P. 1
SOALAN 1B

SOALAN 1B

|Views: 44|Likes:
Published by Rajaish Krishnan

More info:

Published by: Rajaish Krishnan on Jun 20, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/01/2012

pdf

text

original

SOALAN 1B Guru X yang bertugas di sekolah Kebangsaan Dusun Muda telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

(SPRM) kerana disyaki membuat tuntutan perjalanan palsu. Beliau telah direman bagi membolehkan satu siasatan dijalankan untuk membolehkan beliau dibawa ke mahkamah untuk prosiding. (i) Jelaskan tatacara jika prosiding jenayah dimulakan terhadap Guru X.

Peraturan peraturan

tatatertib yang digunakan adalah terkandung dalam PeraturanPegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Peraturan ini

mengandungi peraturan dan kelakuan yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh seseorang pegawai awam. Pelanggaran ke atas sebarang peraturan yang

ditetapkan akan membolehkan tindakan tatatertib diambil.

Tujuan utama peraturan adalah untuk menjaga imej kerajaan khasnya dan Perkhidmatan Awam amnya. Tindakan tatatertib merupakan langkah yang perlu diikuti bagi menghukum pegawai awam yang didapati melanggar mana-mana peraturan tingkah laku mereka pada masa hadapan dan pada

supaya dapat memperbaiki

masa yang sama dapat dijadikan panduan kepada orang lain.

Tatacara tindakan tatatertib bagi kes sabitan jenayah/pegawai tertakluk kepada prosiding jenayah adalah diperuntukkan di bawah Peraturan 28, 29 dan 33, Peraturanperaturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Sebaik sahaja guru tersebut ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) beliau boleh dikenakan Penahanan Kerja atau Penggantungan Kerja. Penahanan Kerja merupakan satu perintah yang dibuat oleh Pihak Berkuasa Tatatertib berkenaan untuk menghalang seseorang pegawai daripada menjalankan tugas beliau mengikut Perkara 43 dan 44. Manakala Penggantungan Kerja pula merupakan satu perintah yang dibuat oleh Pihak Berkuasa Tatatertib berkenaan untuk menghalang seseorang pegawai daripada menjalankan tugas apabila pegawai itu disabitkan oleh
1

mahkamah atas kesalahan jenayah atau dikenakan perintah tahanan atau sekatan. Perintah ini adalah menurut Perkara 45. Namun perintah Penahanan Kerja dan Penggantungan Kerja ini bukanlah merupakan tindakan tatatertib terhadap guru tersebut. Ianya adalah untuk tujuan penyiasatan semata-mata.

Tahan Kerja terhenti dengan sendirinya sebaik sahaja prosiding jenayah dimulakan di mahkamah. Dibawah pekara 28, perkara pertama yang perlu dilakukan oleh Guru X ialah beliau perlu memaklumkan kepada Ketua Jabatan serta merta apabila prosiding jenayah dimulakan terhadapnya. Pendaftar, Timbalan Pendaftar atau Penolong Kanan Pendaftaran Mahkamah akan menghantar pertuduhan, tarikh dan waktu tangkapan, ikat jamin dan maklumat lain berkaitan kepada Ketua Jabatan guru terbabit. Ketua Jabatan pula perlu mendapatkan laporan daripada mahkamah dan kemukakan maklumat tersebut kepada Pihak Berkuasa Tatatertib berkenaan beserta syor sama ada guru ini patut ditahan kerja atau tidak. Secara umumnya laporan tersebut hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut: i. ii. iii. keterangan mengenai Guru X dan jawatannya; kenyataan perkhidmatan yang kemaskini. butir-butir mengenai perbuatan salah laku serta fakta tarikh,masa atau tempoh masa kesalahan dilakukan. iv. keterangan mengenai kesalahan yang dilakukan serta apa-apa peruntukan peraturan termasuk perintah atau arahan yang dilanggar; v. vi. vii. bukti/dokumen sokongan, laporan siasatan, keterangan saksi dan sebagainya. apa-apa tindakan yang telah diambil secara pentadbiran ke atas Guru X itu. Seterusnya surat pertuduhan akan di serahkan kepada Guru X serta meminta surat bela diri dalam tempoh 21 hari. Pihak Berkuasa Tatatertib dengan syor Ketua Jabatan boleh mengambil tindakan tahan kerja guru terbabit di bawah Peraturan 44(4). Sebaik sahaja prosiding jenayah selesai, Ketua Jabatan mestilah mendapatkan keputusan daripada mahkamah dan maklumat rayuan jika ada seterusnya kemukakan ia kepada Pihak Berkuasa Tatatertib.

2

Jika Guru X disabitkan kesalahan, Pihak Berkuasa Tatatertib mempunyai kuasa untuk membuang kerja atau turun pangkat. Guru ini akan digantung daripada menjalankan tugas mulai tarikh sabitan sementara menunggu keputusan Pihak Berkuasa Tatatertib di bawah Peraturan 28 (6). Namun jika guru terbabit dibebaskan dan tiada rayuan dibuat oleh Pendakwa Raya, guru ini dibenarkan bertugas semula dan berhak menerima emolument yang tertahan dan juga cuti rehat tahunan seperti yang tertakluk di bawah Peraturan 28 (7). Tetapi Peraturan 28 (8) turut menyatakan bahawa jika pegawai dibebaskan dan rayuan dibuat oleh Pendakwa Raya, Pihak Berkuasa Tatatertib akan membuat keputusan sama ada atau tidak guru ini patut ditahan kerja sehingga rayuan diputuskan.

Jika pegawai disabitkan, tetapi atas rayuannya dan dia dibebaskan maka guru ini dibenarkan menjalankan tugas dan berhak menerima emolument yang tertahan dan juga cuti rehat tahunan menurut Peraturan 28 (9). Jika guru ini dibebaskan tetapi atas rayuan kemudiannya dia disabitkan bersalah maka Pihak Berkuasa Tatatertib hendaklah menggantung kerja pegawai itu mulai tarikh sabitan [Peratauran 28(10)].

3

(ii)

Nyatakan jenis-jenis hukuman yang akan dihadapi oleh Guru X jika disabitkan dengan kesalahan tersebut.

Sekiranya Guru X disabitkan dengan kesalahan tersebut terdapat beberapa jenis-jenis hukuman yang menanti guru tersebut. Setelah mengambil kira seriusnya kesalahan itu, Pihak Berkuasa Tatatertib boleh mengenakan mana-mana satu daripada hukuman yang berikut kepada Guru X atau apa-apa gabungan dua hukuman atau lebih.

Hukuman pertama yang guru tersebut mungkin perolehi ialah amaran dibawah Peraturan 38(a). Hukuman amaran membawa makna guru tersebut didapati bersalah dan mengingatkannya bahawa hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika dia mengulangi kesalahan tersebut. Namun sukar untuk kita membezakan sama ada surat yang ditema itu adakah amaran pertama, amaran keras mahupun amaran terakhir. Terdapat dua jenis amaran iaitu amaran lisan dan amaran bertulis. Amaran lisan perlu direkodkan di dalam fail personal. Ia hendaklah menyatakan tujuan, tarikh dan hasil perbincangan atau perundingan. Amaran lisan sewajarnya diberi sekali sahaja. Walaubagaimanapun sekiranya perlu amaran secara lisan ini boleh diberi dua atau tiga kali, mengikut keperluan dan kesesuaian sesuatu permasalahan yang dihadapi. Amaran bertulis dikeluarkan setelah amaran lisan tidak berkesan dan diambil perhatian oleh pegawai. Sebelum dikeluarkan amaran bertulis proses perbincangan/perundingan seperti di atas hendaklah juga dijalankan antara kedua-dua pihak. Amaran bertulis hendaklah mengandungi :i. ii. kenyataan mengenai permasalahan; peruntukan mana-mana peraturan/ undang-undang yang dilanggar, jika berkaitan; iii. iv. v. akibat permasalahan kepada jabatan/perkhidmatan awam; penekanan tanggungjawab kakitangan dalam membetulkan perlakuan; dan kenyataan berkaitan tindakan seterusnya yang akan diambil.

Dengan ertikata yang lain kandungan amaran bertulis itu mestilah jelas, terang, ringkas dan tepat.
4

Beliau juga boleh berhadapan Peraturan 39 (2) iaitu denda. Had denda pada suatu masa tidak boleh melebihi tujuh hari emolument. Jika dikenakan lebih sekali dalam satu bulan maka denda yang dikenakan tidak boleh melebihi 45% daripada emolument bulanannya. denda boleh dipotong daripada emolument bulanan dan dimasukkan dalam hasil kerajaan menurut Peraturan 38 (b). Lucut hak emolument juga boleh berlaku seandainya disabitkan bersalah.

Hukuman penangguhan pergerakan gaji boleh dikenakan bagi tempoh tiga bulan, enam bulan, sembilan bulan atau 12 bulan. Hukuman ini berkuat kuasa pada tarikh ulang tahun pergerakan gaji berikutnya selepas tarikh pengenaan hukuman oleh Lembaga Tatatertib. dalam tempoh hukuman guru terbabit tidak berhak menerima sebarang pergerakan gaji.

Menurut Peraturan 41(1), hukuman penurunan gaji juga boleh dikenakan sama ada secara mendatar dalam peringkat gaji yang sama. Ianya juga tidak boleh melebihi tiga pergerakan gaji. Tempoh hukuman pula seharusnya tidak boleh kurang daripada 12 bulan namun tidak boleh melebihi 36 bulan. Tarikh kuatkasa hukuman adalah mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh Lembaga Tatatertib ataupun bergantung kepada tarikh hukuman dijatuhkan. Tarikh pergerakan gaji pula akan berubah kepada tarikh pergerakan gaji berikutnya selepas habis tempoh hukuman. dalam tempoh hukuman guru X tidak berhak menerima sebarang pergerakan gaji.

Hukuman bukan sahaja berkaitan gaji tetapi hukuman turun pangkat juga boleh dikenakan. Hukuman ini menurunkan pangkat seseorang pegawai kepada gred yang lebih rendah dalam Skim Perkhidmatan yang sama. Tetapi hukuman gaji ini turut menyebabkan mata gaji diletakkan dalam jadual gred yang diturunkan yang lebih rendah dan berhamoiran dengan gaji akhir yang diterima sebelum diturunkan pangkat.

Guru ini juga boleh menerima hukuman paling berat dalam perkhidmatan dimana beliau boleh dibuang daripada perkhidmatan awam. Tarikh pembuangan kerja ini bergantung kepada budi bicara pihak Lembaga Tatatertib. Hukuman yang diterima ini
5

akan mengakibatkan Guru X ini kehilangan semua hak sebagai penjawat awam seperti emolument, elaun-elaun dan kemudahan penjawat awam yang lain.

HUKUMAN 1. Amaran (Warning)

PELAKSANAAN / IMPLIKASI Tidak boleh dinyatakan amaran pertama atau amaran keras atau sebagainya. Pegawai tidak layak dinaikkan pangkat dalam tempoh 6 bulan atau satu urusan mana terdahulu.

2.

Denda (Fine)

Denda yang dikenakan adalah berasaskan emolumen pegawai. Denda maksimum ialah tidak melebihi 7 hari emolumen. Jika dikenakan lebih sekali dalam satu bulan kalendar, agregat denda tidak boleh melebihi amaun yang sama banyak 45% daripada emolumen bulanan pegawai. Pegawai tidak layak dinaikkan pangkat dalam tempoh 12 bulan atau satu urusan mana terdahulu.

3.

Lucut Hak Emolumen (Forfeiture of Emoluments)

Lazimnya dikenakan bagi kes tidak hadir bertugas. Pegawai tidak layak dinaikkan pangkat dalam tempoh 18 bulan atau satu urusan mana terdahulu.

4.

Tangguh Pergerakan Gaji Dikenakan bagi tempoh 3, 6, 9 atau 12 bulan dan (Deferment of Salary dilaksanakan pada tarikh ulang tahun pergerakan Movement) gaji pegawai. Pegawai tidak berhak menerima pergerakan gaji dalam tempoh hukuman dan tarikh pergerakan gaji akan berubah ke tarikh yang paling hampir selepas tamat tempoh hukuman. Pegawai tidak layak dinaikkan pangkat dalam tempoh 30 bulan atau satu urusan mana terkemudian.

6

5. Turun Gaji Salary)

(Reduction

of

Gaji diturunkan secara mendatar dalam peringkat gaji yang sama dan penurunan gaji itu tidak melebihi tiga pergerakan gaji. Tempoh hukuman ialah tidak boleh kurang daripada 12 bulan tetapi tidak boleh lebih 36 bulan. Hukuman dilaksanakan pada tarikh yang ditetapkan oleh Lembaga Tatatertib atau pada tarikh hukuman dijatuhkan. Pegawai tidak berhak menerima pergerakan gaji dalam tempoh hukuman dan tarikh pergerakan gaji akan berubah ke tarikh pergerakan gaji berikutnya selepas hukuman tamat. Pegawai tidak layak dinaikkan pangkat dalam tempoh 36 bulan atau satu urusan mana terkemudian.

6.

Turun pangkat (Reduction in Rank)

Gred pegawai diturunkan ke gred yang lebih rendah dalam skim perkhidmatan yang sama. Gaji pegawai ditetapkan pada satu mata gaji dalam jadual gaji bagi gred yang dikurangkan itu supaya lebih rendah dan berhampiran dengan gaji akhir sebelum hukuman. Pegawai tidak layak tempoh 48 bulan terkemudian. dinaikkan pangkat dalam atau dua urusan mana

7.

Buang Kerja (Dismissal)

Tarikh hukuman ialah pada tarikh Tatatertib menjatuhkan hukuman. Pegawai tidak berhak menerima kemudahan dalam perkhidmatan awam.

Lembaga

apa-apa

7

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->