You are on page 1of 3

BAHAGIAN LATIHAN

JABATAN PENGURUSAN
IBUPEJABAT POLIS DIRAJA MALAYSIA
50560 BUKIT AMAN
KUALA LUMPUR
Fax no : 03-22723750
No Tel : 03-22626084

Ruj : RF/129930
Ogos 2008

Penolong Pengarah Latihan


(Pentadbiran/Bajet)

MOHON PERTUKARAN DALAMAN


KE UNIT PERJAWATAN, BAHAGIAN LATIHAN

Degan segala hormatnya izinkan saya merujuk perkara di atas.

2. Untuk makluman tuan, Saya L/Kpl 129930 Hamidah binti Ahmad, kini
bertugas di Unit Kursus Dalaman mulai 20/08/2000 hingga sekarang.

3. Saya mohon bertukar ke Unit Perjawatan, Bahagian Latihan atas


alasan-alasan seperti berikut :-

3.1. Ingin menimba pengalaman di Unit Perjawatan, Bahagian Latihan


3.2. Kerana saya telah lama berada di Unit Kursus Dalaman.

4. Diharapkan permohonan saya ini mendapat kelulusan dan


keperihatinan dari pihak tuan.

5. Kerjasama dari pihak tuan amatlah saya hargai.

Sekian, terima kasih.

( HAMIDAH BINTI AHMAD ) L/KPL


APR Kursus Dalaman
BAHAGIAN LATIHAN
JABATAN PENGURUSAN
IBUPEJABAT POLIS DIRAJA MALAYSIA
50560 BUKIT AMAN
Fax no : 03-22723750
No Tel : 03-22626085

Ruj : RF/129930
Ogos 2008

Penolong Pengarah Latihan


(Pentadbiran/Bajet)

MOHON PERTUKARAN DALAMAN KE UNIT PERJAWATAN, BAHAGIAN


LATIHAN BAGI L/KPL 129930 HAMIDAH BINTI AHMAD

Dengan segala hormatnya izinkan saya merujuk perkara tersebut di atas.

2. Dimaklumkan L/Kpl 129930 Hamidah binti Ahmad adalah anggota di


Unit Kursus Dalaman. Anggota ini telah memohon untuk bertukar ke Unit
Perjawatan, Bahagian Latihan. Sehubungan itu permohonan anggota ini dis-
okong.

3. Bersama-sama ini disertakan surat permohonan anggota tersebut.

4. Kerjasama dari pihak tuan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

( AB AZIZ BIN HJ ABU BAKAR ) ASP


Pen. PT Pentadbiran (Pentadbiran/Rekod)
BAHAGIAN LATIHAN
JABATAN PENGURUSAN
IBUPEJABAT POLIS DIRAJA MALAYSIA
50560 BUKIT AMAN
Fax no : 03-22723750
No Tel : 03-22627554

KPN (PR) 42
Oktober 2008

Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Latihan)

PENJELASAN KERANA TIDAK HADIR TUGAS TANPA CUTI


ATAU TANPA KEBENARAN KETUA JABATAN

Dengan segala hormatnya izinkan saya merujuk perkara tersebut di atas.

2. Untuk makluman puan pada tarikh 06/10/2008 (Isnin) saya L/Kpl


129930 Hamidah binti Ahmad, tidak hadir bekerja pada hari tersebut kerana
cuti sakit. Bersama-sama ini saya sertakan salinan sijil cuti sakit, dan
ketidakhadiran saya ini, saya telah maklumkan kepada DSP Ghazali bin Mo-
hamad pada jam 7.14 pagi (ke klinik), dan pada jam 11.18 pagi untuk
maklumkan yang saya mendapat cuti sakit.

3. Kerjasama dari pihak puan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

( HAMIDAH BINTI AHMAD ) L/KPL


APR Unit Kursus Dalaman