You are on page 1of 2

a) Pendekatan gelagat muncul sebagai alternatif kepada pendekatan

pengurusan klasikal. Pendekatan ini lebih mengutamakan aspek


“manusia” dalam proses pengeluaran. Faktor yang mempengaruhi
gelagat dan perlakuan manusia dalam organisasi dianggap penting
dan dikaji untuk meningkatkan produktiviti pekerja.

b) Pendekatan gelagat boleh dibahagikan kepada 2 teori penting


iaitu pergerakan hubungan kemanusian dan sains gelagat.
a) Hubungan kemanusiaan dalam konteks ini merujuk kepada cara pengurus
berinteraksi dengan pekerja. Hubungan kemanusiaan yang baik
membolehkan pengurus merangsang pekerja untuk bekerja dengan lebih
kuat dan lebih baik. Objektif pergerakan hubungan kemanusiaan adalah
untuk mengetahui secara sistematik faktor-faktor sosial dan psikologi yang
dapat membentuk hubungan kemanusiaan yang cekap.

b) Pergerakan ini berasas daripada beberapa siri penyelidikan yang dikenali


sebagai Kajian Hawthorne. Pada dasarnya, kajian Hawthorne ini
menekankan bahawa produktiviti dapat ditingkatkan sekiranya pengurus
memberi tumpuan kepada aspek sosial di tempat kerja. Ini bermakna
penyelia perlu memberikan perhatian peribadi kepada pekerja dan
mengiktiraf hubungan pekerja dalam kumpulan kerja.