SUBJEK INI DISUSUN UNTUK MEMBOLEHKAN ANDA MENGETAHUI DAN MEMAHAMI KONSEP-KONSEP YANG BERKAITAN DENGAN BAHASA

MELAYU KOMUNIKASI

SELAIN ITU, ANDA JUGA AKAN DIBERI PENDEDAHAN TENTANG FUNGSI BAHASA MELAYU, KESANTUNAN BERBAHASA, WACANA, LARAS BAHASA, KOMUNIKASI KHALAYAK DAN BERTULIS SERTA TERJEMAHAN.

PADA AKHIR PELAJARAN INI DIHARAPKAN ANDA DAPAT: 1. MEMAHAMI DAN MENGHURAIKAN KONSEPKONSEP YANG BERKAITAN DENGAN BAHASA MELAYU KOMUNIKASI; 2. MENGAPLIKASIKAN KESANTUNAN BERBAHASA DALAM KOMUNIKASI LISAN; 3. MENGGUNAKAN LARAS BAHASA YANG SESUAI MENGIKUT KONTEKS SAMA ADA SECARA LISAN ATAU BERTULIS; 4. MENGGUNAKAN KOSA KATA YANG BETUL DAN TEPAT DALAM AKTIVITI MENTERJEMAH.

Artikel 152 dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang menyebut “Bahasa Kebangsaan negara adalah Bahasa Melayu”. Sebagai Bahasa Kebangsaan, Bahasa Melayu berfungsi sebagai:
     Bahasa Rasmi Bahasa Perpaduan Bahasa Pengantar Bahasa Ilmu Bahasa Komunikasi

Bahasa Kebangsaan

Bahasa yang diberi fungsi untuk menunjukkan identiti kebangsaan Bahasa yang digunakan dalam urusan rasmi negara Bahasa yang digunakan dalam sesebuah negara bagi tujuan perpaduan Bahasa yang digunakan di peringkat sekolah Hingga institusi pengajian tinggi Bahasa yang digunakan di sekolah rendah dan Institusi pengajian tinggi Bahasa yang digunakan untuk berhubung dalam pelbagai bentuk dan situasi

Bahasa Rasmi

Bahasa Perpaduan
Bahasa Ilmu Bahasa Pengantar Bahasa

Adakah fungsi Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu telah terhakis apabila kerajaan melaksanakan pengajaran subjek Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris?

setuju

Tak setuju

berkecuali

Definisi

Kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi, - lisan atau bertulis. Bermakna timbang rasa yang diberikan kepada pihak yang mendengar atau membaca

Bahasa Sapaan

Terbahagi 2 iaitu
Bahasa Tubuh

Kata Ganti dan sapaan Dalam keluarga Kata ganti diri Dalam masyarakat Kata Ganti mengikut Protokol dan Panggilan Hormat

Saya, orang, kita, ambo, den, aku, Abang, along, adik Pak Su, Pak Ngah dsb…. Penghulu, Tok Ketua, Pak Cik, Abang (Nama), Datuk, Tengku, Yang Berhormat, Tuanku, dsb..

Komunikasi bukan lisan yang melibatkan isyarat tangan, air muka dan gerak badan Definisi Sangat penting untuk menyampaikan mesej yang sukar dilahirkan melalui kata-kata Mampu menggambarkan personaliti, emosi, tujuan dan status sosial individu.

Komunikasi tubuh yang disepadukan dengan komunikasi lisan akan lebih berkesan kerana dapat menterjemah maksud yang hendak di sampaikan

Badan

Dapat menyampaikan mesej Membawa makna sejagat yang difahami oleh semua orang Mempunyai makna tertentu: -bergerak ke sana ke sini- tak minat -berkelip laju- berdusta Tak pandang mata- tak tenteram/ menipu

Gerakan Mata

-membawa maksud sejagat
Gerakan Tangan -mengikut budaya -membantu mengukuhkan ucapan lisan -digunakan secara sedar /tak sedar

Mimik Muka

Menyatakan emosi- sedih, gembira Mengetahui peribadi Mengetahui tahap kemesraan- ceria, masam dsb..

Permainan bahasa isyarat

Penggunaan bahasa yang tersusun rapi dan mempunyai Pengenalan struktur dalaman yang dapat dihayati tujuan dan maksudnya- lisan atau tulisan.

Definisi Unit Bahasa yang boleh terdiri daripada AYAT, SEJUMLAH AYAT, BAB, CERITA, BUKU, SIRI BUKU, DIALOG dsb.. Ciri-ciri •Mempunyai tujuan •Berlandaskan hubungan antara penutur dengan pendengar •Berlaku secara formal/tidak fromal •Mempunyai susun atur/ urutan •Tidak mengulang maklumat terdahulu •Tidak memasukkan maklumat bertentangan dengan maklumat dahulu •Mempunyai andaian dan inferensi- hubungan maklumat pertama dan maklumat baru

Penanda Wacana

Terdiri daripada pelbagai jenis kata yang digunakan untuk menghubungkan kata dengan kata, frasa dengan frasa, klausa dengan klausa, ayat dengan ayat atau perenggan dengan perenggan dalam kesatuan bahasa.

Satu aspek penting yang menentukan sama ada sesuatu kesatuan bahasa itu boleh dianggap Keutuhan satu wacana atau bukan. Wacana Dapat dilihat melalui kewujudan hubungan dari aspek SEMANTIK, LEKSIKAL, GRAMATIKAL DAN FONOLOGIS antara bahagian-bahagian dalam sesuatu wacana itu.

Senaraikan sebanyak mungkin penanda
wacana yang terdapat dalam petikan

TAJUK 4 : LARAS BAHASA
PENGENALAN

Setiap individu memiliki perbezaan dalam pemilihan kata dan ungkapan semasa menggunakan bahasa. Perbezaan yang disebabkan oleh faktor geografi, usia, keturunan, kelas, tajuk dsb.. Perbezaan dari aspek situasi atau konteks ini disebut sebagai laras bahasa.

TAJUK 4 : LARAS BAHASA
Definisi

Ciri-ciri

Gaya atau cara menggunakan sesuatu bahasa dalam sesuatu situasi. Laras sentias berubah berdasarkan fungsi dan keadaan. Laras menitiberatkan pilihan kata atau istilah dan menggunakan struktur ayat yang berlainan mengikut disiplin atau bidang tertentu.

TAJUK 4 : LARAS BAHASA

Ciri-ciri

Dalam komunikasi, laras bahasa akan sentiasa berubah-ubah mengikut situasi. Penyesuaian laras bahasa dibuat mengikut situasi yang berlaku. Contohnya: Laras bahasa untuk menulis rencana berbeza dengan cerpen atau novel. Laras Bahasa dapat menggambarkan fungsi bahasa dalam masyarakat kerana semakin besar peranan bahasa itu semakin pelbagai laras yang digunakan

aktiviti
Penilaian tugasan yang diberikan.

Era globalisasi, rakyat Malaysia harus Pendahuluan menguasai bahasa dunia terutama sekali ngara maju. Terjemahan merupakan salah satu cara memperkembangkan ilmu .

Konsep Satu aktiviti menggantikan bahan teks asli
(Bahan sumber ke dalam teks bahasa sasaran (pengguna) dalam bentuk bahasa persamaan yang paling hampir; atau digahami oleh bahasa sasaran (pengguna) Melibatkan 2 sistem bahasa- Bahasa Sumber dan Bahasa Sasaran

Secara umumnya terdapat dua cara terjemahan a. Kaedah Tradisional ii. Kaedah peniruan
i. Kaedah pinjaman iii. Kaedah penggantian

b. Kaedah i. Transposisi Dinamik ii. Modulas
iii. Persamaan

iv. Penyesuaian

a. Kaedah Tradisonal i. Kaedah Pinjaman
Digunakan sekiranya perkataan bahasa sumber tiada dalam bahasa sasaran. Perkataan asal dibuat penyesuaian/tanpa penyesuaian. Cth: brek (brake),ekonomi (economy) video, multimedia

ii. Kedah peniruan

Digunakan sekiranya susunan tatabahasa bahasa asal tidak sama dengan tata bahasa bahasa sasaran. Cth: honeymoon- bulan madu chilly souce- sos cili. Dsb..

samb….. iii Kaedah Penggantian BI
Persamaan kata dikekalkan. Cara ini digunakan untuk teks yang berbentuk maklumat yang ditulis secara ringkas dan mudah.

