You are on page 1of 30

POLITIK LAMA VS POLITIK BARU PASCA PILIHAN RAYA UMUM KE-12

OLEH:

MUHAMAD AIMAN BIN IDRIS AF080278 (012-4277947) AHMAD MAHFUZ BIN SAAD AF080223 (013-7927298) NADIA ASYILLA BINTI BAHARDAN SHAH AF080259 (017-9211770) NORHASZURAH BINTI MALEKAL AF080267 (012-7785836)

DISEDIAKAN UNTUK:

EN. KU HASNAN BIN KU HALIM PUSAT PENGAJIAN KEMANUSIAAN DAN KOMUNIKASI FAKULTI SAINS, SASTERA, DAN WARISAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Table of Contents

List .1

of

table

Singkatan.. .2

Soalan Tugasan ..3

1.0 1.1 4

PENGENALAN Latar Belakang

4 Kajian.

2.0

KEADAAN

POLITIK

DI

MALAYSIA.6

3.0

ISU-ISU ATAU PUNCA-PUNCA MENYEBABKAN PERUBAHAN DRASTIK PENGUNDI

DALAM PRU-12.................10

4.0

SETELAH

PILIHAN

RAYA

UMUM

KE-

12.....................14

4.1 4.2 4.3

Suasana Pendapat Andaian

Politik

Semasa

Yang

Melanda

Negara14 Bagi Mengatasi Masalah yang Dihadapi Terutama oleh Orang Awal Keadaan Politik Di Malaysia Pada Masa Akan Melayu17 Datang...........................................................19

5.0 KESIMPULAN........................................................................................................................ ......................................21

Bibliografi 22

List of Table

Jadual 1: Perbandingan Kerusi Parlimen yang dimenangi BN dan Pembangkang pada 2004 dan 2008

Singkatan

UMNO MCA MIC PPP PKR Pas DAP PAP PR

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Berskutu Malaysian Chinese Association Malaysian Indian Congress Peoples Progressive Party Parti Keadilan Rakyat Parti Islam Se-Malaysia Democratic Action Party Peoples Action Party Pakatan Rakyat

PRU-12 DEB ISA PPSMI Bahasa Inggeris NGO SPR HINDRAF

Pilihan Raya Umum ke-12 Dasar Ekonomi Baru Internal Security Act Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam

Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia Hindu Rights Action Force

POLITIK LAMA VS POLITIK BARU PASCA PILIHAN RAYA UMUM KE-12

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Latar Belakang Kajian

Tsunami Politik. Istilah ini sering kedengaran setelah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 diumumkan pada malam 8 Mac 2008. Barisan Nasional (BN) telah memperoleh keputusan yang terburuk dalam sejarah pilihan raya sejak 1956. Barisan Nasional hanya memperoleh kemenangan sebanyak 140 kerusi Parlimen

dari 222 kerusi yang dipertandingkan. Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersekutu (UMNO) memenangi 78 kerusi Parlimen, Malaysian Chinese Association (MCA) 15 kerusi, Malaysian Indian Congress (MIC) 3 kerusi, Gerakan 2 kerusi, dan Peoples Progressive Party (PPP) tewas di semua kerusi yang ditandingi. Oleh yang demikian, Barisan Nasional mendapat 51.2% undi majoriti dan gagal memperoleh 2/3 majoriti di Parlimen.

Pencapaian parti-parti di

bawah Pakatan Rakyat (PR) pula menunjukkan

peningkatan mendadak 82 kerusi di Parlimen berbanding 20 pada PRU ke-11. Antaranya Parti Keadilan Rakyat (PKR) memenangi 31 kerusi di Parlimen, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) 23 kerusi, dan Democratic Action Party (DAP) 28 kerusi. Pakatan Rakyat seterusnya berjaya menguasai lima negeri di Semenanjung iaitu Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor, dan Kelantan. Pemerhatian yang diperoleh menunjukkan Barisan Nasional telah memperoleh keputusan yang terburuk berbanding keputusan Pilihan Raya Umum 1969 yang pada ketika itu Parti Perikatan hanya memperoleh kemenangan di 68 kerusi Parlimen berbanding 118 yang dipertandingkan.

Mengapa Tsunami Politik ini berlaku? Terdapat banyak andaian dan persepsi yang diberikan oleh penganalisis-penganalisis politik yang menyebabkan kejatuhan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu. Isu atau punca kejatuhan ini banyak berkait rapat dengan krisis dan masalah yang sebenarnya berlaku dalam Barisan Nasional itu sendiri. Banyak isu yang dibangkitkan melemahkan kerajaan dan boleh dikatakan ibarat membuka pekung di dada.

Selain itu, rakyat dilihat banyak membandingkan cara pemerintahan Perdana Menteri terdahulu, terutama Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Pemerintahan Tun Dr. Mahathir yang lebih tegas dan berani membolehkan negara mencapai kemodenan dengan pesat. Perkara ini agak berbeza dengan Datuk Seri Abdullah (kini Tun Abdullah Ahmad Badawi) yang dilihat lebih berlembut dan tidak tegas dalam membuat sesuatu keputusan. Selain itu, masalah-masalah dalaman seperti rasuah, isu kroni, dan lain-lain lagi banyak menghilangkan kepercayaan kepada beliau.

Sehubungan dengan itu, dapat disimpulkan bahawa rakyat Malaysia sudah pandai berpolitik dan bukan hanya mengikut telunjuk orang semata-mata. Rakyat sentiasa membuka mata dan memerhatikan apa yang dilakukan oleh para pemimpin. Pilihan Rya Umum ke-12 adalah amaran dari rakyat yang mungkin marah atau tidak berpuas hati dengan corak pemerintahan terdahulu, iaitu di era Tun Abdullah yang kemudiannya diambil alih oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Setelah dua tahun berlalu, banyak perkara telah berlaku terutama kemunculan isu-isu yang boleh dikategorikan sebagai sensitif telah dibangkitkan dan perkara ini memerlukan penjelasan yang baik kepada masyarakat agar tidak disalah ertikan pada masa hadapan.

BAB 2

KEADAAN POLITIK DI MALAYSIA

Penduduk di Tanah Melayu mula berorganisasi dan membentuk parti-parti yang memperjuangkan bangsa Melayu sejak di bawah pemerintahan Inggeris lagi. Antara parti yang awal ditubuhkan ialah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersekutu (UMNO) yang membela orang Melayu dan memperjuangkan kemerdekaan negara. Dari itu, dapat dilihat bahawa rakyat negara ini banyak berpolitik demi menjaga kepentingan agama, bangsa, dan tanah air tercinta.

Dalam penulisan ini, keadaan politik di Malaysia dibahagikan kepada dua tempoh masa, iaitu politik lama dan politik baru. Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) menjadi pembahagi kepada tempoh masa yang dilihat sebagai perubahan mendadak terhadap pola pengundian di Malaysia. Politik lama ialah politik yang ditumpukan sebelum PRU-12 manakala politik baru ialah keadaan politik selepas PRU-12.

Jika kita menyingkap kembali suasana politik sebelum merdeka, parti-parti politik yang diperkenalkan berasaskan kepada parti kaum. Sepertimana UMNO adalah untuk Melayu, MCA dan MIC masing-masing adalah untuk Cina dan India. Perjuangan UMNO untuk bangsa Melayu memang tidak dapat dipertikaikan lagi. Penggagalan dasar Malayan Union adalah satu kejayaan yang besar bagi UMNO dan bangsa Melayu. Ini kerana pada waktu itu, keahlian UMNO hanyalah kepada orang Melayu semata-mata. Menyingkap kembali ucapan pertama Tunku Abdul Rahman selaku dipilih menjadi Presiden UMNO kedua, Pada masa kita bangun menjatuhkan Malayan Union, bangsa lain itu cuma melihat dan memandang sahaja. Mereka tidak masuk campur atau ambil berat kerana mereka itu sedar bahawa yang kita tuntut itu adalah hak kita bangsa Melayu. Oleh sebab itu, bangsa lain tidak ambil bahagian kerana pada fikiran mereka perkara itu tidak ada kena mengena dengan kepentingan mereka.1

Abd Manaf Hj Ahmad, Kontrak sosial, hlm. 114.

Oleh itu, jelaslah politik lama yang diamalkan adalah berteraskan kepada perjuangan kaum. Pun begitu, perjuangan bangsa pada ketika itu adalah signifikan kerana bangsa Melayu sangat jauh ketinggalan. Perkara yang sama berlaku ke atas kaum lain disebabkan oleh dasar pecah dan perintah yang diperkenal British. Jika isu integriti diketengahkan, ia akan menjadi sesuatu yang sangat asing memandangkan kehadiran orang luar atau imigran yang agak baru pada masa itu dan lokasi tempat tinggal yang berasingan. Jadi, kemungkinan untuk kaum ini berinteraksi adalah rendah.

Politik lama yang teramal di negara ini berasaskan antagonisme kaum ini diwarisi daripada struktur dan sistem tinggalan kolonial Inggeris. Antara pendekatan cara halus yang dilakukan British terhadap orang Melayu ialah dengan mengadakan satu bentuk transformasi sosial. Transformasi yang dimaksudkan ialah peralihan masyarakat Melayu daripada masyarakat homogenus kepada masyarakat moden pelbagai kaum. Masyarakat homogenus ialah masyarakat yang berpegang kepada tradisi manakala masyarakat moden pelbagai kaum dalam erti kata ini ialah kepelbagaian masyarakat yang diikat oleh fungsi dan faktor ekonomi kapitalisimperialis. Tranformasi sosial telah mewujudkan polarisasi kaum iaitu pemecahan berdasarkan kaum. Polarisasi kaum ini mewujudkan ruang konflik antara masyarakat peribumi dengan masyarakat imigran.

Bekas Perdana

Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada era

pemerintahannya pernah mengetengahkan persoalan negara bangsa. Salah satu prinsip Wawasan 2020 juga adalah dengan mewujudkan negara bangsa. Pada era pembentukan Malaysia tahun 1963, pemimpin Peoples Action Party (PAP) dengan lantang memperjuangkan konsep negara Malaysia-Malaysian dan secara terus terang mengkritik kedudukan orang Melayu serta kuasa Raja-raja Melayu. Kritikan ini secara jelas telah mencabar dan mengenepikan kontrak sosial yang dipersetujui sebelum ini. Kehadiran DAP dan Gerakan pada Pilihan Raya Umum 1969 telah meneruskan perjuangan PAP yang mendesak persamaan politik, ekonomi, dan sosial bagi semua rakyat. Isu perkauman yang dimainkan ketika Pilihan Raya Umum 1969 telah mencetuskan rusuhan kaum seterusnya menyebabkan tragedi berdarah 13 Mei 1969. Tragedi ini telah merencatkan usaha

ke arah pembentukan negara bangsa di Malaysia. Jadi jelaslah bahawa politik lama adalah berdasarkan perkauman dan ia merupakan kesinambungan politik penjajah British. Politik lama juga memperlihatkan bahawa kepentingan diri serta sikap curiga antara satu sama lain adalah melebihi kepentingan negara dan seterusnya membantutkan usaha pembentukan negara bangsa.

Sedar atau tidak, sesetengah golongan masyarakat mengatakan bahawa politik lama bersifat korupsi dan rasuah. Rasuah di sini berlaku sama ada di dalam pimpinan parti itu sendiri mahupun sebaliknya. Terdapat liputan akhbar yang menyatakan berlakunya kes rasuah dalam proses pemilihan pucuk pimpinan parti. Hal ini jelas sekali menyingkap kelemahan individu malahan jentera parti itu sendiri. Kes rasuah dalam pimpinan parti amatlah dikesali kerana orang yang dipilih bukanlah berdasarkan kebolehan dan kepercayaan yang diberikan ahli dalam majlis tertinggi. Sebaliknya orang memilih calon tersebut atas dasar habuan yang sementara. Lebih dibimbangi lagi, hal ini akan menjadi duri dalam daging kepada parti itu sendiri. Sebagai contoh, calon yang menang melalui pengamalan rasuah sudah pastinya kurang komitmen dan tidak jujur terhadap tugasan. Oleh itu dasar dan usaha yang hendak dilaksanakan oleh parti pastinya terbatas disebabkan kurangnya komitmen. Manifesto-manifesto serta dasar yang tergendala menyebabkan rakyat berasa bosan kerana harapan mereka gagal dilunaskan. Seterusnya rakyat cenderung untuk beralih angin dalam memilih pemimpin baru pada masa akan datang. Pihak yang menerima kerugian dan tempiasnya sudah pastilah parti politik itu sendiri.

Perkataan politik baru pula merujuk kepada keadaan politik pasca PRU-12. Namun yang demikian, definisi dan pandangan terhadap dasar politik baru itu sendiri masih lagi bercelaru. Individu yang berbeza pasti akan memberikan jawapan mereka beserta hujah yang tersendiri. Yang pasti, pandangannya adalah berbeza dengan pandangan orang lain.

Politik baru bolehlah ditafsirkan sebagai politik yang bersifat integriti. Pencetus kepada politik baru adalah disebabkan oleh kecelaruan serta pergolakan yang belaku dalam politik lama. Jika politik lama sering kali dikaitkan dengan nama perjuangan bangsa, politik baru ialah proses politik ke arah mewujudkan kesatuan antara kaum. Politik baru bersifat people-centric dan berteraskan kepada ilmu dan maklumat. Bagaimana dikatakan politik berteraskan ilmu dan maklumat? Dalam menghadapi pilihan raya, parti yang bertanding akan melobi pengundi dengan dasar dan manifesto masing-masing. Dalam politik baru, pengundi menunjukkan kematangan dengan membuat bandingan dengan pimpinan pada masa yang lepas. Adakah calon yang sama bertanding di kawasan yang sama? Apakah manifestonya pada pilihanraya yang lalu telah dilunaskan? Inilah dikatakan poltik berasaskan ilmu dan maklumat. Pengundi dalam era poitik baru berani untuk mengambil langkah drastik yang mana telah berjaya merubah suasana politik negara.

Apabila

berkata

mengenai

politik

yang

berasaskan

ilmu

dan

maklumat,

pendekatan yang boleh digunapakai dalam membicarakan hal politik antara dua pakatan politik yang berbeza ialah dengan kaedah berhujah. Dalam suasana politik Malaysia pada hari ini, pendekatan ini menjadi suatu pendekatan yang semakin diterima pakai. Dalam televisyen misalnya, terdapat slot siaran rancangan berkaitan hujah politik. Selain daripada itu, masyarakat siswa juga dapat menyalurkan idea dan pandangan mereka dalam konteks pengajian tinggi menerusi rancangan Bicara Siswa2. Pendekatan yang digunakan dalam rancangan ini ialah forum dan hujah.

Dalam politik lama, perbezaan pendapat antara dua pakatan parti yang berlainan diluahkan dengan cara yang kurang bijak. Cara-cara yang dimaksudkan adalah dengan melakukan serangan peribadi ke atas ahli politik, berdemonstrasi, dan sebagainya. Cara ini dilihat lebih terarah kepada tuntutan emosi dan kurang berani. Politik baru juga boleh diertikan sebagai politik yang berasaskan
2

Rancangan dalam RTM 1

kesaksamaan dan perimbangan kelas. Kesaksamaan ini ditafsirkan sebagai kelonggaran setiap kaum untuk brsama-sama dalam membangun dan mencorakkan masa depan negara. Dari segi positifnya, pembangunan yang direncanakan akan mengambil kira kepentingan semua pihak seterusnya mewujudkan suasana yang disenangi oleh semua pihak.

BAB 3

ISU-ISU ATAU PUNCA-PUNCA MENYEBABKAN PERUBAHAN DRASTIK PENGUNDI DALAM PRU-12

Seseorang

pemerintah

atau digelar

Perdana

Menteri

merupakan

seorang

pemimpin yang diterima rakyat melalui proses amalan demokrasi berparlimen

yang memerlukan pilihan raya di sesebuah negara. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ke-5 atau dengan panggilan mesra Pak Lah boleh dikatakan seorang pemimpin yang kehilangan populariti setelah melakukan beberapa kesilapan yang hampir melumpuhkan kerajaan Barisan Nasional. Beliau dilihat tidak bersungguh-sungguh dalam memerangi rasuah. Sebaliknya, beliau dikatakan lebih mengutamakan kroni serta anak dan menantunya dalam pemberian kontrak tanpa tender.

Beliau juga dilihat sebagai seorang pemimpin yang tidak tegas dan sering berlembut dalam mencapai sesuatu keputusan. Perkara ini adalah berbeza dengan corak kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad yang lebih tegas. Oleh yang demikian, pihak luar lebih mudah mempengaruhi kepimpinan Pak Lah demi membawa agenda dan kepentingan mereka. Khairi Jamaludin, iaitu menantu kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dilihat sebagai punca utama kepada kejatuhan atau liabiti kepada Barisan Nasional. Beliau dikatakan bertindak seolaholah Timbalan Perdana Menteri yang banyak menentukan keputusan berkaitan pentadbiran negara. Beliau juga banyak mengeluarkan kenyataan berbau authoritif yang membuatkan ramai orang termasuk dari UMNO sendiri yang tidak senang dengan keceluparan mulutnya. Islam Hadhari yang diperkenalkan merupakan satu cara untuk memperbaiki serta meningkatkan lagi mutu dan gaya hidup melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan serta pembangunan kesihatan dan fiizikal. Namun, konsep ini tidak mendapat sambutan malah banyak pihak yang mempersoalkan tentang konsep ini.

Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan salah seorang yang menjadi faktor kegagalan pemerintahan Datuk Seri Abdullah. Rekod cemerlang Tun Dr. Mahathir sememangnya tidak mampu ditandingi oleh Pak Lah. Kecerdikan, ketegasan, pandangan jauh, serta kelantangan Tun Dr. Mahathir dalam menyuarakan pendapat bukan sahaja disegani di mata rakyat Malaysia, malah diiktiraf dunia terutama dari negara-negara Islam. Wawasan 2020 yang merupakan wawasan bagi mencapai negara maju menjelang tahun 2020 masih kedengaran, namun konsep Islam Hadhari yang baru sahaja diperkenalkan mula disisihkan. Pada tahun 1998, Malaysia telah mengalami masalah kegawatan ekonomi dimana Malaysia telah terperangkap dalam krisis kewangan serantau. Akibat daripada kegawatan

tersebut, pertumbuhan ekonomi merudum sebanyak 7.5 peratus. Selain itu, masalah pergolakan dalam politik merupakan berita-berita hangat yang sering menghiasi dada-dada akhbar dan juga televisyen di sekitar tahun 1998 hingga 1999, Tetapi, Tun Dr. Mahathir berjaya mengatasi semua itu atas kepintaran yang dimiliki oleh beliau3. Oleh itu, kecemerlangan yang ditonjolkan oleh Tun Dr Mahathir yang memerintah negara selama 22 tahun membuatkan rakyat sering membandingkan era pentadbiran ketika itu dengan era di bawah Datuk Seri Abdullah yang agak lemah.

