Perang Enam Hari negara Arab vs Israel

1. Pada awal bulan Jun tahun 1967,presiden Mesir Gamal Abdel Nasser telah menyeru bangsa Arab untuk menyerang negara haram Israel.Keadaan ini mendedahkan negara Israel yang kecil dan baru ditubuhkan itu bakal diserang oleh 3 buah negara arab secara serentak.Mereka ialah negara Mesir,Jordan dan juga Syria.Gabungan ketiga-tiga buah negara Arab ini bakal menghasilkan kekuatan tentera yang jitu dari segi bilangan tentera,kereta kebal dan pesawat terbang. 2. Pandangan umum ketua-ketua negara Arab ketika itu ialah,Israel adalah sebuah negara kecil tidak berkemampuan yang boleh dikalahkan oleh mereka.Sungguhpun begitu,pendapat itu ternyata bercanggah dengan kebenaran.Walaupun Israel negara yang kecil dan baru ditubuhkan,ia bukan negara yang lemah.Ini dibuktikan apabila dalam tempoh 6 hari sahaja Israel telah menyapu habis kesemua negara-negara Arab yang ingin menyerangnya.Padahal mereka dilengkapi keupayaan tentera yang banyak dan peralatan perang yang canggih. 3. Umpamanya,Jordan memiliki 24 pesawat juang Hawker Hunter buatan England yang menyamai pesawat juang tercanggih Israel iaitu Desault Mirrage iii buatan Perancis.Mereka juga mempunyai 300 kereta kebal moden,dan 55,000 ribu tentera yang professional dan terlatih yang hakikatnya diakui sendiri oleh Israel.

Serangan pertama Israel ke Mesir

1. Serangan pertama telah dimulakan dari pihak Israel apabila negara haram tersebut telah menyerang Mesir terlebih dahulu.Ini mungkin disebabkan Mesir adalah negara yang paling canggih kelengkapan tenteranya berbanding negara-negara Arab yang lain.Mesir mempunyai 450 pesawat juang yang kesemuanya adalah buatan terbaru kerajaan Soviet Union.Paling ditakuti oleh Israel adalah pesawat pengebom Tu-16 Badger milik angkatan tentera udara Mesir. 2. Jadi pada pukul 7.45 pagi,sebanyak 200 pesawat juang Israel telah dikerahkan untuk menyerang lapangan terbang tentera Mesir.Operasi ini dikenali sebagai Moked operation.Dalam operasi ini,Israel telah menurunkan secara bertubi-tubi bom mereka ke jet-jet pejuang Mesir sehingga melumpuhkan keseluruhan kekuatan udara negara itu.Lebih malang lagi,kekalahan di peringkat pertama ini berjaya dilakukan oleh Israel tanpa ada serangan balas yang berkesan untuk melawan tindakan Israel itu.Lebih 300 pesawat juang Mesir telah hancur dan mereka juga kehilangan 100 orang juruterbang.Manakala di pihak Israel,dari 200 pesawat juang yang mereka ada hanya 19 sahaja pesawat juang yang terkorban. 3. Pada waktu yang sama,Israel turut menggempur lapangan terbang pesawat juang milik Syria,Jordan dan juga Iraq yang jauh lebih kecil dari Mesir.Nampaknya,perancangan untuk menyerang Mesir terlebih dahulu mempunyai alasan yang kukuh dari sudut ketenteraan dan strategis.

Semenanjung Sinai,Bukit Golan,Gaza,Tebing Barat ditawan Israel

1. Di dalam peperangan ini,Mesir lebih berminat untuk mempertahankan semenanjung Sinai.Mereka telah memperuntukkan 100,00 ribu orang tentera,950 kereta kebal dan lebih seribu senjata berat untuk mempertahankan semenanjung Sinai.Menurut James Reston dalam artikel yang ditulisnya dalam New Yorks Times pada tahun 1967 menukilkan,kekuatan tentera Mesir sama sekali tidak dapat menandingi kekuatan tentera Israel jika bukan kerana bantuan peralatan yang dibekalkan dari Russia. 2. Sepanjang peperangan ini berlaku,Israel sering menampilkan bentuk-bentuk serangan yang tidak diduga sama sekali oleh tentera-tentera Mesir,Syria dan Jordan.Serangan yang tidak disangka-sangka inilah yang menyebabkan Israel berjaya memenangi peperangan mereka melawan negara-negara Arab yang terlibat.Umpamanya dalam kes negara Mesir,mereka telah diserang secara bertubi-tubi dan secara serentak oleh Israel samada melalui pasukan kereta kebal,infantri,pasukan payung terjun dan pasukanpasukan lain dari pelbagai penjuru dan arah.Serangan yang bertubi-tubi inilah yang memaksa tentera Mesir untuk berundur dan secara tidak langsung menunjukkan kegagalan dan kekalahan dari pihak Mesir. 3. Pada akhir peperangan wilayah-wilayah milik negara Arab yang terlibat dalam peperangan telah berjaya ditawan oleh Israel seperti Tebing Barat,Semenanjung Sinai,Bukit Golan,dan semenanjung Gaza.Sepanjang 6 hari berperang,Israel telah kehilangan 779 orang tenteranya,2,563 tercedera,15 orang tentera tertangkap dan 46 jet pejuang yang hancur.

4. Sementara di pihak negara Arab,jumlah tentera yang terkorban adalah sebanyak 21,000 ribu orang,45,000 tercedera,6000 ditangkap,dan lebih 400 jet pejuang yang telah hancur.Jumlah ini jauh lebih banyak mengatasi tentera Israel yang dahuunya didakwa negara yang rapuh dan mudah dikalahkan. 5. Sungguhpun begitu,jangan pula ada yang tersalah anggap,bahawa artikel ini dikarang untuk meninggi-ninggikan Israel dan kekuatan yang mereka ada.Bukanlah begitu tujuannya,tetapi artikel ini dikarang dengan harapan negara-negara Islam mencapai kesedaran,dalam keadaan mereka bersatu pun mereka masih gagal menangani Israel,apakah apabila mereka berpecah mereka dapat mengatasi Israel?Perang di antara Iran melawan Iraq,dan lain-lain negara yang berkaitan adalah suatu perkara yang menyedihkan. 6. Perpaduan negara Islam bukan sekadar rapuh malah institusi negara yang mereka ada juga sangat lemah.Umpamanya di Iraq,mereka telah dipecah-pecahkan kepada 3 puak iaitu Syiah,Sunni dan Kurdistan.Teruknya perpecahan yang ada sehingga dibina temboktembok bagi memisahkan di antara satu puak dengan puak yang lain bagi mengelakkan peperangan.Andai perkara ini terus berlaku,bilakah perubahan Islam seperti yang didambakan dalam kegemilangan silam dapat dicapai?Maka bersatu dan bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benarnya semoga kemenangan adalah milik kita !

fizikrMedia.com // Perang enam hari Arab-Israel

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful