Pengenalan Ringkas Terhadap Tempat Kajian

Nama Organisasi : Pejabat Hal Ehwal Pelajar & Alumni ( HEPA) Alamat : Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Hang Tuah Jaya, 76100, Durian Tunggal,Melaka Laman Web
Phone

: hepa@utem.edu.my
: 06-3316044 06-3316222

Jabatan yang terlibat Responden Jawatan Responden Tarikh Lawatan Masa

: Jabatan Bahagian Pentadbiran dan Kewangan : Noornahar bte. Hj. Akashah : Timbalan Pendaftar : 16 April 2012 : 9.30 pagi

Ahli-ahli yang terlibat

: 1. Ahmad Fuad Bin Samat 2. Khairi Hafiq Bin Khatimin 3. Mohamad Firdaus Bin Abdul Wahab @ Yong 4. Ong Yee Teng 5. Nor Azeean Binti Abu

Latar belakang HEPA Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) telah ditubuhkan secara rasminya pada 1 September 2001. Setelah itu bertukar nama kepada Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni terbahagi kepada lima bahagian utama iaitu Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Bahagian Pembangunan Pelajar, Bahagian Perkhidmatan Pelajar, Bahagian Kesihatan Pelajar dan Bahagian Sukan. Sebagai pelengkap kepada proses pendidikan yang berterusan ke arah memperkembangkan potensi diri pelajar, Bahagian HEPA memikul tanggungjawab yang penting. Antara peranan utama HEPA ialah memantapkan program pembangunan dan kebajikan pelajar sekurang-kurangnya setanding dengan IPTA lain serta mengukuhkan setiap unit yang telah di tubuhkan di bawah HEPA agar mencapai matlamat dan sasaran yang telah ditetapkan dalam Pelan Strategik Universiti. Di samping itu, HEPA juga berfungsi sebagai pelaksana program memurnikan pembangunan sahsiah dan jati diri para pelajar, memastikan kebajikan pelajar terpelihara dan menguruskan pengisian program yang dapat disertai oleh pelajar dalam usaha melahirkan graduan yang cemerlang dan berkualiti serta mempunyai soft skill yang mantap.

MOTO “HEPA Berorientasikan Pelajar dan Hepa Mesra Pelajar”

MISI    VISI Menjadi pusat pembangunan insan yang kreatif dan inovatif Melahirkan graduan yang bersahsiah murni berpesonaliti unggul dan mempunyai daya juang yang tinggi melalui proses pembangunan insan yang berkualiti perkhidmatan yang cemerlang serta penyediaan prasarana yang kondusif.

Carta Organisasi Bahagian dan Unit HEPA 2011

SASARAN Pejabat HEPA ingin mewujudkan suasana Masyarakat Penyayang ( Caring Society ) di kalangan mahasiswa UTeM semua. Keutamaan HEPA adalah untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelajar. Selain itu,ia beriltizam untuk menggerakkan seluruh warganya menjayakan objektif seperti memberi perkhidmatan yang berkualiti bagi menambah peluang pencapaian akademik,membangun pembangunan sahsiah dan pembentukan profesionalisme pelajar yang holistik,cemerlang dalam kerjaya dan berupaya menjadi pemimpin di masa hadapan. Di samping itu, ia menyumbang kepada pengurusan universiti untuk mencapai bidang tujahan (core business) universiti. Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni kini berada di
lembaran baru dan lebih komprehensif dengan informasi dan maklumat terkini selari dengan era globalisasi. Segala informasi serta maklumat yang dipaparkan diharap dapat dimanfaatkan bersama mahasiswa, komuniti UTeM seluruhnya dan masyarakat luar. Selain itu sasaran HEPA adalah untuk

menentukan visi,misi dan polisi Pejabat Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni dapat dicapai.
Bermula di lembaran ini Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni akan terus menjadi pelengkap ke arah menyokong proses pendidikan yang berterusan dalam memperkembang dan memperkasakan potensi diri mahasiswa serta sekaligus memantapkan pembangunan holistik dan kebajikan mahasiswa UTeM. Ia juga untuk menjadi pelengkap ke arah menyokong proses

pendidikan yang berterusan dalam memperkembang dan memperkasakan potensi diri
Kewujudan pelbagai bahagian dan unit di Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni akan terus meransang ke arah pertumbuhan dan perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial yang mana dapat membentuk personaliti mahasiswa yang unggul. Diharapkan segala bentuk informasi dan maklumat yang terdapat ini dapat memberi faedah kepada mahasiswa khususnya serta memberi lebih banyak ruang dan peluang untuk turut serta dalam semua aktiviti atau program yang dianjurkan oleh Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful