You are on page 1of 7

PROJEK TERNAKAN KAMBING PEDAGING

Di KAMPUNG BARU KUALA NERANG, KEDAH (XYZ Enterprise)

PROJEK TERNAKAN KAMBING PEDAGING


DI KAMPUNG BARU KUALA NERANG, KEDAH

1.0 PENGENALAN
Nama : Ali bin Kassim
Nama Syarikat : XYZ Enterprise
No. Kad Pengenalan : 651212-10-5432 (LAMPIRAN 1)
Alamat Rumah : Lot 1234, KAMPUNG BARU KUALA
NERANG
41250 KEDAH.
No. Telefon (bimbit) : 012-3456789

2.0 LATARBELAKANG
2.1 Butir-butir Syarikat
No. Pendaftaran : 001122334-U (LAMPIRAN 2)
Tarikh Daftar : 12 Disember 2002
Tarikh Luput : 28 Disember 2006
Alamat Syarikat : Lot 5678, KAMPUNG BARU KUALA
NERANG
41250 KEDAH
Bentuk Perniagaan : Pemilik Tunggal (Ali bin Kassim)
Jenis Perniagaan : Menternak & menjual lembu & kambing.

2.2 Butir-butir Peribadi


Umur : 41 Tahun
Taraf Kelulusan : Sijil Rendah Pelajaran (SRP)
Taraf Kesihatan : Baik dan tiada kecacatan anggota
Taraf Kekeluargaan : Berumahtangga
Nama Isteri : Aminah binti Abu
Pekerjaan Isteri : Suri rumahtangga
Bil. Tanggungan : 5 orang anak (3 sudah bersekolah)

1
PROJEK TERNAKAN KAMBING PEDAGING
Di KAMPUNG BARU KUALA NERANG, KEDAH (XYZ Enterprise)

Pekerjaan Tetap : Kerja-kerja kontrak


Pekerjaan Sambilan: Menternak Kambing

2.3 Pendapatan & Perbelanjaan / Bulan


2.2.1 Pendapatan
a. Pekerjaan Tetap : RM1,500.00
b. Hasil Pertanian : 0.00
(Belum keluar hasil)
Jumlah Pendapatan RM1,500.00
2.2.2 Perbelanjaan
a. Sarahidup keluarga : RM 800.00
b. Anak sekolah : 150.00
c. Bil-bil air, elektrik dll : 150.00
d. Kos luar jangka : 150.00
Jumlah Perbelanjaan RM1,250.00

2.2.3 Lebihan Pendapatan : RM 250.00

2.4 Harta & Tanggungan


2.4.1 Harta
a. Kereta : RM34,000.00
b. Motosikal : 2,000.00
c. Simpanan : 2,000.00
d. Tabung Haji : 15,000.00
d. Kambing / Lembu : 16,850.00
Jumlah Harta RM69,850.00

2.4.2 Tanggungan
a. Pinjaman : RM 0.00
(Tiada pinjaman dimana-
mana Institusi Kewangan)

2.4.3 Harta Bersih : RM69,850.00

2
PROJEK TERNAKAN KAMBING PEDAGING
Di KAMPUNG BARU KUALA NERANG, KEDAH (XYZ Enterprise)

2.5 Pengalaman
Saya telah memulakan projek ternakan kambing sejak 5 tahun yang
lalu dengan hanya 4 ekor sahaja. Kini saya telah mempunyai 25
ekor kambing dan 3 ekor lembu.

Sila rujuk LAMPIRAN 3, Gambar Ternakan Kambing di tapak


projek masa kini.

Selama 5 tahun ini saya telah menimba banyak pengetahuan


tentang menternak kambing dengan bimbingan pegawai Pejabat
Haiwan, Daerah KEDAH. Saya telah menghadiri kursus menternak
kambing / lembu kelolaan Pejabat Haiwan di Ipoh selama 1 hari
pada bulan Julai 2006 untuk mendapatkan teknik ternakan yang
lebih sistematik dan menguntungkan.

3.0 PROJEK

3.1 Keadaan Projek Masakini


Kandang kambing seluas 20’ X 40’ dibina di atas tanah seluas 1
ekar yang disewa dari seorang pemilik (sewa RM60.00 sebulan).

Sila rujuk LAMPIRAN 4, Perjanjian Sewa Tanah.

Kandang ini dibina sendiri dengan bahan binaan yang bercampur


aduk, dibuat sedikit-sedikit bila ada modal. Walau bagaimanapun ia
mungkin dapat bertahan sehingga 5 tahun lagi.

Dari 25 ekor kambing yang ada sekarang, 21 ekor darinya adalah


betina dan 4 ekor jantan (induk). Kesemuanya dari jenis Jamnapari
dan kacukan dengan jenis tempatan (Katjang). Sehingga kini sejak
mula-mula projek dimulakan tidak seekorpun kambing ini dijual.
Hanya susu kambing dijual, itupun diatas permintaan.

3
PROJEK TERNAKAN KAMBING PEDAGING
Di KAMPUNG BARU KUALA NERANG, KEDAH (XYZ Enterprise)

3.2 Projek Cadangan


3.2.1 Stok Kambing
Saya bercadang untuk membesarkan projek ternakan
kambing pedaging saya dari jumlah sekarang (25 ekor)
kepada 260 ekor. Tambahan sebanyak 175 ekor
(kesemuanya dari jenis Jamnapari) perlu dibeli pada awal
projek cadangan untuk menjadikan jumlah ternakan
sebanyak 200 ekor. Jumlah ini akan bertambah sehingga
260 ekor pada tahun ke 3 dan seterusnya sebab kandang
yang akan dibina dapat menampung jumlah tersebut.

3.2.2 Tapak Projek


Saya telah mendapatkan sebidang tanah TOL kurniaan dari
Kerajaan Negeri Selangor seluas 3 ekar untuk diusahakan
berdekatan dengan tapak projek masakini. Sila rujuk
LAMPIRAN 5, Butir-butir Tanah Tapak Projek.

3.2.3 Kandang
Sungguhpun tanah ini terletak di luar ban, kandang akan
dapat dibena di atas pelantar (Menggunakan piling konkrit
dan kayu bakau) dengan keluasan 40’ X 90’. Setor untuk
makanan dan peralatan dibina seluas 400’ persegi.

3.2.4 Bekalan Makanan


Selain dari dedak makanan yang disediakan dari campuran
jagung, hampas kelapa dan hampas soya serta garam galian,
rumput Napier dan rumput gajah dapat di tanam di sepanjang
ban selebar 20 kaki dan sepanjang 2 km.

3.3 Kedudukan Tapak Projek


Tapak projek seluas 3 ekar terletak di luar ban ditepi sungai KEDAH
dan anak sungai Telok Godam. Terletak tidak jauh dari tapak projek

4
PROJEK TERNAKAN KAMBING PEDAGING
Di KAMPUNG BARU KUALA NERANG, KEDAH (XYZ Enterprise)

sekarang iaitu di KAMPUNG BARU KUALA NERANG . Sila rujuk


LAMPIRAN 6, Lakaran Ke Tapak Projek.
4.0 PENGURUSAN
Buat masakini projek sedia ada di uruskan oleh saya sendiri dengan
dibantu anak lelaki saya. Walau bagaimanapun untuk projek cadangan
projek perlu dibantu oleh 2 orang pekerja tetap dengan bayaran RM700.00
sebulan.

Dari segi kawalan penyakit, saya dapat merawat jika kambing terkena
penyakit biasa seperti kembung, luka dan masalah kambing bunting.
Tetapi jika terkena penyakit kronik, pegawai perubatan haiwan dari Pejabat
Haiwan KEDAH dapat membantu pada bila-bila masa sahaja.

5.0 PEMASARAN
Kambing akan dijual kepada penjual daging kambing di pasar KEDAH
yang sentiasa memerlukan bekalan pada setiap hari. Jualan juga dapat
dibuat kepada penduduk tempatan untuk tujuan Aqikah, kenduri kahwin
dan kepada restoran-restoran yang banyak terdapat di Bandar KEDAH.
Kesimpulannya pemasaran tidak menjadi masalah.

