BENGKEL PERANCANGAN STRATEGIK PENGURUSAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING 22 hingga 26 November 2004 Hotel Kuala Lumpur International

, Kuala Lumpur KAJIAN TINDAKAN PONTENG DI SEKOLAH KUMPULAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN

TAJUK : “LAMBAIAN KASIH ….. JOM PI SEKOLAH” KE ARAH MENINGKATKAN PERATUS KEHADIRAN MURID TAHUN EMPAT AMAN PADA HARI AHAD 1. REFLEKSI MASALAH Mutakhir ini isu ponteng sekolah telah menjadi satu isu yang hangat diperkatakan oleh semua pihak. Keadaan yang sama juga berlaku di sekolah saya, namun yang membezakannya ialah peratus kehadiran merosot pada setiap hari Ahad.Berdasarkan pemerhatian saya yang di buat pada hari Ahad minggu pertama bulan Februari, kedapatan jumlah kehadiran murid yang berkurangan daripada hari-hari persekolahan yang lain . Sebanyak 80 orang daripada 700 murid ( 11.4% ) tidak hadir pada hari Ahad tersebut . Oleh itu mesej dan maklumat yang hendak disampaikan kepada murid semasa perhimpunan tidak kesampaian sepenuhnya. Justeru itu tergerak di hati saya untuk membuat kajian tindakan bagi menangani masalah ini demi mempertingkatkan peratus kehadiran pada setiap hari Ahad. 2. ISU KEPERIHATINAN Jumlah ketidakhadiran murid pada hari Ahad di kelas 4 Aman adalah kritikalberbanding dengan kelas-kelas lain kerana : i ) Perhimpunan mingguan ii) Program televisyen yang menarik iii) Cuti mingguan ibubapa yang bertugas dengan pihak swasta iv) Kecenderungan murid menyambung cuti mingguan mengikut ibubapa Sekiranya perkara ini tidak diatasi ianya akan menjadi barah kepada kelas-kelas yang lain dan ini akan menyebabkan mereka ketinggalan serta guru sukar untuk menghabiskan Sukatan Pelajaran yang telah dirancang. 3. OBJEKTIF KAJIAN 3.1 Objektif Umum Tujuan kajian untuk meningkatkan kehadiran murid tahun 4 Aman ke sekolah pada hari Ahad Objektif Khusus

3.2

Meningkatkan peratus kehadiran 15 orang murid tahun 4 Aman yang menjadi sasaran utama kajian. 4. SASARAN KAJIAN Fokus kajian terhadap 15/40 murid dari tahun 4 Aman yang tidak hadir pada hari Ahad melebihi 6 kali dalam masa 3 bulan ( Mac,April dan Mei ) tanpa sebarang sebab. 5. MERANCANG TINDAKAN 5.1 5.2 5.3 Tinjauan awal dengan meneliti rekod kedatangan murid Berbincang dengan guru kelas dan menemubual rakan sekelas tahun 4 Aman Data ketidakhadiran murid 4 Aman mengikut bulan-bulan adalah seperti berikut: Mac 25 % 20 % 25 % 15 % April 22 % 20 % 15 % 25 % Mei 15 % 20 % 15 % 22 %

Minggu 1 2 3 4

Responden Kajian Tindakan

Responden R1 R2 R3 R4 R5 R6 R7 R8 R9 R10 R11 R12 R13 R14 R15

Bil Hari Tidak Hadir 6 8 7 6 9 8 6 9 8 6 8 6 9 6 8

Alasan Sebab perhimpunan Program televisyen Ikut ibubapa bercuti Sebab perhimpunan Program televisyen Sebab perhimpunan Ikut ibubapa bercuti Sebab perhimpunan Program televisyen Lain-lain sebab Sebab perhimpunan Program televisyen Sebab perhimpunan Lain-lain sebab Sebab perhimpunan

Nota: * 7 orang tidak hadir kerana tiak berminat dengan perhimpunan 4 orang disebabkan oleh pengaruk televisyen 2 orang ikut ibubapa bercuti 2 orang lain-lain sebab

6. MELAKSANAKAN TINDAKAN Hasil analisis yang dibuat , didapati bahawa 7/15 tidak hadir ke perhimpunan kerana a) Terlalu lama b) Leteran guru c) Spotcheck d) Aturcara membosankan e) Stereotaip f) Suasana tidak kondusif 7. LANGKAH 7.1 7.2 7.3 7.4 7.5 Berbincang dengan pentadbir dan guru untuk memurnikan perhimpunan sekolah Cadang cara menepati masa yang telah ditetapkan Ucapan guru harus padat, tepat dan menepati sasaran. Spotcheck tidak dibuat selepas perhimpunan Mengadakan sesi kelompok / individu untuk menyedarkan murid tentang kepentingan perhimpunan sebagai acara rasmi dan 7.6 adakan pertandingan dan ganjaran untuk murid contoh. 8. BAHAN YANG DIGUNAKAN 8.1 Kertas A4 8.2 Brosur (kepentingan perhimpunan) 9. KOS 9.1 RM10.00 ( kertas A4 ) 10. JADUAL PELAKSANAAN / CARTA GANT

Tindakan Bil 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Aktiviti
Melaksanakan pemerhatian Menyemak buku rekod kehadiran Mengenalpasti responden Berbincang dengan guru kelas Temu bual dan kaji selidik Berbincang dengan pentadbiran Mesyuarat dengan semua guru Lawatan ke rumah Melaksana kaunseling kelompok dan individu

Jan Feb / / /

Mac / / / /

April / / /

Mei / / / / / / /

10. Maklum balas kepada pentadbir 11. Perhimpunan baru selepas kajian
Refleksi Tindakan

/ /

Pada keseluruhannya Lambaian Kasih ...... Jom Pi Sekolah telah menunjukkan peratus kehadiran pelajar tahun 4 Aman pada setiap hari Ahad telah meningkat sebanyak 75 peratus berbanding sebelum pelaksanaan kajian tindakan. Seramai 10 daripada 15 murid yang menjadi fokus kajian telah menunjukkan perubahan yang positif. Kajian Seterusnya Peningkatan peratus kehadiran murid ke sekolah pada hari Ahad tidak dapat menjamin kecemerlangan sikap dan sahsiah murid. Oleh itu satu kajian tindakan menambaikkan sahsiah pelajar perlu diadakan sebagai tindakan susulan. Di antara kajian tindakan yang akan diadakan selain daripada meneruskan Lambaian Kasih ...... Jom Pi Sekolah ialah : i) Kajian Tindakan Sahsiah Murid ii) Kajian Tindakan Pengurusan Diri

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful