Yeo Chun Liek Sekolah Kebangsaan Sungei Passin, D/A Pejabat Pelajaran Daerah Daro, 96200 Daro, Sarawak.

Rujukan Tuan: Tarikh : Ketua Unit Sekolah Rendah Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak Bangunan Tun Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang Jalan Simpang Tiga 93604 Kuching Sarawak Tuan, RAYUAN PERMOHONAN PERTUKARAN GURU TERLATIH SEKOLAH RENDAH DALAM NEGERI (ANTARA BAHAGIAN) JUN 2012 BAGI EN. YEO CHUN LIEK (K/P 820531-13-5283), F/P S.37164) Dengan hormatnya perkara tersebut di atas adalah dirujuk. 2. Saya memohon perhatian pihak tuan untuk mempertimbangkan rayuan pertukaran ke mana-mana sekolah di Bahagian Sibu atau Bahagian Kanowit yang mempunyai kekosongan selain daripada sekolah yang dipohon sebelum ini. 3. Berikut adalah sebab-sebab saya ingin memohon rayuan perpindahan ke PPD Sibu atau PPD Kanowit. i. Telah lama berkhidmat di SK Sungai Passin iaitu selama 6 tahun setengah dan memenuhi syarat perkhidmatan untuk perpindahan. ii. Ingin berkhidmat di tempat dan suasana persekitaran bekerja yang baru. iii. Sedang mengikuti pengajian jarak jauh tajaan Bahagian Pendidikan Guru di Universiti Pendidikan Sultan Idris yang bertempat di Kuching selama 4 tahun. iv. Masalah pengangkutan iaitu hanya dapat dihubungi melalui sungai dengan menggunakan bot ekspres yang bergerak sekali sehari dan memerlukan 4 jam perjalanan ke Sibu. Jika ke Pejabat Pelajaran Daro atas urusan rasmi, perlu menggunakan ekspres lain yang memerlukan masa selama 3 jam lagi dari Sibu ke Daro. v. Masalah perhubungan iaitu telefon yang sukar dicapai/diperolehi. vi. Masalah jaringan Internet di Makmal komputer sekolah yang menyukarkan saya untuk mengakses maklumat terkini yang dihantar pensyarah UPSI berkaitan kerja kursus, fórum, pengumuman penting dan sebagainya. vii. Masalah bekalan elektrik (genset) yang seringkali terputus akibat kerosakan. viii. Masalah mendapat bekalan air yang bersih dengan bergantung sepenuhnya kepada air hujan. ix. Pernah memohon perpindahan serta rayuan perpindahan sebelum ini tetapi tidak berjaya.

26 MEI 2012

4. Bersama-sama ini disertakan dokumen-dokumen yang berkaitan untuk rujukan pihak tuan. Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan , saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Sekian, terima kasih. (1MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN; PENCAPAIAN DIUTAMAKAN) Yang benar,

_______________ (YEO CHUN LIEK) Guru Akademik Biasa, SK Sungai Passin, Daro. 0138079842