NAMA: SITI NABILLA BINTI DARMAWAN (BA10110394) / 3-4PM / JUMAAT PERTANIAN PINDAH Sistem pertanian ini dikenali juga

sebagai sistem Swiden. Diamalkan oleh penduduk Asli atau Asal di kawasan-kawasan pedalaman di tanah yang bercerun dan berbukit-bukau. Kaedah ini sesuai bagi kawasan yang lapisan tanah 'top soil' yang nipis dan biasanya tidak subur. Kebanyakannya jenis pertanian ini diusahakan oleh Orang asli di pedalaman Semenanjung dan Sarawak serta Orang Asal di Sabah. Ciri-ciri penanaman dalam sistem ini ialah penebangan kawasan hutan, membakar, membersih, dan menanam tanaman utama seperti padi disamping tanaman yang lain seperti jagung,ubi, dan pisang. Kawasan ini akan ditinggalkan setelah tiga hingga empat tahun penanaman dan setelah kawasan tanah tersebut subur. Seterusnya, mereka akan membuka tanah baru yang lain. KAJIAN KES (masyarakat Rungus, Kudat) tanah merupakan faktor pengeluaran yang terpenting dalam ekonomi pertanian pindah. Terdapat dua sistem pemilikan tanah yang utama iaitu Penggunaan berganti-ganti dan penggunaan persendirian dan diwariskan (Appell, 1986, 1991). penggunaan persendirian dan diwariskan terbahagi kepada dua iaitu melibatkan pemilikan bersama oleh ahli keluarga tetapi pemilikan hak ini boleh diagihkan apabila keluarga itu berkembang. Sistem tradisional yang diamalkan di kalangan kaum Rungus ialah penggunaan bergantiganti iaitu tidak ada hak milik tetap dan persendirian berlaku. masalah kekurangan tanah yang sebenar (mutlak) mula timbul apabila kerajaan kolonial campur tangan dalam hal ehwal pengurusan tanah tradisional (Appell, 1991) Mereka berpendapat tanah tersebut tidak dimiliki secara rasmi. Oleh itu tanah tersebut boleh diambil secara sah melalui pemerintah. Pemerintah British juga memberikan peluang kepada pendatang Cina untuk membuka petempatan mereka terutama di kawasan yang berdekatan dengan bandar dan jalan raya. masyarakat Rungus yang tidak tahu cara untuk mempertahankan hak mereka secara sah, terpaksa berpindah lebih jauh ke kawasan pedalaman. Rujukan http://www.scribd.com/doc/14101192/Pertanian-Di-Malaysia diakses pada 24 Mei 2012 http://www.digitaleprints.um.edu.my/506/5/BAB4.pdf diakses pada 24 Mei 2012 1

2 .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful