You are on page 1of 6

ANALISIS SOALAN SOALAN STPM 2000 2011 SEJARAH MALAYSIA Tema 1 : MASYARAKAT TEMPATAN Tahun Soalan

2001 Huraikan perbezaan antara Adat Perpatih dengan Adat Temenggung yang diamalkan oleh masyarakat Melayu pada abad ke-19. Terangkan bagaimana kuasa raja-raja Melayu diperkukuhkan sebagai kuasa yang tertinggi dalam sistem politik Melayu sebelum kedatangan kuasa Barat. Terangkan struktur sosial masyarakat Melayu di Tanah Melayu sebelum campur tangan British pada tahun 1874. Bincangkan Hukum Adat yang diamalkan di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak sebelum campur tangan British. Huraikan perubahan-perubahanyang berlaku dalam sistem pemerintahan beraja dan pembesar Melayu di Perak dari tahun 1874 hingga tahun 1909. Galurkan perkembangan sistem ekonomi masyarakat Melayu sehingga akhir abad ke-19. Bincangkan jenis-jenis hamba dan kesan pemerintahan British terhadap sistem perhambaan di Tanah Melayu. Sebelum campur tangan British di Negeri-negeri Melayu, golongan pembesar Melayu mempunyai kuasa politik, ekonomi, dan sosial dalam pemerintahan. bincangkan. Bincangkan ekonomi bercorak komersil di Sarawak pada abad ke-19. 2006 Huraikan struktur masyarakat Melayu di Tanah Melayu sebelum tahun 1874. Masyarakat Melayu sebelum kedatangan British bukanlah masyarakat pertanian semata-mata. Bincangkan. 2007 2008 Bincangkan peranan adat dalam kehidupan masyarakat Melayu sebelum campurtangan British. Bincangkan peranan pembesar di Pahang sebelum campur tangan British. Bincangkan kegiatan ekonomi komersil di Sabah pada abad ke19 hingga awal abad ke-20.

2002

2003

2004

2005

2009

Bincangkan pengaruh Islam terhadap kehidupan masyarakat di Tanah Melay sebelum campur tangan British pada tahun 1874. Bincangkan sistem dan peranan pembesar di NNM hingga tahun 1874. Huraikan kegiatan ekonomi komersial di Tanah Melayu hingga tahun 1874. Peranan institusi penghulu di Perak mengalami perubahan selepas campur tangan British pada tahun 1874. Bincangkan penyataan ini. Pengaruh Islam adalah amat penting dalam kehidupan masyarakat di Tanah Melayu sebelum campur tangan British. Bincangkan penyataan ini.

2010

2011

Tema 2 : TRANSFORMASI MASYARAKAT Tahun Soalan


2000 Bandingkan bentuk pentadbiran kolonial British di Semenanjung Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah dari tahun 1819 hingga tahun 1888. Bincangkan sebab-sebab perubahan daripada dasar tidak campur tangan kepada dasar campur tangan British di negeri-negeri Melayu pada tahun 1874. 2001 Kemunculan masyarakat majmuk di Tanah Melayu dipengaruhi oleh faktor perkembangan perusahaan bijih timah dan getah. Bincangkan.
Huraikan reaksi penduduk pribumi terhadap campur tangan

2002

British di Sabah atau Sarawak dari tahun 1850-an hingga tahun 1915. Jelaskan sebab-sebab penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896.
Kestabilan politik di Tanah Melayu telah mendorong orang Cina

dan India berhijrah ke negara ini pada abad ke-19. Bincangkan. 2003 Bandingkan keadaan politik antara Sungai Ujong dengan Selangor menjelang campur tangan British pada pertengahan tahun 1870-an. Bincangkan sebab-sebab penentangan terhadap pemerintahan British di Kelantan pada tahun 1915 dan di Terengganu pada tahun 1928.

2004

Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan perusahaan bijih timah di Negeri-negeri Melayu dari tahun 1840an hingga 1920-an. Huraikan kepentingan Perjanjian Persekutuan 1896 dari segi politik dan ekonomi.

2005 Huraikan bagaimana keluarga Temenggung berkuasa sepenuhnya di Johor pada akhir abad ke-19. 2006 Jelaskan faktor-faktor yang mendorong penghijrahan kaum Cina ke Tanah Melayu dari pertengahan abad ke-19 hingga awal abad ke-20. Bincangkan perkembangan perusahaan bijih timah di Tanah Melayu hingga tahun 1941. Bincangkan reaksi masyarakat tempatan terhadap pentadbiran Brooke di Sarawak pada abad ke-19. 2008 Bincangkan faktor campur tangan British di Negeri-negeri Melayu pada abad ke-19. Huraikan kesan sosioekonomi sebagai akibat kemasukan orang China dan orang India pada akhir abad ke-19 hingga awal abad ke-20. 2009 Huraikan bentuk pemerintahan baru yang diperkenalkan oleh Dinasti Brooke di Sarawak pada abad ke-19. Bincangkan langkah-langkah yang diambil oleh British untuk meluaskan pengaruhnya di Negeri-negeri Melayu Utara Tanah Melayu dari tahun 1897 hingga tahun 1909. Kemunculan masyarakat majmuk di Tanah Melayu dipengaruhi oleh perkembangan ekonomi perdagangan pada awal abad ke-20. Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan ini? 2010 Pentadbiran Sir Hugh Low lebih Berjaya jika dibandingkan dengan pentadbiran JWW Birch semasa pelaksanaan system Residen di Perak. Bincangkan penyataan ini.
Bincangkan pentadbiran Syarikat Borneo Utara British di Sabah

2007

2011

sebelum Perang Dunia Kedua.


Huraikan peristiwa-peristiwa yang melibatkan British di negeri-

negeri Tanah Melayu antara tahun 1826 hingga tahun 1973.

Tema 3 : NASIONALISME & PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA Tahun Soalan


2000 Pendudukan Jepun telah berjaya melahirkan satu kesedaran politik yang meluas, lebih tersusun dan bersatu di kalangan barbagai-bagai bangsa selepas tahun 1945.Bincangkan pernyataan ini. Jelaskan kesan-kesan penubuhan Maktab Melayu Kuala Kangsar pada tahun 1905. Galurkan langkah-langkah yang membawa kepada pembentukan Malaysia 2001 Bincangkan tiga faktor yang membawa kepada pengisytiharan darurat pada tahun 1948. Huraikan lima langkah yang diambil oleh pihak British untuk menamatkan darurat. Huraikan peranan dan sumbangan golongan intelektual dalam gerakan kesedaran di Tanah Melayu sehingga tahun 1930-an. Jelaskan mengapa pada peringkat awal Sabah dan Sarawak menolak Gagasan Malaysia. Bincangkan perjuangan Gerakan islah di Tanah Melayu dari tahun 1906 hingga tahun 1938. Bincangkan kebangkitan gerakan anti-British yang berlaku di Tanah Melayu pada awal abad ke-20. Bincangkan alasan-alasan penentangan yang dikemukan oleh kerajaan Indonesia, Filipina dan Brunei berkaitan dengan penubuhan Malaysia. 2005 Bincangkan gerakan anti-Jepun di Malaysia antara tahun 1942 hingga tahun 1945. Jelaskan usaha yang dilakukan oleh United Malays National Organisation (UMNO) dalam memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu sebelum kemerdekaan Tanah Melayu. 2006 Bincangkan kesan sosial dan ekonomi akibat pendudukan Jepun di Tanah Melayu dari tahun 1942 hingga 1945. Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya Gerakan Anti Penyerahan Sarawak pada tahun 1946 dan faktorfaktor kegagalan,gerakan tersebut

2002

2003 2004

2007 Bincangkan faktor-faktor yang menyatukan orang Melayu untuk menentang Malayan Union pada tahun 1946. Bincangkan perkembangan dan peranan persatuan-persatuan Melayu dari tahun 1926 hingga tahun 1937. Bincangkan usaha kerajaan meningkat penglibatan dan sokongan penduduk tempatan dalam membanteras ancaman komunis dari tahun 1948 hingga tahun 1954. Bincangkan matlamat dan strategi perjuangan Kaum Muda di Tanah Melayu dari tahun 1906 hingga tahun 1938. Sejauh manakah factor luaran mempengaruhi kebangkitan gerakan kesedaran politik dalam kalangan orang Melayu sebelum Perang Dunia Kedua? Jelaskan usaha-usaha yang dilakukan oleh pemimpin pelbagai kaum dari tahun 1955 hingga tahun 1957 untuk mencapai kemerdekaan di Tanah Melayu. 2011 Mengapakah gerakan penentangan terhadap Malayan Union di Tanah Melayu lebih Berjaya berbanding dengan gerakan penentangan antipenyerahan di Sarawak? Bincangkan faktor pembentukan gagasan Malaysia pada tahun 1963.

2008

2009

2010

Tema 4 : PENGISIAN KEMERDEKAAN Tahun Soalan


2000 Struktur ekonomi Tanah Melayu masih merupakan kesinambungan kepada sistem ekonomi colonial. Bincangkan perubahan-perubahan ekonomi yang dilakukan oleh kerajaan sehingga tahun 1963. Huraikan penglibatan Malaysia dalam pertubuhan serantau, Komanwel, dan antarabangsa dari tahun 1957 hingga tahun 1963. Huraikan sistem pemerintahan Malaysia dari tahun 1957 hingga tahun 1963. Bincangkan dasar pendidikan di Tanah Melayu pada tahun 1957 hingga tahun 1963 dalam usaha membina sebuah negara yang bersatu padu.

2001

2002

2003

2004 2005

Bincangkan penglibatan Malaysia dalam Pertubuhan Asia Tenggara (ASA), Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), dan Komanwel sejak tahun 1957. Bincangkan kekuatan dan kelemahan dasar luar pro-Barat dan anti-komunis yang diamalkan oleh Tanah Melayu selepas kemerdekaan. Sabah dan Sarawak mempunyai kedudukan istimewa dalam Persekutuan Malaysia.Jelaskan. Analisis perkembangan pendidikan di Malaysia dari tahun 1956 hingga tahun 1961. Bincangkan dasar ekonomi yang dijalankan di Tanah Melayu dari tahun 1956 hingga tahun 1963. Kepimpinan Tunku Abdul Rahman sangat mempengaruhi pembentukan dasar luar Tanah Melayu. Bincangkan penyataan ini. -

2006

2007

2008

2009

2010

2011

You might also like