Terdapat juga isu-isu perkauman yang sering dibangkitkan oleh pembangkang. Sesuatu isu berkaitan perkauman dilihat mampu menggugat sesuatu kerajaan. Pakatan Rakyat memainkan isu yang berbau perkauman seperti mengulang tayang gambar Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein, Ketua Pemuda UMNO ketika itu yang menjulang dan mencium keris Panca Warisan. Isu ini sengaja dibawa bagi membangkitkan kemarahan kaum lain terutama kaum Cina yang menganggap orang Melayu akan membangkitkan istilah Ketuanan Melayu dan menindas mereka di kemudian hari. Pada zahirnya, perbuatan mencium keris adalah adat biasa dalam sesuatu upacara rasmi orang Melayu. Namun, isu ini sengaja dibangkitkan bagi mengundang kemarahan orang bukan Melayu.

Selain itu, masalah kenaikan harga barang dan kesan inflasi memberikan cabaran terutama kepada kerajaan bagi menghadapi suara rakyat. Masalah ini sememangnya memberi kesan kepada pengundi kelas pertengahan yang dicengkam dengan kenaikan harga barang keperluan asas serta kenaikan harga minyak dan bahan bakar yang lain. Pakatan Rakyat yang diketuai oleh pemimpin de facto mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim sering kali menjanjikan penurunan harga barangan runcit dan harga bahan bakar. Perkara ini menarik minat para pengundi yang sangat mengharapkan agar bebanan kewangan mereka dapat dikurangkan.

R.S. Milne and Diane K. Mauzy, Malaysian Politics Under Mahathir, London:Routledge,1999, hlm. 43

Kemunculan semula Datuk Seri Anwar Ibrahim juga antara punca utama kepada Tsunami Politik di negara ini. Pengaruh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kuat telah membangkitkan gelombang rakyat. Beliau berjaya memperincikan beberapa perkara yang akan dilakukan jika Pakatan Rakyat diberi mandat untuk memerintah. Boleh dikatakan ucapan Anwar semua dengan nada yang sama iaitu penurunan harga minyak, hilangnya daya saing Malaysia di rantau Asia, dan penyatuan kaum untuk membangunkan Malaysia. Oleh yang demikian, orang ramai mudah terpengaruh dengan kata-kata manis beliau yang sememangnya pandai dalam memanipulasi fikiran rakyat.

Di zaman moden kini, internet menjadi satu medium yang mudah dalam memperoleh sesuatu berita atau networking yang baik buat semua orang terutama golongan muda. Penggunaan internet yang meluas di kalangan penduduk Malaysia terutama mereka yang terpelajar dan golongan muda membolehkan berita alternatif dan berita yang tidak disiarkan oleh media perdana dapat dibaca melalui medium ini dengan mudah sekali. Parti seperti PAS dan DAP menggunakan seluasnya internet dalam bentuk laman web, blog, video dan sebagainya. Malaysia Today yang dikendalikan oleh Raja Petra mempunyai pengaruh paling besar dengan pendedahan yang cukup berani tentang penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa oleh pemimpin dan sekutu mereka. Blog-blog aliran alternatif juga tumbuh dengan banyak sekali dan di antara mereka ialah golongan yang pro-Mahathir. Tun Abdullah Ahmad Badawi akhirnya terpaksa mengaku, bahawa media internet merupakan punca kekalahan BN yang dipimpininya dalam PRU ke-12. Jelas, perang siber pada Pilihan Raya Umum ke-12 memihak kepada PKR, PAS dan DAP yang kemudiannya membentuk Pakatan Rakyat.

Di samping itu, faktor dalaman dalam Barisan Nasional merupakan masalah yang paling kritikal yang menyebabkan perubahan pola pengundian pada pilihan raya yang lalu. Salah satunya ialah percaturan pemimpin pemuda UMNO yang

meletakkan ramai muka-muka baru sebagai calon yang bertanding dalam PRU-12. Pada PRU-12, terdapat 147 orang calon pemuda BN iaitu 46 di peringkat Parlimen dan 101 di peringkat DUN. Perkara ini menyebabkan ketidakpuasan hati di kalangan pemimpin UMNO yang digugurkan daripada bertanding dalam PRU-12. Kebanyakan muka-muka lama tidak berpuas hati kerana mereka tidak diajak berunding sebelum digugurkan daripada senarai calon yang bakal bertanding. Kebanyakan muka lama terdiri daripada mereka yang mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan mempunyai penyokong yang ramai di sesuatu kawasan. Akibatnya calon-calon baru tidak mendapat sokongan daripada pengundi di sesuatu kawasan pilihan raya yang majoritinya masih menyokong wakil rakyat yang telah digugurkan.

Selain itu, Barisan Nasional turut dikaitkan dengan status calon-calon lama yang dicalonkan semula. Sebahagian daripada mereka mempunyai beberapa masalah yang berkaitan dengan tuduhan rasuah, jenayah, penyalahgunaan kuasa dan pemilikan harta yang berlebihan. Antara mereka yang dimaksudkan ialah Datuk Seri S. Samy Velu, Tan Sri Rafidah Aziz, Tan Sri Muhammad bin Mohd Taib, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz, Datuk Seri Mohd Khir Toyo, Dato Seri Azalina Othman Said, Datuk Seri Musa Aman, Ahli Parlimen Gopeng Ling Hee Leong, Dato Johari Baharom, Tan Sri Chan Kong Choy dan lain-lain lagi.

Masalah rasuah ibarat sudah sebati dengan para pemimpin n ahli UMNO sendiri. Perkara ini merupakan satu perkara yang subjektif dan sukar untuk dikawal jika setiap individu tidak memperbaiki niat dalam diri mereka sendiri. Tun Dr. Mahathir sendiri mengakui kegagalan beliau dalam memerangi rasuah terutama berkaitan

dengan politik wang dalam UMNO semasa era pemerintahannya4. Rasuah merupakan perkara yang harus diakui bahawa ianya wujud dalam negara. Statistik yang dikeluarkan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) setiap tahun tidak menipu kita tentang jumlah kes yang disiasat dan jumlah yang disabitkan kesalahan5. Oleh yang demikian, setiap pemimpin haruslah mempunyai nilai-nilai etika dan integriti serta berpegang teguh kepada ajaran agama bagi menghindari perkara-perkara yang tidak elok untuk diteladani.

Kaedah pemilihan calon-calon juga merupakan faktor dalaman Barisan Nasional yang menyebabkan ketidakpuasan hati di kalangan ahli parti dan seterusnya mendorong kepada penolakan terhadap BN. Sebagai contoh, ramai calon MCA yang tewas kerana pemilihan mereka adalah ditentukan oleh Presiden MCA sendiri dan beliau menggunakan taktik intipan untuk menjatuhkan musuh-musuh dalaman yang lain. Hal yang sama juga berlaku di dalam MIC di mana Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu telah mencantas sesiapa sahaja yang tidak sehaluan dengannya. Ramai di kalangan orang India tidak menyukai beliau yang dianggap sebagai diktator dan dikaitkan dengan banyak kumpulan samseng. Ada di kalangan orang India sendiri dikatakan melakulkan sembahyang di kuil-kuil Hindu agar Samy Velu kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-12.

Faktor-faktor luaran juga menjadi punca kepada kelemahan kerajaan. Sepanjang tahun 2007 terdapat beberapa kes yang melibatkan kenaikan kadar tol, harga barangan, berlakunya peningkatan kadar jenayah serius, aduan rasuah yang banyak, tuntutan kenaikan gaji pekerja akibat kenaikan kos sara hidup, tuntutan pelajar-pelajar universiti, tunjuk perasaan yang mahukan pilihan raya lebih adil, tunjuk perasaan oleh penduduk setinggan, perhimpunan oleh Hindu Rights Action Force (HINDRAF) dan beberapa kes penyalah gunaan kuasa. Perkara-perkara tersebut tidak diselesaikan oleh kerajaan pimpinan Datuk Seri Abdullah dengan
4

R.S. Milne and Diane K. Mauzy, Malaysian Politics Under Mahathir, London:Routledge,1999, hlm. 171
5

Anis Yusal Yusoff dan Zubayry Abady Sofian, Politik Isu-isu Integriti:2000-2008, hlm. 43

bijak. Oleh yang demikian, rakyat dilihat terdesak dan telah memberi pengajaran pada Pilihan Raya Umum ke-12. Kegetiran ekonomi disebabkan oleh peningkatan harga barangan dan perkhidmatan yang membuak-buak juga membakar rasa tidak puas hati terhadap perancangan dan pelaksanaan polisi kerajaan selama ini. Kesengsaraan ini amat dirasai oleh majoriti penduduk bandar dan luar bandar yang berpendapatan rendah dan sederhana.

BAB 4

SETELAH PILIHAN RAYA UMUM KE-12

4.1 Suasana Politik Semasa Yang Melanda Negara Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 menyaksikan banyak perubahan dan kesan emosi yang melanda sesuatu kaum, terutama kaum majoriti di negara ini, iaitu orang Melayu. Di sini, kajian akan lebih menjurus kepada kesan yang dihadapai oleh orang Melayu. Antara perkara yang dibangkitkan adalah pembahagian dan perlantikan jawatan bagi kerusi kabinet dan negeri. Berdasarkan pemehatian, pembahagian kerusi bagi kerusi kabinet dan negeri dilihat tidak adil terutama kepada orang Melayu. Kerajaan Pulau Pinang yang berada di bawah pemerintahan Y. Bhg Lim Guan Eng dari DAP dilihat banyak mengabaikan orang Melayu. Jawatan exco di Perak dan Selangor juga tidak mencerminkan komposisi penduduk di negeri-negeri berkenaan. Jumlah penduduk Melayu di Pulau Pinang adalah seramai 43%, Perak 54% dan Selangor 56% tetapi bilangan exco Melayu yang dilantik adalah kurang 40%. Penduduk Melayu di negeri-negeri berkenaan telah menuntut supaya bilangan exco Melayu ditambah bagi menjaga kebajikan mereka, namun permintaan tersebut tidak dilayan.

Di samping itu, dasar-dasar kerajaan negeri yang dikuasai oleh pembangkang seperti Pulau Pinang, Perak, dan Selangor banyak memihak kepada orang bukan Melayu. Perkara ini jelas kelihatan di Pulau Pinang, sejurus selepas kemenangan DAP dalam PRU-12. Ketua Menteri, Y. Bhg Lim Guan Eng dengan beraninya telah mengumumkan bahawa Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang banyak membantu orang Melayu akan dimansuhkan dan diganti dengan satu dasar yang lebih sama rata. Perkara ini sememangnya membangkitkan kemarahan orang Melayu yang banyak bergantung kepada dasar tersebut.

Di Perak, Menteri Besarnya pada ketika itu, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin telah mengumumkan pemberian hak milik kekal tanah kepada penduduk kampung baru yang menduduki tanah kerajaan yang majoritinya terdiri daripada orang-orang Cina. Perkara ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan orang Melayu. Manakala di Selangor pula, kerajaan negeri telah meluluskan pemindahan kawasan ternakan babi di kawasan seluas 400 ekar yang menelan belanja RM100 juta ke daerah Sepang di mana majoriti penduduk di situ adalah orang Melayu. Isu ini hebat diperdebatkan namun kerajaan negeri bersikap berdiam diri demi menjaga kepentingan orang Cina yang banyak mengundi mereka pada pilihan raya yang lalu. Di samping itu, orang bukan Melayu juga dilihat semakin berani mengecam pemimpin Melayu, budaya Melayu dan agama Islam. Senario selepas Pilihan Raya Umum ke-12 memperlihatkan kelantangan sesetengah pemimpin bukan Melayu terhadap hal-hal berkaitan orang Melayu. Sebagai contohnya Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat dan Lim Kit Siang dari DAP telah mengecam Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra yang cuba mempertahankan hak istimewa orang Melayu yang sedia diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Parti MCA juga membangkitkan isu Keris Panca Warisan yang dicium oleh Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein semasa Perhimpunan Agong UMNO pada tahun 2005 dan 2006 adalah di antara punca kekalahan ramai calon mereka. Beliau telah memohon maaf atas kejadian itu, sedangkan mencium keris di sesuatu majlis rasmi, terutama Perhimpunan Agung UMNO adalah salah satu adat resam Melayu.

Pengerusi DAP, Lim Kit Siang telah banyak kali menentang penubuhan negara Islam, sedangkan Peruntukan Malaysia telah menyatakan bahawa agama Islam

adalah agama rasmi bagi Malaysia. Perkara ini tidak pula ditentang oleh para pemimpin dari PAS yang dikatakan memperjuangkan agama Islam, malah sanggup bersekongkol dengan DAP bagi menentang kerajaan. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin juga telah bersikap kasar dengan mempertikaikan keputusan Sultan Azlan Shah, Sultan Perak yang melucutkan jawatannya. Beliau dengan lantang membawa isu ini ke Mahkamah Tinggi sedangkan ada peruntukan yang membolehkan kuasa Sultan diguna pakai dalam perlantikan dan perlucutan jawatan Menteri Besar. Perpaduan yang kurang antara kerajaan dan pihak Istana turut menyebabkan orang Melayu tertekan. Wakil rakyat yang dicalonkan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ketika itu bagi jawatan Menteri Besar telah ditolak oleh Sultan Perlis dan Terengganu. Perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku sekiranya terdapat perpaduan yang erat di kalangan ahli-ahli dengan pemimpin UMNO dan Sultan. Pemimpin-pemimpin Melayu juga saling menyalahi antara satu sama lain atas pencapaian yang buruk dalam pilihan raya. Ramai yang membangkitkan tentang kelemahan pucuk pimpinan UMNO, sabotaj oleh para pengundi, salah meletakkan calon, dan sebagainya.

Apabila Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengambil alih pemerintahan dari Tun Abdullah Ahmad Badawi, dapat dilihat perubahan yang dilakukan dengan segera bagi menangani isu-isu sensitif seperti Penahanan ISA (Internal Security Act) dan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Beliau meneliti semua perkara dan melihat isu-isu ini harus diselesaikan segera bagi mengelakkan kemarahan rakyat. Pada hari pertama Datuk Seri Mohd Najib menjadi Perdana Menteri, beliau telah melepaskan beberapa orang tahanan ISA yang tidak lagi mengancam negara dan secara berperingkat-peringkat bagi yang selebihnya. Bagi isu PPSMI, beberapa perjumpaan dilakukan antara kerajaan dan badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi membincangkan keberkesanan sistem ini kepada para pelajar. Dan hasil daripada perbincangan, kerajaan bersetuju untuk memansuhkan sistem ini bermula tahun 2012 setelah melihat pro dan kontra yang boleh diterima pakai.

Konsep yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Mohd Najib iaitu 1Malaysia diterima baik oleh rakyat setelah penerangan diberikan secara terperinci. Konsep yang mementingkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini sedikit sebanyak mengembalikan sifat saling menghormati antara kaum di negara ini. Beliau juga banyak bersama rakyat dengan mengadakan lawatan dan tinjauan di tempat-tempat awam bagi merasai sendiri kehidupan sebenar rakyat biasa. Beliau juga banyak mengukuhkan perhubungan antarabangsa agar negara ini memperoleh manfaat sepenuhnya dari segi ekonomi dan teknologi.

Insiden yang berlaku di Perak merupakan keadaan politik yang tegang pernah berlaku dalam sejarah politik negara apabila melibatkan institusi Di-Raja dalam membuat sesuatu keputusan. Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin hanya sempat memerintah Perak buat jangka masa yang pendek sebelum dilucutkan jawatan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. Perkara ini berlaku setelah tiga Adun dari Pakatan Rakyat telah bertindak keluar parti dan menjadi Adun Bebas yang menyokong Barisan Nasional. Perlantikan Datuk Seri Zambri Abdul Kadir sebagai Menteri Besar yang baru dan pengambilan semula kuasa oleh Barisan Nasional menyebabkan rasa tidak puas hati pihak pembangkang. Mereka mencabar sistem kehakiman negara dan berlaku banyak provokasi dalam negara. Namun, sistem kehakiman telah membuktikan bahawa tindakan Sultan Perak itu tidak salah dalam membuat keputusan dan termaktub dalam Undang-undang Negeri Perak.

Namun demikian, terdapat juga isu-isu yang tercetus berkaitan dengan agamaan seperti isu penggunaan kalimah Allah oleh majalah Herald yang membangkitkan kemarahan orang Islam. Perkara ini sepatutnya dihindari sepenuhnya kerana boleh menimbulkan ketegangan seperti yang berlaku pada 13 Mei 1969. Ada segelintir pemimpin dari UMNO, Pas, dan Keadilan mampu duduk semeja bagi mempertahankan penggunaan kalimah Allah ini. Oleh itu, dapat dilihat bahawa sesuatu perkara yang berkaitan keagamaan mampu membawa pemimpin berlainan perjuangan politik bersatu hati demi mempertahankan agama.

Keadaan semasa yang paling ketara ialah isu Ahli Parlimen yang melompat parti semakin menjadi-jadi. Perkara ini menunjukkan betapa perjuangan setiap pemimpin yang dipilih semasa pilihan raya bukanlah berdasarkan idealisme parti semata-mata, malah ianya bergantung kepada pemimpin itu sendiri dalam memperjuangkan amanah rakyat yang diberikan.Perkara ini dapat dilihat apabila ramai pemimpin dari Parti Keadilan Rakyat yang keluar parti dan menjadi Ahli Bebas kerana merasakan pemimpin atasan mereka mementingkan diri sendiri dalam mencapai cita-cita memerintah negara dan tidak memperjuangkan perkara yang berkaitan dengan rakyat.

4.2 Pendapat Orang Melayu

Bagi Mengatasi Masalah yang Dihadapi Terutama oleh

Pemimpin Melayu yang diberi amanah sebagai pemimpin mestilah menjalankan tugasnya dengan lebih berdedikasi dan efektif bagi menjayakan hasrat untuk meningkatkan martabat orang Melayu. Penyalahgunaan kuasa dan rasuah mestilah diperangi habis-habisan demi memulih dan mengembalikan kepercayaan rakyat. Di samping itu mereka juga perlu berusaha melaksanakan janji-janji yang ditabur semasa pilihan raya. Kegagalan mereka untuk melaksanakan janji-janji ini dalam tempoh satu penggal pilihan raya akan mendorong rakyat untuk membuat pilihan yang lain. Keputusan PRU-12 telah memperlihatkan perpecahan undi di kalangan orang

Melayu kepada UMNO, PKR dan Pas. UMNO yang dikatakan memperjuangkan kepentingan orang Melayu semakin kurang sambutannya. Orang Melayu rata-rata menganggap parti UMNO lebih mewakili golongan korporat dan elit. Sehubungan ini masalah kenaikan harga barangan, kenaikan kadar tol, kenaikan kadar gaji, peningkatan kadar rasuah, jenayah dan penyalahgunaan kuasa sudah tidak lagi kedengaran diperjuangkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO.

Ini menyebabkan ramai orang Melayu lebih tertarik kepada PKR dan Pas yang dikatakan lebih memperjuangkan kebajikan rakyat. Terdapat orang Melayu yang sudah mula mempersoalkan adakah UMNO masih lagi relevan dengan masalahmasalah orang Melayu memandangkan UMNO sendiri dilihat memandang enteng

mengenai permasalahan rakyat. Oleh yang demikian, pemimpin haruslah mengembalikan kepercayaan rakyat dengan sentiasa mengambil berat akan permasahan rakyat.

Orang Melayu juga perlu kukuh dari segi politik, pendidikan dan ekonomi bagi mempertahankan agama, bangsa, dan negara. Orang Melayu harus bangkit dan berusaha sendiri tanpa perlu bergantung sepenuhnya terhadap pertolongan kerajaan. Mereka yang berjaya dalam bidang politik dan ekonomi serta pendidikan perlu bersatu dan membantu orang Melayu yang masih ketinggalan. Syarikatsyarikat besar dan korporat Melayu boleh membimbing dan memberi pertolongan daripada segi kewangan, kepakaran, peluang perniagaan, pengurusan dan pemasaran terutamanya kepada peniaga-peniaga kecil. Mereka juga perlu menyediakan biasiswa, peluang latihan dan pekerjaan terhadap belia-belia Melayu lepasan sekolah dan universiti. Dengan cara demikian orang Melayu dapat memantapkan masalah sosial. ekonomi, mengurangkan pengangguran dan mengurangkan

Kerajaan juga perlu memastikan undang-undang dilaksanakan dengan tegas tanpa mengira kedudukan pelaku kesalahan supaya isu jenayah, rasuah dan penyalah gunaan kuasa tidak lagi menjadi masalah. Sekiranya perkara ini dipandang ringan, keyakinan rakyat dan orang luar terhadap sistem kehakiman negara ini akan dipertikaikan. Mereka yang memperlekehkan budaya Melayu, Bahasa Melayu dan agama Islam pula perlu dikenakan tindakan yang sewajarnya, seperti tindakan di bawah Akta Rahsia Rasmi atau Akta Keselamatan Dalam Negeri bagi mengelakkan Tragedi Rusuhan Kaum 13 Mei 1969 daripada berulang.

Percakaran antara pemimpin dan ahli-ahli dalam Barisan Nasional yang menuduh antara satu sama lain mengenai kemerosotan pencapaian mereka dalam pilihan raya tersebut haruslah dielakkan. Kemerosotan tersebut adalah akibat kelemahan strategi dan perlaksanaan perancangan Barisan Nasional yang gagal menangani masalah-masalah yang dihadapi oleh majoriti orang Melayu khususnya dan rakyat secara amnya. Pemimpin-pemimpin parti perlu membincangkan kelemahan parti secara terbuka, berlapang dada dan jika perlu bercermin diri bagi melihat dan mengenal pasti kecacatan diri.

Selain itu, pemimpin yang dipilih perlu menjalankan tugas mereka dengan sebaik mungkin bagi berkhidmat untuk rakyat dan menunaikan amanah yang diberi. Salah satu amanah yang penting ialah untuk menyatupadukan orang Melayu supaya menjadi kuat dalam bidang politik, ekonomi dan pendidikan. Dasar Ekonomi Baru, adat istiadat Melayu, Bahasa Melayu dan agama Islam pasti tidak dipertikaikan lagi sekiranya amanah yang diberi dilaksanakan dengan baik dan ikhlas. Malah pada masa kini sudah kedengaran suara-suara daripada pemimpinpemimpin bukan Melayu yang mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu yang termaktub di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

4.3 Andaian Awal Keadaan Politik Di Malaysia Pada Masa Akan Datang Perubahan arus politik pasca Pilihan Rya Umum ke-12 telah memberikan

gambaran awal berkaitan pilihan raya akan datang. Hipotesis atau andaian awal berkaitan pilihan raya akan datang mula dibicarakan oleh pemerhati politik mahupun orang awam.

Sesuatu yang sinonim dilihat kebelakangan ini ialah isu lompat parti. Secara kasarnya,masyarakat melihat individu yang lompat parti ini sebagai individu yang tidak bertanggungjawab di atas perjuangan parti serta mementingkan diri sendiri. Hal ini berlaku di kedua-dua belah pihak sama ada di pihak kerajaan mahupun sebaliknya. Apa yang signifikan terhadap isu ini ialah perjuangan ahli politik ini

tidak konsisten, serta mudah beralih angin. Ini seterusnya akan memberi impak kepada persepsi rakyat seterusnya kepada keputusan pilihan raya yang akan datang.

Menjadi kepastian, isu integriti akan lantang dilaungkan parti-parti politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-13. Dengan populasi kaum-kaum lain yang meningkat setanding dengan kumpulan peribumi, sudah pasti isu integriti dapat dijadikan modal untuk meraih undi dalam pilihan raya nanti. Sebagai satu contoh yang jelas, gagasan satu Malaysia yang dianjurkan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dilihat sebagai satu medium untuk menyatukan kaum di negara ini dan pada masa yang sama ia diharapkan menjadi alat untuk meraih undi pada pilihanraya akan datang. Ketika Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri, beliau membawa agenda Islam Hadhari. Jika dilihat kembali pada pilihanraya lalu ketika beliau menjadi Perdana Menteri, Barisan Nasional kehilangan majoriri 2/3 di dalam parlimen. Jika kita mengambil pengenalan dasar Islam Hadhari sebagai sebab kehilangan majoriti tersebut, bolehlah kita mengatakan bahawa perasaan yang digelar sebagai etno-sentrisme masih lagi menebal di kalangan masyarakat pelbagai kaum negara ini. Ini kerana orang Cina masih lagi dengan fahaman stereotype di mana Islam itu adalah Melayu dan masuk Islam bererti masuk Melayu. Hal yang sama mungkin dialami etnik lain di Malaysia. Oleh yang demikian, kerana persepsi mereka yang kurang tepat terhadap Islam dan Melayu, mereka telah berpaling arah. Kaum ini akan sentiasa mempersoal hak ketuanan Melayu sungguhpun ia telah tertakluk di dalam Perlembagaan Malaysia.

Walaupun pelbagai pihak sering melaungkan slogan politik baru, namun masingmasing masih lagi khuatir dengan pelaksanaan poltik baru yang bersifat kesamaan itu. Sebagai contoh yang jelas baik di pihak Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat, dalam meletakkan calon-calon pilihanraya, calon yang diletakkan adalah sebangsa dengan pengundi majoriti kawasan tersebut. Jika pengundi majoriti di kawasan A ialah Cina, maka calon yang diletakkan kedua-dua jentera politik ini adalah bangsa Cina. Sungguhpun begitu jika calon yang bertanding di kawasan majoriti Melayu adalah bengsa Cina, maka tidak mustahil pengundi-pengundi Melayu akan mengundi calon tersebut. Jadi, secara kasarnya masyarakat Melayu

dilihat masih lagi boleh berkompromi dengan bangsa lain. Namun, jika bangsa Melayu diletakkan sebagai calon di kawasan majoriti Cina, bilangan undi yang bakal diperoleh amatlah sedikit. Jelas di sini menunjukkan kepada kita bahawa sesetengah kaum di negara ini masih lagi tebal dengan perasaan etno-sentrisme walaupun telah beratus tahun hidup dalam kepelbagaian kaum. Jadi tidak perlulah untuk melaungkan slogan politik baru jika masih belum bersedia untuk menerima perubahan dasar kesamaan. Perlu diingat sekali lagi bahawa masyarakat majmuk yang ada di negara ini adalah hasil penerimaan bangsa Melayu terhadap kemasukan kaum lain ke negara ini.

Pasca Pilihan Raya Umum ke-12 banyak menyaksikan isu-isu yang senstitf dimainkan pelbagai pihak. Tujuannya untuk mendapatkan publisiti dalam pilihan raya yang akan datang. Haruslah diingat bahawa isu yang sensitif hanya akan memudaratkan seluruh kaum di negara ini. Namun begitu, hasil daripada kematangan dalam pengamalan politik dan pengalaman lalu, masyarakat majmuk di negara ini tidak mudah melatah. Isu sensitif yang timbul telah berjaya diredakan melalui pendekatan yang bijak seperti rundingan. Oleh yang demikian, keduakedua parti politik perlu berusaha dengan bijak bagi memastikan dasar politik baru terlaksana.

BAB 5

KESIMPULAN

Daripada kajian yang dijalankan dan pemerhatian, dapat disimpulkan bahawa keadaan politik di Malaysia sentiasa berubah mengikut peredaran masa dan trend para pengundi. Tempoh masa bagi sesuatu pilihan raya dijalankan iaitu lima tahun boleh dikatakan tempoh masa yang singkat bagi sesuatu kerajaan memerintah. Oleh yang demikian, segala manifesto dan janji-janji yang diberikan haruslah dilunaskan kepada para pengundi dalam tempoh tersebut.. Isu-isu semasa yang dibangkitkan terutama berkaitan dengan agama, bangsa, dan kontrak sosial memberi kesan mendalam kepada mana-mana parti tak kira dari pihak kerajaan ataupun pembangkang. Sekiranya rakyat tidak mampu berfikir dengan waras dan bersikap tenang, nescaya pergolakan yang berlaku seperti di Thailand akan berlaku di negara ini.

Kini, rakyat semakin bijak dalam membuat keputusan berdasarkan pemerhatian mereka kepada prestasi pemimpin-pemimpin yang dipilih semasa pilihan raya umum yang lalu. Segala berita dan maklumat amat mudah diperoleh dari media massa dan internet. Situasi ini amat berbeza dengan zaman dahulu yang memerlukan pengorbanan dan interaksi yang kuat bagi mendapatkan berita dan maklumat. Golongan muda masa kini dilihat sebagai golongan yang harus diberikan perhatian kerana mereka memperoleh pelajaran yang sempurna dan mampu berfikir panjang mengenai soal politik. Oleh yang demikian, calon-calon yang menang dalam pilihan raya seharusnya lebih bersedia untuk berlhidmat

dengan cemerlang bagi membuktikan keikhlasan mereka untuk memperjuangkan kebajikan rakyat.

Pemimpin yang dipilih juga haruslah menjalankan amanah yang diberikan dengan jujur dan ikhlas mengabdikan diri dengan kemasyarakatan. Sejarah politik lama boleh dijadikan teladan dan panduan kepada kita untuk membentuk negara pada masa depan. Politik lama sememangnya akan memberi kesan terhadap politik baru sesebuah negara tak kira sama ada baik atau buruk. Maka dengan itu, samasamalah kita bernaung dan menyokong pemerintahan di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam memajukan negara dan menyumbang sesuatu demi agama, bangsa, negara Malaysia tercinta. Sumbanglah segala ilmu yang ada kepada generasi muda agar kecemerlangan dan kesinambungan kejayaan akan kekal berterusan pada masa depan.

Bibliografi

R.S. Milne and Diane K. Mauzy, 1999. Malaysian Politics Under Mahathir: Mahathir As Prime Minister. London. Routlegde.

Anis Yusal Yusoff dan Zubayry Abady Sofian, 2008. Politik Isu-isu Integriti: 20002008. Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd

Jabatan Penerangan Malaysia, 2009. Najib Tun Razak: 100 Hari Mendepani Cabaran. Kuala Lumpur. Panca Kala

Ahmad Atory Hussain. 1997. Dimensi Politik Melayu 1980-1990. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Foad Sakdan. 1997. Asas Politik Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jayum A Jawan. 2003. Malaysian Politics and Government. Kuala Lumpur: Karisma Publications.

Suhaimee Saahar@Saabar, 2008. Isu-Isu Utama Sebelum, Semasa Dan Selepas Pru 12. http://pkukmweb.ukm.my Dilayari 8 Februari 2010.

Norhayati Mohd Salleh, 2008. Pilihan Raya Umum Ke-12 (Pru-12): Tsunami Politik Melayu? http://pkukmweb.ukm.my Dilayari 8 Februari 2010.