P. 1
Kontrak Sosial Dalam Perlembagaan Malaysia

Kontrak Sosial Dalam Perlembagaan Malaysia

4.77

|Views: 20,319|Likes:
Published by siew chang yee
Kontrak sosial yang sering diungkap oleh ahli-ahli politik kerap mengundang pelbagai perbahasan yang bersifat racist. Ia dilihat sebagai satu aspek dalam perlembagaan negara yang dibentuk pada tahun 1957 sebelum dimurnikan semula selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963.
Kontrak sosial yang sering diungkap oleh ahli-ahli politik kerap mengundang pelbagai perbahasan yang bersifat racist. Ia dilihat sebagai satu aspek dalam perlembagaan negara yang dibentuk pada tahun 1957 sebelum dimurnikan semula selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963.

More info:

Published by: siew chang yee on Dec 31, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/28/2014

pdf

text

original

KONTRAK SOSIAL DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA: SATU PENILAIAN SEMULA DARI SUDUT SEJARAH Malaysia merupakan sebuah negara

majmuk yang memperlihatkan perkembangan politik yang diwarnai oleh politik komunal. Ia merupakan sebahagian daripada warisan penjajah yang telah meninggalkan impak yang begitu besar dalam kehidupan masyarakat kita. Dasar kolonialisasi oleh kuasa-kuasa Barat bukan sekadar membawa kepada kewujudan masyarakat pluralisme malah mencorak dan mempengaruhi perkembangan sejarah kita. Ia dilihat sebagai satu bentuk hubungan yang bersifat dominasi dan eksploitatif kerana kolonialisme bukan sekadar melibatkan penguasaan ekonomi dan politik malah ia turut cenderung menguasai minda penduduk. Malaysia mencapai kemerdekaannya pada 31 Ogos 1957 melalui amalan kompromi dan permuafakatan pelbagai kaum. Proses permuafakatan itu bermula sebelum kemerdekaan lagi. Ia begitu jelas selepas Perang Dunia Kedua, di mana semangat nasionalisma dan dasar dekolonialisasi oleh kuasa Barat mendorong kepada kerjasama parti-parti politik berbilang kaum. Perkembangan itu dilihat sebagai satu titik tolak kepada politik permuafakatan di negara kita dan berjaya merencanakan satu perkembangan politik yang begitu menarik. Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah mengambil kira pebagai aspek. Perkara yang paling mustahak di sini ialah toleransi dan tolak ansur di antara penduduk berbilang kaum telah berjaya membentuk satu pakatan murni dan menerima satu kontrak sosial dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Di mana pada dasarnya, kontrak sosial terdiri daripada dua elemen iaitu pertama, penerimaan orang Melayu terhadap sebilangan besar penduduk bukan Melayu sebagai rakyat ‘jus soli’ bagi negara yang baru merdeka. Kedua, penerimaan penduduk bukan Melayu terhadap pengiktirafan hak istimewa serta kepentingan kaum Melayu dalam negara.bagai aspek yang melibatkan kepentingan kaum yang berbeza. Suruhanjaya Reid telah dipertanggungjawabkan dalam merangka sebuah perlembagaan baru untuk Tanah Melayu menerima pelbagai pandangan, cadangan serta bantahan dari pelbagai pihak. Ia telah memberi penekanan kepada beberapa aspek yang penting termasuklah soal kewarganegaraan, kedaulatan sultan Melayu, kedudukan agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan hak keistimewaan orang Melayu. 1

Isu kontrak sosial merupakan satu persoalan yang sering dibahaskan oleh ahli-ahli politik mahupun golongan akademik. Persoalan yang sering timbul ialah sejauh manakah ia masih relevan dan kepentingan perjanjian itu dalam usaha pembentukan sebuah negara bangsa di Malaysia. Idea kontrak sosial bermula di Eropah pada abad ke-17 dan ke-18 dan di pelopori oleh tokoh-tokoh seperti Jaque Rousseau, John Locke and Thomas Hobbes. Pada dasarnya, ia merujuk kepada persetujuan bersama di kalangan rakyat sesebuah negara berkaitan dengan hak dan tanggungjawab mereka. Di mana manusia dikatakan mempunyai nafsu yang tinggi terhadap kekuasaan, kekayaan, kehormatan dan pengetahuan dan ia disifatkan sebagai tidak terbatas. Lantaran itu, perlu wujudnya satu mekanisme bagi mengawal keinginan manusia tersebut dalam usha mewujudkan keselamatan serta kestabilan dalam negara ( B. Harian, 5 Nov. 2008). Menurut John Locke (1632-1704) dalam tulisannya An Eassy Concerning the True Original, Extent and End of Civil Government dalam Sosial Contract ( Oxford University Press, 1960) , beliau menjelaskan bahawa wujudnya tiga pihak dalam proses kontrak sosial iaitu orang yang mencipta kepercayaan (the trustor), orang yang diberi kepercayaan ( the trustee) dan mereka yang memperoleh manfaat daripada pemberian kepercayaan itu ( the beneficiary). Hubungan tersebut bakal mewujudkan satu situasi saling mempercayai antara satu sama lain dan ia amat penting dalam mengekalkan keselamatan sesebuah negara. Ini kerana sekiranya hubungan kepercayaan tersebut terhakis maka pemerintah akan kehilangan kuasa untuk melaksanakan dasar yang ingin dilakukannya. Istilah kontrak sosial mula mewarnai politik negara pada tahun 1986 dan ia digunakan buat kali pertama oleh ahli parlimen UMNO, Abdullah Ahmad yang menegaskan bahawa kemerdekaan negara serta kesinambungan politik Malaysia berdasarkan kepada system politik yang didominasi orang Melayu. Oleh itu kedudukan orang Melayu dalam politik Malaysia perlu dipelihara dan sebarang usaha untuk menghapuskannya mahupun mempertikaikannya bakal mengugat kestabilan negara ( The Star, 31.August.1986 ). Sejak diperkenalkan, kontrak sosial dikaitkan dengan konsep dominasi Melayu atau ketuanan Melayu. Di mana ia dilihat sebagai penerus kepada kesinambungan kuasa politik orang Melayu dan turut memberi jaminan terhadap kedudukan serta keistimewaan orang Melayu di Malaysia. Malahan kontrak sosial dilihat 2

semakin ‘rigid’ dibawah dominasi UMNO yang sering menjadikan isu tersebut sebagai modal untuk kepentingan politik masing-masing. Ia jelas apabila isu kontrak sosial mahupun ketuanan Melayu sering menjadi tumpuan dalam setiap Perhimpunan Agung UMNO di mana para perwakilan mengambil kesempatan untuk menonjolkan diri dengan memanipulasikan isu kontrak sosial mahupun hak-hak orang Melayu. Dalam Perhimpunan UMNO tahun 2006, perwakilan Melaka Hasnoor Sidang Hussein dengan lantang menegaskan bahawa UMNO sanggup berkorban dan bermandi darah untuk pertahankan bangsa dan agama mereka. Manakala perwakilan dari Terengganu pula member amaran bahawa hak orang Malayu tidak harus dipertikaikan dan jika ia berlaku orang Melayu bakal mengamuk dan peristiwa 13 Mei 1969 bakal berulang ( Malaysiakini, 22.November 2006). Perkembangan dalam kontrak sosial itu selaras dengan tanggapan Rousseau (1712-1778) yang berpendapat bahawa manusia pada dasarnya adalah sama tetapi faktor moral mencipta ketidaksamaan maka timbullah hak-hak istimewa yang dimiliki oleh golongan tertentu dan ia bakal dipergunakan untuk menindas yang lain ( B. Harian, 5 Nov. 2008 ). Oleh yang demikian, konsep ketuanan Melayu yang dianggap sebagai pelindung orang Melayu dan dikaitkan dengan hak raja-raja Melayu sebagai pemerintah negara sering menimbulkan perasaan kurang senang kaum lain ( B. Harian, 9 Mei. 2008). Di mana ia seolah-olah meletakkan kaum lain di satu kelas yang lebih rendah daripada orang Melayu. Ia jelas bercanggah dengan perlembagaan negara yang menekankan persamaan hak bagi semua warganegara tanpa diskriminasi terhadap manamana bangsa mahupun agama. Malahan konsep ketuanan Melayu dilihat sebagai satu elemen yang berunsur negatif yang melemahkan orang Melayu dan ia bersifat perkauman. Di mana menurut Datuk Zaid Ibrahim, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri ia mencerminkan orang Melayu hanya mahu menjadi ‘tuan’ tanpa mahu berusaha dan bertanggungjawab kepada diri sendiri ( Utusan Malaysia, 4 November. 2008 ). Ini jelas memberi satu gambaran negatif kepada orang Melayu yang dianggap hanya mahu hak-hak tertentu dan penghormatan serta pengiktirafan tetapi tidak mahu berusaha. Pada masa yang sama mereka tidak mampu membuktikan kemampuan diri serta mengelak daripada persaingan secara global dan terus bergantung kepada kerajaan.

3

Isu kontrak sosial menjadi semakin panas selepas Pilihan Raya Umum ke-12 pada 8 Mac 2008 berikutan perubahan landskap politik negara. Ia menyaksikan kehadiran lebih ramai ahli parlimen bukan Melayu yang dipelopori oleh PKR dan DAP. Pada masa yang sama wujud kecenderungan komponen parti dalam Barisan Nasional yang mula menyuarakan ketidakpuasan mereka dalam formula Barisan Nasional yang dilihat terlalu dikongkong oleh UMNO yang bersikap terlalu angkuh dan menafikan peranan komponen yang lain. Lantaran itu timbulnya keresahan di kalangan ahli-ahli UMNO tentang hak serta kedudukan orang Melayu terutamanya di negeri-negeri yang dikuasai parti pembangkang khususnya di Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Pelbagai polemik serta kontroversi yang tercetus dalam membicarakan kontrak sosial jelas menggambarkan ketidakmatangan politik negara yang masih diselubungi oleh politik perkauman yang begitu sempit. Keadaan diperburukkan lagi apabila berlaku perbalahan secara terbuka di kalangan pemimpin-pemimpin dalam Barisan Nasional yang terkena tempias pilihan raya 2008. Di samping itu, ia turut menyaksikan tindakan segelintir pemimpin yang senjaga mengeluarkan kenyataan yang berbau perkauman yang tindakan tersebut dilihat mencurah minyak ke atas api yang marak. Dalam usaha untuk mengawal situasi yang semakin genting, kerajaan telah bertindak dengan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri ( ISA) bagi menahan aktivis-aktivis mahupun wartawan yang terlibat dalam forum mahupun penghasilan artikel yang dikatakan menyentuh sentimen perkauman. Di samping itu, penyeliaan yang lebih ketat ke atas bloggers turut diambil. Tindakan tersebut jelas mengundang bantahan ramai dan dilihat sebagai satu langkah menutup kelemahan kerajaan dan merencatkan kesuburan demokrasi negara. Ia jelas tidak menggambarkan hasrat kerajaan ke arah pembentukan sebuah negara bangsa Malaysia yang bersatu dan adil. Tindakan sesetengah pihak yang secara berterusan mempertikaikan kontrak sossial mendapat perhatian serius Majlis-Majlis Raja-Raja Melayu yang meminta semua pihak menghormati perlembagaan negara serta tidak menguji mahupun mencabar kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh pemimpin terdahulu ( Utusan Malaysia 17 Oktober 2008 ) . Ini kerana ia menimbulkan kegusaran dan keresahan di kalangan rakyat. Walaupun peringatan tersebut disambit baik oleh semua pihak namun begitu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan rakyat berhak persoalkan sosial kontrak jika hak mereka dinafikan kerana Majlis Raja-Raja telah pun memberi jaminan bahawa hak semua kaum akan dilindungi kerana ia 4

mendapat jaminan Perlembagaan Persekutuan. Lantaran itu, beliau menyarankan supaya semua kaum menghormati kebudayaan serta tatasusila antara satu sama lain. Kontrak sosial merupakan satu persetujuan bersama di kalangan pemimpin-pemimpin berbilang kaum dalam menentukan hala tuju negara ketika era kemerdekaan. Ia dilihat sebagai satu pakatan murni yang libatkan toleransi antara kaum. Namun begitu kontrak sosial sering dimanipulasi oleh ahli-ahli politik demi kelansungan politik masing-masing. Tindakan sedemikian telah menimbulkan pelbagai permasalahan yang begitu kompleks dan sering mengakibatkan ketegangan hubungan antara kaum. Lantaran itu kontrak sosial terus diselubungi pelbagai kontroversi akibat daripada corak politik perkauman yang terlalu sempit. Ia sering menjadi percaturan politik oleh sesetengah ahli politik yang ingin menonjolkan diri sebagai jaguh kaum tertentu. Walaupun perbincangan tentang soal kontrak sosial kerap dielakkan demi perpaduan kaum tetapi Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin beranggapan tindakan menghalang sebarang perbincangan tentang isu-isu yang dianggap sensitif tidak mampu menyelesaikan masalah sebaliknya ia akan menjadikannya lebih serius. Sebaliknya perbincangan secara terbuka yang dilakukannya secara terkawal dan professional mampu menyelesaikan pelbagai permasalahan yang telah merenggangkan hubungan antara kaum ( New Sunday Times, 23 . Disember 2007 ).

5

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->