HASIL KAJIAN 1.0 Maklumat Asas Produk 1.

1 Nama produk Produk yang dikeluarkan oleh pengusaha ialah makanan tradisional iaitu kuih bahulu. Pengusaha ini mengeluarkan bahulu jenis bahulu cermai. (letakkan gambar bahulu yang siap dibungkus) 1.2 Kategori Produk tempatan yang dikaji ialah makanan iaitu Bahulu. 1.3 Nama Pengusaha Produk makanan tradisional ini telah diusahakan oleh Pn Hjh Khatijah bt Hj idris. Beliau menubuhkan perusahaan makanan tradisional bahulu ini mulai tahun 2007 sehingga kini. Beliau merupakan pemilik tunggal perniaagaan makanan tradisional bahulu ini. 1.4 Lokasi Tempat kajian yang dilakukan oleh pengkaji adalah di Nombor 200, Felcra Bukit kepong 84030, Labis, Johor. Ianya terletak kira-kira 85 kilometer dari bandar Labis. Lokasi tempat kajian ini boleh dikatakan berada di kawasan luar bandar. Di bawah ialah lakaran peta ke lokasi tempat kajian (lakarkan peta lokasi kedai) 2.0 Latar Belakang 2.1 Sejarah Kewujudan Pada awalnya kerja mengeluarkan bahulu ini dilakukan oleh pengusaha sebagai aktiviti pada masa lapang dan proses penghasilannya hanya dibuat dibelakang rumahnya sahaja. Perusahaan ini dilakukan oleh Pn.Hjh Khatijah bt Hj Idris bersama suaminya iaitu Encik Muhd Muharam bin Sujak. Bahulu yang dikeluarkan oleh beliau adalah dalam skala yang kecil sahaja dan dijual di pasar malam dan hanya hasil permintaan daripada penduduk kampung sahaja. Selepas

itu, dalam beberapa jangkamasa, sambutan daripada pelanggan beliau agak menggalakkan dan dihantar di merata tempat. (print atau scan gambar lama da gambar sekarang untuk menunjukkan perbezaan) 2.2 Punca dan Jumlah modal Puan Hjh Khatijah bt Hj Idris mendapat modal daripada Jabatan Pertanian Muar pada tahun 2007. Beliau juga menerima bantuan barang keperluan seperti ketuhar, meja, dan juga bangunan untuk menghasilkan produk beliau. Bantuan yang beliau terima dalam anggaran RM30,000. 2.3 Pendaftaran Perniagaan (letakkan gambar lesen) Puan khatijah bt Hj Idris telah memulakan perniagaannya pada 25 januari tahun 2011. Perusahaan ini dijalankan di alamat No.200,Felcra Bukit Kepong, 85300, Labis, Johor. Nombor pendaftaran lesen perniagaan beliau ialah XXXXXX. 2.4 Tujuan/ kepentingan produk Bahulu ini dijual oleh Puan Hjh. Khatijah bt Hj. Idris di beberapa kawasan di sekitar daerah Muar dan juga beberapa pasar raya di bandar Segamat seperti di Pasaraya KipMart dan Nirwana. Beliau juga menjual produk beliau di Hospital Segamat. Pegusaha membekalkan bahulu ini dalam jumlah 150 bungkus seminggu. Satu bungkus bahulu dijual dengan harga RM 16.00. Selain itu, beliau juga menghantar produk beliau di kedai-kedai runcit di Felcra Bukit Kepong dalam kuantiti yang kecil iaitu antara 60 hingga 70 bungkus. Terdapat juga permintaan daripada penduduk setempat yang membuat pesanan dalam bentuk pek besar untuk majlis perkahwinan. Biasanya ia dijadiakan sebagai cenderamata semasa majlis perkahwinan. 3.0 Kaedah/ Cara Penghasilan Produk 3.1 Tenaga kerja Puan Hjh. Khatijah bt Hj. Idris menjalankan perniagaan ini bersama suaminya iaitu Encik Mohd Muharam bun Sujak. Beliau tidak mempunyai tenaga pekerja

yang lain. Biasanya mereka bekerja daripada pukul 9 pagi sehinggalah pukul 6 petang. Mereka juga bekerja tidak mengikut masa. Mereka juga bekerja mengikut permintaan pelanggan produk mereka. 3.2 Senarai Barang yang digunakan (tak perlu secara detail) Pengusaha perlu menyediakan beberapa barangan mengikut kuantiti yang berikut untuk satu adunan : Gula - 2 kilo setengah Tepung - 2 kilo setengah Ising – 1 camca Telur – 54 biji 3.3 Senarai Peralatan (letakkan gambar peralatan yang digunakan) Bagi menghasilkan produk di atas, pengusaha ini memerlukan peralatan seperti penapis tepung , mesin pemukul telur, acuan bahulu , dan ketuhar. 3.4 Proses Kerja / Peringkat Penghasilan Barang (tulis cara membuatnya dan gambar pemprosesan produk itu) Bagi menghasilkan kuih bahulu ini, pertama sekali telur perlulah dibasuh sehingga bersih. Hal ini demikian telur yang dibeli di kedai atau pasar raya kadang-kadang masih terdapat kekotoran pada lapisan luar telur itu terutama najis ayam dan bulunya. Keadaan ini akan menjejaskan tahap kebersihan bagi proses pembuatan makanan. Selepas itu telur akan dipecahkan sebiji-sebiji dan telur tersebut perlulah dipukul atau digoncang menggunakan peralatan tertentu sehingga kembang dan pekat bersama gula. Tepung pula perlulah diayak dahulu menggunakan mesin khas. Seterusnya, campurkan kesemua bahan tersebut. Kacau acuan tersebut dalam beberapa minit. Sementara itu, ketuhar hendaklah dipanaskan terlebih dahulu. Apabila ketuhar telah panas, letakkan sedikit minyak di dalam pencetak kuih supaya adunan tidak melekat. Kemudian, masukkan acuan tersebut ke dalam pencetak dan bakar di dalam ketuhar selama 10 minit.

Selepas 10 minit bekas bahulu tersebut bolehlah dikeluarkan daripada ketuhar. Bagi mengeluarkan bahulu daripada bekasnya kita hanya memerlukan sebatang lidi yang bersih. Lidi ini digunakan kerana ia mamudahkan kerja tersebut dan tidak menyebabkan bahulu rosak . 4.0 Perkembangan Produk 4.1 Kemajuan yang dicapai Puan Hjh. Khatijah bt Hj. Idris pada awalnya hanya membuat bahulu ini apabila ada tempahan saja daripada kawan-kawannya. Beliau juga pada awalnya hanya menghantar produk beliau di kedai runcit di Felcra Bukit Kepong sahaja dalam kuantiti yang sedikit. Selepas itu, sambutan agak menggalakkan dan beliau menerima tempahan daripada pelbagai pihak dan menerima tempahan untuk majlis perkahwinan. Produk beliau juga dihantar di merata tempat seperti di kawasan Muar dan Segamat dengan kuantiti yang besar dan banyak. Produk beliau juga boleh didapati di pasaraya besar di Segamat dan Muar. Dengan jumlah jualan yang mula bertambah menyebabkan pendapatan bulanan beliau semakin bertambah dan mampu memperbesarkan lagi perusahaan beliau. 4.2 Cabaran / Masalah yang Dihadapi Antara masalah yang dihadapi oleh pengusaha ialah bahan-bahan yang diperlukan seperti masalah harga telur yang mula meningkat. Dengan telur sebagai bahan utama , pengusaha tidak boleh mengurangkan jumlah telur bagi mengurangkan kos pembuatan bahulu tersebut. Jika telur dikurangkan ia akan menyebabkan mutu bahulu yang dihasilkan akan menjadi kurang . Contohnya kegebuan dan warna bahulu tersebut. 4.3 Potensi Produk Produk makanan tradisional kuih bahulu keluaran Puan Hjh. Khatijah bt Hj. Idris sangat berpotensi untuk dimajukan dan dikembangkan. Antara faktornya

adalah, beliau sering mendapat permintaan yang memberangsangkan. Lebihlebih lagi apabila tiba musim perkahwinan. 4.4 Perancangan Masa Hadapan Puan Hjh. Khatijah bt hj. Idris dan suami beliau, Encik Muhammad Muharam bin Sujak, bercadang untuk meluaskan lagi produk mereka di merata tempat. Selain itu, mereka juga ingin memperbesarkan perusahaan mereka ini dan lebih dikenali. Mereka juga berhasrat untuk mendapatkan sijil halal daripada pihak JAKIM supaya produk mereka betul-betul dijamin halal dan tiada keraguan bagi pembeli untuk membeli.

9) RUMUSAN Kajian yang dilakukan selama kira-kira sebulan ini menemukan saya dengan pelbagai perkara yang baru dan bernilai. Ia mengajar saya tentang tatacara penuh untuk mendapatkan bahan melalui pelbagai kaedah yang dicadangkan .Natijah kajian yang saya lakukan ini juga menelurkan beberapa unsur patriotisme yang saya perolehi. Melalui kajian yang saya

lakukan , sangat pantas jika kita berbangga sebagai rakyat Malaysia. Kita harus merasa bersyukur kerana hidup di dalam sesebuah negara yang aman damai yang pesat membangun. Melalui pemerhatian secara tidak langsung, salah satu faktor yang membawa kepada perkembangan dan kemajuan pesat perusahaan ini adalah kerana nilai-nilai murni yang diamalkan oleh pihak pengurusan yang terdiri daripada pengusaha dan juga para pekerja . Di sini lahir pelbagai nilai murni seperti bersatu padu, bertolak ansur, bekerjasama, hormat menghormati dan sentiasa bermuafakat dalam setiap urusan dan perkara. Sikap mementingkan diri , untuk kepentingan diri dan seperti perumpamaan enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing boleh dikatakan tiada dalam diri setiap daripada mereka . Ia melahirkan satu bentuk perpaduan dan kekitaan yang jitu antara mereka. Pihak pengurusan yang penuh bertanggungjawab dalam setiap tindakan juga

merupakan antara nilai murni yang dapat diperhatikan sepanjang kajian. Sebagai pengurus beliau yang menjadi orang sumber saya memperlihatkan sikap dan sifat ini dalam setiap tindakan dan langkah yang dilakukan . Akhir sekali , Kajian Kerja Kursus Sejarah ini juga telah menyedarkan saya tentang pentingnya sifat sentiasa berusaha dan tidak mudah putus asa pada setiap masa sesuai dengan proses pembuatannya yang menuntut kesabaran dan kegigihan.