You are on page 1of 26

JBEA 3308: LARAS BAHASA MELAYU Tajuk: Laras Masakan Nama pensyarah: Prof. Madya Dr. Ab.

Razak bin Ab Karim Nama Ahli Kumpulan: Anis bt Azmi ( JEA 090008) Norashiekin bt Mohd (JEA 090086) Nor Hasila bt Che Hassan (JEA090079) Nor Wahida bt Mohamad (JEA090082) Nordiana bt Mat Yussof ( JEA 090088)

Pendahuluan
Bahasa merupakan wahana penting dalam komunikasi manusia. Setiap bahasa yang digunakan memerlukan interaksi dua hala yang boleh memberikan kefahaman kepada penutur dan pendengar. Semakin kompleks sesuatu masyarakat semakin maju dan meningkat bahasa yang digunakan. Sehubungan dengan kepesatan teknologi dan peningkatan tahap pemikiran manusia secara tidak langsung membawa kepada kemajuan berbahasa. Hasil daripada kemajuan bahasa maka timbul pula bibit kecekapan berbahasa yang dapat diterjemahkan sebagi laras berbahasa.

Kaedah Kajian
Pengkaji memilih beberapa resepi dalam kajian. Resepi yang

dipilih oleh pengkaji adalah dipetik daripada majalah Keluarga keluaran..

Pengkaji membuat analisis resepi masakan berdasarkan teori

yang telah dikemukakan oleh Ure dan Ellis (1977). Pendekatan yang disentuh oleh kedua pengkaji ini ialah mereka melihat melalui satu situasi sosial ataupun peristiwa bahasa. Oleh yang demikian mereka menamakannya sebagai ciri-ciri keperihalan dan ciri-ciri linguistik yang wujud dalam sesuatu penggunaan bahasa itu.

Analisis resepi masakan berdasarkan panduan bahasa dalam

Tatabahasa Dewan.

Objektif Kajian
1.

Melihat struktur ayat dalam resepi masakan yang menepati ciri-ciri laras bahasa Melayu.

2.

Mengkaji tahap penguasaan bahasa masyarakat Melayu lama sama ada berada di tahap yang tinggi atau sebaliknya.
Menganalisis data yang diperoleh melalui kajian terhadap resepi masakan terhadap dua pendekatan yang dikemukakan oleh Ure dan Ellis.

3.

Konsep dan definisi


Laras Bahasa Kelainan bahasa yang digunakan oleh penutur dalam kehidupan sehari-harian mereka. Penutur akan mengubah larasnya bergantung pada keadaan ataupun situasi sesuatu peristiwa bahasa itu berlangsung.

Nik Safiah Karim (1982:1)


Laras atau register bermaksud gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa. Sesuatu laras bermaksud variasi bahasa yang dipilih daripada sekumpulan variasi yang ada pada tiap-tiap penutur. Jumlah laras wujud dalam sesuatu masyarakat kerana kemunculan laras bahasa selari dengan kewujudan situasi-situasi penggunaan bahasa. Penggunaan bahasa berubah mengikut konteks, bidang dan peringkat sosial.

Asmah Haji omar (1984:92)


Laras bahasa adalah kelainan bahasa yang digunakan mengikut bidang, seperti bidang ilmu dan bidang sosial.

Menurut beliau lagi, bahasa yang digunakan dalam bidang keilmuan tertentu memperlihatkan beberapa perbezaan daripada bahasa yang digunakan dalam ilmu yang lain.
Perbezaan yang wujud bukanlah perbezaan sistem bahasa tetapi kesukaran wujud dalam pemahaman konsep-konsep yang didukung oleh istilah-istilah tertentu atau khusus yang digunakan dalam ilmu berkenaan. Beliau menekankan bahawa laras yang berlainan yang digunakan bukannya pada sistem bahasa tetapi hanya pada kata-kata tertentu yang digunakan dalam laras.

Taksonomi
Ure dan Ellis (1977)
Ciri-ciri laras

Ciri-ciri Keperihalan

Ciri-ciri linguistik

Situasi luaran

Situasi persekitaran Hubungan sosial & peribadi Fungsi sosial perlakuan bahasa

Aspek kosa kata

Aspek ayat

Cara penyampaian

Aspek ketenunan

Aspek keindahan

Bahan yang diperkatakan

Laras masakan
Laras masakan merupakan salah satu daripada laras moden yang terdapat kini tetapi ramai tidak menyedari hakikat kehadiran laras ini dalam masyarakat. laras masakan telah wujud sejak zaman lampau tetapi tidak dikodifikasikan tetapi hanya disampaikan daripada seorang tukang masak kepada orang lain.

Dalam sesebuah keluarga, ibu akan mewariskan cara-cara memasak sesuatu jenis masakan kepaada anak-anak dan anak-anak pula mewarisnya dan seterusnya mengajarnya pula kepada generasi yang lain.
Kelahiran laras masakan pada zaman moden ini bukan sekadar untuk keperluan keluarga seperti zaman tradisional tetapi terdapat faktor-faktor lain yang mempengaruhinya seperti masakan untuk tujuan perniagaan, seperti di hotel-hotel dan warung-warung serta untuk tujuan-tujuan lain. Hal ini telah menyebabkan berlaku perubahan dari segi memasak, sukatan dan bahan-bahan yang digunakan dalam masakan.

Analisis Data
A) Ciri-ciri keperihalan Bagi kesemua laras masakan yang dikaji ini mempunyai ciri-ciri keprihalan yang sama bagi ke sepuluh resepi yang diambil. Situasi luaran Berdasarkan kandungan yang terdapat dalam teks ini, dapat dilihat bahawa teks ini telah dihasilkan pada abad ke 20 atau dengan kata lain dihasilkan oleh masyarakat Melayu pada zaman moden. Hal ini kerana dalam teks ini banyak menggunakan bahan-bahan yang moden dalam penyediaan masakan.

Situasi persekitaran a) Cara penyampaian Pada peringkat awal laras ini disampaikan secara lisan, iaitu dari mulut ke mulut dan dari satu generasi ke satu generasi.

Namun kini, laras ini telah dimodenkan dalam bentuk tulisan sejajar dengan perkembangan sistem tulisan. Kebanyakannya disebarkan dalam media massa sama ada media cetak ataupun media elektronik.
Penyampaian ini adalah untuk memberi maklumat dan tunjuk ajar tentang sesuatu masakan kepada masyarakat, khasnya bagi golongan ibu-ibu b) Hubungan sosial peribadi Berdasarkan teks ini, tidak terdapat hubungan peribadi mahupun sosial kerana laras ini lebih bersifat formal. Hal ini tergambar melalui hubungan penulis atau pereka resipi dengan pembaca kerana dalam perhubungan ini tidak memperlihatkan sifat-sifat kemesraan antara mereka.

c) Bahan yang Diperkatakan


Teks ini merupakan laras masakan kerana kandungan dalam teks ini memberi maklumat tentang penyediaan sejenis kuih tradisional. Hal ini boleh dibuktikan lagi dengan bahan-bahan dan langkah-langkah penyediaan untuk proses memasak. d)Fungsi Sosial Perlakuan Bahasa Dalam teks laras masakan, tidak terdapat fungsi sosial perlakuan bahasa.

B) Ciri-ciri Linguistik 1) Resepi Span Coklat Berstrawberi


Aspek Sintaksis Dalam aspek tatabahasa, banyak perkara yang boleh diketengahkan. Pertama kebanyakan ayat yang digunakan dalam teks ini merupakan ayat perintah yang mengalami pelbagai proses.

Ayat suruhan yang terdapat dalam teks ini adalah seperti berikut:
i) Pukul krim putar dan gula aising sehingga kembang ii) Sapukan krim putar ke atas sekeping swiss roll dan tambahkan sesudu kecil pes strawberi di atasnya.

Kedua-dua ayat ini merupakan ayat suruhan yang mengalami peleburan subjek ayat.
Peleburan subjek ayat, iaitu diri orang kedua untuk membuat sesuatu. Perkara utama yang diberikan tumpuan ialah predikat-predikat ayat sahaja kerana mesej terletak di bahagian predikat.

Dalam ayat (i), predikat-predikat yang membina ayat ini ialah: a) Pukul krim putar dan gula aising b) Putar adunan sehingga kembang.

Sambungan Apabila subjek ayat ini dimasukkan dalam ayat tersebut, akan terhasil ayat-ayat tunggal seperti yang berikut: a) [Anda] [pukul krim putar dan gula aising] FN FK

b) [Anda] [putar adunan sehingga kembang] FN FK Kedua-dua ayat tunggal ini bergabung dan mengalami peleburan seperti yang berikut:

Sambungan Anda pukul krim putar dan gula aising + Anda putar adunan sehingga kembang 0 pukul krim putar dan gula aising kembang + 0 sehingga

Pukul krim putar dan gula aising sehingga kembang.

Aspek Leksikal Dalam aspek leksikal, terdapat beberapa kata khusus yang digunakan dalam laras ini sebagai penanda laras masakan. Antara kata yang terdapat dalam teks ini ialah: buku cawan sudu makan pukul Sapukan Kata-kata ini digunakan khusus dalam bidang masakan dan jarang ditemui penggunaannya dalam bidang lain. Jenis kata yang terdapat dalam teks ini ialah kata nama dan kata kerja.

Sambungan Selain kata-kata tersebut, kebanyakan daripada kata kerja yang digunakan dalam teks ini telah mengalami peleburan, contohnya: memukul disapu dihiaskan pukul sapu hiaskan

Kata-kata ini kebanyakannya merupakan kata pasif yang digugurkan imbuhannya apabila menjadi ayat perintah. Dalam teks ini juga tidak terdapat kata-kata istilah khusus kerana laras ini bukan merupakan laras ilmiah.

Aspek Ketenunan Dalam aspek ketenunan, laras ini memperlihatkan unsur ketenunan yang utuh. Laras ini dimulakan dengan bahanbahan yang diperlukan untuk memasak Span coklat berstrawberi, bahan untuk hiasan, dan diikuti oleh cara-cara untuk menyediakannya. Setiap bahan diberikan kuantiti yang dikehendaki serta berat timbangan yang perlu. Dalam bahagian cara membuat masakan, ketenunan jelas tergambar kerana setiap proses penyediaan makanan ditandai oleh bulatan kecil dimulakan dari atas hingga ke bawah. Oleh yang demikian seseorang itu perlu mengikut setiap langkah dari atas hingga ke bawah untuk menyiapkan masakan ini. Sekiranya langkah ini tidak diikuti masakan yang

2) Resepi Butterscotch pudding Aspek sintaksis


Antara ayat suruhan yang terdapat dalam teks ini ialah: i) oles beberapa bekas tahan panas dengan sedikit mentega. ii) Susun roti butterscoth ke dalam bekas tadi hingga habis. iii) sementara itu campurkan susu cair, krim, gula dan esen vanila dalam periuk. Panaskan hingga gula hnacur, tetapi jangan sampai mendidih. Ketiga-tiga ayat ini merupakan ayat suruhan yang mengalami proses peleburan.

Dalam ayat (i) predikat-predikat yang membina ayat ini ialah: a) Oles beberapa bekas tahan panas. b) Oles dengan sedikit mentega.

Apabila subjek ayat ini dimasukkan dalam ayat ini ialah seperti berikut: a) [Anda] [oles beberapa bekas tahan panas] FN FK

b) [Anda] [oles dengan sedikit mentega] FN FK Kedua-dua ayat tunggal ini bergabung dan mengalami peleburan seperti yang berikut: Anda oles beberapa bekas tahan lama + Anda oles dengan sedikit mentega 0 oles beberapa bekas tahan lama + sedikit mentega 0 dengan

Dalam ayat (ii) predikat-predikat yang membentuk ayat ini ialah:


a) susun roti buttersocth ke dalam bekas tahan lama. b) susun roti tadi sehingga habis. Apabila subjek ayat ini dimasukkan dalam ayat ini ialah seperti berikut: a) [Anda] [susun roti buttersocth ke dalam bekas tahan lama]

FN

FK

Aspek Leksikal Antara kata yang terdapat dalam teks ini yang menjadi sebagai penanda laras masakan ialah: cawan sudu teh oles susun roti campurkan panaskan mendidih adunan masukkan pukul tuangkan bakar

Jenis kata yang terdapat dalam teks ini terdiri daripada kata nama dan kata kerja. Kata-kata yang mengalami proses peleburan ialah:

mengoles susunkan memasukkan dihidangkan

oles susun masukkan hidangkan

Aspek ketenunan Laras ini dimulakan dengan bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak dan bahan yang tersenarai akan dibahagikan kepada dua jenis, iaitu bahan untuk butterscotch pudding, dan cara-cara penyediaan makanan. Dalam bahagian cara membuat masakan, ketenunan jelas tergambar kerana setiap proses penyediaan masakan ditandai dengan bulatan kecil-kecil yang bermula dari atas ke bawah.

3) Resepi Kastard Pic Aspek Sintaksis Antara ayat suruhan yang terdapat dalam teks ini ialah: i) Untuk membuat trifle, potong swiss roll kecil-kecilan dan susun dalam bekas. ii) Tuangkan sirap buah-buahan ke atas swiss roll. Susunkan sedikit hirisan buah pic. Tambahkan juga pes blueberi dan ratakan ke atas potongan swiss roll tadi. iii) Sementara itu, sediakan kastard dengan mencampurkan susu segar, gula kastor, tepung kastard dan kuning telur dalam kuali. Panaskan semua bahan hingga sebati dan likat.

Kesimpulan Kesimpulannya laras masakan merupakan suatu laras yang tersendiri dan berlainan laras-laras yang lain. Keunikan laras ini teretak pada jenis ayat yang digunakan, iaitu ayat perintah, dan kata-kata istilah teknikal tidak digunakan kerana laras ini ditujukan untuk semua orang . Sesiapa sahaja dapat memahami laras ini kerana bentuknya bukan laras yang bersifat ilmiah.

You might also like