Kambing boleh dijual mengikut berat atau jualan dibuat seekor-seekor.


Purata harga kambing dewasa dapat dijual dengan harga RM800.00
seekor, manakala anak kambing adalah RM300.00 seekor.

6.0 KEWANGAN
6.1 Modal Permulaan Projek Cadangan
Perbelanjaan permulaan adalah Kos Tetap untuk membina kandang
dan setor termasuk jalan masuk ke tap projek, pagar, elektrik, pam
air dan peralatan adalah sejumlah RM117,300.00.

Sejumlah 175 ekor kambing akan dibeli dengan pecahan anak


kambing (60 ekor), kambing betina (100 ekor) dan kambing jantan
(15 ekor), kesemua berjumlah RM52,500.00.

5
PROJEK TERNAKAN KAMBING PEDAGING
Di KAMPUNG BARU KUALA NERANG, KEDAH (XYZ Enterprise)

Jumlah Modal Permulaan Projek Cadangan adalah RM169,800.00,


sila rujuk LAMPIRAN 7, Perincian Kepada Aliran Kewangan.
6.2 Modal Pusingan
Perbelanjaan yang tinggi bagi modal pusingan adalah keperluan
makanan, perubatan dan upah pekerja. Perbelanjaan ini
bergantung kepada bilangan kambing, sila rujuk LAMPIRAN 7
(Perincian Kepada Aliran Kewangan) dan LAMPIRAN 8 (Struktur
Stok Ternakan).

6.3 Penyata Untung Rugi


Kadar Pulangan Pelaburan (ROI) = 65.6%
Pulangan Keatas Pelaburan (IRR) = 15.6%

Bagi projek ternakan kambing ini, dengan kedar pulangan pelaburan


serta kadar keuntungan yang positif dan memberengsangkan, maka
ia menunjukkan projek yang akan diusahakan adalah berdaya maju
dan mampu memberi pulangan yang baik dan menguntungkan.

6.4 Susunan Pembiayaan Projek


Sila rujuk LAMPIRAN 11 – Aliran Kewangan Projek
• Kurangan Terkumpul Tertinggi RM170,156 100.0%
• Pembiayaan Bank RM150,000 88.2%
• Modal Sendiri (Ekuiti) RM 20,156 11.8%

Pembiayaan Bank diperlukan sejumlah RM150,000.00 untuk


menampung sebahagian besar perbelanjaan projek cadangan
terutamanya pada permulaannya iaitu Kos Tetap. Cadangan
Pembiayaan Projek (Pinjaman Bank dan Ekuiti Sendiri) adalah
sebagaimana LAMPIRAN 12.

Jumlah pinjaman ini termasuk faedah dapat dibayar balik dalam


tempoh 5 tahun termasuk penangguhan pokok pada tahun pertama.

6
PROJEK TERNAKAN KAMBING PEDAGING
Di KAMPUNG BARU KUALA NERANG, KEDAH (XYZ Enterprise)

Pada tahun ke 3 hingga 5, projek masih mencatatkan lebihan positif


selepas bayaran balik pinjaman sejumlah RM2,266.00 / bulan.

Pada tahun ke 6 dan seterusnya, projek akan menerima keuntungan


bersih tanpa tolak bayaran balik sejumlah RM5,860.00 / bulan.

7.0 PENUTUP
Projek cadangan ini sangat berdaya maju dan menguntungkan. Ianya
dapat meningkatkan taraf hidup saya sekeluarga dan membantu kerajaan
meningkatkan pengeluaran daging kambing dalam Negara.

Masalah yang paling minima pada pengurusan sebab saya mempunyai


pengetahuan dan pengalaman luas dalam ternakan kambing ini. Dari segi
pemasaran, permintaan adalah sangat tinggi di Lembah KEDAH ini
disebabkan kita masih lagi mengimport daging kambing dari Negara luar.

Saya berasa sangat positif keatas kejayaan projek cadangan ternakan


kambing pedaging ini dan pembiayaan dana dari institusi kewangan sangat
diharapkan.

Sekian, terima kasih.

XYZ Enterprise, KAMPUNG BARU KUALA NERANG, KEDAH.