Kuliah 1 Hubungan Etnik di Malaysia Secara Umum

dari ChangkatNingkeBTP Kepada para pelajar, sila baca terlebih dahulu nota ini sebelum kuliah minggu hadapan. Bagi mereka yang inginkan nota ini dalam bentuk pdf, sila email ke hamdan@unisel.edu.my Saya akan menggunakan nota-nota yang dimuatkan di blog ini bagi perbincangan di dalam kuliah mingguan. Pengenalan - Malaysia telah berjaya keluar drp kumpulan negara mundur kpd negara sedang membangun dan kini menuju ke arah status negara maju (cita-cita dlm Wawasan 2020). - Malaysia pernah melalui pelbagai peristiwa pahit yang menjejaskan hubungan etnik sejak zaman penjajahan sehingga selepas merdeka (Peristiwa 13 Mei 1969) Daripada pengalaman pahit tsb, pengajaran penting yg diperoleh ialah: 1. Kemajuan ekonomi shj tidak lengkap sekiranya tidak disertai kestabilan politik. 2. Kestabilan politik shj tidak memadai tanpa pembangunan ekonomi yg seimbang. 3. Pembangunan ekonomi dan kestabilan politik perlu berjalan dgn lancar dan seimbang agar tidak wujud kepincangan sehingga menimbulkan konflik. Keseimbangan : melibatkan agihan habuan ekonomi yg saksama & perkongsian kuasa pemerintahan yg matang. Persoalannya 1. Apakah faktor yg boleh membawa keseimbangan? 2. Apakah perkara yg perlu dipertahankan atau dipelihara untuk menjamin keseimbangan secara berterusan? Usaha berterusan untuk memupuk dan mengekalkan hubungan etnik yg harmonis

KEPENTINGAN MEMAHAMI HUBUNGAN ETNIK 1. Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum yg pernah menghadapi konflik etnik. 2. Hubungan etnik berkait rapat dengan seluruh struktur sosial masyarakat dan memberi pemahaman tentang darjah pluralisme sosial dan kebudayaan, punca konflik serta sejauhmana struktur masyarakat bersifat kolonial. 3. Hubungan etnik mencerminkan perkembangan sejarah dan kemampuan sosioekonomi sesebuah negara. 4. Hubungan etnik mencerminkan darjah dan sumber ketegangan sosial dlm sesebuah masyarakat. 5. Melalui hubungan etnik juga dapat difahami isu prasangka dan diskriminasi di sesebuah negara serta gambaran peranan faktor personaliti dalam menentukan tingkah laku ahli masyarakat. 6. Hubungan etnik penting dalam memahami kesan pengindustrian di sesebuah negara (kesan pengindustrian dan perubahan sosial). 7. Hubungan etnik mempengaruhi dasar sosial dan perancangan sosial sesebuah negara.

Usaha-usaha Ke Arah Memupuk Perpaduan Nasional - Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara (kini Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional /JPNIN). - Pengenalan Rukun Negara (ideologi kebangsaan). - DEB, Dsr Pendidikan Kebangsaan, Dsr Kebudayaan Kebangsaan. - Gabungan parti-parti politik (Cth: Barisan Nasional) -Integrasi antara wilayah (antara bandar dgn luar bandar) dan antara Semenanjung Malaysia dgn Sabah & Sarawak. - Usaha kerajaan (top-down) shj tidak memadai tetapi mesti digenapkan dgn usaha yg berbentuk (bottom-up) menerusi kerjasama & sumbangan drp sektor swasta, sektor komuniti dan semua parti politik. -Keharmonian Hubungan Etnik di Malaysia tidak bergantung semata-mata kpd keadaan berbaik-baik antara pelbagai kumpulan etnik tetapi juga antara kumpulan kelas sosial yg berbeza (pekerja/kelas menengah/golongan yg kaya drp pelbagai kumpulan) - HE merupakan satu ciri penting yg mencorakkan sistem sosial Malaysia walaupun tahap perpaduan nasional di negara kita sukar diukur, namun negara luar melihat Malaysia sbg negara yg berjaya mewujudkan HE yg harmoni.

Kuliah 2 Konsep-Konsep Asas Hubungan Etnik
dari ChangkatNingkeBTP Tiga konsep penting yg ditumpukan ialah: Masyarakat, Budaya, dan Perpaduan Masyarakat - Menurut Roucek & Warren (1979): Masyarakat - sebagai “satu kumpulan manusia” yang berhubung secara tetap dan tersusun dalam menjalankan aktiviti secara kolektif dan merasakan bahawa mereka adalah hidup bersama. Terdapat perhubungan terus menerus di kalangan mereka yang masih hidup dan kekal selama berabad- abad. - Satu kumpulan / kelompok manusia yang hidup saling berorganisasi, berbincang, bekerjasama dalam mengatur kerja secara kolektif, mampu menyatukan buah fikiran dan tindakan sehingga terjalin hubungan antara satu sama lain serta lahir satu sistem yang dinamakan sebagai kebudayaan.

Ciri-ciri utama masyarakat: a) berkelompok; b) berbudaya; c) mengalami perubahan; d) berinteraksi (dalaman & dgn pihak luar) e) mempunyai kepimpinan; dan f) mempunyai aturan sosialnya (susun lapis, kelas, status dan kasta)

Konsep Etnik / Kaum -Satu kelompok yang boleh dikaji hubungan persaudaraan mereka melalui nenek moyang yang sama. Etnik boleh didefinisikan sbg sekelompok manusia yg mengamalkan budaya yg hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa, & kegiatan ekonomi. -Konsep „kelompok etnik‟ digunakan untuk merujuk kepada golongan yg berbeza dari segi kebudayaan. -Etnik sering berbeza berdasarkan ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, pandangan tentang kecantikan, orientasi politik, kegiatan ekonomi, & hiburan.

Konsep Suku - kelompok masyarakat yg membentuk rumpun bangsa (cth: dalam rumpun Kadazandusun terdapat sub etnik seperti Tatana, Bisaya, Lotud, Kimaragang, dll)

Konsep Bangsa / Nasion - Mempunyai maksud yg lebih luas dan terbentuk berasaskan gagasan ras atau etnik yg sedia ada - Menurut John Stuart Mill : Bangsa - Rumpun manusia yg terikat oleh rasa taksub bersama & lebih rela bekerjasama sesama mereka, berbanding dengan rumpun bangsa yg lain. Lazimnya terjalin oleh kesamaan bahasa, kesatuan wilayah, budaya, sejarah & agama. - Bangsa Malaysia sbg “bangsa idaman” yg kita kehendaki. Pembentukan bangsa Malaysia berteraskan hubungan etnik yg harmonis. Konsep Masyarakat Majmuk. - Menurut J.S.Furnivall: Masyarakat majmuk terdiri drp pelbagai kaum yg mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yg tersendiri. Walaupun mereka (pelbagai kaum) berganding bahu di bawah sistem politik yg sama, tetapi kehidupan mereka adalah berasingan; interaksi sosial dalam kalangan mereka amat kurang dan hubungan mereka amat terbatas dan pembahagian tugas dilakukan atas garis-garis ras. - Asas sosial sesuatu masyarakat majmuk ialah campuran pelbagai kelompok manusia. Dari segi politik pula masyarakat majmuk timbul akibat dominasi penjajah. - Satu lagi ciri masyarakat majmuk ialah ketiadaan / kelemahan azam sosial bersama (common social will) yg merupakan satu set nilai yg dipersetujui anggota masyarakat bagi mengawal dan memberi panduan kepada tingkah laku sosial. Konsep Kelas Sosial -Konsep ini berkaitan dengan kedudukan sesuatu kelompok dalam masyarakat. Dalam kehidupan seharihari, segolongan individu yg mempunyai kedudukan yg sama dari segi kuasa, politik, kekayaan, pendapatan, martabat, pekerjaan atau hubungan dengan punca-punca pengeluaran. Cth: Masyarakat Kapitalis terbahagi kepada dua golongan: 1.Bourgeoisie : yg memiliki punca-punca pengeluaran, pengagihan dan pertukaran. 2.Proletariat : yg tidak memiliki perkara di atas hanya tenaga kerja sahaja

Semakin besar jarak sosial di antara dua kelompok. individu dengan kelompok atau kelompok dengan kelompok. -Etnosentrisme membayangkan keengganan / ketidakmampuan sesuatu kelompok untuk menghargai pandangan kelompok daripada kebudayaan masyarakat yg lain. selagi itulah mereka akan melihat kelompok lain berdasarkan stereotaip yg sedia ada (biasanya yg bersifat negatif) .Konsep Institusi Sosial . peluang untuk mobiliti sosial adalah lebih terbuka. mobiliti sosial jarang sekali berlaku. institusi agama. institusi politik. Istilah ini digunakan untuk menganalisis hubungan dalam sesuatu kelompok atau di antara kelompok. institusi pelajaran dll. -Jarak sosial berkait rapat dengan interaksi dan persefahaman antara kelompok. Mobiliti sosial berkait rapat dengan struktur sosial sesuatu masyarakat. Cth: Institusi sosial yg utama: Institusi keluarga. -Sesuatu kelompok dikatakan „etnosentrik‟ apabila mereka menilaikan kebudayaan lain berdasarkan standard dan nilai kebudayaan sendiri dan menganggap kebudayaan lain mempunyai nilai yg lebih rendah. Wujudnya satu kebudayaan atau sub budaya yg jelas dan dapat menyatukan anggotanya berasaskan satu sejarah. Konsep Mobiliti Sosial -Merupakan satu proses perubahan individu atau kelompok dari satu lapisan sosial kepada lapisan sosial yg lain dalam satu sistem stratifikasi sosial.Satu perasaan pemisahan / pemisahan sosial yg benar-benar wujud di antara individu-individu. Etnosenterisme: . . nilai. -Selagi manusia menjadi „etnosentrik‟. Sebaliknya dalam sistem tertutup seperti dalam sistem kasta yg bercorak tradisi. Konsep ini berkait rapat dengan pola tingkah laku yg telah menjadi kebiasaan atau suatu pola hubungan sosial yg mempunyai suatu matlamat sosial yg tertentu. -Dalam sistem yg lebih terbuka.Konsep Etnik membentuk konsep etnisiti dan etnosentrisme Etnisiti : merujuk kpd rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. maka semakin kurang hubungan atau interaksi dan persefahaman antara kedua-duanya.Satu sikap atau kepercayaan bahawa kebudayaan sendiri adalah lebih baik dan lebih tinggi nilainya daripada kebudayaan kelompok lain.Sebagai konsep utama dalam memahami masyarakat dan kebudayaan. sikap dan tingkah laku yg sama. Konsep Jarak Sosial .

Rasisme wujud pd 2 tahap: 1. pemikiran. atau kepercayaan negatif oleh sesuatu kelompok sosial atau para anggotanya terhadap sesuatu kelompok lain berdasarkan perbezaan wajah fizikal-biologikal atau ras semata-mata yg dilakukan secara terbuka melalui perilaku atau tindakan.Pd dasarnya. . Ciri yg paling ketara untuk membezakan kumpulan manusia ialah warna kulit. Cth: Ketaatan kepada budaya dan kelompok diterjemahkan dalam ketaatan kepada parti – dapat mengatasi konflik politik dalam sesuatu kelompok masyarakat.Walau bagaimanapun Etnosentrisme berfungsi penting dalam mengukuhkan unsur budaya sesuatu masyarakat dan mengukuhkan perpaduan di antara anggota sesuatu kelompok masyarakat. ras boleh dikatakan sbg kelompok sosial yg mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal-biologikal yg nyata seperti warna kulit. Ciri-ciri fizikal tersebut ditentukan oleh baka yang diwarisi dari generasi ke generasi cth: Mongoloid. . Rasisme .Ditakrifkan sbg pandangan.Fahaman yg menekankan bahawa suku kaum sendiri sahaja yg paling unggul.. . Konsep Ras dan Rasisme Ras: Kelompok manusia yang mempunyai persamaan dari segi ciri-ciri fizikal (warna kulit dll). Negroid dan Austroloid.Ras juga merujuk kepada satu kelompok manusia yg menganggap diri dan / atau dianggap oleh kelompok lain sebagai berbeza drp kelompok mereka berasaskan dasar perbezaan fizikal yg tidak dpt diubah dan sifat2 ini berkaitan dgn sifat2 atau kebolehan moral & intelek mereka. warna rambut dsbnya. Tahap Institusi – melibatkan dasar & pelaksanaanyg bersifat diskriminasi . . .Layanan berat sebelah atau sikap bermusuhan terhadap seseorang berasaskan keturunan bangsanya. warna mata. Tahap Individu – kepercayaan & sikap individu 2.

.Fahaman stereotaip ini akan menimbulkan perasaan yg negatif dlm kalangan masyarakat khususnya masyarakat majmuk di Malaysia kerana fahaman ini mengakibatkan sesuatu kumpulan etnik memandang rendah terhadap kumpulan etnik yg lain dan seterusnya membataskan interaksi antara etnik dan menimbulkan semangat perkauman yg menebal. .Diskriminasi berlaku dlm banyak bentuk (individu atau kumpulan etnik) dan mencapai tahap tertinggi apabila melibatkan pembuangan kerja. prejudis menjadi stereotaip. . tepat atau mencukupi.Stereotaip ialah gambaran yg berlebih-lebihan tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk yg ditujukan kpd sesuatu kumpulan etnik oleh etnik yg lain.Sikap prejudis disalurkan dari satu generasi kpd generasi yg lain.Diskriminasi ialah perbuatan membandingbezakan seseorang individu atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata. Konsep Diskriminasi . prejudis tidak diluahkan secara terbuka.Merupakan manifestasi prasangka yg wujud dlm kalangan kumpulan etnik dan mudah berlaku apabila wujud prejudis & stereotaip dlm sesebuah masyarakat. Hal ini terhasil drp pertembungan dua atau lebih komuniti etnik.Konsep Prejudis dan Stereotaip Prejudis . pemikiran dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau sekelompok etnik terhadap anggota atau kelompok etnik lain yg mempengaruhi perilaku pihak yg berpandangan negatif. .Apabila prejudis disuarakan.merupakan kenyataan-kenyataan umum yg negatif terhadap sesuatu kumpulan etnik seperti “semua orang X bersifat kasar” dsbnya. Stereotaip . . serangan fizikal secara terbuka atau percubaan penghapusan sesebuah kumpulan etnik. ekonomi atau sosial.Pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain yg tersemat dlm hati seseorang atau kelompok etnik tertentu. . . Kesannya semakin mudah dilihat apabila berlaku persaingan bagi mendapatkan sesuatu yg terhad sama ada dlm aspek politik. Lazimnya pandangan ini tidak berasaskan maklumat yg jelas. .Ditakrifkan sbg pandangan.

hak & budaya hidup sesuatu kelompok etnik tidak dihapuskan tetapi disuburkan. Integrasi sosial – usaha menyatupadukan rakyat melalui program sosial (sukan. pendidikan. Identiti. sosial & lokasi dlm sesebuah unit politik. integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dlm kalangan kumpulan yg terpisah dari segi kebudayaan. Tahap-tahap hubungan etnik boleh dilihat dari segi darjah kedekatan bermula dgn hubungan terpisah iaitu segregasi sehinggalah hubungan yg berbentuk sebati iaitu amalgamasi Konsep Segregasi . Integrasi ekonomi – mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara kumpulan etnik 3. jasmani & sosial 6.merupakan pemisahan & pengasingan antara satu kumpulan etnik dgn kumpulan etnik yg lain dlm sesebuah negara. Segregasi wujud sama ada didasari oleh undang-undang atau sebaliknya.Satu proses penyesuaian bersama pelbagai kebudayaan & ciri-ciri sosial yg diterima oleh semua kelompok etnik dlm negara. Integrasi kebudayaan – pembentukan satu kebudayaan kebangsaan 4. Integrasi pendidikan – mewujudkan sistem pendidikan yg bercorak kebangsaan dan sempurna dari segi intelek. pengangkutan & kemudahan awam. Unsur-unsur integrasi: 1. Integrasi . perumahan. Dalam konteks Malaysia. Integrasi wilayah – mengurangkan jurang perbezaan pembangunan ekonomi & sosial antara wilayah 2.sbg satu proses yg menyatupadukan seluruh masyarakat & negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti & nilai bersama serta perasaan cinta & banggakan tanah air. Integrasi politik – kerjasama & pembahagian kuasa politik Proses mencapai sebuah masyarakat integrasi bukanlah sesuatu yg mudah dan integrasi ialah satu proses yg amat kompleks. sistem persekolahan. antaranya dari segi kawasan tempat tinggal. . rohani. kesihatan dll) 5. emosi.Konsep Perpaduan & Integrasi Perpaduan . Pemisahan berlaku dlm beberapa keadaan.

B & C mewakili kumpulan etnik minoriti. -Proses penyesuaian ini banyak berlaku di Malaysia kerana setiap kumpulan etnik bebas mengamalkan budaya mereka dlm keadaan harmoni (penggunaan pelbagai bahasa. menjadi satu dlm kesatuan sosial serta budaya yg sama. . Kesanggupan golongan majoriti untuk menerima golongan lain.Proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi yg erat antara ahli kumpulan etnik yg berbeza budaya bagi suatu tempoh yg lama. Asimilasi mutlak atau sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan & identiti Formula: A + B + C = A A mewakili golongan dominan. -Penyesuaian amat penting sebagai satu dasar untuk menyelesaikan masalah dalam hubungan etnik. 2. -Kejayaan atau berkesannya „penyesuaian‟ sebagai satu dasar amat bergantung kepada sikap golongan pemerintah dan kelompok-kelompok etnik berkenaan.Kejayaan proses asimilasi bergantung kepada beberapa faktor penting: 1. . Kesanggupan golongan minoriti untuk menghilangkan identiti mereka. Terdapat banyak persamaan budaya antara kumpulan etnik. -Satu proses yg berlaku apabila mana-mana kelompok berfikir. . -Pd peringkat pemerintahan pusat. Konsep Asimilasi -Adalah satu proses percantuman dan penyatuan di antara kelompok / individu dari berlainan kebudayaan supaya menjadi satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yg sama.merupakan proses yg menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma & nilai kumpulan etnik yg lain & tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing. Konsep ini berhubungan dengan penyerapan sehala individu / kelompok ke dalam kelompok lain. 3.Konsep Akomodasi . setiap kumpulan etnik mempunyai wakil dlm bidang ekonomi & pendidikan & mereka saling bergantung.Satu keadaan atau proses apabila kelompok-kelompok yg berkonflik bersetuju untuk menghentikan / mengelakkan konflik dengan mengadakan interaksi secara aman damai baik untuk sementara atau untuk selama-lamanya. Interaksi sosial seumpama ini membolehkan kelompok-kelompok yang terlibat meneruskan identiti serta sikap mereka yg berasingan. B & C merujuk kepada budaya . berperasaan secara berlainan. pengamalan pelbagai agama & kepercayaan secara bebas bagi tiap-tiap kelompok etnik). Formula: A + B + C = A + B + C A.

-Syarat: Kumpulan dominan membenarkan proses ini berlaku dan kumpulan minoriti sudi atau dipaksa berbuat demikian. -Menurut Hans Kohn: Nasionalisme adalah suatu keadaan fikiran yg menyerap masuk ke dlm jiwa sebahagian besar rakyat.Di Malaysia – proses asimilasi berlaku bagi masyarakat Jawa. . -Formula: A + B + C = D.-Proses asimilasi juga berkait rapat dengan saiz kumpulan minoriti. -Umumnya . Proses ini memakan masa yang lama dan biasanya melalui beberapa generasi. tingkat perbezaan di antara golongan minoriti dengan majoriti dan juga kadar imigrasi. Baba & Nyonya. adat resam dan merupakan fahaman yg matang serta berupaya mengiktiraf kedaulatan rakyat yg melihat negara bangsa sebagai organisasi politik yg unggul & sah. Namun asimilasi bagi etnik Cina Kelantan serta Baba & Nyonya berlaku dlm konteks budaya tanpa melibatkan anutan kepercayaan atau agama. Majoriti sanggup melepaskan hak istimewa mereka (jarang berlaku). . •Kehadiran sifat-sifat Nasion itu boleh melahirkan Nasionalisme. Minoriti yg mempunyai kebudayaan dan tradisi yg jauh berbeza daripada golongan majoriti sukar diasimilasikan.B dan C mewakili kumpulan etnik yg berlainan dan D mewakili kumpulan baharu yg terhasil drp penyatuan A. cara hidup (kecuali agama) disatukan dgn amalan & cara hidup org Thai. Di Thailand. Ia juga adalah idea yg bertenaga yg berpunca drp perasaan cintakan tempat asal. A. -Cth.kumpulan minoriti yg bilangan anggotanya lebih kecil mudah diasimilasikan berbanding kumpulan minoriti yg bilangan anggotanya besar. B dan C. • Pengaruh nasionalisme menyebabkan adanya usaha atau kegiatan yg tersusun utk mewujudkan negara berdaulat. org Melayu mengalami proses asimilasi yg menyebabkan nama. Konsep Amalgamasi -Satu proses penyatuan pelbagai kumpulan etnik dari segi biologi. Cina Kelantan. bahasa. semua entiti kebudayaan pelbagai kumpulan dicampuradukkan melalui perkahwinan campur dan akhirnya mewujudkan satu bangsa yang baharu. Dalam proses ini.

Identiti. dasar pendidikan kebangsaan.Adanya program sokongan utk meningkatkan penyertaaan bumiputera dlm sektor ekonomi moden.3% (1970) kepada 15% (1990). . hak & budaya hidup sesuatu kelompok etnik tidak dihapuskan tetapi disuburkan.Parlimen meluluskan Akta Hasutan. Rukun Negara. Model Integrasi. Kerjasama & perkongsian ekonomi. 1. Dasar Kebudayaan Kebangsaan.Malaysia . . Sebelum merdeka. Menurut Tun Abdul Razak (PM ke-2) „Dasar kerajaan mengenai perpaduan negara bukanlah melalui proses asimilasi tetapi melalui integrasi iaitu melalui penyesuaian bersama pelbagai kebudayaan & ciri-ciri sosial yg diterima oleh semua bangsa dlm negara‟.DEB berjaya menurunkan kadar kemiskinan mutlak drp 49.Peningkatan penyertaan bumiputera dlm kegiatan ekonomi moden. Cina & India tidak berkongsi „satu pengalaman penderitaan & kegembiraan yg sama pd masa lampau‟. Model Amalgamasi dll.. -Pindaan perlembagaan .penduduknya terdiri drp pelbagai kaum.Kesan dasar „pecah dan perintah‟ oleh British. sistem ekonomi duaan & pengasingan pendidikan menyukarkan perpaduan kaum dicapai. . .DEB sbg asas baru kerjasama ekonomi peringkat kaum. org Melayu. . . Pencapaiannya mencetuskan peluang kerjasama yg lebih luas & perkongsian hasil yg saksama di kalangan penduduk. hak istimewa Melayu. DEB) 2.Pembentukan nasion Malaysia tidak melalui proses asimilasi tetapi mengekalkan identiti kepelbagaian yg dibentuk melalui pelbagai dasar seperti dasar pendidikan & bahasa kebangsaan.Kuliah 3 Model Pembentukkan Negara Bangsa dari ChangkatNingkeBTP APAKAH MODEL YANG SESUAI BAGI NEGARA MALAYSIA ?. Cth: Model Asimilasi. Agama) .cth: menghalang rapat-rapat umum & perbincangan isu-isu sensitif pelbagai kaum (kewarganegaraan. Dasar Bahasa Kebangsaan. pemilikan harta & melahirkan lebih ramai usahawan. .1970 . bahasa.Perbezaan pendapatan berkurangan antara penduduk bandar & luar bandar & antara kumpulan etnik. Model Akomodasi Politik / penyelesaian politik.

dibentuk untuk memupuk perpaduan & rasa kekitaan serta jati diri sbg bangsa Malaysia.Kesan drp kerjasama politik & ekonomi .pengagihan yg adil & memerangi pemusatan kekayaan segelintir manusia melalui program pembangunan luar bandar.keupayaan menerima kepelbagaian unsur hidup & budaya bersama. Teras. 4. Sistem pendidikan & bahasa kebangsaan. Keadilan sosial. Kebudayaan Kebangsaan. .3. . 6. . Model dan usaha membentuk negara bangsa Malaysia berbeza dgn negara lain kerana sejarah. ekonomi & sosial berbeza dgn negara luar. . sistem politik. Pembangunan kerohanian yg berteraskan nilai-nilai agama. etika & moral. 5.

politik.‟ . hubungan etnik terpisah dari segi budaya. penuh prasangka serta „bersama‟ tetapi tidak bersatu. interaksi terbatas. Singapura (1819).S FURNIVAL. campur tangan di negeri-negeri Melayu (1874) bermula perubahan ketara. -Pengenalan dasar-dasar pembangunan ekonomi. -Sehingga bermula Perang Dunia Ke-2. „Kaum bercampur tetapi kehidupan berasingan. -Setiap etnik membawa haluan masing-masing -Penjajahan Portugis dan Belanda tidak banyak mempengaruhi hubungan etnik bagaimanapun agak renggang. Tanah Melayu dijajah oleh kuasa barat. Melaka (1824). Membincangkan Hubungan Etnik di ambang dan pasca kemerdekaan Hubungan Etnik di Era Penjajahan -Sekitar abad ke 17 ( tahun-tahun 1960 an). bahasa dan adat resam yang tersendiri meskipun berada di bawah sistem politik yang sama.‟ KAMARUDDIN JAAFAR. Membincangkan Hubungan Etnik di zaman Penjajahan 2. Perubahan ketara semasa penjajahan British -Pendudukan Pulau Pinang (1786). 1948 „Terdiri daripada berbagai kaum/etnik yang mempunyai kebudayaan.Kuliah 4 Hubungan Etnik Pra & Pasca Merdeka dari ChangkatNingkeBTP Sejarah Hubungan Etnik di Malaysia Hubungan Etnik di Era Penjajahan Hubungan Etnik di Ambang dan Pasca Merdeka Objektif Pengajaran 1. galakan kemasukan buruh asing terutama dari China dan India mengubah komposisi kaum di TM. sosial dan tempat tinggal -Dasar Pecah dan Perintah (Divide and Rule) melahirkan masyarakat majmuk yang mempunyai ciri-ciri tertentu DEFINISI MASYARAKAT MAJMUK J. ekonomi. agama.

2.CIRI-CIRI MASYARAKAT MAJMUK POLITIK. survival dll. hubungan etnik bertambah baik mewujudkan kerjasama menentang komunis Hubungan Etnik di Ambang dan Pasca Merdeka -Menjelang kemerdekaan. 2. mutu hidup. 1. dalaman dan luaran. 3.Parti politik berasaskan agama kerana kepercayaan yang berbeza. 3. 1. 1. . EKONOMI. kaum bekerjasama sehingga terbentuknya Perikatan.Setiap etnik mempunyai pekerjaan berbeza.Pekerjaan berbeza menyebabkan kediaman juga berbeza. Keadaan azam sosial atau „social will‟ yang sama. Kehidupan masyarakat penuh dengan prasangka.Pemilikan ekonomi juga berbeza.Parti politik dominan berasaskan kaum. Hubungan Etnik di Pra Merdeka -Semasa Perang Dunia ke-2. hubungan etnik tegang. 1. lokasi. konflik dan pertentangan.Hubungan tegang antara etnik Melayu dan Cina ekoran dasar pilih kasih / diskriminasi terhadap etnik Cina -Semasa PKM memerintah.Hubungan kerjasama antara kaum menentang penjajah Jepun (MPAJA) 2. kemudahan. AMCJA dengan PUTERA. -Kedatangan Inggeris membawa usaha-usaha perpaduan melalui pembentukan Jawatankuasa Perhubungan Kaum. etnik Cina pendokong PKM bertindak ganas terhadap etnik Melayu sebagai kaedah balas dendam. terdapat 2 bentuk hubungan . SOSIAL.Setiap etnik ada stail/tingkahlaku tersendiri dalam pendirian politik. Semasa Darurat. Interaksi lebih dalam dunia sosial masing-masing. 2. -Kerjasama erat berlaku selepas merdeka sebelum dan selepas penubuhan Malaysia. politik perkauman. 3. mutu dan taraf hidup berbeza.

-Ancaman luar. -Pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan di awal kemerdekaan untuk meningkatkan perpaduan. Akta Hasutan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. -Walaupun wujud kerjasama di peringkat kebangsaan namun wujud konflik di peringkat tempatan. berkongsi pegangan & ideologi politik serta memiliki keyakinan terhadap pemerintahan. Apakah pendekatan yang digunakan oleh kerajaan Malaysia untuk mengukuhkan perpaduan kaum . -Wujud konflik dalam masyarakat kesan penjajahan PELUANG & HARAPAN -Menerusi pembentukan NEGARA BANGSA Implikasi: Kehidupan masyarakat bersatu padu. Pulau Pinang (1956) dan Pulau Pangkor (1960). konfrontasi Indonesia dengan slogan “Ganyang Malaysia” mengeratkan -perpaduan kaum. 2. -Beberapa dasar digubal oleh kerajaan digubal bagi merapatkan hubungan etnik Cth. APAKAH YANG DIPERLUKAN BAGI MENGGALAKKAN PERPADUAN? LATIHAN PENGUKUHAN: 1. “Umpama api dalam sekam”. RUMUSAN -Perlaksanaan pelbagai dasar oleh penjajah semasa penjajahan memberi impak terhadap hubungan etnik selepasnya. Adakah masyarakat Malaysia pada hari ini boleh dikategorikan sebagai masyarakat majmuk ? Bincangkan.

Para pelajar adalah digalak untuk membuat kajian lebih lanjut berkenaan topik ini terutama mereka yang ditugaskan untuk menyiapkan topik ini. Kerajaan Funan 4. Kerajaan Majapahit 6. What Your Teacher Didn’t Tell You. Perbincangan : Istilah kerajaan Melayu Tradisional adalah merujuk kepada kerajaan-kerajaan Melayu terawal yang dianggap sebagai asas kepada kewujudan kerajaan Malaysia moden yang wujud pada hari ini. Kerajaan Kedah Tua 2. Kerajaan Srivijaya 5. (2009) terbitan. Matahari Books boleh dirujuk untuk melihat dengan lebih mendalam berkenaan era Malaysia waktu itu terutama dalam topik-topik seperti ‘Pity The Poor Keris’.Kuliah 5 Kerajaan Melayu Tradisional dari ChangkatNingkeBTP Ini hanyalan ringkasan formal untuk memudahkan pemahaman. ‘Hang Tuah the Pacifist’ dan ‘From Pigafetta to Panji’. Kerajaan Melayu Melaka . Farish A. Kerajaan Langkasuka 3. KERAJAAN AWAL Kerajaan-kerajaan berikut boleh disifatkan sebagai Kerajaan Melayu Tradisional: 1. Noor. Selain itu buku menarik penulisan Dr.

Tanah Melayu dan sebahagian besar Pulau Kalimantan. Pada akhir abad ke-11. kerajaan Srivijaya telah memperluaskan kekuasaan politik dengan menguasai Tanah Melayu. Kerajaan ini menguasai perdagangan lalu lintas di negeri sebelah Barat (India dan Mediterranean) dan China. Langkasuka menghasilkan kayu wangi. Pada akhir abad ke-8. Dari segi ekonomi. Kerajaan Langkasuka Langkasuka terletak di timur laut Tanah Melayu. Kedah telah diserang oleh kerajaan Cola dari India Selatan dan selepas serangan tersebut. gading gajah dan sumbu badak sebagai hasil keluaran utamanya. Puncak Gunung Jerai berfungsi sebagai pusat tanda arah bagi kapal yang berlabuh di pelabuhan Kedah. Bagi mengukuhkan kedudukannya. Menjelang awal abad ke-9. Pada awal kurun ke-2 Masihi. Kerajaan Srivijaya Kerajaan ini bertapak di Sumatera pada ke-7. Pelabuhannya yang terletak di muara Sungai Merbuk memainkan peranan sebagai pusat pengumpulan dan pengagihan barangan untuk pasaran Funan dan seterusnya dibaw a ke negeri China. . Langkasuka telah menjalin hubungan diplomatik dengan India dan China. Pada pertengahan kurun ke-6 Masihi. kerajaan Funan di bawah pimpinan Fang-Shih Man telah memperluaskan kekuasaannya dengan menakluki bahagian Utara Tanah Melayu dan telah menguasai jalan perdagangan dan pelabuhan penting di Tanah Melayu. di bahagian barat Pulau Jawa.perdagangan di Kedah menjadi semakin merosot. Selat Sunda dan Selat Melaka. Akibat daripada amalan perdagangan monopoli yang diamalkan oleh kerajaan ini. iaitu di daerah Patani. Kedah telah menjadi sebuah kawasan yang terpenting di Tanah Melayu. Kerajaan Funan Kerajaan ini berpusat di Sungai Mekong dan dikatakan sebuah kerajaan Hindu yang pertama didirikan di Asia Tenggara. Kedah menjadi tempat persinggahan kapal dari Barat yang belayar ke Timur sewaktu angin barat daya. akhirnya kerajaan Srivijaya menghadapi saingan daripada kerajaan lain yang mengamalkan sistem perdagangan yang lebih terbuka. Pada abad ketiga Masihi. Pelabuhan Langkasuka digunakan oleh pedagang dari Barat dan Timur sebagai tempat memperoleh bahan makanan dan bekalan air sewaktu kapal mereka singgah untuk berlabuh. kerajaan Funan telah ditewaskan oleh kerajaan Chen Ha yang kemudiannya telah mendirikan tanah jajahan baru yang dikenali sebagai kerajaan Khmer. manakala saudagar dari China akan membawa barangan dagangan mereka seperti kain sutera.Kerajaan Kedah Tua Kedah menjadi tumpuan pedagang India yang menyeberangi Teluk Benggala untuk berdagang di persekitaran gugusan Kepulauan Melayu. kerajaan Srivijaya telah menguasai pesisir timur Sumatera. kapas dan tembikar sebagai barangan tukaran.

Tindakannya itu telah membangkitkan kemarahan pemerintah Siam. Bagi mencapai cita-cita politiknya. Kaitan kerajaan-kerajaan ini dilihat mempunyai kaitan dengan asal usul negara Malaysia kerana peranan dan penglibatannya ke atas wilayah-wilayah di Tanah Melayu yang pada hari ini adalah sebahagian daripada wilayah Malaysia. selepas kematian Gajah Mada pada 1364. Kesultanan Melaka telah berkembang pesat selepas ditubuhkan oleh Parameswara pada 1395. kekuasaan Srivijaya semakin tenggelam. Gajah Mada telah menakluki Bali. Kerajaan Melayu Melaka Kesultanan Melaka telah berkembang pesat selepas ditubuhkan oleh Parameswara pada 1395. Sewaktu berada di Temasik. yang terdiri daripada kepulauan Nusantara. pentadbiran dan ekonomi kerajaan Malaysia moden. Banyak negeri yang telah menerima ajaran Islam telah membebaskan diri daripada empayar Majapahit dan menjelang awal abad ke-15. Kerajaan Majapahit Kerajaan ini berpusat di Jawa Timur dan kemunculannya semakin digeruni sewaktu berada di bawah kepimpinan Gajah Mada. Parameswara yang terlibat dalam pemberontakan menentang pemerintahan Majapahit telah melarikan diri ke Temasik setelah gagal dalam pemberontakan tersebut. Di bawah kepimpinan Parameswara. Majapahit telah menjalin hubungan diplomatik dengan kerajaan Siam. Parameswara telah bersetuju untuk mewujudkan hubungan diplomatik dengan China. Bagi memastikan Melaka tidak lagi menghadapi ancaman Siam. Bagi menjamin pengiktirafan daripada kuasa besar yang lain. Cina dan Asia Barat. Kesannya kerajaan Srivijaya menjadi semakin lemah lebih-lebih lagi dengan kemunculan kerajaan Majapahit di Pulau Jawa dan kerajaan Siam. Bagaimanapun. keagungan Majapahit semakin merosot. Usaha yang gigih oleh Parameswara dan kedudukan Melaka yang strategik dari sudut geografi menyebabkan Melaka telah berkembang sebagai sebuah pelabuhan dan pusat perdagangan yang terkenal. Melaka terus berkembang dan menjadi pusat tumpuan para pedagang dari seluruh pelusuk rantau. Melaka seterusnya telah menikmati kemakmuran ekonomi dan berjaya memperluaskan tanah . Temasik. India dan China. kerajaan Majapahit telah berkubur.Bermula pada abad ke-13. Melaka terus berkembang dan menjadi pusat tumpuan para pedagang dari seluruh pelusuk rantau Kepulauan Melayu. Hubungan diplomatik dengan China ini membolehkan Parameswara membina kekuatan dan mentadbir Melaka dengan berkesan. Akhirnya. (Temasik terletak di bawah kekuasaan Siam) yang telah menghantar tentera untuk menangkap Parameswara. Pahang. banyak pemberontakan berlaku di wilayah jajahan kerajaan Srivijaya. Parameswara telah membunuh pemerintah Temasik. Di bawah kepimpinan Parameswara. Majapahit memperluaskan jajahan takluknya dan membentuk empayar Melayu yang besar. Sumatera dan daerah Jawa Barat. Walau bagaimanapun. Kerajaan Melayu Melaka dilihat mempunyai hubungkait secara langsung dengan perkembangan dan struktur politik. Parameswara dan pengikutnya telah melarikan diri ke Muar dan seterusnya ke Melaka dan memulakan kerajaan dengan mengisytiharkan dirinya sebagai Raja Melaka.

jajahannya ke seluruh Tanah Melayu dan negeri-negeri di pesisir Sumatera Timur sehinggalah kejatuhannya pada tahun 1511 di tangan Portugis. • Banyak sumber bekalan kayu bagi tujuan baikpulih kapal Faktor Luaran /Faktor umum – Perlindungan Maharaja Cina – Agama Islam Kejatuhan Melaka Kelemahan pentadbiran dalaman – Perebutan kuasa antara pembesar – Pemerintah tidak peduli soal pentadbiran negara. – Perubahan keadaan geografi . – Konflik perkauman – Amalan rasuah dikalangan pembesar yang akhirnya merugikan kerajaan. Perkembangan Melaka Faktor Dalaman – Pentadbiran • Sumbangan Pemerintah (Sultan) • Sumbangan Pembesar (Bendahara & Laksamana) • Perkembangan perdagangan atas faktor keselamatan dan pertahanan • Perkembangan sebagai sebuah empayar kerana wujudnya kekuatan ekonomi hasil perdagangan – Faktor alam semula jadi • Pelabuhan semulajadi/dalam • Terlindung dari angin monsun • Terletak ditengah perjalanan antara Timur dan Barat.

Hamba diranggah.Raja. Hamba Hutang (Hamba Waris. • 2 kategori : 1. 3.Golongan Bangsawan dan Pembesar 2. Orang Berhutangmenjadi hamba selagi gagal bayar hutang.Golongan Hamba) Golongan hamba • Golongan paling bawah dalam hierarki masyarakat Melayu tradisional.Faktor luar seperti – Serangan Portugis – Saingan dari kerajaan lain Sistem Politik. Ekonomi dan Sosial Masyarakat Melayu Tradisional • Sistem Politik – -Sistem Pemerintahan Beraja (Raja sebagai sumber kuasa pemerintahan dan undang-undang) – -Sistem Pembesar Tradisional – Pengelasan masyarakat dalam negara (1. Hamba Bayar.Rakyat umum. Anak Mas-menjadi hamba akibat berkahwin dengan hamba wanita) . Hamba Abdi (Hamba Tawanan.Masyarakat Pemerintah. Hamba Hulu (pesalah) Hamba Serah (kemiskinan) 2. Hamba Habshi.isteri & anak hamba yang berhutang.

Pengaruh bahasa Asing dalam bahasa Melayu – Bahasa – Pengaruh bahasa Asing dalam bahasa Melayu Sumbangan Kerajaan Melayu Melaka Terhadap Kerajaan Malaysia Moden Politik/Pentadbiran – Pemakaian sistem pentadbiran monarki – Sistem Pembesar Tradisonal vs Sistem Pentadbiran Moden • Bendahara vs Perdana Menteri • Temenggung vs Ketua Polis Negara • Laksamana vs Ketua Angkatan Tentera dll .Sistem Politik. Perikanan & Mengumpul hasil hutan – Pertukangan – Perlombongan – Perdagangan Sistem Politik. Ekonomi dan Sosial Masyarakat Melayu Tradisional • Perubahan dalam Sistem Sosial – Perkembangan/Kemasukan Sistem Kepercayaan dan Agama baru – Islam/Kristian – Adat . Ekonomi dan Sosial Masyarakat Melayu Tradisional • Perubahan dalam Sistem Ekonomi (Ekonomi Sara Diri kepada Perdagangan) – Pertanian.

Muhammad Yusof Hashim (1992) The Malay Sultanate of Malacca. . Hawaii : University of Hawaii Press. KL: DBP. INTAN (1994).Serani) – Perkembangan agama dan sistem kepercayaan (Hindu/Islam/Kristian/Budhha dll) – Perkembangan bahasa Melayu – Pengaruh bahasa asing – Kepelbagaian budaya (Melayu. Baba Nyonya. Serani) – Percampuran elemen budaya sesuatu kaum Rujukan Asas Andaya.. Lotfi Ismail (1976) Sejarah Malaysia 1400-1963.Undang-undang – Penerimaan undang-undang Islam dan undang-undang adat dalam sistem perundangan Malaysia moden Sumbangan Kerajaan Melayu Melaka Terhadap Kerajaan Malaysia Moden Sosial – Wujudnya masyarakat majmuk (Cina. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara. Malaysia Kita. (2001) A History of Malaysia. Barbara Watson & Leonard Y. India. India. KL: Penerbitan Utusan.

perundangan. Ini dapat dilihat daripada keengganan pihak Inggeris untuk bertindak terhadap wilayah-wilayah Sabah dan Sarawak sehingga ke satu tarikh yang agak lama. kelemahan dan masalah di negeri-negeri Melayu akhirnya menyebabkan negara terjajah selama lebih kurang 446 tahun. Glory dan God/Gospel yang memberi maksud yang sama iaitu kekayaan. Secara ringkas. aspek sosio-ekonomi. pentadbiran.Kuliah 6 Penjajahan dari ChangkatNingkeBTP PENDAHULUAN Negara kita sememangnya menjadi idaman kuasa-kuasa asing baik dari Barat mahupun Timur. Peluang penjajahan yang diterima oleh kuasa-kuasa asing ini ditambah dengan faktor kesilapan. perundangan bahkan juga sosial). Tempoh penjajahan ini sebenarnya boleh dipertikaikan memandangkan tempoh penjajahan selama 446 tahun itu bukanlah berlaku secara menyeluruh (meliputi seluruh Tanah Melayu) tetapi hanya melibatkan satu wilayah khusus iaitu Melaka. apa yang kita akan pelajari dalam subjek Pengajian Malaysia -mengikut bab-bab adalah menyentuh soal pentadbiran negara.(Baker. Penjajahan menyeluruh hakikatnya hanya berlaku selepas 1870an. Kepentingan Topik Penjajahan Kepentingan kuasa penjajah luar terutamanya Inggeris amat nyata dalam perkembangan sejarah tanah air (politik. p 54) Faktor ini adalah secara khusus adalah merujuk kepada faktor kedatangan Portugis ke Timur. kegemilangan dan keagamaan. Bagaimanapun jika dilihat dalam konteks yang lebih umum faktor-faktor ini (3K/G) adalah merupakan faktor am kehadiran (common factor) yang terpakai untuk kesemua penjajah. 1999. Faktor Kehadiran Penjajah Faktor 3K iaitu kekayaan. . kegemilangan dan keagamaan. sistem adat dan kepercayaan malahan juga sistem kehakiman sebenarnya mempunyai kaitan secara langsung dengan apa yang dilaksanakan oleh penjajah pada masa lampau (Semuanya dilihat sebagai kesan daripada peristiwa penjajahan). Faktor 3K ini juga disebut sebagai 3G iaitu Gold. Ini kerana Sabah diuruskan oleh Syarikat Borneo Utara manakala Sarawak ditadbir oleh keluarga Brooke.

Penjajahan Portugis (1511-1641) 2. Kesan-kesan perjanjian terhadap Penjajahan Jepun (1942-1945) Sebab Kedatangan 2K/G Kawasan Terlibat Seluruh TM termasuk Sabah dan Sarawak Tujuan Penaklukan : . Penjajahan Belanda (1641-1824) Sebab Kedatangan 3K/G Kawasan Terlibat Melaka sahaja Tujuan Penaklukan : Membendung perkembangan Melaka dan menaikkan pelabuhan Betawi Perbincangan penting yang lain Perjanjian Inggeris -Belanda 1824. Penjajahan Inggeris (1824-1941) & (1946-1957) Penjajahan Portugis (1511-1641) 3K/G Sebab Kedatangan Melaka sahaja Kawasan Terlibat Menguasai perdagangan rempah & memecahkan monopoli perdagangan rempah oleh saudagar Islam di Eropah Timur Menumpaskan kerajaan Islam. Buktinya Afrika ditinggalkan dalam eksplorasi penjajahan.Penjajahan asing di Melaka/Tanah Melayu 1. Penjajahan Belanda (1641-1824) 3. Antara sebabnya kerajaan Preston John dipercayai ada disana. Penjajahan Jepun (1942-1945) 4.

N9. Pahang. Cth: Perak. syarikat dan rakyat) Menjaga keamanan Permintaan pemerintah/pembesar tempatan Bimbang kuasa Eropah lain Kesan penjajahan Inggeris terhadap pelbagai aspek sektor (Asas Perbincangan ) Perbincangan Lain Pembukaan Penempatan. Cth : Perjanjian Inggeris-Belanda (Melaka) . Cth: Sabah melalui NBCC. Individu/Keluarga. getah dll) Menjaga kepentingan British (perdagangan. Selangor.Kegemilangan politik bagi negara Jepun. Cth :Sarawak Syarikat. Menghalau Inggeris dari TM Sumber bahan mentah Menyelesaikan krisis kependudukan Perbincangan penting: Sebab-sebab kemenangan mudah Jepun Kesan-kesan penjajahan Jepun (Negatif dan Positif mengikut sektor) Penjajahan Inggeris (1824-1941) & (1946-1957) 3K/G Sebab Kedatangan Seluruh TM termasuk Sabah dan Sarawak Kawasan Terlibat Tujuan Penaklukan: Menguasai potensi ekonomi TM (rempah. bijih. Perjanjian dengan pihak luar. Cth : Singapura Perjanjian & Sistem Residen. Cth : Pulau Pinang Perjanjian dengan pemerintah tempatan.

. Kesilapan Inggeris menumpukan pertahanan di sebelah selatan menghala ke Singapura. Pertahanan laut yang sangat lemah sedangkan kedudukan Tanah Melayu dikelilingi oleh laut. (IV) Kemenangan mudah Jepun juga disumbangkan oleh kesilapan dan kelemahan pentadbiran Inggeris dan penduduk Tanah Melayu.sila rujuk nota tambahan Pemindahan teknologi pertanian. bersemangat. Kesan-kesan Pendudukan Jepun Ekonomi Kemusnahan sektor ekonomi disebabkan kemusnahan semasa perang. Pakatan dengan Siam Bergerak dengan menggunakan basikal Program pengintipan yang rapi dan menyeluruh (secret intelligence) Propaganda Jepun – membebaskan TM menyebabkan penduduk Melayu memberi bantuan kepada Jepun. (II) Kepimpinan yang baik seperti Jeneral Yamashita (Malayan Tiger). tidak takut mati dan sanggup berkorban untuk negara termasuk melalui tindakan “kamikaze”. Mereka tahu berkorban untuk negara adalah sesuatu yang mulia. Peningkatan inflasi (Baker. p 227) . Tentera Inggeris tidak bersedia. Cth: Padi Taiwan. Kelemahan pentadbiran Inggeris di Tanah Melayu yang beraneka ragam dan berbeza-beza menyukarkan koordinasi pertahanan dilaksanakan. Inggeris salah jangkaan waktu serangan. Menyerang Pearl Harbour terlebih dahulu bagi memutuskan bekalan dan bantuan. (III) Tentera Tentera yang terlatih. 1999. Kedegilan penduduk TM yang enggan percaya teguran orang Cina.Tambahan : Penjajahan Jepun Sebab Kemenangan Mudah Jepun (I) Aspek Strategi : Menyerang dari utara sedangkan pihak Inggeris menumpukan pertahanan mereka si sebelah selatan Tanah Melayu. berdisiplin.

Pentadbiran dan Perundangan Penentangan oleh masyarakat tempatan – kesan langsung. Sosio-ekonomi Kewujudan sistem ekonomi kolonial – hasil dikaut oleh penjajah. Kebangkitan semangat nasionalisme di kalangan warga Tanah Melayu. Pemakaian undang-undang Barat. Politik Proses penjepunan Hubungan yang tegang antara kaum Melayu dan Cina. Perkembagan sistem ekonomi berasaskan eksport Perkembangan infrastruktur dan kemudahan asas Penghapusan adat-adat tempatan yang disifatkan sebagai kejam. Pembebasab tahanan politik Inggeris seperti Ibrahim Yaacob. dll. Pengenalan sistem pentadbiran Barat dan pengabaian sistem pentadbiran tradisional. Penentangan terhadap pendudukan Jepun oleh MPAJA. Trauma peperangan kesan kematian dan penyiksaan buruh paksa Landasan Keretapi Maut. Bertambahnya pengaruh komunis. Force 136. Gerila Kinabalu. Perkembangan pendidikan Pengenalan sumber ekonomi baru seperti getah Pengenalan dan pemindahan teknologi . Tahap kesihatan yang rendah dan penularan wabak penyakit seperti beri-beri dan malaria. Penglibatan orang Melayu dalam pentadbiran negara Kesan Penjajahan Inggeris Politik.Sosial Kematian dan kebuluran. Undang-undang Islam dan adat dihadkan hanya dalam soal-soal domestik. Askar Wataniah.

Bangi : Penerbit UKM. Justeru mereka dianggap sebagai penjajah paling berjaya terutamanya jika diteliti kepada “mendalam dan menyeluruhnya” kesan-kesan penjajahan yang ditinggalkannya disesebuah negara sepertimana yang dilakukannya di Malaysia dll. KL : DBP. Mereka berjaya menguasai keseluruhan Tanah Melayu melalui “usaha ketenteraan yang minima”. Justeru itu. KL: Utusan Publications & Distributors.KESIMPULAN Kekayaan dan kedudukan Tanah Melayu yang begitu strategik telah menyebabkan wilayah ini menjadi rebutan banyak pihak. Barbara Watson & Leonard Y. RUJUKAN Andaya. Zainal Abidin Abd Wahid (1991). penjajah yang menguasai wilayah ini bertukar ganti. A Popular History of Malaysia & Singapore. Glimpses of Malaysian History. Inggeris pula adalah merupakan penjajah yang paling bijak. Sejarah Malaysia.. Jim (1999) Crossroads. . kebebasannya dan hak untuk mentadbir negara sendiri. Zainal Abidin Abd W ahid (1971). Baker. University of Hawaii Press. Times Books International. Lotfi Ismail (1975) Sejarah Malaysia 1400–1963. Pendudukan Jepun walaupun singkat telah menyedarkan warga Tanah Melayu tentang maruah bangsa. (2001) A History of Malaysia.

. Pada 9 Julai 1963. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang baru bersama dengan perlembagaan untuk negeri Melaka dan Pulau Pinang telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1957. Ini diikuti dengan pembentukan Kesatuan Tanah Melayu (Malayan Union) pada 1 April 1946. penjajah British kembali semula ke Tanah Melayu melalui Pentadbiran Tentera British (BMA). Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.Robertson (1993). Suruhanjaya Reid telah meminta cadangan daripada semua penduduk Tanah Melayu. Sarawak dan Singapura telah menandatangani Perjanjian Malaysia. Borneo Utara. badan awam dan orang perseorangan. "perlembagaan mengandungi satu set hak. Kemenangan Parti Perikatan dalam Pilihanraya 1955 memaksa Penjajah British mengadakan satu Persidangan Perlembagaan di London. United Kingdom. Sarawak dan Singapura akan bersekutu dengan negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu yang sedia ada. telah dijadikan asas kepada penggubalan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Menurut D. kuasa dan prosedur yang mengawal hubungan antara autoriti awam dalam sesebuah negara dan antara autoriti awam dengan rakyat. baik dari kalangan parti politik. Perlembagaan perlu ada bagi setiap negara kerana ia mengandungi undang-undang dasar yang menentukan arah politik negara. Parlimen Persekutuan Tanah Melayu telah meluluskan Akta Malaysia untuk meminda Perkara1(1) dan Perkara(2) Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Persidangan ini telah mencadangkan supaya dilantik sebuah suruhanjaya yang bebas untuk menggubal satu perlembagaan untuk Persekutuan Tanah Melayu (PTM). Latar Belakang Perlembagaan Malaysia Kewujudan perlembagaan negara telah melalui liku-liku sejarah dan perjuagan yang getir. Perlantikan orang luar sebagai penggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu itu dibuat agar cadangan perlembagaan itu tidak berat sebelah. Perlembagaan wujud dengan tujuan hendak mengendalikan kerajaan yang memerinth dengan licin dan saksama." Perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua undang-undang asas negara. kerajaan-kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. dimana dengannya Borneo Utara.MPW Perlembagaan Persekutuan dari ChangkatNingkeBTP PENGENALAN Perlembagaan merupakan undang-undang agung sesebuah negara. dan dengan demikian Persekutuan Tanah Melayu menjadi sebuah negara berdaulat dan merdeka. dan persekutuan ini dinamakan Malaysia. Perlembagaan Persekutuan Malaysia telah diistytiharkan pada 16 September 1963. Suruhanjaya Reid telah menerima sebanyak 131 cadangan dari kalangan penduduk Tanah Melayu. Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu ini dipengerusikan oleh Lord Reid. Setelah Jepun mengaku kalah dan tamatnya Perang Dunia II.

Malaysia ialah sebuah persekutuan yang mempunyai satu perlembagaan yang agak tegar. . Maka undang-undang yang dibuat di luar bidang kuasa perlembagaan adalah tidak sah. kerajaan juga tidak tertinggi dalam banyak hal. Ini jelas sepertimana yang terkandung dalam lafaz sumpah baginda yang dilakukan di hadapan Majlis Raja-Raja. malah kewajipan untuk membatalkan sebarang Akta dan Enakmen/Ordinan yang telah dibuat oleh Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang di luar dari bidang kuasa ataupun bercanggah dengan apa yang telah diperuntukan oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia. seorang raja berperlembagaan di Malaysia. kerajaan atau badan-badan lain yang tertinggi. dan dari segi pentadbiran pula tindakan baginda mestilah di atas nasihat Jemaah Menteri(Kabinet). Di sini pihak mahkamah bolehlah mengisytiharkan bahawa undangundang itu sebagai tidak sah. maka mahkamah tidak ada kuasa menolaknya. Menurut Tun Mohamed Suffian (1984). di Malaysia. Parlimen Malaysia memperolehi kuasanya dari Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Perlembagaan Persekutuan Malaysia sahaja yang tertinggi. maka mahkamahlah yang tertinggi? Mahkamah adalah tertinggi dalam erti kata bahawa mempunyai hak. Siapakah yang Tertinggi di Malaysia Yang Di-Pertuan Agong. Malah tiada siapapun yang mempunyai kuasa yang boleh mengisytiharkan bahawa semua undang-undang yang dibuatnya itu sebagai tidak sah. Baginda tertakluk kepada halangan Perlembagaan. Jika Akta dan Enakmen/Ordinan itu dibuat selaras dengan apa yang telah diperuntukkan kepada mereka. Bahawa doktrin absah yang terpakai di Malaysia bukanlah Parlimen.KEDUDUKAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA Menurut Tun Mohamed Suffian (1984). tetapi bahawasanya Perlembagaanlah yang tertinggi. Perlembagaan Persekutuan Malaysia menentukan dengan nyata perkara-perkara yang menjadi tanggungjawab Persekutuan dan Negeri. Jika Parlimen Malaysia tidak tertinggi dan undang-undang boleh dibatalkan oleh mahkamah. Ternyata bahawa terdapat banyak perkara dalam perlembagaan yang mesti dipatuhi oleh kerajaan.

Di bawah Perkara 71(4) Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Memperuntukkan ketinggian perlembagaan 6. Sebagai negara raja berperlembagaan 3. Sebagai negara demokrasi berparlimen. 2. Parlimen memperuntukkan Islam sebagai agama rasmi. Perlembagaan Malaysia mempunyai ciri-ciri asas seperti berikut: 1. Perlembagaan Persekutuan Malaysia juga memperuntukkan Bahagian VI (perkara 73-95E) dalam hal perrhubungan antara kerajaan Persekutuan (Pusat) dengan kerajaan-kerajaan negeri. Memperuntukkan sebuah badan kehakiman yang berasingan dan bebas daripada kawalan Parlimen dan Eksekutif. Pindaan Perlembagaan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Negeri-negeri Sabah dan Sarawak pula mendapat perlembagaan daripada perlembagaan yang dipersetujui dalam Perjanjian Malaysia 1963.KANDUNGAN PERLEMBAGAAN Malaysia adalah sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Bahagian I mengandungi peruntukan tetap dan peruntukan kewangan. Perkara 71 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan bahawa tiap-tiap perlembagaan negeri hendaklah mempunyai peruntukkan perlu. . perlembagaan semua negeri dikehendaki mengandungi 'peruntukan-peruntukan perlu' seperti yang dinyatakan dalam Jadual. peruntukan-peruntukan telah dibahagikan kepada dua bahagian. Perlembagaan mengasaskan Malaysia sebagai sebuah persekutuan. 7. boleh dipinda dengan cara yang berbeza. 5. seperti juga perlembagaan bertulis lain. 4. 183 Perkara (Articles) dan 13 Jadual (Schedules). Di dalam Jadual Kelapan. Perlembagaan Negeri Perlembagaan Malaysia merupakan satu perjanjian perkongsian yang mengatur perhubungan antara negeri-negeri yang menganggotai Persekutuan Malaysia. Menurut Tun Mohamed Suffian(1990).Perlembagaan Persekutuan Malaysia boleh dipinda menurut Perkara 159 dan 161E perlembagaan itu sendiri. Bahagian II pula mengandungi peruntukan sementaaara sebagai alternatif kepada peruntukan Bahagian I. Memperuntukkan pengasingan kuasa ketiga-tiga cabang kerajaan. Perlembagaan ini mengandungi 15 Bahagian(Parts). Perlembagaan Persekutuan Malaysia telah diisytiharkan pada Hari Malysia iaitu pada 16 September 1963.

Perlembagaan Persekutuan Malaysia telah dipinda banyak kali. Setengah-setengah perkara yang mempunyai kepentingan khas bagi Sabah dan Sarawak boleh dipinda dengan lebih suara dua pertiga dalam tiap-tiap Dewan Parlimen.Tiga cara perlembagaan ini boleh dipinda iaitu: 1. Adalah menjadi tugas setiap warganegara mempertahankan kedaulatan perlembagaannya. Sekali imbas adalah sukar untuk memikirkan mengapa peraturan perlembagaan yang serumit itu perlu dan bagaimana ia dapat dijalankan. . perlembagaan ini telah beberapa kali dipinda. Setengah-setengah perkara boleh dipinda hanya dengan lebih suara dua pertiga dalam tiap-tiap Dewan Parlimen. KESIMPULAN Malaysia sebagai sebuah negara yang kecil mempunyai sebuah perlembagaan. seperti Perkara 159(4). maka tidaklah sukar untuk memahami dan menyedari mengapa perlembagaan negara kita merupakan satu dokumen yang panjang. 3. Setengah-setengah perkara boleh dipinda dengan lebih suara dua pertiga dalam tiap-tiap Dewan Parlimen tanpa berkehendakkan persetujuan sesiapa pun di luar Parlimen. 2. Semenjak terbentuknya Perlembagaan Persekutuan Malaysia 1963. Apabila kita melihat sejarah negara.

iaitu kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri. Latar Belakang Sistem Federalisme Sebelum Negeri-negeri Melayu Bersekutu.C. Negeri-Negeri Melayu Bersekutu Percubaan memperkenalkan sistem Federalisme boleh dikatakan bermula dengan satu usaha menyatukan negeri-negeri Melayu melalui perjanjian Persekutuan 1895. kelonggaran yang diberikan kepada Sabah. sistem federalisme merupakan satu kaedah untuk membahagikan kuasa antara 2 peringkat kerajaan. pembahagian kuasa.Nota Kuliah : FEDERALISME: KERAJAAN PUSAT & NEGERI dari ChangkatNingkeBTP PENGENALAN Pembentukan Persekutuan Malaysia adalah unik kerana bukan semua negeri anggota seperti lazimnya dalam sebuah sistem persekutuan. dan Negeri-negeri Selat. Dua peringkat kerajaan diwujudkan. Pada dasarnya. Kesatuan Malaya (Malayan Union) Kesatuan Malaya telah ditubuhkan pada 1 April 1946 sebgai satu usaha menggabungkan semua negerinegeri Melayu.Wheare (1953). Persekutuan Tanah Melayu . Sarawak dan Singapura merupakan syarat terbentuknya Persekutuan Malaysia. Negeri-negeri melayu Bersekutu. iaitu Negeri-negeri Melayu Bersekutu.Sistem pemerintahan yang ditubuhkan pada 1896 meletakkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu di bawah naungan British. merupakan identiti politik yang berasingan tetapi diperintah secara tidak langsung. Hubungan kerajaan pusat kadangkala baik dan kadangkala dingin. semua negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Tidak Bersekutu. Ciri/sifat federalisme:  Terdapat pembahagian kuasa  Sebuah kerajaan mempunyai hubungan terus/langsung dengan rakyatnya  Kedua-dua kerajaan mendapat pengesahan kuasanya terus dari rakyat. Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Selat. kebebasan dan kedaulatan sebuah kerajaan dalam sistem persekutuan adalah jelas. Pada dasarnaya. Federalisme Mengikut K. mempunyai kuasa yang sama.

Persekutuan Tanah Melayu (PTM) ditubuhkan berikutan tentangan hebat orang-orang Melayu terhadap Kesatuan Malaya. Antara sebab yang mendesak ketika itu adalah seperti yang berikut:  Kegiatan Komunis  Imbangan penduduk  Kemerdekaan Pembahagian Kuasa Antara Kerajaan Di Malaysia pembahagian kuasa anatra kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri juga jelas dan terkandung di dalam peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan. dan Senarai III (Bersama). . 2. Senarai Persekutuan (I)  Senarai persekutuan mengandungi 27 bidang kuasa dalam perlembagaan Malaysia. Senarai II (Negeri) . Sistem kerajaan PTM meletakkan kuasa pentadbiran kepada kerajaan pusat. Pada peringkat PTM meletakkan kuasa pentadbiran terdiri daripada: 1. iaitu: Senarai I (Persekutuan). Majlis Eksekutif Persekutuan. Terdapat tiga senarai senarai dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan yang mengagihkan kuasa ini. Majlis Perundangan Persekutuan Pembentukan Persekutuan Malaysia 1963 Cadangan Cadangan penubuhan Persekutuan Malaysia bukan suatu cadangan baru. Pesuruhanjaya Tinggi British yang dilantik oleh Raja Britain. dan 3. Senarai Bersama (III)  Senarai bersama mengandungi 18 bidang kuasa dalam perlembagaan Malaysia. PTM terdiri daripada 11 negeri anggota. Senarai Negeri (II)  Senarai Negeri mengandungi 12 bidang kuasa dalam Perlembagaan Malaysia.

Beberapa perkara yang menyebabkan kecenderungan sedemikian. Perkara 76 Bidang Kuasa Kewangan (Senarai I. Item ke 7 Jadual Kesembilan ) Bidang kuasa kewangan kerajaan pusat adalah menyeluruh kerana sebahagian besar daripada punca kewangan kerajaan negeri datangnya daripada peruntukan kewangan yang diberikan oleh kerajaan pusat. kerajaan persekutuan juga dikehendaki mengadakan pemberian Jalan Negeri MASALAH /ISU DALAM HUBUNGAN ANTARA KERAJAAN Ketegangan dalam hubungan antara kerajaan adalah satu perkara lazim dalam sebuah negara yang berbentuk persekutuan. Geran kepada Negeri (Perkara 109 [1a]) Dibawah perkara 109. PP memperuntukkan bahawa kerajaan negeri mempunyai kuasa ke atas mana-mana bidang kuasa yang tidak disenaraikan dalam mana-mana senarai. Perkara 4 (1) 3. Perkara 73 5.Kuasa Residual Perkara 77. Keagungan Perlembagaan (Kerajaan Persekutuan) Hubungan antara kerajaan dalam mana-mana negara yang mengamalkan sistem Persekutuan adalah memihak kepada kerajaan pusat. Perlembagaan mewajibkan kerajaan persekutuan memberi kepada setiap negeri yang dinamakan „pemberian mengikut bilangan orang‟ Pemberian Jalan Negeri (Perkara 109[1b]) Dalam perkara yang sama. beberapa peristiwa telah menyebabkan hubungan antara kerajaan pusat dan negeri. Perkara 2(b) 2. Singapura dikeluarkan daripada Persekutuan Ujian terhadap keutuhan Persekutuan tercabar dengan perpisahan Singapura daripada Persekutuan pada 1965 . Peruntukan Perlembagaan 1. Perkara 75 4.

Darurat 1966. Sarawak Darurat 1966 telah diisytiharkan dan ia berkait dengan usaha menumbangkan kepimpinan Datuk Stephen kalong Ningkan sebagai Ketua Menteri Sarawak (1963-66) kerana tidak sehaluan dengan Kerajaan dan Kepimpinan Persekutuan. . Dalam hal ini. pada umumnya kerajaan pusat mempunyai kelebihan seperti yang jelas dinyatakan dalam beberapa perkara dalam perlembagaan Malaysia. Perpisahan Singapura dari Persekutuan pada 1965 adalah merupakan satu daripada cara penyelesaian dalam hubungan antara kerajaan yang sudah tidak dapat dibaikpulih. Darurat 1977. hubungan tegang antara kerajaan pusat dan negeri disebabakan parti pemerintah pada peringkat negeri adalah bukan parti komponen pemerintah pada peringkat nasional Sabah Ketegangan hubungan antara kerajaan bermula dengan kemenangan Parti Berastu Sabah (PBS) pada 1984. Kelantan Hubungan tegang antara kerajaan pusat dengan pemerintahan Kelantan pimpinana PAS muncul sekali lagi setelah PAS bertapak semula di negeri itu selepas pilihan raya 1990. KESIMPULAN Federalisme addalah satu rangka menyatuoadukan pelbagai wilayah yang dahulunya wujud berasinagan. Hubungan antara kerajaan dalam federalisme berpusat kepada persoalan persaingan kuasa. Kelantan Darurat 1977 telah diisytiharkan dan ia berkait denga usaha menumbangkan kepimpinan dan pengaruh PAS di Kelantan Kerajaan Di bawah Kepimpinan Parti Pembangkang Pada 1980-an dan 1990-an.

APA ITU PERUNDANGAN DAN KEHAKIMAN? Perundangan (Legislation) Menurut Abdul Monir Yaacob (1989). sementara Senarai II dari jadual yang sama merupakan hak kerajaan negeri.Nota Kuliah : Badan Kehakiman dari ChangkatNingkeBTP PENGENALAN Undang-undang merupakan pengaruh yang paling menyerap dalam kehidupan kita. perundangan adalah merujuk kepada undang-undang yang digubal oleh badan khas yang bertanggungjawab dari segi perlembagaan. Jadual Kesembilan. Fungsi utama perundangan adalah untuk menggubal. Hakim mempunyai kuasa mentafsir dan melaksanakan undang-undang dengan kuasa (authority) yang diberikan kepada mereka. iaitu kira-kira 600 tahun lamanya. Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Perlembagaan Persekutuan Malaysia. kehakiman merupakan cabang ketiga bagi pihak kerajaan memainkan peranannya dalam proses pengimbangan kuasa. Penggubalan undang-undang dalam bentuk perundangan dijalankan oleh Parlimen Malaysia bagi peringkat persekutuan dan Dewan Undangan Negeri bagi peringkat negeri. meminda atau membatalkan undang-undang sebagai memberi kesan kepada hasrat badan perundangan. Pada hari ini. Bagi melaksanakan fungsi kehakiman PP telah menyediakan peruntukan yang berkaitan yang terkandung dalam Bab 9. Senarai III pula merupakan Senarai Bersama bagi kedua-dua badan. Diluluskan oleh Parlimen Malaysia dan Dewan Perundangan Negeri. Parlimen Malaysia membuat undang-undang yang terkandung dalam Senarai I. Kuasa perundangan di Malaysia telah ditetapkan melalui Perkara 44. sebahagian besar daripada undang-undang negara ini datangnya daripada sumber bertulis. Kehakiman merupakan cabang ketiga bagi pihak kerajaan memainkan peranannya dalam proses pengimbangan kuasa. Mengenal dan mengetahui tentang sistem perundangan dan kehakiman di sesebuah negara seperti Malaysia adalah amat penting. . melibatkan dalam hampir semua perkara yang kita lakukan. Perkara 121131A. Kehakiman (Judiciary) Dalam sistem demokrasi liberal yang diamalkan di negara ini. Penjajahan Inggeris telah memperkenalkan sistem kerajaan berpelembagaan dan common law. Sistem perundangan di Malaysia telah melalui satu jangka masa yang panjang. Kuasa kehakiman bagi badan-badan kehakiman di Malaysia terletak dalam Perkara 121 (1).

SEJARAH PERUNDANGAN DAN KEHAKIMAN Sejarah perundangan dan kehakiman di negara ini bermula dengan pemerintahan Kesultanan Melaka. sistem mahkamah telah diwujudkan. Pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu (FMS) dalam tahun 1895 menandakan bermulanya pengenalan Undang-undang Inggeris di Semenanjung. malah ia merupakan hasil dari proses interaksi sosial. Makna/takrifan yang dibuat terhadap undang-undang oleh hakim akan menjadi satu ikutan penghakiman (precedent). yang diamalkan di Negeri Sembilan dan daerah Naning di Melaka. Keadilan merupakan idea yang abstrak mengenai betul atau salah (right or wrong). Sistem perundangan dan kehakiman Inggeris diperkenalkan di negara ini secara berperingkat-peringkat. Seperti undang-undang di negara lain. Badan perundangan bertugas membuat/menggubal undang-undang dan pihak mahkamah pula melaksanakan undang-undang itu. Undang-undang bukan sahaja berkhidmat untuk masyarakat. terbukti menunjukkan bahawa English Law telah diperkenalkan di Malaysia. HUBUNGAN UNDANG-UNDANG DENGAN KEHAKIMAN Tujuan undang-undang diwujudkan di sesebuah negara seperti Malaysia ialah untuk mencapai keadilan dalam masyarakat. jika ianya digubal dengan betul. Adalah wajar undang-undang di Malaysia berlainan dengan undang-undang di negaranegara lain. keadilan dan kesamarataan (fairness and equality) Maka tujuan satu-satu undang-undang itu ialah menggalakkan ahli masyarakat melakukan sesuatu yang baik dan adil dalam mana-mana keadaan tertentu. Sementara Adat Temenggong pula digunakan di negeri-negeri lain di Semenanjung. enakmen atau ordinan) sebagai tidak sah kerana bercanggah dengan bidang kuasanya. Kemasukan penjajah Portugis.Dalam usaha melaksanakan tugas-tugas kehakiman di negara ini. berbanding dengan penjajah Inggeris. Undang-undang yang digunakan di negeri-negeri Melayu sebelum kemasukan penjajah Inggeris adalah Adat Pepatih. pihak mahkamah boleh mentafsir bahagian-bahagian tertentu undang-undang (akta. undang-undang di Malaysia dibentuk/digubal berdasarkan ethos sejarah dan budaya tempatan. Dalam satu siri kehakiman yang terdapat di negara ini. Andaikan undang-undang itu digubal secara tidak sah. maka fungsi mahkamah ialah mentafsirkannya. Belanda serta Jepun ke negara ini kurang memberi kesan dalam hal perundangan dan kehakiman. jika mahukannya dapat berfungsi di negara ini. .

(Pecah kontrak). Undangundang awam ini juga boleh dibahagikan kepada dua kategori. . a) Undang-undang Awam (Public Law). Undang-undang ini mengandungi peraturan yang memandu seseorang hakim di dalam kes yang banyak undang-undang negara lain terlibat Undang-undang Persendirian (Private Law) Berkaitan dengan perkara-perkara yang menjejaskan hak-hak dan tanggungjawab individu di kalangan sesama mereka. KLASIFIKASI UNDANG-UNDANG Undang-undang boleh diklasifikasikan dalam berbaga-bagai kaedah. Juga dikenali sebagai konflik undang-undang. dan c) Undang-undang Persendirian (Private Law). Tujuannya untuk menghukum dan menumpaskan jenayah Undang-undang Antarabangsa (International Law) Undang-undang antarabangsa ini dikategorikan ke dalam: (i) Undang-undang Antarabangsa Awam. Tiga jenis kategori undang-undang persendirian iaitu Undang-undang Kontrak. Salah satu kaedahnya ialah membahagikannya kepada tiga bahagian yang luas. iaitu : (i) Undang-undang Perlembagaan (Constitutional Law). Undang-undang Awam (Public Law) Pada dasarnya undang-undang awam mengawal perhubungan antara individu dengan negara. dan Undang-undang yang mengatasi antara dua negara (ii) Undang-undang Antarabangsa Persendirian. Perkembangan berikutnya pula ialah sedikit demi sedikit perundangan dan kehakiman Malaysia tidak lagi berpandukan perundangan dan kehakiman Inggeris sepenuhnya. (ii) Undang-undang Jenayah (Criminal Law). b) Undang-undang Antarabangsa (International Law). Undang-undang Tort dan Amanah Kontrak (Contract) Perjanjian dan perlaksanaan butiran perjanjian. Ia menangani persoalan seperti ketinggian parlimen dan hak rakyat. Gantirugi terhadap yang cedera. untuk membolehkan harta pesalah dirampas. Menetapkan hak individu dalam negara. mengenakan obligasi kontrak.Perkembangan ini berlanjutan hinggalah negara ini mencapai kemerdekaan dan berterusan pula selepas wujudnya Malaysia dalam tahun 1963. Menyusun berbagai kesalahan yang dilakukan oleh individu terhadap negara. iaitu.

Elemen penting dalam undang-undang tort adalah mesti ada kesalahan yang dilakukan dengan sengaja atau disebabkan oleh kecuaian. 1. Hukum adat penduduk tempatan . Tiga sumber penting. dan (iii) Resam Tempatan (Local Customs). Keputusan hakim-hakim mahkamah atasan ii. (a) Undang-undang bertulis. Perlembagaan Persekutuan dan Negeri Undang-undang yang dibuat oleh Parlimen Malaysia dan Dewan Undangan Negeri. TV3 and Fauziah Ahmad Daud dan kecuaian (negligence) seperti dalam kes Donaghue vs Stevenson. Amanah (Trust) SUMBER UNDANG-UNDANG Undang-undang Malaysia. iaitu: i. Tempat-tempat di mana undang-undang boleh didapati Undang-undang Malaysia adalah bersumberkan undang-undang bertulis dan undang-undang tidak bertulis. Kes tort yaqng sering berlaku adalah kes fitnah (defamation) Azwan Ali vs. Undang-undang bertulis ini adalah seperti.Tort Obligasi yang dikenakan oleh undang-undang. seperti juga undang-undang negara lain mempunyai sumber-sumber tertentu masing-masing. Boleh diselesaikan melalui tindakan awam bagi kerosakan yang tidak dapat dibayar. • Undang-undang bertulis Undang-undang bertulis adalah sumber terpenting undang-undang Malaysia. Perundangan Subsidiari (Subsidiary Legislation) yang dibuat oleh mana-mana orang atau badan. Tersebut. Mana-mana orang apabila haknya dilanggar boleh menyaman pihak yang melakukan kesalahan. (i) kes-kes yang diputuskan oleh mahkamah (Judicial Decision). (ii) Common Law dan Rukun Ekuiti Inggeris. iaitu. • Undang-undang tidak bertulis Undang-undang tidak bertulis ini terdapat dalam. Sumber Sejarah 2. Ia merupakan satu kesalahan sivil yang melibatkan pelanggaran atau salah laku tugas am. Peraturan-peraturan yang sah yangmembentuk undang-undang 3. Common Law dan Rukun Ekuiti iii. (b) Undang-undang tidak bertulis. dan (c) Undang-undang Islam/Syariah.

Mahkamah/Balai Penghulu . Badan-badan yang bertanggungjawab itu ialah Polis. Prosedur membawa satu-satu kesalahan itu adalah berbeza-beza. Jabatan Kastam. Waran Tangkap 3. dan badanbadan lain yang diberi kuasa dari semasa ke semasa. Prosedur itu adalah seperti berikut: 1.A. Kes Saman 2. Ia juga berkuasa mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri-Negeri.Mahkamah Tuntutan Kecil . Penguatkuasaan undang-undang jenayah dilaksanakan oleh badan-badan tertentu yang telah ditetapkan oleh undang-undang negara.Mahkamah Sesyen . Majlis Perbandaran dan Kerajaan Tempatan. Perintah Timbalan Pendakwa Raya Kes Boleh Tangkap SISTEM KEHAKIMAN DI MALAYSIA Badan kehakiman yang dibentuk oleh kerajaan mempunyai kuasa mendengar dan menentukan perkaraperkara sivil dan jenayah. Jabatan Pengangkutan Jalan.• Undang-undang Islam/Syariah Undang-undang Islam ini merupakan undang-undang Tuhan dari al-Quran.Mahkamah Majistret . Hadis Nabi Muhammad (S. Dalam hal penguatkuasaan. undang-undang jenayah adalah berbeza dengan undang-undang sivil.W).Mahkamah Juvana . BAGAIMANA UNDANG-UNDANG DIKUATKUASAKAN? Dalam hal-hal yang berkaitan dengan undang-undang persendirian sivil adalah menjadi tanggungjawab mereka yang rugi (damages) membawa mana-mana kesnya ke mahkamah. serta undang-undang yang telah dipersetujui oleh ulamak fikah zaman dahulu dan sekarang. Pihak mahkamah akan bertindak untuk menyelesaikan pertikaian antara dua pihak atau lebih. Mahkamah Persekutuan Mahkamah Persekutuan pula terbahagi kepada: (i) Mahkamah Atasan (Superior Court) yang terdiri daripada: -Mahkamah Agung (Supreme Court) -Mahkamah Rayuan (Court of Appeal) -Mahkamah Tinggi Malaya dan Borneo (ii) Mahkamah Rendah (Subordinate Court) yang terdiri daripada: . Jabatan Imigresen.

Ciri-ciri itu ialah: (i) Tidak memihak kepada sesiapa (ii) Mempunyai kebebasannya yang tersendiri sepertimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan Persekutuan Malaysia. Prosedur untuk memecat seseorang hakim diperuntukkan dalam Perkara 125(3). Para hakim setelah dilantik akan memegang jawatan sampai berumur 65 tahun atau sehingga satu masa kemudiannya. Seseorang hakim tidak boleh dipecat dari jawatannya dengan apa cara yang lain. hal-hal rayuan tidak mungkin wujud dan boleh dilaksanakan. sama ada oleh badan perundangan ataupun oleh pihak eksekutif. Selain itu.(iii) Mahkamah Khas (Special Court) yang terdiri daripada: . (4) dan (5). Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Kelakuan seseorang hakim tidak boleh dibincangkan dalam mana-mana majlis Parlimen.Mahkamah Merinyu Kanan Galian Mahkamah Negeri Mahkamah anegeri pula terbahagi kepada: (i) Mahkamah Syariah (Semua Negeri) Mahkamah Syariah Rayuan Mahkamah Kadi Besar Mahkamah Kadi (ii) Mahkamah Adat/Mahkamah Anak Negeri (Di bawah tanggungjawab Sabah dan Sarawak) Mahkamah Adat Daerah Mahkamah Pegawai/Ketua Adat Mahkamah Penghulu Hierarki mahkamah diwujudkan berkait rapat dengan sistem rayuan. Ia tidak boleh dibincangkan sama sekali dalam mana-mana Dewan Undangan Negeri. mahkamah juga tidak dikenakan kawalan.Mahkamah Tentera . KEBEBASAN BADAN KEHAKIMAN Terdapat dua ciri penting dalam badan kehakiman di Malaysia. Tanpa adanya hierarki. kecuali atas usul yang tersendiri. .Mahkamah Perusahaan .Mahkamah Buruh .

memberi penghormatan sokongan. Pembahagian bidang kuasa mahkamah-mahkamah di negara ini dibuat berdasarkan berat. Badan ini berjaya mempertahankan kedudukannya dan kekal sebagai jentera kerajaan yang aktif. Kuasa kehakiman juga bermakna kuasa untuk menentukan sama ada seseorang telah melakukan jenayah atau tidak. Peranan/kuasa hakim sebagai seorang pengadil.KUASA MAHKAMAH Kuasa kehakiman yang diberikan kepada mahkamah ialah kuasa untuk membicara dan menentukan pertikaian. dan hukuman yang wajar ke atasnya. KESIMPULAN Perundangan dan kehakiman Malaysia merupakan dua agensi kerajaan yang penting bagi mempastikan rakyat negara ini hidup dalam keadaan harmoni. Kita sebagai rakyat negara ini sepatutnya berbangga. progresif dan matang. penting atau jumlah wang yang terlibat di dalam sesuatu kes. rukun dan damai. Seseorang hakim tidak boleh menolong mana-mana pihak dalam mengemukakan kes masing-masing. supaya kejayaan cemerlang ini berterusan dan memberi manfaat kepada rakyat seluruhnya. .

iaitu bagi negeri-negeri Melayu Bersekutu (FMS). direkod dan diterbitkan seperti dalam banyak pilihan raya yang diadakan di seluruh dunia. tetapi Raja/Sultan tidak menjadi ahli lagi dan digantikan dengan lebih ramai wakil yang dilantik dari . pemilihan mestilah dilakukan secara terbuka oleh sekumpulan orang. Apa itu Parlimen dan Pilihan Raya? Menurut D. Pilihan raya merupakan salah satu kaedah daripada berbaga-bagai cara pemilihan. Parlimen merupakan suatu badan yang amat penting dalam sesebuah negara. Kebanyakan Parlimen hari ini mempunyai ahli yang dipilih dengan tugas meneliti. Robertson (1993). Dalam pilihan raya.DEMOKRASI BERPARLIMEN DI MALAYSIA dari ChangkatNingkeBTP PENGENALAN Bagi rakyat. Hal ini kerana kerajaan terpaksa berunding dan mempertimbangkan pendapat dari tiap-tiap lapisan masyarakat. Kerajaan berparlimen di Malaysia adalah berasaskan kepada prinsip demokrasi. mengawal dan adakalanya memilih kuasa eksekutif. Kerajaan berperwakilan/berparlimen telah diperkenalkan di Malaysia buat pertama kalinya dalam tahun 1909. dan juga mengawasi dan mengawal perbelanjaan awam/kerajaan. Rakyat sendiri terlbat secara langsung dalam meilih ahli-ahli Parlimen/Dewan Rakyat menerusi satu pilihan raya umum. dan ia menjadi kaedah yang sangat dominan dalam abad ke-20. apabila Majlis Persekutuan (Federal Council) ditubuhkan. iaitu orang yang dipilih dan kumpulan pemilihnya. Bentuk asal majlis ini dikekalkan. secara amnya Parlimen merupakan satu perhimpunan perundingan (consultive assembly). Demokrasi Berparlimen Malaysia telah memilih pemerintahan berlandaskan demokrasi berparlimen dengan raja berpelembagaan. Latar Belakang Kewujudan Parlimen dan Parlimen di Malaysia. Pilihanraya sebagai satu kaedah untuk memilih calon bagi jawatan /kerusi tertentu. Pemerintahan demokrasi berparlimen merupakan kerajaan yang dipilih oleh rakyat dan untuk rakyat. Pilihanraya boleh dijalankan menerusi berbagai-bagai cara/kaedah. Majlis Persekutuan ini mengalami sedikit perubahan dalam tahun 1927. Maka dalam satu-satu pilihan raya terdapat dua objek yang terlibat. Prosedur mengundi adalah rahsia. Perjalanan demokrasi berparlimen ini agak lambat dan membebankan kerajaan dan rakyat. Kerajaan yang berlandaskan demokrasi berparlimen akan terus kekal diterajui oleh pemimpin yang dipilih dan didukung oleh rakyat. Parlimen ini berfungsi membuat undangundang/akta.

Parlimen sepertimana yang kita ketahui pada hari ini wujud hasil dari pilihan raya umum yang diadakan pada 19 Ogos 1959. Struktur dan Keanggotaan Parlimen.berbagai-bagai sektor dan pegawai-pegawai pentadbir British. Suruhanjaya ini terdiri daripada seorang Pengerusi. Bahagian 4. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja. dan seorang yang tidak boleh memegang jawatan itu lebih dari dua penggal ( secara berterusan atau cara lain ). telah dipinda. Seorang senator mesti berumur 30 tahun ke atas. Pilihanraya di Malaysia dijalankan oleh sebuah suruhanjaya yang dilantik khas. Dewan Rakyat Keanggotaan Dewan Rakyat pula adalah ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Anggota ahli lain yang dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong Tempoh perkhidmatan senator ialah tiga tahun. Anggota dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 3. Perkara 44. Pindan itu dibuat bagi membolehkan pilihan raya umum bagi memilih ahli Dewan Undangan Persekutuan untuk menambah keahlian Dewan tersebut. Perkara 46. Bab 4. Perkara 45. Anggota dari Wilayah Persekutuan Labuan 4. Pilihanraya Di Malaysia. satu sistem baru telah diperkenalkan dan diberi nama Sistem Ahli (Member System). iaitu dalam Bahagian 4. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Ini merupakan satu langkah positif dan ia merupakan satu peralihan pentadbiran yang biasa dilakukan oleh British kepada tanah jajahannya. Anggota dari setiap negeri 2. . Sistem Ahli ini merupakan satu mini kabinet dengan ahli-ahli yang mngetuainya bersifat sebagai seorang menteri. Ahli Dewan Undangan Persekutuan tahun 1955 terdiri dari 98 orang ahli: 52 dipilih dan 46 dilantik. Dalam tahun 1995. 1. Bab 4. Struktur Parlimen Malaysia yang wujud pada hari ini adalah seperti yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. seorang Timbalan Pengerusi dan tiga orang ahli. Pada 1 Februari 1951 pula. Keanggotaan Parlimen pula adalah seperti berikut: Dewan Negara Keanggotaan Dewan Negara telah ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia dalam Bahagian 4.

Antara kedua-dua Dewan Parlimen. a. dan c. Rang undang-undang itu menjadi undang-undang apabila ia diluluskan oleh kedua-dua Dewan Parlimen dan diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong. mempersempadankan bahagian-bahagian pilihanraya. Parlimen dan sesebuah Dewan Undangan Negeri mempunyai tempoh selama lima tahun. mengenakan cukai-cukai baru. iaitu satu bentuk tindakan undang-undang yang boleh diambil oleh seseorang calon. melainkan jika ia dibubarkan dengan lebih awal. Undang-undang yang dibuat oleh Parlimen dinamakan Akta dan undang-undang yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri dinamakan Enakmen dan di Sarawak pula ia dipanggil Ordinan . samada pilihanraya umum atau pilihanraya kecil.Suruhanjaya Pilihanraya pada dasarnya ditubuhkan untuk menjalankan pilihanraya yang bebas dan adil di Malaysia (free and fair election). Prosedur Perundangan Bagaimana undang-undang di Parlimen dibuat? Mula-mula suatu rang undang-undang (undang-undang dalam bentuk draf dikemukakan di Parlimen. pilihanraya diadakan tiap-tiap lima tahun. sebelum proses pengundian dijalankan. meluluskan belanjawan negara bagi satu-satu tahun tertentu. Perlembagaan Persekutuan Malaysia menggariskan tiga fungsi penting SPR seperti berikut : a. jika mereka tidak berpuas hati dengan keputusan pilihanraya yang telah dijalankan. b. menjalankan pilihanraya. kuasa perundingan b. atau pengundi dalam manamana pilihanraya. dan tiap-tiap pengundi mempunyai satu undi dan dia mengundi secara undi rahsia. Dewan Rakyat lebih berkuasa daripada Dewan Negara. Fungsi dan Kuasa Parlimen Antara fungsi Parlimen ialah. kempen pilihanraya boleh diadakan. Di Malaysia. Seseorang pemilih (pengundi) yang berkelayakan boleh mengundi jika namanya telah didaftarkan dalam Daftar Pemilih. Tiap-tiap bahagian pilihanraya memilih seorang ahli (bagi ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri). tambahan atau memansuhkan mana-mana cuka. menjalankan pendaftaran pemilih. agen pilihanraya. dan dengan demikian. Akta Pilihanraya Malaysia juga telah menetapkan mengenai petisyen pilihanraya. dan c.

KESIMPULAN Persekutuan Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan pemerintahan melalui amalan demokrasi berparlimen.Keistimewaan Parlimen. Keabsahannya apa-apa perjalanan dalam mana-mana satu Dewan Parlimen atau dalam mana-mana Jawatankuasa. Tidak seorang pun boleh didakwa bagi apa juga diucapkannya atau apa-apa undi yang diberi oleh ahli Parlimen apabila mengambil bahagian dalam apa-apa perjalanan bagi mana-mana jawatankuasanya. Sistem ini mendapat sokongan dan penglibatan pihak pemerintah dan rakyat jelata. tidak boleh dipersalahkan dalam mana-mana mahkamah. Sistem Parlimen dan pilihanraya di Malaysia akan terus kekal dan bertambah mantap pada masa hadapan. . Satu lagi keistimewaan Parlimen ialah bahawa seseorang itu tidak boleh dibicarakan dalam mana-mana mahkamah berkaitan dengan apa juga yang diterbitkan dengan atau di bawah kuasa mana-mana satu Dewan Parlimen.

PENGURUSAN PENTADBIRAN (FAKULTI PERNIAGAAN) .NAMA NO. MATRIKS PROGRAM : FASIHAH BINTI AMIRUDDIN : 3122003291 : DIP.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful