You are on page 1of 2

Pasang Kubuntu dalam Windows

Oleh Umarzuki Bin Mochlis


*Diuji pada Windows XP dengan Service Pack 3

1. Selepas log masuk ke dalam Windows, masukkan CD Kubuntu


2. Buka CD drive dan klik dua kali pada umenu.exe
3. Kubuntu CD Menu akan muncul. Pilih Install inside Windows

4. Pada Kubuntu Setup menu, Pilih di mana anda ingin install Kubuntu, bahasa utama, saiz
maksimum untuk Kubuntu, nama pengguna utama (mempunyai kebenaran sebagai
root/admin), suasana (biasanya Kubuntu/KDE) dan kata laluan pengguna utama.

5. Klik Install
6. Selepas semua fail penting telah disalin kedalam partition yang anda tetapkan pada
langkah ke-4, anda akan diminta untuk reboot komputer anda. Pilih Reboot now dan klik
Finish.
7. Proses pemasangan sebenar hanya berlaku selepas anda reboot komputer dan memilih
untuk masuk ke sistem Kubuntu. Anda akan diminta memilih untuk masuk ke Windows
atau Kubuntu. Pilih Kubuntu. Ubiquity (programpemasangan) akan menjalankan
tugasnya.
8. Keseluruhan proses mengambil masa dalam 15 ke 30 minit bergantung kepada kelajuan
keseluruhan komputer anda. Kemudian anda mesti reboot sekali lagi, kemudian barulah
dapat log masuk ke dalam Kubuntu.
Yang mesti dilakukan selepas pemasangan!
*pastikan anda telah berjaya masuk ke internet, kemudian buka Konsole (tekan Alt+F2, taip
konsole dan tekan Enter)

1. Update pakej-pakej yang terbaru dengan sudo aptitude update


2. Tetapkan zon masa yang betul dengan sudo dpkg-reconfigure tzdata
3. Pasang ntpdate dengan sudo install ntpdate kemudian selaraskan masa sistem anda
dengan ntp server Debian menggunakan arahan sudo ntpdate-debian
4. Upgrade pakej sedia ada kepada yang terbaru dengan sudo aptitude safe-upgrade