You are on page 1of 2

RUKUN YANG LIMA

"Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya


engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak
yang buruk), dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu
manjadi ketenteraman bagi mereka, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar Lagi
Maha Mengetahui." - Surah At-Taubah (ayat 103)

"Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah
kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat". Surah An-Nur (ayat 56)

"Dan (ingatlah wahai Muhammad), Ketika Kami mengikat perjanjian setia


dengan Bani Israil (dengan berfirman): Janganlah kamu menyembah melainkan
ALLAH, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu-bapa, dan kaum kerabat dan
anak-anak yatim, serta orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia
perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat.
Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali
sebahagian kecil daripada kamu dan sememangnya kamu orang yang tidak
menghiraukan perjanjian setianya." Surah Al-Baqarah (ayat 83)
Dari ayat-ayat di atas, amat jelas tentang kewajipan berzakat dan sesiapa yang
mengingkari atau meragui kefarduannya, maka ianya terkeluar dari agama Islam.
Sejarah telah membuktikan bahawa Khalifah Abu Bakar telah memerangi orang-
orang yang mengingkari membayar zakat. Mereka yang kaya dan berada juga
harus menyedari bahawa wujudnya hak orang-orang fakir dan miskin di dalam
harta yang mereka miliki.

You might also like