GULAI atau KARI AYAM Bahan 1 ekor ayam [dipotong 12 dibersihkan & ditoskan] 1/2cawan minyak masak 3 sudu besar

rempah kari daging 1 sudu kecil serbuk jintan manis 1 sudu besar serbuk cili atau cili mesin 2 sudu besar kerisik 2 cawan santan [1/2 biji kelapa] 5 biji ubi kentang [belah 4] 3 biji tomato [belah 4] 1/2 cawan jus asam jawa garam BahanTumis: 6 ulas bawang merah (dimayang) 4 ulas bawang putih (dimayang) 3 cm halia (dimayang) 3 tangkai daun kari 3 cm kulit kayu manis 5 kuntum bunga cengkih 2 kuntum bunga lawang 3 biji buah pelaga Cara: 1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehinga wangi. 2. Masukkan rempah kari, jintan manis dan serbuk cili/cili mesin yg dibancuhkan dengan jus asam jawa. Kacau rata dan biarkan hingga pecah minyak. 3. Masukkan ayam, kentang , santan, kerisek dan garam. Biarkan sehingga mendideh dan ayam & kentang empuk/lembut. 4. Perlahan api dan masukkan tomato dan biarkan sehingga naik minyak. 5. Hidangkan bersama nasi atau roti atau pulut/ketupat.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful