistem aduan masalah disiplin dengan mempelbagaikan saluran aduan terus Saluran aduan terus akan dipelbagaikan termasuk talian terus, e-mail, faks dan khidmat pesanan ringkas (SMS). Memantapkan kurikulum Pelaksanaan j-QAF kepada murid Islam dan Pendidikan Moral kepada bukan Islam akan diperluaskan. Selain itu, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan akan diperluas pelaksanaannya ke Tahap Dua sekolah rendah dan sekolah menengah. Meningkatkan kerjasama KPM dengan pelbagai agensi Ini akan dilakukan dengan menjalankan pelbagai aktiviti bagi membangunkan modal insan. 3. Memperkasakan Sekolah Kebangsaan Dalam PIPP, tumpuan memperkasakan Sekolah Kebangsaan (SK) diberi kepada sekolah rendah. Ini kerana SK berperanan penting sebagai tapak untuk menyemai serta memupuk perpaduan di antara kaum dari peringkat awal persekolahan. Ciri-ciri SK perkasa ialah : Infrastruktur lengkap dan berkualiti. Pemimpin dan guru cekap, terlatih dan berkualiti, semua pelajar menguasai 3M. Beraspirasi nasional. Menawarkan bahasa Cina dan bahasa Tamil. Pencapaian akademik cemerlang. Sistem sokongan yang kuat dan mencukupi. Iklim dan budaya sekolah yang sihat. Penawaran dan pelaksanaan kurikulum berasaskan pelanggan. Penawaran dan pelaksanaan kokurikulum yang berkesan. Pencapaian sahsiah pelajar cemerlang. 4. Merapatkan jurang pendidikan di luar bandar PIPP bakal merapatkan jurang pendidikan antara lokasi dengan membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan luar bandar di seluruh negara. Selain itu, ia turut memfokuskan peningkatan kadar penyertaan dan mengurangkan risiko keciciran pelajar. Tumpuan akan diberi kepada sekolah-sekolah di pedalaman Sabah dan Sarawak. KPM turut memfokuskan untuk mengurangkan jurang pencapaian akademik dengan menambah bilangan komputer, TV Pendidikan, video teleconferencing, SchoolNet, makmal komputer, kemudahan perkakasan, pengisian dan tenaga kerja. Ini akan mengurangkan jurang digital yang wujud di kalangan murid dan guru luar bandar. Beberapa langkah telah dikenal pasti untuk meningkatkan penyertaan Orang Asli dan minoriti iaitu meningkatkan penguasaan 3M (membaca, menulis dan mengira). 5. Memartabatkan profesion perguruan

Guru-guru yang baru menamatkan pengajian perguruan dari maktab atau institusi pengajian tinggi akan diwajibkan berkhidmat di kawasan pedalaman dahulu tanpa sebarang pengecualian. KPM akan menambah baik insentif dan mewujudkan skim insurans khusus kepada guru yang berkhidmat di pedalaman selain menyediakan rumah guru dan kemudahan asas yang sempurna. Kurikulum Institut Pendidikan Guru (IPG) secara berpusat akan digubal bagi memberi penekanan kepada elemen baru dalam kurikulum pendidikan guru. Ia akan memberi focus kepada membangunkan infrastruktur yang meliputi Pusat Maklumat Latihan Keguruan, Sistem Penyaluran, rangkaian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Portal Pendidikan Guru dan Total Campus Management System. Guru tugas-tugas khas bakal menikmati elaun baru apabila PIPP 2006-2010 dilaksanakan sepenuhnya. Pelbagai keistimewaan bakal dilaksanakan seperti mewujudkan laluan pantas untuk kenaikan gred DG berasaskan merit dan prestasi akan dilaksanakan, kemudahan tempat tinggal di kawasan pedalaman dan Bandar besar akan disediakan dan menempatkan guru mengikut opsyen dan keperluan. 6. Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan Bagi melonjakkan lagi kecemerlangan institusi pendidikan dalam system pendidikan negara, dasar KPM adalah untuk mengadakan pendekatan, piawaian dan penanda aras yang lebih tepat serta bersesuaian dengan ciri dan keperluan kluster institusi pendidikan yang ada iaitu mengikut bidang khusus (niche areas) masing-masing. Hal ini kerana pada masa ini terdapat pelbagai jenis sekolah dalam sistem pendidikan negara. Institusi-institusi model yang dapat dijadikan contoh akan dibangunkan supaya dapat dijadikan showcase di peringkat antarabangsa. Ia bertujuan untuk membuktikan keupayaan sistem pendidikan negara di samping membantu usaha untuk menjadikan Malaysia Pusat Kecemerlangan Pendidikan. Dalam pada itu, sebanyak 300 buah institusi pendidikan yang menyerlah dan cemerlang dalam kluster institusi pendidikan tertentu akan dikenal pasti dan dipilih mengikut elemen berikut : Elemen utama (pencapaian purata, kokurikulum). Elemen sokongan (pengurusan dan pentadbiran sekolah, ketrampilan guru, pengurusan kewangan yang cekap, penglibatan ibu bapa dan masyarakat). Kesimpulan Dengan termeterainya PIPP 2006-2010, diharapkan bidang pendidikan bukan sahaja dapat melahirkan modal insan yang berpengetahuan, kuat fizikal dan cerdik minda tetapi juga mempunyai nilai-nilai yang sempurna dan murni untuk memikul amanah bagi membantu memajukan negara. Modal insan yang mempunyai celik minda dan nilai-nilai ditambah sangat penting untuk melakukan anjakan besar selain mampu bersaing untuk berjaya. Negara perlu melahirkan lebih ramai Ulul-Albab (pemikir) yang bersyukur kerana mereka merupakan golongan yang mampu melaksanakan amanah bagi membawa kebaikan kepada negara. Sumber maklumat :Kementerian Pendidikan Malaysia http://ilmu.edublogs.org/2008/06/22/pelan-induk-pembangunan-pendidikan/ capaian pada 5/30/12