You are on page 1of 6

PENCERNAAN MAKANAN

Mengandungi enzim selulase yang mencerna selulosa kepada glukosa . Bakteria yang hadir dalam usus besar manusia menghasil vitamin B dan K . Setengah bakteria dan protozoa membantu pencernaan makanan dalam perut atau usus haiwan herbivor.

Bakteria dan kulat pengurai mengurai haiwan dan tumbuhan yang mati bagi menukarkan bahan yang kompleks kepada bahan yang ringkas . Bahan nutrien larut dalam air dan diserap oleh akar untuk pertumbuhan dan dapat mengekalkan kesuburan tanah . Bakteria pengurai mengurai hasil perkumuhan seperti urea kepada ammonia dan karbon dioksida Dalam loji pembentungan , mikrob mengurai tinja manusia untuk menghasil karbon dioksida, metana dan humus

Kulat hijau untuk membuat antibiotik iaitu penisilin. Mikrob yang mati atau dilemahkan untuk membuat vaksin . Yis, kulat dan bakteria digunakan untuk membuat vitamin ,insulin dan hormon pertumbuhan contoh yis : vitamin B2, ,kulat ;B12 dan bakteria : vitamin C ,vaksin BCG

Bakteria pengikat nitrogen yang hidup dalam nodul akr pokok kekacang menukar gas nitrogen dari atmosfera kepada nitrat.
Bakteria pereput dalam tanah mengurai protein tumbuhan dapat menambahkan kandungan nitrat dalam tanah

Bakteria pendenitritan menguraikan nitrat kepada nitrogen bebas keudara

Bakteria digunakan untuk memberi rasa dan bau dalam pemprosesan teh dan hasil tembakau

Bakteria diguna untuk menghapus perosak tanaman contoh ; Bacillus thuringiensis untuk membunuh larva lalat dan ulat . Virus Myxomatosis untuk mengawal populasi arnab liar

Pembuatan roti dan kek daripada yis yang boleh mengembangkan roti Pembuatan minuman beralkohol dimana yis digunakan melalui proses penapaian

Penghasilan cuka ,dadih (yogurt atau tairu) dan keju menggunakan bakteria
Pembuatan kicap kacang soya menggunakan yis dan kulat yang dieram bersama dedak gandum,tepung kacang dan kacang soya Penghasilan beta karotena, iodin, agar-agar daripada alga Barangan kulit dan membuat tali dan kain menggunakan bakteria pengurai.