Di Bumi Tercinta Ini ~ Rejab FI Posted On Friday, June 8, 2012.

Under Puisi Patriotik, Rejab FI Tags: Puisi Patriotik, Rejab FI

Di bumi tercinta ini kita menganyam perjuangan berbekalkan sebuah bahtera dan sebuah neraca milik perjuangan sejati: memartabatkan bahasa ibunda.

Bahasa ibunda adalah bekalan membangun atma anak-anak watan meneroka belantara melayari lautan menerbangi angkasa kerana kehidupan mesti dibajak mesti diteroka.

Di bumi tercinta ini kita semaikan semangat bercambah di sanubari anak nusa bahawa bahasa adalah jati diri bangsa bahawa bahasa identiti negara.

Wahai anak-anak watan gemblengkan tekad

bahawa bahasa itulah memupuk nilai-nilai kehidupan menyemarakkan azam dan cita-cita memperkukuhkan tamadun bangsa memerdekakan diri daripada pengkhianatan membebaskan perjuangan ketamakhalobaan. Di mana hak dan harga diri jika bahasa terkorban dalam arus globalisasi di mana hakikat perjuangan sejati jika hanya memperkukuhkan kuasa sehingga terkorban perjuangan bangsa? Kita wajar mengimbau pembangunan negara berwibawa lewat bahasa ibunda membangun ekonomi dan keperibadian bangsa membangun pendidikan dan sahsiah . Bahasa adalah permata adalah mutiara adalah intan baiduri kerana bahasa mahkota bangsa.

REJAB FI Perlis..negara. 18 November 2007 From.com . ipuisi. Wahai anak-anak watan gemblengkan perjuangan bahawa kita tidak betah lagi terjajah bahasa adalah hak mutlak memperkasakan nusa bangsa di bumi tercinta ini.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful