SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) PASIR PINJI 2

31650 IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN.

KERTAS KERJA PROJEK TAMAN BUNGA KITAR SEMULA

TARIKH :
13 JULAI 2011 - 27 JULAI 2011

TEMPAT :
TAMAN BUNGA SJK (C) PASIR PINJI 2

Kertas Kerja Cadangan Projek Kitar semula______________________

_

1.0 PENGENALAN
Program kitar semula banyak dijalankan di sekolah-sekolah. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk memberi kesedaran kepada warga sekolah tentang kepentingan menjaga alam sekitar. Selain itu ia juga membantu untuk menjaga kebersihan, kecantikan dan keceriaan sekolah.

2.0 RASIONAL
Rasional projek ini adalah untuk merangsang murid-murid sekolah rendah menceriakan kawasan sekolah dengan menggunakan bahan-bahan kitar semula dan menanam pokok bunga. Ini juga dapat meningkatkan kesedaran murid untuk menghayati dan menghargai alam semula jadi demi memelihara bumi kita.

3.0 MATLAMAT
Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga dan memelihara alam sekitar.

4.0 OBJEKTIF
4.1 Membuka minda murid-murid tentang kegunaan bahan-bahan kitar semula. 4.2 Meningkatkan kesedaran warga sekolah untuk menjaga dan menghargai alam sekitar. 4.3 Mewujudkan kawasan sekolah yang lebih ceria, harmonis dan kondusif untuk pembelajaran dan pengajaran.

Kertas Kerja Cadangan Projek Kitar semula______________________

_

5.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT
5.1 Tarikh 5.2 Masa 5.3 Tempat : 13 Julai 2011 – 27 Julai 2011 : 2 minggu

: Taman bunga sekolah

6.0 KUMPULAN SASARAN
Semua warga SJK (C) Pasir Pinji 2

7.0 JAWATANKUASA PERTANDINGAN
Penasihat : Pn. Khoo Oi Ling ( Guru Besar SJK (C) Pasir Pinji 2 ) Pengerusi : Pn. Teoh Siew Moi ( Penolong Kanan Pentadbiran ) Naib Pengerusi : Pn. Thing Sok Fun (Ketua Keceriaan Sekolah) Setiausaha Bendahari AJK : Cik Khoo Bee Kheng : Cik Diu Wen Jie : Cik Kong Sin Yee Cik Kek Wan Kun Pn. Ai Lai Kuan Pn. Tang Lai Ling Pn. Wong Chiew Mee Pn. Chai Lai Yin

Kertas Kerja Cadangan Projek Kitar semula______________________

_

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Pokok bunga Perkakasan Cat Alat Tulis Lain-lain : : : : : RM 200.00 RM RM RM RM 50.00 30.00 10.00 10.00

JUMLAH: RM 300.00

9.0 SUMBER KEWANGAN
Sumbangan daripada sekolah dan sukarelawan

10.0 PENUTUP
Pada akhir projek menceriakan taman bunga sekolah ini diharapkan bahawa dapat mewujudkan kawasan sekolah yang ceria, selesa dan kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran di samping meningkatkan kesedaran warga sekolah terhadap kepentingan memelihara alam sekitar serta bersama-sama menjaga sekeliling sekolah supaya sentiasa bersih dan cantik.

Kertas Kerja Cadangan Projek Kitar semula______________________

_

Disediakan oleh :

………………………………… ( CIK KHOO BEE KHENG) Setiausaha, Projek Kitar Semula SJK(C) Pasir Pinji 2.

Disemak oleh :

………………………………... ( PN. TEOH SIEW MOI ) Penolong Kanan Pentadbiran, SJK (C) Pasir Pinji 2.

Disahkan oleh :

…………………………………… ( PN KHOO OI LING ) Guru Besar, SJK (C) Pasir Pinji 2.