You are on page 1of 4

AZAN DAN IQAMAH

AZAN :

Azan disebut juga dengan Bang yakni seruan atau laungan yang dilakukan untuk
memberitahu kepada orang-orang muslim bahawa sudah masuk waktu
sembahyang. Azan dilakukan di setiap tiba waktu sembahayng, yang boleh
melakukan laungan azan hanya orang lelaki sahaja, orang perempuan tidak
boleh melaungkan seruan azan. Kalimah-kalimah Seruan Azan atau Bang ialah:-

Allahu Akbar Allahu Akbar. (2X)


Asyhadu alla illahaillallah. (2X)
Asyhadu anna Muhammadar rasulullah.
(2X)
Haiyaalas solah (2X)
Haiyaalal falah. (2X)
Allahu Akbar Allahu Akbar.
La ilahaillallah.

Maksudnya:

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.


Aku menyaksikan bahawa Tiada Tuhan
melainkan Allah.
Aku menyaksikan bahawa Muhammad
itu pesuruh Allah.
Marilah Sembahyang.
Marilah kepada kejayaan.
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.
Tiada Tuhan melainkan Allah.

Tambahkan "Assolaatu khairun minan naum" (2X) maksudnya "Sembahyang itu


lebih baik dari Tidur" pada Azan Subuh selepas "Haiyaalal falah" (2X)

Sunat Di Waktu Menyeru/Melaungkan Azan

1. Berwudhu'
2. Menghadap ke arah Kiblat
3. Berdiri sewaktu menyeru Azan atau Qamat
4. Dilakukan di tempat yang tinggi.
5. Muadzin hendaklah menyaring dan mengeluarkan suaranya.
6. Mengulang-ulang lafaz syahadatain
7. Muadzin menutup kedua telinganya dengan jari telunjuk ketika mengucapkan
"Haiyaalas solah" sambil memalingkan muka kearah kanan, dan ketika
mengucapkan "Haiyaalal falah" berpaling ke arah kiri.
Menjawab seruan Azan:

Jika kita mendengar seruan Azan yang dilaungkan muadzin (tukang azan @
bilal), hendaklah kita menyahut, mengikut atau menjawab apa yang diucapkan
dalam Azan yang diserukan oleh muadzin dengan perlahan-lahan, cuma pada
bacaan:-

"Haiyaalas solah" dan "Haiyaalal falah" maka kita ucapkan "Laa haulawala
quwwata illa billa hil alyyil aadzim" maksudnya "Tiada daya upaya dan kekuatan
ku kecuali dengan pertolongan Allah".

"Assolaatu khairun minan naum" maka kita ucapkan "Syadaqta wa barirta waana
mina syaahidiin" maksudnya " Benarlah dan mendapat kebaikanlah engkau dan
aku adalah daripada yang menyaksikan".

IQAMAH :

Qamat disebut juga dengan Iqamah yakni ucapan atau bacaan yang dilakukan
ketika sudah hampir melakukan serta memulakan sembahyang.

Allahu Akbar Allahu Akbar. Asyhadu


alla illahaillallah. Asyhadu anna
Muhammadar rasulullah. Haiyaalas
solah Haiyaalal falah. Qadqamatis
solah Qadqamatis solah. Allahu
Akbar Allahu Akbar. La ilahaillallah.

Maksudnya:
Allah Maha Besar, Allah Maha
Besar.
Aku menyaksikan bahawa Tiada
Tuhan melainkan Allah.
Aku menyaksikan bahawa
Muhammad itu pesuruh Allah.
Marilah Sembahyang.
Marilah kepada kejayaan.
Sesungguhnya sudah hampir
mengerjakan sembahyang.
Allah Maha Besar, Allah Maha
Besar.
Tiada Tuhan melainkan Allah.
Menjawab bacaan Qamat:

Jika kita sembahyang berjemaah, maka yang membacakan Qamat itu cuma
seorang sahaja contohnya muadzin (tukang azan @ bilal), tidak perlu lagi kita
Qamat. Bagaimanapun untuk beroleh pahala hendaklah kita menyahut, mengikut
atau menjawab apa yang diucapkan dalam Qamat yang dibacakan oleh muadzin
dengan perlahan-lahan, cuma pada bacaan:-

"Haiyaalas solah Haiyaalal falah" maka kita ucapkan "Laa haulawala quwwata
illa billa hil alyyil aadzim" maksudnya "Tiada daya upaya dan kekuatan ku kecuali
dengan pertolongan Allah".

"Qadqamatis solah Qadqamatis solah" maka kita ucapkan "Aqaamahallahu wa


adaamahaa" maksudnya "Semoga Allah menjadikan Solat ini berdiri terus dan
kekal"

Selepas habis sahaja azan dan iqamah, kita di sunatkan membaca doa selepas
azan sebagai mendoakan selamat sejahtera atas junjungan kami Muhammad
dan keluarganya dan sahabat-sahabat baginda.

DO'A SELEPAS AZAN DAN IQAMAH


Allahumma rabba hazihid da' watittamah. Wassolatil qaimah.
Ati saiyidana Muhammadanil wasilata wal fadhilah. Wassyarafa
waddarajatal 'aliatar rafi'ah. Wab'athhul maqamal mahmudal
lazi wa'adtah. Innaka laatukhliful mi'ad. Rabbighfirli
waliwalidaiya (3X). Warhamhuma kama rabbayani saghira.
Wasollallahu 'ala saiyidini Muhammadiw wa'alihi wasahbihi
wassallam.
Maksudnya:

Ya Allah, Wahai Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan


dan sembahyang yang akan didirikan. Kurniakanlah
kedudukan yang tinggi dan terpuji yang engkau telah janjikan
kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan,
sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji. Ya Allah
ampunilah aku serta ibubapaku dan kurniakanlah rahmat
kepada keduanya sebagaimana kedua mereka memelirara
akan daku. Dan selamat sejahtera atas junjungan kami
Muhammad dan keluarganya dan sahabat-sahabat baginda.

You might also like