PENGURUSAN BILIK / KELAS PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS PENGENALAN Dalam pendidikan pemulihan khas, bilik / kelas merupakan satu

daripada keperluan asas yang utama yang perlu disediakan kerana mengikut konsep pemulihan khas. Murid-murid yang ketinggalan / lemah dalam pelajaran di kelas biasanya akan dibawa keluar dari kelas dan dimasukkan ke bilik yang disediakan khas untuk pengajaran dan pembelajaran pendidikan pemulihan. Dengan yang demikian dalam menentukan bilik / kelas yang sesuai dan paling ideal, beberapa ciri / keperluan berikut perlu diambil kira. TUJUAN 1. Masa, tenaga dan alat-alat pengajaran dapat digunakan dengan sebaik-baiknya untuk mencapai objektif pengajaran. 2. Dapat menggunakan kemudahan yang terdapat dalam kelas dengan berkesan. 3. Dapat mengadakan suasana pembelajaran yang menggalakkan.

CARA UNTUK MENGADAKAN KELAS PEMULIHAN Disyorkan 3 alternatif seperti berikut : 1. Sekolah-sekolah yang mempunyai 2 kelas atau lebih bagi sesuatu darjah , murid-murid untuk kelas pemulihan bolehlah diambil dari kelas-kelas tersebut sekiranya bilangan murid pemulihan dalam sesuatu kelas itu hanya 3 atau 4 orang sahaja. Walau bagaimanapun jumlah murid dalam satu sesi pemulihan hendaklah tidak melebihi 15 orang. 2. Sekolah-sekolah yang mempunyai satu kelas bagi satu darjah, murid-murid untuk kelas pemulihan bolehlah diambil dari darjah-darjah lain tetapi jumlahnya hendaklah tidak melebihi 15 orang. 3. Sekiranya murid-murid yang diambil untuk mengikuti kelas pemulihan datangnya dari satu kelas sahaja, maka bilangannya hendaklah tidak melebihi 6 orang. Pemilihan manamana satu alternatif hendaklah tertakluk kepada perundingan di antara Guru Kelas Khas Pemulihan dengan guru besar dan guru-guru asas. BILIK / KELAS a ) Lokasi bilik / kelas untuk dijadikan Kelas Khas Pemulihan adalah sangat bergantung

kepada keadaan kemudahan yang sedia ada serta kemampuan di sesebuah sekolah. Tetapi dengan menyedari ciri-ciri kanak-kanak pemulihan, kelas-kelas lain kantin, atau padang-padang permainan boleh digunakan supaya aktiviti yang berlaku di tempat – tempat tersebut tidak akan mengganggu sesi pengajaran pemulihan. b) Kesesuaian seperti juga kelas-kelas biasa yang lain perlu diambil kira dari segi keselesaan ruang dengan bilangan murid, cahaya serta edaran udara yang mencukupi, kerusi dan meja serta saiz dan susunan fizikalnya yang selaras dengan ukuran dan bilangan murid-murid yang terlibat. c) Penyusunan perabot, papan tulis, papan pameran dan tempat – tempat penyimpanan perlu diubah suai sebagai dorongan kearah pengajaran yang menyeronokkan dan yang berkesan, sesuai dengan matlamat menuju ke pengkhususan 2M di sekolah rendah ( rujuk lampiran A ) Prinsip – prinsip yang terjalin dan dipraktikkan dalam penyusunan kelas seperti ini ialah suasana fizikalnya, sosial, emosi dan rasa hati yang selesa dan gembira untuk murid-murid : bidang dinamik kumpulan yang menyokong pembelajaran atau tugasan yang diberikan : dan penyusunan perabot yang membantu rutin pengurusan. DEFINISI 2.1 Definisi Program Pemulihan Khas “Satu program pendidikan disediakan untuk murid yang mengalami masalah dalam penguasaan kemahiran 3M yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus, di ruang yang khusus.” 2.2 Definisi Murid Pemulihan Khas “Murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran asas 3M disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif”. 2.3 Matlamat Memastikan semua murid Tahap 1 menguasai kemahiran asas 3M. 2.4 Objektif Setelah mengikuti program ini murid dapat: a) menguasai kemahiran asas 3M b) meneruskan pembelajaran di kelas biasa c) membina keyakinan diri dan positif terhadap pembelajaran A. KEMAHIRAN-KEMAHIRAN MEMBACA a. Murid boleh kenal dan namakan huruf abjad b. Murid boleh sebut perkataanperkataan

sehari-hari seperti baju, emak, adik, ayam, kedai dan lain-lain. c. Murid boleh baca ayat-ayat mudah serta menunjukkan fahaman dengan membuat apa yang terkandung dalam ayat seperti:1. Saya baca buku 2. Dia buka pintu d. Boleh baca dan faham cerita-cerita sesuai dengan tahun 1,2 dan 3. B. KEMAHIRAN MENGIRA a. Ability to count 1 – 10 b. Ability to count 11 – 99 c. Ability to identify 1 – 10 d. Ability to identify 11 – 99 e. Ability to match object within 1 – 10 f. Ability to match object within 11 – 99 Garis Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas (Edisi Percubaan) Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia 25 g. Ability to carry out addition 1 digit and 1 digit h. Ability to carry out subtraction any two numbers with regrouping i. Ability to carry out simple multiplication. j. Ability to carry out simple division. C. TINGKAH LAKU DALAM KELAS a. Menumpukan perhatian b. Ikut arahan c. Gagap d. Selalu mengacau ketenteraman kelas e. Selalu tidak hadir f. Berkawan g. Mudah tersinggung

31 July 2008

Disleksia

Apa itu Disleksia? Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku. Kanak-kanak Disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah berusaha bersungguh-sungguh Mempunyai keupayaan intelek yang normal Telah mendapat ransangan dan pembelajaran yang mencukupi Masalah asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi Mereka mungkin mengalami kesukaran membaca, menulis ,memahami ,mengeja dan mengira. Dianggarkan 4 – 8 % pelajar sekolah yang bermasalah disleksia Kanak-kanak lelaki lebih ramai bermasalah Disleksia berbanding perempuan. Apakah ciri-ciri Disleksia? Diperingkat pra sekolah mereka mungkin : -Lambat bertutur -Mengalami kesukaran sebutan atau rima -Sukar menulis nama sendiri -Sukar mengenal bentuk atau warna -Sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya Di alam persekolahan, kanak-kanak Disleksia mungkin : -Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau mengira -Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas -Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor (Bacaan terbalik) : -membezakan 15 dengan 51 - “was” menjadi “saw” - ‘b’ dengan ‘d’‘ - Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut - Keliru dengan konsep masa seperti ‘semalam’, ‘ hari ini’ , ‘esok’ - Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan - Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah Adakah individu Disleksia mempunyai keistimewaan? Antara orang ternama yang juga mengalami Disleksia termasuklah ahli politik (Lee Kuan Yew), pelakon (Whoopi Goldberg), artis (Leonardo da Vinci) dan saintis (Albert Einstein) Ramai yang berdaya imaginasi tinggi, amat kreatif dan mampu berfikir dari pelbagai sudut / dimensi Bijak dengan kemahiran tangan atau sukan. Masalah yang mungkin dialaminya - Salah sangka dan digelar sebagai malas, bodoh atau lembab

-

Pembentukan imej diri yang sihat terjejas dan mengalami rasa rendah diri Jika tidak dikenalpasti dan dibantu diperingkat awal boleh menyebabkan Gangguan emosi (seperti kemurungan) Masalah tingkahlaku (seperti melawan, kecelaruan tingkahlaku) Rendah pencapaian akademik (menyebabkan keciciran sekolah)

Membantu anak-anak bermasalah Disleksia Langkah-langkah untuk membantu mereka termasuklah : - Bantu kanak-kanak dan keluarga mengendali permasalahan ini dan bina keyakinan diri anak - Rawat penyakit lain yang mungkin berkait seperti Gejala Hiperaktif dan Kurang Daya Tumpuan Pertingkatkan potensi pembelajaran anak melalui : -Terapi pertuturan -Latihan pendengaran dengan bantuan komputer -Pendekatan pelbagai deria (Menggunakan deria lain untuk membantu pembelajaran) -Deria sentuhan (menggunakan lakaran atas kertas pasir) -Deria pendengaran (menggunakan ritma atau bunyi perkataan/ huruf) -Merasa pergerakan bibir -Menulis huruf atau perkataan Langkah-langkah pemulihan : -Bantu anak menguasai maklumat secara beransur ansur -Pengulangan semasa mengajar (k-onsep ajar berlebihan) -Gunakan video atau kaset untuk belajar -Program pemulihan khusus : Ada sekolah yang mempunyai program pemulihan khusus untuk Disleksia
Posted by Assalamualaikum dan salam sejahtera.... at 31.7.08 0 comments

30 July 2008

Peringkat Umur dan Tahap Perkembangan Manusia

PERINGKAT-PERINGKAT DALAM TEORI TUGAS PERKEMBANGAN OLEH ROBERT J. HAVIGHURST 1.Peringkat Bayi, Awal Kanak-kanak (0-2 tahun) Bayi dan kanak-kanak peringkat ini cuba menjalainkan hubungan kasih sayang dengan ibu bapa, adik beradik, dan pengasuhnya. Sistem deria, persepsi dan fungsi motor kanak-kanak beransur-ansur menjadi matang. Kanak-kanak sepatutnya mencapai kecerdasan deria motor. 2.Perkembangan Kanak-kanak / Toddlerhood (2-3 tahun) Kanak-kanak boleh melakukan pelbagai pergerakan seperti turun naik tangga

Kanak-kanak sudah boleh berkomunikasi dalam bahasa mudah dan boleh terlibat dalam permainan fantasi seperti kotak dijadikan kereta. Kanak-kanak suka cakap sendiri dan bermain seorang diri serta membayangkan dirinya berada dalam situasi yang dialami oleh personaliti yang diminatinya. (selalunya ibu bapa adalah personaliti kegembaran mereka). Dia juga belajar mengawal pergerakan diri atau mengawal emosinya. 3.Peringkat Pra Sekolah (4-6tahun) Kanak-kanak belajar peranan mengikut jantina Kanak-kanak perempuan akan meniru peranan ibunya seperti memasak Kanak-kanak juga telah berkawan dan bermain dengan kanak-kanak lain yang berada di sekitar rumahnya. Mereka mula merasakan diri mereka sebagai satu entity / mula membentuk pandangan terhadap diri sendiri (muncul teori kendiri) Kanak-kanak terlibat dalam permainan kumpulan dan melalui perkembangan moral peringkat awal (jahat akan didenda oleh ibu bapa Kanak-kanak berkelakuan baik untuk elakkan hukuman (Kohlberg 1976) 4.Peringkat Sekolah Rendah (6-12tahun) Kanak-kanak masuk sekolah dan belajar bersahabat Perkembangan Kognitif, kanak-kanak tersebut berada pada peringkat OPERASI KONKRIT (belajar membaca, menulis, dan mengira) kemahiran permainan dan kemahiran hidup yang lain (belajar jual beli) K2(kanak-kanak) tersebut boleh menilai diri sendiri dan orang lain Mereka juga suka melibatkan diri sebagai ahli sukan sesuatu permainan seperti bola sepak 5.Awal Remaja (12-18tahun) Remaja akan capai kematangan fizikal seperti tinggi maksimum pada peringkat ini Dari segi kognitif, mereka berada di peringkat operasi formal Dari segi perkembangan emosi, timbul emosi menginginkan kejayaan dan penghargaan serta bertambah kebolehan untuk mengawal emosi remaja Remaja juga akan membentuk kumpulan rakan sebaya dan mula tertarik dengan rakan sebaya dari jantina yang berbeza. (Kalau takde perasaan ni, maknanya tak normal la tu. Tak banyak, sikit mesti ada punya. Takyah la nak nafikan, hokeh??~) 6.Akhir Remaja (18-22 tahun) Remaja cuba mendapat otonomi (autnonomy) dari ibu bapa Mereka berusaha membentuk identiti mengikut jantina Melalui pergaulan sosial, remaja akan menerap dan mematuhi nilai moral dalam masyarakat Biasanya mereka telah habis belajar (di kolej/universiti) dan dalam proses memilih kerjaya yang sesuai.

7.Awal Dewasa (22-34tahun) Individu akan cuba meneroka persahabatan intim dengan rakan yang berlainan jantina Pasangan yang telah berkahwin akan mengasuh dan mendidik anak-anak Individu juga berusaha mentampilkan diri dalam pekerjaan dan akan membentuk gaya hidup Pertengahan Dewasa (34-60tahun) Individu akan menjadi ketua dalam pejabat atau mahir dalam pekerjaan. Individu yang berjaya memupuk kebahagiaan dalam rumahtangga akan merasa bahagia mengasihi anak-anak dan ibubapa serta melibatkan diri dalam kerja amal untuk kebajikan masyarakat Individu yang berjaya juga akan membeli rumah dan harta Akhir Dewasa (60-70tahun) Individu yang mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang kerjaya akan dihormati sebab telah memberikan sumbangan yang besar Individu akan mengubah tenaga ke arah lain setelah bersara, seperti beribadat dalam kerja amal Mereka berpuashati dan bersyukur Tua (75 tahun - meninggal dunia) Individu yang ada di peringkat ini terpaksa menangani masalah kesihatan oleh peredaran umur, seperti OSTEOPOROSIS dan nyanyuk Individu yang berjaya dalam hidup akan mengenang zaman muda dan dewasa dengan gembira dan puashati. (masa ni mereka akan berfikir, kenapa anak aku buat aku macam ni, kenapa mereka tak jenguk aku macam zaman dulu-dulu. Mereka akan mengimbas zaman dulu-dulu, apa yang mereka telah buat terhadap ibu bapa mereka, dan banyak lagi imbauan..) Tenang menghadapi saat kematian sebab telah berjaya menyempurnakan segala tanggungjawab terhadap keluarga dan masyarakat
Posted by Assalamualaikum dan salam sejahtera.... at 30.7.08 0 comments

Bagaimana kanak-kanak Belajar Matematik?
SINOPSIS Artikel ini menerangkan secara ringkas mengenai perkembangan pembelajaran matematik di kalangan kanak-kanak menerusi beberapa teori yang diketengahkan oleh pakar-pakar pembelajaran antaranya ialah Teori Piaget, Bruner, Gagne dan Dienes. Seterusnya, para pembaca akan diperkenalkan dengan satu teori yang dikenali sebagai teori Konstruktisvisme - teori mengenai pengetahuan dan pembelajaran yang menarik minat, memotivasikan serta memudahkan pemahaman pelajar. Artikel ini amat baik untuk diteliti oleh para guru dan sesiapa juga yang berminat untuk mengetahui sedikit sebanyak mengenai psikologi kanak-kanak dalam pembelajaran matematik. Adalah diharapkan, artikel ini memberi anda idea bagaimana untuk menjadikan pembelajaran matematik itu seronok, mencabar, bermakna dan berguna!

PENGENALAN Manusia mula belajar sejak dari peringkat bayi lagi. Bayi yang baru lahir mewarisi berbagai-bagai bentuk gerakan pantulan. Contohnya apabila sesuatu objek menyentuh bibirnya, bayi terus menghisap objek tersebut tanpa perlu diajar kepadanya. Ini bererti wujud satu atur cara genetis semula jadi dalam diri bayi untuk menyerapkan kewujudan sesuatu objek. Hari demi hari, maklumat dalam ingatan bayi semakin bertambah selaras dengan peningkatan fizikalnya daripada seorang bayi ke dunia kanak-kanak seterusnya menjadi dewasa. Maklumat-maklumat yang diterima akan dipecah-pecahkan menjadi pengetahuan dan memperkembangkan keupayaan kognitifnya. Menurut Mohd Daud Hamzah (1996), kanak-kanak mempelajari matematik melalui kegiatan seharian tertentu. Ada beberapa aktiviti yang membantu kanak-kanak memperolehi konsep-konsep awal matematik iaitu aktiviti padanan (matching), penjenisan (sorting), reguan (pairing), dan susunan aturan (ordering). Walau bagaimanapun, terdapat beberapa teori daripada pakar-pakar pembelajaran bagaimana kanak-kanak mempelajari matematik dan jenis matematik yang boleh dipelajari pada peringkat yang berbeza dalam perkembangan kognitifnya. Antaranya ialah Teori Piaget, Bruner, Gagne dan Dienes. TEORI PIAGET Teori ini diperkenalkan oleh Jean Piaget, berasal daripada Switzerland, merupakan ahli psikologi yang banyak menyumbang kepada pemahaman bagaimana kanak-kanak belajar. Dari kajian dan pemerhatiannya, Piaget mendapati bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak berbeza dan berubah melalui empat peringkat iaitu peringkat deria motor (0 – 2 tahun), pra-operasi (2 – 7 tahun), operasi konkrit (7 – 11 tahun) dan operasi formal (11 tahun ke dewasa). Walau bagaimanapun, usia ini tidak tetap kerana ia mengikut kemampuan pelajar itu sendiri. Menurut Jere Confrey (1999), “ Piagetian theory kindled my intense enjoyment of children and deep respect for their capabilities.” "Guru sekolah rendah harus memberi tumpuan terhadap perkembangan muridmurid pada peringkat operasi konkrit, iaitu ketika berumur 7 hingga 11 tahun...Piaget" Sebagai seorang guru matematik sekolah rendah, kita harus memberi tumpuan terhadap perkembangan kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit. Ketika usia sebegini kanak-kanak hanya boleh memahami konsep matematik melalui pengalaman konkrit. Oleh itu, alat bantuan mengajar dapat membantu murid-

murid memahami konsep matematik. Paiget berpendapat bahawa asas pada semua pembelajaran ialah aktiviti kanak-kanak itu sendiri. Beliau juga menegaskan kepentingan interaksi idea-idea antara kanak-kanak tersebut dengan kawan-kawan sejawatannya penting untuk perkembangan mental. TEORI BRUNER Jerome Bruner, seorang ahli psikologi yang terkenal telah banyak menyumbang dalam penulisan teori pembelajaran, proses pengajaran dan falsafah pendidikan. Bruner bersetuju dengan Piaget bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak adalah melalui peringkat-peringkat tertentu. Walau bagaimanapun, Bruner lebih menegaskan pembelajaran secara penemuan iaitu mengolah apa yang diketahui pelajar itu kepada satu corak dalam keadaan baru (lebih kepada prinsip konstruktivisme). Menurut kajian dan pemerhatian yang telah dibuat oleh Bruner dan pembantunya, Kenney, pada tahun 1963 mereka berjaya membina empat teorem pembelajaran matematik ( Mok Soon Sang, 1996) iaitu: 1: Teorem Pembinaan Cara yang paling berkesan bagi kanak-kanak mempelajari konsep, prinsip atau hukum matematik ialah membina perwakilan dan menjalankan aktiviti yang konkrit. 2: Teorem Tatatanda Tatatanda matematik yang diperkenalkan harus mengikut perkembangan kognitif murid tersebut. 3: Teorem Kontras dan Variasi Konsep yang diterangkan kepada murid harus berbeza dan pelbagai supaya murid dapat membezakan konsep-konsep matematik tersebut. 4: Teorem Perhubungan Setiap konsep, prinsip dan kemahiran matematik hendaklah dikaitkan dengan konsep, prinsip dan kemahiran matematik yang lain. Selain daripada kajian tersebut, Bruner percaya bahawa kanak-kanak lebih dimotivasikan oleh masalah yang menarik yang tidak mampu diselesaikan oleh mereka dengan mudah seandainya tidak menguasai isi kandungan mata pelajaran dan kemahiran Robert M. Gagne, seorang professor dan ahli psikologi yang telah banyak membuat penyelidikan mengenai fasa dalam rangkaian pembelajaran dan jenis pembelajaran matematik. Teori pembelajaran Gagne berbeza dengan Teori Piaget dan Bruner. Menurut Gagne, terdapat empat kategori yang harus dipelajari oleh kanak-kanak dalam matematik iaitu fakta, kemahiran, konsep dan prinsip. Gagne mempunyai hierarki pembelajaran. Antaranya ialah pembelajaran

melalui isyarat, pembelajaran tindak balas rangsangan, pembelajaran melalui rantaian, pembelajaran melalui pembezaan dan sebagainya. Menurut Gagne, peringkat yang tertinggi dalam pembelajaran ialah penyelesaian masalah. Pada peringkat ini, pelajar menggunakan konsep dan prinsip-prinsip matematik yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah yang belum pernah dialami. TEORI DIENES Professor Zolton P. Dienes, seorang ahli matematik, ahli psikologi dan pendidik, pernah memberi banyak sumbangan dalam teori pembelajaran. Beliau telah merancang satu sistem yang berkesan untuk pengajaran matematik untuk menjadikan matematik lebih mudah dan berminat untuk mempelajari. Mengikut Dienes konsep matematik boleh dipelajari melalui enam peringkat iaitu permainan bebas, permainan berstruktur, mencari ciri-ciri, perwakilan gambar, perwakilan simbol dan akhirnya formalisasi. Teori Dienes mengariskan beberapa prinsip bagaimana kanak-kanak mempelajari matematik iaitu: 1: Prinsip Konstruktiviti Pelajar haruslah memahami konsep sebelum memahaminya dengan analisa yang logik. 2: Prinsip Perubahan Perspeptual Kanak-kanak didedahkan pelbagai keadaan supaya dapat memaksimakan konsep Matematik. 3: Prinsip Dinamik Kanak-kanak mempelajari sesuatu melalui pendedahan dan eksperimen untuk membentuk satu konsep. KANAK-KANAK BELAJAR MATEMATIK Setelah melihat teori-teori yang digariskan oleh Piaget, Bruner, Gagne dan Dienes kita dapat melihat ia ada kaitan dengan konsep konstruktivisme. Konstruktisvisme merupakan satu teori mengenai pengetahuan dan pembelajaran yang menarik minat, memotivasikan serta memudahkan pemahaman pelajar. Di samping itu, konstruktivisme menyarankan kanak-kanak membina pengetahuan secara aktif berdasarkan pengetahuan sedia ada kanakkanak tersebut. Pembinaan pengetahuan tersebut boleh dihasilkan melalui permainan dan eksperimentasi di samping pembelajaran koperatif. Apabila kanak-kanak bekerjasama, mereka berkongsi dalam proses pembinaan idea. Secara tidak langsung, kanak-kanak tersebut dapat membina pengetahuan baru hasil daripada pembelajaran secara kendiri. Dalam pendekatan konstruktivisme ini, persekitaran pembelajaran berpusatkan

kanak-kanak menjadi asas yang penting dan guru bertindak sebagai fasilitator. Kanak-kanak juga didorong untuk mengemukakan idea dan teori bagi menyelesaikan masalah. Dalam pendidikan matematik, kanak-kanak biasanya akan diajar dengan menggunakan benda-benda konkrit supaya mereka memperolehi pengalaman yang akan digunakan untuk dikaitkan dengan pembelajaran matematik yang dipelajari akan datang. Secara kesimpulannya, kanak-kanak belajar matematik melalui pengalaman dan pengamatan sesuatu perkara. Selain daripada itu, kanak-kanak juga dapat meningkatkan pemikiran dengan menghasilkan konsep baru. Ini bermakna pengetahuan boleh dianggap sebagai koleksi konsep-konsep dan tindakantindakan berguna berpandukan kepada keadaan dan masa yang diperlukan. PENUTUP Kanak-kanak itu ibarat bekas yang kosong dan guru berperanan untuk memenuhkan bekas tersebut dengan ilmu pengetahuan. Guru juga berperanan untuk membimbing kanak-kanak untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan. Seharusnya kanak-kanak belajar melalui pengalaman dan membentuk ilmu pengetahuan berdasarkan permainan dan eksperimen dan tidak bergantung sepenuhnya dengan guru. Guru hanyalah seorang fasilitator yang akan memantau perkembangan kanak-kanak dalam mempelajari sesuatu konsep. Menurut pandangan konstruktivime, kanak-kanak membina pengetahuan barunya dengan sendiri dengan menyesuaikan pengetahuan sedia ada. Melalui konsep konstruktivisme ianya mungkin akan sedikit sebanyak membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam pendidikan matematik masa kini. Matlamat pendidikan matematik adalah untuk melahirkan warga yang bukan sahaja berupaya untuk mengaplikasikan apa yang mereka telah pelajari dalam situasi dunia sebenar tetapi juga berupaya menyelesaikan masalah yang belum pernah mereka temui sebelum ini. Sesungguhnya, kanak-kanak perlu didedahkan dengan pembelajaran secara konstruktivisme dan koperatif. Selain daripada itu, guru juga harus bersedia dengan pelbagai kaedah pengajaran supaya dapat membuka minda kanak-kanak tentang keindahan dan kepentingan pendidikan matematik dalam kehidupan seharian
Posted by Assalamualaikum dan salam sejahtera.... at 30.7.08 0 comments

08 July 2008

Sukatan Pelajaran
Untuk mendapatkan rancangan tahunan/kemahiran BM dan M3 Kelas Pemulihan Khas , sila layari 1. http://uluskum.net/remedial/ atau

2. http://www.moe.gov.my/jpkhas/index.php?option=com_content&view=article &id=63&Itemid=90 atau hantarkan hantarkan emel cikgu kepada saya kerana ia dalam format pdf..... sekian, harap maklum.
Posted by Assalamualaikum dan salam sejahtera.... at 8.7.08 0 comments

20 May 2008

Latihan Interaktif PTK

Anda boleh membuat latihan soalan-soalan PTK secara online di http://www.teachersrock.net/kuiz.htm
Posted by Assalamualaikum dan salam sejahtera.... at 20.5.08 1 comments

14 May 2008

Teknik Memperbaiki Disiplin Bilik Darjah 1. Berfokus
Pastikan anda memiliki perhatian semua pelajar sebelum memulakan pengajaran. Jangan cuba mengajar apabila masih ada pelajar yang berbual-bual. Biasanya, guru pelatih berharap bilik darjah akan menjadi tenteram apabila pangajaran bermula. Sebaliknya, pelajar-pelajar berkemungkinan berpendapat bahawa guru sanggup bersaing dengannya; mereka boleh bercakap walaupun guru bercakap dan guru akan bercakap dengan suara yang lebih kuat lagi. Selain itu, mereka membentuk idea bahawa guru tidak hiraukan ketidakperhatian pelajar ketika guru mengajar Teknik berfokus bererti guru meminta perhatian pelajar sebelum memulakan pengajaran - guru akan tunggu dan tidak memulakan pengajaran sehingga semua pelajar bersedia. Teknik senyap sangat berkesan. Guru boleh berhenti selama 5 - 10 saat selepas semua pelajar telah senyap. Selepas itu, gunakan suara yang lebih lembut daripada biasa. Guru yang menggunakan suara yang lembut biasanya mewujudkan bilik darjah yang lebih senyap berbanding dengan guru yang menggunakan suara yang kuat. Pelajar-pelajar terpaksa duduk dengan tertib untuk mendengar pengajaran guru.

2. Instruksi Secara Langsung
Ketidakpastian meningkatkan aras kegelabahan, kegalakan dan kegegaran dalam bilik darjah. Teknik instruksi secara langsung ialah untuk memulakan setiap pengajaran dengan memaklumkan pelajar sejelas-jelasnya apa yang akan berlaku dalam kelas itu. Guru menyatakan apa yang ia dan murid akan buat serta had-had masa untuk tugasan-tugasan.

Guru boleh memperuntukkan masa pada akhir kelas agar pelajar boleh melakukan aktiviti pilihan. Contohnya, guru memberi masa 15 minit untuk pelajar berbual-bual, pergi ke perpustakaan, atau menyiapkan kerja kelas lain. Guru akan lebih rela menunggu untuk mendapatkan perhatian pelajar kerana ia tahu terdapat masa lebihan pada akhir pengajaran manakala pelajar juga menyedari bahawa semakin lama guru menunggu bererti semakin kurang masa bebas untuk pelajar.

3. Pemantauan
Kunci kepada prinsip ini adalah supaya guru beredar dalam bilik darjah. Semasa murid bekerja, berjalan di antara mereka dan memeriksa kemajuannya. Guru yang berkesan akan berjalan melintasi seluruh bilik darjah selepas 3 minit pelajar diberi tugasan bertulis. Ia akan menyemak sama ada pelajar telah bermula tugasan, memeriksa kerja-kerja yang telah diselesaikan oleh pelajar, dan memberi pengajaran bersifat individu. Guru tidak akan menggangu kelas atau membuat pengumuman kecuali ia dapati beberapa orang pelajar menghadapi masalah yang sama.

4. Teladan
"Values are caught, not taught." - ini bererti nilai-nilai diamalkan dan dicontohi oleh pelajar dan bukan diajar secara langsung. Guru yang bersopan, tekun, bersemangat, bersabar dan dapat mengawal diri, menjadi contoh yang baik untuk pelajar. Sekiranya guru mahu pelajar menggunakan suara yang lembut semasa menyiapkan kerja, guru sendiri mesti menggunakan suara yang lembut apabila ia menolong pelajar secara individu.

5. Isyarat Bukan Lisan
Untuk mendapatkan perhatian pelajar dengan segera, guru boleh menggunakan isyarat bukan lisan seperti liceng atas meja, suis lampu, atau 'clickers'. Isyarat bukan lisan juga boleh berbentuk ungkapan muka, postur badan, dan isyarat tangan. Contohnya 'isyarat senyap' yang dicadangkan oleh Kagan apabila guru angkat tangannya, semua pelajar mesti berhenti bercakap dan turut angkat tangan. Guru perlu memilih isyarat yang sesuai dengan pelajar dan menjelaskan kehendak guru yang sepadan dengan isyarat yang dipilih.

6. Kawalan Persekitaran
Sebuah bilik darjah sebaik-baiknya tempat yang mesra dan riang. Pelajar rasa seronok jika persekitarannya bertukar wajah dari semasa ke semasa. Sudut pembelajaran yang mempunyai gambar dan warna menimbulkan minat akan sesuatu mata pelajaran. Pelajar muda berminat mengetahui guru dan kegemarannya. Masukkan itemitem peribadi dalam bilik darjah. Contohnya gambar keluarga atau bahanbahan mengenai hobi guru dapat memikat minat murid dan memudahkan

perbualan antara guru dan murid. Semakin banyak guru mengenali murid, semakin kurangnya masalah disiplin. Walaupun bilik darjah boleh dihiaskan dengan pelbagai bahan, sediakan juga sudut yang agak "senyap" dan kurang bahan yang menggangu. Ini penting untuk mengelakkan pelajar yang senang pindah perhatian menumpukan perhatian kepada pembelajaran. Pelajar demikian harus diberi tempat yang kurang hiasan untuk menjalankan kerja-kerja sendiri.

7. Interversi Berprofail Rendah
Kebanyakan pelajar dihantar ke pejabat guru besar akibat konfrontasi yang melampau. Biasanya guru menegur pelajar berkenaan atas kesalahan yang ringan akan tetapi dalam saat-saat genting, guru dan murid mencetusakn perbalahan verbal yang tidak dapat dikawal. Kebanyakan kes demikian boleh dielakkan jika guru melakukan interversi yang tenang dan senyap. Guru yang berkesan akan memastikan pelajar yang melakukan salah laku tidak dijadikan fokus perhatian. Ia akan memantau bilik darjahnya dengan sentiasa rondaan yang kerap, menyeluruh dan senyap. Justeru itu, ia cuba menjangkakan salah laku yang mungkin berlaku. Pendekatannya terhadap pelajar yang menggangu kelas adalah dalam bentuk yang tidak mudah dilihat atau tidak menarik perhatian orang lain. Pelajar lain tidak rasa terganggu. Semasa memberi penerangan, guru boleh teknik "name-dropping". Sekiranya ia dapati seseorang pelajar bercakap atau tidak membuat kerja yang disuruh, ia akan menggunakan nama pelajar berkenaan dalam dialognya dalam cara yang natural: "Sekiranya Abo mempunyai 5 biji rambutan dan Ado mempunyai 6 biji rambutan, berapakah jumlah rambutan yang dipunyai oleh Abo dan Ado?" Apabila Abo mendengar namanya disebut, ia akan berhenti bercakap atau menumpukan perhatian yang dikehendaki oleh gurunya. Pelajar-pelajar lain tidak rasa pun bahawa guru telah menegur Abo.

8. Disiplin Asertif
Ini merupakan autoriti yang menetapkan had-had tingkah laku yang dibenarkan. Guru adalah bos dalam bilik darjah dan tiada sesiapa dibenarkan menggangu pembelajaran orang lain. Peraturan dinyatakan dengan jelasnya dan dikuatkuasakan dengan konsistennya.

9. Mesej-Saya yang Asertif
Salah satu komponen disiplin asertif ialah mesej-Saya yang merupakan pernyataan yang digunakan oleh guru ketika murid menimbulkan masalah disiplin. Mesej-mesej ini berbentuk jangkaan yang jelas tentang apa yang harus dilakukan oleh murid. Fokus guru ialah memusatkan perhatian pelajar kepada tingkah laku yang dikehendaki, bukan 'misbehaviour' atau tingkah laku yang tidak baik. Contohnya ialah: 'Saya inginkan anda ...'; 'Saya hendakkan anda ...'; 'Saya jangkakan anda akan ...'.

Guru yang kurang berpengalaman akan menggunakan arahan seperti: 'Saya mahukan anda berhenti ...'. Ini akan menimbulkan rasa konfrontasi dan penafian. Fokus di sini ialah kepada 'misbehaviour' dan pelajar akan menjawab dengan mengatakan bahawa 'Saya tidak buat apa-apa'; 'Bukan salah saya...'; 'Sejak bila wujudnya peraturan yang melarang ...'. Keadaan ini akan memburukkan keadaan dan hubungan guru-murid.

10. Mesej-Saya yang Humanistik
Mesej ini merupakan ekspresi perasaan. Mengikut Thomas Gordon, mesej ini terdiri daripada 3 bahagian. Pertamanya, suatu deskripsi tentang tingkah laku pelajar: 'Semasa anda bercakap ketika saya memberi penerangan...'. Keduanya, kesan tingkah laku pelajar ke atas guru: '... saya terpaksa berhenti pengajaran saya ...'. Dan ketiganya, perasaan yang dialami oleh guru akibatnya: '...ini menghampakan saya.' Contohnya seorang guru yang diganggu oleh murid yang kerap bercakap apabila ia sedang mengajar pernah menyatakan ekspresi perasaannya seperti berikut: 'I can not imagine what I have done to you that I do not deserve the respect from you that I get from the others in this class. If I have been rude to you or inconsiderate in any way, please let me know. I feel as though I have somehow offended you and now you are unwilling to show me respect.' Murid itu tidak lagi bercakap ketika guru menyampaikan pengajarannya buat beberapa minggu selepas itu!

11. Disiplin Positif
Gunakan peraturuan bilik darjah yang menghuraikan tingkah laku yang dikehendaki dan bukan perlakuan yang dilarang. Contohnya, elakkan daripada 'dilarang berlari dalam bilik' tetapi gunakan 'bergerak dalam bilik dalam cara yang teratur'. 'Selesaikan konflik dengan cara yang sesuai' bukan 'Dilarang bergaduh'. Selalu nyatakan jangkaan anda tentang peraturan yang telah ditetapkan. Gunakan pujian setiap kali sesuatu tingkah laku yang baik ditunjukkan oleh pelajar. Pujian tidak semestinya berbentuk verbal, ada kalanya senyuman, anggukan, atau tanda bagus dengan ibu jari boleh memperkukuhkan tingkah laku yang baik. Jabatan Ilmu PendidikanMaktab Perguruan SandakanBeg Berkunci No. 31,90009 Sandakan, Sabah.Tel: 089-218610Faks: 089-213814 Disediakan oleh:Ng Kim Choy (M.Tech.Mgt.,B.A. (Hons.), Dip.Ed.),Ketua Jabatan, Jabatan Ilmu Pendidikan, MPSS.
Posted by Assalamualaikum dan salam sejahtera.... at 14.5.08 1 comments

04 February 2008 APAKAH PENDEKATAN, KAEDAH, TEKNIK DAN STRATEGI PENGAJARAN?
Mok Soon Sang 1992, Pedagogi 2 m.s. 8

· Pendekatan – jalan yang diambil · Kaedah – cara teratur, kemas & sistematik · Teknik - kaedah membentuk teknik. Misalnya kaedah bercerita = teknik menyampaikan cerita (gaya); kemahiran menyampaikan cerita; pelbagai teknik. APAKAH PERBEZAAN ANTARA STRATEGI, KAEDAH, PENDEKATAN DAN TEKNIK PENGAJARAN? PENDEKATAN = APPROACH (pp. 58) A way to Means of reaching A way of considering/dealing with e.g. a problem: a new approach TEKNIK = TECHNIQUE (pp. 1257) Proficiency or skill in the practical art/science e.g. a teacher with a good voice but poor technique A way of achieving one’s purpose skillfully. (Sumber: CHAMBERS ENCYCLOPEDIC ENGLISH DCTI ONARY) Apakah Klasifikasi Strategi Pengajaran dan Pembelajaran? 1. Strategi Pemusatan Guru 2. Strategi Pemusatan Murid 3. Strategi Pemusatan Bahan Pelajaran APAKAH CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN GURU? 1. Guru memainkan peranan penting 2· Komunikasi sehala. Guru banyak bercakap. 3· Kepimpinan guru secara autokratik 4· Pencapaian objektif guru diutamakan 5· Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada penyuburan nilai murni/perkembangan emosi. 6· Penyampaian fakta secara menghafal. Pembelajaran berbentuk mengingat/menghafal. 7· Interaksi di antara murid adalah pasif. 8· Kaedah keseluruhan kelas. 9· Murid-murid kurang kreatif/ tidak berinitiatif. 10· Kaedah & Teknik – penerangan, demonstrasi, syarahan, kumpulan/pasukan, bercerita, keseluruhan kelas. APAKAH CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN MURID?

1· Murid memainkan peranan penting 2· Komunikasi dua hala. Guru menyoal/membimbing. 3· Kepimpinan guru secara demokratik. Perbincangan/galakan murid memberi pendapat, 4· objektif pencapaian murid diutamakan 5· perkembangan murid secara menyeluruh/seimbang ( j.e.r.i.) 6· Ujian formatif digunakan bagi membaiki kelemahan murid. 7· Penyampaian guru untuk pembelajaran bermakna, memahami & membuat kesimpulan, 8· Peluang interaksi di antara murid adalah positif (bekerjasama, bertolak ansur, tolongmenolong) 9· Kaedah kumpulan/perbezaan & minat murid dipupuk, 10· Murid-murid bersifat kreatif/ berinitiatif. 11· Kaedah & Teknik – projek, inkuiri-penemuan, perbincangan, penyoalanan, penyelesaian masalah, simulasi, main peranan, sumbangsaran, kumpulan kecil dsb. APAKAH CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN BAHAN PELAJARAN? 1· Bahan pelajaran memainkan peranan penting.Pergantungan kepada bahan untuk mencapai objektif pengajaran. 2· Komunikasi/interaksi berlaku antara guru/bahan atau murid/bahan pembelajaran 3· Kecekapan/kemahiran penggunaan bahan pengajaran-pembelajaran diutamakan 4· Penekanan kepada jasmani, rohani, dan kognitif. Murid dilatih dalam kemahiran, kefahaman dan berdikari. 5· Pengajaran bermakna, menarik dan berkesan. 6· Peluang interaksi antara muid banyak. Sifat social yang positif dapat dipupuk melalui kaedah kumpulan kecil – ujikaji, projek, perbincangan dsb. 7· Pengetahuan abstrak dapat dijadikan konkrit dengan adanya bahan-bahan pelajaran 8· Kaedah & Teknik – komputer, bahan cetak, modul, buku teks, buku rujukan, kamus, perakam pita, carta, peta, geraf, spesimen, slaid, video, televisyen, projektor, dsb. APAKAH PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN MASTERI (Mastery Learning)? 1. Penguasaan, Kemahiran , Cekap, Lengkap 2. Maklumbalas pembelajaran, pengubahsuaian, meningkat keberkesanan 3. Faktor pencapaian murid:

- Kebolehan asas - Kuantiti & kualiti pengajaran/pembelajaran - Kebolehan memahami pengajaran - Daya usaha pembelajaran berterusan - Masa pembelajaran 4. Strategi pengajaran – adakan objektif yang jelas dan boleh diukur. 5. Pilih kaedah & teknik yng berkesan 6. Nilai hasil pembelajaran dengan ujian formatif (diagnostic) dan ujian sumatif berdasarkan objektif pelajaran bagi melihat tahap penguasaan pelajaran. 7. Aktiviti pemulihan kepada yang belum menguasai sesuatu pelajaran 8. Yang lemah diberi pemulihan dan yang mencapaia objektif diberi aktiviti pengayaan.
Posted by Assalamualaikum dan salam sejahtera.... at 4.2.08 0 comments

03 February 2008

CIRI-CIRI GURU YANG CEMERLANG
Ciri-ciri Guru Yang Cemerlang • Dalam aspek perancangan guru yang cemerlang didapati boleh mengesan masalah pembelajaran pelajar sepanjang masa, merancang pelbagai alat dan bahan bantu mengajar serta pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk pelajar pelbagai kebolehan • Dari sudut pengurusan masa pula, guru yang cemerlang berjaya mengurus laporan prestasi pelajar dengan kemaskini dan segala strategi pengajaran didokumentasikan . • Dalam proses pengajaran pula, guru yang cemerlang berjaya mengaitkan kepakaran sedia ada pelajar dengan tajuk perbincangan serta melibatkan pelajar secara aktif dalam P&P. • Dalam proses pengajaran pula, guru yang cemerlang berjaya mengaitkan kepakaran sedia ada pelajar dengan tajuk perbincangan serta melibatkan pelajar secara aktif dalam P&P. • Mereka merupakan guru yang reflektif dan sentiasa meneroka secara mendalam dan berulang kali terhadap amalan dan tindakan untuk meningkatkan keberkesanan hasil pengajaran di dalam bilik darjah. • Guru yang cemerlang juga kerap memberi kata-kata semangat dan perangsang yang adakalanya dilekatkan di dinding kelas . Di antara ciri-ciri yang harus dikekalkan oleh seorang guru yang cemerlang adalah seperti berikut:

• Mempunyai pengetahuan yang mendalam terhadap sesuatu bidang pengkhususannya. • Komitmen yang menyeluruh. • Penambahbaikan ilmu serta kemahiran secara berterusan. • Sebagai satu role model atau idola kepada pelajar. • Mudah didekati, mesra dan mampu menyelesaikan masalah dan memberi pandangan yang bernas. • Secara amnya guru yang berkualiti harus berilmu, berdedikasi serta menjadi sumber inspirasi kepada pelajar. Guru yang beginilah yang amat diharapharapkan oleh semua golongan masyarakat untuk memenuhi aspirasi negara “MAJLIS GURU CEMERLANG MALAYSIA” 1.KECEMERLANGAN PERIBADI *Mempunyai keyakinan diri *Berakhlak dan bermoral *Bersikap adil dan bertimbang rasa *Beramanah dan bertanggungjawab *Kreatif dan inovatif *Sentiasa mengurus diri dengan kemas *Sedia berkongsi dan berkerjasama *Bersikap terbuka *Bersikap positif 2.KECEMERLANGAN PENGETAHUAN & KEMAHIRAN *Mengamalkan budaya ilmu *Kebolehan untuk menyelesaikan masalah dan embuat keputusan yang rasional dan objektif *Menyertai dan memanfaatkan kursus dalam perkhidmatan untuk meningkatkan kualiti kerja *Kebolehan menyediakan kertas kerja, laporan prestasi murid, minit mesyuarat, dokumentasi dll. *Pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran * berupaya mengendalikan aktiviti kokurikulum *Mengenalpasti keperluan dan masalah individu murid/pelajar serta menyediakan program tindakan susulan *Pengurusan masa, bahan, sumber, alatan p&p *Peka dan prihatin terhadap keperluan kebajikan murid/pelajar 3. KECEMERLANGAN KERJA

*Pengurusan keceriaan bilik darjah. *Berjaya membimbing murid mematuhi peraturan dan tahap pembelajaran. *Menguasai dan menggunakan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran. *Melaksanakan rutin dengan berkesan bagi memudahkan pembelajaran. *Menyemak kerja murid/pelajar dengan teliti, tepat dan memberi komen yang positif untuk menggalakkan pembelajaran yang seterusnya . *Memberi kerja bertulis dan latihan mengikut kekerapan yang sesuai . *Memberi bimbingan pelajaran kepada murid di luar waktu pengajaran. *Menggunakan hasil pengujian dan penilaian untuk membaiki pengajaran. *Sentiasa merangsang murid berfikir. *Merancang pelajaran yang baik. *Hasil pembelajaran murid menunjukkan peningkatan. *Aktiviti kokurikulum yang berkaitan dengan mata pelajaran dirancang dan dilaksanakan dengan penuh komitmen. *Berupaya meningkatkan penglibatan, minat dan prestasi murid .
Posted by Assalamualaikum dan salam sejahtera.... at 3.2.08 0 comments

Older Posts Subscribe to: Posts (Atom)

kelas pemulihan khas
Blog Archive
• • • • • • • •

18/11/07 (1) 20/01/08 (1) 27/01/08 (4) 03/02/08 (2) 11/05/08 (1) 18/05/08 (1) 06/07/08 (1) 27/07/08 (3)

Prakata

Assalamualaikum dan salam sejahtera.... Bahan-bahan yang dipaparkan adalah daripada kursus-kursus yang saya hadiri dan hasil bacaan di dalam internet. Sama-samalah kita manfaatkannya untuk kelas pemulihan khas kita....... View my complete profile PENGENALAN

Dalam pendidikan pemulihan khas, bilik / kelas merupakan satu daripada keperluan asas yang utama yang perlu disediakan kerana mengikut konsep pemulihan khas. Murid-murid yang ketinggalan / lemah dalam pelajaran di kelas biasanya akan dibawa keluar dari kelas dan dimasukkan ke bilik yang disediakan khas untuk pengajaran dan pembelajaran pendidikan pemulihan. Dengan yang demikian dalam menentukan bilik / kelas yang sesuai dan paling ideal, beberapa ciri / keperluan berikut perlu diambil kira. TUJUAN 1. Masa, tenaga dan alat-alat pengajaran dapat digunakan dengan sebaikbaiknya untuk mencapai objektif pengajaran. 2. Dapat menggunakan kemudahan yang terdapat dalam kelas dengan berkesan. 3. Dapat mengadakan suasana pembelajaran yang menggalakkan.