You are on page 1of 8

REFLEKSI LAWATAN ILMIAH PJM 3112

NAMA OPSYEN NO K/P

: EYAN BALANTIS : PGSR-SAINS AMBILAN NOV,2008 : 700804125309 SEMESTER ;7

Seramai 25 pelajar PGSR-SAINS semester 7ambilan November 2008 dari IPGM Kampus Kent , Tuaran telah mengadakan lawatan ilmiah ke Jabatan Belia dan Sukan Sabah ,Sekolah Sukan SMK Datuk Peter Mojuntin Penampang dan Kompleks Sukan Penampang. Tarikh lawatan telah ditetapkan iaitu pada 19hb dan 20hb Mac 2012 iaitu pada hari Isnin dan Selasa.

Perancangan mengadakan lawatan ilmiah telah dibincangkan beberapa kali dengan pensyarah penyelaras kursus En Victor P. Salangggang bagi membincangkan lawatan tersebut. Ketua unit Pgsr-Sains En Roslin Bidin telah diamanahkan mengadakan mesyuarat khusus untuk membincangkan ahli jawatankuasa lawatan ilmiah tersebut. . Lawatan ilmiah ini adalah bagi memenuhi keperluan kursus Pengurusan dan Pentadbiran PJ dan Sukan (PJM 3112). Kandungan wajib yang dilakukan oleh para pelajar ialah mengadakan satu lawatan ilmiah untuk mengetahui selok-belok pentadbiran dan pengurusan pendidikan jasmani dan sukan. Pelantikan ahli jawatankuasa dilaksanakan bagi memastikan program ini dapat berjalan dengan lancar dan teratur, semua pelajar menerima tugasan masing-masingseperti AJK tugas-tugas khas dan sebagainya. Setelah bermesyuarat dan memilih ahlijawatankuasa lawatan, semua pelajar telah bersepakat untuk mengadakan lawatan ilmiah ke Pulau Pinang pada 19 dan 20 Mac 2012. Antara destinasi yang akan dilawati ialah Jabatan Belia dan Sukan Sabah ,Sekolah Sukan SMK Datuk Peter Mojuntin Penampang dan Kompleks Sukan Penampang

Pada 19 Mac 2012, kami telah berkumpul di Institut Pendidikan Guru Kampus Kent Tuaran pada 11.45 pagi. Setelah berkumpul dan memeriksa semua peralatan, kamit elah bertolak tepat pukul 12.00 pagi. Lawatan ini disertai seramai 25 orang pelajar dan 2 orang pensyarah pengiring. Kami telah tiba di Jabatan Belia dan Sukan Sabah di Putatan Kota Kinabalu pada jam 2.00 petang Antara tentative lawatan kami ke Jabatan Belia dan Sukan adalah untuk mengetahui pengurusan sukan di peringkat negeri dan politik dalam sukan Sejurus tiba, kami ditempatkan di Bilik Taklimat Jabatan ini

untuk mendengar taklimat yang akan telah disampaikan En. Abdul Isa bin Abdul Rasah Kami sangat berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh Jabatan Belia dan Sukan pengurusan yang telah menyediakan ruang taklumat yang selesa dan menyediakan jamuan minum petang.

Secara keseluruhannya lawatan ke MSN dirasakan cukup berjaya kerana pihak MSN telah memberi kerjasama sepenuhnya pada kami. Dalam pada itu, dapatan hasil kunjungan ke JBS Sabah ini pastinya dapat membantu kami dalam menyempurnakan tugasan PJM3112.

--

Lawatan PGSR PJ Amb.Nov.2008 ke MSN/ISN/BAM Bukit Jalil


LAPORAN LAWATAN ILMIAH KE MSN / ISN / BAM BUKIT JALIL PGSR PJ AMBILAN NOV.2008 11 HINGGA 15 SEPTEMBER 2011 1. Hari Pertama Lawatan Tarikh Tempat : : 12 September 2011( Isnin ) Majlis Sukan Negara( MSN )

Lawatan ke Majlis Sukan Negara ( MSN ) pada hari ini adalah untuk melihat peranan MSN sebagai sebuah agensi yang bertanggungjawab dalam membentuk dan menggilap bakat atlet-atlet kebangsaan dalam pelbagai jenis sukan. Pegawai Perhubungan Awam MSN dalam sesi taklimatnya menyentuh aspek-aspek berikut: i) ii) iii) iv) v) vi Visi MSN Kemudahan MSN di Luar Kuala Lumpur Jadual Latihan Atlet Kontrak Atlet dengan MSN peranan serta tanggungjawab MSN Pencapaian atlet-atlet kebangsaan

Selepas selesai sesi taklimat para peserta telah dibawa untuk melihat kemudahan-kemudahan, venue latihan dan sukan serta persekitaran MSN. Setiap kemudahan dan venue latihan yang dilawati telah diberi penerangan oleh pegawai pengiring. Secara keseluruhannya lawatan ke MSN dirasakan cukup berjaya kerana pihak MSN telah memberi kerjasama sepenuhnya pada kami. Dalam pada itu, dapatan hasil kunjungan ke MSN ini pastinya dapat membantu kami dalam menyempurnakan tugasan PJM3112.

2.

Hari Kedua Lawatan

Tarikh Tempat

: :

13 September 2011( Selasa ) Institut Sukan Negara( ISN )

Lawatan ke Institut Sukan Negara( ISN ) pada hari ini para peserta dapat diberi pendedahan berkenaan peranan serta tanggungjawab agensi ini dalam sains sukan. Pusat yang mula-mula kami lawati ialah Gimnasium. Pusat yang menempatkan pelbagai latihan bebanan dijalankan. Di sini para atlet dibantu sepenuhnya oleh Condisioning Team. Pasukan ini akan memantau, membantu, mengendalikan bentuk latihan serta membantu dalam penggunaan peralatan gim. Seterusnya kami dibawa ke Bahagian Fisiologis Senam. Pusat yang menjalankan penyelidikan, ujian kecergasan atlet dan pemulihan atlet. Di bahagian Fisioterapi peserta telah didedahkan berkenaan rawatan dan pemulihan atlet. Atlet yang mengalami kecederaan ringan mahupu berat akan dirujuk ke bahagian ini. Atlet-atlet yang mengalami kecederaan berat akan hanya dirujuk ke pusat sehari selepas menjalani pembedahan di hospital. Pusat terakhir kami lawati pada hari ini ialah bahagian yang bertanggungjawab terhadap pemakanan atlet. Bahagian ini menjalankan khidmat pemakanan atlet, ujian hidrasi dan menjalankan ujian komposisi badan. Rumusnya, lawatan ke ISN diyakini memberi input yang amat berguna kepada setiap peserta. Pastinya kami dapat melihat proses rawatan, pemulihan dan sebarang ujian berkenaan sains sukan untuk para atlet. InsyaAllah dapatan daripada kunjungan ke ISN ini dapat membantu kami dalam menyempurnkan tugasan PJM3112.

3.

Hari Ketiga Tarikh Hari Tempat : 14 September 2011 : Rabu : Persatuan Badminton Malaysia (BAM)

Lawatan hari ketiga lawatan ke BAM. Pra peserta telah diterangkan penubuhan BAM, isu-isu semasa yang melanda BAM serta jadual latihan atlit termasukjadual latihan Datuk Ling Chong Wei. Para peserta juga didedah pemakanan dalam sukan. Kami juga diberi peluang untuk meninjau latihan-latihan yang telah dijalankan oleh atlit badminton Negara. Para peserta juga turut bergambar kenanagan besama pemain badminton nombor 1 dunia Datuk Lee Chong Wei.

Laporan disediakan oleh : SEPTEMBER 2011.

15

Saini Bin Haji Jamblee Pengerusi Lawatan Memenuhi Tuntutan Proforma PJM3112 PGSR PJ Ambilan 2008 IPG Kampus Rajang Bintangor

LAWATAN KE JABATAN BELIA DAN SUKAN, PASIR PUTIH


Sunday, 11 March 2012 21:22 Jabatan Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan

Pad a 1 hingga 2 Mac 2012 yang lalui, lawatan Ilmiah ke Jabatan Belia dan Sukan, Pasir Putih telah dijalankan dengan disertai oleh 59 orang pelajar dari Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Bahasa Melayu, Matematik dan Kajian Sosial Ambilan Januari 2010 dengan diiringi oleh Encik Richard Kajim dan Puan Annie Pilin, pensyarah dari Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Lawatan ilmiah ini bertujuan mengukuhkan lagi pengetahuan pelajar Institut Perguruan Guru Kampus Keningau, khasnya kepada pelajar yang mengikuti kursus PJM 3112 (Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan). Program ini juga akan menjadi medium pembelajaran kepada semua pelajar terutama dalam bidang pengurusan dan pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan. Program ini bermatlamat memperkembangkan mental, sosial , jasmani dan rohani guru pelatih secara optimum, mengukuh dan memperkaya ilmu dan kemahiran yang dipelajari secara teori, serta memperluas pengalaman guru pelatih dalam bidang pengurusan dan pentadbiran sukan, mempelajari tentang pengurusan dan pentadbiran sukan Jabatan Belia dan Sukan serta menjalin hubungan baik dengan komuniti sukan diperingkat lebih tinggi melalui lawatan ilmiah. Di samping itu, program lawatan ilmiah ini juga merupakan tuntutan ProForma kursus sebagai penilaian dan pentaksiran markah amali (Kerja Kursus). Penilaian dan pentaksiran amali ini dilaksanakan semasa peringkat perancangan, pelaksanaan dan pelaporan. Oleh itu penganjuran lawatan ini turut memberi kesedaran dan pendedahan awal tentang pengurusan dan pentadbiran sukan di samping membuka minda para pelajar untuk mengetahui isu semasa serta menimba pengalaman untuk diaplikasikan di sekolah kelak. Melalui sesi refleksi yang dijalankan, semua pelajar menyuarakan rasa banga dan bertuah kerana diberikan peluang menganjurkan program seumpama ini dan masih mengharapkan program susulan bagi kesinambungan proses pengajaran dan pembelajaran mereka.