FALKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

JANUARI / 2012

HBPE 3203 PENDIDIKAN LUAR

NAMA NO. MATRIKULASI

: :

IKMAL HISHAM BONG ABDULLAH 720113135055002 720113135055 0148813027 ikmalhisham@OUM.edu.my

NO. KAD PENGENALAN : NO. TELEFON E-MEL : :

PUSAT PEMBELAJARAN :

PPW SARWAK

1

ISI KANDUNGAN

Muka Surat

1.0 2.0 3.0 4.0

Pengenalan Kepentingan Pemuliharaan dan Pemeliharaan Alam Sekitar. Kepupusan Rafflesia Seladang 4.1 4.2 Proses Mengawan Status Taburan dan Populasi

3 3-6 5-6 6–7

5.0

Faktor – Faktor Penyebab Kepupusan Flora dan Fauna 5.1 5.2 5.3 Pembalakan Pembakaran Hutan Untuk Tujauan pertanian Pemburu Haram

7 – 10

6.0

Usaha-usaha Konservasi 6.1 6.2 6.3 Pendidikan Alam Sekitar Kepada Pelajar Penguatkuasaan Undang-Undang Kempen Kesedaran dan Promosi Alam Sekitar

10 -12

7.0

Kesimpulan

12 – 13

RUJUKAN

2

1.0

Pengenalan

KAMUS Dewan edisi keempat tahun 2005 mendefinisikan pelihara sebagai membela, menjaga dan merawat, manakala pulihara membawa makna memulihkan serta memelihara, dan melindungi sesuatu supaya sentiasa berada dalam keadaan baik.

Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamed juga mengenalpasti cabaran terhadap alam sekitar sebagai salah satu cabaran yang perlu ditangani oleh Malaysia dalam perjalanannya ke destinasi menjadi negara maju pada 2020. Dalam artikel Malaysian Timber Council melaporkan keluasan hutan di Malaysia 32.83 juta hektar, Malaysia terdiri daripada gabungan 13 buah negeri dan tiga Wilayah Persekutuan; 11 daripada negeri-negeri tersebut serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya merangkumi kawasan seluas 13.16 juta hektar terletak di Semenanjung

Malaysia, manakala Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan yang berkeluasan 7.37 juta hektar, dan juga Sarawak yang berkeluasan 12.30 juta hektar, terletak di Kepulauan Borneo.

Malaysia adalah antara negara-negara membangun seperti Brazil, Indonesia, Filipina dan Thailand yang mempunyai kawasan hutan dengan peratusan yang tinggi (Pertubuhan Makanan dan Pertanian Sedunia - FAO, 2005). Lebih 59% (19.42 juta hektar) daripada keluasannya masih dilitupi hutan. Daripada jumlah ini, kawasan hutan seluas 5.88 juta hektar terdapat di Semenanjung Malaysia, 4.30 juta hektar di Sabah dan 9.24 juta hektar di Sarawak. Luas kawasan yang dilitupi pokok-pokok ini akan meningkat kepada lebih 76% (25.90 juta hektar) sekiranya tanaman seperti getah, kelapa sawit, koko dan kelapa diambil kira. Hanya 24% daripada jumlah keseluruhan kawasan tanah digunakan untuk tujuan-tujuan lain.

2.0

Kepentingan Pemuliharaan dan Pemeliharaan Alam Sekitar.

Pendidikan Pemuliharaan dan pemeliharaan atau konservasi merupakan satu usaha yang dilakukan secara berperingkat-peringkat atau terus-menerus supaya masyarakat mempunyai kesedaran dan keprihatinan terhadap konservasi alam sekitar dan segala permasalahannya yang meliputi pengetahuan, sikap, ciri-ciri, motivasi, kaedah dan komitmen untuk manangani masalah konservasi. Terdapat beberapa objektif Pendidikan Konservasi mengikut UNESCO 1976.
3

Tujuan pendidikan konservasi yang pertama ialah untuk memupuk kesedaran dan kepekaan terhadap alam sekitar dan alam semula jadi termasuk permasalahannya. Objektif ini akan meningkatkan keprihatinan individu dan kelompok komuniti serta masyarakat terhadap konservasi alam semula jadi. Contoh isu-isu yang perlu kita ambil perhatian adalah seperti masalah kesan rumah hijau, penipisan lapisan ozon serta kenaikan purata suhu. Seterusnya ialah pengetahuan ‘knowledge’. Pengetahuan yang dimaksudkan ialah pemahaman dan pengetahuan yang terperinci mengenai alam sekitar, permasalahan, peranan dan tanggungjawab terhadap alam sekitar. Pengetahuan ini dapat memberikan peluang kepada semua orang untuk mendapatkan kesedaran, pengetahuan, dan komitmen untuk bersama-sama berganding bahu melakukan konservasi alam semula jadi. Objektif yang seterusnya ialah sikap ‘attitude’. Nilai-nilai moral yang perlu dipupuk adalah rasa prihatin yang mendalam terhadap alam, motivasi untuk turut serta dalam usaha-usaha perlindungan alam sekitar serta semangat dalam manghargai alam secara lestari yang harus ditanam dalam diri pelajar. Pembentukan sikap yang mesra terhadap alam semula jadi akan menjadikan manusia lebih menghargai sumber-sumber yang semakin kurang dan generasi yang akan datang tidak akan menghadapi masalah kekurangan sumber.

Keterampilan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang berlaku dalam konservasi sumber daya alam juga dijadikan sebagai salah satu objektif pendidikan konservasi. Objektif ini dapat mengembangkan etika konservasi dan memberikan pengetahuan tentang cara dan kaedah yang betul serta tepat untuk menyelesaikan masalah pencemaran di alam sekitar. Seterusnya ialah kemampuan penilaian ‘evaluation ability’. Sekiranya setiap pelajar mempunyai kemampuan untuk menilai konservasi alam dan program pendidikan dari segi ekologi, ekonomi, sosial, estetika dan pendidikan, alam sekitar pada masa depan pasti dapat dipelihara dan masalah pencemaran atau pelupusan haiwan dapat ditangani dengan mudah. Objektif yang terakhir ialah mengambil bahagian ‘participation’. Apabila pelajar mengambil bahagian dalam aktiviti konservasi, mereka dapat meningkatkan rasa tanggungjawab terhadap sesuatu masalah konservasi alam lalu dapat mengambil tindakan yang relevan dan sewajarnya untuk mengatasinya. Contohnya mereka yang mengambil bahagian akan menggunakan
4

pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah kesan rumah hijau dengan cara yang saintifik dengan menggunakan kemajuan teknologi yang ada.

3.0 Kepupusan Rafflesia Rafflesia adalah salah satu spesies flora yang hampir pupus. Rafflesia ialah tumbuhan yang aneh. Pada hakikatnya, apabila ia sudah kembang, ia mengeluarkan bau yang teramat busuk, dan tumbuhan ini juga agak berat. Tidak seperti tumbuhan lain, rafflesia tidak mempunyai daun untuk memproses karbon dioksida dan cahaya matahari bagi menghasilkan gula dan oksigen. Rafflesia ditemukan di hutan hujan Indonesia oleh seorang pemandu dari Indonesia yang bekerja untuk Dr. Joseph Arnold tahun 1818, dan dinamai berdasarkan nama Thomas Stamford Raffles, pemimpin ekspedisi itu. Ia terdiri atas kira-kira 27 spesies (termasuk empat yang belum sepenuhnya diketahui cirinya seperti yang dikenali oleh Meijer 1997), semua spesiesnya ditemukan di Asia Tenggara, di Malaysia, Kalimantan, Sumatra, dan Filipina.

Tumbuhan ini tidak memiliki batang, daun ataupun akar yang sesungguhnya. Rafflesia merupakan endoparasit pada tumbuhan merambat dari genus Tetrastigma (famili Vitaceae), menyebarkan haustoriumnya yang mirip akar di dalam jaringan tumbuhan merambat itu. Satu-satunya bagian tumbuhan Rafflesia yang dapat dilihat di luar tumbuhan inangnya adalah bunga bermahkota lima. Pada beberapa spesies, seperti Rafflesia arnoldii, diameter bunganya mungkin lebih dari 100 cm, dan beratnya hingga 10 kg. Bahkan spesies terkecil, Rafflesia manillana, bunganya berdiameter 20 cm. Bunganya tampak dan berbau seperti daging yang membusuk, karena itulah ia disebut "bunga bangkai" atau "bunga daging". Bau bunganya yang tidak enak menarik serangga seperti lalat dan kumbang kotoran, yang membawa serbuk sari dari bunga jantan ke bunga betina. Sedikit yang diketahui mengenai penyebaran bijinya. Namun, tupai dan mamalia hutan lainnya ternyata memakan buahnya dan menyebarkan bijibijinya. Rafflesia adalah bunga rasmi negara Indonesia, begitu pula provinsi Surat Thani, Thailand. Nama "bunga bangkai" yang dipakai untuk Rafflesia membingungkan kerana nama umum ini juga digunakan untuk menyebut Amorphophallus titanum (suweg raksasa/batang krebuit) dari famili Araceae. Terlebih lagi, karena Amorphophallus mempunyai perbungaan tak bercabang
5

