You are on page 1of 4

BAHAGIAN A ( Masa yang dicadangkan : 15 minit) ( 10 markah) Gambar di bawah menunjukkan suasana di taman rekreasi Tulis lima ayat

yang lengkap tentang gambar di bawah.

BAHAGIAN B ( Masa yang dicadangkan : 40 minit) ( 30 markah) Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 60 patah percatan. 1. Membaca banyak mendatangkan faedah kepada muridmurid. Tulis karangan tentang kebaikan membaca. ATAU
2. Kamu sekeluarga terpaksa pulang ke kampung untuk menziarahi datuk kamu yang sakit. Tulis sepucuk surat kepada guru kelas kamu untuk memaklumkan hal tersebut.

ATAU 3. Lengkapkan cerita di bawah .


Aku mengayuh basikal perlahan-lahan. Aku berasa gembira dengan basikal baruku itu. Tiba-tiba ......

BAHAGIAN C ( Masa yang dicadangkan : 20 minit) ( 20 markah) Tulis empat nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 40 patah perkataan . Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Tulis empat nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 40 patah perkataan. Tulisjawapan kamu

dalam satu perenggan.


Farid berasal daripada keluarga yang miskin. Farid ingin mengubah hidup keluarganya.Dia berazam untuk berjaya dalam pelajaran. Setiap hari, ibu Farid hanya memberinya seringgit sebagai duit belanja. Farid tidak menghabiskan kesemua duitnya itu. Dia akan menyimpan duit yang selebihnya ke dalam tabung. Beberapa tahun kemudian, Farid layak memasuki universiti, tetapi ayah dan ibunya tidak mampu menanggung perbelanjaannya di universiti. Farid menjelaskan bahawa dia ada wang yang cukup untuk belajar di universiti kerana dia telah menyimpan duit sejak kecil lagi. Farid tidak menyalahkan kedua-dua orang tuanya, malah dia berjanji akan terus berusaha dan tidak akan menghampakan mereka.

JAWAPAN Kertas 1 1.A 2.C 3.A 4.B 5.C 6.A 7.D 8.B 9.B 10.C 11.B 12.C 13.D 14.C 15.D 16.B 17.B 18.C 19.D 20.B 21.B 22.D 23.C 24.C 25.B 26.D 27.C 28.D 29.D 30.B 31.A 32.C 33.D 34.D 35.B 36.B 37.D 38.D 39.A 40B

Kertas 2 BAHAGIAN A

1. Rahman duduk di atas kerusi batu untuk berehat sebentar sambil menikmati keindahan pemandangan . 2. Dua orang pemuda sedang berlari mengelilingi kolam dengan perlahan-lahan. 3. Setiap pagi Ah Chong dan Ming Hwa akan bersenam di taman untuk menyihatkan badan.
4. Mei Ling dan ibu bapanya sedang berkelah di tepi kolam dan berdekatan dengan sepohon pokok.

5. Dua ekor angsa besar sedang berenang di dalam kolam dengan seronok.

BAHAGIAN B Soalan 1 Pendahuluan - membaca bahan bacaan banyak mendatangkan faedah. - Terdapat pelbagai jenis bahan bacaan seperti...... Isi - memperoleh pengetahuan yang pelbagai: pelajaran, isu-isu semasa, sukan dan lain-lain - mengetahu perkara-perkara yang berlaku di dalam dan luar negara - meningkatkan kemahiran berbahasa banyak mengetahui kosa kata - mengisi masa lapang dengan berfaedah Penutup - sikap membaca harus dipupuk sejak kecil - membaca perlu dijadikan sebagai amalan harian

Soalan 2 Pendahuluan - alamat pengirim alamat penerima tarikh perkara surat Isi -

menyatakan tujuan utama menulis surat tidak datang ke sekolah selama tiga hari berjanji akan membuat kerja sekolah yang diberi memohon maaf

Penutup - tandatangan

Soalan 3 Pendahuluan - basikal terlanggar seketul batu agak besar jatuh dan kepala erhantuk pada pangkal pokok tepi jalan Isi - menerang kesakitan darah mengalir dari kepalaku memerhati kawasan sekeliling tiada orang melalui jalan ini menggosok kepalaku yang kesakitan - teringat akan basikal rim basikal bengkok meraung sekuat hati keadaan basikal sedih mahu menjerit sekuat hati
bangun untuk mengangkat basikal tidak menghiraukan kepalaku yang sakit- menyorong basikalku

berdoa di dalam hati agar ayah tidak akan memarahiku

Penutup - sepanjang perjalanan pulang aku berfikir dan menganggap kejadian ini berlaku atas kecuaianku berkhayal ketika menunggang basikal lupa akan keselamatan diri.