You are on page 1of 5

SENI BUDAYA PANTAI TIMUR: KAIN BATIK

Motif Dan Sejarah Batik Di Malaysia Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Sejak abad ke 15 Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional. Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden. Batik mula diperkenalkan di negara kita khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Batik berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik. Ambatik pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik. Di alam Melayu, sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi. Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu.

Motif Batik Motif pembuatan batik adalah corak-corak hiasan yang digunakan dalam proses melukis atau menerap batik. Bentuk-bentuk motif batik dihasilkan dalam dua bentuk utama iaitu Motif Organik dan Motif Geometrik. Motif Organik berunsurkan alam semulajadi seperti awan larat, tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan, dan haiwan.

Contoh Motif Organik.

Contoh Motif Geometrik.

1.Motif Ayam 2.Motif Bunga Buluh 3.Motif Bunga Kerak Nasi 4.Motif Bunga Kotak Bercampur 5.Motif Bunga Orkid 6.Motif Bunga Raya 7.Motif Daun Sireh 8.Motif Geometrik 9.Motif Pucuk Rebung 10.Motif Rama-rama 11.Motif Siput

1.Motif Pucuk Rebung 2.Motif Bunga Kotak Bercampur

Corak Corak kain batik bermaksud bagaimana motif-motif yang dipilih dicorakkan di atas kain batik tersebut. Antara corak-corak yang sering digunakan. 1.Corak Berdiri 2.Corak Jalur 3.Corak Melintang 4.Corak Menyeluruh 5.Corak Menyerong 6.Corak Tompok-tompok 7.Corak Ulangan Batu-bata 8.Corak Ulangan/Selang seli

Penjenisan Kain Batik Batik terbahagi kepada tiga jenis. 1. Batik Blok

Kain putih akan diterapkan dengan corak batik yang menggunakan blok corak. Blok corak diperbuat daripada kayu atau logam. Proses ini dilakukan berulang-ulang dengan mengikut susunan yang tertentu sehinggalah selesai. Di mana blok itu telah dicelupkan terlebih dahulu ke dalam pewarna sebelum ditekapkan di atas kain tersebut. 2. Batik Conteng Alat canting digunakan bagi melakar corak batik dengan lilin panas di atas kain putih. Setelah kerja-kerja melakar selesai, proses mewarna mengikut kesesuaian corak dilakukan dengan menggunakan berus cat, dimana bahagian-bahagian yang terkena lilin itu tidak akan meninggalkan kesan warna apabila proses mematikan warna di lakukan. Lilin akan cair dan tanggal menjadikan bahagian-bahagian ini berwarna putih sebagai benteng. 3. Batik Skrin Batik skrin ini tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan batik blok dan conteng. Hanya kaedah melakar corak dan cara menerapkan warna sahaja yang berbeza. Corak

batik dibentuk di atas skrin yang diperbuat daripada kain polyster yang berpengidang. Skrin dilekapkan di atas kain putih, proses pewarnaan dengan melalukan warna di atas corak tadi dengan menggunakan sekuji. Cara begini akan diulang beberapa kali dengan corak yang berlainan untuk mendapatkan corak batik yang lengkap. Ini disebabkan satu skrin untuk satu warna sahaja.

Penggunaan Penduduk di negara kita menggunakan batik secara meluas. Batik digunakan untuk membuat baju, kain sarung atau batik lepas. Sebagai contoh, pakaian seragam pramugari kapal terbang MAS dibuat daripada batik. Batik juga digunakan dalam majlis-majlis formal dan majlis keramaian. Selain dibuat pakaian, batik juga digunakan sebagai hiasan seperti alas meja, cadar, sarung kusyen, tudung kepala, alas televisyen dan lain-lain lagi. Batik boleh dibeli dengan harga yang murah dan berpatutan. Batik begitu digemari pelancong-pelancong asing kerana coraknya yang menarik dan unik. Ia sering dijadikan buah tangan untuk dibawa pulang ke negara masingmasing.

Panduan Dan Cara Membuat Batik Lukis Untuk membuat batik, bahan dan peralatan yang diperlukan adalah kain (material) yang diperbuat daripada sutera, kapas dan rayon/fuji (campuran kain polyester), lilin dan rozin, canting, warna (dyestuff), pemati warna dan serbuk soda. Antara peralatan yang diperlukan adalah canting, pensil, berus, bekas warna, dapur, periuk, pemidang, kuali besar, takungan air, penyidai, meja menggosok, sterika. Canting yang diperbuat daripada tembaga dan pemegangnya diperbuat daripada kayu. Di hujung depannya mempunyai satu saluran untuk lilin cair keluar bagi mencorakkan kain. Canting dipakai dengan menceduk lilin cair yang panas, bertindak sebagai bahan penutup atau pelindung terhadap redapan warna, atau sempadan mengasingkan warna. Pensil digunakan untuk melakar dan membuat rekacorak pada kain batik sebelum mencanting. Pelukis akan menghasilkan corak berpandukan lakaran tersebut. Bagi pelukis yang mahir,

mereka terus melukis corak lilin pada kain tanpa berpandukan lakaran pensil. Namun, bagi menghasilkan batik lukis dengan menggunakan corak yang sama bagi setiap helai kain, maka terpaksa kain dilakar dahulu dengan lakaran pensil.

Langkah - langkahnya menghasilkan batik adalah seperti berikut : 1. Langkah pertama Kita membuat rekacorak kain batik di atas kain putih dengan pensil. Motif boleh dipilih berasaskan tradisional/ethnik, flora fauna, geometrikal, organic, garisan dan ruang, semi abstrak dan lain-lain. Dalam penentuan motif, biasanya tiap orang memiliki selera berbeda-beda. Ada yang lebih suka untuk membuat motif sendiri, namun yang lain lebih memilih untuk mengikuti motif-motif umum yang telah ada. Lebih menyenangkan morif boleh dipilih daripada koleksi MasterWan Batik. 2. Langkah kedua Menggunakan canting yang telah diisi lilin cair untuk mencorakkan kain. Kepanasan lilin perlu dikawal agar tidak terlalu panas untuk mengelakkan garisan lilin kembang dan sekaligus menghasilkan garisan yang tidak konsisten. Pelukis terpaksa menuangkan semula lilin cair ke dalam bekas lilin sebelum lilin cair itu sejuk. Seterusnya menceduk lilin lain bagi menjamin aliran lilin cair tersebut dapat digunakan dengan lancar. 3. Langkah ketiga Mematikan warna. Sodium silicate digunakan sebagai bahannya. Proses ini dilakukan untuk memastikan warna tidak akan luntur apabila dibasuh seterusnya. Ia menj 4. Langkah keempat Setelah empat jam direndam kain dalam bahan tersebut, kain tersebut dibasuh dan direbus. Tujuannya adalah untuk menghilangkan lapisan lilin, sehingga motif yang telah digambar sebelumnya terlihat jelas. Air panas dimasukkan serbuk soda bagi memudahkan lilin ditanggalkan daripada kain. Seterusnya kain tersebut dibasuh sekali lagi dan dibilas. Paling elok,

kain batik ini dijemur di tempat teduh agar warnanya dapat dijamin ketahan dan kualitinya. Akhirnya terhasillah kain batik lukis yang asli dan teserlah keasliannya. Selain daripada batik lukis atau dikenali juga sebagai batik tulis atau batik canting. Nama tersebut terlahir kerana corak yang dihasilkan secara free-hand. Pembikinan batik cara lain adalah seperti batik cap/cop/blok, batik stensil dan tie and dye.

You might also like