terbesar di dunia, ia kadang-kadang secara salah dianggap sebagai bunga terbesar di dunia. Baik Rafflesia maupun Amorphophallus adalah tumbuhan bunga, namun hubungan kekerabatan mereka jauh. Rafflesia arnoldii mempunyai bunga tunggal terbesar di dunia dari seluruh tumbuhan berbunga, setidaknya bila orang menilai dari beratnya. Amorphophallus titanum mempunyai perbungaan tak bercabang terbesar, sementara palem Talipot (Corypha umbraculifera) memiliki perbungaan bercabang terbesar, terdiri atas ribuan bunga; tumbuhan ini monokarpik, yang artinya tiap individu mati setelah berbunga 4.0 Seladang Seladang (Bos gaurus, dahulu Bibos gauris) ialah sejenis haiwan bovin yang besar dan berbulu warna gelap di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Bilangannya yang terbesar pada hari ini adalah di India. Seladang ialah spesies lembu liar yang terbesar dan adalah lebih besar daripada Kerbau Tanjung, Kerbau Air Liar Asia, dan bison. Dalam konteks pelancongan safari, ia dikenali sebagai bison India, akan tetapi istilah ini tidak tepat daripada segi teknikal. Bentuk bela jinak Seladang dikenali sebagai gayal atau mithun. Seladang dapat dikenal pasti menerusi rabung cembungnya yang tinggi pada dahi di antara tanduknya yang melentur dengan tetap ke depan. Ini menyebabkan lekuk pada tampang bahagian atas kepalanya. Hujung tanduk melentur ke dalam dan sedikit ke belakang, manakala kaki tanduk sangat leper. Telinga Seladang amat besar, tetapi ekornya hanya sampai ke pergelangan kaki belakang. Tidak terdapat gelambir yang jelas pada leher dan dadanya. Rabung di bahagian belakang sangat ketara. Seladang jantan dewasa berwarna antara perang gelap sehingga hampir hitam bagi Seladang yang amat tua. Bagaimanapun, bahagian atas kepala dari atas mata sehingga tengkuk berwarna kelabu atau kekadangnya putih kotor. Muncung Seladang jantan berwarna pucat, dengan bahagian bawah kakinya berwarna putih tulen. Bulu jantan yang tua sangat nipis pada bahagian belakangnya. Sebaliknya, warna Seladang betina dan anak lebih pucat dan kekadang mempunyai warna kuning keperang-perangan sedikit yang paling ketara bagi Seladang yang hidup di daerah kering dan terbuka. Tanduk Seladang berwarna hijau pucat atau kuning hampir pada sepanjangnya tetapi hujung tanduk berwarna hitam.

6

4.1

Proses Mengawan:

Dalam kurungan, seladang mencapai usia matang pada 2.3-2.4 tahun. Di habitat asal, pembiakan berlaku sepanjang tahun walaupun terdapat tempoh kemuncak antara bulan Disember dan Jun. Semasa proses mengawan, seladang jantan akan mengeluarkan bunyi mengawan yang khas dan boleh didengar sejauh 1.5 km. Anak seladang akan lahir selepas tempoh bunting selama 310-314 hari dan menyusu sehingga 9 bulan. Seladang betina dalam kurungan boleh melahirkan lebih kurang 13 ekor anak sepanjang hayatnya, dengan tempoh selang kelahiran 373-590 hari. Hayat seladang dalam kurungan adalah antara 17-19 tahun.

4.2 Status Taburan Dan Populasi

Di seluruh negara dianggarkan terdapat 13,000-30,000 ekor seladang dengan 5,200-18,000 ekor individu matang, namun demikian corak populasi keseluruhan adalah menurun. Seladang terdapat di negara Bangladesh, Kemboja, China, India, Semenanjung Malaysia, Myanmar, Nepal, Thailand dan Veitnam. Subspesis Bos gaurus hubbacki hanya boleh dijumpai di Semenanjung Malaysia dan Thailand. Di Semenanjung Malaysia, ia boleh

ditemui di Pahang, Kelantan, Kedah, Perak dan Terengganu. Anggaran populasi minimum seladang sekarang dianggarkan di antara 273-333 ekor, berbanding dengan 549-577 pada tahun 1991. Faktor – Faktor Penyebab Kepupusan Flora dan Fauna

5.0

Kita seolah-olahnya tiada pilihan dalam memenuhi tuntutan pemodenan dan kemajuan. Kita terpaksa mengorbankan flora dan fauna dalam proses memajukan negara. Akibat dari itu banyak flora dan fauna diancam kepupusan. Selain itu kepupusan flora dan fauna akan menakibatkan ketidakseimbangan kitaran ekologi. Alam sekitar dan manusia adalah sebahagian dari keseimbangan itu. Sudah jelas kepada kita akitiviti manusia yang menjadi punca masalah kemusnahan flora dan fauna ini. Faktor-faktor penyebab kepupusan ialah;

7

5.1

Pembalakan

Kawasan hutan yang kecil akan mengurangkan kemampuan haiwan-haiwan ini mencari makanan dan juga mencari pasangan untuk tujuan pembiakan. Kematian dan pengurangan bilangan adalah kesan utama yang akan berlaku disebabkan masalah ini. Keadaan ini menjadi lebih seruis lagi apabila wujudnya pembalakan haram. Pembalakan- pembalak haram giat membuat aktiviti pembalakan di tempat yang tidak

sepautunya. Pokok-pokok yang tumbang menghempas tumbuhan-tumbuhan kecil yang berada di bawahnya. Keadaan ini menyebabkan tubuhan renek ini mengalami kepupusan. Apabila hutan yang sedia ada dikorbankan, tiada lagi habitat yang tinggal untuk flora dan fauna. Pada tahun 1986 hingga Jun 1990, 500,000 hektar hutan di Malaysia ditebang tetapi kawasan yang dibenarkan hanya 320,000 hektar sahaja. Ini menurut laporan Trade Record Analysis of Fauna dan Flora. Meranti dan Cengal telah menjadi sasaran pembalakan haram kerana ia merupakan pokok yang dilindungi. Membalak di kawasan perlindungan seperti di kawasan hutan simpan dan Taman Negara. 5.2 Pembakaran Hutan Untuk Tujauan pertanian

Penukaran tanah dari hutan kepada pertanian telah mengakibatkan berlakunya penebangan hutan secara meluas. Selain daripada mengurangkan jumlah hutan asal dan biodiversiti hutan dan hidupan liar, penebangan hutan juga turut menyumbang kepada hakisan tanah, pemendapan, kerosakan cerun dan tanah runtuh di Malaysia Pembangunan pertanian menyokong US$30 bilion nilai jualan racun makhluk perosak setiap tahun di seluruh dunia. Kira-kira 40% daripada jumlah ini dibelanjakan di negara membangun untuk sebatian toksik seperti DDT, orgonofosfat dan organoklorin. Menurut Repetto dan Baliga (1996), Malaysia merupakan salah sebuah negara yang paling banyak menggunakan racun makhluk perosak yang paling intensif di Asia. Jumlah racun makhluk perosak yang digunakan bagi setiap hekter tanaman untuk tahun 1992 dilaporkan 9.2 kilogram perhektar iaitu hampir sepuluh kali ganda jumlah yang digunakan di Thailand untuk tempoh yang sama. Selain menimbulkan masalah pencemaran air akibat penggunaan secara intensif ini, rakyat Malaysia yang menggunakan penyembur serta operator mesin penyembur racun makhluk
8

perosak akan menghadapi risiko akibat pendedahan terutamanya melalui kulit, apabila menggunakan peralatan yang tidak sempurna untuk mencampurkan atau menyembur racun makhluk perosak. Oleh sebab itu, flora dan fauna ini pupus akibat penggunaan bahan kimia yang berluasa. Refllesia tumbuhan yang sensitif memerlukan kawasan hutan untuk hidup subur sudah tentu tiada peluang tumbuh lagi. Penanaman kelapa sawit dan getah secara komesial telah menyebabkan banyak hutan di Malaysia ditebang dan di bersihkan. Ini dilakukan tanpa memikirkan habitat flora dan fauna. Setakat 2009, Malaysia mempunyai 4.7 juta hektar ladang kelapa sawit, 416 kilang, 43 pelumat, 51 kilang penapis, 18 loji oleokimia dan 25 loji bio-diesel. 5.3 Pemburu Haram

Selain proses pembangunan dan pertanian,kepupusan hidupan liar juga berlaku akibat pemburuan haram bagi mendapatkan haiwan sama ada sebagai makanan, bahan perubatan dan perhiasan. Gajah, badak, beruang, seladang dan penyu adalah antara spesies dilindungi yang semakin pupus kerana sering menjadi sasaran pemburu haram bagi mendapatkan anggota badan haiwan berkenaan. Di rantau Asia, pemburuan haram bermula sejak beratus-ratus tahun lalu dan dipercayai kerja mengeksport penyu dan kura-kura dari Sumatera keluar negara dilakukan hampir setiap minggu dan perdagangan haram dianggar mencecah nilai AS$6 bilion (RM22.8 juta) setahun. Permintaan itu semata-mata memenuhi selera eksotik sebahagian masyarakat Asia yang percaya mengenai ‘khasiat’ anggota badan haiwan. Menrut pegawai Saintifik Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), StellaMelkion, pemburuan itu dilakukan untuk perubatan, perhiasan, dan makanan eksotik selain dijadikan haiwan peliharaan.

Gaya hidup manusia turut menjurus kepada kemusnahan haiwan. Semua sedia maklum, walaupun pelbagai undang-undang dan peraturan diperkenalkan, masalah memburu binatang untuk mendapatkan kulit, gading dan bahagian-bahagian badan binatang yang dikatakan memberi kekuatan pada manusia terus berleluasa. Harimau, memerang, paus, badak, dan gajah adalah antara binatang yang diburu untuk tujuan tersebut Pemburu haram ini bukan sahaja mengeksploitasikan bintang ini malahan mengaut keuntungan yang banyak melalui kegiatan ini. Permintaan yang tinggi melalui pasaran

9

antarabangsa dan tempatan terhadap binatang ini menjadi punca utama kegiatan ini berleluasa. Harimau Malaya merupakan satu spesies yang kian terancam kerana pemburuan terhadapnya. Permintaan yang tinggi terutama dalam bidang perubatan Cina menyebabkan Harimau Malaya kini hanya tinggal sejumlah yang sedikit sahaja.

5.4

Pembakaran Hutan

Pembakaran hutan secara terbuka untuk tujuan menerangkan tanah pertanian menymbang kepada kepupusan flora dan fauna. Pembakaran ini boleh melibatkan kawasan yang luas terutama untuk penanaman tanaman komersial seperti kelapa sawit. Pertanian skala kecil juga turut menyebabkan habitat fauna musnah. Flora di kawasan hutan yang dibakar akan pupus sama sekali. Lebih menyedihkan, kebakaran hutan yang besar dan tidak dapat dikawal akan memusnahkan sesuatu spesies haiwan selama-lamanya.

6.0 6.1

Usaha-usaha Konservasi Pendidikan Alam Sekitar Kepada Pelajar

Pendidikan Alam Sekitar membantu generasi masa hadapan menyedari kepentingan alam sekitar dan ada kesdaran untuk memeliharanya.. Satu cara untuk menjalankan pendidikan alam sekitar ialah dengan mengintegrasikan pendidikan alam sekitar dalam pengajaran di bilik darjah. Dalam konteks Malaysia, perkara ini sudah pun diperkenalkan secara rasmi pada tahun 1998 dengan terbitnya Buku Panduan Guru Pendidikan Alam Sekitar merentas Kurikulum untuk sekolah rendah dan menengah oleh Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia. Bagi peringkat prasekolah buku berkenaan diterbitkan pada tahun 2005.

Elemen Pendidikan Alam Sekitar disepadukan dan diajar secara jelas dalam mata pelajaran seperti Pendidikan Moral, Geografi, Bahasa, Pendidikan Agama Islam dan juga dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang akan diperkenalkan pada tahun 2005 (Ministry of Education Malaysia, 2004). Selain daripada pendidikan formal dalam bilik darjah, Pendidikan Alam Sekitar juga berlaku secara tidak formal melalui aktiviti kokurikulum berbentuk program/projek seperti Kelab Alam Semula Jadi dan projek 3K (Keselamatan, Keceriaan dan Kecantikan), pertandingan kuiz, Kempen Kitar Semula, ceramah dan lawatan.
10

6.2

Penguatkuasaan Undang-Undang

Usaha pemuliharan dan pemeliharan flora dan fauna sukar dicapai jika tiada penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas oleh badan-badan yang berkenaan seperti Jabatan Perhutanan dan Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dan Jabatan Alam Sekitar, pihak Kastam dan Polis.. Dendaan dan penjara terhadap pesalah yang melakukan kerosakan terhadap alam sekitar misalan penebangan balak secara haram, memburu binatang yang dilindungi, pembakaran terbuka dan sebagainya.

Rrisalah yang diterbitkan oleh Majlis Perkayuan Malaysia bertarikh Mac 2007 bertajuk ‘Pengurusan Hutan Mampan’ menyatakan Kerajaan Malaysia memang mengambil berat tentang penyeludupan kayu yang diragui sumber asalnya kerana ini boleh mengancam usahausaha Malaysia untuk membasmi pembalakan haram dalam negara seterusnya memusnahkan reputasi kayu dan produk-produk kayunya. Berikutan tindakan Indonesia mengharamkan eksport kayu balak bulat pada Oktober 2001 untuk memerangi masalah pembalakan haram di negara itu, Malaysia pula mengharamkan import kayu balak dari negara tersebut pada 25 Jun 2002.

Untuk menunjukkan kesungguhan dalam membanteras kemasukan kayu balak Indonesia, Malaysia telah memperkukuhkan usaha penguatkuasaan dan mengetatkan ruangan yang boleh menggugat perlaksanaan pengharaman itu dengan mengharamkan import ‘roughly squared logs’ atau ‘Large Scantlings and Squares (LSS)’ dengan keratan rentas melebihi 60 inci persegi pada 1 Jun 2003. Beberapa langkah lagi telah diperkenalkan bagi mempertingkatkan penguatkuasaan dan mencegah penyeludupan terutamanya di sepanjang sempadan dan pesisiran pantai. Antaranya ialah dengan membuat pemeriksaan yang kerap dan melawat pelabuhan serta jeti-jeti persendirian yang terletak bersama-sama dengan pasukan Kastam Diraja Malaysia dan Penguasa Pelabuhan Malaysia. Prosedur dalam pengeluaran lesen juga telah diperketatkan, termasuklah dengan mengenakan syarat kepada para pengimport kayu balak untuk menunjukkan bukti sumber-sumber kayu yang sahih selain dari Indonesia. Dengan ada usaha yang berterusan ini diharapkan kawasan hutan dapat dikekalkan dan sudah tentu habitat flora dan fauna dapat dipulihara.

11

6.3

Kempen Kesedaran dan Promosi Alam Sekitar

Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan (RMKe-8), penerapan pertimbangan alam sekitar dalam perancangan dan pembangunan dipertingkatkan. Usaha untuk meningkat kesedaran terhadap alam sekitar dipergiat di peringkat sekolah, komuniti dan kebangsaan. Pada tahun 2002, Pertubuhan NGO Alam Sekitar Malaysia (MENGOs) diwujudkan untuk menggabung 18 badan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan dengan alam sekitar bertujuan mengukuh kerjasama dan integrasi dalam usaha mereka bagi meningkatkan kesedaran terhadap isu alam sekitar dan sumber asli serta memberi input, komen dan maklum balas kepada Kerajaan. Bagi menggalak pihak berkuasa tempatan mengguna pakai amalan mesra alam, program Bandar Lestari-Anugerah Alam Sekitar dilancarkan pada tahun 2005 dan Kuantan, Pahang muncul sebagai penerima pertama anugerah tersebut.

Dengan mengamalkan sikap mengitar semula bahan terbuang, penggunaan semula bahan terpakai, mengurangkan pembelian bahan yang tidak boleh dikitar semula dan mengamalkan amalan mesra alam seperti mengurangkan penggunaan elektrik dan air mampu mengurangkan penggunaan sumber semulajadi dalam penghasilan sesuatu produk. Pelajar sekolah boleh diajak mengikuti program kitar semula dengan mengadakan pertandingan kitar semula mengumpul kertas, tin aluminium dan botol plastik untuk dijual dan wang jualan dijadikan dana kelas. Program ini tentu mengujakan pelajar di samping diterapkan nilai sayangkan alam sekitar. Pertandingan kuiz, syarahan dan pidato berkaitan pemuliharaan dan pemeliharan alam sekitar juga boleh diadakan untuk memberi kesedaran kepada pelajar.

Kempen melalui media masa dan media cetak dapat memberi kesedaran menjaga kebersihan. kempen yang berterusan diharapkan dapat menyedarkan masyarakat tentang penjagaan alam sekitar.

7.0

Kesimpulan

Kepupusan flora dan fauna bermakna alam sekitar negara kita juga turut musnah. Pembangunan memang tidak dinafikan amat penting untuk kemajuan negara namun harus mengambil kira kesannya terhadap alam sekitar. Semua pihak harus bekerjasama dan bertanggungjawab memelihara alam sekitar kita yang indah. Kehidupan tidak akan sempurna
12

tanpa flora dan fauna di sekeliling kita. Semua pihak harus sedar kepupusan flora bermakna kualiti udara yang kita sedut juga akan tercemar.

Pemuliharan dan pemeliharaan alam sekitar sentiasa menjadi agenda utama negara. Walaupun negara kita antara pengeluar kayu balak dan juga penanam kelapa sawit utama dunia, kerajaan tidak mengabaikan aspek pemuliharan dan pemeliharaan hutan. Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan (RMKe-8), penerapan pertimbangan alam sekitar dalam perancangan dan pembangunan dipertingkatkan. Usaha ini membolehkan pelaksanaan pengurusan alam sekitar dan sumber asli yang lebih bersepadu dan menyeluruh. Keupayaan institusi dan rangka kerja kawal selia diperkukuh serta pendekatan dan instrumen perancangan baru diperkenal. Usaha mempromosi pembangunan mampan telah menempatkan Malaysia di kedudukan ke-38 di kalangan 146 negara di dunia dan kedua di Asia dari segi kemampanan alam sekitar. Di samping itu, Kajian Indeks Prestasi Alam Sekitar meletakkan Malaysia di kedudukan kesembilan daripada 133 negara dari segi usaha untuk mengurangkan tekanan persekitaran ke atas kesihatan manusia dan memelihara daya hidup ekosistem.

13

RUJUKAN

Abdul Latif Mohamad & Norhayati Ahmad (2010). Pemuliharaan dan Kepelbagaian Biologi untuk pembangunan Eko Pelancongan di Langkawi Geopark. Dicapai pada 1 Mac 2012 dari www.ukm.my/penerbit/akademika/.../jademik80-lock-Bab4.pdf. Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (2007). Laporan Tahunan 2007. Dicapai pada 1 Mac 2012 dari www.frim.gov.my/v1/download/annualreport/AR07.pdf. Jabatan Alam Sekitar (2006).Pemuliharaan Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama. Dicapai pada 20 Februari 2012 dari www.epu.gov.my/html/themes/epu/html/rm9 /bahasa/ Bab22.pdf. Jabatan Alam Sekitar (2009). Ke Arah Generasi Lestari. Dicapai pada 20 Februari 2012 dari www.apps.doe.gov.my/portal_efiles/e.../view.php?file.../Era. Jabatan Hidupan Liar Sabah (2003). Alam Semulajadi. Dicapai pada 20 Februari 2012 dari www.wildlife.sabah.gov.my/edu/.../Marin%20LAYOUT(N).pdf. Kamus Dewan. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Melati Mohd Ariff ( 2011, Mac 21). Khazanah Hari Hutan Sedunia. Dicapai pada 3 Mac 2012 dari www.waterwatchpenang.org/C/Forest+and+Water. Rimba Hijau. (2000). Jabatan Perhutanan Malaysia. Jamili Nais (2004). Rafflesia. Bunga Terbesar di Dunia. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Pustaka. Ebin bin Yusof (1981, July). A Review Of The Malayan Seladang: Kuala Lumpur.Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara. Dicapai pada 3 mac 2012 dari www.wildlife.gov.my/.../AReviewOfMalay.

14

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful