You are on page 1of 3

Bismillahhirrahmanirrahim.... Saidina Ali r.a menggambarkan bahawa remaja adalah cerminan masyarakat hari depan.

Sekiranya masyarakat muda pada hari ini dibina secara berkualiti,maka kepimpinan pada masa hadapan juga berkualiti. Untuk melahirkan generasi bermutu bergantung kepada corak pendidikan di rumah, di sekolah dan pengukuhan dalam masyarakat. Teraju Perdana Majlis nan budiman, panel juri penjunjung kesaksamaan, penjaga masa penghitung detik perjalanan, dan kulasentana dewan yang dimuliakan. Salam ukhuwah berbungakan kemesraan. Arena Pidato ini saya warnai dengan sebuah pidato berpaksikan mauduk,Globalisasi Menghakis Nilai-nilai Keislaman dan Jati Diri Generasi Muda. Dunia dahulu adalah terlalu amat banyak perbezaannya dengan dunia hari ini yang terlalu pesat dengan teknologi. Perubahan demi perubahan berlaku dengan lebih cepat dan pesat lebih-lebih lagi dengan tercetusnya gelombang evolusi maklumat yang berterusan. Menurut kamus dewan edisi ke-4,cetakan ke-2(2007), globalisasi didefinisikan sebagai proses yang membolehkan sesuatu aktiviti antaranya ekonomi, kebudayaan dan sebagainya disebarkan atau diperluaskan ke peringkat antarabangsa atau ke seluruh dunia, terutamanya dengan adanya kemudahan sistem komunikasi, dasar terbuka dan sebagainya. Tetapi apabila globalisasi ini diguna pakai secara meluas dan tidak terkawal, maka faedah akan menjadi padah. Kesan globalisasi yang teruk menjadi barah yang merebak, yang boleh membunuh nilai-nilai keIslaman dan seterusnya menyebabkan jati diri anak muda kita goyah dan rapuh, dibolosi aliran liberalisme barat. Umpama tangan kanan membangunkan negara dengan begitu menakjubkan, sedang tangan kiri menjatuhkan dan meletakkan akhlak dan insaniah masyarakat di tempat terendah dikalangan makhluk Tuhan.

Kulasentana dewan kluster ilmuwan, Lontaran indikator pertama, kesan globalisasi menyebabkan terhakisnya nilai-nilai keIslaman dari pelbagai aspek. Pertama-ekonomi. Sistem ekonomi dunia sekarang lebih berkiblatkan kepada nilai dolar dan euro Barat yang mana menyaksikan penjajah menukarkan penggunaan mata wang dinar emas yang satu ketika dahulu dipelopori oleh Tamadun Islam,kepada penggunaan mata wang berasaskan kertas dan kuprum. Kedua- dari segi aspek pendidikan. Pendidikan sekarang lebih banyak ke arah sekularisme. Muda-mudi kita dilalaikan dengan hiburan dan juga program realiti. Muda-mudi sekarang tidak perlu belajar tinggi-tinggi kerana sudah ada akademi fantasia,malaysian idol dan sebagainya. Hiburan lebih banyak lagi dari program-program atau pendidikan yang

berunsurkan nilai-nilai keislaman.Ketiga,dari segi aspek sosial. Ianya lebih

banyak memberikan

kesan negatif terutamanya kepada muda mudi tunggak negara yang telah dipengaruhi budaya arak,dadah, syabu,zina dan pelbagai lagi termasuk isu panas yang melanda malaysia sekarang ini,pembuangan anak yang tidak berdosa. Apabila nilai-nilai Islam tidak di ambil sebagai panduan hidup,maka remaja pada hari ini telah dicorak kearah kerosakan, sama ada individu mahupun masyarakat. Aspek keempat-politik. Ada yang menjadi khalifah,ada juga yang menjadi sampah. Ada juga yang ke universiti dan ada juga yang pergi ke pusat serenti. Ada yang menjadi pejuang negara dan ada juga yang menjadi petualang negara. Kenapa ini terjadi? Nah..ini telah membuktikan bahawa kesan globasasi Barat untuk mempengaruhi mental dan hati para pemimpin dan rakyat telah berjaya. Kulasentana dewan penggerak wawasan, lontaran indikator kedua. Kesan globalisai menghakis nilai jati diri generasi muda. Ini dapat dilihat dari perilaku generasi remaja sekarang yang amat taksub dan terpengaruh dengan ikon-ikon hiburan yang terdapat di Barat. Daripada cara berhibur,berlanjutan kepada cara berpakaian, yang seterusnya berlanjutan ke dalam cara hidup dan amalan seluruh kehidupan, serta cara berfikir dan perlakuan ikon-ikon tersebut ditiru dan diaplikasikan dalam kehidupan mereka. Hasilnya kita dapat lihat betapa berleluasanya gejala sosial remaja pada hari ini. Kulasentana dewan kluster intelektual sekalian, lontaran indikator ketiga. Masalah sosial yang meruncing kesan dari globalisasi. Antaranya pancaran media massa yang kini banyak menghidangkan intisari rancangan yang berunsurkan hiburan, tayangan gambar atau filem yang lucah, merosakkan mentaliti dan perlakuan remaja hari ini. Bukan tidak sedar, tetapi apabila nafsu tidak dapat dikawal dan dididik lagi,maka ia akan menguasai akal. Maka apabila nafsu menjadi raja,lahirlah implikasi hubungan yang sumbang. Sidang dewan sekalian, hakikatnya perkembangan globalisasi dan pembangunan nilai-nilai islam dan akhlak murni,

mempunyai kaitan yang cukup rapat. Jika salah satunya dibuang maka kesannya amat besar pada dunia. Jika kita menjadikan globalisasi sebagai kehidupan kita tanpa menjadikan nilai-nilai Islam itu sebagai panduan,maka banyak kesan negatifnya dari positif,dan jika kita meninggalkan globalisasi kita akan hidup dalam kemunduran. Islam itu sendiri menggalakkan umatnya mencari dan mendalami ilmu supaya dengan ilmu kita dapat melakukan perubahan.

natijahnya,dapat disimpulkan bahawa globalisasi dan asas model Islam perlulah selari agar kita tidak hidup jauh tersasar dari nikmatnNya. Jangan biarkan globalisasi menghakis nilai-nilai keislaman dan jati diri generasi muda kita. Dan janganlah kita menjadi golongan umat yang kuffur pada nikmat Allah

Junjungan Mulia melalui riwayat Muslim, Maksudnya: Sesiapa yang inginkan dunia, maka dengan ilmu. Sesiapa yang inginkan akhirat,maka dengan ilmu. Dan sesiapa yang inginkan kedua-duanya,maka dengan ilmu.

Dian tiga lilin pun tiga Tanglung tergantung rumah laksamana Diam juga sabar pun juga Ada umur tidak ke mana Tuan puteri pergi ke Rasah Pulang semula sebelah pagi Kita bertemu akhirnya berpisah Diizin Tuhan bersua lagi

sekian, wabillahhitaufiq wal hidayah wassalamu'alaikum warahmatullahhi wabarakatuh. Pemidato bestari mohon permisi.

You might also like