BM

I go shopping After work

Saya pergi membeli belah selepas kerja

b. Kaedah Dinamik i. Kaedah Transposisi
Kaedah ini mengutamakan penyesuaian struktur ayat supaya ayat terjemahan mematuhi tatabahasa dan kelaziman ungkapan bahasa sasaran cth: BI
Launched in April the campaign is follow up to last year’s anti smoking drive last years

BM
Kempen yang dilancarkan pada bulan April merupakan tindakan lanjutan kepada gerakan anti merokok tahun lepas

(samb..) ii. Kaedah Modulasi
Mengutamakan pengkalan makna (semantik). Proses terjemahan dengan melakukan perubahan dari segi kata tetapi makna tidak berubah

BI
Saturday night Keep quiet Keep off the grass

BM
Malam minggu Jangan bising Jangan pijak rumput

Samb… iii. Kaedah Persamaan
BI
As a matter of fact Let sleeping dog lie
Every dog has its day Look before you leap

Kaedah ini ini mengutamakan persamaan sejadi atau terdekat bergantung kepada konteks dan nilai budaya seperti peribahasa dan simpulan bahasa (idiom) BM
Sebenarnya / pada hakikatnya Sarang tebuan jangan dijolok
Hari ini hari dia, hari esok hari kita Beringat sebelum kena

Samb.. iv. Kaedah Penyesuaian
Kaedah ini menggunakan penggabungan beberapa kaedah dinamik- modulasi,transposisi, dan persamaan. BM
Apa khabar? Terima kasih Sama-sama

BI
How are you? Thank you Not at all/ Don’t mension

Kesimpulan

Dalam proses terjemahan penterjemah hendaklah bijak dan peka dalam memilih kaedah mana yang sesuai untuk menghasilkan terjemahan baik.

aktiviti
Secara berkumpulan buat satu terjemahan artikel berbahasa Inggeris ke dalam Bahasa Melayu.

Tajuk 6 : Komunikasi Bertulis
PENGENALAN
Komunikasi bertulis merupakan cara penyampaian maklumat secara bertulis dengan menggunakan laras dan ragam bahasa yang betul. Dalam keadaan tertentu, komunikasi bertulis boleh menjadi bahan rekod dan bukti untuk sesuatu tindakan/ kes

DEFINISI
Proses merakam atau menghasilkan sesuatu pendapat, buah fikiran, idea, pengalaman, perasaan atau maklumat dalam bentuk tulisan atau grafik untuk berhubung dengan orang lain atau diri sendiri.

CIRI-CIRI

• Penggunaan bahasa mengikut jenis dan laras • Mempunyai format tertentu • Dihasilkan untuk tujuan tertentu
JENIS-JENIS

• • • • •

Surat kiriman rasmi dan tidak rasmi Karangan Laporan cerpen/novel Minit mesyuarat dsb…

Surat Kiriman
Merupakan salah satu saluran penting sering digunakan dalam membuat perhubungan. Surat rasmi ditulis dalam urusan perhubungan scara rasmi. Boleh ditulis atas nama individu atau organisasinya. Setiap guru perlu mengetahui secara terperinci berkaitan surat kiriman. Surat rasmi yang baik: Susun atur yang kemas Bahasa yang baik dan sesuai Isi yang ringkas dan padat serta mengarah kepada perkara/isu yang dibincangkan/dikehendaki.

  

Format Surat Rasmi
Terdapat banyak format dan bentuk surat rasmi yang ditulis hari ini. Namun hanya ada 3 jenis format surat rasmi sahaja yang diguna pakai dalam urusan rasmi negara. Format ini telah dikeluarkan oleh pihak yang mempunyai autoriti iaitu:
  

Jabatan Perdana Menteri – Surat Pekeliling Am Bil 8. (1980) Lembaga Peperiksaan Malaysia- Surat Pekeliling Am. Bil 1 (1987) – untuk tujuan peperiksaan. Lembaga peperiksaan Malaysia- tambahan perkara Salinan kepada
contoh

Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan
Km 10, Jalan Padang Tengku 27200 Kuala Lipis Pahang Darul Makmur Tel : 09-3123000/3124811/3124866 Fax: : 09-3125002

Logo,Alamat Pengirim dan No telefon No Rujukan dan Tarikh Nama dan Alamat Penerima Tajuk/Perkara Penanda rujukan Isi Surat Penanda Permohonan Penanda Nasihat

Pengarah Pendidikan Guru Bahagian Pendidikan Guru Blok E, Parcel C Pusat Pentadbiran Putrajaya 18000 Putrajaya Tuan.

Ruj Tuan: Ruj Kami: IPTAA/LPS/23(2)/Jilid 2(1) Tarikh : 20 Ogos 2005

JEMPUTAN SEBAGAI PERASMI PADA MAJLIS PENUTUP KURSUS PENGUCAPAN UMUM Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Dimaklumkan bahawa Jabatan Pengajian Melayu, Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis Pahang Darul Makmur akan mengadakan Kursus Pengucapan Umum di bawah program Latihan Pembangunan Staf (LPS) pada 6 dan 7 September 2005 bertempat di Rumah Rehat Tanjung Lipis, Kuala Lipis. 3. Sehubungan itu, pihak kami dengan berbesar hati menjemput Tuan Pengarah bagi merasmikan majlis penutup kursus tersebut. Butiran majlis perasmian penutup seperti berikut:

Tarikh : 7 September 2005 Masa : 12.30 tengah hari Tempat : Rumah Rehat Tanjung Lipis 4. Semoga jemputan ini mendapat pertimbangan pihak tuan. Rakaman terima kasih atas perhatian yang telah dan bakal diberikan. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” “CINTAI BAHASA KITA” Sekian. Terima kasih.

Penanda Penamat
Penanda Antisipasi

Saya yang menjalankan tugas

( HJ Othman Bin Ramli) Pengarah IPTAA s.k – Fail SULDP

Salinan

Nama dan jawatan pengirim

Minit Mesyuarat
Merupakan sejenis laporan yang ditulis oleh setiausaha mesyuarat dalam format khusus. Perkara yang dilaporkan berupa rigkasan perbincangan dan ketetapan yang dibuat dalam mesyuarat. Format bagi kakitangan kerajaan Malaysia adalah mengikut Pekeliling Pentadbiran Awam Bil 2 Tahun 1991 (PKPA 2/1991). Gaya bahasa-ringkas, tepat dan padat dan bersifat formal. Dalam situasi formal, kata ganti diri pertama (saya, aku) dan kedua (Kamu, awak) tidak digunakan. Beberapa ungkapan sinonim dengan penulisan minit mesyuarat “ mesyuarat telah dimaklumkan bahawa” “ mesyuarat menerima pandangan” “ msyuarat membuat ketetapan”

aktiviti
Anda diminta menghasilkan apa saja bentuk penulisan yang merakamkan pendapat, buah fikiran, idea, pengalaman, perasaan atau maklumat berkaitan klip video yang dipertontonkan. Panjang penulisan adalah bebas bergantung kepada bentuk penulisan.

Tajuk 7 : Komunikasi Khalayak
Definisi: Komunikasi khalayak berlaku apabila ada penyampai (komunikator) yang menyampaikan mesej (isi) kepada sejumlah orang yang mendengar/menerima mesej (khalayak)

Komunikator

Mesej (pendapat, perasaan, fakta. Dsb..

Sejumlah pendengar (khalayak)

Matlamat Komunikasi Khalayak
1. 2. 3. 4.

Memberi pemahaman kepada khalayak. Bertindak balas terhadap maklum balas khalayak. Bertukar fikiran dengan khalayak Memenuhi kehendak khalayak

Persiapan Menghadapi Khalayak
1.
2.

3.

Mengetahui dan memahami latar belakang khalayak. Sediakan rangka asas teks/ucapan Tulis teks dengan teliti dan tepat

Jenis-jenis Komunikasi Khalayak
Pengumuman 2. Pengacaraan Majlis 3. Taklimat 4. Perbahasan 5. Ceramah 6. Pidato dll..
1.

Aktiviti
Secara berkumpulan anda dikehendaki menyediakan teks yang sesuai terhadap mana-mana satu jenis komunikasi khalayak yang tersenarai di bawah. Pilih wakil ahli kumpulan untuk melakukan komunikasi khalayak tersebut dalam bilik darjah. Masa persembahan diberikan selama 10-15 minit. Pengacaraan majlis “Majlis kecemerlangan akademik dan kokurikulum di sekolah”. Ceramah motivasi Taklimat kepada ibu bapa dan murid-murid baru semasa minggu orientasi. Perbahasan ala parlimen yang bertajuk “Wajarkah sistem pengujian dan penilaian di sekolah diubah” ( Pilih satu wakil sahaja sama ada penyokong atau pembangkang). Ucapan setelah dinobat sebagai Tokoh Guru 2006 peringkat negeri/kebangsaan.

1. 2.

3.
4.

5.

“Selamat mencuba. Lakukan yang terbaik”